Khamis, 16 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SPRM tahan seorang bekas anggota Palimen di Selangor

Posted: 16 Jun 2016 05:41 AM PDT

Bernama 
 
SPRM tahan seorang bekas anggota Palimen di Selangor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam. - Gambar hiasan
 
 
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas anggota Parlimen (MP) di Selangor bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah di sini petang semalam.

Sumber SPRM berkata lelaki itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas wakil rakyat itu dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang kontraktor bagi membolehkan syarikat berkenaan mendapat tender membaik pulih kemudahan awam, menurut sumber berkenaan.

"Penahanan  itu dilakukan selepas SPRM melakukan intipan selama empat bulan. Sebelum ini pihak kami sudah menerima beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa yang dilakukannya," kata sumber itu ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas MP itu di sekitar Shah Alam.

"Saya tidak dapat mengulas lanjut perkara ini kerana siasatan masih dilakukan. Bekas MP itu berada dalam tahanan SPRM Selangor bagi tujuan (siasatan) itu," katanya.

Bekas anggota Parlimen itu dibebaskan SPRM pada kira-kira pukul 3 petang ini setelah selesai memberi keterangan.
Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan. 
 
 

Kerajaan akur jika ATSB henti cari MH370

Posted: 16 Jun 2016 05:38 AM PDT

Bernama
 
Kerajaan akur jika ATSB henti cari MH370
ATSB Malaysia, Australia dan China telah setuju sekiranya pencarian di kawasan seluas 120,000 tidak berhasil, kawasan pencarian tidak akan ditambah. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akur sekiranya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mahu menamatkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kawasan pencarian pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu kini semakin menghampiri 120,000 kilometer (km) persegi.

"Sekiranya kita telah menyelesaikan usaha pencarian di kawasan yang ditentukan (120,000 km), kita akur dengan Australia yang mengetuai pencarian dan nasihat pakar untuk mereka berhenti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Akademi KTM (MyRa) di sini hari ini.

BACA: Pencarian MH370 ditamatkan di luar pantai Australia Barat Julai ini

Ab Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ATSB pada Isnin yang melaporkan usaha untuk menemukan pesawat MH370 itu semakin tipis memandangkan kawasan pencarian kini berbaki 15,000 km lagi.

Menurut ATSB, sejak pencarian dimulakan dua tahun lalu sehingga 11 Mei lalu, pihak berkuasa telah menjalankan misi melibatkan kawasan seluas 105,000 km.
ATSB Malaysia, Australia dan China telah setuju sekiranya pencarian di kawasan seluas 120,000 tidak berhasil, kawasan pencarian tidak akan ditambah.

Nombor plat 'F' untuk Putrajaya, 'V' untuk KL mulai Jun

Posted: 16 Jun 2016 05:33 AM PDT

Bernama 
 
Nombor plat 'F' untuk Putrajaya, 'V' untuk KL mulai Jun
AB AZIZ: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan bulan Jun nanti untuk Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksana selepas pelaksanaan di Putrajaya. - Facebook photo
 
  
KUALA LUMPUR: Kenderaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur akan menggunakan nombor pendaftaran baharu masing-masing bermula dengan abjad 'F' dan 'V' mulai bulan hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata nombor pendaftaran berkenaan akan diikuti dengan nombor 1 hingga 9999.

Ketika ini, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur menggunakan nombor pendaftaran yang bermula dengan abjad diikuti nombor dan abjad semula.

"Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan bulan Jun nanti untuk Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilaksana selepas pelaksanaan di Putrajaya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini Khamis.

Beliau berkata pelaksanaan nombor baharu itu berikutan nombor pendaftaran sedia ada terlalu rumit untuk dibaca serta kurang mendapat sambutan kerana pemilik kenderaan memilih untuk membida nombor pendaftaran dari negeri lain.

Terdahulu, menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai pemantauan terhadap lori 'hantu' dalam kawasan pembinaan, perlombongan dan pembalakan yang menyebabkan berlaku kemalangan, Ab Aziz berkata satu Pasukan Tindakan Khas telah ditubuh bagi menangani isu berkenaan.

"Pasukan yang ditubuh oleh JPJ ini khusus untuk menangani kesalahan serius termasuk pemantauan pergerakan lori hantu di atas jalan raya yang mendatangkan kesulitan kepada orang ramai.

"Ia juga termasuk memantau pergerakan lori sampah yang mendapat konsesi kerajaan dan teksi yang dipandu warga asing," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kementerian juga bercadang meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertujuan memberi kuasa kepada JPJ memasuki premis pembalakan, perlombongan dan pembinaan bagi memantau lori hantu.

Kementerian Pengangkutan cadang kenderaan awam guna alat pengehad kelajuan - Aziz Kaprawi

Posted: 16 Jun 2016 05:31 AM PDT

Bernama 
 
Kementerian Pengangkutan cadang kenderaan awam guna alat pengehad kelajuan - Aziz Kaprawi
AB AZIZ: Sistem itu yang telah diwajibkan ke atas kenderaan perdagangan sebelum ini dilihat perlu setelah mengambil kira kekerapan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan awam seperti bas pada masa ini. - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang mewajibkan penggunaan alat pengehad kelajuan atau "Speedlimiter Device" ke atas kenderaan pengangkutan awam pada masa akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, sistem itu yang telah diwajibkan ke atas kenderaan perdagangan sebelum ini dilihat perlu setelah mengambil kira kekerapan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan awam seperti bas pada masa ini.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan penggunaan alat pengehad kelajuan terhadap kenderaan perdagangan mulai 1 Jan 2015 bagi model baharu dan bagi model kenderaan 'in-production', ia akan dikuatkuasakan mulai 1 Jan 2017.

Ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr Johari Mat mengenai Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA), Ab Aziz berkata pemandu kenderaan perdagangan dan pengangkutan awam yang terlibat dengan sebarang kesalahan serius akan mendapat mata demerit sehingga dua kali ganda berbanding kesalahan yang dilakukan pemandu kenderaan persendirian.

Beliau berkata, JPJ telahpun membangunkan Sistem Profiling Pemegang Lesen Vokasional yang melibatkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam (PSV) dan pemandu kenderaan barangan (GDL) yang mengandungi rekod kesalahan dan senarai hitam di bawah sistem trafik Polis Diraja Malaysia.

"Aplikasi dalam bentuk cetakan ini mengandungi maklumat seperti demografik pemandu, lesen pemandu, penggantungan lesen, senarai hitam pemandu dan rekod saman," katanya.
Jelasnya, sistem profiling ini dapat menangani isu pemandu bas dan lori yang bermasalah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang melibatkan kedua-dua kenderaan itu.

GST: Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang miskin kena cukai

Posted: 16 Jun 2016 04:06 AM PDT

saifuddin abdullah

Oleh Fatih Hassan Nordin


SUNGAI BESAR: Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi cukai pertama yang dikenakan terhadap golongan miskin sejak Merdeka 57 tahun yang lalu.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak, kerajaan UMNO-BN telah melaksanakan pelbagai dasar yang menyusahkan rakyat, termasuklah pelaksanaan GST.

"Selepas zaman Jepun, saya rasa inilah zaman paling susah bagi rakyat.

"Di bawah (pentadbiran) Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia orang miskin kena cukai.

"Cukai itu bukan cukai pendapatan, cukai itu namanya GST," katanya dalam siri ceramah Pakatan Harapan di sini, semalam.

Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu turut menyifatkan alasan yang diguna pakai kerajaan UMNO-BN untuk mempertahankan cukai berkenaan atas nama kepentingan rakyat, pembangunan infrastruktur dan pendidikan sebagai alasan yang dangkal.

Beliau mendakwa bahawa GST yang dikutip daripada rakyat sebenarnya adalah untuk menampung hutang berbilion ringgit yang ditanggung syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, 1MDB.

"Antara lain alasan yang diberi (untuk melaksanakan GST) adalah sebab kekurangan dana.

"Memanglah tak cukup dana sebab rasuah, ketirisan, pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran negara," ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau turut menempelak saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan budaya berjimat cermat, sedangkan kerajaan terus melakukan pembaziran dana awam.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menggesa supaya pengundi memilih calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan pada 18 Jun nanti sebagai referendum penolakan yang jelas terhadap kepimpinan Najib. – Roketkini.com


Kerajaan digesa serius elak insiden nelayan kita ditangkap di perairan Indonesia

Posted: 16 Jun 2016 04:04 AM PDT

teresa_insidennelayan

Oleh Fatih Hassan Nordin


SUNGAI BESAR: Kerajaan Persekutuan digesa supaya mengadakan perbincangan komprehensif dengan kerajaan Indonesia berhubung pertikaian sempadan perairan di antara kedua-dua negara.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, ini bagi mengelakkan insiden bot-bot milik nelayan tempatan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia dihapuskan atau diletupkan yang sekaligus menjejaskan keselamatan mereka.

"Perkara ini bukanlah perkara baru bagi golongan nelayan di Sekinchan malah di Sungai Besar.

"Ia sudah berlaku berkali-kali, di mana nelayan kita dan juga kapal mereka ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia. Malah kita juga tahu sudah banyak kapal mereka telah diletupkan," katanya dalam sidang media Pakatan Harapan di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi selasa lalu berhubung penahanan dua nelayan dari Sekinchan yang dijangka dibebaskan semalam.

Malah, pada hari yang dijanjikan, Zahid yang juga Menteri Pertahanan terus mengulangi semula janjinya itu dengan mengumumkan bahawa dua lagi nelayan dari Johor akan dibebaskan pada hari yang sama.

Namun, menurut Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, rundingan pembebasan nelayan tidak memadai, memandangkan perkara pokok masalah adalah mengenai sempadan perairan yang seringkali menjadi pertikaian dan membawa kepada masalah penahanan nelayan saban tahun.

"Justeru, bukan sahaja Kementerian Luar Negara sahaja perlu memainkan peranannya, malah Kementerian Dalam Negeri juga harus turut bertindak," ujarnya. – Roketkini.com


PEGAWAI KHAS ROSMAH KURANG ETIKA, BAGAIMANA KALAU SIDANG MEDIA NAJIB ATAU ZAHID HAMIDI DISERBU JUGA?

Posted: 16 Jun 2016 03:56 AM PDT

shahbudindotcom


Rizal Mansor, pegawai khas Rosmah Mansor mungkin menganggap tindakannya menyerbu dan ingin hadir sama dalam sidang media Rafizi Ramli sebagai tindakan yang betul dan mampu menampilkannya sebagai hero.

Malangnya, tindakan itu lebih memperlihatkan imej kebudak-budakan, terdesak dan ketidakmampuan untuk terus melawan hujah dengan hujah dalam isu yang dibangkitkan oleh Rafizi iaitu berkaitan pembaziran isteri Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, perlakuan menyerbu sidang media itu juga secara tidak langsung turut  memalukan Rosmah yang merupakan bos dan payung tempatnya bernaung.

Meskipun Rizal mengatakan tindakannya dilakukan tanpa pengetahuan Rosmah, tetapi tanggapan umum tentunya mengatakan Rosmahlah yang meminta atau setidak-tidak menggalakkannya berbuat demikian. 

Dengan yang demikian, Rosmah yang sudah calar balar imejnya dengan pelbagai isu dan kelakuan, semakin koyak rabak gambarannya di mata umum.

Lebih buruk, jika benar Rizal mengatakan tindakannya hanya untuk hadir dan mencatat apa yang akan didedahkan Rafizi, mengapa perlu membawa puluhan pengiring yang seolah-olah mahu membuat kacau dalam sidang media itu?

Sidang media yang dibuat Rafizi untuk mendedahkan pembaziran Rosmah berkaitan penggunaan jet adalah isu politik yang hanya perlu dilawan dengan hujah dan penjelasan, bukannya dengan serbuan, tindakan ala samseng atau perlu dibahas secara berdepan.

Jika dalam sekian banyak pendedahan Rafizi sebelum ini Rizal boleh menjawab dan memberi penjelasan dengan tenang, mengapa tiba-tiba perlu untuk menghadirkan diri?

Apakah Rizal sudah tidak mampu lagi tampil dengan jawapan dan penjelasan atau semakin tertekan dengan satu demi satu pendedahan yang dibuat oleh Rafizi?

Mengapa cuba hadir dalam sidang media orang lain tanpa diundang dan turut  membawa ramai pengiring?
 
 
 
 
Walaupun Zahid Hamidi menggambarkan tindakan Rafizi itu sebagai tidak ada keberanian dan seolah-olah takut berdepan dengan kebenaran, etika mana yang digunapakainya?

Sudahkah sebelum itu Rizal terlebih dahulu memohon secara baik untuk hadir dalam sidang media itu?

Atau mengapa tidak diajak Rafizi mengadakan sidang akhbar bersama berkaitan isu Rosmah?

Namun demikian, jika pun semua permintaan itu tidak dilayan oleh Rafizi, dari segi etikanya tiada keperluan sama sekali untuk Rizal menyerbu dan hadir sama kerana beliau mempunyai banyak ruang untuk menjawab dan memberi penjelasan, tambahan lagi semua media arus perdana, media baru dan televisyen sedia menyiarkan jawapannya secara besar-besaran.

Biarkan saja Rafizi membuat sidang akhbarnya dan beberapa jam kemudian jawablah dengan tenang dan jika tuduhannya berupa fitnah, saman di mahkamah?

Jadi, kenapa perlu begitu kalut dan mempamerkan kepada umum dirinya yang berboskan Rosmah seperti sedang terdesak?

Dalam pada itu, jika Rafizi dikatakan tiada keberanian kerana tidak membenarkan kehadiran Rizal, adakah Rosmah sendiri sedia membenarkan Rafizi hadir dalam mana-mana sidang akhbar yang diadakannya?

Di masa yang sama, apakah Najib atau Zahid Hamidi sendiri misalnya begitu berani dan sedia membenarkan individu seperti Khairuddin Abu Hasan atau Anina Saadudin terpacul dalam  sidang media mereka?

Kenapa Najib  begitu takut dengan soalan-soalan media asing sehingga ada yang dihalau keluar meninggalkan negara hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya?

Kenapa juga Najib sendiri tiada keberanian berdepan dengan Tun Mahathir dalam program NothingToHide sebelum ini?

Jauh untuk dilihat sebagai berani, Rizal sebaliknya melalui tindakannya itu umpama membaling "boomerang" yang lebih mengingatkan orangramai mengenai beberapa siri ketidakberanian Najib dan sekaligus juga menambahburukkan lagi  imej Rosmah.


Mengapa PAS gagal perjelas hudud

Posted: 16 Jun 2016 03:53 AM PDT

PAS perlu memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan syarat retorik "Islam perlu memimpin" dan "hudud wajib" diketepikan.
 
 
 
hudud-hadi (2)


Sebaik sahaja usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah dibentangkan, ramai meramalkan ia bakal menjadi topik utama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Namun sepanjang tempoh kempen, hanya PAS yang membawa isu ini. BN kekal dengan "politik pembangunan" manakala Amanah pula dengan isu-isu nasional yang lazim diketengahkan Pakatan Harapan.

Bagi sebahagian masyarakat Cina di Kuala Kangsar, dan mungkin juga di tempat lain, istilah hudud umpama "hantu", seperti juga istilah "DAP" kepada sebahagian orang Melayu.

Hudud dilihat sebagai usaha memaksa nilai-nilai Islam ke dalam kehidupan mereka.

Retorik bahawa ia hanya untuk orang Islam kurang berjaya memadamkan kerisauan, apatah lagi dengan rekod buruk Mahkamah Syariah menangani kes melibatkan orang bukan Islam.

Michael Tan (bukan nama sebenar), 38, berkata hudud lebih baik tidak dilaksanakan di sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

"Undang-undang sedia ada sudah ok, siapa boleh jamin hudud tak akan dilaksanakan kepada orang bukan Islam?" katanya yang ditemui di sebuah program semalam.

Pang Wei Guan, 32, pula menyifatkan isu itu terlalu dipolitikkan sehingga ia menjadi begitu berkecamuk.

"DAP cakap begini, PAS cakap begitu. Dan saya tak percaya Umno. Ini belum pun dibuat," katanya sambil dipersetujui rakannya Simon, yang berkata PAS jauh lebih meyakinkan ketika bersama Pakatan Rakyat dahulu.

Mereka juga tidak yakin dengan penjelasan yang diulang-ulang iaitu usul PAS itu hanya bertujuan memberikan kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan denda dan hukuman lebih berat.

Lebih 2 dekad hudud PAS

Sejak lebih dua dekad, PAS membawa agenda hududnya, tetapi masih gagal memberi kefahaman sebenar tentang hudud.

Sebahagian besar ceramah Hadi ketika berkempen di Kampung Ketior sebelum ini cuba dengan panjang lebar menjelaskan usulnya untuk meminda Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015.

Tetapi hampir semua hadirin program itu adalah orang Melayu, yang rata-rata penyokong PAS sendiri.

Benar, Hadi dan partinya perlu memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia, dengan syarat beliau mengetepikan retorik mengenai "Islam perlu memimpin yang lain" dan "hudud wajib kerana terkandung dalam Al-quran".

Retorik sebegini tidak memadai. Ia hanya menunjukkan PAS cuba mendesak agama kepada orang bukan Islam.

Di mata orang Islam pula, PAS akan dianggap mengiktiraf Islam versinya sahaja, dan menolak kepelbagaian pemahaman.

Masyarakat Malaysia akan mendapat manfaat besar daripadanya. Setuju atau tidak dengan PAS, sekurang-kurangnya kita akan dapat berhadapan dengan isu ini – yang pasti akan timbul lagi – dengan lebih bersedia dan matang, bukannya hanya mengulang pendirian parti politik yang disokong.

‘Sekurang-kurangnya Pak Lah dengar suara rakyat’

Posted: 16 Jun 2016 03:39 AM PDT

 
Mahathir berkata, Najib tidak boleh menjadikan alasan dipilih rakyat secara demokratik untuk terus memerintah.


paklah dan mahathir


KUALA KANGSAR: Datuk Seri Najib Razak sepatutnya sudah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri memandangkan ramai yang menolak kepimpinannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib tidak boleh menjadikan alasan dipilih rakyat secara demokratik untuk terus memerintah.

"Dia (Najib) fikir rakyat hanya berkuasa lima tahun sekali (ketika pilihan raya). Sebenarnya rakyat berkuasa sepanjang masa dan berhak tukar pemimpin yang rosakkan negara," katanya dalam satu program bersama Amanah di Manong hari ini.

Mahathir membandingkan Najib kepada Tun Abdullah Badawi yang berundur selepas prestasi terburuk BN pada Pilihan Raya Umum ke-12.

"Saya bukanlah suka sangat Pak Lah tapi sekurang-kurangnya dia sedar orang tak suka dan lepaskan jawatan.

"Jadi sepatutnya dengan begitu banyak suara suruh Najib berhenti, dia tak patut buat pekak dan tak nampak," katanya lagi.

Mahathir mengetuai kempen Deklarasi Rakyat pada Mac lalu yang bertujuan mengumpul tandatangan rakyat untuk mendesak pengunduran Najib.

Bekas perdana menteri itu mendakwa berjaya mengumpulkan 1.2 juta tandatangan setakat ini, walaupun wujud dakwaan penipuan tandatangan.

Dalam pada itu, Mahathir sempat berseloroh mengenai cara BN menyambut ketibaannya di Manong.

"Bila diberitahu saya datang, Umno terus turap jalan," katanya yang disambut dengan gelak ketawa kira-kira 400 hadirin.

Beliau menyifatkan ia adalah amalan biasa BN yang hanya berkhidmat untuk rakyat setibanya pilihan raya demi meraih undi.

"Ini sikap mereka yang amal rasuah. Dia fikir bila turap jalan, semua orang akan berduyun-duyun sokong dia," katanya lagi.

Ini adalah kunjungan kedua Mahathir ke Kuala Kangsar sejak hari penamaan calon pada 6 Jun lalu untuk berkempen bagi calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli.

Selain Mahathir, turut hadir ialah bekas pemimpin Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dan Datuk Kamilia Ibrahim.

PKR Sahkan SPRM Tahan Bekas Ahli Parlimen Kapar

Posted: 16 Jun 2016 03:30 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 
 

SUNGAI BESAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan  bekas Ahli Parlimen Kapar, S Manickavasagam ditahan berkaitan kes rasuah, malam Rabu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, bagaimanapun pemimpin parti itu dibebaskan dengan ikat jamin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi Khamis.

"Pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengannya secepat mungkin untuk meminta penjelasan.

"Setakat ini laporan mengenainya masih samar, tak tahu apa sebabnya dan beliau pun masih dalam siasatan jadi kita tak mahu membuat penilaian awal," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Pada masa sama, Tian Chua menggesa supaya SPRM menjalankan tugas dan menyiasat kes ini dengan telus tanpa mengaitkannya dengan pilihan raya kecil (PRK).

"Jika penahanannya dikaitkan dengan Pakatan Harapan dan calonnya ia akan dilihat sebagai bersifat politik," katanya.

Ditanya bilakah pimpinan tertinggi parti akan bertemu dengan Manickavasagam, katanya mungkin selepas PRK.

Beliau berkata, pimpinan tertinggi parti tidak akan menutup sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana ahli atau pemimpin parti itu.

Pada Rabu, dilaporkan bekas ahli parlimen PKR itu didakwa kerana menerima RM30,000 rasuah daripada seorang kontraktor.

Sumber mendedahkan Manickavasagam turut disiasat kerana didakwa menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa Orang Kurang Upaya.


Laporan Dakwa Empat Lagi Rakyat Malaysia Diculik Di Sabah

Posted: 16 Jun 2016 03:26 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
  
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina sedang mendapatkan pengesahan berhubung laporan penculikan membabitkan empat rakyat Malaysia di luar pantai Sabah dan didakwa dibawa ke Sulu pada pagi Khamis.

ABS-CBN memetik Ketua Polis Tawi-Tawi, Suprintenden Kanan Joselito Salido sebagai berkata, satu kumpulan suspek yang tidak dikenali didakwa membawa tawanan ke pantai Sitankai, Tawi-Tawi sebelum memindahkan mereka ke Sulu.

Stesen radio turut menyatakan bahawa Tentera Filipina Di Barat Mindanao sedang mendapatkan pengesahan berhubung maklumat berkenaan.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diperolehi.

Sumber pasukan keselamatan di Sabah berkata, mereka tidak mendengar sebarang berita berhubung perkara tersebut tetapi akan mendapatkan pengesahan dengan rakan sejawat mereka di Filipina sekiranya penculikan itu benar-benar berlaku.

April lalu, kumpulan Abu Sayyaf menculik empat rakyat Malaysia dari Sarawak dari sebuah kapal di pantai timur Sabah.

Keempat-empat mereka yang dijadikan tebusan di Jolo kemudiannya dibebaskan pada minggu lalu.

“Belum Betul-Betul Putus Dengan PAS" - Husam

Posted: 16 Jun 2016 03:24 AM PDT

Oleh: IZRA ABDUL RAHMAN
 
 
 
 






SUNGAI BESAR: Naib Presiden PAS yang dipecat Datuk Husam Musa menganggap hubungannya dengan PAS belum terputus sepenuhnya dan masih boleh diperbaiki.

Malahan Husam mengakui tidak terburu-buru memilih hala tuju politiknya pada masa depan dengan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) atau mana-mana parti lain.

Menyifatkan kedudukannya dalam PAS umpama 'masih dalam pantang', wakil rakyat ini menetapkan September ini untuk membuat keputusan berhubung pembabitannya dalam politik.

"Saya dan PAS belum betul-betul putus lagi, kalau dalam Islam dipanggil masih dalam edah, tempoh bertenang.

"Saya rasa ada banyak masa lagi sebelum pilihan raya umum, banyak lagi progres politik akan berlaku, jadi tak salah kalau saya sabar sedikit dan pilih masa yang tepat untuk umumkan apa-apa," katanya kepada pemberita selepas selesai menyampaikan ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Pasir Panjang, di sini, malam Rabu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor kini menjadi Adun Bebas hadir dan berkempen untuk calon Amanah dan Pakatan Harapan, Azhar Ab Shukur.

Mengulas tindakannya berkempen untuk Amanah, Husam berkata, beliau melihatnya sebagai tanggungjawab untuk memenangkan calon paling berpotensi bagi membetulkan penyelewengan negara yang berlaku pada masa kini.

"Kalau calon PAS lebih berpotensi saya sokong calon PAS, tetapi PAS telah ditolak sebahagian rakyat sebab sikap tidak konsisten dan saya kira calon yang boleh menentang Barisan Nasional adalah Amanah," katanya.

Katanya, keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini juga mungkin akan mengubah keputusan PAS yang telah memecatnya melalui surat.

"Saya masih anggap PAS boleh batalkan pemecatan saya. Kalau dua-dua calon PAS kalah teruk, mungkin saya boleh diterima balik dalam PAS," katanya.

Husam bagaimanapun tidak menerima sebarang balasan terhadap surat yang dihantar kepada Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Biasanya tiada maklum balas, dia akan telan macam tu saja, yang ini sikap PAS yang kurang profesional," katanya.

Pada 6 Mei lepas, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap bekas naib presiden parti itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c),(d),(e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan Umno.

Shah Rezza Bengang Sikap Diva Seorang Artis Lewat 2 Jam Ke Lokasi

Posted: 16 Jun 2016 03:14 AM PDT

Oleh: KEMALIA OTHMAN
 
 
Shah Rezza terkilan sikap artis tidak beri komitmen dengan kerjaya.
 
 
PETALING JAYA: Pelakon era 80-an, Datuk Seri Shah Rezza terkilan dengan sikap diva seorang artis yang membuatkan dia terpaksa menunggu selama dua jam untuk sebuah rakaman program Hari Raya yang diadakan pada Isnin.

Shah Rezza atau nama sebenarnya Raja Shah Zurin Raja Aman Shah, 55, berkata, sikap tidak berdisiplin artis itu membuatkan dia kecewa sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan meninggalkan set penggambaran selain enggan terlibat dalam program bual bicara berkenaan.

"Semalam saya menunggu seorang artis selama dua jam di lokasi rakaman program bual bicara raya, akhirnya saya ambil keputusan untuk balik sahaja.

"Pihak produksi berjanji untuk mulakan rakaman awal dan saya sudah bersiap sedia, namun disebabkan artis tersebut tidak sampai, rakaman ditundakan sehinggalah hampir masuk waktu berbuka puasa," ujarnya kepada mStar Online.

Shah Rezza memuji tindakan Aaron Aziz yang meminta maaf secara peribadi jika lewat ke lokasi penggambaran.

Shah Reza berkata, dia terkilan apabila artis tersebut juga tidak meminta maaf atau menjelaskan perkara yang berlaku atas kelewatannya.

Bagaimanapun, dia tidak mahu menyalahkan artis terbabit kerana kemungkinan dia mempunyai alasannya tersendiri.

"Sebelum ini saya ada berlakon dengan artis terkenal seperti Aaron Aziz dan jika dia lambat ke lokasi dia akan mesej saya secara peribadi untuk minta maaf kerana lewat.

"Itu adalah cara sebenar untuk menghormati orang lebih tua daripada kita, perkara ini saya sudah praktikkan ketika saya muda lagi. Pada saya perlu ada rasa hormat antara artis baru kepada artis lama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shah Reza berkata dia baharu selesai penggambaran siti terbaharu Tuan Anas Mikael  Raya yang bakal disiarkan sebanyak enam episod pada Hari Raya ini.

Dia yang memegang watak Pak Hamid iaitu seorang pengawal keselematan turut dipanjangkan peranannya berikutan mendapat sambutan penonton pada drama yang ditayangkan pada November tahun lalu itu.

"Alhamdulillah, watak saya masih ada dan diberi perhatian sedikit kerana watak tersebut antara yang mendapat sambutan pada siaran akhir tahun lalu.

"Drama Tuan Anas Mikael  Raya juga turut menampilkan beberapa pelakon terkenal seperti Erra Fazira dan Hans Isaac selain pelakon utama Aaron Aziz dan Zara Zya," ujarnya.


Lepas Tok Guru tiada, Pas sudah lain, kata pengundi Sg Besar

Posted: 16 Jun 2016 03:10 AM PDT

 ARIF ATAN
 
 
Tan Hong HuatTan Hong Huat


Rata-rata penduduk tempatan di kawasan Parlimen Sungai Besar yang bakal mengundi Sabtu ini menolak BN dan Pas ketika tinjauan Malaysia Dateline di sekitar hentian bas di pekan itu semalam.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pengundi Melayu yang ditemui masih menyatakan kekeliruan bahkan enggan mengulas manakala pengundi Cina secara terbuka mengkritik BN dan Pas.

Khairy HaronKhairy HaronPenduduk Taman Berkat, Khairy Haron, 47, berkata, beliau tidak mengetahui banyak maklumat berkaitan Parti Amanah Negara (Amanah) tetapi mengakui kempen parti itu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.

"Amanah ini parti baru. Banyak orang masih tak tahu. Kalau tahu pun anggap Amanah ini wujud sebab tak puas hati dengan Pas.

"Tapi kali pertama saya dengar ceramah Amanah, seronok walaupun dekat nak habis.

Banyak benda baru kita tahu. Itu pun secara kebetulan melintas di tempat ceramah.

Seterusnya di Restoran Kuala Kurau, saya dengar dari mula. Menarik, ramai orang datang," ujarnya sambil tersenyum.

Beliau turut mengakui dalam banyak Pilihan Raya Umum dan PRK sebelum ini, PRK kali ini paling meriah dan mendapat perhatian banyak pihak.

"Lihat saja khemah anggota polis di Sungai Besar yang khabarnya datang dari seluruh negara. Di Sekinchan pun, dengarnya ada juga 'kem polis' ni. Ramai sungguh walaupun kata ini PRK," katanya.

Ditanya tentang media paling banyak dibaca atau ditontonnya, Khairy memberitahu, TV3 tetapi masih sedar tidak semua maklumat dalam saluran TV itu tepat.

Beliau juga berpendapat Pas tidak wajar keluar dari Pakatan Rakyat sehingga gabungan pembangkang itu pecah sebelum digantikan dengan Pakatan Harapan.

"Kita nak menentang (kerajaan) sangat pun siapalah kita, orang bawahan tapi yang pasti undi kita pada masa inilah amat ditagih orang atasan," tambah bapa kepada tiga anak ini lagi.

Sementara itu, Tan Hong Huat, 68, menganggap Pas tiada lagi tempat dalam hati pengundi Cina pada PRK kali ini dan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Kita banyak kecewa Pas selepas Tok Guru (Almarhum Nik Aziz) tidak ada (meninggal dunia) sudah lain sekarang.
"Dia (Pas) mahu kawan dengan Umno. Pas lupakah BN itu macam mana perangai dia?" bidasnya yang mendiami Sungai Besar sejak 45 tahun lalu.

Mengulas tentang BN pula, beliau berterus-terang majoriti pengundi Cina sudah lama menolak parti berlambangkan dacing itu.

"Juta-juta, bilion-bilion (ringgit) sudah hilang. 'Undi besar' dulu (PRU13), Cina tidak mahu BN, 'undi kecil' ini (PRK) saya rasa mereka ramai-ramai undi itu Amanah juga," ujarnya yang menjadi nelayan di Sungai Besar sejak berusia awal 20-an lagi.

SubramaniamSubramaniamBagi pemandu Bas Smart Selangor,
Subramaniam, 51, lebih 40,000 pengundi di parlimen itu pastinya akan memilih parti yang banyak memberi faedah secara langsung kepada mereka.

Seramai 42,655 pemilih di Parlimen Sungai Besar bakal membuang undi, Sabtu ini dengan 67.16 peratus daripadanya pengundi Melayu manakala Cina 30.70 peratus, India 1.92 peratus dan lain-lain 0.23 peratus.

Bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia sokong calon Amanah

Posted: 16 Jun 2016 03:03 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Datuk Kamilia Ibrahim berucap menyokong calon Amanah di program Deklarasi Rakyat dekat Manong Kuala Kangsar sambil diperhatikan Tun Mahathir.Datuk Kamilia Ibrahim berucap menyokong calon Amanah di program Deklarasi Rakyat dekat Manong Kuala Kangsar sambil diperhatikan Tun Mahathir.


Bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim hari ini hadir ke forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat dan secara terbuka menyatakan sokongan kepada calon Parti Amanah Negara (Amanah) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Dr Ahmad Termizi Ramli.

Berucap di hadapan kira-kira 500 orang di Pekan Manong hari ini, Kamilia menyeru pengundi di Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi yang disifatkan sebagai sangat layak untuk membawa suara rakyat ke parlimen.

"Kuasa undi ini seperti berperang. Undi boleh buat perubahan.

"Pilihlah calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ahmad yang bijak pandai, anak tempatan.

"Beliau boleh membuat perubahan di Kuala Kangsar dan beliau faham masalah di Kuale ini," katanya disambut tepukan gemuruh.

Kamilia pernah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (Pas) dalam pertembungan tiga penjuru.

Sejurus sahaja disahkan sebagai calon, beliau juga mengumumkan keluar Umno dan melepaskan semua jawatannya dalam Umno.

Selain naib ketua wanita Umno, Kamilia juga melepas jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua Wanita Umno Kuala Kangsar.

Kamilia juga berkata, rakyat perlu membuka mata mengenai penyelewengan dalam Umno BN termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kehadiran Tun Mahathir amat penting kepada kita ketika ini.
"Kenapa Tun (Mahathir) sanggup hadir ke Manong? Mesti ada sesuatu yang mengancam keselamatan negara ketika ini," katanya.
Selain Kamilia turut berucap bekas ketua wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Hamidah Othman dan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ini merupakan kali kedua Tun Mahathir turun berkempen untuk calon Amanah di Kuala Kangsar selepas kehadiran pertama Ahad lalu.

Kenapa jet kerajaan yang sedang diselenggara ada di Kazakhstan, tanya Rafizi

Posted: 16 Jun 2016 03:00 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.Kenapa jet baru milik kerajaan yang dikatakan sedang diselenggara berada di Kazakhstan, tanya Rafizi menambahkan kebingungan dengan skandal kerajaan BN.


Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB yang dikatakan sedang diselenggara sebenarnya berada di Kazakhstan.

Ia berdasarkan maklumat pengkalan data penerbangan yang diperolehi oleh beliau.

"Saya dimaklumkan bahawa setakat minggu lepas sehingga 12 Jun 2016, jet terbaru milik kerajaan ACJ320 9M-NAB itu berada di Kazakhstan, seperti paparan dari pengkalan data kedudukan pesawat.

"Ini menimbulkan tanda tanya kenapa jet yang diubahsuai khusus itu berada di Kazakhstan," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

Menantu kepada perdana menteri, iaitu suami kepada Nooryana Najwa, Daniyar Kessibayev adalah berasal dari Kazakhstan.

Menurut Rafizi, beliau juga menyemak kehadiran syarikat yang berkaitan dengan industri penerbangan mewah yang ada di Kazakhstan untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa jet terbaru milik kerajaan itu kini sedang disenggara.

"Saya mengakui bahawa sebuah syarikat yang berkaitan dengan Comlux memang ada di Kazakhstan iaitu Comlux Kazakhstan LLC yang operasinya melibatkan sewaan jet dan khidmat-khidmat lain.

Saya juga sedia maklum bahawa pada kebiasaannya jika sebuah jet itu sedang disenggara maka Comlux boleh menggantikan sebuah lagi jet lain buat sementara waktu sementara jet disenggara.

"Malangnya sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa sedangkan selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org)," katanya lagi.   Oleh yang demikian, Rafizi menyeru Jabatan Perdana Menteri mengesahkan secara rasmi dan menunjukkan bukti bahawa jet ACJ320 9M-NAB memang berada di Kazakhstan dan sedang melalui proses senggaraan.

Kerajaan juga, katanya, perlu menerangkan kenapa tidak ada jet gentian yang digunakan seperti amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru dari Emirates yang merugikan rakyat.

Sejak beliau mula-mula mendedahkan kontroversi kerajaan menyewa sebuah jet peribadi mewah dari Emirates yang digunakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk ke Istanbul minggu lalu, alasan yang diberikan oleh pihak Datin Seri Rosmah Mansor ialah sewaan jet mewah itu adalah satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan iaitu ACJ320 9M-NAB kini sedang disenggara ("maintenance") dan tidak boleh digunakan.

Semalam Rafizi menunjukkan bagaimana kalau pun benar jet ACJ320 9M-NAB kini tidak boleh digunakan kerana sedang disenggara, Rosmah boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01.

"Walau bagaimana pun, saya telah mendapat maklumat dari pemberi maklumat yang membantu saya cuba menjejaki lokasi sebenar jet terbaru ACJ320 9M-NAB untuk mengesahkan kebenaran dakwaan bahawa sewaan jet dari Emirates itu satu keperluan kerana jet terbaru milik kerajaan sedang disenggara," katanya.

Apakah Zahid hilang pertimbangan biarkan Anwar yang sakit dalam penjara

Posted: 16 Jun 2016 02:52 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Anwar dibawa ke hospital selepas menderita sakit tulang belakang kesan dibelasah oleh bekas ketua polis negara.Anwar dibawa ke hospital selepas menderita sakit tulang belakang kesan dibelasah oleh bekas ketua polis negara.


Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mempersoalkan apakah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hilang pertimbangan kemanusiaan terhadap insan yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya kerana beliau berlainan fahaman politik?

"Sekiranya tidak, maka secara minima Datuk Seri Anwar wajib ditahan di hospital," kata anak Anwar, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan bersama seorang lagi naib presiden PKR, Chuan Tian Chan atau Tian Chua.

Izzah menimbulkan persoalan itu ekoran Anwar terpaksa dikejarkan ke hospital hari ini.

Nurul IzzahNurul IzzahDatuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital hari ini kerana mengalami sakit belakang di tempat yang sama iaitu bahagian L4 L5 – bahagian yang sama yang mengakibatkan beliau menjalani pembedahan mikro di Munich, Jerman pada 2004.

Hari ini merupakan hari ke-491 hari beliau dipenjarakan untuk kali ke-empat sebagai tahanan politik di Malaysia.

Pihak keluarga dan peguam telah mengemukakan jawapan balas berkait tawaran semula Datuk Seri Zahid Hamidi supaya pakar perubatan luar negara datang ke Malaysia untuk menjalankan pembedahan.

Tawaran yang dibuat oleh Datuk Seri Zahid Hamidi di dalam Dewan Rakyat pada 12 November 2015 ternyata hambar apabila penjagaan Datuk Seri Anwar sepenuhnya di hospital pun belum mampu dilunaskan, katanya.

Menurut mereka, para pakar yang bertanggungjawab menyatakan peralatan serta kelengkapan hospital tidak mencukupi.

Tambahan serangan politik berterusan  pihak pemerintah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 mengeruhkan lagi suasana buat doktor dalam memastikan proses pemulihan beliau berjalan lancar, katanya.

Walaupun makluman balas telah diberi kepada Datuk Seri Zahid Hamidi, mewakili kerajaan Malaysia, namun kerajaan dilihat lepas tangan, katanya.

Bahkan, menurut mereka, pihak keluarga juga turut mohon agar beliau dimasukkan dan ditahan di hospital, namun kerajaan enggan membenarkan ruang jagaan sedemikian untuk mengubat sakit yang dihadapi Datuk Seri Anwar.

Yang diluluskan sekadar rawatan dan pemeriksaan beberapa hari sebelum dihantar pulang ke penjara.
Bagi Nurul dan Tian Chua, kerajaan BN bertangggungjawab di atas kecederaan Anwar kerana sebelum tahun 2000, sebuah Siasatan Suruhanjaya Diraja  ke atas mata lebam Datuk Seri Anwar telah memutuskan bahawa Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara bersalah kerana memukul Datuk Seri Anwar sedang Datuk Seri Anwar digari dan ditutup matanya, pada malam yang sama beliau ditangkap pada 20 September 1998.

Suruhanjaya DiRaja tersebut memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bersalah dan akhirnya didenda RM 2,000 dan penjara 2 bulan. Hukuman penjara dikekalkan pasca rayuan.

"Hal ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dimangsakan di bawah pemerintahan kerajaan BN dan menanggung kesakitan sehingga ke saat ini," kata kenyataan mereka berdua.

Anwar sehingga kini terus mengalami kesakitan yang sama di bahagian belakang dan bahu kanan; beserta tekanan darah tinggi yang tidak menentu.

Bagi mereka, kerajaan sering berselindung dengan jumlah rawatan yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memadai bahkan bersifat 'istimewa' dan melebihi layanan yang diberikan kepada banduan lain.

"Saya ingin mempersoalkan, jika jumlah rawatan yang diterima tidak membantu meningkatkan tahap kesihatan beliau, adakah ini bukti jelas bahawa rawatan yang diberikan adalah tidak memadai?

"Tambahan pula, tanpa penglibatan panel dan doktor pakar yang arif berkenaan kesakitan berulang beliau, dikhuatiri kelewatan akses rawatan ditambah pula dengan kondisi sel tahanan yang tidak sesuai bakal memburukkan lagi kesihatan beliau," kata kenyataan itu.

Penahanan Anwar dikecam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu tetapi ia tidak menjadi seperti kes mantan Menteri Besar Selangor yang boleh pula dibebaskan melalui parol.

Ahli Umno Sungai Besar, Kuala Kangsar diajak cipta sejarah

Posted: 16 Jun 2016 02:50 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM mengajak pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar cipta sejarah agar dikenang sepanjang zaman.Kamarul Azman Habibur Rahman Presiden GKCM mengajak pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar cipta sejarah agar dikenang sepanjang zaman.


Semua pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu berani melakukan perubahan untuk menukar pemimpin  negara agar dilihat berjiwa besar dan terus dikenang dalam sejarah politik tanah air.

Pengerusi Gabungan Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, jika pengundi gagal mengambil peluang dalam PRK kali ini kedua lokaliti itu gagal mencetuskan peluang perubahan pada landskap politik negara.

"Orang Kuale dan Sungai Besar mesti berjiwa besar kalau nak lihat perubahan besar kalau tidak keadaan tidak berubah.

"Orang Kuale dan orang Sungai Besar diberi peluang untuk dikenang dalam sejarah di kalangan mereka yang mencetuskan perubahan ini.

"Jika gagal mengambil peluang yang datang bergolek ini, pengundi  tidak akan dapat peluang yang sama dilain masa.

"Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan jadi seperti hari-hari biasa jika calon BN menang.

"Orang tak akan ingat Sungai Besar dan Kuala Kangsar lagi.

"Tetapi orang akan ingat Sungai Besar dan Kuala Kangsar sampai bila-bila jika pengundi berani katakan sesuatu terhadap BN melalui undi mereka pada PRK kali ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline malam semalam di Sungai Besar.

Kamarul berkata, akar umbi Umno terlalu lama di dua parlimen berkenaan lebih-lebih lagi di Parlimen Sungai Besar yang sudah tiga penggal.

Justeru beliau meminta pengundi keluar daripada kepompong keselesaan BN untuk membawa perubahan dalam landskap politik yang lebih baik berbanding di bawah penguasaan Umno-BN.

"Kekuatan akar umbi Umno sudah terlalu lama. Jika mereka tidak mahu keluar dari kepompong Umno bermakna mereka tidak mahu berjiwa besar," ujarnya.

Beliau berkata, pemimpin dan ahli Umno sendiri secara tidak langsung sudah menolak kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ini jelas katanya dicernakan dengan ketiadaan poster perdana menteri itu dengan calon-calon BN yang bertanding di dua PRK kali ini sebagaimana kebiasaan kempen BN sebelum ini.

"Isyarat yang jelas hari ini orang keliling di kalangan penyokong tegar Umno menyedari Najib kini libility pada Umno-BN tetapi mereka enggan mendedahkan hal dalaman sebenar, walaupun mereka menyatakan sokongan kepada perdana menteri tetapi mereka beretorik semata-mata.

"Dalam hati calon BN dan pengundi pada PRK kali ini telah menolak  kepimpinan Najib. Calon BN  menyokong atas sebab tertentu tetapi pada hari berkempen dan mengundi  mereka menyedari bahawa kelibat Najib tidak perlu muncul di kawasan parlimen yang ditandingi calon BN.

"Inilah kali pertama dalam sejarah politik tanahair dan pilihan raya sebagai seorang presiden parti, gambarnya tidak dicetak dan digantung sebagai banting atau banner dalam PRK kali ini.

"Dulu calon berbangga dengan presiden sekarang calon BN pun tidak berani nak bergambar sebelah PM takut hilang undi,"dakwnya.

Deklarasi Rakyat

Mengulas mengenai perkembangan Deklarasi Rakyat di dua PRK kali ini, Kamarul berkata, dengan kehadiran Penaung GKCM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam siri kempennya minggu lalu telah melonjakkan jumlah tandatangan borang deklarasi Rakyat "Selamatkan Malaysia".

"Pada PRK kali ini kita buka kaunter untuk menandatangani deklarasi secara berterusan sepanjang kempen Tun Mahathir

"Saya pasti keputusan PRK sama ada positif atau negatif, saya pasti  akan  terus melonjakan deklarasi rakyat untuk  menyemarakkan lagi momentum  betapa perlu perubahan terhadap negara  dilakukan oleh  pengundi di sini dan rakyat amnya.

"PRK ini macam batu loncatan  untuk kami terus mengumpulkan jumlah  tandatangan.

"Saya fikir  masyarakat di Malaysia mereka sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku di kedua parlimen ini," ujarnya.

Justeru Kamarul Azman begitu optimis bahawa sekiranya keputusan  yang diharapkan gabungan itu untuk menentukan perubahan kepimpinan negara akan terus berlaku sebelum menjelangnya PRU ke-14.

"Jika keputusan memihak kepada Pakatan Harapan, akan berlaku lonjakan momentumnya.

"Jika pengundi di parlimen berkenaan gagalterjemahkan kehendak masyarakat di malaysia, GKCM akan main memainkan peranannya dengan lebih aktif lagi.

"Ini untuk menentukan bahawa perubahan kepimpinan negara akan terus  berlaku sebelum tibanya pilihan raya umum kelak.

"Kita akan pelbagaikan pendekatan dan strategi untuk lebih agresif," ujarnya.

Kamarul  juga menafikan calon bebas Izat Bukhary Amir di Parlimen Kuala Kangsar adalah calon Tun Mahathir seperti digembar-gemburkan setelah Izat turut hadiri majlis bersama bekas perdana menteri itu dan telah menandatangani Deklarasi Rakyat.

Sebelum itu calon Amanah Azhar Ab Shukur telah menandatangani borang deklarasi rakyat di Sekinchan.
Parlimen Sungai Besar  mempunyai 42,655 dan di Parlimen Kuala Kangsar sejumlah 32,949 pengundi berdaftar.

Di Sungai Besar calon BN Budiman Mohd Zohdi akan ditentang calon Amanah Azhar Ab Shukur dan calon Pas Dr Abdul Rani Osman.

Di Kuala Kangsar calon BN Datin Mastura Md Yazid akan ditentang calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli, calon Pas Dr  Najihatussalehah Ahmad dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Hari pembuangan undi pada 18 Jun ini.

Amanah cabar calon BN nyatakan rakyat punca harga naik bukan Rosmah boros

Posted: 16 Jun 2016 02:46 AM PDT

ARIF ATAN
 
 

Sidang media Pakatan Harapan di Sungai Besar hari iniSidang media Pakatan Harapan di Sungai Besar hari ini


Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Zohdi dicabar menyatakan pendiriannya sama ada bersetuju bahawa rakyat penyebab berlakunya kenaikan harga barangan.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, kerajaan hanya menyalahkan rakyat berhubung kenaikan kos barangan walaupun berpunca daripada polisi kerajaan.

"Kita nak minta dia (Budiman) setuju atau tidak peningkatan harga barang kerana rakyat boros bukan Rosmah yang boros," bidasnya.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Datuk Ibrahim Saad semalam kononnya peningkatan harga barangan disebabkan sikap pengguna di negara ini bukannya berpunca daripada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

"Ini pendekatan salahkan rakyat. Tak hairanlah menteri-menteri (juga buat kenyataan seperti) begitu," ujarnya.

Khalid selanjutnya menggesa supaya Budiman turut menjelaskan perancangan untuk menangani bebanan kos dialami rakyat.

"Apa sebenarnya yang dia (Budiman) nak buat untuk bantu rakyat mengurangkan kos hidup?" soalnya dalam sidang media di Pejabat Amanah Sungai Besar hari ini.

Sementara itu, Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan GST serentak dengan penarikan subsidi barangan keperluan dan utilities sehingga mencetuskan peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).

"Jadi, Ketua Pengarah BTN harap faham. Jangan persalahkan perbelanjaan rakyat jelata dengan kenaikan kos akibat GST dan penarikan subsidi," tambahnya lagi.

Ibrahim bercakap pada program Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah E8, Counter Terrorism, PDRM Datuk Ayob Mydin Pitchay dan Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Pas tak berniat tipu bukan Islam

Posted: 15 Jun 2016 09:59 PM PDT



OBT
 

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui partinya tidak pernah berniat untuk berahsia atau menipu golongan bukan Islam dalam melaksanakan hukum hudud di negara kita, lapor Sin Chew Jit Poh.

Kata Hadi, Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa Pas adalah hak umat Islam dan ia bukan hak bukan Islam.

"DAP tidak setuju RUU ini dibentangkan kerana ia bukan hak DAP," kata presiden Pas ini ketika berceramah di Kuala Kangsar, kelmarin.

Beliau menjelaskan demikian bagi menjawab dakwaan oleh ahli-ahli Pas sendiri bahawa partinya tidak akan disokong oleh kaum Cina kerana membentangkan RUU persendirian di Parlimen tidak berapa lama dulu.

"Ada ahli-ahli Pas yang setuju dengan pendapat DAP yang membantah RUU persendirian itu. Akhirnya mereka ini meninggalkan Pas dan menubuhkan Amanah. Pas membiarkan mereka pergi," katanya.

Kata Abdul Hadi lagi, DAP sebenarnya takut sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara kita, para penyokongnya yang terdiri daripada bukan Islam akan tukar agama untuk menganut agama Islam.

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi menyeru pengundi di Kuala Kangsar supaya memberi sokongan kepada calon Pas, Dr Najihatussaalehah Ahmad di samping akan terus membantah pelbagai isu membabitkan kepentingan seperti 1MDB dan rasuah.

Menurut Presiden Pas ini, Pas membantah dasar yang boleh merugikan rakyat, sebaliknya dasar yang baik seperti membantu golongan miskin tetap akan disokong.

Beliau turut menyindir Amanah yang bekerjasama dengan DAP sentiasa membantah apa juga dasar yang dilaksanakan kerajaan sama ada baik atau tidak.

Sementara itu, MCA mencabar DAP mengakui apakah benar parti pembangkang itu telah memperkuatkan Pas dalam PRU lalu.

Pengerusi Biro Undang-Undang Syariah dan Unit Khas Pelaksanaan Polisi MCA, Gan Ping Sieu dalam satu kenyataannya berkata, beliau berharap Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dapat menerima cabarannya untuk berdebat mengenai isu berkenaan.

Kata Gan, Liew cuba menafikan kenyataan kononnya dalam PRU lalu, Pas telah semakin lemah setelah kehilangan dua kerusi parlimen, iaitu daripada 23 berkurangan kepada 21 kerusi.

"DAP sebenarnya telah membantu Pas mengembangkan kekuatannya. Walaupun Pas telah hilang dua kerusi Parlimen, namun dalam kerusi Dun, Pas telah menambahkan jumlah kerusinya, iaitu sebanyak empat.

"Apa yang lebih penting lagi ialah Pas telah berjaya meluaskan pengaruhnya yang sebelum ini hanya bertapak di sebelah Pantai Timur sahaja. Pas telah menambahkan satu kerusi Dun masing-masing di Pahang dan Melaka.

"Manakala di Johor, Pas telah berjaya menambahkan dua kerusi Dun dan tujuh kerusi Dun di Selangor sehingga menyebabkan Pas menjadi sebuah parti yang meliputi di seluruh negara," kata Gan.

Kata Gan lagi, dalam PRU lalu, Pas kehilangan undi Melayu di beberapa buah negeri namun parti itu memperolehi undi yang banyak daripada pengundi Cina.

Tegas Gan lagi, bukan Islam tidak menunjukkan sifat syak wasangka terhadap Pas kerana pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini memberi jaminan bahawa Pas telah pun tidak berhasrat untuk melaksanakan hukum hudud di negara kita.

"Jelas sekali, DAP ketika itulah yang tidak cuba menghalang Pas sebaliknya membantu parti itu untuk melaksanakan undang-undang Islam itu," katanya.


5 Tabiat Buruk Pengguna Jalanraya Yang Perlu Dihindari

Posted: 15 Jun 2016 09:41 PM PDT

MALAYSIAKINI

 

Tayar dan keselamatan jalanraya

Satu daripada tabiat buruk di kalangan rakyat Malaysia adalah keabaian mereka terhadap aspek-aspek keselamatan tayar, termasuk penjagaan dan penyelenggaraan. Pengguna-pengguna jalanraya sentiasa leka dan tidak menyedari bahawa tayar sebenarnya adalah salah satu bahagian yang terpenting dalam memastikan keutuhan dan keselamatan kenderaan. Tiada gunanya jika kenderaan anda mempunyai sistem-sistem pembrekan yang tercanggih sedangkan tayar-tayarnya berada dalam keadaan yang membimbangkan. Tambahan pula, tayar-tayar yang buruk atau tidak dijaga dengan baik hanya akan menjejaskan pengendalian kenderaan dan sekaligus mengancam keselamatan anda.

1. Terlalu asyik dengan dunia diri sendiri

Sesetengah pemandu terlalu asyik dengan diri sendiri semasa memandu tanpa menyedari kemungkinan-kemungkinan yang tersembunyi di sekeliling. Jika anda terlalu asyik dengan penampilan diri dan sentiasa melihat ke arah cermin dalaman, anda mengundang kemalangan tanpa disedari! Tidak kisahlah mood anda baik atau tidak, kenderaan besar atau kecil, sila beri perhatian sepenuhnya semasa memandu. Dan jangan membiarkan musik lantang mengikis perhatian anda. Ingat, Semasa anda berada di jalanraya mana-mana pun, anda sedang menghadapi suatu situasi yang penuh dengan ketidaktentuan. Pelbagai kebahayaan berkemungkinan muncul dari kiri, kanan, depan atau belakang pada bila-bila masa sahaja. Jadi, tumpukan perhatian anda pada jalanraya, bukan keasyikan diri.

2. Mengabaikan keselamatan tayar

Keselamatan dan keselesaan memandu bergantung kepada kesihatan atau keberfungsian tayar-tayar kenderaan anda. Disiplinkan anda untuk memeriksa tekanan angin kesemua tayar termasuk tayar ganti, lebih-lebih lagi sebelum memulakan perjalanan balik kampung. Tayar dengan angin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan kenderaan anda terbabas semasa melalui kawasan lopak air. Tayar yang diisi dengan angin yang berlebihan akan menjejaskan kawalan cengkaman dan pengendalian kenderaan. Pastikan juga penyelarasan dan keseimbangan tayar-tayar kenderaan anda memenuhi kehendak-kehendak industri. Tayar-tayar yang sudah haus atau menunjukkan apa-apa saja tanda yang tidak menepati keperluan-keperluan keselamatan perlu diganti. Jika tidak, risiko tayar bocor, pancit atau meletup di tengah jalan adalah tinggi terutamanya ketika kenderaan anda bergerak pada kelajuan tinggi.

Daripada sejumlah 217 dan 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dalam Op Selamat 5/2014 dan Op Selamat 7/2015 masing-masing, 58 kes (26.7%) dan 106 kes (35%) daripadanya adalah disebabkan 'kenderaan terbabas dan hilang kawalan'.

3. Memandu secara berbahaya

Salah satu tabiat yang perlu dihindari ialah memandu tanpa prihatin kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan-golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang suka berlumba atau memecut, yang tidak segan silu menyelit dan menghimpit, menukar lorong tanpa membuka signal (kebanyakannya satu amalan yang kronik), melanggar lampu isyarat merah, suka merapati kenderaan di hadapan (tindakan ini menyebabkan pemandu tidak berkesempatan untuk bertindak semasa kecemasan), dan tidak mematuhi peraturan-peraturan jalanraya secara umumnya. Kemalangan sebenarnya memang boleh dielakkan sekiranya anda memandu dengan cara-cara yang betul dan selamat. Memandu secara berbahaya bukan sahaja membahayakan diri anda, ianya juga mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.

Menurut statistik yang diumumkan oleh JPJ, terdapat sejumlah 476,196 and 489,606 kes kemalangan jalanraya bagi tahun 2014 and 2015, yang melibatkan 6,674 dan 6,706 kes kematian masing-masing.

6,674 - Kes kematian (2014) - 6,706 - Kes kematian (2015)


4. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

Populariti telefon bimbit di zaman moden ini juga membawa padah kepada pemandu-pemandu yang leka. Perhatian anda akan terpesong tidak kiralah anda sedang bercakap tanpa menggunakan alat komunikasi bebas tangan atau menyemak mesej-mesej pada skrin sesentuh. Menaip dan menghantar mesej semasa memandu adalah perkara yang paling berbahaya! Pada keseluruhannya, perbuatan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sememangnya membahayakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Golongan pemandu-pemandu muda adalah yang paling berisiko kerana kegemaran mereka bermain dengan telefon bimbit semasa memandu.

Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri (10 – 25 Julai 2015) mencatatkan 20,458 kes kemalangan jalanraya dengan 330 nyawa terkorban daripada 303 kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian. Dengan kata-kata lain, dalam masa 15 hari Op Selamat dijalankan, purata kes kemalangan jalanraya harian ialah 1,364 kes semasa musim perayaan yang lalu.

1,364 - Kes kemalangan harian semasa Hari Raya Aidilfitri (2015)


5. Tidak proaktif menghadapi sebarang kemungkinan

Untuk berlayak digelar seorang pemandu yang bertanggunjawab and berprihatin, anda perlu melengkapi diri anda dengan persediaan-persediaan tertentu semasa memandu. Ini termasuklah persediaan fizikal (pastikan anda tidak mengantuk), tidak memecut di persimpangan, perlahankan kenderaan anda di susur-susur keluar atau masuk di mana trafik bergabung, bersedia untuk berhenti apabila lampu isyarat bertukar kuning, sentiasa peka dengan kemunculan pejalan-pejalan kaki di tempat-tempat tertentu, memakai tali keledar sepanjang masa tidak kira sejauh manapun jarak perjalanan anda, tidak mengikuti terlalu rapat kenderaan di hadapan terutamanya kenderaan berat, tidak memandu dalam keadan-keadaan cuaca yang bahaya (sila tangguhkan perjalanan demi keselamatan anda), tidak menggunakan kenderaan yang sudah bermasalah mekanikal, bersabar dan menghormati pengguna-pengguna jalanraya yang lain. 
Kebolehan dan kepekaan anda membaca tindakan pengguna-pengguna jalanraya yang lain mampu mengelakkan kecelekaan!


Naib Presiden PKR sahkan surat kedua Anwar, Azizah tak tahu

Posted: 15 Jun 2016 04:35 PM PDT

MALAYSIAKINI


Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan menerima surat daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepadanya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Betul," jawapnya kepada mesej teks Malaysiakini ketika disoal jika laporan mengenai surat itu adalah benar.

Walau bagaimanapun, Shamsul Iskandar yang juga adalah ahli parlimen Bukit Katil enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak tahu-menahu mengenai surat itu apabila ditanya.

"Saya minta maaf, saya perlu semak dengan Shamsul," katanya ketika ditemui di Sungai Besar hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata peguam suaminya atau Shamsul sendiri akan lebih tahu jika surat itu wujud.

The Star semalam memetik sumber sebagai berkata Anwar menulis surat kedua dari penjara.

Kali ini surat itu ditujukan terus kepada Shamsul dengan menasihatinya untuk menggunakan kebijaksanaan dan batasan apabila berurusan dengan Mahathir.

Sebelum ini Anwar dalam surat pertamanya memberi amaran kepada semua pemimpin PKR supaya berhati-hati ketika bekerjasama dengan Mahathir.

Ketua Umum PKR itu kesal bahawa beberapa pemimpin parti bersekongkol dengan Mahathir dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang adalah pembela setia kronisme.

Beliau memberi amaran bahawa kerjasama itu boleh menjejaskan perjuangan PKR.

Tiada ulasan: