Jumaat, 17 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal PM, isteri beri kelebihan buat AMANAH - penganalisis

Posted: 17 Jun 2016 06:49 AM PDT

Pakatan Harapan berkempen dalam pusingan terakhir bagi menarik pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dengan tinggal tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari mengundi.

Sejak dua minggu lalu, para pemimpin pembangkang memainkan isu skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan 1MDB sebagai sebahagian daripada kempennya.

Pembangkang turut dibantu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk meningkatkan peluang AMANAH mengalahkan BN dan PAS.

Tinjauan awal menunjukkan BN sedang mara menuju kemenangan di Sungai Besar, dengan pihak pembangkang seolah-olah gagal memberikan daya tarikan kepada pengundi.

Ceramah-ceramah yang dijalankan oleh PAS dan AMANAH gagal untuk menarik hadirin melebihi 200 orang.

Bagaimanapun, pemerhati politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, isu skandal berkenaan mungkin memberi kelebihan kepada AMANAH di Sungai Besar.

"Kesan tersebut dirasai terutama sekali di kalangan masyarakat kelas pertengahan dan pengundi Cina," ujar Awang Azman kepada Malaysiakini, sambil menambah BN juga sedang bekerja keras untuk menangani kesan itu.

Namun, jelasnya, majoriti pengundi di kerusi separa luar bandar adalah lebih prihatin tentang isu-isu lain dan lebih mudah tertarik dengan 'bantuan sementara' dari BN.

Sementara itu, penganalisis politik, Tang Ah Chai pula merasakan AMANAH bermula sebagai lawan yang paling lemah di kalangan tiga parti yang bertanding di Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, jelas beliau, AMANAH seolah-olah telah memacu terkehadapan berbanding PAS dan dapat memecahkan sokongan asas terhadap parti Islam itu.

"BN masih mempunyai kelebihan, tetapi Amanah turut mengejar hampir," kata Tang.

Keadaan ini membuatkan BN berpeluh jua, katanya.

Nik Abduh: Biarlah Amanah nak kata mereka parti Islam

Posted: 17 Jun 2016 06:37 AM PDT

Nik Abduh: Biarlah Amanah nak kata mereka parti Islam
Nik Mohamad Abduh ketika berucap dalam program santai bersama pemuda, kelmarin.


KUALA KANGSAR - "Amanah (Parti Amanah Negara) nak dakwa dia parti Islam. Biarlah dengan dakwaannya itu." Demikian menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tidak boleh ada dua parti politik Islam di negara ini melainkan Pas.

Menurutnya, ini kerana perjuangan Pas dalam menegakkan syiar Islam adalah konsisten, memiliki ulama dalam parti dan perjuangannya masih belum menyimpang.

"Hari ini Amanah kata dia parti Islam. Ikut dia la nak dakwa. Tetapi pecah undi Islam ini siapa nak bertanggungjawab? Takkan nak salahkan Pas?

"Pas sudah 65 tahun, tidak terbukti tergelincir, ulama masih teguh bersama Pas, ahli masih ramai bersama Pas. Takkan nak salahkan Pas?," katanya ketika program santai bersama pemuda di sini, kelmarin.

Beliau berkata, sekiranya mahu Islam bertapak di Malaysia, undi perlulah diberikan kepada satu parti Islam.

"Maka tidak boleh ada dua parti Islam walaupun boleh ada 1,000 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kerana NGO tidak merosakkan kesatuan ummah.

"Yang rosak adalah apabila undi ketika bertembung dalam pilihanraya memilih pemimpin, kita pecah undi, manakala orang yang tidak mahu Islam, bersatu undi," katanya.


KPN nafi SB terima RM12j, mungkin pihak ketiga

Posted: 17 Jun 2016 06:11 AM PDT

 
Kenyataannya bercanggah dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


IGP-abu-sayyaf-1


PUTRAJAYA: Polis tidak pernah terima wang daripada keluarga empat rakyat Sarawak yang diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

"Siapa kata wang bersama polis? Keluarga yang buat dakwaan itu, dan saya nafikan. Terdapat ramai individu, ejen yang berurusan dengan mereka.

"Jangan guna nama Cawangan Khas (SB) atau polis. Saya tegaskan polis tidak bayar bayar tebusan atau bekerjasama dengan urusan pembayaran kepada penculik," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid yang bercakap kepada pemberita di satu sidang media di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, menegaskan berkali-kali bahawa polis dan kerajaan tidak terlibat dalam sebarang pembayaran wang tebusan.

Beliau bagaimanapun mendakwa semasa mangsa dalam tebusan pengganas, pelbagai kumpulan dan individu telah menghubungi polis dan pihak keluarga dan menawarkan khidmat mereka untuk membebaskan mangsa.

Menafikan dakwaan polis telah membawa lari wang itu, Khalid berkata ada kebarangkalian pihak ketiga telah menyakinkan pihak keluarga bahawa mereka daripada cawangan khas.

Beliau juga berkata pihak ketiga yang berurusan dengan keluarga mangsa telah berjanji untuk membebaskan tebusan sekiranya wang disalurkan ke badan-badan agama dan kebajikan di Selatan Filipina.
 
Respon Khalid ini menyusuli kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata sejumlah RM12 juta diserahkan kepada SB, yang kemudiannya menyalurkan wang itu kepada badan tertentu di Filipina dan bukannya kepada kumpulan pengganas.

"Saya tidak tahu dan saya tidak mahu tahu," kata Khalid ketika ditanya samada polis tahu siapa yang menerima wang yang dikumpulan daripada sumbangan orang ramai dan penjualan aset milik keluarga tebusan.

"Mereka (pihak keluarga) perlu beritahu kami siapa pihak ketiga itu. Mereka perlu buat laporan dan kita akan siasat."

Empat warga Sarawak diculik pada 1 April lalu dan dibebaskan pada 7 Jun. Polis selepas menafikan wang tebusan membuatkan keluarga berasa tertekan kerana orang ramai mula menyoal kemana wang sumbangan disalurkan.

Muhyiddin turun Sungai Besar, didakwa sokong calon Amanah

Posted: 17 Jun 2016 06:03 AM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Muhyidin turun ke Sungai Besar dan bertemu pengundi bagi meminta mereka menyokong calon Amanah.Muhyidin turun ke Sungai Besar dan bertemu pengundi bagi meminta mereka menyokong calon Amanah.


Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke Sungai Besar hari ini dan didakwa berkempen menyokong calon Amanah Ustaz Azhar Datuk Abdul Shukor.

Beliau dilihat bersama Gabungan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) bertemu pengundi di Pasar Awam dan Pasar Tani Pasir Panjang kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Lawatan beliau itu sekaligus dipercayai melengkapkan sokongan pemimpin utama kumpulan Gerakan Selamatkan Malaysia yang mahu Najib meletak jawatan.

Namun begitu, Malaysiakini pula melaporkan, Muhyidin bukan turun kempen untuk Amanah tetapi hanya berjalan-jalan sahaja.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turun menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon Amanah, Ustaz Azhar Datuk Abd Shukor.

Muhyidin turun ke pasar di Sungai Besar untuk bertemu pengundi. Kedatangan beliau di saat-saat akhir berkempen untuk Amanah membayangkan peluang untuk parti baru itu menang sangat tinggi.Muhyidin turun ke pasar di Sungai Besar untuk bertemu pengundi. Kedatangan beliau di saat-saat akhir berkempen untuk Amanah membayangkan peluang untuk parti baru itu menang sangat tinggi.Kedatangan Muhyidin di hari terakhir menjelang pengundian esok memberikan isyarat bahawa peluang Amanah untuk menang adalah tinggi.

"Sebagai veteran kempen pilihan raya, Muhyidin tidak turun berkempen untuk calon yang dia yakin tidak akan menang tambah-tambah di saat-saat akhir macam ini," kata seorang penganalisis politik.

Ketika berada di dalam kerajaan, Muhyidin sentiasa menjadi pengarah kempen pilihan raya BN sehinggalah beliau dipecat.

Antara tanda-tanda BN akan menang atau tidak dalam sesuatu pilihan raya adalah di mana pemimpin mereka berada.

"Jika pemimpin utama BN berada di kawasan, bermakna BN akan menang," kata beliau lagi.

Selain Muhyidin, turut berada di Sungai Besar di hari terakhir kempen ini adalah bekas perdana menteri paling lama memerintah, Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang sekali lagi ke Sungai Besar.

Lidah rasmi Pas terus jadikan Kit Siang sebagai sasaran serangan

Posted: 17 Jun 2016 05:57 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Hubungan putus antara DAP dan Pas.Hubungan putus antara DAP dan Pas.


Sememangnya, segala kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin menyerlahkan sikap melampaunya, tegas Harakah melalui ruangan Komen Editor.

Suara 'garang' akhbar lidah rasmi Pas bagi edisi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu ekoran beberapa kritikan Kit Siang terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Artikel itu menyebut tentang dakwaan pemimpin veteran DAP itu bahawa Hadi mahu menjadi Perdana Menteri ketika musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu serta hanya berminat soal 'dedak' apabila menyentuh tentang dakwaan salah laku Najib.

Tidak cukup itu, Komen Editor turut membangkitkan kenyataan Kit Siang terhadap hudud yang diperjuangkan Pas adalah ciptaan manusia.

"Menyalahkan Pas untuk bertanding di kedua-dua PRK itu (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) ternyata tindakan yang langsung tidak berasas kerana kedua-dua kawasan Parlimen itu adalah kawasan tradisi Pas sejak puluhan tahun lalu.

"Sebaliknya, Pan (Amanah) dan Pakatan Harapanlah yang sepatutnya faham dengan realiti itu dan menghormati hak Pas," ujarnya dipetik dalam akhbar keluaran 17-19 Jun itu.

Turut menganggap "lebih mengecewakan" apabila  Kit Siang didakwa masuk campur dalam hal ehwal Islam, ruangan editor itu bertegas Pas tetap menentang sesiapa sahaja yang dianggapnya bersalah.

'Pas for all' dan 'Selamatkan Malaysia' jadi tema kempen saat akhir Pas

Posted: 17 Jun 2016 05:55 AM PDT

 ARIF ATAN
 
 
Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar.Penyokong Pas dari Selayang membuat kempen saat akhir untuk calon mereka di Sungai Besar.


'Pas for all' yang digunakan ketika Pas bersama Pakatan Rakyat dahulu serta 'Selamatkan Malaysia' terus menjadi tema kempen para penyokong Pas di saat akhir dalam pilihan raya ini.

Menjelang berakhirnya tempoh kempen tengah malam ini, sekumpulan penyokong Pas dilihat terus berkempen mengajak pengundi di Sungai Besar memilih calon parti itu esok.

Kira-kira 10 penyokong terbabit mengangkat plakad di luar pagar utama Masjid Hashimiah, Kampung Sungai Limau selepas solat Jumaat hari ini.

Antara ungkapan tertera, "Undilah Pas Bakti Untuk Semua" serta sepanduk menolak cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun, beberapa sepanduk yang diangkat masih tertera slogan, "Pas For All" yang cukup signifikan pada musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu serta sewaktu Pas belum berpecah dan diterima pelbagai kaum ketika itu.

Turut menarik perhatian, ungkapan "Selamatkan Malaysia" juga digunakan pada plakad Pas ketika parti yang kini dilihat mesra Umno-BN itu bersendirian dan bukan sebahagian Pakatan Harapan.

Akhbar Harakah Bil 2157 Edisi Jumaat juga diedarkan kepada jemaah yang berjalan keluar dari masjid.

Walau bagaimanapun, flashmob kumpulan penyokong Pas terbabit yang difahamkan dari Selayang itu hanya bertahan beberapa minit kerana hujan semakin lebat.

Pondok Pasir Tumbuh Kelantan terbakar

Posted: 17 Jun 2016 05:53 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Sebahagian Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan terbakar petang tadi.Sebahagian Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan terbakar petang tadi.


Sebahagian Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Pasir Tumbuh hangus terbakar petang tadi.

Ia berlaku kira-kira jam 6.15 petang ketika orang ramai sibuk membuat psersiapan berbuka puasa.
Sehingga kini, tidak ada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Kempen saat akhir Amanah rancak di Kuala Kangsar

Posted: 17 Jun 2016 05:51 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Kempen Amanah saat akhir semakin rancak di Kuala Kangsar.Kempen Amanah saat akhir semakin rancak di Kuala Kangsar.


Berbaki kurang 12 jam sebelum proses membuang undi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala kangsar esok, jentera Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan masa sepenuhnya bagi merayu undi.

Sekumpulan jentera mengadakan rondaan menaiki trak sambil mempamerkan poster calon Amanah yang mewakili Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli.

Kempen Angkatan Muda PKR di depan pejabat Amanah dengan memberi bubur lambuk percuma kepada orang ramai.Kempen Angkatan Muda PKR di depan pejabat Amanah dengan memberi bubur lambuk percuma kepada orang ramai.Sekumpulan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) pula mengadakan flashmob di sepanjang Jalan Kangsar.
Flashmob turut diadakan di sekitar Arena Square, Kuala Kangsar.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang mereka untuk terus berkempen pada saat-saat akhir bagi memastikan kemenangan Amanah.

Suasana di Pekan Kuala Kangsar petang ini sibuk dengan kenderaan yang bertali arus.

Sementara itu, di hadapan pejabat Amanah Kuala Kangsar pula, jentera PKR membantu kempen Amanah dengan mengedarkan bubur lambuk di tepi jalan kepada kenderaan yang lalu-lalang.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah turut mengedarkan bubuk lambuk kepada orang ramai.

Bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali turut membantu kempen Amanah.

Pagi tadi, kira-kira 20 buah motosikal daripada Gerakan Harapan Baru Bikers mengadakan jelajah Kibaran Amanah ke seluruh Kuala Kangsar.

Mereka berarak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Kuala Kangsar menuju ke Bukit Chandan, Manong sebelum patah balik ke pekan.

Esok seramai 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 23 pusat mengundi dengan 21 daripadanya adalah sekolah, manakala dua lagi dewan orang ramai akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Sukarelawan Amanah berkempen dengan membahagi bubur lambuk di saat akhir menjelang hari mengundi esok.Sukarelawan Amanah berkempen dengan membahagi bubur lambuk di saat akhir menjelang hari mengundi esok.Sebanyak 11 daripada pusat mengundi itu terletak di dalam Dun Bukit Chandan, manakala 12 lagi di Dun Manong yang semuanya melibatkan 69 saluran.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Prof Dr dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ahmad Termizi dalam sidang media di pejabat Amanah pagi tadi merakam ucapan terima kasih kepada seluruh jentera yang bertungkus lumus berkempen untuk beliau.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memberikan liputan yang terbaik sepanjang tempoh kempen ini.

"Kami sangat terhutang budi atas kerjasasam yang diberikan. Laporan yang bagi saya sangat positif tentang penglibatan Amanah dalam PRK ini.

"Saya yakin media yang bertanggungjawab perlua melaporkan secara adil dan telus. Saya berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan media dalam mengendalikan PRK ini," katanya.


Kempen menggunakan motor besar juga dilakukan oleh sukarelawan Amanah di Kuala Kangsar.Kempen menggunakan motor besar juga dilakukan oleh sukarelawan Amanah di Kuala Kangsar.
Flashmob Amanah di Kuala Kangsar.Flashmob Amanah di Kuala Kangsar.
Akhbar keluaran khas Amanah juga diedarkan.Akhbar keluaran khas Amanah juga diedarkan.
Datuk Saifudin juga turun berkempen dengan memberikan bubur lambuk kepada orang ramai.Datuk Saifudin juga turun berkempen dengan memberikan bubur lambuk kepada orang ramai.




Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu

Posted: 17 Jun 2016 05:47 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Mohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan PasMohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan Pas


Menjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh kebelakang.

"Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali  Air Lapan, Sekinchan pagi tadi.

Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini, Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan.

"Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya.

"Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu.

Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka."Esok nak mengundi harapan kita begitu memberangsangkan untuk memotong BN kali ini di dua PRK," ujarnya.

Mohamad mengakui kekuatan calon Amanah kerana kerjasama semua pihak terutama daripada NGO dan penyokong Deklarasi Rakyat.

"Provokasi mengenai calon Amanah itu perkara biasa. Dalam keadaan BN yang terdesak mereka boleh provok apa saja, kerana mereka anggap polis tidak akan menunjukkan sikap yang adil.

"Jika kami yang buat (provokasi) sama seperti mereka buat sudah ramai yang masuk dalam lokap sepanjang tempoh kempen ini," ujarnya.

Pagi hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia Dateline hari ini melaporkan, Parlimen Sungai Besar menyaksikan wujudnya taktik kotor memfitnah Amanah dan Pakatan Harapan.

Tinjauan Malaysia Dateline selepas Subuh tadi mendapati empat kain rentang tersebut digantung di persimpangan Jalan Parit 1 Barat berdekatan Masjid Makmuriah.

Kain rentang bersifat provokasi itu dilihat rentetan daripada propaganda yang mengaitkan Amanah sebagai diperalat oleh DAP.

Tertera ungkapan, "Pakatan Harapan? Pakatan DAP (Pan + DAP + PKR)", kain rentang itu turut menampilkan enam gambar tokoh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.

Mereka ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Turut ditonjolkan Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pakatan Harapan meletakkan calon Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad  Termizi Ramli di Kuala Kangsar.

Dr Rani tetap bersama PAS

Posted: 16 Jun 2016 11:20 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: "Saya akan kekal bersama PAS sehingga akhir hayat saya", demikian jawapan ringkas calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman bagi mengulas pelawaan Penasihat DAP Lim Kit Siang kepadanya agar menyertai Pakatan Harapan.
 
Katanya pelawaan berkenaan bukan pertama kali diterimanya malah terdapat ramai lagi pemimpin pakatan pembangkang itu membuat tawaran berkenaan.
 
"Terima kasih banyak kerana membuat penawaran berkenaan (masuk Pakatan Harapan), nampaknya saya ada harga pada mata mereka, jika tidak mereka (pemimpin Pakatan Harapan) tidak akan ajak saya menyertai, cuma jawapan saya, saya akan tetap kekal bersama PAS sehingga akhir hayat saya," katanya ditemui pemberita hari ini.
 
Media semalam melaporkan Lim dan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu mengajak Dr Rani menyertai PAN dan menarik diri daripada bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.
 
Sementara itu mengulas mengenai tempoh kempen PRK itu yang berbaki kurang 48 jam, Dr Rani berkata, sehingga kini pihaknya telah berjumpa dengan kira-kira 85 peratus pengundi.
 
"Pemahaman mereka (bukan Islam) terhadap isu seperti Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 juga semakin bertambah, saya lihat mereka kini lebih memahami apa sebenarnya RUU berkenaan," katanya.
 
Usul RUU berkenaan dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu bagi memperkasakan mahkamah syariah.
 
"Sebelum kempen di PRK mungkin ramai pengundi bukan Islam sangka RUU itu adalah hudud berikutan termakan dakwaan pihak-pihak tertentu antaranya DAP, tapi kini ramai mula faham apa RUU berkenaan dan tujuannya," katanya.
 
PRK Sungai Besar pada Sabtu ini, menyaksikan Dr Rani, yang juga ADUN Meru berdepan calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi dan calon PAN, Azhar Abdul Shukur.
 
Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dan kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 
 
 

PKR mungkin bincang dakwaan rasuah Manickavasagam Selasa depan

Posted: 16 Jun 2016 11:17 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
 
Post Pic


SHAH ALAM: Mesyuarat Biro Politik PKR yang akan diadakan pada 21 Jun mungkin membincangkan kes dakwaan rasuah yang membabitkan Ketua Cabang Kuala Selangor, S. Manickavasagam.

Naib Presiden PKR, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, lazimnya biro politik mengadakan mesyuarat pada setiap Selasa dan tarikh berkenaan adalah hari Selasa selepas pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Tapi itu (bincang dakwaan Manickavasagam) pun tidak tahulah. Yang pastinya mesyuarat seterusnya akan diadakan pada Selasa ini. Sebab kita dah tak bermesyuarat hampir dua minggu kerana PRK.

"Lazimnya mesyuarat akan diadakan pada Selasa. Tetapi kita tunggulah kenyataan daripada Presiden atau Timbalan Presiden," katanya kepada Antarapos hari ini.

Shaharuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang dakwaan rasuah itu memandangkan Manickavasagam baru sahaja ditahan semalam, apatah lagi parti sedang sibuk dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Manickavasagam atau Mike, pada semalam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, penahanan dibuat selepas intipan selama empat bulan ke atas ahli politik itu susulan beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa.

Bekas Ahli Parlimen Kapar itu juga dilaporkan ditahan bersama wang berjumlah RM30,000.

Laporan mStar yang memetik sumber mendedahkan bekas Ahli Parlimen Kapar itu turut disiasat kerana didakwa menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa Orang Kurang Upaya.

Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan ikat jamin oleh SPRM pagi ini.


PRN Sarawak: Calon BN fail petisyen cabar keputusan kerusi Pujut

Posted: 16 Jun 2016 11:10 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Petisyen pilihan raya pertama selepas pilihan raya negeri Sarawak pada 7 Mei difailkan oleh calon terus Barisan Nasional (BN) Datuk Hii King Chiong bagi mencabar keputusan bagi kerusi Pujut.
 
Peguam Peter Lin Kuan Yuh, yang mewakili Hii, berkata petisyen itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Miri semalam atas alasan kemenangan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP tidak sah kerana beliau didakwa menjadi warganegara sebuah negara lain.
 
"Petisyen pilihan raya ini difailkan mengikut Seksyen 16 dan 17(g) Perlembagaan Negeri Sarawak berkaitan kewarganegaraan," katanya dipetik Bernama.
 
Untuk rekod, mengikut Seksyen 16 dan 17(g), seseorang Anggota Dewan Undangan Negeri akan hilang kelayakan sekiranya beliau secara sukarela mendapatkan kewarganegaraan sebuah negara lain.
 
Dalam pilihan raya itu, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon DAP, BN, PAS dan Bebas.
 
 

Keputusan PRK sebelum 9 malam - SPR

Posted: 16 Jun 2016 11:08 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, esok dijangka diumumkan jam 9 malam.
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata ia mungkin diketahui lebih awal dan jika terlewat hanya dalam tempoh singkat.
 
"Keseluruhannya, seramai 74,997 pemilih layak mengundi di kedua-dua kerusi masing-masing 32,632 orang di Parlimen Kuala Kangsar dan 42,365 di Parlimen Sungai Besar.
 
"Dari segi peratusan turun mengundi, kami menjangkakan 75 peratus di kedua-dua kerusi itu," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau peralatan dan kelengkapan mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.
 
 

Poster Budiman disimbah cat merah

Posted: 16 Jun 2016 11:07 PM PDT

AMTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI BESAR: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dicemari dengan insiden simbah cat melibatkan poster calon Barisan Nasional (BN), Budiman Zohdi.
 
Terdapat sekurang-kurangnya dua poster calon berkenaan disimbah dengan cat berwarna merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
 
Salah satu poster yang disimbah cat merah itu dikesan di tepi jalan di Sungai Leman berhampiran Jalan Taliair 7.
 
Petugas kempen BN yang dipetik dari Berita Harian berkata, vandalisme terhadap bahan kempen BN berleluasa sejak beberapa hari lalu apabila bendera parti dicabut dan sepanduk dikoyakkan.
 
Bagaimanapun, mereka tidak bertindak balas kerana berpegang kepada prinsip politik matang ketika berkempen.
 
 

MP gesa k'jaan buka mulut kes rasuah besar tentera laut Amerika

Posted: 16 Jun 2016 11:01 PM PDT

Pemimpin DAP Steven Sim mahu kerajaan menamatkan sikap berdiam diri terhadap apa yang digelar sebagai skandal rasuah terbesar dalam sejarah Tentera Laut Amerika Syarikat baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menggesa kerajaan memberi jawapan mengenai kes 'Fat Leonard', yang menyaksikan pegawai tentera laut didakwa di Amerika Syarikat dan Singapura.

Skandal itu melibatkan alihan kapal tentera laut Amerika Syarikat ke beberapa pelabuhan Asia Tenggara yang dimiliki oleh kontraktor industri pertahanan Malaysia 'Fat' Leonard Francis.

"Ia didakwa sejak 2011, syarikat Francis, Glenn Defence Marine Asia (GDMA), telah dianugerahkan kontrak bernilai AS$ 200 juta oleh Tentera Laut Amerika Syarikat," kata Sim dalam satu kenyataan hari ini.

Modus operandi kontraktor itu katanya, adalah untuk mengalihkan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat ke "pelabuhan mutiara" di rantau ini seperti Phuket atau Pelabuhan Klang.

Pelabuhan itu, jelas beliau, adalah pelabuhan di mana ia akan lebih mudah untuk memalsukan invois dan menaikkan caj.

"Carian saya sebelum ini mendedahkan bahawa GDMA memang mempunyai operasi di Pelabuhan Klang dan sebuah syarikat di bawah Marine Group Glenn beroperasi di terminal pelayaran di pelabuhan, Pusat Pelayaran Pelabuhan Klang," katanya.

Empat soalan untuk k'jaan

Sim berkata berikutan skandal rasuah besar-besaran itu, kerajaan Malaysia perlu menjawab empat soalan:

1. Adakah terdapat mana-mana pegawai kerajaan Malaysia, pegawai pelabuhan khususnya, yang terlibat dalam skandal ini?

2) Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kemudian bersara sebagai pegawai tentera telah berkhidmat dalam lembaga GDMA dan syarikat-syarikat berkaitannya; adakah apa-apa pengaruh yang tidak wajar atau penyalahgunaan kuasa berhubung perniagaan Francis di Malaysia?

3) TLDM juga merupakan pelanggan GDMA. Adakah Francis menggunakan modus operandi yang sama pada pegawai-pegawai TLDM?

4) Kedatangan USS George Washington pada tahun 2012 diumumkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya. Daripada kes yang disiasat itu kini jelas bahawa lawatan itu melibatkan rasuah dan salah guna kuasa. Adakah mana-mana pegawai-pegawai Malaysia termasuk menteri pertahanan yang terlibat?

Setakat ini kerajaan telah memilih untuk berdiam diri mengenai isu ini walaupun siasatan besar-besaran dilakukan di Amerika Syarikat dan di tempat lain.

"Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia keluar untuk memberi jawapan kepada soalan-soalan kritikal ini," katanya.

1MDB lantik Weil Gotshal lawan IPIC, Aabar

Posted: 16 Jun 2016 10:56 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah melantik firma undang-undang antarabangsa, Weil Gotshal & Manges (Weil Gotshal) bagi mewakilinya dalam permintaan timbang tara (RFA) oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar).

Pelantikan itu sejajar dengan penerimaan RFA itu dari Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London bertarikh 13 Jun 2016.

"Weil Gotshal terkenal di seluruh dunia, firma guaman bertaraf paling tinggi dengan kepakaran, antara lainnya, dalam tindakan undang-undang antarabangsa," kata 1MDB dalam kenyataanya, hari ini.

Susulan pelantikan tersebut, 1MDB akan menfailkan maklum balas yang kukuh kepada RFA, pada atau sebelum tarikh akhir 11 Julai 2016, seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

IPIC dan anak syarikatnya, Aabar mengemukakan RFA berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF).

"RFA prihatin terhadap kegagalan 1MDB dan MOF untuk menjalankan obligasi kontrak di bawah Lembaran Terma Terikat (BTS) seperti yang dinyatakan dalam pengumuman IPIC GMTN Limited pada 10 Jun 015 (RNS Nombor 7064P)," kata IPIC dalam kenyataan kepada Bursa Saham London.

IPIC menyatakan bahawa kegagalan 1MDB dan MOF dalam menjalankan tanggungjawab mereka, melangsaikan tunggakan atau mengemukakan cadangan yang boleh diterima telah menyebabkan IPIC tiada pilihan alternatif selain meneruskan tuntutan berjumlah AS$6.5 bilion menerusi timbang tara.

"Tuntutan itu akan ditentukan oleh tribunal timbang tara yang akan terdiri daripada tiga orang penimbangtara menurut Lembaran Terma Terikat dan peraturan-peraturan LCIA ," kata IPIC dalam kenyataan itu.

Mengulas lanjut, 1MDB berkata, dengan diwakili oleh firma Weil Gotshal, pihaknya yakin dengan kedudukan perundangannya.


Zaid gesa timbang rasa pada penghina TMJ

Posted: 16 Jun 2016 10:54 PM PDT



Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini berkata, isu individu yang ditangkap polis kerana didakwa membuat komen menghina dengan niat untuk menyakiti kerabat diraja Johor merupakan isu kemanusiaan dan perlu diberi pertimbangan.

Mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Zahid sebelum ini, Zahid berkata ia soal sesiapa terlepas dari undang-undang.

Sebaliknya bekas menteri itu menjelaskan bahawa dalam isu berkenaan perlu adanya perasaan timbang rasa.

"Ia bukan soal nak lepaskan sesiapa dari undang-undang. Bila hukuman yang dikenakan terlalu berat, wajar dipertimbangkan. Keadilan mesti mengambil kira banyak perkara.

"Kita mesti ada perasaan timbang rasa. Ini soal kemanusiaan," katanya ringkas melalui pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya berkaitan kenyataan Tunku Ismail bahawa ada pihak mencadangkan kepadanya supaya membebaskan individu yang ditahan berkenaan.

Namun kata Tunku Ismail orang yang sama itu jugalah yang sentiasa mendakwa tiada sesiapa pun terlepas daripada tindakan undang-undang.

Tunku Ismail juga menegaskan beliau tidak ada kena mengena dengan isu beberapa individu yang ditangkap polis kerana menghina nama baiknya.

Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19, dijatuhkan hukuman penjara setahun selepas remaja itu mengaku bersalah atas 14 pertuduhan membuat komen bersifat jelek terhadap Tunku Ismail melalui laman sosial Facebook antara Mac dan April lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Selain Amirul, beberapa individu telah didakwa di mahkamah kerana menyiarkan kenyataan biadab terhadap Tunku Ismail walaupun beliau meminta pihak polis agar tidak menahan para pengkritiknya.


Bila saya ke Manong, mereka terus tar jalan'

Posted: 16 Jun 2016 10:49 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir ketika ditemui berucap di sini, hari ini.


KUALA KANGSAR - "Apabila diberitahu saya ke Manong, mereka terus tar jalan. Duit adalah segalanya,".

Demikian luah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kempen yang dijalankan BN di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, pimpinan BN turut beranggapan para pengundi akan mengundi mereka dengan penambahbaikan prasarana yang dilakukan itu.

"Inilah demokrasi ciptaan BN. Mereka fikir kalau bubuh tar berduyun-duyun datang mengundi (BN).
Orang yang begini amalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Deklarasi Rakyat di Pekan Manong, di sini, hari ini.

Mahathir berkata, pimpinan BN juga mengetahui krisis yang menimpa negara namun atas kepentingan peribadi mereka mendiamkannya.

"Kita hadapi masalah ekonomi dan politik. Mereka (pemimpin) tahu najib salah tapi demi kepentingan mereka teruskan menyokong Najib," katanya.

Katanya, meskipun  perubahan dari sudut pentadbiran kerajaan tidak berubah namun kemenangan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli menjadi signal rakyat menolak BN.

"PRK ini bukan dapat tukar kerajaan tapi ini dapat buktikan perasaan rakyat," katanya.


Remaja cedera parah mercun bola meletup di tangan‎

Posted: 16 Jun 2016 10:46 PM PDT


Remaja cedera parah mercun bola meletup di tangan‎
Mangsa cedera teruk di bahagian leher dan melecur di dada.


DUNGUN - Padah bermain mercun bola, seorang pelajar, Mohd Haiqal Firdaus Mohd Abdullah,14, dikejarkan ke Hospital apabila mengalami kecederaan parah akibat terkena letupan mercun yang tidak sempat dilemparkan, dalam kejadian di Kampung Tok Kah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 malam, remaja berkenaan dikatakan keluar dari rumah neneknya selepas berbuka puasa untuk bermain mercun seorang diri di kawasan yang tidak jauh dari situ.

Bagaimanapun, mercun yang dicucuh tidak sempat dilempar dan meletup menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher serta melecur di dada.

Kejadian itu disedari oleh nenek mangsa yang mendengar letupan kuat dan melihat cucunya itu dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah.

Terkejut dan tergamam melihat mangsa cedera parah , nenek mangsa menghubungi ibu saudara pelajar itu yang tinggal tidak jauh dari rumahnya.

Ibu saudara mangsa, Noriah Awang, 41, berkata, ketika kejadian dia turut mendengar letupan kuat dari arah rumah nenek mangsa tetapi tidak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sekeliling gelap.

"Saya bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan telefon mengatakan anak saudara cedera teruk.

"Melihat keadaannya yang agak teruk saya terus membawanya ke Unit kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita.

Katanya, sepanjang perjalanan ke hospital anak sulung dari enam beradik itu tidak berhenti mengerang kesakitan.

"Saya panik melihatnya berlumuran darah sambil memegang lehernya dan hanya terfikir untuk membawanya ke hospital sahaja.

"Saya hanya mampu menyuruhnya bersabar dan beristighfar banyak-banyak apabila dia tidak henti mengadu sakit," katanya.

Mangsa yang dilapor berada dalam keadaan stabil kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menjalani pembedahan segera bagi merawat keadaan leher yang cedera teruk.


GST tak naik hanya kenyataan manis menteri

Posted: 16 Jun 2016 10:43 PM PDT

Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad
 
 
SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah merupakan kata-kata manis menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan perlu mengaku terlebih dahulu bahawa GST merupakan penyebab kepada kenaikan harga barang sebagai jaminan terhadap kenyataan yang dikeluarkan tersebut.

"Kalau nak kita yakin dengan dia, maka dia kena mengaku dulu GST ini punca kepada kenaikan harga barang.

"Jika sebaliknya, tiada jaminan GST tidak akan naik selepas ini," katanya kepada Sinar Online.

Khalid berkata demikian merujuk kepada kenyataan Hamzah yang mengatakan kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar GST.

[ARTIKEL BERKAITAN: Menteri beri jaminan GST tidak naik]

Dalam pada itu, Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam turut berkata, kenyataan Hamzah tersebut menunjukkan BN kini terdesak untuk meraih undi.

"Mereka lihat apa yang dijanjikan dulu bahawa GST akan membuatkan harga barangan turun telah disedari rakyat yang ia hanya satu pembohongan.

"Oleh itu, mereka sedang berusaha untuk yakinkan rakyat bahawa walau apa pun berlaku mereka tidak akan naikkan GST.

"Mereka tahu rakyat sedang marah dengan GST dan sebab itu kenyataan seperti itu dikeluarkan," katanya.
Tambah Khalid, dalam kenyataan tersebut juga turut menyatakan bahawa kerajaan sendiri tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.

"Maka tiada sebarang jaminan GST tidak akan dinaikkan selepas ini," katanya

Trump mahu larang rakyat Malaysia masuk AS

Posted: 16 Jun 2016 10:41 PM PDT

SINAR HARIAN

Donald Trump
Donald Trump 
 
 
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Donald Trump mahu mengharamkan kemasukan 10.2 juta orang ke Amerika Syarikat dari 40 negara, termasuk dari Malaysia.

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan (GOP) itu berkata, pada Isnin lepas 'imigrasi dari beberapa kawasan di dunia yang ada sejarah keganasan terhadap AS, Eropah dan sekutunya akan digantung sehingga AS memahami cara untuk menamatkan ancaman.

Laporan State Department's Annual Report dari CNN mengatakan Malaysia di antara 12 'kawasan lindungan' (safe havens) untuk pengganas.

Negara lain adalah Somalia, Mali, Libya, Mesir, Iraq, Lebanon, Filipina, Indonesia, Afghanistan, Pakistan dan Yaman.

Negara-negara yang tersebut dianggap 'mampu berorganisasi, merancang, mengumpul dana,

berkomunikasi, merekrut, melatih dan mengendalikan kawasan lindungan (safe havens) untuk pengganas'.
Negara lain, Iran, Sudan dan Syria pula dianggap 'penaja aktiviti keganasan'.

14 lagi negara termasuk Turki, Rusia, Nigeria dan India dituduh 'tempat pengganas beroperasi atau berasal' namun tidak semestinya kawasan lindungan (safe havens).

Perancis, Belgium dan Britain pula di antara 11 lagi negara yang dianggap memiliki kehadiran pengganas dan suspek pengganas.

Sebanyak 2,571,762 visa bukan imigran (nonimmigrant) pada tahun fiskal 2015 dan 158,877 visa imigran diberikan kepada individu pada tempoh sama dari 40 negara yang tersebut.

Rakyat dari beberapa negara yang disebut seperti Perancis, Belgium dan Britain tidak memerlukan visa untuk pelancongan dan lebih 7.5 juta pelancong ketiga-tiga negara memasuki AS pada 2014.

Laporan CNN menganggarkan seramai 10.2 juta orang akan diharamkan memasuki AS jika Trump dilantik Presiden AS, 20 November depan.


SPR sasar 75 peratus keluar mengundi PRK

Posted: 16 Jun 2016 10:38 PM PDT

Tiada ulasan: