Rabu, 15 Jun 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas - Umno sehati sejiwa menyerang Amanah dan DAP.

Posted: 15 Jun 2016 09:00 AM PDT


  Hj Hadi telah lama memberi perakuan bahawa Umno telah melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

   "Satu proses anjakan pradigma kepada Umno!" Pujian setinggi gunung oleh Hj Hadi.

  Bahawa Umno telah banyak berubah menjadi bertambah baik. Umno sudah tidak menganggap PAS sebagai musuh mereka lagi.

  Paling ketara perubahan baik Umno ialah apabila Umno sudah tidak lagi mengutuk PAS sebagaimana lazimnya. Begitu juga Pas sudah tidak mengutuk Umno lagi.

 Umno tidak mengutuk Pas kerana berasa sangat berhutang budi bila mana PAS telah berjaya memporakperandakan Pakatan Rakyat hingga berpecah. 

  Pas pula tidak mengutuk Umno sebab sudah tersedak kerana tertelan dedak yang Umno hulurkan.

  Kalau ada orang-orang Pas yang mahu menafikannya, sila suruh Mursyidul Am Pas dan Hj Hadi sahut cabaran Dato Husam yang berkata :


" Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun." 
  Berani kerana benar, takut kerana salah. Sehingga kini tidak ada dari kalangan pimpinan Pas untuk menyahut cabaran Husam tersebut.

  Umno telah berjaya menyakinkan PAS bahawa DAP itu adalah musuh. Bahawa Amanah itu adalah khadam DAP. Pas akur apa saja yang Umno katakan. Apa yang Umno tuturkan, maka itulah juga yang akan dituturi oleh Pas.

  Maka kini PAS dan Umno masing-masing menganggap DAP dan Amanah adalah musuh utama mereka.... 

   Dulu Umno kata, Pas khadam DAP. Sekarang bila Pas dah berbaik dengan Umno, Pas pula kata, Amanah khadam DAP! 

   Bijak sungguh Umno melatih Pas untuk menuturkan ungkapan tersebut. Maka ungkapan "Amanah khadam DAP" kini menjadi wirid utama Pas, siang malam, pagi petang.

 Pas dan Umno sudah jadi sehati sejiwa untuk menyerang Amanah dan DAP.

  Umno telah memberikan ruang yang seluasnya kepada Pas di muka depan akhbar-akhbar mereka dan juga di berita perdana TV menghentam Amanah dan DAP!    

Mohd Amar baru sedar Hj Hadi Bengong ?"

Posted: 15 Jun 2016 06:00 AM PDT



   Kita orang semua lama dah tahu yang Hj Hadi ini bengong....apalah Mohd Amar ni ketinggalan.....

 Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, "Bukti nanar ini, nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna yang ada dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna nak serupa dengan tok sami.

 Mohd Amar seolah-olah meludah ke langit dan menimpa mukanya sendiri  bila berkata dermikian.

  Atau adakah Amar menyindir Presiden dia sendiri ke apa? 

 Orang Kelantan kata nanar ini bengong.  Adakah patut Mohd Amar kata bengong kat Hj Hadi? 

   Kenapa baru sekarang Mohd Amar menyedari yang Hj Hadi bengong?n Kikikiki!

Sidang media Rafizi kecoh, pembantu Rosmah muncul tanpa diundang

Posted: 15 Jun 2016 03:20 AM PDT

  KUALA KANGSAR: Kecoh seketika sidang akhbar Naib Presiden PKR Rafizi Ramli di Ibu Pejabat Amanah Perak hari ini apabila Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor datang 'tanpa diundang' ke majlis itu.

 Lebih kecoh apabila petugas Amanah menghalang Rizal memasuki ruang sidang akhbar dengan alasan beliau tidak dijemput menghadirinya dan kekalutan itu berlangsung kira-kira 15 minit.

 Rizal ketika ditemui wartawan di luar bangunan itu berkata tindakan pembangkang menghalangnya masuk membuktikan mereka tidak berani berdepan dengan kebenaran.

 "Dia (Rafizi) ini berani cakap belakang saja. Cakap depan tidak berani. Saya bukan nak jumpa dia sangat, kalau nak jumpa dia, bila-bila saya boleh jumpa.

 "Saya cuma nak dengar apa dia cakap. Tetapi malangnya saya dihalang masuk pada sidang media dia. Kenapa? Takut pembohongannya terbongkar," katanya kepada FMT.

 Katanya, laporan polis mungkin akan dibuat jika Rafizi terus menerus membuat pembohongan terhadap Rosmah dan isu jet.

 "Buat masa ini kita masih dalam peringkat perbincangan lagi dan meneliti pembohongan dibuat Rafizi," katanya.

 Ketika ditanya sama ada akan menghadiri ceramah perdana Amanah malam ini yang diketuai Rafizi, Rizal berkata:"Saya akan datang kalau dijemput."

 Amanah malam ini dijangka mengadakan ceramah pentas perdana yang bertajuk '#Bongkar. Kita dapat GST, mereka dapat jet'.

 Selain Rafizi, Presiden Amanah Mohamad Sabu juga dijangka menghadirinya. ~ sumber

Komen al-husseyn:

  Dia dihalang bagi mengelakan berlakunya perkara yang tidak diingini. Kalau benar dia hadir hanya untuk mendengar pendedahan Rafizi, kenapa dia tidak menghubungi Rafizi atau menghantar wakil menemui Rafizi terlebih dahulu untuk mohon keizinan Rafizi untuk ke majlis tersebut? 

   Datanglah ke majlis ceramah Rafizi, itu barulah majlis terbuka. Mai duduk depan-depan pun tidak mengapa. Tapi Rizal mangkuk ni kata: "Saya akan datang kalau dijemput."

    Hoi mangkuk! Ceramah pentas perdana adaalah terbuka kepada orang ramai. Semua adalah dijemput datang. Adakah Rizal mangkuk ni mahukan jemputan khas? Mahu disambut dengan permaidani merah dan paluan kompang??? Korang btolong ketawakan mangkuk tu!

Tiada ulasan: