Ahad, 5 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Apa khabar projek MyBeras?

Posted: 05 Jun 2016 08:37 AM PDT

beras

Oleh V Sivakumar


Saya rasa amat kecewa dengan sikap kerajaan Barisan Nasional yang sekali lagi menipu golongan miskin dengan janji kosong projek MyBeras.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa lebih 200,000 keluarga miskin tegar akan mendapat bantuan 20kg beras setiap bulan ketika membentangkan Pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari tahun ini.

Projek ini, kononya akan membantu golongan miskin tegar yang mengalami kos hidup yang semakin meningkat. Selain daripada itu, program tersebut juga berniat untuk membantu golongan yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi getah dan kelapa sawit serta keadaan ekonomi negara yang agak murung.

Perdana Menteri dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan melalui projek ini akan menolong golongan berpendapatan rendah yang terpaksa menanggung kos hidup yang meningkat.

Ketika itu, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa projek ini akan bermula pada 1 Mac 2016 dan berterusan sehingga Disember 2016. Beliau juga menjanjikan bahawa beras yang akan diberikan adalah jenis ST10 dan ST15 iaitu beras bekualiti tinggi.

Bukan main kata-kata semangat beliau, " Kita tidak mahu melihat seorang pun rakyat Malaysia kelaparan kerana tidak mampu membeli beras" Apa sudah jadi dengan janji ini? Capati?

Sehingga hari ini golongan miskin tegar masih belum menerima segenggam beras pun di bawah projek ini. Bermacam alasan diberikan oleh pihak kementerian berhubung dengan projek pemberian beras percuma ini.

"Kalau tak boleh bagi, jangan diumumkan. Ini adalah satu penipuan kepada golongan fakir miskin". Bukankah ini juga merupakan satu perbuatan yang berdosa?

Pada mulanya Perdana Menteri mengumumkan lebih 200,000 keluaraga miskin tegar akan menerima bantuan ini. Kemudian Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani pula mengumumkan hanya kelurga yang didaftarkan di bawah e-kasih yang layak untuk mendapat MyBeras.

Beliau membuat kepastian seramai 85,401 keluarga miskin tegar yang didaftarakan di bawah e-kasih yang sebenarnya layak. Jumlah penerima yang dijanjikan pada awalnya telah dipotong separuh. Bukankah ini merupakan satu penipuan?

Tarikh yang dijanjikan ialah 1 Mac 2016. Kemudian ditangguh ke tarikh yang lain iaitu pada bulan Mei. Alasan yang diberikan oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama, "Sepatutnya MyBeras sudah dilaksanakan, tetapi kita tidak mahu ia dipolitikkan sebab sekarang pilihanraya sudah hampir. Jadi kita tunggu selepas pilihanraya Sarawak"

Pilihanraya Sarawak sudah berlalu. Projek MyBeras masih tidak dapat dilaksanakan pada bulan Mei. Alasan Menteri ialah pihaknya perlu menyemak senarai penerima dengan teliti bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja yang menerima MyBeras.

Kemudian, tarikh baru yang dijanjikan ialah 1 Jun 2016. Peliknya, sekali lagi kerajaan telah menangguhkan tarikh pelaksanaan projek MyBeras. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ismail Bakar telah mengumumkan bahawa projek ini ditangguhkan lagi kerana pihaknya masih belum mencari mekanisme terbaik untuk mengedarkan beras itu kepada golongan miskin tegar.

Perdana Menteri dan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani seharusnya berasa malu kerana tidak dapat menunaikan janji. Adakah ini disebabkan kerajaan tidak ada wang untuk membiayai projek yang bertujuan membantu golongan fakir miskin? Dijangka projek ini akan menelan perbelanjaan RM100 hingga RM120 juta.
 
Saya berharap kerajaan akan menepati janji kepada warga miskin sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadhan ini. – Roketkini.com 

*Kenyataan Media Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak


Kit Siang puji Pengarang NST letak jawatan isu 1MDB

Posted: 05 Jun 2016 08:32 AM PDT

lim kit siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, masih ada individu dalam kelompok arus perdana yang masih mempunyai pendirian, integriti, kebenaran, dan ketelusan dalam dirinya.

Beliau merujuk kepada Pengarang Kumpulan The New Strait Times (NST), Mustapha Kamil yang menyerahkan surat perletakan jawatan pada awal bulan Mei lalu dan berkuatkuasa Selasa lepas.

Mustapha yang berpengalaman 27 tahun dalam bidang kewartawanan ketika ditemui pemberita awal Mei lalu bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusannya itu.

Namun, Selasa lalu, dalam satu kemas kini laman sosial, Facebook, beliau dalam kias menyebut antaranya perkara "yang berlaku di depan batang hidung"nya sendiri telah memberikan anugerah Pulitzer kepada media antarabangsa di Manhattan, New York.

Ekoran itu, Mustapha mempersoalkan kedudukannya di syarikat berkenaan, sedangkan media antarabangsa luar negara telah membongkarkan skandal yang terjadi di negaranya sendiri, yang seterusnya disusuli dengan keputusan untuk meletak jawatan.

Menurut Kit Siang, perkara yang berlaku dihadapan "batang hidung" Mustapha itu adalah berkaitan skandal kewangan 1MDB, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia dan anugerah yang diterima antarabangsa itu adalah merujuk kepada WSJ yang memenanginya ekoran laporan dan pendedahan skandal terbabit.

"Akan adakah wartawan media arus perdana di Malaysia yang lain berani untuk menegakkan "disiplin kebenaran" (truth discipline) atau yang boleh mengikut hati nurani mereka untuk membezakan apa yang salah dan apa yang benar untuk negara mereka dan generasi akan datang?" soalnya.

Beberapa tokoh yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga institusi negara telah ternyata hilang integriti berikutan misteri skandal global 1MDB.

Mengambil Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin sebagai contoh,
Ketua Parlimen DAP itu berkata, Arifin dengan secara "unilateral dan sewenang-wenangnya telah mengubah laporan akhir PAC".

Beberapa perenggan daripada laporan PAC yang diubah atau dipadam itu dipercayai berkaitan isi surat Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi PAC yang membuat pendedahan panas mengenai pemilik Good Star Ltd. – Roketkini.com


Calon dan jentera BN jangan terlalu selesa dengan krisis pembangkang

Posted: 05 Jun 2016 08:21 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Calon dan jentera Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar diminta tidak terlalu selesa dan mengharapkan kemenangan hasil percakaran sesama parti pembangkang yang bertanding.
 
Sebaliknya, bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata BN perlu bersandar pada rekod cemerlang yang ditunjukkan parti itu selama ini, selain bekerja keras meraih undi dalam tempoh berkempen ini.
 
Jelas Syed Hamid, rekod perkhidmatan bekas dua ahli Parlimennya, Datuk Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) berada pada tahap terbaik dan ia diakui semua pihak.
 
"Selalu kemenangan kita bukan kerana perbalahan (parti lawan), kekuatan BN bila orang terima kita pasal kita ada rekod yang bagus dan perkhidamatan yang elok, orang akan buat pilihan walaupun faktor calon sekarang memainkan peranan yang penting dalam mood yang ada masa kini," katanya kepada ditemubual secara eksklusif Antarapos.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pertandingan tiga penjuru untuk PRK Sungai Besar membabitkan Budiman Mohd Zohdi (calon BN), Dr Rani Osman (calon PAS) dan Azhar Abdul Shukor (calon Parti Amanah Negara - PAN).
 
Sementara di Parlimen Kuala Kangsar pula menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu Datin Mastura Ahmad Yazid (calon BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (calon PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (calon PAN) dan seorang calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari. 
 
Syed Hamid kemudiannya berkata, melihat daripada pelbagai sudut, beliau yakin calon BN di kedua-dua  kerusi Parlimen itu mampu mempertahankan kerusi itu sekaligus memenangi PRK yang akan berlangsung 18 jun depan.
 
"Pilihan raya ini semua parti berpengalaman mereka tahu macam mana nak kendalikan PRK ini. Kadang ia memihak kepada kerajaan, kadang memihak kepada pembangkang. 
 
"Tapi soalnya bukan penentu sikap sebagaimana yang dikatakan oleh Perdana Menteri yang menyebut bahawa PRK bukan satu sokongan kepada kerajaan atau bukan sokongan kepada kerajaan. 
 
"PRK ada mood tersendiri, saya fikir ia sistem yang bagus dalam demokrasi dan subur. Biarlah tiga penujuru atau lebih saya fikir kedua-dua PRK ini BN boleh menang," katanya lagi.
 
 

Digelar Pendekar Mustar, PAS tak kecil hati

Posted: 05 Jun 2016 08:15 AM PDT

 
 
PAS tidak berkecil hati digelar 'Pendekar Mustar' oleh pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) berikutan tindakan pemimpin parti Islam itu yang berpakaian seperti pahlawan Melayu pada perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kelantan, baru-baru ini.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berasa bangga apabila mengenakan pakaian berkenaan.

"Ini fikiran orang yang negatif, semuanya buruk bagi dia. Kalau kita pandang dari sudut positif, maka eloklah jadinya," katanya ketika ditemui pemberita di majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di Dewan Seri Bernam, di Sungai Besar hari ini.

Gelaran 'Pendekar Mustar' kepada pemimpin PAS itu didakwa diberikan oleh Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu ketika berceramah pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan bagi PRK itu di Sekinchan di sini, pada Rabu lepas.

'Pendekar Mustar' merupakan watak seorang guru silat dalam filem komedi Pendekar Bujang Lapok yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada lewat 1950-an.

Tuan Ibrahim turut menangkis dakwaan pemakaian baju itu mempunyai kaitan dengan UMNO, sebaliknya menegaskan ia merupakan pakaian tradisional Melayu dan bukan milik sesebuah parti politik.

"Kalau pakaian ini pakaian UMNO, maknanya semua pengantin lelaki dan pengamal silat orang UMNO lah.

Pakaian (tradisional Melayu) ini pun turut dipakai di majlis-majlis rasmi seperti majlis penerimaan pingat darjah kebesaran," katanya.

Pada perasmian Muktamar Pemuda PAS itu, Tuan Ibrahim bersama beberapa pemimpin kanan PAS lain seperti Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi tampil berpakaian ala pahlawan Melayu lengkap bertanjak serta menyelit keris di pinggang ketika berjalan memasuki dewan.

Pemakaian sedemikian mencetuskan kritikan daripada pemimpin Pakatan Harapan yang mendakwa PAS sudah mengikut jejak dan mempunyai kaitan dengan UMNO.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan Budiman Mohd Zohdi daripada BN, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukor daripada Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, akan bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.-Bernama


HARAPAN alu-alukan kempen Dr M untuk dapat undi Melayu

Posted: 05 Jun 2016 08:09 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pakatan Harapan (HARAPAN) mengalu-alukan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen menyokong calon Pakatan Harapan (HARAPAN) pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad mengakui parti itu menghadapi masalah mendapatkan undi Melayu dan oleh itu berharap bekas perdana menteri itu akan membantu memecahkan undi BN, sekaligus meraih sokongan kaum berkenaan.

"Kita alu-alukan. Masalah yang kita hadapi ialah undi Melayu kerana undi Melayu terlalu setia kepada UMNO dan BN.

"Maka nak pecah undi Melayu mungkin Dr Mahathir boleh membantu untuk membuka minda orang Melayu yang selama ini menganggap UMNO dan BN ini memang tak ada silap

salah," katanya dalam sidang media pertama AMANAH selepas penamaan calon di Sungai Besar tengah hari tadi.

Sementara itu katanya, HARAPAN memilih tema "Bebaskan Rakyat Selamatkan Malaysia" dalam kedua-dua pilihanraya kecil berkenaan.

"Malam tadi diputuskan tema PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini. Kita nak bebaskan rakyat daripada penindasan pemerintahan dalam isu-isu seperti GST dan isu ekonomi.

"Oleh kerana ini PRK parlimen, jadi kita kena ambil pendekatan yang lebih nasional. Kita nak bebaskan minda dan ekonomi rakyat tempatan daripada terus dikuasai dan ditindas," kata Khalid.

Sementara itu, penyokong AMANAH membina sebuah pentas sementara di atas trak, diletakkan di tepi jalan tidak jauh dari Dewan Bernam, selepas berakhir tempoh penamaan calon.

Antara yang turut memberikan ucapan ialah bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Ahli Parlimen Kapar dari PKR, G Manivannan.

Ambiga berkata beliau menyokong calon AMANAH, Azhar Abdul Shukor kerana parti itu menyokong Deklarasi Rakyat.

"Saya menyokong AMANAH kerana mereka menyokong gesaan untuk membuang Najib. Saya menyokong AMANAH kerana mereka menyokong pembaharuan institusi," tambahnya.


Umno yakin boleh menang, pembangkang sibuk jatuhkan antara satu sama lain

Posted: 05 Jun 2016 08:07 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.Dr Rani, Budiman dan Azhar yang mewakili parti masing-masing di Sungai Besar.


Pemimpin Umno yakin, pembangkang yang sibuk untuk menjatuhkan antara satu sama lain akan memberikan laluan mudah kepada calon Barisan Nasional untuk menang.

Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin berkata,  pertandingan tiga penjuru di Sungai Besar memberi ruang kepada calon BN untuk menambah majoriti berbanding dalam PRU13 lalu.

"Pihak lawan, Amanah dan Pas juga antara isu yang boleh dijadikan bahan sesama mereka dalam kempen masing-masing, jadi dalam hal ini sudah tentu mereka sibuk nak jatuhkan antara satu sama lain, Pas sibuk nak jatuhkan Amanah, Amanah sibuk nak jatuhkan Pas," katanya.

Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru tidak akan memberikan sebarang masalah kepada BN.

Raja Nong Chik yakin BN boleh menang.Raja Nong Chik yakin BN boleh menang."Dengan pertandingan tiga penjuru tidak memberi kesan kepada calon BN yang bertanding," katanya.

Beliau juga menolak perpecahan dalam Umno akan mempengaruhi pengundi di Sungai Besar ini.

"Kalau ada yang kata Umno-BN diambang perpecahan itu hanya di peringkat tertinggi parti bukan di kalangan akar umbi parti  dan pengundi di PRK ini," ujarnya.

"Blok paling besar adalah BN. Mungkin kita ada sedikit kebimbangan dengan pengundi atas pagar yang kebanyakannya adalaha dari luar tetapi  di kawasan parlimen sungai besar kebanyakan pengundi adalah penyokong tegar BN," ujarnya yang tidak bersetuju dengan pendapat isu kepimpinan Presiden Umno menyumbang kepada kurangnya undi BN dalam PRK kali ini.

"Isu Perdana Menteri jika dimainkan oleh sebahagian penentang dalaman  ahli Umno atau pakatan pembangkang di Sungai Besar ini tidak akan pengaruhi majoriti pengundi Melayu keseluruhannya. PM bukan sahaja satu-satu isu yang mahu dijadikan bahan kempen pihak lawan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah  Md. Hanipah pula yakin calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi adalah 'winable candidade' bagi Parlimen Sungai Besar.

Beliau yang dilaporkan pengsan semalam namun hadir hari ini berkata, melihat kepada penyokong BN yang hadir hari ini, ia adalah situasi yang agak berbeza berbanding pada masa PRU 13 lalu.

"Budiman calon 'winable candidate' dari BN.  Kita yakini calon yang diketengahkan oleh Pakatan Harapan dan Pas tidak akan mengurangkan undi BN pada PRK kali ini.

Ahmad BashahAhmad Bashah"Ini kerana dengan meletakkan calon dari Amanah menunjukkan pakataan pembangkang tidak ada kata sepakat untuk meletakkan hanya satu calon, ini memberi kemenangan berganda berbanding keputusan PRU13 lalu hanya peroleh 993 mungkin kali ini akan meningkat," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail ketika ditemui berkata dengan keputusan muktamad pertandingan tiga penjuru hari ini membuktikan pada fasa pertama ini (hari pencalonan) gelombang biru katanya, sangat hebat untuk menyokong calon BN.

"Satu petanda baik apabila hanya tiga penjuru SPR umumkan hari ini.

"Ini memberi kelebihan kepada Umno-BN untuk mula mengatur stategi "perang" bagi memastikan pengundi di Sungai Besar dapat memilih calon BN Budiman, untuk menang kerusi Parlimen," ujarnya.

Beliau enggan mengulas lanjut  berkaitan calon Pakatan Harapan  Azhar Datuk Shukur dan calon Pas Dr Abdul Rani Osman.

Sebaliknnya berkata,"sekarang waktu semua jentera parti perlu bekerja keras berkempen untuk menangkan calon masing-masing. Kita tunggu dan lihat sajalah kekuatan calon masing-masing pada hari pembuangan undi."

Bekas Adun (MIC) Ijok, K Phatiban pula berpandangan Budiman seorang calon yang memenuhi aspirasi anak muda di kawasan Sungai Panjang dan tidak kurang juga dikawasan DAP di Sekinchan.

"Beliau saya lihat boleh menarik hati pengundi bukan Melayu sama ada di Dun Sungai Panjang mahupun Dun Sekinchan.

"Kita yakin dengan sokongan daripada parti komponan terutama MIC  yang telah menghantar seramai 200 orang hari ini untuk menyokong calon BN ketika hari penamaan calon," ujarnya yang juga Setiausaha Kerja MIC Kebangsaan.

Mujahid jawab tohmahan Cikgu Pa tentang Amanah dan DAP

Posted: 05 Jun 2016 08:02 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehPas dibuai mimpi tentang hubungan parti itu dengan PKR kata Mujahid. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Salleh


Naib Presiden Amnah, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa menganggap kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Dato' Mustafa Ali bahawa "undi AMANAH adalah undi untuk DAP" amat mengelirukan.

Kenyataan ini terpampang di dada akhbar Sinar Harian tempoh hari katanya menunjukkan ada beberapa perkara yang Mustafa Ali tidak cermat dalam kenyataannya dan tidak patut keluar dari mulut ahli politik veteran seperti beliau yang membuat rumusan pra-matang terhadap AMANAH yang didakwa tajaan DAP.


"Saya kesal sebagai ahli politik veteran, Mustafa Ali masih belum memahami bahawa yang dipertarungkan dalam mana-mana pilihan raya ialah perkara substantif tentang apa yang dibawa oleh parti masing-masing.

"Sampai bila orang lama seperti beliau hendak matang menunjukkan jalan kehadapan kepada generasi muda ahli politik jika beliau hanya ulang tayang sahaja menyalahkan orang lain tetapi gagal mengkritik diri sendiri?" soal beliau

Menurut beliau tidak adil masalah Pas dan Amanah dipertanggungjawabkan ke atas DAP untuk menutup kelemahan pimpinan Pas yang gagal berubah mengikut keperluan semasa dan gagal memenuhi janji 52 peratus undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Amanah tidak lahir dari DAP tetapi ia lahir dari kecelaruan PAS yang menjejaskan kelahiran politik baharu nasional yang dinantikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jika sokong Amanah bererti sokong DAP katanya, maka apa salahnya jika kita kembali kepada isu substantif seperti jika DAP menentang rasuah, jika DAP menentang perkauman sempit, jika DAP berjaya mempraktikkan dasar pemerintahan telus dan berkebajikan dan jika DAP melaksanakan ketelusan, di mana salahnya jika AMANAH bersama dalam hal demikian?

"Maknanya jika sokong Amanah dikatakan sokong DAP ia bagus dalam konteks melawan rasuah.

"Adakah Pengarah Pilihan Raya Pas itu bermaksud demikian atau ia bermaksud secara negatif iaitu jangan sokong Amanah kerana ia menyokong DAP yang mahu lawan rasuah dan lain-lain?

Adakah Mustafa Ali tidak menyokong parti yang mahu lawan rasuah dan melawan parti yang rasuah?" soalnya lagi.

Jika ia bukan tentang semua di atas katanya, maka logik Mustafa Ali mungkin berpandukan kepada logik Umno iaitu naratif perkauman bahawa DAP ialah parti Cina dan Amanah menyokong agenda Cina-DAP.

"Saya kurang mahu percaya bahawa itulah kehendak Mustafa Ali tetapi melihatkan naratif Pas hari ini saling tak tumpah naratif Umno, saya cenderung kepada memahami kenyataan Mustafa Ali hanyalah mengulangi naratif Umno yang telah pun kita dengar selama ini.

"Saya mengharapkan perkara baru dari seorang veteran Pas tetapi ternyata Pas kehabisan peluru dan terpaksa memakai peluru Umno, dan amat malang sekali ia datang dari seorang veteran Pas," katanya.

Hakikatnya kata beliau, pertembungan yang sebenar dalam pilihan raya kecil kali ini ialah, Amanah melawan parti rasuah yang mana presidennya terpalit dengan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion.

"Kekuatan moral parti itu sudah reput hanya media perdana yang menutup kereputan itu dan parti Mustafa Ali mahukan isu Melayu-Islam jadi jambatan antara PAS dan UMNO lalu menutup isu sebenar berkenaan dengan kerajaan yang gagal dan demokrasi yang tidak berfungsi.

"Amanah tidak perlu melawan Pas jika ia komited kepada melawan rasuah, Amanah hanya melawan Umno/BN dan pengundi hanya perlu memilih parti mana yang lebih serius melawan rasuah," katanya

Bagi beliau Amanah adalah komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP dan PKR.

" Amanah mewakili PH, amat mengelirukan apabila Mustafa Ali mengulangi bahawa PKR masih ada hubungan dengan Pas malah mengugut untuk putus hubungan.

"Hubungan apa? Sama ada Pas bermain mata dengan rakan rasmi Amanah iaitu PKR atau PAS merasai bahawa blok ke-3-nya dengan IKATAN tidak membawa apa-apa makna," katanya

Mujahid yakin usaha Mustafa Ali membawa naratif Umno ke atas Amanah dalam menentukan sikapnya ke atas hubungan Amanah-DAP kepada pengundi dua pilihan raya kecil ini membuat saya tertanya-tanya, apakah mengundi PAS pada 18 Jun nanti sama sahaja seperti memberi undi kepada UMNO/BN?

Beliau amat meyakini bahawa pertembungan dalam dua pilihan raya kecil ini hakikatnya hanyalah antara BN lwn PH dan bukan PAS lwn Amanah lawan Umno seperti yang didakwa Pengarah Pilihan Raya PAS semasa membuat penggulungan di Muktamarnya baru-baru ini.

Umat Islam mula berpuasa esok

Posted: 05 Jun 2016 07:47 AM PDT

 
 
Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Isnin, 6 Jun 2016, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.-Bernama


Dr M mengelak ketika ditanya kempen PRK

Posted: 05 Jun 2016 07:45 AM PDT

 
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak ketika ditanya sama ada beliau akan berkempen dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, atau mendedahkan parti mana yang akan disokong.

Sebaliknya beliau berkata 'mungkin' akan berkempen dalam pilihan raya kecil berkenaan dan akan menyokong mana-mana parti yang telah menandatangani Deklarasi Rakyat.

"Saya mungkin. Jika saya diminta, saya akan pergi. Saya sokong penuh calon yang menandatangani deklarasi itu. Saya tidak akan sokong calon yang tidak (Menandatanganinya).

"Saya tidak berada dalam mana-mana parti. Saya bukan di dalam Umno kerana tiada lagi Umno. Ia cuma parti Najib, jadi itu sebab mengapa saya tinggalkan parti Najib.

"Saya tidak berkempen untuk AMANAH. Saya berkempen untuk calon yang percaya dengan deklarasi itu," katanya ketika ditanya pemberita di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Mahathir berkata PAS tidak menyokong deklarasi berkenaan.

"Kalau PAS tandatangan, saya akan sokong mereka juga, tapi parti itu tidak tandatangan," katanya.

Kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bermula hari ini, dengan hari pembuangan undi ditetapkan pada 18 Jun.

Sebelum ini bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim memberitahu Malaysiakini bahawa Mahathir bersedia berkempen untuk AMANAH dalam dua pilihan raya itu.

Mahathir adalah tonggak utama di sebalik Deklarasi Rakyat yang dirangka selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai kumpulan dan individu, termasuk anggota pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil.

Turut hadir dalam majlis pelancarannya termasuk Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Namun Mustafa dan PAS berkata kehadiran itu adalah atas kapasiti peribadi.

Deklarasi itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan daripada pejabatnya melalui proses demokrasi. Ia menjadi kontroversi kerana sesetengah aktivis dan ahli politik mempersoalkan kerjasama dengan individu yang didakwa pernah melemahkan institusi di Malaysia.


Jadi 'penasihat' Umno: Ini jawapan Pemuda Pas

Posted: 05 Jun 2016 07:39 AM PDT


IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Khairil Nizam
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini membidas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa parti Islam itu bersahabat dengan Umno.

Naib Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, sekiranya Pas bersahabat dengan Umno, Pas tidak akan bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

"Habis kalau kami menjadi penasihat dia (Umno), apa hal pula kami bertanding lawan dia di situ?," katanya kepada Sinar Online.

Saifuddin hari ini dilaporkan berkata, dek kerana pendirian Pas yang menjadi 'penasihat' kepada Umno dan kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada PKR, maka kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur malah kelihatan bersahabat dengan Umno.

Dalam pada itu, menurutnya Khairil, hujah Saifuddin itu jelas menunjukkan Pakatan Harapan tidak mempunyai modal dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan.

"Kenaifan hujah Datuk Saifuddin menunjukkan yang Pakatan Harapan tidak ada modal dalam PRK kali ini.

"Barangkali kerana 'kemabukan' kerana kerjasamanya dengan DAP," katanya.

Tegasnya, Pas konsisten dalam menentang segala kezaliman dan salahguna kuasa Umno-BN.

Selepas proses penamaan calon bagi PRK di Parlimen Sungai Besar pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bakal berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Sementara untuk PRK di Kuala Kangsar pula bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, Pas, Amanah dan Bebas.

Proses pengundian bakal berlangsung 18 Jun ini secara serentak.


Deklarasi Rakyat: Dr M akui wujud tandatangan palsu

Posted: 05 Jun 2016 07:36 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamed. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui wujudnya pemalsuan tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepas jawatan.

Katanya, tindakan itu sengaja dilakukan pihak tertentu secara terancang bagi menggagalkan usaha menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun menurutnya lagi, pihak sekretariat berjaya mengesan sebanyak 300,000 tandatangan dipercayai dipalsukan dengan sengaja itu.

"Saya tahu ada usaha untuk menipu, ada yang tandatangan satu, ada tandatangan lima hingga enam yang kad pengenalan dia sama.

"Semua itu kita sudah buang dan hampir 300,000 (borang Deklarasi Rakyat) yang terlibat dengan penipuan dan perkara itu dilakukan secara terancang dan kita tahu ada orang yang rancang.

"Tetapi (sehingga kini) sudah lebih 1.2 juta tandatangan yang kita terima. Sepatutnya saya hanya dapat 1 juta tandatangan sehingga hujung tahun tetapi jumlah itu dicapai setelah dua bulan ia dilancarkan," katanya ketika ditemui pada sidang media di sebuah program, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pengatur cara komputer bebas, Azharuddin Othman, mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Rakyat yang digerakkan Mahathir dan pembangkang.

Azharuddin turut mendakwa kesemua 1.2 juta tandatangan tersebut adalah palsu dan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, ramai rakyat yang ingin menandatangan Deklarasi Rakyat, namun dihalang oleh rasa takut kepada pihak kerajaan pemerintah.

"Sebenarnya rakyat sokong dan nak tandatangan tetapi mereka ketakutan  kepada pihak pemerintah apabila pihak pemerintah bertindak melakukan pemotongan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), kerajaan akan kacau perniagaan dan lain-lain lagi," katanya.


Chong Wei kembali nombor satu dunia

Posted: 05 Jun 2016 07:34 AM PDT

Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei. -Foto Bernama
 

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali merampas status pemain nombor satu dunia selepas berjaya merangkul gelaran juara Terbuka Indonesia apabila menewaskan wakil Denmark, Jan O Jorgensen pada aksi akhir, sebentar tadi.

Chong Wei ketika ini mengumpul 88,953 mata, ketinggalan 3,241 mata di belakang Chen Long, namun kejuaraan itu membolehkan dia meraih 11,000 mata sekali gus akan memintas musuh utamanya itu.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Chong Wei bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum mencatat kemenangan 17-21, 21-19, 21-17.

Keputusan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangannya ke atas lawan dari Denmark itu kepada 16 daripada 17 pertemuan mereka sejak 2009.

Lebih manis, kejuaraan keenam diraih Chong Wei ini selepas memenanginya pada tahun 2013, 2011, 2010, 2009, 2007 turut membolehkan pemain berusia 34 tahun itu menyamai rekod yang dilakukan legenda negara berkenaan Taufik Hidayat dan Ardy Wiranata.

Sebagai rekod, ini gelaran keempat buat Chong Wei tahun ini selepas menjuarai Malaysia Masters, Terbuka Malaysia dan Kejohanan Asia.

Amanah lancar satu peguam satu daerah mengundi untuk PRK

Posted: 05 Jun 2016 01:05 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Peguam Amanah menunjukkan logo Amanah bersama Mat Sabu.Peguam Amanah menunjukkan logo Amanah bersama Mat Sabu.


Bagi mempastikan pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar berjalan di landasan undang-undang yang betul, Amanah melancarkan program satu peguam satu daerah mengundi pagi ini.

Ia dilancarkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu di Wisma Amanah dengan disertai lebih 30 peguam Amanah yang akan menjalankan tugas itu.

Mohamad Sabu ketika memberikan amanat kepada para peguam Amanah.Mohamad Sabu ketika memberikan amanat kepada para peguam Amanah.Taklimat mengenai tugas-tugas mereka diberikan oleh Dr Zulkarnain Lokman. Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Wan Anwar Wan Ibrahim.

"Tidak semua yang bertugas berada dalam majlis hari ini kerana sebahagian mereka sudah berada di lapangan sekarang untuk menyemak borang pencalonan dan menguruskan borang agen-agen calon," kata Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Timbalan Setiausaha Agung Amanah.

Dalam majlis pelancaran ini, Mohamad Sabu memberikan amanat beliau kepada mereka disamping mengucapkan tahniah di atas kesediaan mereka menyertai program ini.

Sebelum ini, Amanah melancarkan Kanun bersama 100 Peguam yang menyertai Amanah.

Kebanyakan peguam yang selama ini memimpin Pas kini menyertai Amanah termasuk pengerusi Kanun, Mohamed Hanipa Maidin.

Surat kekecewaan mahasiswa untuk pembangkang

Posted: 05 Jun 2016 01:02 AM PDT

MUHAMMAD WAFIUDDN ROSLI
 
 
Mahasiswa kini kecewa dengan pembangkang yang tidak bersatu.Mahasiswa kini kecewa dengan pembangkang yang tidak bersatu.

 
Kehadapan Yang Berbahagia:

1) Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat,  A-1-09, Merchant Square,  Jalan Tropicana Selatan 1,  47410 Petaling Jaya,  Selangor Darul Ehsan.

2) Pemangku Pengerusi Kebangsaan,  Parti Tindakan Demokratik (DAP)  Ibu Pejabat Kebangsaan,  Jalan Yew (off Jalan Pudu),  55100 Kuala Lumpur.

3) Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)  Wisma Amanah Negara,  Unit No. 73-1, Tingkat 1,  Jalan Seri Utara 1, Sri Utara,  Off Jalan Ipoh,  68100 Kuala Lumpur.

4) Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)  Pejabat Agung PAS Pusat,  No. 318-A,  Jalan Raja Laut,  50350 Kuala Lumpur

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,  Sesungguhnya saya menulis surat ini buat kesemua presiden-presiden komponen parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan PAS yang menjadi tunggak harapan rakyat bagi menggantikan kerajaan sedia ada Barisan Nasional (BN) yang kian bobrok dibawah YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak itu.

Saya dengan ini menginsafi bahawa saya hanyalah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada mahasiswa dan anak muda begitu lelah melihat cakaran diantara komponen pembangkang yang tiada langsung keuntungan buat rakyat Malaysia khususnya.

Yang Berbahagia Presiden-Presiden Parti Pembangkang,

Sudah agak lama kiranya komponen blok pembangkang ini mengalami krisis yang tidak ada kesudahan jelas untuk menumpukan kepada masalah rakyat yang kian tertindas ini. Blok pembangkang lebih dilihat mempunyai ego yang tinggi dan hanya mementingkan kepentingan parti sendiri berbanding isu rakyat. Saya boleh nyatakan beberapa kekecewaan anak muda terhadap blok pembangkang ini :

1- Pembangkang gagal untuk mengurus krisis yang melanda sesama mereka bahkan mereka lebih suka mengambil sikap pentingkan diri sendiri berbanding kepentingan rakyat terutamanya PKR dan DAP, PAS dan AMANAH di Sarawak.

Contoh mudah, mahasiswa dan anak muda melihat cara mengurus Pakatan Harapan didalam penentuan kerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, mengapa masih terdapat pertindihan kerusi sesama blok pembangkang sedangkan kesepakatan telah dijanjikan bersama untuk berhadapan dengan BN tetapi akhirnya cita-cita itu dibakulsampahkan sebegitu rupa demi kepentingan pengaruh dan politik kesemua parti pembangkang. Anda semua telah mengecewakan kami.

2- Pembangkang gagal untuk mengangkat suara anak muda di dalam setiap manifesto yang mereka janjikan. Jika mereka mengatakan anak muda sebagai harapan dan tunggak kepada perubahan, mengapa kepentingan kami diketepikan tanpa sebarang penelitian?

Anak muda mahukan kepentingan kami didengari dan sebahagian daripada penentuan polisi tetapi malangnya kami ibarat tidak begitu wujud dimata kalian wahai parti-parti pembangkang. Anda semua sekali lagi telah mengecewakan kami.

3- Pembangkang gagal untuk bersepakat bersama dalam cita-cita bagi menurunkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang korup. Bahkan bergaduh dan teragak-agak sesama sendiri samada untuk bersama dalam Deklarasi Rakyat dibawah Mahathir ataupun tidak.

Mujur Anwar Ibrahim mengeluarkan suratnya, barulah pembangkang 'meroyan' seolah-olah kononnya sinar kebenaran baru sahaja terbit. Soalnya, mengapa kalian seolah-olah menunggu surat dari Anwar? Tidakkah kalian boleh bersepakat bersama bagi mengumpul kekuatan menurunkan YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak. Kalian dilihat lemah, sekali lagi telah mengecewakan rakyat.

4- Pembangkang lebih syok untuk memanjangkan pergaduhan bahkan seronok untuk disensasikan buat tatapan rakyat. Mengapa kalian suka bersengketa sesama sendiri dan seperti sengaja menimbulkan kenyataan membawa kepada permusuhan? Aktiviti cabar-mencabar, kutuk-mengutuk, dan caci-maki sesama parti pembangkang hanyalah memberikan gambaran kalian tidak serius untuk memimpin Malaysia bagi menggantikan BN yang sudah tidak dianggap releven lagi kini.

Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dihormati,

Atas nama mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia, saya sebahagian suara kecil yang tidak begitu penting ini merayu dan memohon kepada kesemua kalian agar kembali bersepakat bersama melakukan langkah yang konstruktif bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal berlaku tidak lama dari sekarang. PRK ini adalah simbol kematangan kalian dalam mengurus dan memberikan harapan kepada keseluruhan rakyat Malaysia sebelum menghadapi PRU 14.

Mahasiswa dan anak muda memberi amaran supaya jangan sekali lagi memberikan peluang kemenangan kepada BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan pertindihan kerusi sesama pembangkang baik PKR, DAP, AMANAH dan PAS. Kami sudah jelek dengan sikap kalian yang seperti acuh tidak acuh sahaja dalam menghadapi BN untuk membina sebuah kekuatan dan menghadapi sebuah kemenangan.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan aset penting untuk pembangkang miliki kedua kerusi ini bagi memberikan mesej jelas bahawa Najib Razak dan partinya UMNO BN sudah tidak tidak releven lagi dan perlu turun dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia akibat terlalu banyak kebobrokan yang dicipta oleh beliau.

Presiden-Presiden Parti Pembangkang yang dikasihi,

Tidakkah kalian mengetahui, bahawa mahasiswa dan anak muda kini menghadapi 'Fatigue Syndrom' yakni sudah letih dan malas untuk mengambil tahu dan bersama-sama dalam segala macam hal yang berlaku di Malaysia ini terutama bab politik?

Sedarlah bahawa ini merupakan petanda bahaya yang memungkinkan penurunan peratusan turun mengundi oleh mahasiswa dan anak muda pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar serta PRU 14 akan datang. Justeru, kalian perlu mewarna sebuah warna-warni harapan buat anak muda Malaysia agar kembali percaya kepada kalian.

Justeru itu, saya mewakili sebahagian daripada mahasiswa, anak muda, dan rakyat Malaysia turut berkongsi aspirasi yang sama menggesa tindakan yang JUJUR dan SERIUS daripada kalian. Prasyarat kepada sebuah kemenangan dan kebangkitan adalah dengan membina sebuah kesatuan demi cita-cita yang ingin digapai.

Ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menggantikan BN kepada komponen parti yang konsisten bersama rakyat dan anak muda. Jika harapan ini kalian bakulsampahkan, mahasiswa dan anak muda tidak teragak-agak untuk bertindak sesuatu !

Muhammad Wafiuddin Rosli
Koordinator bersama,
Gerakan Mahasiswa Amarah (GeMA)

Surat terbuka kepada Presiden MCA, MIC, SUPP dan Gerakan

Posted: 05 Jun 2016 12:59 AM PDT

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
 
 
Empat presiden parti komponen BN telah menolak RUU yang dibentangkan  Ahli Parlimen Marang di Parlimen  menimbulkan polimik antara BN-PasEmpat presiden parti komponen BN telah menolak RUU yang dibentangkan Ahli Parlimen Marang di Parlimen menimbulkan polimik antara BN-Pas

Semenjak Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang (RUU)persendirian mengenai hudud  baru baru ini, suasana politik negara makin hangat.

Beberapa YB dengan cepat mengeluarkan kenyataan menolak RUU tersebut dan pelaksanaanya. Malahan, YB mengugut untuk meletakkan jawatan seandainya Hudud dilaksanakan. Itu memang hak YB untuk membantah.

Masalahnya, begitu pantas reaksi YB sedangkan RUU itu belum lagi dibentang secara rasmi di peringkat pertama. Ia belum lagi dibahaskan. Ia juga belum lagi diluluskan oleh Parlimen dan belum lagi diluluskan oleh mana mana DUN. Katanya kerana Pelaksanaan RUU tersebut akan menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai rakyat yang prihatin, saya mohon YB jawab persoalan saya, sekiranya benar YB ingin melindungi kedaulatan undang undang negara.

Di manakah YB ketika Perlembagaan Persekutuan yang menjadi payung undang undang Malaysia dicabul?

Ketika AG diberhentikan tanpa sebarang sebab yang munasabah?

Ketika SOSMA disalahgunakan untuk menghukum mereka yang berlainan pendapat?

Ketika cadangan dari MACC dan Bank Negara diketepikan dan ditolak bulat-bulat?

Di manakah YB ketika kegawatan politik dan isu 1MDB merobek maruah negara dan menjejaskan masa depan negara?

Di manakah YB ketika laporan Ketua Audit Negara berkenaan isu 1MDB dirahsiakan dan disorok dari pengetahuan rakyat? Sedangkan laporan seperti itu amat penting dikongsi secara meluas bagi memastikan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran.

Di manakah YB bila 1MDB menanggung liabiliti sebanyak RM53 Billion yang datang dari poket rakyat Malaysia?

Sedangkan wang sebanyak itu mampu digunakan untuk membiaya kos penuh bagi lebih daripada 1 ribu mahasiswa ke universiti universiti terhebat dunia.

Sedangkan wang sebanyak itu mampu menjamin pembanguan negara yang lebih pesat.

Sedangkan wang sebanyak itu mampu meningkatkan taraf hidup rakyat lebih lebih lagi bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan.

Di manakah YB ketika lebih kurang RM4.2 telah disalurkan ke syarikat Good Star Limited yang dimiliki oleh Jho Low? Sedangkan YB sudah sedia maklum tentang hubungan persahabatan antara YAB PM dengan Jho Low yang kini sedang disiasat oleh kerajaan Amerika berkenaan pembelian harta menggunakan sumber yang mencurigakan.

Di manakah YB ketika BSI, sebuah Bank yang berpusat di Switzerland ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana penglibatan dalam isu 1MDB?

Sedangkan sudah jelas dalam laporan MAS bahawa BSI terlibat dengan penyalahgunaan wang yang sangat serius.

Di manakah YB ketika semua ini yang sememangnya menyalahi undang-undang dan menconteng arang ke atas nama baik negara terjadi? Mengapa YB duduk berdiam diri, mendiam seribu bahasa?

Sedangkan perbuatan YB boleh mencetus satu tanggapan bahawa tidak kira apa jua yang berlaku, sebesar mana pun kesalahan yang dibuat, ahli-ahli politik yang mentadbir negara akan terselamat dari sebarang liabiliti.

Sekali lagi, juga sebagai rakyat yang prihatin, saya memohon kepada YB, sekiranya  mampu bersuara lantang "memperjuangkan rakyat", menentang RUU yang belum lagi dibahaskan, mengapa tidak bersama kami memperjuangkan kebenaran, menuntut ketelusan dalam pentadbiran negara.

Sekiranya YB mampu, Kenapa pilih untuk membisu?

*Penulis Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah adalah  Jurucakap Gerakan CHALLENGER

Kanun gesa SPR lebih sensitif, bersih sepanjang PRK

Posted: 05 Jun 2016 12:55 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
SPR diminta berlaku adilSPR diminta berlaku adil


Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih sensitif, adil dan bersih sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak, 18 Jun ini.

Timbalan Pengerusinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, SPR diharap lebih peka dengan undang-undang dan prosedur berkaitan proses pilihan raya.

"Ini termasuklah isu-isu teknikal dan pengeluaran borang 14A. Kanun juga menyeru supaya peraturan jarak pondok panas parti kurang 50 meter dari pusat pengundi benar-benar dipatuhi," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini.

Mengulas peranan Kanun sepanjang tempoh dua minggu kempen, beliau memberitahu lebih 50 peguam akan bertugas di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sehingga 18 Jun ini.

"Pasukan Kanun akan meletakkan sekurang-kurangnya seorang peguam di setiap Daerah Mengundi iaitu 29 orang di Sungai Besar dan 26 lagi di Kuala Kangsar.

"Kanun akan pastikan perjalanan proses pilihan raya berjalan mengikut prosedur sehingga pada hari membuang undi, pengiraan dan keputusan nanti," ujarnya.

Beliau yang juga Naib Pengerusi Pemuda Amanah Nasional berkata, Kanun turut mengambil berat isu berkaitan aspek keselamatan susulan Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini.

"Kita bimbang tercetusnya kemungkinan tindakan luar jangka dan tidak wajar terhadap mana-mana jentera parti yang bertanding. Kita menyeru parti-parti bertanding supaya mengelak daripada menggunakan kempen kekerasan.

"Oleh itu, Kanun memantau lebih rapi sebarang kemungkinan terjadi," jelasnya lagi.

Lelaki maut, lima ahli keluarga cedera rempuh treler di LPT

Posted: 05 Jun 2016 12:50 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
HULU TERENGGANU: Seorang lelaki maut manakala lima anggota keluarganya parah apabila kereta yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 392.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
 
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Zamri Omar, mangsa, Bakar Mat Amin, 64, yang merupakan penumpang kereta itu meninggal dunia di tempat kajadian.
 
Katanya, kesemua lima mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu.
 
 

Jentera pilihan raya PKR bantu kempen PAN ikut keperluan - Zuraidah

Posted: 05 Jun 2016 12:47 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR akan mengarahkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berpandukan keperluan Parti Amanah Negara (PAN), kata Zuraidah Kamaruddin sekaligus menolak desas-desus partinya tidak aktif dalam berkempen kali ini.
 
Ketua Wanita PKR itu memberitahu jentara pilihan raya PKR sudahpun memulakan tugasnya dengan menyertai perarakan penamaan calon di dua kerusi Parlimen itu, pagi tadi.
 
"Kita tengok kepada keperluan Amanah (PAN) sebagai barisan hadapan (Pakatan Harapan) dan kita akan tengok macam mana (nanti).
 
"Tadi masa penamaan calon kita (PKR) memang gerakkan jentera kita," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini, PKR dilihat dalam keadaan tersepit sementelah partinya perlu memberi sokongan kepada PAN yang merupakan rakan komponennya dalam Pakatan Harapan (PH).
 
Dalam masa sama, PKR juga masih mengekalkan tahaluf siyasi dengan PAS yang juga meletakkan calonnya untuk merebut dua kerusi Parlimen itu, 18 Jun depan. 
 
Zuraidah dalam pada itu, memberitahu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan turun berkempen pada PRK kali ini.
 
Bagaimanapun, Azmin hanya akan turun berkempen jika tidak terikat dengan program Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sepanjang bulan puasa yang akan bermula esok.
 
"Dia (Datuk Seri Azmin) kata tengok jadual sebab dia mahu ke Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga dan dia terikat dengan program Sultan (Selangor) untuk Ramadan," jelasnya. 
 
Azmin sebelum ini diminta Presiden PKR, Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail agar tidak hadir semasa pengumuman nama calon PAN, kerana mahu menjaga sensitiviti PAS.
 
PAS dan PKR sebelum ini berdepan dengan krisis apabila Azmin dikatakan memberi kata dua kepada tiga Exco PAS di Selangor untuk meletakkan jawatan jika parti Islam itu mahu bertanding di PRK Sungai Besar.
 
Azmin bagaimanapun menafikan perkara itu dan tiga Exco PAS pula mengunci mulut dan enggan mengulas lanjut.
 
"Itu waktu pengumuman calon, Presiden (Datuk Seri Dr. Wan Azizah) cakap dia tidak turun sebab nanti (hari ini) dia turun sebagai Menteri Besar untuk jumpa semua calon-calon Barisan Nasional (BN), PAS dan Parti Amanah Negara), dia jumpa semua," katanya.
 
Pakatan Harapan diwakili calon PAN, Azhar Abdul Shukor menentang calon PAS, Dr Rani Osman dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Ahli Umno nyata sokongan pada calon PAN di PRK Kuala Kangsar

Posted: 05 Jun 2016 12:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Umno, Syed Rosli Syed Harman hari ini menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (PAN) selepas kecewa dengan calon yang dipertaruhkan partinya sendiri.
 
Syed Rosli sebelum ini  mengumumkan dia ingin bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, namun menukar fikiran kerana masih sayangkan Umno.
 
Pun begitu dia tetap tidak bersetuju partinya meletakkan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon bagi berdepan dengan tiga lagi calon daripada PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan seorang calon Bebas. 
 
"Saya menyokong beliau (calon PAN) bukan kerana beliau dari Parti PAN namun kerana beliau anak jati Kuala Kangsar! Itu sahaja.
 
"Pada calon Umno BN, saya anak jati Kuala Kangsar tidak menentang kamu lagi dan juga tidak menyokong kamu juga. Saya tidak masuk campur," katanya.
 
"Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam Umno yang banyak berjasa kepada saya, bangsa Melayu dan negara.
 
"Selepas mendengar nasihat beberapa orang lama di dalam Umno supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun membuat keputusan pada saat akhir dengan tidak meneruskan niat menjadi calon," katanya.
 
Terdahulu, Syed Rosli mencuri tumpuan ramai apabila menggunakan kata-kata kesat yang ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya.
 
Dia kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannya itu dipengaruhi perasaan marah dan kecewa dengan pemilihan Mastura.
 
Mastura adalah isteri kepada bekas penyandang Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, yang meninggal dunia akibat nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
 

Hadi tak terasa dengan Azmin, PAS parti 'perkasa'

Posted: 05 Jun 2016 12:42 AM PDT

 
 
PAS tidak terasa hati dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar bagi menyokong calon AMANAH.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana partinya itu tahan lasak dan boleh berdepan dengan mana-mana parti sekali pun.

"‎PAS parti perkasa, parti yang tahan lasak, bukan parti baru. Kita akan berdepan dengan siapa pun, parti-parti baru mungkin akan terasa (tetapi tidak PAS)," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon PRK Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, hari ini.

Hadi berkata demikian ketika mengulas kehadiran Azmin yang juga timbalan presiden PKR pada proses penamaan calon PRK Sungai Besar hari ini bagi memberi sokongan kepada AMANAH.

Terdahulu ‎Azmin berkata parti itu akan digerakkan bagi membantu kempen Pakatan Harapan dalam dua pilihan raya kecil di parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kata Azmin, beliau telah memberi arahan kepada jentera parti untuk turun membantu kedua-dua calon HARAPAN.‎

‎Beliau hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra termasuk berpelukan dengan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Azmin sebelum ini tidak hadir ketika AMANAH mengumumkan calon mereka.‎

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata Azmin dinasihatkan tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' kerajaan Selangor dan hubungannya dengan PAS yang masih mempunyai wakil dalam kerajaan negeri.


Kedudukan Pas kabur selepas jadi 'penasihat' Umno

Posted: 05 Jun 2016 12:38 AM PDT

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah.
 

LEBIH awal sebelum berlangsungnya hari penamaan calon di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar terdapat pelbagai polemik yang berlaku dalam parti pembangkang terutama melibatkan pergeseran untuk meletakkan calon di antara Pakatan Harapan dan Pas.

Pastinya ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang ini dan sejauh mana penerimaan Pakatan Harapan terhadap apa yang Pas lakukan kini, terutamanya mengenai isu Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang membawa RUU Persendirian di Parlimen baru-baru ini.

Bagi mendapatkan penjelasan konkrit dalam isu ini, ikuti wawancara bersama Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH dengan Wartawan Sinar Online, Shamsul Abd Ghani baru-baru ini untuk mengupas isu terkini mengenai masa hadapan Pakatan Harapan dan polemik yang berlaku terhadap parti pembangkang sekarang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyatakan bahawa tiga Exco Selangor dari Pas perlu meletakkan jawatan jika bertegas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. Benarkah mengenai spekulasi pemecatan tersebut memandangkan Pas telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding dalam PRK kali ini.

Datuk Seri Azmin Mohamed Ali, lebih mengetahui tentang perkara ini. Pada saya, apa yang penting ialah, selagi PKR memimpin kerajaan negeri Selangor, ia mesti dijayakan. Kerana ia penting, iaitu sebagai rekod perkhidmatan, dalam menghadapi PRU14 sebagai kerajaan menunggu.  

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, apakah pendirian dan siapa sebenarnya yang PKR pilih untuk bantu dalam gerak kerja parti? Adakah Pas atau Amanah? 

PKR bermula dengan berunding dengan Pas. Pakatan Harapan maklum tentang perkara ini. Sebab itu, Pakatan Harapan menangguh apa-apa keputusan tentang PRK ini. Apabila perundingan itu tidak berhasil, maka, PKR  membuat keputusan, iaitu bersama-sama DAP dan Amanah, untuk Amanah mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


Pakatan Harapan faham bahawa rakyat inginkan pertandingan satu-lawan-satu. Kami juga berusaha ke arah itu.

Hari ini, dalam konteks PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebenarnya, ia adalah satu bentuk satu-lawan-satu. Yang bertanding ialah Pakatan Harapan, yang diwakili oleh Amanah.

Oleh kerana pendirian Pas yang menjadi penasihat kepada Umno dan kenyataan-kenyataan pimpinannya yang semakin menjauhkan diri daripada kami, maka, kedudukannya sebagai parti pembangkang menjadi kabur. Ia kelihatan sahabat Umno.

Justeru, dari satu segi, ia menjadikan PRK ini satu-lawan-satu, iaitu di antara "Amanah/Pakatan Harapan" dengan "Umno/BN+Pas".

Tetapi, apa-apapun, akhirnya, pengundi yang akan membuat keputusan. Dan saya yakin akan kebijaksanaan para pengundi.

Sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, isu di antara PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu dilihat gagal diselesaikan memandangkan banyak pertindihan kerusi berlaku. Boleh Datuk ulas mengenai situasi pertindihan kerusi antara PKR dan DAP dalam PRN Sarawak lalu?

Usaha-usaha perundingan antara PKR dan DAP berlaku pada beberapa peringkat dan mengambil masa yang panjang. Pada malam setelah selesai penamaan calon pun, masih ada perundingan antara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kami kesal dan sedih kerana tidak dapat mengelakkan pertindihan di enam kerusi itu.

Kami telah meminta maaf daripada pengundi dan penyokong. Kami belajar daripada pengalaman ini. Sejurus selepas pilihan raya Sarawak selesai, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng telah bertemu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membincangkannya. Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan sedang membuat post-mortem tentang Sarawak. Majlis Presiden Pakatan Harapan akan meneliti laporannya dan mengambil langkah-langkah perlu supaya ia tidak berulang lagi, dan bersiap bagi medan yang lebih besar, iaitu PRU14. Dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan Harapan bekerja sebagai satu pasukan.

Lepas 10 tahun bersama dengan Pakatan Rakyat, kenapa sehingga kini Pas, PKR dan DAP masih lagi tidak ada persefahaman?

Persefahaman melibatkan beberapa faktor. Faktor pertama ialah strategi, termasuk dalam menghadapi pilihan raya. Faktor ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. Faktor kedua ialah ideologi, atau idealisme dan prinsip perjuangan. Ia adalah sebab musabab mengapa sesebuah parti itu wujud. Faktor ini tidak berubah, melainkan melalui rekayasa atau penambahbaikan sahaja.

Dalam konteks Pakatan Rakyat, sesuatu perubahan atau perbezaan yang melibatkan faktor-faktor tersebut telah berlaku. Lalu menyebabkan ia terkubur. Namun, bentuknya yang lebih kecil masih wujud di Selangor, di mana PKR, Pas dan DAP membentuk kerajaan negeri, sementara kehadiran Amanah turut diraikan.

Pada hari ini, di peringkat kebangsaan, Pakatan Harapan adalah gabungan pembangkang yang terbesar. Matlamat kami ialah mengalahkan Umno/BN. Kami terbuka untuk membentuk blok pembangkang yang lebih besar.

Dalam posting di Facebook baru-baru ini, Datuk ada mengatakan bahawa "Pembentangan usul Hadi di Dewan Rakyat adalah contoh kerjasama Umno-Pas. Adakah ini bayangan kerjasama Umno-Pas dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar?"
Adakah Datuk menyokong RUU Persendirian dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda kuasa mahkamah syariah?

PKR  sedang meneliti perkara ini. Senator Dr Mohd Nur Manuty dipilih mengetuai pasukan yang membuat kajian terperinci tentangnya.

Secara peribadi, saya dapati ia diliputi beberapa isu.

Pertama, caranya. Ia dicatatkan dalam kertas peraturan mesyuarat Dewan Rakyat pada hari terakhir mesyuarat, tetapi, dengan mengejut, telah didahulukan daripada urusan kerajaan. Ini luar biasa. Ia melambangkan keakraban Umno-Pas. Adakah ini bayangan kerjasama lebih akrab pada masa hadapan?

Adakah Pas telah beralih peranan daripada parti pembangkang menjadi parti penasihat? Adakah ia dibuat supaya bertepatan dengan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Adakah ia dibuat supaya bertepatan dengan Muktamar Pas?

Kedua, reaksi penentangan daripada parti-parti komponen BN. Adakah ia sandiwara? Atau, adakah sesuatu yang real?

Ketiga, teks usul itu tidak jelas. Ia bukan tentang hudud. Tetapi, sekiranya diluluskan, adakah ia membolehkan elemen-elemen tertentu daripada cadangan hudud oleh Pas (yang asal) dapat dilaksanakan? Sekiranya ini berlaku, adakah strategi ini sesuatu yang berhikmah?

Pada saya, kita perlu menggunakan pendekatan maqasid al-shari'ah (objektif tinggi shari'ah) iaitu untuk menegakkan keadilan. Dalam konteks ini, kita perlu menjaga maslahah 'ammah (kepentingan rakyat), melihat prioriti, dan jelas kerangka yang dibentangkan, iaitu: deraf  RUU, penyiasatan, penahanan, pengadilan, pembuktian, keputusan, hukuman, pemulihan dan kemasukan-semula dalam masyarakat.


Langgar syarat: Empat ditahan guna paraglider

Posted: 05 Jun 2016 12:28 AM PDT

paraglider
Paraglider berlegar-legar ketika proses penamaan calon hari ini.


SUNGAI BESAR - Empat lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun bersama tiga unit peralatan paraglider ditahan  kerana melanggar Peraturan Penerbangan Awam 2016 berikutan penggunaan alat berkenaan semasa tempoh penamaan calon sebentar tadi.

Pegawai Perhubungan Media PDRM Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Asisten Khalil Ariffin berkata, keempat-empatnya ditahan pada kira-kira jam 10 pagi tadi di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Makmur, Sungai Besar.

"Tiga paraglider membawa bendera parti politik yang bertanding terbang melintasi ruang udara tempat penamaan calon berkenaan.

"Saya ingin memberitahu penggunaan dron atau paraglider adalah dilarang bermula dari tempoh penamaan hingga ke hari mengundi," katanya pada Sidang Media di IPD Sabak Bernam, tengah hari tadi.

Sebelum ini, penamaan calon PRK Sungai Besar diwarnai dengan kehadiran paraglider di ruang udara.

Paraglider tersebut yang membawa bendera parti politik itu berlegar-legar selama kira-kira 30 minit di ruang udara Dewan Seri Bernam.

Orang ramai yang berada di kawasan tersebut kelihatan begitu teruja dengan kehadiran paraglider
berkenaan.

Sorakan penyokong parti politik itu bergema setiap kali paraglider berkenaan membuat lintasan di udara.

Dalam pada itu, Khalil memberitahu, proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Sungai Besar berjalan lancar tanpa sebarang insiden atau provokasi dari penyokong parti yang bertanding.

"Polis berpuas hati dengan sikap matang semua penyokong parti politik yang hadir semasa penamaan calon di Dewan Seri Bernam sebentar tadi.

"Dianggarkan seramai 5, 000 penyokong  parti-parti yang bertanding hadir berarak bersama calon masing-masing," katanya.

Khalil memberitahu, seramai 3, 000 anggota polis bertugas bermula pada jam 6 pagi tadi bagi memastikan hari penamaan calon pada hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Pengurus PRK Sungai Besar, Khairuddin Md Som mengumumkan tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi dari BN, Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Ab Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan, layak bertanding bagi merebut kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan berikutan kematian  penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di  Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRK-13) lalu, Allahyarham Noriah  menewaskan lawannya daripada Pas, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada  42, 365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi  tidak hadir kerana berada di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai  hari pengundian dan tarikh pengundian  awal pada 14 Jun.


PRK Kuala Kangsar: Kronologi Proses Penamaan Calon

Posted: 04 Jun 2016 10:57 PM PDT

Oleh: ZAINAL AZHAR MOHAMED

 

 
 
 
BERIKUT adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar pada Ahad:

9.30 pagi: Tokoh Akademik Negara,  Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba turut hadir di pusat penamaan calon.

Beliau adalah bapa saudara kepada calon BN, Datin Mastura.


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beramah mesra dengan Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Rashdan Baba.
 
9 pagi: Kelihatan pemimpin Amanah datang ke khemas penyokong PAS untuk beramah mesra. Antara yang dilihat ialah bekas naib presiden PAS, Ahmad Awang dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Datuk Abu Backer ditemui wakil media.
 
8.58 pagi: Datuk Abu Backer Sidek turut hadir untuk menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.

Kehadiran bekas peguam itu mencuri tumpuan kerana beliau pernah bertanding sebagai calon Bebas di PRK Bukit Gelugor.



Anak-anak Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.
 
8.53 pagi: Anak calon BN, Mastura Mohd Yazid turut hadir di pusat penamaan calon.

8.39 pagi: Segelintir penyokong PAS menghampiri penyokong Amanah namun dihalang oleh petugas parti kerana bimbang berlaku provokasi.

Calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli bersama pemimpin Pakatan Harapan.
 
8.36 pagi: Kepimpinan Pakatan Harapan menemani calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

8.33 pagi: Kumpulan penyokong Amanah turut membanjiri lokasi berhampiran Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.


Kebanjiran penyokong Amanah.
 
8.29 pagi: Barisan kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menemani calon, Dr Najihatussalehah Ahmad.

8.23 pagi: Petugas media membanjiri kawasan depan pusat penamaan calon.


Suasana di hadapan pusat penamaan calon.
 
7.10 pagi: Penyokong parti politik mula berkumpul di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar.

7 pagi: Laluan ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar dikawal ketat oleh anggota keselamatan.

PRK Sungai Besar: Kronologi Proses Penamaan Calon

Posted: 04 Jun 2016 10:52 PM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
 
BERIKUT adalah perkembangan semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang berlangsung di Dewan Seri Bernam pada Ahad:

10.30 pagi: Mohd Khairuddin mengumumkan saingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar antara calon BN, PAS, dan Amanah.

10.00 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan tempoh penyerahan kertas penamaan calon telah tamat.

9.20 pagi: Azmin Ali , Dr Wan Azizah bertemu pimpinan tertinggi BN, PAS.


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra dengan pimpinan tertinggi pembangkang.
 
9.10 pagi: Datuk Mustapa Ali (PAS) bersarapan dan berbual bersama Ahmad Zahid dan pimpinan BN yang lain.

9.03 pagi: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul di pusat penamaan calon. Beliau kemudian bersarapan bersama pimpinan Pakatan Harapan.

Datuk Mustafa Ali dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersarapan bersama di pusat penamaan calon.
 
9.00 pagi: Calon PAS, Dr Abdul Rani memasuki perkarangan dewan penamaan calon bersama Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustapa Ali

8.55 pagi: Calon Amanah berkunjung ke khemah menunggu calon BN. Mereka beramah mesra bersama TPM dan Budiman.

Dr Abdul Rami bersama penyokong PAS.
 
8.48 pagi: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkunjung ke khemah menunggu calon BN untuk beramah mesra.

8.45 pagi: Calon Amanah, Azhar Abdul Syukur masuk ke pusat penamaan calon bersama Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

8.35 pagi: Penyokong Amanah dan PAS tiba di pusat penamaan calon.

Calon Amanah, Azhar Abdul Syukur bersama kepimpinan Pakatan Harapan.
 
8.32 pagi: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasuki Dewan Seri Bernam bersama calon BN Budiman Mohd Zohdi.

8.30 pagi: Kumpulan penyokong BN tiba di pusat penamaan calon.

8.25 pagi: Kumpulan penyokong Amanah mula bergerak menuju pusat penamaan calon.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
 
8.20 pagi: Kumpulan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon.

8.00 pagi: Semakin ramai petugas media memenuhi bahagian luar dan dalam pusat penamaan calon untuk membuat liputan.

Sebahagian penyokong Amanah.
 
7.45 pagi: Kumpulan penyokong BN, PAS dan Pakatan Harapan mula berkumpul di 'checkpoint' masing-masing.

7.20 pagi: Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat masing-masing selepas diberikan taklimat khas.


7 pagi: Kumpulan pegawai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba di pusat penamaan calon di Dewan Seri Bernam.

6 pagi: Petugas keselamatan mula mengawal sekitar kawasan pekan Sungai Besar. Beberapa jalan ditutup.
 
 

Ahmad Bashah Masih Di ICU

Posted: 04 Jun 2016 10:35 PM PDT

Oleh: G.C. TAN
 
 
 
 
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Kedah (KMC).

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Bakar Din dilihat tiba di hospital seawal pukul 8.45 pagi Ahad.

Beliau meninggalkan hospital kira-kira lima minit kemudian.

Ketika ditemui, Bakar Din berkata: "Datuk Seri Ahmad Bashah sedang tidur, jadi saya tidak mahu mengganggu beliau. Saya akan datang semula kemudian."

Katanya, beliau akan memberi maklumat lanjut berhubung tahap kesihatan Menteri Besar Kedah itu kemudian.

Pada Sabtu, Ahmad Bashah dikejarkan ke hospital selepas mengadu keletihan dan pening sebelum pitam.


Ahmad Bashah sebelum itu menghadiri mesyuarat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora pada pukul 7 malam dan dikejarkan ke hospital kira-kira 7.15 malam.

Tiada ulasan: