Sabtu, 11 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


RM86 Juta Sewa Jet Bawa Rosmah - Pembaziran Yang Tiada Taranya

Posted: 10 Jun 2016 08:55 PM PDT

Rafizi dedah video Rosmah naik jet mewah dengan beg besar

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan video bagaimana isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sedang menaiki jet mewah pribadi dan membawa naik banyak beg-beg besar ke dalam pesawat.

Rafizi membuat pendedahan ini selepas pegawai Rosmah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki.

Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.


"Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut," kata Setiausaha Agung PKR itu dalam satu kenyataannya sambil mendedahkan video tersebut.

Rafizi melontar soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri ekoran video ini.

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg ("luggage") sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

"Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini," kata Rafizi yang juga naib presiden PKR itu dalam kenyataannya.

Bagi beliau, Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

"Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal," katanya.

Oleh itu, katanya, adalah adil untuk beliau bertanyakan soalan ini:

"Apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?"


Rosmah belanja RM86 juta untuk sewa jet mewah pribadi, dakwa Rafizi

Datin Seri Rosmah Mansor didakwa membelanjakan RM86 juta wang rakyat untuk menyewa jet mewah pribadi ACJ316 A6-CJE untuk kegunaannya selama dua bulan, dakwa ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Kerajaan Malaysia pula menyewa jet peribadi tersebut untuk tempoh dua bulan atas alasan satu lagi jet peribadi sedang disenggara, kata Rafizi dalam satu kenyataannya hari ini.


Ruangan keemasan bilik mandi dalam jet mewah.

Menurut Rafizi, angka RM86 juta itu diperolehi berdasarkan semakan beliau dengan syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat menyewa jet peribadi mewah ACJ319 menunjukkan bahawa kadar sewaan adalah mengikut jam; iaitu USD15,000 setiap jam.

Rafizi membuat andaian ini selepas Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor mengesahkan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya hanya ingin mempersoalkan kewajaran membelanjakan RM86.4 juta dana rakyat dalam keadaan rakyat benar-benar tersepit akibat GST, penghapusan subsidi, kenaikan harga, potongan mendadak biasiswa dan pembiayaan pendidikan melalui MARA, PTPTN dan lain-lain," katanya.

Beliau menyenaraikan beberapa contoh mudah bagaimana RM86.4 juta ini boleh dibelanjakan untuk rakyat:
1. Ia boleh menanggung biasiswa penuh untuk pelajar paling cemerlang di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan (awam atau swasta) sebanyak RM45,000 untuk kursus ijazah bagi 1,920 pelajar cemerlang
2. Ia boleh diberikan sebagai pinjaman MARA sebanyak RM20,000 kepada seramai 4,320 anak-anak Bumiputra untuk membiayai pendidikan mereka
3. Ia boleh digunakan untuk menghantar 86 daripada 300 pelajar cemerlang SPM 2013 yang sepatutnya belajar di universiti ternama seluruh dunia tetapi biasiswa itu dibatalkan atas alasan kerajaan tidak cukup wang
4. Jika diberi kepada pelajar miskin yang cemerlang di sekolah dalam bentuk Biasiswa Kecil Menengah sebanyak RM500 seorang, jumlah ini akan memanfaatkan 172,800 keluarga

Oleh itu, katanya, tidak ada alasan yang boleh diberikan oleh mana-mana pemimpin Umno/Barisan Nasional untuk mewajarkan pembaziran tahap mega yang dianggarkan memakan RM86.4 juta wang rakyat ini.

Rafizi Ramli minta rakyat buat undi protes terhadap PM.

"Oleh sebab itu, pemimpin dan calon BN di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar tidak lagi boleh bercakap mengenai membela rakyat selagi mereka tidak berani menegur Datin Seri Rosmah Mansor agar berhenti bermewah menggunakan wang rakyat seperti ini," kata Setiausaha Agung PKR itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pengundi-pengundi yang selama ini menyokong Umno/BN tetapi rasa jelek dengan pembaziran wang rakyat seperti ini memilih untuk membuang undi protes dengan mengundi calon Pakatan Harapan dari AMANAH di kedua-dua kerusi; atau pun tidak keluar mengundi langsung di dalam PRK ini.



ULASAN GB

RM86 juta - ia adalah wang rakyat. Begitulah parahnya wang rakyat dibazirkan oleh isteri Perdana Menteri ini.

GB tertarik dengan cabaran Rafizi kepada PAS supaya amembangkitkan isu itu pada kempen PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Apalah nak diharapkan dengan PAS.... takda seorang pun pemimpinPAS atau ahli parlimennya yang ada kredibiliti untuk mengketengahkan apa-apa isu penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh Najib dan UMNO.

Diantara sebabnya ada kemungkinan mereka telah didedakkan. Yang kedua, semenjak ketiadaan golongan profesyenal di kalangan ahli parlimen PAS, kita sendiri dapat melihat performance mereka yang lansung tidak ada integriti dan kredibiliti sebagai seorang ahli parlimen.

Kita masih ingat disatu ketika yang melucukan yang melibatkan Ahli Parlimen Temerloh:

Sewaktu dewan sedang membicara soal institusi kewangan asing, tiba-tiba YB Temerloh bangun dan bercakap mengenai pergantungan negara kepada buruh asing yang tiada kaitan lansung mengenai institusi kewangan asing.

Speaker terus menyatakan bahawa pihak kementerian kewangan tak perlu jawab soalan YB Temerloh itu kerana ia tidak berkaitan.

Hal tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyerlahkan tentang tahap mentaliti ahli parlimen PAS yang ada kini di parlimen sehinggakan nak bertanya soalan pun tak berapa reti, inikan pula nak berbahas dan menjawab di parlimen. Salah satu komen yang GB terbaca yang agak melucukan menyatakan mujur dia bertanya pekerja asing, bukan makhluk asing... :)

Begitu juga kes dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad pada awal-awal beliau berada di Dewan Rakyat yang ditegur oleh Speaker ketika itu kerana beliau sibuk "berceramah" dan bukan untuk membahaskan apa-apa isu yang ada kepentingan rakyat.

Yang mereka bisingkan hanyalah hudud dan RUU 355. Mereka terpaksa bisingkan isu itu demi menutup kelembapan dan kelemahan mereka untuk membawa dan membahas isu-isu besar negara yang lain. Kalau wujud isu-siu yang besar sperti isu derma RM2.6 bilion, Belanjawan 2016, mereka ini akan mengambil sikap berkecuali. Ya, "berkecuali", ertinya tak tahu nak buat apa-apa.

Alangkah ruginya rakyat melantik ahli-ahli parlimen PAS ini...

Tiada ulasan: