Khamis, 9 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Amanah tanya Pas, nak bertanding atau nak gelar-menggelar?

Posted: 09 Jun 2016 06:18 AM PDT

  Pas kononnya mengaku mengamalkan politik matang...tapi ternyata lebih kepada politik Natang! Gelar menggelar masih berterusan walaupun mereka mempunyai ulama yang tahu larangan agama Islam yang melarang ummatnya berbuat begitu.

  Tidakkah mereka ini yang mengaku memperjuangkan agama tidak berasa bersalah? Ikuti pandangan Dr Mujahid mengenainya.

  Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal keseriusan Pas bertanding pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini memandangkan pemimpin parti itu dilihat lebih berminat menggunakan medan kempen untuk mengejek Amanah.

 "Betul ke Pas nak selamatkan negara. Atau hanya duk kutuk orang, panggil orang Pan?

 "Jadi juri Pencetus Ummah, (tapi) panggil orang Mat Sabun. Kata ustaz padahal bukan ustaz pun," kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

 Bercakap pada ceramah kelompok di Senggang, Kuala Kangsar malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata Amanah tidak berminat dan tidak mahu melayan sikap Pas yang disifatkannya sebagai "kebudak-budakan".

 Sebaliknya kata Mujahid, Amanah mahu mengambil peluang pilihan raya kecil ini untuk melawan rasuah, sikap tidak amanah dan pentadbiran tiris oleh kerajaan BN.

 "PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk menolak BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya atau yang diam dengan kebejatan yang dilakukan.

 "Ini adalah pilihan raya untuk nak selamatkan negara. Kita kena tanya parti mana yang betul-betul nak selamatkan negara," katanya.

 Beliau dipercayai merujuk kepada insiden seorang pendakwah Pas yang didakwa memanggil Presiden Amanah dengan "Mat Sabun" ketika berucap kepada penyokong parti itu pada hari penamaan calon Ahad lalu.

 Sementara itu, mengulas calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar, Mujahid berkata Dr Ahmad Termizi Ramli adalah calon Melayu terbaik yang dikemukakan Amanah untuk masyarakat di sini.

 "Apa Amanah ni tidak Melayu ke? Kita tak bawak keris, tak bersilat, tak pakai tanjak, tak potong pulut kuning dengan keris panjang, kita bukan Melayu ke?

 "Calon kita ini belajar di universiti dan pakar nuklear fizik. Bukan calang-calang orang," katanya. ~ sumber

Tiada lagi papan iklan anti-BN, janji AMANAH

Posted: 09 Jun 2016 03:00 AM PDT

Ketua Penerangan AMANAH Khalid Samad berjanji tidak akan ada papan iklan anti-BN yang dilihat sebagai memprovokasi sentimen perkauman akan didirikan.

 "Isu ini tidak akan berlaku lagi kerana tempoh (berkempen) yang sangat pendek dan kita tidak mahu orang hilang fokus," katanya yang juga adalah ahli parlimen Shah Alam ketika sidang media di pejabat DAP Sekinchan.

 Khalid berkata beliau telah bertemu dengan Ketua DAP Selangor Tony Pua hari ini dan membincangkan perkara itu.

 "Kami telah bersetuju bahawa tidak akan ada lagi papan iklan jenis itu," kata Khalid.

 "Saya tidak berbohong semalam. Saya benar-benar tidak tahu mengenainya apabila ditanya tentang papan iklan itu," katanya.

 Semasa pertemuan itu, Khalid berkata Pua memberitahunya bahawa masyarakat Cina marah dengan kegagalan pihak berkuasa bertindak terhadap Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos berhubung kenyataannya.

 "Saya rasa dengan menaikkan papan iklan itu, masyarakat Cina boleh melepaskan kemarahan terpendam mereka," katanya.
Jamal semalam menafikan petikan kata-kata di papan iklan itu adalah kenyataannya dan mendakwa ia diputar-belit oleh media pro-DAP.

 Ketika ditanya sama ada AMANAH akan memohon maaf kepada Jamal, Khalid menegaskan pemimpin Umno itu yang seharusnya berbuat demikian.

 "Dia (Jamal) bernasib baik kita tidak akan naikkan papan iklan itu lagi," katanya.

 Papan iklan itu yang dikesan di dua bulatan di tengah-tengah bandar Sekinchan, bagaimanapun telah diturunkan.

 Pua, yang semalam mengakui bahawa DAP menaikkan papan iklan itu turut hadir pada sidang akhbar hari ini.

  Beliau bagaimanapun tidak membuat sebarang ulasan lanjut. ~ sumber

Kempen Pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin ganas

Posted: 08 Jun 2016 09:24 PM PDT


  Suasana kempen pilihanraya kecil di dua kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya menjadi semakin panas bila mana telah berlaku beberapa insiden ganas yang mencemaskan.

  Tiga billboard besar yang dipasang di tengah pekan Sekinchan telah menjadi punca kemarahan kepada penyokong parti BN. Mereka mendakwa, billboard yang dipasang di pekan Sekinchan itu memprovok perkauman.

 Mereka telah berkumpul beramai dan mula bertindak liar mahu merobohkan billboard tersebut.
 

 Datuk Jamal terlalu berang bila melihatkan poster besar pada bilboard dengan kapsyen Panggil Cina Babi Tidak Salah.

  Datuk Jamal berkeras tidak mengaku yang dia pernah mengungkapkan perkataan tersebut lalu mengancam mahu melanggar bilboard tersebut dengan keretanya.
 

  Melihatkan keadaan yang semakin diluar kawalan, penyokong Pakatan Harapan terpaksa mengalah lalu menanggalkan gambar pada dua billboard yang mempamerkan gambar Hj Hadi dan PM Najib, juga yang mempamerkan gambar Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Ikan Bakar.

 Penyokong BN bersorakan dan mengejek-ejek sewaktu kerja-kerja menanggalkan gambar-gambar tersebut sedang dilakukan.


  Penyokong Amanah membiarkan sahaja bilboard yang mempamerkan karikatur mengenai GST. Namun penyokong BN terus mengganas dan mendesak supaya bilboard tersebut juga turut ditanggalkan.

   Ini telah menimbulkan bantahan oleh bekas exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan mencetuskan perbalahn perang mulut dengan ketua MCA Sungai Besar, Kek Seng Hooi.

 Gambar tersebut akhirnya ditanggalkan oleh petugas SPR menyebabkan Liu tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan tersebut.
 

  Sementara di Kuala Kangsar, ceramah Pakatan Harapan di Taman seri Emas telah diganggu oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh parti lawan. Ketika kejadian berlaku, YB Sivakumar sedang menyampaikan ucapannya.


  Samseng-samseng Melayu tersebut dengan biadab telah cuba memusnahkan P.A sistem.Majlis ceramah terpaksa dihentikan seketika hingga reda dengan bantuan pihak polis.

  Ternyata samseng-samseng upahan dapat menambah habuan dedak yang lebih lumayan di bulan puasa kali ini...Hidup Melayu!!!

Tiada ulasan: