Rabu, 1 Jun 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


KALAULAH BUDIMAN MENANG DI SUNGAI BESAR....

Posted: 01 Jun 2016 08:36 AM PDT

shahbudindotcom


Saya bukanlah penyokong Jamal Mohd Yunus, tetapi saya simpati apabila beliau tidak terpilih sebagai calon di Sungai Besar, lebih-lebih lagi yang dipilih ialah Budiman Mohd Adun yang sudah pun menjadi Adun Sungai Panjang.

Tidak terpilihnya Jamal seolah-olah kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian telah didiskriminasi dan dianiaya semata-mata kerana kekurangan tertentu serta imej dirinya selama ini.

Hakikatnya, Jamal adalah pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh ahli-ahli UMNO Sungai Besar sendiri untuk mengetuai bahagian tersebut, malah kemenangannya dicapai dengan keringat dan titik peluh. 

Maka, keutamaan untuk dipilih sebagai calon perlu berpihak kepadanya.

Jika tidak, apa gunanya diamalkan konsep parti menguasai kerajaan?

Kenapa apabila dalam soal calon untuk pilihanraya, beliau diketepikan sedangkan dalam sistem  UMNO selama ini memang memberi keutamaan kepada penjawat Ketua Bahagian untuk bertanding dalam pilihanraya?

Memang benar Jamal ada menyatakan beliau tidak berminat untuk bertanding, tetapi memang orang politik selalu bercakap begitu. Sudah banyak contoh perlakuan orang politik seperti itu.

Najib dulu pun ketika mula-mula wujudnya gerakan menjatuhkan Pak Lah, turut lambat menyatakan minatnya. Hanya setelah terdapatnya usaha untuk menonjolkan Tengku Razaleigh untuk digandingkan dengan Muhyidddin Yassin dan seseorang telah menyampaikan maklumat itu kepadanya, barulah Najib mula menonjolkan diri dan minatnya.

Begitu juga ketika pemilihan 1993, Anwar Ibrahim turut menyatakan tidak berminat untuk melawan Tun Ghafar Baba. Akhirnya dilawannya juga.

Sebelum dapat, memang orang politik selalu cakap tidak berminat, kalau diberi atau ketika peluang terbuka, tidak pernah pula mahu ditolak.

Orang seperti Jamal yang dianggap degil, keras kepala, suka buat kecoh dan terkenal dengan perhimpunan baju merah,  adalah watak yang perlu dalam mana-mana parti politik.

Ia adalah watak yang menambahkan ceria dan menjadikan parti itu sentiasa hidup dan disebut ramai. Kehadirannya dibenci, tapi diperlukan.

Dalam PKR, dulunya watak itu milik Tian Chua dan Golabakrisnan. Akhirnya kedua-duanya menjadi Ahli Parlimen Batu dan Padang Serai. Tian Chua kini sudah matang dalam gerak laku politiknya, walaupun Gobalakrishnan terbuang kerana pertelingkahan dalaman.

Dahulunya juga, dalam Pas, ada Mohamad Sabu manakala di dalam UMNO, antaranya ialah Ibrahim Ali yang punya watak seperti Jamal sekarang. Tetapi kini kedua-duanya sudah bertaraf presiden dengan mengetuai Amanah dan Perkasa.

Begitu juga dengan Jamal, dengan peredaran masa dan jika diberi peluang bertanding dalam pilihanraya, lebih-lebih lagi jika sudah bergelar YB nantinya, kematangan akan datang sendiri dalam dirinya.

Tetapi dengan awal-awal lagi UMNO sudah mengenepikannya, kelibat Jamal mungkin akan berkubur lebih awal.

Sekiranya Budiman menang dalam pilihanraya kecil 18 Jun depan, beliau bukan saja menjadi YB Berganda, malah kebarangkaliannya ialah namanya akan terus menonjol dan menjadi sebutan serta menenggelamkan Jamal.

Najib yang sedang berhempas pulas untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tentu saja akan mengekalkan lagi Budiman untuk bertanding di kerusi Sungai Besar dalam PRU 14 akan datang,  manakala Jamal mungkin akan diberi peluang bertanding di DUN Sungai Panjang.

Katalah kedua-duanya menang bertanding dalam bergelar wakil rakyat, ketika itu hampir pasti Budiman akan menentang Jamal untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar kerana taraf dan status sebagai  Ahli Parlimen lebih tinggi berbanding Adun.

Oleh kerana taraf dan status yang lebih tinggi itu, peluang Budiman menewaskan Jamal juga turut tinggi.

Akhirnya Jamal hanya akan menjadi Adun biasa dalam kerajaan Pakatan Harapan yang biasanya akan tenggelam dan tidak berperanan, sama seperti watak Adun-Adun UMNO Selangor yang ada sekarang.

Jamal mungkin ada kekurangannya yang tertentu, tetapi jika beliau dikuburkan lebih awal, watak pengganti sepertinya tiada lagi dalam UMNO. UMNO akan terus sepi dan hilang keceriaannya.

Oleh itu, Sungai Besar tidak seharusnya menjadi permulaan kepada kegelapan  UMNO itu.


Tindakan calon BN melobi diri, jadi isu panas

Posted: 01 Jun 2016 08:24 AM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
Datin Mastura Mohd YazidDatin Mastura Mohd YazidTindakan calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid membuat lobi besar-besaran untuk membolehkan beliau menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) telah menjadi isu panas di kalangan pemimpin dan ahli Umno.

Selain bercakap di kedai-kedai kopi dan lobi hotel mewah, mereka juga menulis dalam laman sosial dan dibahaskan dengan hangat oleh rakan-rakan mereka.

Antara yang menulis dalam facebook adalah bloggger Datuk Zaharin Mohd Yassin dan yang menulis tentang tindakan melobi beliau.

Beliau menulis bahawa seorang pemimpin Umno Kuala Kangsar, Syed Rosli Jamalullail mengistiharkan akan menjadi calon bebas dalam PRK itu kerana marahkan pimpinan Umno yang tidak memilih anak tempatan untuk bertanding di situ.

"Kelmarin aku ada bertanya dengan Syed Rosli Jamalullail.. kenapa marah sangat Pak Tuan (sapaan aku kepadanya) pasal Datin Mastura Yazid dengan kata-kata kesat yang menunjukan marah.

"Saya sangat marah kerana dia ini jumpa PM minta jadi calon di Kuala Kangsar... aku terkedu dan tidak bercakap apa lagi," tulis Zaharin dalam facebooknya.

Syed Rosli dalam tulisan di facebooknya menulis, borang penamaan calon untuk PRK Kuala Kangsar sudah berada di tangan beliau.

"Tunggu 05/06/2016 nanti. Orang Kualer untuk orang Kualer!" tulis beliau.

Selain Zaharin dan Syed Rosli, turut merungut soal lobi yang dibuat oleh Mastura adalah seorang menteri Umno.

Menurut seorang ahli parlimen Pas, menteri yang mempunyai kerusi parlimen di Perak itu tidak hadir ke majlis pengisytiharan Mastura sebagai calon kerana membantah pemilihan beliau oleh Umno.

"Dia beritahu saya, Mastura telah melobi Menteri Besar Perak agar memilih beliau sebagai calon padahal ada calon lain yang lebih baik," kata ahli parlimen Pas itu kepada Malaysia Dateline.

Calon BN di Kuala Kangsar, Mastura tidak boleh keluar berkempen kerana masih dalam edahnya selepas baru kematian suami, kata ulama Umno yang juga Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari bin Mat Jahya.

Oleh itu beliau mencadangkan agar anak beliau menjadi pengganti untuk berkempen sepanjang tempoh pilihan raya ini.

"Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan agama iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah untuk  berkempen," katanya.
Bagi beliau, kehendak agama wajib didahulukan dari kehendak manusia.

"Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yang telah diputuskan dalam agama kami," kata Fathul Bari dalam satu kenyataannya.

Azhar calon Pakatan Harapan di PRK Sungai Besar

Posted: 01 Jun 2016 08:23 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
Azhar Ab Syukur (dua dari kiri)  calon Pakatan Harapan  yang akan bertanding  di PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.Azhar Ab Syukur (dua dari kiri) calon Pakatan Harapan yang akan bertanding di PRK Sungai Besar pada 18 Jun ini.


Pakatan Harapan meletakkan Ketua Amanah Sungai Besar Ustaz Azhar Ab Syukur sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar untuk menentang dua calon lain dari BN dan Pas pada 18 Jun ini.

Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah,
Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.

Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.

Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.

Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.

Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.

Esok Pakatan Harapan akan melakukan pengistiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.

Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.


Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengistiharan calon diadakan malam tadi.Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan ketika pengistiharan calon diadakan malam tadi.

KTM bawa Syed Hamid Albar langgar lembu melintas

Posted: 01 Jun 2016 08:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JERANTUT: Kereta api yang membawa Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, Kelantan hari ini tergendala seketika apabila merempuh seekor anak lembu yang melintas landasan secara tiba-tiba.
 
Kejadian berlaku pukul 2.30 petang di laluan Kuala Krau-Jerantut ketika Syed Hamid dan rombongan kira-kira 90 orang dalam perjalanan untuk meninjau landasan Gua Musang-Kemubu yang musnah akibat banjir pada Disember 2014.
 
Difahamkan, anak lembu itu melintas landasan ketika kereta api sedang bergerak laju, tetapi disebabkan faktor keselamatan, brek kecemasan tidak boleh dilakukan secara mengejut bagi tujuan keselamatan penumpang.
 
Rempuhan itu menyebabkan anak lembu berkenaan terperosok di bawah kereta api dan usaha mengeluarkannya oleh lima petugas SPAD dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengikuti rombongan itu mengambil masa kira-kira 15 minit.
 
Lawatan kerja Pengerusi SPAD itu yang turut disertai pengamal media itu adalah selama dua hari sehingga esok.
 
 

Dewan muslimat PAS lulus usul kaji semula tahaluf siyasi dengan PKR

Posted: 01 Jun 2016 08:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
 
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
 
Usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.
 
"Bermula dengan Langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati manakala kesucian pakatan pembangkang dicemari perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS sendiri.
 
"Walaupun masih ada pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS, namun rentetan daripada isu sebelumnya, PKR dilihat lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang dengan PAS," tegasnya dipetik Berita Harian.
 
 

Gelandangan dakwa diangkut DBKL, ditinggal jauh dari KL

Posted: 01 Jun 2016 08:09 AM PDT

 
 
Sekumpulan gelandangan berkata mereka diangkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan ditinggalkan di beberapa lokasi di luar bandaraya itu.

Mereka mendakwa ditinggalkan di beberapa tempat seperti di Rawang dan Lebuhraya Karak pada 22 Mei lalu.

Salah seorang daripada mereka, Mala memberitahu Malaysiakini bahawa mereka diangkut oleh DBKL pada lewat malam.

Katanya, dia bangun dari tidur dan disumbat masuk ke sebuah lori di mana kemudiannya ditinggalkan di Lebuh Raya Karak.

Mala berkata dia mengambil masa sepanjang malam untuk berjalan kembali ke Kuala Lumpur dalam keadaan gelap dan hanya tiba di bandaraya itu pada awal pagi.

Sementara itu, Eddy berkata, dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam lori yang lain, yang dipenuhi gelandangan.

"Kira-kira 30 orang berada di dalam lori itu. Ia sangat sesak," katanya.

Empat daripada mereka, termasuk dirinya diturunkan di Rawang sebelum lori berkenaan meninggalkannya dan gelandangan yang lain.

Dia tidak tahu di mana lori itu pergi selepas dia ditinggalkan, dan mengapa mereka berbuat demikian.
"Mereka (DBKL) tidak memberitahu kita apa-apa, mereka hanya kumpulkan kita dan letakkan kita dalam lori terbabit," katanya.

Eddy berkata dia dan tiga yang lain mengambil masa kira-kira empat jam untuk berjalan kembali ke bandaraya itu dari Rawang.

Datuk Bandar tidak tahu

Anggota exco Pertubuhan Pembangunan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (Seed) Lalita Abdullah pertama kali menceritakan kejadian itu melalui catatan di Facebook.

"Pada 22 Mei, selepas berpeluang menonton konsert mengumpul dana anjuran Seed, beberapa ahli-ahli komuniti tempat tinggal kami ditahan dalam satu serbuan besar-besaran oleh DBKL di KL.

"Mereka dikumpulkan di atas sebuah lori dan dihalau keluar dari bandar. Mereka kemudian diminta untuk turun di Rawang dan beberapa tempat di lebuh raya Karak," katanya dalam catatan di Facebook.

Seorang wakil Seed kemudian menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa serbuan itu tiada apa-apa kaitan dengan konsert itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang ditahan adalah pelanggan Seed.

"Ia adalah satu pusingan gelandangan di Masjid Jamek dan tempat-tempat seperti itu. Mereka diangkut dan ditinggalkan di luar bandar.

"Saya rasa mereka (DBKL) tidak jangka mereka akan berjalan balik," katanya.

Bagaimanapun, ketika dihubungi, Datuk Bandar KL, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata beliau tidak mengetahui kejadian ini. Sebelum ini, beliau melancarkan tempat perlindungan bagi gelandangan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur dan menggesa lebih banyak NGO menggunakannya.


DAP 'beri arak', AMANAH pun tertubuh - Nik Abduh

Posted: 01 Jun 2016 08:07 AM PDT

N Faizal Ghazali 


LIHAT VIDEO DI SINI




Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa DAP 'memberi arak' kepada sesetengah bekas ahli PAS sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (AMANAH).

‎Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, DAP sebenarnya sombong sehingga mereka tidak sedar kesombongan sendiri.

Sebaliknya, katanya, parti itu pula menuduh beliau bersikap sedemikian.

"Saya nak beritahu DAP yang sombong sehingga dia tak tahu dia sombong, sehingga dia kata saya pula sombong.

"DAP sombong, pertama saya nak tanya dalam c‎erita kita bersama dulu siapa yang mula serang terhadap presiden PAS? DAP.

"Siapa yang memecahkan PAS sampai sesetengah ahli PAS mabuk pindah jadi AMANAH? DAP yang bagi arak sehingga mereka tubuhkan AMANAH. Itu tanda DAP angkuh‎‎," katanya pada sidang media sempena Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Semalam‎ beberapa cemuhan dilemparkan terhadap Nik Abduh yang dilabel sebagai angkuh susulan cadangan agar PAS mengkaji semula kerusi yang 'dipinjamkan' kepada bekas rakan sekutunya sebelum ini.

Kerusi pinjam hanya 'kiasan'

Sementara itu, diminta mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang mempersoalkan kerusi mana yang dipinjamkan PAS kepada parti itu, Nik Abduh berkata beliau hanya menggunakan 'bahasa kiasan'.

"Mana ada kerusi pinjam dalam pilihan raya, semua kerusi adalah hak parti masing-masing. Saya guna itu bahasa kiasan.

"YB Loke ini saya salut sebab bahasa Malaysia dia baik, tapi kena belajar bahasa kiasan. Pendeta Za'ba kata 'bungaan bahasa'.

"Maksud saya kerusi yang pernah PAS bertanding, mana-mana kerusi yang pernah ditandingi bermakna kita telah bina kekuatan di situ," katanya.

Nik Abduh semalam mengemukakan cadangan supaya PAS menandingi kerusi yang 'dipinjamkan' kepada DAP dan PKR ketika masih dalam Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, sama ada menang atau kalah yang penting PAS pernah bertanding dengan DAP melibatkan tiga penjuru.

"Bila kita tak bertanding kita bagi laluan kepada DAP atau PKR. Sekarang kita mula fikir untuk ambil kekuatan yang kita bina itu.

"Tapi saya tak kata semua nak ambil balik, masih proses perbincangan, kita minta PAS Pusat melihat supaya kerusi-kerusi yang kita nak bertanding dilihat melalui kekuatan jentera yang ada di setiap kawasan," katanya.


Ulama PAS perlu henti maki hamun musuh politik

Posted: 01 Jun 2016 08:01 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
PASIR PUTEH: Ulama PAS disarankan berhenti menyerang dan memaki hamun musuh politik, termasuk Umno-Barisan Nasional (BN) selaras pendekatan budaya dan politik matang yang diperkenalkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, golongan ulama PAS sepatutnya menunjukkan akhlak terpuji dengan menggunakan pendekatan Islam dalam siri ceramah politik.
 
"Seolah-olah perjuangan kita ini kecil apabila hanya serang Umno-BN. Kita alim ulama sepatutnya praktis (politik matang dan tidak melihat musuh politik hanya Umno dan BN semata-mata)
 
"Kenapa (ulama) tidak bercakap pasal agenda, matlamat, hala tuju, tawaran, gagasan PAS kepada rakyat untuk tunjukkan kecantikan Islam tanpa perlu menghabiskan 40-50% ceramah politik dengan memaki hamun pihak lain (musuh politik).
 
"Kemungkaran yang dilakukan pihak lawan perlu dibalas dengan fakta, bukannya dibalas dengan emosional dan tidak terkawal. Ini bukan budaya yang sepatutnya kita praktis," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS ke-55 di Tok Bali hari ini.
 
Nasrudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dalam pada itu berkata, pendekatan politik matang itu perlu diaplikasi sewaktu penamaan calon dan kempen sempena dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
 
"Bagaimana kita nak pastikan situasi penamaan calon menjadi situasi Islamik.. Nk jerit atau apa saja jangan sampai rosakkan akhlak.
 
"Kadang-kadang selawat semasa perarakan calon habis tenggelam dek jeritan entah dari mana.
 
"Kita tampil dengan tersendiri yang layaknya dari dewan ulama, bukan yang tak tahu ilmu. Dari situ orang akan nampak bagaimana kita pimpin masyarakat," ujarnya.
 
 

Tergamak Nik Abduh umpamakan kami dengan 'arak' dan 'mabuk' - Anuar Tahir

Posted: 01 Jun 2016 07:59 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir mempersoalkan bagaimana Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tergamak mengaitkan penubuhan parti itu dengan perumpamaan 'arak' dan 'mabuk'.
 
Nik Abduh hari ini mendakwa DAP terlalu angkuh apabila memberikan 'arak' dan 'memabukkan' segelintir ahli PAS sehingga mereka bertindak keluar parti dan menubuhkan PAN.
 
Selepas Muktamar PAS kali ke-61 (2015), sekumpulan pimpinan parti itu bertindak keluar parti dan menubuhkan PAN selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
"Alangkah buruknya tafsiran itu, tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Ketua Pemuda sebuah parti Islam dengan membawa perumpamaan 'mabuk','arak'.
 
"Kenapa sebuah parti Islam sekarang ini pemimpinnya daripada peringkat atasan sampai pimimpin pertengahan telah begitu biasa dengan perkataan yang kotor, cemar, berbaur maksiat dan dulu perkataan barua, babi, anjing dan istilah yang buruk ini keluar daripada mulut seorang daie Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini.
 
Nik Abduh dilaporkan berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menuduh beliau sebagai angkuh apabila meminta PAS Pusat mengkaji untuk mengambil semula semua kerusi yang 'dipinjamkan' kepada DAP dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
 
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengusul cadangan berkenaan selepas PAS tidak lagi menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP dan tidak menggotai pakatan pembangkang yang baru, Pakatan Harapan (PH).
 
"Siapakah yang memecahkan PAS sampai setengah ahli PAS mabuk, pindah jadi PAN? DAP yang beri arak kepada mereka sehingga mereka tubuhkan PAN. Itu tanda DAP angkuh," kata Nik Abduh pada sidang media Pemuda PAS di Kelantan Trade Centre, sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-57, petang tadi.
 
Mengulas lanjut, Anuar menyifatkan gaya pertuturan Nik Abduh tidak membayangkan dirinya sebagai agamawan sebaliknya pemimpin parti Islam yang penuh kebencian.
 
"Walaupun dengan bersemangat sekarang dengan berkeris dan bertanjak jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang begitu menuduh dengan mengaitkan parti politik lain, menunjukkan sikap kebencian, bermusuhan yang luar biasa.
 
"Sangat emosional tidak profesional bagi seorang Ketua Pemuda lepasan sebuah Univerisiti Islam luar negara yang ketika marah dan kesal dengan sesuatu sampai tergamak mengeluarkan perkataan-perkataan demikian," ujarnya.
 
 

Syed Rosli minta maaf maki Mastura p***mak

Posted: 01 Jun 2016 07:53 AM PDT


Anggota Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail memohon maaf kepada calon BN Kuala Kangsar Mastura Mohd Yazid kerana menggelarnya dengan perkataan kesat.

"Jika saya diberi peluang, saya ingin memohon maaf kepada beliau (Mastura).

"Hakikatnya perbuatan saya hanya melayani perasaan marah saya, tetapi marah saya berasas," katanya.

Syed Rosli berkata, beliau berbuat demikian kerana terlalu melayan marah apabila BN meletakkan Mastura sebagai calon dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar.

"Status itu dikeluarkan kerana saya amat kecewa. Saya mudah melatah dan amat marah, saya secara jujur saya keluarkan perkataan yang tidak elok kepada Datin Seri Mastura dan Umno BN.

"Saya hanya melayani perasaan marah saya," katanya yang sudah mengumumkan akan menjadi calon bebas dalam pilihan raya kecil itu, sekali gus berdepan risiko dipecat daripada Umno.

Semalam, Syed Rosli melalui status Facebooknya memaki Mastura dengan perkataan "pu**mak" dan mendakwa beliau gila kuasa kerana menjadi calon BN di parlimen itu.

Beliau mendakwa Mastura, isteri bekas wakil rakyat di situ, melobi jawatan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno.

Syed Rosli bagaimanapun kemudian memadam tulisan itu setelah sedar kesilapannya.

Beliau bagaimanapun tetap dengan pendirian BN tidak seharusnya meletakkan Mastura sebagai calon atas alasan tiada pengalaman selain bukan anak tempatan.

"Saya berpendapat Datin Mastura yang tidak mempunyai pengalaman di peringkat tertinggi atau bahagian, mahupun pengalaman memimpin.

"Beliau tidak mampu meneruskan legasi arwah suaminya," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Mastura berkaitan perkara itu.


PAS harap ahli AMANAH pulang padanya

Posted: 01 Jun 2016 07:50 AM PDT

PAS harap ahli AMANAH pulang padanya

N Faizal Ghazali        
 
 
Bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) hilang nikmat yang dirasai PAS sekarang, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

"Mereka langgar peraturan yang mereka sendiri ciptakan, yang mereka suruh kita dulu.

"Mereka tak rasa lagi nikmat istilah wala (setia pada pemimpin).

"Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah-istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu hari ini.

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berdoa dan berharap mereka yang menyertai AMANAH akan kembali merasai nikmat yang PAS rasai hari ini.

"Selepas setahun kita berbalah, ada masa lagi untuk mereka kembali kepada PAS.

"Kerana sejarah PAS sendiri penuh dengan orang kembali selepas pergi. Kita harap insya-Allah‎ sahabat-sahabat kita kembali menikmati apa yang sedang kita nikmati," katanya.

Sementara itu, mengulas perjalanan muktamar yang lancar tanpa isu-isu panas, beliau berkata, muktamar kali ini dipenuhi rasa syukur kepada Allah.

"Ini kerana perbahasan-perbahasan oleh perwakilan sekalian diselubungi dengan rasa syukur. Dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita selepas beberapa tahun kita panas.

"Tanda hati bersyukur adalah lidahnya tidak panas," katanya.

Pada masa sama beliau turut menjelaskan hubungan antara PAS dan BN dilihat semakin baik.

Katanya, itu adalah langkah BN yang mengubah ‎strategi politik mereka termasuk perjumpaan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

"BN ubah strategi mereka kepada strategi aman. Sej‎arah PAS tak pernah aman di Malaysia, sentiasa diugut. Ada ahli (sampai) diugut tembak mati.

"Tok Guru berjumpa Najib beberapa kali di istana dan luar istana untuk bincang baiki hubungan dengan Kelantan dan hubungan antara umat Islam.

"Alhamdulillah ‎kerajaan pimpinan menteri besar baru, Datuk Ahmad Yaakob keadaan itu berlaku," katanya.


Bernama nafi keluar berita istana, MB Terengganu

Posted: 01 Jun 2016 07:43 AM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif Abd Rahman


KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menafikan ada mengeluarkan berita membabitkan istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang disebarkan menerusi aplikasi WhatApps hari ini.   

Ketua Biro Bernama Terengganu, Zalina Maizan Ngah berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab menulis berita palsu bertajuk 'Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu'.  

"Kali ini penulis ini bukan sahaja menjadikan sebagai sumber malah meletakkan nama saya sebagai individu yang menulis. Lebih teruk, ada kenyataan dikatakan daripada pihak istana yang mengaitkan Sultan Mizan Zainal Abidin.  

"Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengesan individu ini secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.  

Menurut Zalina Maizan, beliau terkejut ketika dimaklumkan mengenai penyebaran berita palsu tersebut kerana beliau kini berada di Kota Baharu, Kelantan untuk membuat liputan sidang Muktamar Dewan Muslimat Pas.

 Katanya setelah meneliti berita tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak atasan Bernama dan kemudiannya membuat laporan kepada SKMM selain akan membuat laporan polis selepas ini.  

"Disebabkan itu saya membuat penafian ini bagi menjernihkan keadaan dan menjaga nama baik Bernama yang sentiasa mematuhi etika kewartawanan," katanya.  

Pada 11 Mac lalu, Zalina Maizan membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri Umno Terengganu' dan pada 20 April lalu, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel 'Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'.  

Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk 'Umno Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran', pada 16 Mei mengenai berita bertajuk 'Najib Tangguh Lawatan Rasmi ke Terengganu' dan "SKMM Tahan Empat Individu Kes Sebar Berita Palsu.' - Bernama

Pendedahan Finma: PM kena bertanggungjawab

Posted: 01 Jun 2016 07:39 AM PDT

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota kabinet perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung dakwaan skandal penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan oleh Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma).

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Finma sebelum ini telah mengesahkan bahawa terdapat kegiatan penggubahan wang haram dalam urus niaga BSI Bank di Singapura yang melibatkan 1MDB.

"FINMA yang menjalankan prosiding penguatkuasaan ke atas pegawai-pegawai BSI Bank di Singapura mendapati kegiatan penggubahan wang haram ini melibatkan urus niaga berjumlah ratusan juta dollar Amerika Syarikat dalam 100 akaun di bank berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa siasatan Finma mendapati dalam tempoh antara 2011 hingga April 2015, pihak bank telah gagal mengenal pasti urus niaga dalam skala besar yang berisiko tinggi mahupun menjelaskan sumber aset-aset yang diurusniagakan.

Beliau berkata, kesemua urus niaga tersebut adalah berkaitan dengan perniagaan melibatkan individu-individu terdedah secara politik (politically exposed persons) yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Kesemua fakta ini menunjukkan telah berlaku aktiviti penggubahan wang haram dalam skala besar yang melibatkan wang berjumlah ratusan juta dolar dalam urus niaga yang dikaitkan dengan 1MDB.

"Peguam Negara Switzerland, Micheal Lueber, sebelum ini telah mendedahkan bahawa sejumlah AS$4 billion dollar (RM16.3 billion) wang 1MDB dikhuatiri telah dilesapkan (misappropriated)," katanya.

Tambah Muhyiddin, Najib seharusnya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala penyelewengan yang berlaku dalam syarikat 1MDB kerana beliau selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB terlibat secara langsung dalam membuat keputusan-keputusan transaksi syarikat.

"Kerana penyelewengan inilah 1MDB menanggung liabiliti berjumlah RM53 bilion pada masa ini yang sekiranya tidak dapat dibayar oleh syarikat, maka akhirnya kesemua tanggungan ini terpaksa dibayar oleh kerajaan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada rakyat.


Rakyat Malaysia diramal dapat lihat planet Zuhal Jumaat ini

Posted: 01 Jun 2016 02:49 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Orang ramai di negara ini berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia selepas matahari terbenam, pada Jumaat ini. 
 
Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Observatori Negara Langkawi, Farahana Kamarudin, berkata istiqbal adalah posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi. 
 
"Fenomena istiqbal ini akan memberikan posisi yang terbaik untuk penyelidik dan peminat astronomi untuk mencerap objek itu kerana ia berada pada tahap kecerahan paling cerah yang memudahkan aktiviti pencerapan dan rakaman imej.
 
"Apabila dilihat menerusi mata kasar, ia akan kelihatan seperti bintang yang cerah," katanya. 
 
Katanya, planet itu akan berada di sebelah timur dengan buruj Scorpio. Farahana berkata, fenomena istiqbal serta pencerapan boleh dilakukan di kawasan lapang yang tidak terlindung dengan awan serta kurang pencemaran cahaya.
 
"Bahkan, jika menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan perisian Google Sky atau StarMap untuk membantu menjejak planet itu," katanya lagi.
 
Planet Zuhal mengambil masa selama 29.5 tahun (10,759 hari) untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari. 
 
Planet Zuhal akan berada pada posisi istiqbal ini setiap 378 hari dan jangkaan seterusnya akan berlaku pada 15 Jun 2017. Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal adalah pada 23 Mei 2015.

Semua ahli Parlimen Islam patut sokong usul tingkatkan kuasa Mahkamah Syariah

Posted: 01 Jun 2016 02:46 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
PASIR PUTEH: Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) meminta agar Ahli Parlimen beragama Islam menyokong pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta 355 yang dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat, Oktober depan. 
 
Ketua DUPP, Datuk Mahfodz Mohamed itu berkata, tidak ada sebab mengapa Ahli Parlimen berkenaan menolak usul yang hanya mahu mempertingkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan bukan bersabit pelaksanaan hudud.
 
"Kita minta semua wakil rakyat terutama Islam dan bukan Islam, dan kita harap-harap dapat sokongan majoriti mudah.
 
"Kalau takut sangat dengan hudud, kita tak bentangkan hudud, kita hanya meningkatkan martabat mahkamah (syariah). Jadi tidak ada sebab mengapa orang Islam tak sokong sebab ia (bidang kuasa Mahkamah Syariah) ada sebelum merdeka. 
 
"Kalau dulu contohnya, semua hukuman dalam Mahkamah Syariah hanya RM500, kemudian naik kepada RM1,000 kemudian RM3,000. Jadi semua akta menghadapi perubahan, ada sesetengahnya memakan masa yang lama, ini lebih dari sepuluh tahun. Tapi akta yang lain kadang dua atau tiga bulan (saja pinda) jika tak sesuai. Kita harap kepada ahli Parlimen kerana kita dah terangkan kepada orang ramai mengenai pindaan itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan DUPP kali ke-55 di sini, malam tadi.
 
Tambahnya, kekaburan berhubung akta itu menyebabkan ramai berpandangan ia adalah berkaitan hudud, sedangkan hukum jenayah syariah itu memerlukan sokongan dua pertiga dewan sebelum diluluskan.
 
"Kalau pun dinaikkan nanti dari segi hukuman itu, maknanya akan setara dengan mahkamah sesyen. Jadi tak ada melibatkan apa-apa. Sebab itu kita buat usul.. kalau kelulusannya hanya perlu majoriti mudah, bukan dua pertiga. Jika mahu laksana hudud barulah dua pertiga (sokongan)," ujarnya.
 
Khamis lalu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU Persendirian bagi meminda Akta 355, yang mana menyaksikan ia mendapat bantahan daripada parti politik lain khususnya MCA, MIC dan Gerakan.
 
Malah kepimpinan parti-parti berkenaan mengugut untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya kerajaan meluluskan enakmen berkenaan di Dewan Rakyat.
 
RUU berkenaan bagaimanapun ditangguhkan oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia setelah Hadi meminta agar semua Ahli Parlimen diberi masa untuk meneliti isi kandungannya sebelum ia dibahaskan sidang akan datang.
 
 

Perwakilan PAS Selangor dakwa Dr Rani 'mesra' PAN?

Posted: 01 Jun 2016 02:45 AM PDT

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
Post Pic
 
 
PASIR PUTEH: Perwakilan Selangor, Nik Bakri Nikmat menggesa Dewan Ulama PAS agar campur tangan dalam soal pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, 18 Jun nanti.
 
Tidak menyatakan sebab secara jelas, tetapi Nik Bakri seolah menyifatkan Abdul Rani yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai 'mesra' Parti Amanah Negara (PAN).
 
Ujarnya, pemilihan Abdul Rani sebagai calon dibimbangi akan menjadi pertandingan di antara 'harum manis lawan harum manis'.
 
Istilah 'harum manis' merujuk kepada parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin profesional parti Islam itu selepas kalah pada pemilihan tahun lalu.
 
"Selangor rasa kalau boleh Dewan Ulama ambil ketegasan berkaitan dengan calon.. Mungkin Selangor ada terasa mungkin ada lagi unsur-unsur pemilihan calon yang guna kaedah pencuri lawan pencuri. Atau harum manis lawan harum manis.
 
"Sepatutnya kita patut jelas bahawa pimpinan kita sama ada ulama atau profesional. Kita terima dan terbuka profesional jadi pimpinan di Selangor. Tapi kita nak profesional yang tulen bukan cetak rompak dalam PAS," katanya ketika sesi perbahasan Ucap Utama Dewan Ulama, di sini hari ini.
 
Abdul Rani yang juga ADUN Meru diumumkan sebagai calon PAS pada PRK Sungai Besar 18 Jun ini.
 
Pengisytiharaan beliau itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markaz Pas, Simpang Lima, Sungai Besar 27 Mei lalu.
 
Abdul Rani akan bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi yang juga ADUN Sungai Panjang.
 
Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan akan mengumumkan calon mereka bagi kerusi itu malam ini.
 
Desas desus sebelum ini menyebut Presiden PAN, Mohamad Sabu akan diletakkan sebagai calon mewakili pakatan berkenaan

PERDANA MENTERI YANG SUKA MENYAKITKAN HATI....

Posted: 01 Jun 2016 02:35 AM PDT

shahnudindotcom


Berkatalah Najib Razak kononnya perlaksanaan cukai GST sudah mula diterima baik oleh rakyat kerana menyedari ia adalah penyelamat ekonomi negara.

Hello Pahlawan Bugis...bila pulak rakyat menerima GST dengan baik?
 
 
 
 
Bukankah seluruh rakyat, tidak kira kaya miskin, orang tua atau budak tadika,  sebenarnya dipaksa membayar GST?

Cuba rakyat diberi pilihan antara bayar GST dengan tidak bayar GST, tengok apa pilihan majoriti mereka?

Jika selepas diberi pilihan dan majoriti memilih GST, barulah boleh dikata rakyat menerimanya dengan baik.

Bila pula rakyat setuju GST sebagai penyelamat ekonomi negara?

Kerja pemimpin atau kerja rakyat untuk menyelamatkan ekonomi negara?

Mentang-mentang dalam akaun peribadi pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta, suka-suka hati pula mengeluarkan kenyataan yang membuatkan rakyat sakit hati!
 
 
 
 
Dalam masa yang sama, jika benar rakyat sudah menerima dengan baik cukai GST, bukankah para peniaga online sendiri dengan rela hati akan mendaftarkan perniagaan mereka?

Kenapa perlu Jabatan Kastam menggesa secara terbuka peniaga online mendaftarkan perniagaan mereka?

Tidakkah ini seolah-olah memaksa? 
 
 
 

Mahfodz: Rani dipilih Majlis Syura, pastikan menang

Posted: 01 Jun 2016 02:25 AM PDT

 
 
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed hari ini menjelaskan, pemilihan calon bagi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar dibuat mengikut prosedur dan diluluskan oleh majlis syura parti itu.

Katanya, proses pemilihan calon itu bermula daripada cadangan diberikan PAS kawasan sebelum dibawa ke peringkat negeri dan Pusat.

Sehubungan itu, kata Mahfodz, isu sensitif seperti itu sepatutnya tidak dibawa ke dalam perbahasan muktamar dewan ulama.

"Tak kira siapa (calonnya), ia sudah diputus jawatankuasa harian, maka wajiblah kita wala' dan menghormati arahan supaya calon dapat mencapai kemenangan.

"Pada kali ini, bakal calon telah diputuskan majlis syura dan mengesahkan mereka (calon terbabit) sebenarnya layak bertanding," katanya dalam ucapan pergulungan sempena Muktamar Dewan Ulama ke-55 di Pasir Puteh, Kelantan.

Mahfodz memberi penjelasan itu ekoran isu ditimbulkan perwakilan dari Selangor Nik Bakri Nik Mat yang mempersoalkan pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon mewakili PAS pada pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar.

Malah, Nik Bakri Nik Mat turut berpendapat, pertandingan antara calon PAS yang akan bertembung calon Parti Amanah Negara (AMANAH) di Sungai Besar itu sebagai perlawanan "harum manis lawan harum manis".

Istilah "harum manis" merujuk kepada individu dalam PAS yang bersimpati atau cenderung kepada AMANAH kerana sifat buah itu yang berkulit hijau namun oren di dalam.

Abdul Rani yang juga ADUN Meru pernah berkhidmat sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dan dilihat tidak mengkritik parti pembangkang lain.

Kata Mahfodz semua anggota dewan ulama perlu memastikan calon PAS mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil Sungai Besai dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

"Kita sebagai ulama, maka sama-sama kita bekerja keras bagi memastikan calon PAS di kedua-dua parlimen itu akan capai kemenangan, insya-Allah," katanya lagi.

TMJ: Suruh PM keluarkan Johor dari M’sia jika...

Posted: 01 Jun 2016 02:22 AM PDT

MALAYSIAKINI


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak pernah terbeban untuk meluahkan isi hatinya, dan terbaru, melontarkan pesanan kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.

"....Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia," menurut pesanan itu.

Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.

Setiap ayat dimukan dengan perkataan "Jangan salahkan Negeri Johor".

"...Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

"....Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka.

"Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu."

Catatan tersebut turut menegaskan Johor telah wujud semenjak 1885, jauh sebelum tahun 1957, ketika Malaya mencapai kemerdekaannya.

Di samping itu, ia juga menyatakan rakyat Johor tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mempunyai tengku mahkota yang dekat di hati dan membezakan antara pemimpin di negara itu dengan yang lain.

"Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami.

"Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami.

"Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.

"Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.

"Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan."

Rafizi mahu 'korek' skandal 1MDB menerusi kes saman LTAT

Posted: 01 Jun 2016 01:41 AM PDT

MALAYSIAKINI


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau merancang untuk memanggil bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin untuk memberi keterangan dalam saman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ke atasnya.

LTAT telah menyaman ahli parlimen Pandan itu atas dakwaan menfitnahnya ekoran pendedahan pesara tentera tidak mendapat ganti rugi persaraan pada masa yang tepat.

"Perbicaraan ini memberi peluang kepada saya untuk memanggil para saksi yang terlepas penelitian awam walaupun terlibat dengan 1MDB, yakni Lodin.

"Sebagai ketua eksekutif LTAT, beliau tidak mampu lari dari memberi keterangan dalam perbicaraan ini.

"Kes ini akan memberi ruang kepada saya untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan dokumen berhubung isu-isu kewangan membabitkan LTAT dan 1MDB," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga berdepan dakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen kerahsiaan.

Pada awal bulan April, Rafizi ditahan reman selama tiga hari, berhubung dengan pendedahan dokumen sulit yang didakwa mengaitkan 1MDB dengan LTAT.

Polis menahan Rafizi sebaik sahaja beliau keluar dari pintu pagar bangunan Parlimen dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau sedang berkira-kira untuk menyaman LTAT kerana dakwaan mempunyai niat jahat dan melakukan pendedahan tidak benar.

"Namun maklumat daripada laporan ketua audit negara dan fakta-fakta lain, belum disangkal lagi," jelasnya.


'Sepatutnya cadang nama lain bukan Mastura'

Posted: 01 Jun 2016 01:34 AM PDT

Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Pengerusi Himpunan Ustaz dan Pendakwah atau Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman


SHAH ALAM - BN seharusnya mencadangkan nama lain dan bukannya Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, dalam konteks calon BN, parti itu sepatutnya mencadangkan nama lain, agar memudahkan Mastura, seorang balu menjalankan kewajipannya menuruti ajaran Islam.

Katanya, berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 234, waktu edah bagi seorang wanita adalah empat bulan 10 hari.

"Menurut hadis sahih, wanita yang dalam tempoh edah tidak boleh, keluar rumah kecuali hajat seperti untuk mendapatkan rawatan, bekerja (sumber rezeki diri dan anak-anak) dengan syarat wang simpanan tidak mencukupi.

"Dalam tempoh edah ini juga, wanita tersebut tidak boleh keluar rumah melainkan dalam keadaan ketakutan dan keseorangan di rumah. Beliau juga tidak boleh memakai pakaian yang terang warnanya, bersolek dan berhias," katanya.

Mengulas mengenai berkempen melalui aplikasi Skype atau video, Zaharuddin berkata, ia mungkin boleh tepati hukum larangan keluar rumah, tetapi tetap boleh melanggar larangan mendedahkan diri tanpa keperluan kerana masih ada orang lain yang boleh menjadi calon.


Syed Rosli: 'Saya tidak takut dipecat'

Posted: 01 Jun 2016 01:29 AM PDT

Syed Rosli Syed Harman Jamalullail


SHAH ALAM - Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka,  Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sanggup berdepan risiko dipecat daripada parti selepas mengumumkan bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar, semalam.

Syed Rosli juga sedia maklum dengan risiko yang bakal dihadapi, kerana perlembagaan parti jelas menyebut, mana-mana ahli Umno yang bertanding dalam pilihan raya atas tiket bebas akan dipecat atau dilucutkan jawatannya.

"Risiko kehilangan keahlian dan jawatan saya adalah pengorbanan kecil kepada perjuangan yang akan saya lakukan demi rakyat di Parlimen Kuala Kangsar.

"Saya tidak takut dipecat. Sebelum keputusan dibuat (dua hari lalu) untuk bertanding, saya sudah fikir apa kesannya. Sudah tentu saya harus reda dengan sebarang tindakan daripada parti," katanya.

Menurut Syed Rosli, keputusan dibuat bukan untuk mencari kemenangan, tetapi sebagai mesej kepada kepimpinan parti supaya tidak membuat keputusan atau memilih calon yang tidak sesuai.

Katanya, calon BN iaitu Datin Mastura Mohd Yazid masih dalam tempoh edah dan tidak boleh keluar berkempen. Beliau juga bukan anak tempatan.

"Adakah Umno (seakan) terdesak, tidak mempunyai calon yang layak di Kuala Kangsar untuk diketengahkan sebagai wakil rakyat.

"Saya menentang keputusan ini dan kecewa dengan tindakan kepimpinan parti. Atas sebab itu saya mengambil langkah dan keputusan drastik, bertanding sebagai calon bebas," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN:  Syed Rosli sahkan tanding PRK sebagai calon bebas]

Bagi Syed Rosli, adalah satu bentuk penghinaan apabila calon bukan dari kalangan anak tempatan dipilih seolah-olah tiada yang berkelayakan tinggi untuk dicalonkan.

"Saya yakin, jika tiada masalah dan secara sah menjadi calon, ia akan memberi impak kepada undi-undi Umno khususnya," katanya.

Katanya, sekiranya berlaku pertandingan empat penjuru antara BN, Pas dan berkemungkinan calon dari Pakatan Harapan, Umno akan mengalami kerugian dan mungkin tewas PRK Kuala Kangsar.

"Kemungkinan akan berlaku undi protes. Rakyat mungkin tidak akan mengundi Pas mahupun calon dari Pakatan Harapan.

"Jadi sebagai calon bebas, dan bekas ahli Umno (yang akan dipecat) pengundi tahu jiwa saya.
Insya-ALLAH separuh daripada undi protes akan memihak saya dan Umno akan kalah," katanya.


Petualang terus nikmati hasil diperoleh cara haram

Posted: 01 Jun 2016 01:22 AM PDT

 
 
Perdana menteri dan seluruh anggota kabinet mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal penyelewengan 1MDB yang yang satu demi satu didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa.

Terbaharu, Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) mengesahkan berlakunya kegiatan pengubahan wang haram dalam urus niaga BSI Bank di Singapura yang melibatkan 1MDB.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Mei 2016, FINMA yang menjalankan prosiding penguatkuasaan ke atas pegawai-pegawai BSI Bank di Singapura mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini melibatkan urus niaga berjumlah ratusan juta dolar Amerika Syarikat dalam 100 akaun di bank berkenaan.

Siasatan FINMA mendapati dalam tempoh antara 2011 hingga April 2015, pihak bank telah gagal mengenal pasti urus niaga dalam skala besar yang berisiko tinggi mahupun menjelaskan sumber aset-aset yang diurus niaga.

Kesemua urus niaga ini adalah berkaitan dengan perniagaan yang melibatkan individu-individu yang terdedah secara politik (politically exposed persons) yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Beberapa fakta penting yang didedahkan oleh FINMA menunjukkan pihak bank bersubahat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang berlaku dalam skala besar. Antaranya:

(1) Pihak bank berpuas hati dengan penjelasan pelanggan, iaitu individu yang mempunyai hubungan dengan 1MDB, bahawa deposit berjumlah AS$20 juta dolar (RM81.6 juta) adalah 'hadiah'.

(2) Sejumlah AS$98 juta dolar (RM400 juta) dikreditkan dalam satu akaun tanpa dijelaskan latar belakang komersialnya.

(3) Dalam banyak kes, terdapat bukti urus niaga 'pass-through' yang membayangkan berlakunya kegiatan pengubahan wang haram.

Dalam satu kes, sejumlah AS$20 juta dolar (RM81.6 juta) dipindahkan ke dalam beberapa akaun di bank berkenaan pada hari yang sama sebelum dipindahkan ke dalam akaun di sebuah bank lain.
(4) Pihak bank menjalankan urus niaga lain yang melibatkan sejumlah wang yang serupa walaupun dalam sesetengah kes penjelasan dan dokumen kontrak yang diperoleh adalah bertentangan dengan tujuan akaun-akaun berkenaan dibuka.

Agak malang...

Kesemua fakta ini menunjukkan telah berlaku aktiviti pengubahan wang haram dalam skala besar yang melibatkan wang berjumlah ratusan juta dolar dalam urus niaga yang dikaitkan dengan 1MDB.

Peguam Negara Switzerland, Micheal Lueber, sebelum ini telah mendedahkan bahawa sejumlah AS$4 bilion dolar (RM16.3 bilion) wang 1MDB dikhuatiri telah dilesapkan (misappropriated).

Selain itu, berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, sejumlah AS$7 bilion dolar (RM28.6 bilion) tidak dapat dikesan, atau dalam erti kata lain telah lesap.

Adakah pendedahan FINMA mengenai aktiviti pengubahan wang haram di BSI Bank di Singapura adalah sebahagian daripada wang 1MDB yang dikatakan telah lesap itu?

Selain itu, Wall Street Journal telah mendedahkan sekeping surat daripada Bank Negara Malaysia kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Hassan Ariffin.

Surat ini mengesahkan bahawa syarikat Good Star Limited yang telah menerima bayaran sejumlah AS$1.03 bilion dolar (RM4.2 bilion) daripada 1MDB adalah milik Jho Low iaitu kenalan rapat anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat kerana membeli hartanah bernilai ratusan juta dolar di negara itu menggunakan sumber dana diragui.

Ini adalah bukti penyelewengan terbesar dalam skandal 1MDB. Bagaimana bayaran yang sepatutnya dibuat kepada syarikat usahasama 1MDB dan Petrosaudi telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah syarikat milik individu yang tiada kaitan dengan usahasama tersebut.

Lebih mencurigakan individu ini mempunyai kaitan rapat dengan keluarga perdana menteri dan diketahui menjadi orang perantara dalam urusan-urusan 1MDB yang melibatkan perdana menteri sendiri.

Saya menggesa supaya pihak berkuasa di Malaysia bersikap lebih telus dan serius dalam menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

Agak malang apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ke hari ini tidak diberikan kebenaran untuk mendapatkan Mutual Legal Assistance (MLA) bagi mengumpul bukti-bukti mengenai penyelewengan1MDB dan SRC International di luar negara.

Agak malang juga apabila peguam negara mendapati tiada apa-apa bukti salah laku yang membolehkan pihaknya mendakwa mana-mana individu yang terbabit dalam skandal 1MDB.

Keadaan terdesak

Sedangkan hasil siasatan FINMA ke atas BSI Bank menunjukkan terdapat bukti-bukti salah laku yang kukuh untuk mendakwa dan seterusnya mensabitkan pihak-pihak yang berkenaan dengan kesalahan jenayah.

Malah, pihak berkuasa Singapura juga telah mendakwa seorang pegawai bank BSI dan mengarahkan bank berkenaan ditutup kerana penglibatan dalam skandal kewangan yang membabitkan 1MDB.

Kegagalan Jabatan Peguam Negara menemui apa-apa bukti kesalahan jenayah dalam kes ini hanya akan menjejaskan kewibawaan institusi itu dan juga agensi-agensi lain yang terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.

Malah, lebih malang sebahagian besar anggota kabinet yang saya tahu mempunyai maklumat mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB, khususnya yang melibatkan perdana menteri, diam seribu bahasa.

Tiada seorang pun yang berani tampil menyatakan kebenaran, malah ada kalangan mereka yang lebih selesa bersekongkol mempertahankan kemungkaran.

Ini adalah episod paling hitam dalam sejarah kepimpinan negara kita.

Mereka yang memilih untuk mempertahankan kemungkaran dan melindungi kebatilan sebenarnya tidak layak untuk memimpin.

Dengan pendedahan hasil siasatan oleh FINMA dan pendakwaan kesalahan jenayah ke atas seorang pegawai BSI Bank oleh pihak berkuasa Singapura, adalah amat aneh lagi menghairankan jika pihak berkuasa di Malaysia masih gagal menemui sebarang bukti bagi mendakwa individu-individu yang terbabit dalam skandal rasuah 1MDB.

Saya mengulangi penegasan saya sebelum ini bahawa perdana menteri mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas segala penyelewengan yang berlaku dalam syarikat 1MDB kerana beliau selaku pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB terlibat secara langsung dalam membuat keputusan-keputusan transaksi syarikat.

Kerana penyelewengan inilah 1MDB menanggung liabiliti berjumlah RM53 bilion pada masa ini yang sekiranya tidak dapat dibayar oleh syarikat, maka akhirnya kesemua tanggungan ini terpaksa dibayar oleh kerajaan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada rakyat.

Akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban akibat penyelewengan yang dilakukan oleh perdana menteri.
Ini sesuatu yang amat tidak adil. Jika tiada sebarang tindakan diambil ke atas perdana menteri dan individu-individu lain yang terlibat di dalam skandal ini, maka rakyat tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, malah akan terus ditindas.

Dalam keadaan yang terdesak ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa banyak lagi kantung negara akan dikebas semata-mata untuk menutup lubang besar yang dibuat oleh 1MDB.

Sedangkan para petualang yang menyeleweng wang negara terus dibiarkan bebas menikmati hasil yang diperoleh secara haram.

*  TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN mantan timbalan perdana menteri.

Mufti: Haram makan jika ragu-ragu

Posted: 01 Jun 2016 01:00 AM PDT


Abdul Rahman Osman
Abdul Rahman Osman


"JIKA dalam hati ada perasaan ragu-ragu dan waswas sama ada kedai itu halal atau tidak, lebih baik jangan pergi," kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung kesahihan status halal sesuatu makanan.

Menurutnya, keraguan yang timbul dalam diri seseorang boleh membawa kepada hukum haram sekiranya hidangan itu dimakan.

Katanya, pengguna Islam perlu yakin tanpa ada keraguan walaupun sedikit dengan mengambil beberapa langkah dan tip termasuk memastikan kedai itu memiliki sijil halal.

"Biasanya kedai atau restoran akan pamer logo halal di pintu masuk. Jika masih ragu-ragu, semak kesahihan sijil dengan Jabatan Agama Islam negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Sekarang sudah mudah untuk dapatkan maklumat kerana kita boleh semak secara online melalui telefon bimbit tetapi ada juga sesetengah kedai yang tiada logo halal. Maka kita kena lihat pula siapa pemilik dan pekerja, adakah orang Islam atau sebaliknya dan apa jenis makanan dijual kerana dibimbangi bercampur dengan makanan tidak halal," katanya.

Beliau turut meminta pemilik restoran yang bukan beragama Islam memohon sijil halal sekiranya mahu menjual kepada pengguna Islam.

Menurutnya, keengganan berbuat demikian membuktikan wujud keraguan pada bahan yang digunakan.

"Pengguna Islam perlu bijak membuat keputusan sebelum makan di mana-mana kedai dan restoran yang tiada logo halal. Jika ragu-ragu, lebih baik jangan pergi kerana boleh jatuh hukum haram," katanya.


‘Blackout’: Muktamar Pemuda, Muslimat tergendala

Posted: 01 Jun 2016 12:59 AM PDT

'Blackout': Muktamar Pemuda, Muslimat tergendala
Bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba di di Kelantan Trade Centre (KTC). – Foto Sinar Online  
 
 
KOTA BHARU - Perjalanan Muktamar Tahunan Pemuda dan Muslimat Pas yang berlangsung di sini tergendala sejak 12.10 tengah hari tadi apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba di kedua-dua lokasi majlis itu.

Wakil di Muktamar Pemuda Pas yang berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) kemudiannya membuat pengumuman penangguhan seketika dan memberi laluan untuk perwakilan berehat lebih awal.

Setakat ini tujuh pembahas sudah menyampaikan hujah untuk membahas Ucaptama Ketua Pemuda dan masih berbaki tujuh lagi perwakilan.

Sementara Muktamar Muslimat yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam turut terjejas ketika ucapan penangguhan perwakilan dari Pulau Pinang.

Tiada ulasan: