Isnin, 20 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kenapa sahabat-sahabat saya berada di dalam PAS ...

Posted: 20 Jun 2016 02:00 PM PDT

  Ada hikmahnya berlaku perpecahan di antara AMANAH dan PAS kepada diri saya. Kalau dulu-dulu, saya cuma hanya akan percaya berita daripada harakahdaily atau surat khabar Harakah dan menolak surat khabar lain. Lepas tu, saya cuma hanya akan mendengar dari satu sumber iaitu ceramah-ceramah pimpinan PAS dan apa-apa yang dikongsikan di dalam usrah dan tamrin semata-mata.

 Tetapi bila saya melalui proses PhD saya, meskipun ia bersifat teknikal dan saintifik, ada sahaja pendapat yang berbeza dalam pembacaan saya. Sehinggakan penemuan saya sendiri bercanggah dengan beberapa laporan saintifk dari jurnal lain yang terpaksa saya cari justifikasi kenapa perkara ini berlaku, namun Alhamdulillah dapat saya 'defend' semasa sesi viva saya.

Apabila saya refleksi diri, saya sedar bahawa, hatta perkara saintifik dan teknikal yang sangat 'clear' pun para saintis boleh bercanggah pendapat, apatah lagi perkara yang bersifat abstrak. Maka saya terpaksa pula membaca, menganalisa, dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut dalam membuat sesuatu keputusan.

 Kini, bukan sahaja isu yang bersandarkan perkara politik yang memerlukan saya tabayyun, tetapi apa sahaja isu yang berlegar, memerlukan saya membuat analisa dan kemudian memilih apa yang saya rasa betul (tetapi tidak semestinya betul pada orang lain). 

 Dan saya sendiri belajar untuk menerima bahawa, apa yang saya pilih tak semestinya dipilih oleh orang lain, bahkan saya meraikan apa yang mereka pilih kerana itu adalah pilihan mereka. 

  Saya sedar contohnya, kenapa sesetengah orang masih memilih UMNO atau BN kerana cara pemikiran mereka berbeza dengan saya. 

  Saya sedar kenapa sahabat-sahabat saya berada di dalam PAS dan bentuk fikrah mereka yang mendorong mereka berada di dalam PAS. 

  Saya sedar kenapa sesetengah orang memilih aliran salafi dan ada yang memilih aliran khalaf. 

  Saya sedar kenapa Imam Syafie berbeza dengan Imam Hanafi, Hambali dan Maliki. 

  Saya sendiri nampak pola pemikiran yang berbeza antara sahabat-sahabat yang graduan timur tengah (yang majoritinya di sana ramai Muslim) dan balik dari negara Barat (yang muslimnya hanya minoriti), dan mereka yang tidak berkelapangan lagi untuk ke luar negara dan melihat masyarakat lain. 

   Hatta saya sendiri nampak pola pemikiran yang berbeza sekiranya mereka itu dari United Kingdom & Ireland tetapi graduan dari London, Manchester atau Dublin. 

  Maka saya raikan mereka sebaiknya kerana latarbelakang kita yang berbeza.

 Pokoknya, setiap keputusan yang kita ambil, perlu kita buat analisa daripada pelbagai sudut. Dan selepas itu kita memohon doa dan keampunan dari Allah SWT supaya pilihan kita diredhaiNya. Banyak jalan menuju Allah SWT, itu yang saya belajar dan sedar.

 Apapun, perkara yang perlu diajar pada setiap orang ialah kemahiran berfikir secara kritikal. Kita tak boleh buat keputusan berdasarkan emosi kita semata-mata. Pandang sisi kita pastinya berbeza namun sekiranya kita menggunakan aqal yang dikurniakan Allah SWT, di situ akan ada titik pertemuan antara kita semua, mencari redha Allah SWT.

 Seri Iskandar 20 Jun 2016

Mana RM3.2 juta, KPN kata, Saya tidak tahu

Posted: 20 Jun 2016 04:19 AM PDT

Sila klik di sini
 Kumpulan militan, Abu Sayyaf didakwa hanya menerima P100 juta atau RM8.8 juta sahaja sebagai bayaran tebusan bagi membebaskan empat mangsa culik dari Sarawak, walaupun laporan sebelum ini menyebut sebanyak P130 juta (RM12 juta) akan dibayar sebagai wang tebusan, lapor Manila Times, semalam.

 Akhbar tersebut mendakwa kehilangan baki RM3.2 juta itu telah menimbulkan syak wasangka yang menjurus kepada kemungkinan para pegawai kerajaan dari Malaysia dan Filipina, yang mungkin berkongsi wang tersebut sesama mereka.

 Kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan menjadi marah setelah mengetahui dari laporan berita bahawa wang tebusan itu sebenarnya sebanyak RM12 juta (P130 juta), namun, hanya P100 juta sahaja sampai kepada mereka.

   Persoalannya ialah ke mana hilangnya wang itu? Ya mana pergi itu RM3.2 juta? Siapa yang sudah songlap itu wang?
   
  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, "Saya tidak tahu."  
Siapa yang patut jawap? hahahaha!

" Polis tidak akan menyiasat kerana kita tahu di mana wang itu pergi dan saya telah menjelaskannya.

  "Kenapa kita perlu membuka siasatan mengenainya sekarang? Saya telah menjelaskan apa yang berlaku kepada wang tunai. Tidak ada sebab untuk kita menjalankan apa-apa siasatan yang kita tidak terlibat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Negara di Bukit Aman.

 Rakyat mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku berikutan kenyataan bercanggah oleh Khalid dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menyelia pasukan polis sebagai Menteri Dalam Negeri.

   Ahmad Zahid sebelum ini mengesahkan bahawa:

 1) Wang RM12 juta itu telah diberikan oleh keluarga mangsa kepada Cawangan Khas yang kemudian diserahkan kepada 'badan' tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah di negara itu.

2)  Wang RM12 juta itu disalurkan bukan sebagai wang tebusan.

3)  'Badan' yang menerima wang RM12 juta itu tidak ada kena mengena dengan kumpulan pengganas atau penjenayah. Sila rujuk di sini

 Nampaknya semua tiga perkara yang Zahid nyatakan diatas itu amat bercanggah dengan realiti yang ada sekarang.

  Manila Times melaporkan bahawa:

 1) Wang itu telah diterima oleh kumpulan Abu Sayyaf, kumpulan pengganas atau penjenayah yang menculik mangsa berkenaan.

 2) Wang itu telah diberikan sebagai tebusan empat mangsa yang diculik.

 3)  Kumpulan Abu Sayyaf  mendakwa hanya menerima RM8.8 juta sahaja. Mana baki RM3.2 juta lagi? Rujuk di sini

   Memang susah KPN nak jawap kan? kan?

Wang tebusan RM12 juta : Soalan Cepu Emas untuk Zahid Hamidi

Posted: 19 Jun 2016 06:00 PM PDT

  Apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap wang tebusan RM12 juta itu?

Kemanakah perginya wang tersebut?

Terdapat beberapa kenyataan yang bercanggah dan sangat meragukan.

  1) Keluarga empat mangsa culik itu mengakui menyerahkan RM12 juta wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf pada 24 Mei lalu.

  Penyerahan itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam sebuah beg, diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.

  2) Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

  Keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran, jelas Khalid.

3) Timb Perdana Menteri, Zahid Hamidi pula berkata wang berjumlah RM12 juta itu dibayar kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah di negara itu. Bukan kepada penculik!


Baca lanjut di sini
   Menurutnya lagi, wang itu dibayar kepada badan tertentu di Filipina yang melakukan aktiviti sah di negara itu.

 "Wang itu adalah hasil sumbangan orang ramai dan hasil jualan aset (keluarga mangsa) dan saya sahkan ia disalurkan bukan sebagai wang tebusan kepada badan tertentu di Filipina yang membantu perjuangan direstui ajaran Islam. 
 
  1) Bagaimana Zahid Hamidi begitu pasti hingga berani mengesahkan bahawa 'badan' tertentu di Filipina itu telah melakukan aktiviti sah di negara itu?

 2) Pengesahan Zahid Hamidi itu menunjukan bahawa beliau sangat mengenali 'badan' tersebut ; boleh tak Zahid Hamidi dedahkan nama badan tersebut?

 3) Bolehkah Zahid maklumkan siapa yang memberi kelulusan transaksi wang yang begitu besar jumlahnya itu?

 4) Bolehkah Zahid dedahkan bukti transaksi melalui akaun-akaun bank badan yang menerima wang RM12 juta itu?

 5) Siapa yang telah menyerahkan wang RM12 juta itu kepada 'badan' tersebut?

6) Adakah penyerahan wang RM12 juta kepada 'badan' tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak keluarga mangsa?

7) Adakah penyerahan wang RM12 juta kepada 'badan' tersebut telah mendapat persetujuan keluarga mangsa?

  Wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.

    Adakah patut wang yang terkumpul oleh orang ramai yang diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia lesap begitu sahaja tanpa diketahui?.

  Keluarga mangsa hingga bergadai dua rumah untuk mengumpulkan wang, tiba-tiba begitu pemurahnya kita memberikannya kepada 'badan' tertentu di negara orang? Ada akai tak?

Tiada ulasan: