Rabu, 8 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRK Sungai Besar: "Kami Tak Cukup Duit" - Amanah

Posted: 08 Jun 2016 04:26 AM PDT

 
 
 Antara papan iklan berbentuk provokasi dengan logo Amanah yang dinaikkan di sekitar Sekinchan.





SUNGAI BESAR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengakui bajetnya terhad, sekali gus menafikan parti itu mempunyai kaitan dengan beberapa papan iklan kempen provokasi yang dinaikkan di sekitar Sekinchan.

Pengarah Komunikasinya Khalid Samad berkata, Amanah tidak mempunyai kaitan dengan tindakan tidak berfaedah seperti itu, malah mengakui parti itu tidak cukup dana untuk melakukan sedemikian.

"Kami tak cukup duit untuk 'billboard' sendiri. Bendera pun jauh kalah dengan Barisan Nasional (BN), dengan PAS sebab kita parti baharu, bendera-bendera pun baharu, mereka (BN, PAS) bendera lima tahun lepas pun boleh pakai balik.

"Kami tidak ada duit untuk perkara-perkara 'sampah' seperti ini," katanya pada sidang media Pakatan Harapan di sini, Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita sama ada Amanah bertanggungjawab terhadap beberapa papan iklan kempen pilihan raya berbentuk provokasi yang dipasang di sekitar Sekinchan pada Rabu.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga papan iklan yang muncul pada Rabu, dengan kata-kata 'BN Rasuah, Rakyat Susah', 'Panggil Cina Babi tidak salah - Jamal, Ketua Bahagian Umno Sg. Besar dan 'BN PAS Sehati Sejiwa, Rasis Rasuah Sama Sekali'.

Ketiga-tiga papan iklan berkenaan mempunyai logo Amanah di bahagian bawah.

Sambil menegaskan bahawa ia bukan perbuatan Amanah, mahu pun parti-parti lain dalam Pakatan Harapan, beliau berkata, perkara ini boleh dilapor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Soal siapa yang pasang, ia mungkin 'operasi gelap' bagi pihak BN sendiri yang nak timbulkan kemarahan pengundi terhadap kami, kononnya kamilah yang telah mencetuskan isu-isu kontroversi dan sebagainya.

"Ia juga mungkin 'reverse psychology' yang Umno buat sendiri, kemudian dia suruh pemberita tanya Amanah, kita tak tahu, ia tak ada kena-mengena dengan kami," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang turut hadir sidang media juga menafikan papan iklan itu dipasang oleh DAP.

Azhar tidur empat jam sehari‎

Posted: 08 Jun 2016 04:17 AM PDT

Saya tidur empat jam sehari: Azhar
Azhar (empat, kiri) menyediakan bacang halal di pekan Sekinchan, semalam.


SUNGAI BESAR - "Saya tidur empat ke lima jam sehari," demikian kata calon Amanah pada PRK Parlimen Sungai Besar, Azhar Ab Shukor sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Namun begitu, kepenatan tersebut tidak dirasai apabila turun ke lapangan untuk bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi oleh masyarakat di kawasan tersebut.

"Kempen dan pilihan raya berlangsung di bulan Ramadan dan ia merupakan suatu yang mencabar ketahanan emosi dan badan seseorang itu.

"Saya lebih bersemangat bila memikirkan perjuangan ini (perjuangan untuk rakyat)," katanya selepas ditemui pada Pelancaran Bacang Halal di pekan Sekinchan, semalam.

Ditanya adakah benar kebanyakan masyarakat di Sungai Besar belum mengenali Amanah sepanjang beliau berkempen, Azhar berkata, ada sesetengah penduduk bertanyakan adakah Amanah itu Pas baharu.

"Jadi saya terangkan kepada penduduk kampung dan Insya-ALLAH mereka bersama kita. Ini tugas kita untuk menerangkan bahawa Amanah ini adalah sebuah parti bersama Pakatan Harapan," katanya.

Ditanya lagi mengenai penerimaan masyarakat Cina di Sekinchan terhadap Amanah, Azhar berkata, bukan sahaja masyarakat Cina di Sekinchan malah, orang Melayu di Sungai Panjang turut memberi respons positif kepada kempen Amanah.

"Sepanjang kempen saya, mereka (masyarakat Cina) di Sungai Besar menerima kedatangan saya dengan begitu baik," katanya.


Juruteknik kapal terbang dituduh galakkan keahlian IS

Posted: 08 Jun 2016 04:13 AM PDT

Juruteknik kapal terbang dituduh galakkan keahlian IS


SHAH ALAM - Seorang Juruteknik kapal terbang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas tuduhan menggalakkan keahlian kumpulan militan IS dan membenarkan perjumpaan di  kediamannya, tiga tahun lalu.

Nor Hafizy Che Meh hanya faham terhadap pertuduhannya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Nor Hafizy, 39, didakwa dengan pengetahuannya menggalakkan keahlian kumpulan pengganas berkenaan.

Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap kediaman itu membenarkan perjumpaan diadakan dirumahnya bagi melakukan kesalahan tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Melayu Subang, dekat sini antara Disember 2013 hingga Oktober 2015.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130G(b) dan 130H Kanun Keseksaan.

Pengarah Pendakwaan Negeri,  Roslan Mat Nor yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya tidak mencadangkan jaminan atas alasan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak boleh dijamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.



Mustahil Azmin mahu singkir PAS

Posted: 08 Jun 2016 12:40 AM PDT




 
Oleh Subky Latif


PERKARA yang paling tidak masuk akal Menteri Besar Azmin Ali mahu menyingkirkan PAS daripada Pakatan Kerajaan Selangor atas isu siapa patut menentang BN dalam PRK Sungai Besar?

Antara PKR bertanding di situ dengan isu satu lawan satu, maka lebih utama bagi Azmin ialah bertanding satu lawan satu. Bagi tujuan itu dia hendak sangat berunding dengan PAS.
   
Bagi PAS pula perundingan bukan bagi menentukan siapa akan bertanding tetapi bagaimana PKR dan parti-parti yang bersama dengannya dapat membantu PAS dalam PRK itu.
  
Sekalipun Azmin berharap sangat partinya diberi laluan tetapi tidaklah sampai dia hendak memecat tiga exco pas dalam kerajaan Selangor.
   
Dalam semua kemungkinan Azmin tidak akan buat kerja itu kerana kerajaan yang ada di bawah pimpinannya yang mahu dan mempertahankan PAS ada di dalamnya ia sikap tegas Azmin sendiri.
   
PAS Tidak ada kuasa dan bukan pihak yang menentukan ia mesti ada dalam kerajaan Selangor apabila Pakatan Rakyat secara teknikalnya berakhir setelah PAS putus tahaluf dengan DAP.
   
PAS memang mempertahankan keberadaannya. Tetapi DAP mahu penyertaannya dalam kerajaan diakhiri. Tidak ada yang PAS dapat buat kerana penentunya Azmin. Azmin dapat redakan sikap DAP bagi mengekalkan PAS dalam kerajaan.
   
Maka setelah dia berjaya menstabilkan politik kerajaan di Selangor, dan PAS senang dengan kerajaan Azmin, tidak termasuk dalam akal Azmin akan runtuhkan kerajaan yan dipimpinnya.
    
Bacaan saya Azmin mahu PAS bersamanya bukan sekadar dalam menghadapi PRK di Sungai Besar ini bahkan dia mahu bersama PAS dalam PRU yang akan datang.
   
Mungkin PKR tidak seronok desngan reaksi PAS atas Langkah Kajang dan sokongan kuatnya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi selepas isu itu selesai, Azmin dan PKR mahu terus bersama PAS sekalipun PAS tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan.
   
Ketika semua orang tidak mahu lagi PAS berada dalam pakatan pembangkang, PKR tidak putus asa mahu menjelang PRU nanti PAS boleh dibawa bersama dalam poliik satu lawan satu.
   
Maka dengan senario itu tidak diterima akal Azmin mahu memecat PAS dari kerajaan Selangor hanya atas perbezaan sikap tentang ketegasan PAS untuk bertanding dalam PRK.
   
Saya tidak dapat bayangkan apa yang diributkan itu datang dari sikap Azmin dan PKR. Masa depan politik PKR, secara matang dan bijaksana adalah bersama PAS antara lainnya. Tidak nampak PAS boleh ditiadakan dalam politk negara setidak-tidaknya bagi 50 tahun lagi.
   
Selagi PAS ada maka tidak boleh dan tidak bijak PKR tidak bersama PAS.
   
Yang diributkan konon Azmin mahu menyingkir PAS, mustahil atas kebijaksanaan PKR dan Azmin, tetapi ia adalah gara-gara kelicikan dan kegiatan kaum perisik dalam dan luar negeri yang mahu mencemarkan PAS dan mahu menyekat terus peluang Putrajaya bertukar tangan.
   
Jika PAS dan PKR dapat dipecahkan politik rasuah dapat dikekal. Sekuat manapun anti rasuah DAP, dengan membalut DAP dalam selimut perkauman, selesalah bagi kaum zalim mengekalkan Putrajaya dalam genggamannya.
   
Maka jangan sesiapa patut masuk dalam perangkap melagakan PAS dan Azmin atas PRK Sungai Besar.

PBT jadikan bazar Ramadan lubuk kaut untung – Ikhlas

Posted: 08 Jun 2016 12:32 AM PDT

 
Tapak bazar Ramadan di Bandar Melaka, Alor Setar, Putrajaya dan lokasi tertentu di Kuala Lumpur disewakan pada harga tinggi.


ridhuan ikhlas bazaar


PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah hari ini mempersoalkan sama ada wujud elemen rasuah di sebalik tender lokasi bazar Ramadan.

Beliau mendakwa pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga berhubung tapak bazar di Bandar Melaka, Alor Setar, Putrajaya dan kawasan pilihan di Kuala Lumpur disewakan pada harga amat tinggi dengan ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan.

Bercakap pada sidang media di Sunway Nexis di sini, hari ini, Ridzuan mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjadikan sewa bazar Ramadan sebagai perniagaan yang amat menguntungkan.

"PBT perlu kawal harga tapak bazar ini. Mereka bukan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang perlu mengambil untuk daripada rakyat, sehingga mereka mengenakan harga mengarut untuk tapak berkenaan," katanya.

Ridzuan juga menyelar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana tidak menjalankan tugas mereka melindungi penjaja.

"Menteri sebelum ini sudah cukup teruk, tetapi menteri sekarang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) cakap banyak tapi tidak melakukan apa-apa untuk membantu penjaja.

"Saya terima banyak aduan jika ke pejabat mereka di Putrajaya, hendak jumpa kerani mereka pun hampir mustahil dan saya jamin anda telefon mereka tidak akan dapat pun.

"Kami gesa kementerian mengambil serius perkara ini dan bukan sekadar saman peniaga kecil saja. Kami desak perdana menteri dan kementerian amil tindakan segera," katanya.

Tolak usul Hadi sebab tak mahu hilang undi – penganalisis politik

Posted: 08 Jun 2016 12:25 AM PDT

 
Pemimpin BN juga tidak sepakat dalam membuat pendirian berhubung Akta 355 Mahkamah Syariah.


Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani_hadi_law_600


PETALING JAYA: Ahli Parlimen BN yang beragama Islam tidak sepakat dalam menyatakan pendirian berhubung Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah sehingga mencetuskan percanggahan pendapat antara mereka.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata tindakan segelintir pemimpin yang membuat keputusan tidak menyokong undang-undang Islam dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi itu kerana bimbang akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Sebenarnya tidak semua ahli Parlimen BN (Islam) mempunyai kata sepakat akan menyokong Akta 355 ini nanti.

"Mereka bimbang hilang sokongan pengundi terutamanya bukan Melayu (di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar) jika mereka nyatakan sokongan kepada RUU itu," katanya kepada FMT.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bertegas tidak akan mengundi dan hadir ke Parlimen sekiranya RUU Persendirian Akta 355 Mahkamah Syariah dibentangkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP Zairil Khir Johari menggesa Nancy dan wakil rakyat lain dari Sarawak supaya hadir di Dewan Rakyat membantah RUU yang dibentangkan presiden PAS bulan lalu itu.

Azizuddin berkata PAS perlu tampil mengambil tanggungjawab untuk menerangkan kepada pemimpin dan rakyat berhubung undang-undang yang ingin dibentangkan parti Islam itu bagi merungkai kekeliruan terutamanya dalam kalangan bukan Islam.

Graf pencarian kata kunci 'Sungai Besar' di Google meningkat

Posted: 08 Jun 2016 12:20 AM PDT

BERNAMA
 
 
Mercu tanda Sungai BesarMercu tanda Sungai BesarPilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar telah menyebabkan graf pencarian dengan kata kunci 'Sungai Besar' menggunakan enjin carian Google.com meningkat.

Mengikut rekod enjin carian tersebut, kata kunci 'Sungai Besar' mempunyai lebih 851,000 pautan dan keputusan sehingga berita ini ditulis pada 5 petang tadi.

Ia merangkumi pencarian rumah sewa, homestay, hotel, lokasi kedai makan, jumlah pengundi dan pecahannya, maklumat calon parti yang bertanding dan berita semasa mengenai PRK kawasan itu.

Menurut rekod itu lagi, kira-kira 300,000 keputusan berita dipaparkan dengan carian kata kunci 'Sungai Besar' itu selain carian kata kunci imej calon BN 'Budiman Mohd Zohdi' mencatatkan beribu gambar yang berkisar mengenai penamaan calon, lawatan rumah ke rumah serta kempen yang diadakan.

Turut menjadi tumpuan klik pengguna adalah dua laman sosial Facebook Budiman di budimanmohdzohdi2 dan BudimanMohdZohdi yang kini mempunyai 13,014 'like'.

Malah calon BN itu turut mendapat 'bantuan' publisiti sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat terutama pengundi Cina dengan lebih meluas menerusi laman sosial di mana satu 'Fan pages' calon BN itu dengan menggunakan karektor A-MAN ('Ah Man/Budiman').

Ia telah dikendalikan oleh sekumpulan belia pengundi Cina dari Sekinchan di facebook.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan Budiman ditentang calon daripada Pas yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman manakala Parti Amanah Negara (Amanah) mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen tersebut, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikoper di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Khalid tidak bercadang sertai mana-mana parti politik

Posted: 08 Jun 2016 12:17 AM PDT

BERNAMA
 
 
hli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) bersama calon Amanah Dr Abdul Rani Osman (kiri) ketika bertemu pengundi di Sungai Besar hari ini.hli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim (dua dari kanan) bersama calon Amanah Dr Abdul Rani Osman (kiri) ketika bertemu pengundi di Sungai Besar hari ini.


Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik buat masa ini kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung pemecatannya daripada PKR.

Katanya, beliau masih lagi menunggu keputusan daripada ROS sama ada pemecatannya daripada parti politik itu sah mengikut peraturan atau sebaliknya.

"Saya telah meminta ROS untuk menentukan sama ada berlaku ketidakadilan semasa saya dipecat pada Ogos 2015 dan saya masih menunggu keputusan itu," katanya kepada pemberita semasa melakukan tinjauan mesra di pekan Sungai Besar,hari ini.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR berikutan keengganan beliau untuk menyerahkan jawatan menteri besar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa diminta mengulas penglibatannya dalam kempen untuk calon Pas Dr Abdul Rani Osman pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, beliau berkata ia adalah untuk membalas budi parti itu yang sentiasa menyokongnya.

"Dalam pilihan raya umum 2007 dan 2013, PAS banyak membantu saya, begitu juga semasa krisis menteri besar Selangor pada 2014," kata Abdul Khalid.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi ditentang Dr Abdul Rani serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Termizi calon pilihan Tun Mahathir, lapor media

Posted: 08 Jun 2016 12:16 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi  dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.Mohamad Sabu, Nizar dan Termizi dalam siri ceramah diadakan di Sayong Lembah.


Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dipercayai calon pilihan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan calon awal pilihan Pakatan Harapan.

Menurut sumber, semasa pemilihan calon dibuat nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu sendiri naik namun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada disebalik grup Deklarasi Rakyat pimpinan Mahathir yang mahu Dr. Termizi Ramli dipilih.

Lapor Malaysiagazette lagi dari sumber diperoleh itu, Termizi baru sahaja menyertai Amanah dan antara pemimpin parti itu yang bukan berasal daripada Pas seperti kebanyakan pemimpin atasan Amanah.

Rahsia itu didedahkan sendiri oleh Mohamad Sabu sendiri semasa berkempen di Sayong Lembah beberapa hari lalu.

"Ini rahsia saya buka...semasa pemilihan calon nama saya naik tetapi bila ada NGO (yang dipercayai pengikut Tun M) nasihat biar cari calon bukan dari Pas kami bersetuju memilih Dr. Termizi," ujarnya kelmarin.

Menurut sumber, ini bermakna calon Amanah itu berjaya mengatasi beberapa nama pimpinan atasan Amanah yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon.

Menurutnya, jelas Termizi bukan sahaja calon Pakatan Harapan tetapi pakar fizik itu juga calon mewakili Deklarasi Rakyat. Cuma, memandangkan latar belakang akademik dan sebagai anak jati Kuala Kangsar sahaja ia direstui pimpinan Pakatan Harapan dan Amanah.

Malah bagi merestui calon itu, Mahathir dijangka turun berkempen di Kuala Kangsar pada Ahad ini, menurut sumber dipetik dari Malaysiagazette.

Jika Pas-Umno bentuk kerajaan perpaduan, Abdul Rani akan keluar Pas

Posted: 08 Jun 2016 12:13 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Abdul Rani Osman (tengah) akan keluar Pas jika parti itu bentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. - Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.Dr Abdul Rani Osman (tengah) akan keluar Pas jika parti itu bentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. - Foto Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman berkata beliau sendiri akan keluar Pas jika parti Islam itu bergabung dengan  Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas pesuruhjaya Pas Selangor yang juga calon di PRK Sungai Besar itu berkata pemimpin Pas sudah berkali-kali menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.

Ini kerana pemimpin tertinggi Pas dan Umno kelihatan mesra sejak akhir-akhir ini.

"Ia bukannya seperti kita akan membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Pemimpin Pas sudah menafikan dan begitu juga saya.

"Kalau ada kerjasama dengan Umno, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan Pas. Tidak ada rancangan seumpama itu," katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Dr Rani berkata dalam politik, rakan baik anda boleh jadi musuh ketat anda dan menafikan spekulasi mengenai keakraban partinya dengan Umno.

"Islam mengajar kita berbaik-baik antara satu sama lain meskipun tidak sependapat dalam politik. Berbaik dengan semua orang termasuk musuh anda," katanya.

Rani pada masa sama mengakui beliau 'rapat' dengan saingannya di PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi meskipun tidak berkongsi pandangan terhadap politik.

"Saya sendiri berpelukan dengan Budiman, tetapi ia tidak bermakna saya bersetuju dengan dia. Itu persahabatan, tidak salah.

"Dalam Islam, tidak salah berkawan dengan semua orang," katanya seperti dilaporkan Malay Mail Online.
Pas ditubuhkan pada 1951 dan pernah menjadi sebahagian daripada BN pada 1974 hingga 1978.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pas, BN dan Amanah. Hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun.

SPR halang ceramah PAN kerana tiada permit

Posted: 07 Jun 2016 09:45 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEKINCHAN: Ceramah Parti Amanah Negara (PAN) pada 10 malam tadi telah disekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
Ceramah itu disekat ekoran tidak memiliki permit.
 
Setelah rundingan dilakukan, SPR membenarkan ceramah diteruskan sehingga jam 11 malam walaupun tidak memiliki permit.
 
Majlis yang bermula pada jam 10.30 malam itu dan dihadiri kira-kira 30 orang rakyat tempatan bagaimanapun berjalan dengan lancar.
 
Dalam majlis itu, Presiden PAN, Mohamad Sabu, serta beberapa pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah Anwar, Tony Pua serta Ng Sue Lim sempat berucap secara ringkas.
 
Menurut Sue Lim, perkara itu terjadi kerana terdapat salah faham antara wakil calon dan pihak Pakatan Harapan (PH) dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
 
 
 

PRK Kuala Kangsar: Saya tiada minat jadi rakyat

Posted: 07 Jun 2016 09:43 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Calon PRK Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Parti Amanah Negara (PAN) berkata beliau tiada minat menjadi wakil rakyat dan selesa hidup dengan pencen daripada kerajaan.
 
"Saya tak ada kepentingan dari segi kehidupan untuk  menjadi wakil rakyat, kerana Alhamdulillah sebagai profesor, pencen saya dah cukup," katanya.
 
Persetujuannya untuk bertanding di Kuala Kangsar kata Ahmad Termizi, adalah cuma untuk "membayar kembali wang-wang membiayai saya dari poket tuan-tuan," katanya kepada dalam ceramah dengan pengundi Cina di Taman Jerlun malam tadi.
 
Calon PAN  itu nampak marah kerana di label sebagai kuda tunggangan DAP untuk mencantas PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
 
"Saya sebagai khadam kepada rakyat Malaysia.Jadi beritahu kepada sahabat-sahabat di sana saya bukan khadam DAP," kata beliau.
 
Pimpinan PAS menyifatkan PAN sebagai 'parti pengacau', yang  bersedia menyokong apa juga tindakan DAP walaupun menggelarnya dirinya juga sebagai parti bertunjangkan islam.
 
Pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAN meletakkan harapan semata-mata kepada DAP untuk meraih undi Cina bagi mencatat sokongan lebih tinggi daripada calon PAS.
 
Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut berucap malam tadi, memperlekeh PAS apabila menyifatkan pertarungan PRK berkenaan hanya saingan antara Pakatan Harapan dan Berisan Nasional.
 
"Ini (Kuala Kangsar) bukan empat penjuru.. PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya dua penjuru, dua pilihan saja iaitu sama ada anda undi BN ataupun Pakatan Harapan," katanya.
 
 

SELEPAS MENANG NAK JADI APA?

Posted: 07 Jun 2016 09:38 PM PDT

shahbudindotcom


Tidak dinafikan, ini adalah antara cakap-cakap yang biasa didengari di sekitar Kuala Kangsar sejak Mastura Mohd Yazid dinamakan untuk bertanding menggantikan tempat arwah suaminya, Wan Khairi-il Wan Ahmad yang terbunuh dalam nahas helikopter, 5 Mei lalu.
 
 

 
Jika ditakdirkan menang, beliau mahu dijadikan apa pula?

Ketua UMNO Bahagian? Timbalan Ketua UMNO Bahagian? Naib Ketua UMNO Bahagian?

Atau Ketua Wanita UMNO Bahagian?
 
 

Zaid: Tak perlu hukum penjara remaja hina TMJ

Posted: 07 Jun 2016 09:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim membidas hukuman penjara setahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru ke atas seorang remaja yang didakwa membuat komen menghina dengan niat untuk menyakiti hati kerabat Sultan Johor.

Zaid menegaskan bahawa Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri hanya berusia 19 tahun dan mungkin adalah pesalah kali pertama.

"Beliau (Amirul Azwan) tidak sewajarnya mendapat hukuman penjara, apatah lagi hukuman maksimum. Seseorang perlu menyemak (hukuman itu) semula," katanya dalam satu siri posting di Twitter.

Hukuman itu dijatuhkan selepas remaja itu mengaku bersalah atas 14 pertuduhan membuat komen bersifat jelek terhadap Tuanku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, antara Mac dan April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Amirul yang bekerja sebagai buruh dan berasal dari Tumpat, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu menerusi laman sosial berkenaan atas nama 'Miyo Castello' dengan niat menyakiti hati Tunku Ismail.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Zaid mempersoalkan sama ada Akta Komunikasi dan Multimedia adalah untuk melindungi kumpulan bangsawan dan pemimpin tertinggi sahaja.

"Saya dihina sepanjang masa, begitu juga yang lain. Apa masalahnya?" soalnya.

Katanya, semua orang kini mempunyai pelbagai akaun di media sosial kini, termasuk Tuanku Ismail dan bukan sesuatu yang luar biasa bagi kata-kata menghina dilemparkan.

"Bukan semua orang waras, tetapi tidak perlu penjarakan orang bodoh," katanya.

Beliau juga tertanya-tanya mengapa Amirul Azwan tidak diwakili oleh peguam, dan menggesa Majlis Peguam Malaysia untuk mewakili remaja itu ataupun bagi "17,000 peguam di luar sana" melakukan sesuatu.

Sekurang-kurangnya tiga individu telah ditahan sejak dua minggu lalu kerana didakwa menyiarkan kenyataan menghina terhadap Tunku Ismail walaupun baginda meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.

"Saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya.

"Berikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

"Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah Taala berikan kepada saya", kata baginda di laman facebook Johor Southern Tigers, pada 29 Mei lalu.


Abdul Rani: PAS sokong tuntutan BERSIH, mahu ganti kerajaan

Posted: 07 Jun 2016 09:23 PM PDT

MALAYSIAKINI


Calon PAS bagi Sungai Besar Dr Abdul Rani Osman memberikan jaminan kepada BERSIH bahawa beliau menyokong tuntutan mereka untuk melakukan perubahan institusi.

"Cuma mungkin cara kita berbeza dalam melaksanakan tuntutan tersebut. Tidak mengapa cara kita berbeza, asalkan hasrat boleh dicapai," katanya dalam catatan di Facebook hari inni.

Beliau menjawab soalan diajukan BERSIH kepada calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sama ada mereka akan menyokong usaha untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Gerakan reformasi untuk pilihan raya itu juga ingin tahu sekiranya calon bertanding menyokong 10 tuntutan BERSIH untuk perubahan institusi bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil.

Rani berkata, beliau menyokong semua tuntutan tersebut, sambil menambah tidak hanya mahu menyingkirkan Najib, malah mahu menggantikan kerajaan.

"PAS mahu menyingkirkan seluruh kerajaan Umno-BN yang diterajui PM Datuk Seri Najib Razak dan diganti dengan kerajaan alternatif yang baru. Menggantikan Najib sahaja tidak akan menyelesaikan masalah," kata Rani.

Katanya, jikalau Najib menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi menutup laporan audit 1MDB, penggantinya juga akan menggunakan cara sama yang dipelajari sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika dipilih sebagai ahli parlimen, saya akan menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN.

"PAS tidak mahu ada saham dalam menyelamatkan Umno dengan membantu mereka yang berhasrat membantu Umno mendapatkan presiden baru yang bakal memberikan nafas baru kepada BN," katanya.

Abdul Rani berkata beliau juga menuntut agar sistem pilihan raya 'first past the post' diganti dengan 'proportional representation'  berdasarkan undi popular supaya pilihan raya lebih bebas dan adil.

Rani adalah calon pertama dalam kalangan tujuh calon pilihan raya kecil tersebut yang memberikan respon kepada BERSIH. Dalam pilihan raya kecil Sungai Besar, beliau menentang calon BN Budiman Zohedi dan calon AMANAH Azhar Abdul Shukor.

Di Kuala Kangsar, calon BN Mastura Mohd Yazid mempertahankan kerusi Allahyarham suaminya dengan berdepan Dr Najihatussalehah Ahmad daripada PAS, Ahmad Termizi Rosli daripada AMANAH dan calon bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari. Penduduk Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan keluar mengundi pada 18 Jun.


'PAS tak larang bakar bahan sembah, kenapa mahu halang hudud?'

Posted: 07 Jun 2016 09:19 PM PDT

ULASAN Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.

Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.

Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, sudah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.

Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut.

Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan.

Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.

Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.

Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.

PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5,000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalahlaku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, arak dan murtad.

Orang bukan Islam tidak mungkin dibicara di Mahkamah Syariah dalam 4 kesalahan ini.

Akta 355, juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

Oleh itu, tiada hukuman potong tangan seperti yang diwar-warkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes-kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang persekutuan di bawah Akta Jenayah.

Itulah ringkasnya cadangan bagi menaiktaraf kuasa Mahkamah Syariah ini.

Ia sebuah inisiatif dari orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan jangan sesekali berbuat jahat demi memelihara keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.

Teruk sangatkah, dan gerun sangatkah cadangan pindaan yang sedikit ini terhadap Akta 355 melalui RUU persendirian Presiden PAS?

Apakah reaksi berlebihan parti-parti politik bukan Islam setimpal dengan apa yang dicadangkan? Apakah hak orang Islam untuk melaksanakan ajaran Islam perlu dinafikan hanya kerana mereka sengaja mempolitikkan perkara yang tidak melibatkan mereka?

Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh melakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud?

Oleh itu, adalah mustahil kerjasama politik dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya, terutamanya apabila perkara sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaiktaraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian. Dan itulah yang berlaku antara DAP dan PAS.

Orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya, sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka.

Kewajipan orang Islam ini tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.

PAS tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355.

Presiden PAS mengemukakan cadangan Pindaan RUU 355 melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima. Ia memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Di manakah alasan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan negara?

Menumbangkan kerajaan Umno-BN memang menjadi agenda perjuangan politik PAS sejak mula ditubuhkan.

PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan bahkan sejarah pertembungan politik negara ini adalah pertembungan antara PAS dan Umno.

Ahli-ahli PAS ditekan dengan pelbagai bentuk bahkan kerajaan Kelantan terus dianaktirikan dan sistem federalism tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.

Semua ini ditanggung oleh ahli PAS.

Adalah aneh ada pihak yang bertubi-tubi menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno.

Apa lagi bukti PAS ialah musuh politik Umno yang lebih jelas daripada tindakan PAS melawan Umno di semua PRU dan PRK?

Kerjasama politik blok pembangkang memang menjadi hasrat rakyat negara ini, bahkan PAS juga melihat keperluan yang sama.

Namun, bagi PAS, parti tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat PAS daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam sebagaimana PAS juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik bagi menyekat pengamalan bagi agama lain.

PAS berjuang di atas prinsip Islam sebagaimana kami diasaskan. PAS sejak dahulu tidak bersama Umno.
Semua ini adalah berpaksi kepada pertembungan dasar antara PAS dengan Umno.

PAS menyambut baik apabila pihak kerajaan memberi ruang bagi presiden PAS membentang RUU di Parlimen, kerana ini membuka ruang bagi untuk orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka.

Ini melibatkan agama, sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan Umno untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA, GST dan 1MDB, PAS tidak akan berganjak daripada posisi membantah kerajaan.

PAS akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka.

Pada masa yang sama, PAS akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan.

Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah timbalan presiden PAS


Surat terbuka untuk Tunku Mahkota Johor

Posted: 07 Jun 2016 09:16 PM PDT

 
 

ULASAN l Patik cerap dengan prinsip Tunku yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Tunku telah buktikan berkali-kali kepada kami sekalian rakyat bahawa kebebasan bersuara itu bukan hak milik mutlak golongan atasan semata-mata.

Patik sangat menghormati Tunku atas segalanya yang telah Tunku lakukan dan perjuangkan demi rakyat bumi ini. Terutama sekali kelantangan Tunku bersuara bagi pihak kami menentang ketidakadilan.

Patik juga sedar bahawa Tunku telah pun meluahkan rasa tidak setuju dengan tindakan Pihak Polis berkenaan isu ini. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tunku berkenaan isu ini amat bermakna bagi patik-patik sekalian terutama sekali rakyat Johor.

Dengan bangganya kami mampu pertahankan kemuliaan hati Tunku yang tidak cepat melatah dengan sindiran dan ejekan di media sosial.

Dengan bangganya kami mampu mencontohi Tunku di media sosial dan tidak cepat meradang dengan kutukan yang dilemparkan ke atas kerabat diraja kami.

Dengan bangganya kami mampu menjadi lebih matang selari dengan peredaran zaman.

Terbaru Muhammad Ismail dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen selepas pengakuan beliau yang diadakan tanpa pembelaan peguam.

Patik tidak menafikan bahawa tindakan Muhammad Amirul bukanlah satu tindakan yang wajar.
Sendaannya mungkin melampaui batas.

Namun, kebebasan bersuara tidak sepatutnya disekat hanya kerana ia dianggap "menyakitkan hati".

Sebagai bangsa Johor, patik pohon perkenan Tunku untuk memaafkan Muhammad Amirul dan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjamin kebebasannya.

Sebagai contohnya memberi ampun atau melobi menentang Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Media #AktaSakitHati.

Patik pohon perkenan Tunku untuk buktikan kepada Malaysia sekali lagi bahawa Tunku ialah seorang pemimpin yang laksanakan apa yang dikatakan.

Patik pohon perkenan Tunku untuk sekali lagi menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin Malaysia by being the bigger and better person.

Tunku telah menyelamatkan ramai rakyat Malaysia dengan bersuara lantang menentang korupsi.

Dengan penuh rasa rendah diri, patik pohon, tolonglah selamatkan seorang lagi anak muda.

Syed Saddiq adalah jurucakap gerakan CHALLENGER


Ribut, hujan lebat akibat pokok tumbang hempap rumah

Posted: 07 Jun 2016 09:12 PM PDT

MALAYSIAKINI


Ribut kencang dan hujan lebat yang melanda bandaraya Johor Bahru petang semalam mengakibatkan sebanyak 30 pokok tumbang dengan sebahagiannya menghempap empat buah rumah penduduk.

Kejadian antara pukul 3.45 hingga 4.15 petang itu turut menerbangkan atap rumah penduduk.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB), Nor Azhar Abdul Hamid berkata antara kawasan terjejas ialah Kampung Kangkar Tebrau, Taman Bunga Ros, Taman Delima dan Taman Daya.

Katanya, di Kampung Kangkar Tebrau, sebuah rumah penduduk teruk terjejasakibat dihempap pokok, menyebabkan empat sekeluarga terpaksa berteduh sementara di rumah saudara mereka.

"Di Taman Delima pula, kami menerima tiga laporan pokok menghempap rumah, namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Nor Azhar berkata pihaknya telah mengarahkan seramai 30 hingga 40 pekerja termasuk kontraktor untuk membersihkan dan memotong pokok di kawasan-kawasan terlibat.

Kerja-kerja pembersihan turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa agensi lain.

Nor Azhar berkata, pihaknya juga sudah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ahli Parlimen terlibat untuk memberikan sumbangan kilat kepada semua mangsa hari ini.

PRK Sg Besar: Polis terima empat laporan

Posted: 07 Jun 2016 09:11 PM PDT

Polis menerima empat laporan berkenaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar membabitkan perbuatan khianat seperti mencabut dan membakar bendera parti politik serta kecurian dalam bilik gerakan parti politik.

Pegawai Perhubungan Media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK itu, ACPKhalil Ariffin berkata pihaknya turut menerima laporan mengenai penerbitan gambar individu yang telah diedit serta mengandungi kata-kata negatif terhadap sebuah parti politik dalam Facebook.

Mengulas lanjut, Khalil berkata kes kebakaran bendera dilaporkan berlaku di bilik gerakan sebuah parti politik di Parit 10, Sungai Panjang di Sungai Besar, kira-kira 4 pagi semalam.

"Pengadu mendapati longgokan bendera parti telah dibakar dan sebahagian dinding bilik gerakan turut terbakar. Pengadu dan beberapa penduduk di kawasan itu telah memadamkan api tersebut," katanya kepada pemberita semalam.

Khalil berkata laporan seterusnya membabitkan tindakan beberapa individu mencabut beberapa batang bendera berlambangkan sebuah parti politik di tepi Jalan Parit 5 menuju ke Bagan Sekinchan di sini, kira-kira 3 pagi semalam.

Sementara kes kecurian dalam bilik gerakan parti politik pula dilaporkanberlaku di Parit 9 Timur Jalan Baru di Sungai Besar kira-kira 9 pagi semalam, (6 Jun) apabila pengadu mendapati dompet mengandungi wang tunai RM800 dan kira-kira 12 kerusi plastik serta tiga meja plastik yang diletakkan dalam bilik gerakan itu telah hilang, katanya.

Khalil berkata bagi kesalahan membakar dan mencabut bendera, pihaknyamelakukan siasatan mengikut Seksyen 427 dan 435 Kanun Keseksaan sementara bagi kes kecurian disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Kes penerbitan di Facebook pula dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

"Saya sekali lagi mengulangi ingatan supaya tidak melakukan provokasi ke atas pihak lawan, tidak membangkitkan isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan ketika berkempen serta tidak merosakkan dan melakukan khianat ke atas harta awam atau pihak lain," katanya.

Khalil dalam pada itu menasihati pihak-pihak yang berkempen supaya mengikut prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan serta tidak menghantar permohonan permit untuk mengadakan ceramah di saat-saat akhir.

Bagi yang dibenarkan berceramah, beliau menasihatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti mengadakan ceramah sehingga pukul 12 tengah malam sahaja.

Khalil turut mengalu-alukan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di talian 03-32242222 atau di Facebook Rasmi Polis Selangor.

PRK itu menyaksikan calon BN Budiman Mohd Zohdi ditentang calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman serta calon Parti Amanah Negara (Amanah) Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini diadakan berikutan penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.- Bernama


'PAS tak larang bakar bahan sembah, kenapa mahu halang hudud?'

Posted: 07 Jun 2016 09:07 PM PDT

ULASAN Dalam hal beragama, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak meletakkan had kepada cara penganutnya mengamalkan ajaran agama masing-masing. Malah sebenarnya tiada apa yang perlu dimalukan dengan amalan agama masing-masing.

Contohnya, tiada sesiapa yang harus menggunakan undang-undang pencemaran alam sebagai alasan untuk menghalang dan mengugut orang bukan Islam daripada melakukan kewajibannya membakar bahan-bahan yang disembahkan ketika melakukan sembahyang kubur atau di tempat beribadat mereka.

Orang agama lain tidak perlu sibuk berhujah mengambil contoh daripada agama mereka untuk memujuk orang bukan Islam meninggalkan upacara membakar bahan-bahan yang disembahkan hanya kerana agama mereka tidak mengamalkannya. Bayangkan sekiranya ada perkara sedemikian berlaku, sudah tentu keharmonian antara kaum dan agama akan terjejas teruk.

Perkara yang sama juga dengan orang Islam dan agama Islam. Di dalam agama Islam, ada larangan-larangannya terhadap penganut. Dan di dalam agama Islam, sudah ada ketentuan hukuman bagi penganut yang menyalahi larangan-larangan tersebut.

Tidak perlulah ada suara-suara mempertikaikan mengapa agama Islam menetapkan ketentuan sebegini dan mengapa umat Islam mahukan perkara ini dilaksanakan.

Ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama sebagaimana seorang Muslim akan cuba menunaikan haji apabila peluang tiba dan dia sudah mampu melakukannya.

Adalah lebih elok kalau masing-masing dapat mengikut ajaran agama masing-masing dan mengiktiraf kewajipan agama lain asalkan ia dapat membawa kebaikan daripada keburukan dan mengukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dan agama.

Hari ini, had hukuman Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) terhadap pesalah beragama Islam sahaja dalam 4 perkara iaitu minum arak, qazaf (tuduh zina), murtad dan berzina adalah seperti berikut: denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun dan sebatan tidak melebihi 6 sebatan atau mana-mana kombinasi.

PAS hanya mencadangkan agar pesalah beragama Islam dihukum lebih berat dengan menaiktaraf Mahkamah Syariah agar had hukuman (RM5,000 denda, 3 tahun penjara dan 6 sebatan) dapat dipinda kepada satu angka yang memenuhi tuntutan Islam agar pesalahlaku beragama Islam akan menghindari perbuatan jahat seperti zina, qazaf, arak dan murtad.

Orang bukan Islam tidak mungkin dibicara di Mahkamah Syariah dalam 4 kesalahan ini.

Akta 355, juga tidak berkaitan dengan kesalahan awam seperti kecurian atau rompakan kerana di bawah kuasa kerajaan persekutuan.

Oleh itu, tiada hukuman potong tangan seperti yang diwar-warkan. Akta 355 juga tidak melibatkan hukuman bunuh dan tidak boleh digunakan dalam kes-kes rogol, kerana itu melibatkan kuasa undang-undang persekutuan di bawah Akta Jenayah.

Itulah ringkasnya cadangan bagi menaiktaraf kuasa Mahkamah Syariah ini.

Ia sebuah inisiatif dari orang Islam kepada orang Islam agar mereka sentiasa berkelakuan baik dan jangan sesekali berbuat jahat demi memelihara keharmonian dan keamanan dalam masyarakat.

Teruk sangatkah, dan gerun sangatkah cadangan pindaan yang sedikit ini terhadap Akta 355 melalui RUU persendirian Presiden PAS?

Apakah reaksi berlebihan parti-parti politik bukan Islam setimpal dengan apa yang dicadangkan? Apakah hak orang Islam untuk melaksanakan ajaran Islam perlu dinafikan hanya kerana mereka sengaja mempolitikkan perkara yang tidak melibatkan mereka?

Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh melakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud?

Oleh itu, adalah mustahil kerjasama politik dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya, terutamanya apabila perkara sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaiktaraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian. Dan itulah yang berlaku antara DAP dan PAS.

Orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya, sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka.

Kewajipan orang Islam ini tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.

PAS tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355.

Presiden PAS mengemukakan cadangan Pindaan RUU 355 melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima.

Ia memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

Di manakah alasan bahawa ia bercanggah dengan perlembagaan negara?

Menumbangkan kerajaan Umno-BN memang menjadi agenda perjuangan politik PAS sejak mula ditubuhkan.

PAS tidak pernah berubah dasar dan perjuangan bahkan sejarah pertembungan politik negara ini adalah pertembungan antara PAS dan Umno.

Ahli-ahli PAS ditekan dengan pelbagai bentuk bahkan kerajaan Kelantan terus dianaktirikan dan sistem federalism tidak berjalan sebagaimana sepatutnya.

Semua ini ditanggung oleh ahli PAS.

Adalah aneh ada pihak yang bertubi-tubi menuduh PAS hendak bekerjasama dengan Umno.

Apa lagi bukti PAS ialah musuh politik Umno yang lebih jelas daripada tindakan PAS melawan Umno di semua PRU dan PRK?

Kerjasama politik blok pembangkang memang menjadi hasrat rakyat negara ini, bahkan PAS juga melihat keperluan yang sama.

Namun, bagi PAS, parti tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat PAS daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam sebagaimana PAS juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik bagi menyekat pengamalan bagi agama lain.

PAS berjuang di atas prinsip Islam sebagaimana kami diasaskan. PAS sejak dahulu tidak bersama Umno.

Semua ini adalah berpaksi kepada pertembungan dasar antara PAS dengan Umno.

PAS menyambut baik apabila pihak kerajaan memberi ruang bagi presiden PAS membentang RUU di Parlimen, kerana ini membuka ruang bagi untuk orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka.

Ini melibatkan agama, sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan Umno untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang. Tapi dalam isu TPPA, GST dan 1MDB, PAS tidak akan berganjak daripada posisi membantah kerajaan.

PAS akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka.

Pada masa yang sama, PAS akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan.

Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah timbalan presiden PAS


Nizar pertahan kenyataannya tentang 'ketentuan ilahi'

Posted: 07 Jun 2016 09:04 PM PDT

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Itulah bagaimana beliau melihat kaitan antara krisis Perak pada 2009 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan PRK tersebut, yang secara kebetulan, kedua-duanya di Kuala Kangsar, katanya.

Nizar berkata ia adalah intepretasi peribadi beliau mengapa Kuala Kangsar yang dipilih dan bukannya kawasan Parlimen lain.

"Jadi, saya hanya berkata bahawa kedua-dua kes ini mungkin ada kaitan. Itu sahaja," kata Nizar kepada Malaysiakini ketika ditemui di bandar diraja itu semalam.

"Saya mungkin salah, tetapi secara kebetulan ia berlaku di bandar yang sama," kata beliau sambil menambah bahawa kedua-dua insiden itu berlaku dengan izin Allah.

Oleh itu, Nizar enggan menarik balik kenyataannya itu atau memohon maaf, sambil menambah bahawa tidak timbul soal untuk bertaubat, katanya.

Bekas menteri besar itu melihat pilihan raya kecil itu sebagai untuk 'mengaja'r Najib dan Zahid atas peranan mereka dalam krisis, yang menyaksikan BN mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Zahid berharap pemimpin AMANAH itu akan bertaubat, dan taubatnya akan diterima oleh Allah.

1MDB: Di sebalik penarikan Moody, bon Energy masih bertaraf 'AA'

Posted: 07 Jun 2016 09:02 PM PDT

Selepas agensi penarafan kredit Moody's Investor menarik penarafan terhadap bon 1MDB, firma pelaburan negara itu menekankan bahawa bon terbitannya masih mempunyai manfaat penarafan daripada agensi lain.

Ini adalah berhubung bon AS$1.75 bilion (RM7.12 bilion) dengan kadar faedah tetap sebanyak 5.99 peratus yang diterbitkan menerusi 1MDB Energy Limited dan dijangka matang pada 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata bon berkenaan masih mempunyai penarafan 'AA' daripada agensi Standard dan Poor, walaupun Moody menarik balik penarafannya.

Di samping itu, ia berkata bahawa penarikan semula penarafan itu dilakukan tanpa sebarang semakan untuk penarafan 'Aa2', yang bermakna ia masih sah pada masa ia dilakukan semalam.

"1MDB mengulangi bahawa kedudukan kewangannya masih kukuh dan syarikat itu kekal fokus terhadap pelaksanaan pelan rasionalisasinya," katanya.

Firma itu merujuk kepada pengumuman Moody semalam bahawa ia menarik balik penarafan 'Aa2' atas "alasan perniagaan sendiri".

Dokumen polisi Moody berhubung penarikan penarafan kredit menyatakan bahawa penarikan semula bermakna agensi berkenaan tidak akan lagi menilai sesuatu yang sebelum ini telah dinilaikannya - dalam kes ini, bon 1MDB Energy.


Mahathir dakwa penyokong Najib pengkhianat

Posted: 07 Jun 2016 08:58 PM PDT

 Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memperlekehkan Deklarasi Rakyat dengan tuduhan kononnya deklarasi itu banyak penipuan.

Menurutnya, keraguan itu dibangkitkan supaya polis merampas dokumen tandatangan rakyat yang berusaha merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya menyelamatkan negara.

"Mereka desak polis agar merampas borang deklarasi yang berada dengan sekretariat.

"Dengan harapan supaya polis dapat mengenal pasti individu yang tandatangan deklarasi tersebut dan akan dapat mengugut mereka," katanya dalam entri terbaharu blognya dengan tajuk Kebebasan Bersuara.

Bekas perdana menteri itu mendakwa wujud ancaman terhadap mereka yang  menandatangani deklarasi berkenaan, termasuk bakal kehilangan bantuan BR1M, biasiswa untuk  anak-anak, peluang perniagaan dan kemudahan lain.

"Sebenarnya memang ramai yang tidak sanggup tandatangan deklarasi kerana rejim Najib akan ugut dan ganggu mereka.

"Jika tidak ada gangguan dan ugutan ini pastinya lebih ramai rakyat yang akan tandatangani Deklarasi Rakyat. Sebenarnya berjuta rakyat bersetuju supaya Najib berhenti daripada menjadi perdana menteri tetapi mereka takut dengan tindakan yang bakal dikenakan rejim Najib," katanya.

Bulan lalu, Deklarasi Rakyat yang menggesa penyingkiran Najib sebagai perdana menteri mengumumkan berjaya mendapatkan 1.2 juta tandatangan.

Bagaimanapun NGO seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang secara tradisinya berpihak kepada pembangkang telah membuat  laporan polis mendakwa petisyen itu mengandungi penipuan.

Mahathir  turut mendakwa penyokong Najib sebagai pengkhianat bangsa dan demokrasi kerana tidak senang apabila rakyat berani bersuara.

"Usaha untuk mendapatkan Deklarasi Rakyat akan diteruskan kerana saya percaya ramai rakyat Malaysia berani bersuara. Pengkhianat bangsa dan demokrasi  tidak akan berjaya walaupun mendapat perlindungan Najib," dakwanya.


Usaha calon dekati pengundi Cina

Posted: 07 Jun 2016 08:56 PM PDT

OBT
 

WALAUPUN PRK diadakan dalam bulan Ramadan, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan aktiviti calon-calon yang bertanding.

Di Sungai Besar, bermula dari waktu pagi hingga petang, calon-calon BN, Pas dan Amanah tidak ingin melepaskan peluang untuk mendekati pengundi di situ yang rata-ratanya terdiri daripada petani, nelayan dan orang-orang kampung di kawasan sekitarnya.

Sin Chew Jit Poh ketika mengadakan tinjauan di situ mendapati calon dari Amanah, Azhar Abdul Shukur sendiri turun ke sawah bendang bagi memahami lebih dekat kehidupan golongan petani di situ.

Beliau berjanji sekiranya beliau menang dalam PRK kali ini, beliau akan berusaha meningkatkan bidang pertanian dan pelancongan di sekitar Sekinchan dan Sungai Panjang kerana kawasan ini mempunyai potensi besar sebagai kawasan pelancongan yang menarik di Selangor.

Katanya, biarpun DAP telah banyak membantunya berkempen di kawasan majoriti Cina, namun kaum-kaum lain beliau tetap tidak abaikan.

"Setiap satu undi adalah penting bagi saya. Saya akan berusaha menarik seberapa banyak sokongan daripada semua kaum di kawasan-kawasan yang saya jejaki," kata Azhar yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar.

Manakala calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang turut ditemani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ketinggalan untuk meraih sokongan daripada masyarakat Cina apabila mengagihkan kuih bulan dan sate kepada pengundi Cina di kampung nelayan di Sungai Besar, kelmarin.

Dalam ucapan, Abdul Hadi berkata, Islam selain menghormati kepercayaan dan adat resam kaum-kaum lain, tujuan Pas mengagihkan kuih bulan kerana mahu mengingatkan kaum Cina agar tidak lupa lambang bulan yang menjadi simbol perjuangan Pas.

Dalam mempertahankan kerusi milik BN, calonnya, Budiman Mohd Zohdi turut sibuk mengunjungi ke kawasan Cina di Sungai Besar. Melalui gerak kerja jentera pilihan raya yang menerima bantuan daripada parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kempen Budiman cukup giat.

Beliau berkata, hasil kunjungan ke kawasan kampung nelayan di situ, beliau mendapati terdapat dua masalah besar yang dihadapi oleh golongan nelayan, iaitu pertama kapal nelayan kerap kali ditahan oleh pihak penguat kuasa dan kedua, kerajaan Selangor kemungkinan akan mengenakan cukai jeti terhadap nelayan yang pastinya membebankan mereka.

Budiman berjanji akan mengemukakan masalah penahanan kapal nelayan ini kepada menteri terbabit agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

Di Kuala Kangsar, calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad pula tidak sunyi untuk berkempen dan yakin mampu mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina kerana memiliki kelebihan fasih bercakap bahasa Cina, lapor China Press.

Katanya, di peringkat sekolah rendah, ayahnya menghantar beliau belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa, Parit sehingga tahun dua sebelum meneruskan ke sebuah sekolah rendah Cina kedua, iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Simpang Empat, Semanggol sehingga tamat tahun enam.

"Saya sendiri ada nama Cina yang diberikan oleh guru ketika di sekolah rendah. Sejak dipilih Pas untuk bertanding di Kuala Kangsar, saya telah temui ramai pengundi Cina di kawasan pasar dan pasar malam.

"Masyarakat Cina memang rasa mesra apabila saya bertutur bahasa Mandarin dengan mereka. Saya berjanji akan lebih kerap menemui pengundi Cina ini untuk mengetahui lebih mendalam lagi masalah yang dihadapi mereka," katanya yang mendapat dorongan daripada ayahnya untuk menuntut ilmu di sekolah rendah Cina.

Kata Dr Najihatussalehah yang juga Ketua Muslimat Pas Perak, sepanjang kempen PRK ini, beliau tidak akan menyentuh isu hudud kerana ia lebih sesuai dibawa dan dibahaskan dalam parlimen, bukannya semasa kempen.Katanya lagi, pengundi Cina perlu faham, hukum hudud hanya dikenakan kepada umat Islam dan bukan Islam tidak terikat dengan undang-undang Islam ini.

Mengenai pertembungan empat penjuru, calon Pas ini yakin akan dipilih oleh pengundi di Kuala Kangsar dengan kemenangan tipis. Kariernya sebagai doktor perubatan di Kuala Kangsar memberikan satu lagi kelebihan kepadanya mendekati penduduk dengan lebih rapat dan mesra.


Empat mangsa culik rakyat Malaysia dibebaskan

Posted: 07 Jun 2016 08:52 PM PDT

Gambar mangsa culik dimuatnaik di Facebook
Gambar yang dimuatnaik dalam Facebook.
 
 
SHAH ALAM – Empat rakyat Malaysia yang diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan pada April lalu dilaporkan telah dibebaskan.

Memetik laporan The Star, keempat mereka telah dibenar kembali ke Sandakan awal pagi tadi.

Laporan dari Jolo menunjukkan bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan kebebasan daripada kumpulan militan selepas beberapa rundingan diadakan.

Bagaimanapun memetik laporan itu lagi, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

Empat rakyat Malaysia yang diculik berumur 21 hingga 34 tahun dan merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.


Tiada ulasan: