Khamis, 30 Jun 2016

dollah yankee

dollah yankee


Solidariti untuk Guan Eng

Posted: 30 Jun 2016 07:24 AM PDT

Image result for guan eng ditangkap

Bila Nik Aziz meninggal dunia, parti PAS juga mati bersama-sama dengan Nik Aziz. Umno/BN bergembira. Bila Anwar Ibrahim disumbat ke penjara dan PKR kucar kacir, umno/BN sangat senang hati. Maka tinggal lah Guan Eng yang masih menjadi duri dalam daging bagi umno/BN.

Gurkah-gurkah politik di'port' merasakan yang ini ada lah setrategi politik olih 'master-mind' umno/BN untuk melumpuhkan semua parti-parti pembangkang yang berada dalam gabungan parti harapan rakyat yang telah mendapat tempat dihati setiap rakyat marhain dalam negara.

Gurkah-gurkah politik di'port' tetap menganggap yang penangkapan dan tuduhan ke atas Guan Eng ada lah tidak berasas dan bermotifkan politik untuk membunuh Guan Eng dan DAP.

Dan pada hari ini Guan Eng yang merupakan antara orang yang mengutuk keras berhubung skandal kewangan 2.6 beliyun yang melibatkan Najib Razak telah didakwa di mahkamah dan Guan Eng tidak mengaku salah dan menunggu hari perbicaraan.

dollah yankee -
Apa kah dengan cita-cita mahu memusnahkan Guan Eng akan mengalihkan perhatian skandal 2.6 beliyun? Tepuk dada tanya selera!!!






Tukar Tiub

Tukar Tiub


SAJE NAK TANYA

Posted: 30 Jun 2016 08:00 PM PDT
















MAMAT INI

MENGAKU

MUFTI PAHANG

PANDAI ISLAM

DI PAHANG 

ADA CASINO 

MILIK CHINA

LIM GOH TONG

NAK TANYA

APAKAH  LIM

KAPIR HARBEE

ATAU KAPIR 

BERZAKAT

SAJE TANYA

JANGAN MARAH






---------

MENONTON APA MEREKA INI?

Posted: 30 Jun 2016 07:18 PM PDT




APA 

YANG SEDANG

MEREKA TONTON

SAJE TANYA

JANGAN MARAH




---------

JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Posted: 30 Jun 2016 06:30 PM PDT





MAJLIS BERBUKA


SUNGAI NIBONG 


MUAR JOHOR



Majlis Iftar Ramadhan AMK

Apache Sereng Motor Sport

Tarikh : 03 Julai 2016 (Ahad)


Tempat : 321, Jln Indah 12,

 mn Indah, Sg. Abong Muar.

Bersama
Sdr. Hassan Karin [Pengerusi Keadilan Johor]
YB Jimmy Puah [Adun Bukit Batu]
YB Lee Chean Chung [Adun Semambu]
Sdr. Jordan Yap [Penyelaras PKR Zon Utara]
YB Nik Nazmi Nik Ahmad [Ketua AMK Malaysia]
Ust. Wanji Wan Husain [BIPPA AMK Malaysia]
Sdr. Mohd Faizal Yusak [Ketua AMK Johor]
Sdr. Mujahid Hasanuddin [Ahli Parlimen Bella]
Dan Kelab Sahabat AMK Johor
Apachee Sereng Motor Sport


------------

BERITA BAIK DARI DAPUR JALALAN

Posted: 30 Jun 2016 06:00 PM PDT






BERITA BAIK

PATIN TEMPOYAK
petang kelmarin ialah hari akhir
gerai patin tempoyak
petang kelmarin  semua
patin telah terjual habis - sold out

COKOLAT LA GORDO













adalah dimaklumakan
cokolat la gordo dan tart nenas juga
telah habis terjual
ada seorang hamba allah
telah memborong semua 
hamba allah ini diberitakan
adalah pembaca tukar tiub
kepada hamba allah ini
dapur jalanan mengucapkan terima kaseh


TERIMA KASEH
kepada semua kawan kawan
kepada semua kenalan
kepada semua penyokong
dapur jalanan yang telah
membeli sambil beramal














tim dapur jalanan mengucap
ribuan terima kaseh

terima kaseh daun rotan
jumpa lagi  ramadan depan





----------

PATIN TEMPOYAK

Posted: 30 Jun 2016 01:04 PM PDT




TERUSKAN
Bro tukartiub..dalam negara kapitalis ni disarankan terus jual ikan patin tu..kalau nk harapkan sponsor jenuh nak dapat.melainkan cukong2 besar bawak cek besar gabak sponsor tak ikhlas barulah tak payah niaga..kena ingat hala tujuan niaga ni dah betul menolong orang susah.. asalkan niat bukan buat untung semaksimum mungkin..gua support usaha murni ni bro on SELAMAT BERBUKA
Ak46
on 7/1/16

COKOLAT LA GORDO
Nak tanya ..saipa ..buh nama kuih AL gordo..saipa tak guna nama malaiyu.. cintai lah bahasa malaiyu.. Saja tanya jgn mare on SELAMAT BERBUKA
Saiful
on 6/30/16


KERJA YANG KITA SUKA
pada pandangan saya, teruskan bniaga selepas bulan ramadhan ini. ini kerana terdapat kata kunci yg myatakan suka lakukan kerja yg kita suka. insyaAllah pada asalnya walaupun mula bniaga dgn berpayung, pniagaan boleh berjaya. 

boleh buka gerai kemudian restoran. ini akan mewujudkan peluang pkerjaan kepada para aktivis, petani, penternak ikan dan lain2. galakan juga makan ulam ulaman. jering petai kerdas. pucuk paku, jantung pisang, pucuk ubi. teruskan perniagaan ini. saya sokong. Sieg Heil... on SELAMAT BERBUKA
Anonymous
on 6/30/16

on 6/30/16




-----------

KULIAH KULIAH KULIAH

Posted: 30 Jun 2016 06:31 AM PDT





PETANG 

BERDEMO

MALAM 

BERKULIAH





-------------

KERJA MUFTI PAHANG

Posted: 30 Jun 2016 05:42 AM PDT



MUFTI PAHANG
Umat Islam seluruh Malaysia perlu tahu Mufti Pahang merupakan Mufti paling besar dan suci di negara ini. Sebab selain daripada jawatanya sebagai Mufti Pahang..Beliau juga merupakan "Penjaga Tanah Suci Genting Hiland" ; kah3 on APA KERJA MUFTI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:03 PM



-----

SELAMAT BERBUKA

Posted: 30 Jun 2016 04:28 AM PDT








SELAMAT 

BERBUKA


PATIN TEMPOYAK
hari ini hari akhir
gerai patin dibuka
esok kami tidak meniaga lagi
tapi LA GORDO masih ada
dan boleh dibeli dari
studio radio bangsar utama

apa pandangan kawan kawan
apakah kami wajib terus niaga
cari makan jual patin tempoyak
untuk makan tengah hari 
di wilayah bangsar utama

ini untuk pekerjaan 
sumber hidup aktivis 
agar dapat membuat kerka kerja 
yang kami suka buat
bukan keraj kerja
yang kami terpaksa buat
untuk cari makan


KUALA LUMPUR
hari ini cerah berangin
pagi tadi  gua pergi chow kit
beli buah dan rangka ayam
buah untuk  diri gua
rangka ayam untuk jai dan ezi

gua naik grab car
pemandu anak muda india
yang sopan dan ramah
harga hanya 12 ringgit

pulang gua ambil teksi
harga tambang 15 ringgit

nampak bezanya
gua tahu apa yang sedang berlaku
ada bergeseran antara uber grab dan teksi
nanti gua tulis panjang

BERBUKA PETANG INI
spesial ada laksa sarawak
ada mee kolopk
ada patin tempoyak
tapi patin belum sampai sampai


ESOK DEMO ANTI ISRAEL
esok petang jam 2:00
ada demo anti israel
kami berhimpun di masjid tabung haji
kawan kawan dijemput bersama
gua akan  bersama
untuk bersetia kawan
dengan warga palestin
dengan warga tertindas seluruh dunia

RAYA RAYA RAYA
tak sampai satu  minggu lagi
aduh!
macam semalam kita berpuasa
cepat cepat cepat

SELAMAT RAYA





-------------

DUA BEE BUKAN KAPIR HARBEE

Posted: 30 Jun 2016 03:00 AM PDT





RAKYAT TAK

PEDULI APA

KAPIR HARBEE

RAKYAT NAK 

TANGAP NAJIB

CURI DUA BEE



----------

KENAPA TIMBUL KAPIR HARBI

Posted: 30 Jun 2016 02:15 AM PDT





KENAPA 

TETIBA BISING

KAPIR HARBI




---------

APA KERJA MUFTI

Posted: 29 Jun 2016 11:30 PM PDT




APA TUGAS MUFTI
Boleh sapa2 terangkan bidang2 kuasa, senarai tugas mufti di peringkat negeri masing2..kelabu asap aku.. Sbb orang islam terutama bani tamim ni kenal mufti harussani tan sri, mufti perlis dr MAZA ja..selangor, kelantan kadang2, p.pinang jarang2 keluar klu x sabit dgn isu cina jadi ketua menteri SEJAK 2008..

lepas TS mohd kosukun kalah dan dilantik menteri KPI.. Atau jawatan mufti yg bergred 52, 54, jusa cba, turus 123 ni tempat buat duit, atau bg hukum yg kena dkt gerombolan saja.. on PEMBACA JANGAN BUAT KERJA KURANG SOPAN
Publish | Delete | Spam
AF Global
on 6/30/16





-----------

PENSENJAJARAN SEMULA - POLITIK BARU

Posted: 29 Jun 2016 10:18 PM PDT




PENSEJAJARAN SEMULA

DAN POLITIK BARU

Mukadimah saya kali ini ialah menerangkan sajelas mungkin : bahawa dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan TIDAK akan menang. Saya ulangi: tidak akan menang. Jangan sesekali menyimpan harapan. Jangan sesekali ada mimpi. Jangan sesekali ada angan-agan. Mustahil Pakatan Rakyat/Pakatan harapan akan menang dalam pilihan raya. 

Saya telah memberi pencerahan berkali-kali bahawa sistem pemilihan di Malaysia ini berat sebelah. Sistem pemilihan ini telah direka dan telah dibuat dengan niat berat sebelah. Sistem pemilihan yang berat sabelah ini telah dicantikkan dan dihalalkan oleh Parlimen.

Sistem PRU yang diuruskan oleh Suruhanraya Pilihan Raya   (SPR ) ini diwujudkan untuk  memastikan parti United Malays National Organsiation akan terus menang. Ini hakikat ini bukan fitnah atau tohmah.

Kita tidak perlu pergi jauh. Ingat kembali tuntuan BERSIH yang mahu DAKWAT KEKAL. Betul dakwat kekal  ini disediakan. Betul SPR menerima pakai cadangan Bersih - cuma dakwat kekal yang disediakan oleh SPR  dalam PRU13  TIDAK kekal.  Satu Malaysia kena tipu. Terang-terang rakyat ditipu. 

Tidak ada dakwa dakwi. Satu tindakan pun tidak diambil kerana penipuan ini. Malah yang membuat laporan dakwat kekal yang tidak kekal ini - Mejer Zaidi - telah dibuang kerja. Ini fakta bukan tohmah. Bukan fitnah.

Untuk sosok yang rasional dan berfikir - Episod Dakwat Kekal  ini sahaja telah membuktikan bahawa pilihanraya di Malaysia ini satu sandiwara yang disusun untuk memastikan United Malaysia National Organisation akan terus menang dan berkuasa.  

Tetapi pasti ada yang tidak yakin dengan bukti peranan SPR yang menipu hanya melalui Episod Dakwat Kekal. Justeru saya cadangkan   sila baca Laporan Tribunal Rakyat Bersih. Dalam Tribunal Rakyat PRU13  yang diumumkan oleh Bersih kepada dunia pada 24 March 2013 - kita akan bertemu bukan berpuluh malah beratus-ratus kes penipuan yang dijalankan secara terancang untuk memastikan United Malays National Organistaion akan menang.

Kita telah melihat apa yang berlaku dalam PRU13. Kita melihatkan apa yang sedang berlaku kepada Najib Rosmah. Kita sedang melihat dan membaca  tentang tim FBI yang sedang menjalankan siasatan keatas ke 1MDB. Membaca bagaimana beberapa 'orang suruhan' Najib mula menghilangkan diri. Kita membaca bagaiaman Wall Street Journal - media  besar dari Amerika terus menyerang Najib Rosmah. Rakyat Malaysia juga diberitahu melalui media Amerika bagaimana rasuah dan penipuan telah dijalankan oleh  Riza Aziz dan Jho Low untuk merembat dana 1MDB. Riza ialah anak Rosmah.

Kita juga membaca bagaimana Ghani Patail diberhentikan. Kita juga membaca bagaimana Ketua SPRM berhenti tiga tahun lebih awal. Kita juga membaca tentang kes Zeti di Bank Negara. Kita juga membaca bagaimana pegawai tinggi SB ditukarkan dari PDRM ke  Jabatan Perdana Menteri. Kita juga membaca bagaimana Kevin Morais dibunuh.

Kita juga membaca dan menilai suasana politik negara terutama dengan terrsingkirnya Muhyiddin dan Mukhriz. Kita semua sedang membaca bagaiman ratusan cawangan United Malays National Organisation telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan. 

Semua berita ini - semua babak-babak politik ini adalah latar belakang PRU14. Semua ini mempengaruhi PRU14. Semua ini meyakinkan saya bahawa PRU14  akan  dijalankan nanti adalah PRU yang paling kotor - lebih kotor dari kotor. Lebih jijik dari jijik yang menjijikkan.  PRU14 adalah titik tolak dimana pemilihan dan pengundian  di Malaysia akan berlandaskan kepada dua pekara.

Pertama: kuasa  duit. Kedua: penipuan.

Dalam PRU14 ini nanti Najib Rosmah akan menggunakan  duit dan tipu untuk memastikan United Malays National Organistaion terus menang berkuasa.

Mustahil Najib Rosmah akan membenarkan Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan memenangi apa apa.  PRU14 ini adalah PRU dimana Najib Rosmah bukan hanya boleh memperlekeh Mahathir Muhamad malah Najib boleh berkata kepada Mahathir Muhamad - fuck you Mahathir... Aku menang besar...so shut the fuck up.

PRU14 yang akan datang ini akan membuktikan kepada Mahathir   bahawa Najib Razak - Mugabe Malaysia -  masih popular, masih disanjung dan diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin negara.

Pada ketika saya menggarap tulisan ini Najib Rosmah tidak lagi memikirkan tentang kesejahteraan rakyat Malaysia. Tidak lagi menghitung dasar yang terbaik untuk umum. Najib Rosmah tidak lagi berfikir bagaimana hendak membuat dasar dalam dan luar negara yang akan membawa laba kepada negara.

Tidak. Tidak. Tidak. Semua ini bukan dalam perkiraan Najib Rosmah. Ketika ini - yakinlah - Najib Rosmah hanya berfikir untuk terus berkuasa. Jika Najib hilang kuasa jawapannya ialah Najib dan Rosmah akan ditangkap. Najib akan didakwa  didalam dan luar negara. Tim FBI hanya menunggu masa dimana Najib tidak lagi dilindungi oleh kuasa negara atau hubungan diplomatik.Ini hakikat. Ini fakta bukan fitnah atau tohmah. 

Justeru Najib Rosmah akan menggunakan duit dan penipuan untuk memastikan dalam PRU14 - gerombolan yang dikepali oleh  Najib Rosmah  akan menang menang besar.

Mustahil pembaca tidak memahami latar yang saya lakar ini. Dari latar ini saya mencadangkan kita - Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan melakukan  pensejajaran semula - realingment.

Tujuan pensejajaran semula ini ialah menggalang satu perserikatan yang maha besar untuk satu tujuan. Bukan untuk memenangi PRU14. Bukan untuk mengagih-agih kerusi. Ini kerja kemudian. . Pensejajaran semula ini bertujuan untuk menyingkirkan Najib Rosmah dari kuasa.  Ini satu ajenda  induk - yang akan merungkai kekalutan politik ekonomi  Malaysia.

Dari pensejajaran semula akan timbul persoalan Parti Islam - Pas. Dimana letaknya parti ini dalam pensejajaran semula ini.

Pada hemat saya - Parti Pas pada ketika ini sedang bersedia dan telah  bekerjasama dengan United Malays National Organisation. Jika saya Najib - maka Pas akan saya jadikan alat yang cemerlang untuk menghuru harakan pihak yang menentang.

Pas tidak akan masuk ke dalam Barisan Nasional. Peranan Pas lebih cantik dan indah diluar Barisan.

Najib akan mengula-gulan Hadi dengan kesah Nabi, bidadari dan syurga . Najib akan berwirid dan berhana na dengan Haji Hadi sambil  Hadi bersurah tentang hudud dan potong tangan.  Semua ini akan  memberahikan  nafsu  Haji Hadi Awang.

Apabila PRU14 sampai  - saorang Tok Arab  akan mengeluarkan zakat kepada parti Pas atas nama Islam. Atas nama Sunnni wal Rasuah. Atas nama kesatuan ummah. Duit zakat yang bertimbun-tihun ini akan membolehkan parti Pas bukan sahaja membeli bendera baru, bukan sahaja membeli pejabat baru  malah Pas akan bertanding diseluruh  negara. Jika Najib meminta Hadi bertanding di Paris atau Brixon pun Hadi dan parti Pas akan hangguk kepala- bersetuju. 

Saya pernah menambah pandangan Karl Marx. Mengikut pandangan  Karl Marx sejarah manusia ialah sejarah perjuangan kelas. Saya tambah sadikit - sejarah perjuangan manusia ialah sejarah perjuangan kelas  dan sejarah pembelotan.

Hakikatnya Pas dibawah pimpinan  Hadi telah belot. Ini bukan tohmah. Ini bukan fitnah. Ini fakta.

Apakah ini bermakna dalam pensejajaran semula  ini Pas tidak bersama? Tidak. Dalam pensejajaran semula ini sesiapa sahaja yang mahu menyingkirkan Najib Rosmah dari tampuk kuasa akan diajak bersama.

Hadi yang melantik dirinya sebagai penasehat Najib Rosmah pastilah dibaca sebagi musuh. Bagitu juga Nik Abduh  dan beberapa bengolan lagi yang amat bersedia membuka seluar dan jubah untuk bersama dengan United Malaya National Organisation. 

Hakikatnya bukan semua pemimpin Pas setuju dengan apa yang dibuat oleh Hadi. Bukan semua ahli parti Pas menyokong langkah Hadi berbaik baik dengan Najib.  Tidak semua ahli Pas mendapat dedak.

Hari ini parti Pas bukan lagi monolitik. Parti ini tempang, berdarah dan terumbang ambing. Keputusan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar jelas membuktikan bahawa Pas tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu saperti  dalam PRU13. Parti Amanah sedang bersedia untuk menjadi wadah perjuangan baru kepada ahli Pas yang bosan dan kecewa dengan Hadi.

Dalam pensejajaran baru ini bukan hanya  dijemput PKR, DAP , AMANAH, PSM, PRM - malah kita menjemput semua parti politik termasuk Pas, MCA , MIC , Gerakan dan juga United  Malaya National Organistion sendiri. Kita juga menjemput  semua NGO dan NGI.

Saya cukup yakin ramai ahli MIC, MCA, Gerakan, Pas - yang sedar akan jenayah yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah. Ramai dari ahli parti ini yang  berfikir dan rasional. Mustahil kesemua ahli parti parti ini bebal bodoh dan makan dedak.

Lihat  bagaimana United Malays National Organisation  sedang retak bukan hanya dengan  penyingkiran Muhyiddin dan Mukriz. Kewujudnan  Gabungan Ketua Cawanghan Malaysia (GKCM) pada ketika ini sedang membara. Jika dikipas dan dibubuh minyak kemungkinan GCKM ini berpotensi untuk membawa satu perubahan dalam United Malays National Organisation.

Hakikatnya  jika penggalangan baru ini dapat diwujudkan, maka satu ombak rakyat yang maha besar dapat bergerak dengan induk - singkirkan Najib.

Pada tahap ini kerusi apa untuk siapa? Berapa kerusi aku? Berapa kerusi kau? Siapa bakal PM? Siapa jadi menteri adalah cakap-cakap bodoh yang tidak berpijak dibumi nyata.

Berpijak dibumi nyata ialah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan tidak akan menang  dalam PRU14 - yang akan dijalankan dengan penipuan. Dalam sejarah  negara dunia ketiga tidak ada - saya ulangi lagi sekali - tidak ada pertukaran kerajaan melalui pilihan raya. 

Di Malaysia ini - telah saya buktikan dengan rujukan kepada Pilihan raya Kerajaan Tempataan. Terbukti  - jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihan raya akan diharamkan. Selamat hari Raya. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


--------

NAJIB SELAMATKAN DIRI

Posted: 29 Jun 2016 09:40 PM PDT






TT TELAH

MENULIS

NAJIB AKAN

LAKUKAN APA

SAHAJA UNTUK

SELAMAT DIRI

TAK PERCAYA

LAGI KE?



'Bebas Guan Eng, Tangkap Najib' bergema di himpunan nyalaan lilin

Pemimpin dan ahli DAP berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang malam tadi untuk menuntut pembebasan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan di premis itu bersama dengan Phang Li Khoon, pemilik sebelumnya banglonya di Jalan Pinhorn pada pukul 6 petang semalam.
Pemimpin utama DAP Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng, Danny Law dan Chong Eng dilihat di kalangan orang ramai.
Naib Presiden Parti Amanah Negara,  Mujahid Yusof Rawa tiba selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Bukit Gelugor, yang sepatutnya turut dihadiri Guan Eng.
Laungan "Bebaskan Guan Eng" dan "Hidup Guan Eng" kedengaran di kalangan orang ramai.
Mereka juga melaungkan "Tangkap Najib, tangkap Jho Low", merujuk kepada Najib dan rakan keluarganya, anak kelahiran Pulau Pinang yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek-Jho.
SIAPA ADA

MIMPI MIMPI

SIAPA ADA

ANGAN ANGAN

NAK MENANG

PRU14?

SAJE TANYA

MANA TAHU

BULAN PUASA



----------

KES SELESAI

Posted: 29 Jun 2016 09:00 PM PDT







KELMARIN

DI MAHKAMAH

PERSEKUTAN

PUTRAJAYA


Rayuan k'jaan ditolak, bekas tahanan ISA dapat RM5.16 juta

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.
Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang.
Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting.
Mereka adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua, ADUN Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Din.
Pampasan itu bagaimanapun tidak meliputi tempoh dua tahun ketika mereka ditahan di kem Kamunting untuk tahanan ISA, selepas dilabel sebagai pengganas pada masa itu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai.
"Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan.
"Keputusan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya.
Mahkamah juga menganugerahkan kos RM30,000 kepada kelima-lima mereka selepas menolak rayuan itu.
Hakim lain yang bersidang sama adalah Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Dengan keputusan hari ini, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar kepada lima tahanan itu  dijangka berjumlah RM5.16 juta.

----------

SATU PERTANYAAN

Posted: 29 Jun 2016 08:30 PM PDT




DUIT DARI SIAPA
Tahniah tt, tc, dan 3 lagi. 2001 ke 2016 adalah 15 tahun yang panjang untuk akhirnya melusuri hingga ke titik noktah satu hikayat yang liku-likunya seribu satu dan berpagarkan onak-onak tajam lagi kejam. 

Cuma satu persoalan di benak para pembaca, jika diberi pampasan 1 juta atau beberapa juta kepada kamu ber5 oleh kerajaan najib, adakah juta itu datang dari:

 a)wang derma 2.6bilion, maka kamu tt terjebak sama mengumpul harta dari apa yang diheboh sebagai skandal pengubahan wang haram, atau 

b)wang cukai gst, maka kamu tt terjebak sama meratah wang dari hasil keringat rakyat, atau 

c)wang dari poket, eh handbag birkin kak mah, maka kamu tt ternyata selama ini terjebak skandal dengan kak mah kahkahkah tanya je jangan marah on TADI KAMI BUAT SEJARAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/29/16



------------