Rabu, 29 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


SPRM tahan Guan Eng, didakwa di Mahkamah Sesyen George Town esok

Posted: 29 Jun 2016 10:03 AM PDT

 Lim Guan Eng  ditahan di pejabatnya oleh Suruhanjaya 
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat petang tadi dan 
akan didakwa di Mahkamah Seysen George Town esok.
GEORGE TOWN - Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng lewat petang tadi ditahan di pejabatnya dan akan didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Seysen George Town esok.

 Sebelum ditahan, beliau diiringi penguam pengiring, R.S.N. Rayer sempat bersalaman dengan barisan Exco Kerajaan Negeri serta kakitangan di sini.

 "Kita jumpa esok," seloroh Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dan Ahli Parlimen Bagan. ~ ZAINULFAQAR YAACOB

Isu pembelian rumah oleh Guan Eng timbul apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu.

 Shabudin mendakwa, nilai pasaran harga rumah berkenaan dalam lingkungan RM6 juta hingga RM6.5 juta. Guan Eng menafikan dakwaan itu dan menegaskan harga banglo itu dipersetujui selepas rundingan terus dengan pemiliknya.

 "Saya beli rumah tersebut dengan harga RM2.8 juta pada 28 Julai 2015, bukan dari pemaju swasta tetapi dari individu persendirian. Saya bayar dengan mengambil pinjaman bank RM2.1 juta dan baki RM700,000 dibayar secara tunai yang saya peroleh selepas saya dilantik sebagai Ketua Menteri dan wakil rakyat," kata Guan Eng.

 Berikut pula terdapat malam ini, terdapat posting gambar yang memaparkan orang ramai telah berhimpun di hadapan bangunan SPRM Pulau Pinang untuk bersama-sama menunjukan solidarity dan sokongan moral mereka kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.



  Sementara itu pula, seorang fesbuker, Mkhuzaini Aadnan mendedahkan kemunculan Fake acc dan menasihat orang ramai tidak mudah mempercayainya. Beliau menulis:

 Modus Operandi yg sama, jika Pimpinan DAP dalam keadaan tekanan maka fake acc ni akan menjelma utk menarik perhatian walaun serta mujahid siber supaya menggunakan twitter ini sbg hujah.

 Diharapkan semua Walaun & Mujahid Siber jgn lagi terpedaya dgn reverse saiko begini drp unit RBA? 

 Semua walaun & Mujahid Siber jangan layan posting twitter fake ini. biarkan mereka dgn provokasi bangang mereka serta biarkan DAP menyelesaikan masalah pimpinan depa sendiri. 

 Tumpukan usaha penerangan kita agar masyarakat faham misi & visi politik matang & sejahtera.

Hj Hadi akui DAP menerima asas kerjasama Islam sebagai agama persekutuan, dedahkan pengkhianatan Umno terhadap Pas

Posted: 29 Jun 2016 12:02 AM PDT

 Berikut adalah pengakuan Presiden Pas, Hj Hadi tentang pengkhianatan Umno terhadap Pas yang berulang kali... dan pengakuannya mengenai kejayaan yang besar dicapai melalui kerjasama dgn DAP.

Hj Hadi mengakui bahawa DAP menerima asas kerjasam Islam sebagai agama persekutuan.

Hj Hadi mengesahkan bahawa DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.

 Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg Pas perjuangkan!

Apakah Umno hari ini sudah berubah? Umno tidak lagi menentang perlaksanaan Islam yang Pas perjuangkan ?


Transkrip : Mengapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama dengan UMNO sedangkan mereka Islam ?

Perlu diketahui bahawa Umno ialah parti kebangsaan yg berdasarkan kpd sekular. Islam jadi sebahagia kegiatan, bukan dasar dan matlamat perjuangan.

Politik dipisahkan daripada agama. Umno meneruskan dasar yg dilaksanakan oleh penjajah Inggeris iaitu memisahkan politik daripada agama.

 Dengan sebab itu Umno tidak melaksanakan agenda Islam dgn sepenuhnya.

Dan perlu diketahui bahawa, Umno mempunyai keahlian bumiputera dikalangan orang Melayu keseluruhan orang Islam dan bumiputra yang bukan Islam.

 Maka kerjasam Pas dengan semua parti berdasarkan kepada sejauh mana ruang kita boleh melaksanakan Islam.

 Mengikut scenario politik Negara, Pas pernah bekerjasama dgn Umno pada 1970 dalam kerajaan campuran dan tahun 1974 dalam kerajaan Barisan National.

 Kerjasama yang ditetapkan oleh Dewan Ulama Pas dan diluluskan oleh Muktamar. Kerjasam yg membolehkan Pas menerapkan ajaran Islam didalam kerajaan dan Pas mempunyai keperibadian sndiri didalam kerajaan itu.

 Dan Pas telah menunaikan tanggungjawap di masa kerjasama itu dengan beberapa langkah yang dilihat kesannya sehingga hari ini. Diantaranya ialah dapat mengadakan bang tiap-tiap waktu sembahyang di tv dan radio…

 Menghapuskan agenda-agenda maksiat dalam majlis jamuan Negara, tari menari dan minum arak bagi orang Islam.

 Dan berjaya melakukan kegiatan kefahaman Islam didalam jentera-jentera Islam dan pusat-pusat kepunyaan sendiri.

 Dan Pas menghadapi tentangan untuk melebarkan pengaruhnya dgn cara yg lebih luas yg akhir berlaku pertembungan apabila Umno campurtangan dalam urusan kerajaan Kelantan yg membawa kpd undang-undang darurat di Kelantan yg diluluskan di parlimen dan Umno yg memimpin Barisan Nasional pada masa itu telah bertindak mengisytihatkan darurat dan mengadakan pilihanraya tersendiri di Kelantan dan berjaya menawan Kelantan dgn suatu rancangan yg kotor dari segi politik.

 Sebelumnya pernah melakukan khianat terhadap kerajaan negeri Terengganu menyebabkan kerajaan negeri jatuh dan tumbang melalui politik wang dan sekatan-sekatan pentadbiran, media dan sebagainya. 

 Kesimpulannya Pas pernah bekerjasama dengan Umno melalui kerajaan Perikatan dan melalui kerajaan Barisan Nasional. Kerjasama dgn parti yang berkuasa didalam kerajaan pusat.

 Hari ini Pas mengubah strategi bekerjasama dgn parti yg tiada kuasa dalam kerajaan iaitulah dgn parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

 Kerjasama yg kita merasakan kita lebih kukuh kerana sama-sama tiada kuasa, sama-sama tidak jadi kerajaan diperingkat pusat. Dan kita telah diizinkan oleh Allah Subhanahu Wata-'ala, menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya ke-12.

 Pengalaman melalui kerajaan negeri ini telah menunjukan banyak perkara yg sangat positif.

 Diantaranya Pas telah berjaya memanjangkan apa yg telah capai kejayaan di Kelantan. Iaitulah dapat mewujudkan kerajaan yg bersih daripada rasuah, salah laku dan berbagai cara yang dianggap negatif dalam pentadbiran kerajaan. Dimana asas kerajaan dapat dilangsungkan dalam kerjasam kita dalam kerajaan negeri yg kita perintah iaitulah Kedah, di Terengganu, sebelumnya, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

 Walaupun kerajaan kita tumbang di Terengganu dan Perak, itu bukan salahlaku pemimpin. Itu kerana salahlaku pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yg melakukan suatu rancangan yg tidak demokratik.

 Pengalaman kita melalui kerjasama dgn DAP telah mencapai satu kejayaan yg besar.

 Apabila DAP menerima asas kerjasam Islam agama persekutuan. Agama lain diberi hak. Itu adalah konsep yang ada dalam ajaran Islam.

 Dan DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.

 Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg kita perjuangkan!

 Ini suatu perbezaan yg sangat ketara dan perlu diketahui bahawa kerjasama kita dengan semua pihak di dalam Islam hendaklah berdasarkan kepada keizinan hokum syara' yg diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

 Majlis Syura Ulama adalah badan yg tertinggi, menjamin setiap perjalanan Pas mwengikut hokum Islam.

 Sekiranya bercanggah dengan huikum Islam, Majlis Syura Islam boleh membatalkan. Dalam kerjasama kita dengan semua pihak bergantung dgn apa disebut disebut oleh Nabi SAW: 

Al muslimuna 'ala syuru thihim illa syartha ahalla harama wa harrama halala: Orang-orang Islam wajib berpegang pada syarat-syarat yg mereka adakan dengan pihak lain kecuali syarat-syarat yang menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal , dimana nas ini tidak mengizinkan kerjasama lagi kalau berlaku hal yg demikian.~ sumber

Tiada ulasan: