Sabtu, 18 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas perlu kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan.

Posted: 18 Jun 2016 11:21 AM PDT

  Pengerusi PAS Selangor Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam PRU 14 nanti.

Katanya, mereka mahu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

 "Realitinya di Selangor ini bersendirian tak boleh.

 "Memang kena ada sokongan dengan kawan-kawan lain," katanya yang juga pengarah pilihan raya PAS Sungai Besar. 

  Iskandar juga berkata PAS mesti bekerjasama dengan kumpulan NGO.

 Komen al-Husseyn : 

  Betul! Betul! Betul! Pas tidak boleh bersendirian. Bukan sahaja di Selangor malah di mana-mana  sekali pun kalau benar-benar jujur mahu mengalahkan Umno BN.


  Tapi bukan dengan cara sebagaimana yang Iskandar cadangkan iaitu mengembangkan 'blok ketiga pembangkang' yang dibentuk bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) atau bekerjasama dengan kumpulan NGO.

  Tibalah masanya Pas muhasabah diri sendiri dan melihat kepada realiti selepas melalui dua ujian di PRN Sarawak dan di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baru lalu.

 Bahawa pertandingan tiga penjuru dengan jelas menjejaskan peluang pembangkang untuk mengalahkan BN.

   Pas walaupun mendapat sokongan pihak media kerajaan untuk membelasah parti yang baru, Amanah; ternyata Pas hanyalah diperalatkan oleh Umno/BN untuk memecahkan kesatuan pembangkang dalam menghadapi musuh sebenar iaitu Umno/BN.

  Pas memerlukan barisan pemimpin yang benar-benar jujur dan serius jika  mahu menjatuhkan Umno/BN.

   Kesilapan Pas adalah kerana pendirian parti tersebut tidak tentu arah hala tujuannya walaupun sering mendakwa mengamalkan politik matang

    Kenyataan-kenyataan lunak pemimpin-pemimpin Pas terhadap Umno tetapi bersikap yang sebaliknya terhadap parti yang juga mahu menentang Umno adalah bukti ketidak tentuan hala tuju parti itu sendiri.

    Pas perlu menyambut pelawaan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mahukan Pas kembali ke meja rundingan bersama Pakatan Harapan.

 "Masih ada masa untuk membaiki sesuatu.

 "Kami sentiasa terbuka untuk perbincangan dengan PAS," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Amanah Perak selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan Kuala Kangsar pilihan raya kecil. 

Tiada ulasan: