Nuffnang

Pengikut

.

sumber :-

.


Surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan

Posted: 19 Jun 2016 08:52 PM PDT

ULAS PIRAKE (ii)

Keputusan dua Pirake di Sungai Besar dan Kuala Kangsar semalam, tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja terutamanya oleh parti agama (Pas) tanpa membuat analisa mendalam secara waras. Pas mesti berbuat sesuatu dengan segera dengan penuh keinsafan dan professionals.

Kembalikan Husam
ke dalam Pas.
Sekiranya Pas masih lagi beretorik bermain dengan seribu kata-kata indah, membina ayat-ayat power untuk menyedapkan hati, mengulik perasaan, parti itu akan terus lemah dan menjadi parti terpencil. Tidak mustahil juga ia akan pupus seperti dinosour.

Perhatian penuh perlu diberikan oleh Pas Kelantan. Dalam hal ini saya ingin memberi "surat tujuk sebab" kepada Pas Kelantan. Pas Kelantan tidak boleh meriba tangan dan menerima apa yang berlaku dalam dua Pirake itu, kekalahannya sebagai takdir Allah semata-mata. Pas perlu mencari sebab musabab dan mengambil iktibar terhadapnya. Jangan berlindung dengan kata-kata (escape) keadaan di Kelantan berbeza dan politik Kelantan unik.

Apa lagi menganggap senario politik di Kelantan berbeza dengan politik di luar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu.

Jangan marah apabila saya sebut Pas kalah dalan dua pilihan raya itu. Pas kena terima istilah dan hakikat ini. Di Sungai Besar Pas dimalui oleh bekas rakan-rakanya sendiri Amanah. Jangan peduli apakah undi Amanah itu undi Cina, India atau apa. Yang penting teori dan hukum politik telah mengesahkan Amanah mendapat undi lebih daripada Pas. Undi merupakan sokongan dan ia mengeraskan semangat juang.

Pas juga tidak boleh berbangga dengan mendapat undi pure Melayu. Hakikat yang kena disedari di kawasan-kawasan campuran, Pas atau mana-mana parti juga memerlukan sokongan daripada semua kaum. Kedegilan hanya menerima satu kaum sahaja ia tidak akan membawa kemenangan dan menjadi pilihan raya itu tidak bererti apa-apa. Titik simpul dalam pilihan raya ialah menang, dapat kerusi bukan soal undi pure apa-apa puak. Dapat undi pure tetapi kerana terlepas, tidak ada guna juga.

Sama ada undi diperolehi Amanah daripada ahli DAP, PKR atau sesiapa tidak berbangkit, tetapi dalam pilihan raya itu, calon Amanah di Sungai Besar yang dianggap kubu Pas, Azhar mendapat undi lebih banyak daripada calon Pas Dr Rani Osman. Bezanya, 707 undi. Di Kuala Kangsar Amanah pula berkurangan 765 berbanding Pas/

Dalam darjah politik, undi Cina ke, Melayu ke, India ke, Orang Asli ke, muslim, mualaf dan kafir sama sahaja nilainya. Tidak bermakna undi daripada Melayu mempunyai nilai tambah yang besar daripada undi Cina dan India.

Saya hairan apa bila ada sesetengah pentaksub Pas (budak-budak baru belajar menjolak cempedak) seperti tidak mahu mengiktiraf "kemenangan" dan kedayaan Amanah itu. Kononnya ia bukan mewakili suara orang Melayu? Apakah kalau kebetulan undi ahli DAP dan PKR diberikan kepada peti undi Pas, Pas sedia menolak dan tidak mahu mengakui ianya sebagai undi dan sokongan kepada Pas. Jangan double strandard dalam membuat penilaian.

Beberapa kerusi Dun di Selangor yang dimenangi Pas, adalah kerana sumbangan undi bukan Melayu.

Dalam situasi politik Malaysia yang rencam ini, tidak sepatutnya diakan batas-batas jenis undi dan sokongan mengikut sentimen kaum dan puak. Hakikat yang kena terima, mana-mana parti mengamalkan politik kepuakan mereka tidak akan berjaya sampai ke khiamat pun.

Kenapa Umno masih kekal menjadi pemerintah hingga sekarang kerana kebijaksanaan parti itu dalam berkolabrosi dengan semua kaum. Umno tidak cuba memisahkan dan membezakan undi yang diperolehinya mengikut kaum. Umno merima apa sahaja, sebab seperti dikatakan tadi dalam teori dan rukun politik, nilai undi seseorang itu sama sahaja, tanpa mengira anak peribumi, pendatang atau anutan agama dan budaya.

Pas dan parti pembangkang perlu berlajar daripada Umno, mengambil teorinya dan berpegang kepadanya. Apa yang dipraktikan dalam Piraum (Pilihan raya umum) tahun 2008 dan 2013 di mana pembangkang sepakat membentuk Pakatan Rakyat telah menampakkan hasilnya. Tetapi kenapa setelah telor hamnpir menetas kita membuang ibunya dari sakak?

Saya rasa ada tokoh-tokoh siasah Pas faham mengenai teori dan rukun itu. Tetapi kerana sakit hati dan untuk menyedapkan diri serta merendah-rendahkan orang lain maka pemisahan itu dilakukan. Pas berbangga dengan undi pure walaupun kurang terlepas. Berdendam dalam politik satu tindakan yang tidak bijak.

Makan air mata

Tersasar jauh pula saya. Apa yang hendak saya sebutkan di sini, sebagai surat tunjuk sebab kepada Pas Kelantan, apa yang berlaku di Sugai Besar dan Kuala Kangsar itu memberi gambaran buruk kepada Pas Kelantan. Sekiranya Pas masih beristiqamah untuk bersendirian, tidak msuathil Pas akan kehilangan kerajaan di Kelantan pada Piraum akan datang.
 
Dengan mengambil kira kelakuan (apa berlaku) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu, (Pas dan Amanah gagal bermaufkat untuk berhadapan BN secara dua penjuru), sekiranya ia berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan, (dan Pas istiqamah (degil) dengan politik sedarhana matangnya, bertanding sendiri), Pas akan "makan air mata di Kelantan". Saya tidak perlu memberi apa-apa jawaban atas risiko itu? Jawablah sendiri. Mungkin contoh klasik apa dialami Pas tahun 1978 boleh dijadikan cermin sakti untuk menilik natijahnya.

Apakah Pas akan istiqamah (degil) menganggap mereka akan tetap mendapat keredhaan Allah meskipun kalah? Allah hanya akan meredhakan sekiranya perjuangan itu benar dan haq. Apakah Pas akan menganggap berlawan dengan Umno dan BN di Kelantan dalam pilihan raya kelak sebagai perjuangan kebenaran? Kalau begitu bererti Pas memfatwa atau menerima fatwa tahun 60-an yang diheret pula ke tahun 1986 bahawa melawan Umno adalah halal?

Dalam surat tunjuk sebab ini, kita mahu penjelasan macam mana Pas hendak pertahankan kerajaan yang menjadi legasi Tokguru Nik Abdul Aziz itu. Saya tidak nampak jalan dan cara untuk Pas atau kepimpinan sekarang ini akan dapat mempertahankan Kelantan sekiranya kelakuan dan petunjuk di Sungai Besar dan Kuala Kangsar itu berlaku di Kelantan. Pas perlu mengubah pendekatan dan merombak istiqamah itu.

Ada dua cara yang boleh difikirkan oleh Pas Kelantan untuk mengelak parti itu "makan air mata" dalam Piraum akan datang. Pertama, Pas kena melupai hasrat untuk bertandingan bersendirian. Untuk itu Pas kena sedia bergabung dengan Amanah dan PKR. Pelawaan Amanah untuk bersama Pas bagi mempertahankan kerajaan Kelantan perlu diterima dengan waras dan ikhlas.

Kedua, Pas Kelantan perlu memulihkan hubungan dalaman parti itu yang retak ekoran bermain dengan perasaan sentimen dan kebencian sesama sendiri. Husam Musa yang dipecat oleh Pas atas kemahuan Pas Kelantan perlu diusahakan agar ia kembali kepada Pas. Pas Kelantan jangan pandang rendah kepada aura dan pengaruh Husam. Penyelamatan Husam, berada semula dalam Pas bagi membendung berlaku "lari" undi.

Itulah dua tindakan paling afdal dan bersifat politeness yang terbaik bagi Pas. Jika dua tindakan itu dapat diusahakan Pas juga akan dilihat sebuah parti benar-benar berprinsipkan Islam.

Atau sekiranya Pas berasa malu dan janggal untuk mengambil tindakan itu, satu lagi jalan bagi Pas mengekalkan kerajaan Kelantan ialah dengan bergabung dengan Umno. Pas kena berpakat dengan Umno dan hadapi Piraum akan datang secara bersama. Kaedah dan teknikal bentuk persamaan (taawun) politik itu Pas boleh fikirkan.

Proses penyatuan itu hendaklah dilakukan secepat mungkin. Jangan tunggu pada saat-saat akhir. Ketika ahli masih yakin dan istiqamah dengan kepimpina  Guru Hadi dan Guru Harun, lakukan. Hari ini kalangan akar umbi Pas yang menerima politik Pas sebagai jalan dakwah, tidak akan membatah sekiranya Pas bergerak ke arah itu. Malahan mereka akan sedia bertaubat nasuha untuk memaafkan Umno.

Saat paling sesuai untuk ijab kabul dengan Umno atau membawa Husam balik ke dalam Pas atau menerima pelawaan Amanah ialah pada Idulfitri mendatang.

Demikian surat tunjuk sebab saya kepada Pas Kelantan. [wm.kl.11:44 am 20/06/16]

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT