WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
FEEL GOOD FACTOR DI SARAWAK, PRU 14 MUNGKIN TAHUN HADAPAN – KHALID Posted: 18 May 2016 05:30 AM PDT Feel good factor di Sarawak, PRU 14 mungkin tahun hadapan – KhalidPM Najib Razak mungkin memanggil pilihan raya awal selepas kejayaan BN di Sarawak, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad. Katanya, Perdana Menteri sekarang bersemangat untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh akhir penggal pada 2018 berikutan mood pengundi Sarawak yang 'kembali kepada BN' Justeru itu, Khalid mengingatkan agar Pakatan Harapan segera merancang strategi dan bersatu padu demi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) yang mungkin diadakan pada tahun hadapan. "Kita mesti mula merangka strategi yang sesuai untuk semua komponen dalam Pakatan mulai sekarang juga," katanya. Mengulas PRN Sarawak yang mana pembangkang kalah teruk terpukul imej 'bersih' Adenan Satem, Khalid berkata sebaliknya. Menurutnya PRN itu antara yang paling kotor dalam sejarah berdasarkan habuan projek segera bernilai RM300 juta dan pelbagai jenis rasuah lain kepada pengundi. "Kita sudah menjangkakan keputusan yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan dan bersedia menghadapi hakikat ini kerana Sarawak telah lama digelar 'simpanan tetap BN'. "Satu daripada faktor yang memainkan peranan besar dalam kekalahan Pakatan ialah dana lumayan dan melimpah-ruah yang dijanjikan oleh kerajaan Persekutuan jika para pengundi terus memberi sokongan kepada pasukan Adenan Satem. Tawaran itu menyebabkan kita sukar bersaing," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Selain dari itu, kata beliau lagi, keiktirafan UEC (peperiksaan sekolah Cina) oleh kerajaan Sarawak dan penghapusan bayaran Cukai Tanah juga berjaya menarik kembali sokongan dari pengundi Cina. "Tetapi sepanjang masa berkempen, Adenan telah menegaskan bahawa isu-isu nasional tidak perlu diberi tumpuan untuk PRN Sarawak. Tidakkah ini menunjukkan kelemahan beliau dalam mengelak memberi jawapan berkenaan dengan isu-isu hangat seperti isu 1MDB?" tanya Khalid. Beliau menyarankan calon-calon PH di Sarawak agar tidak patah semangat dan terus memberi pencerahan kepada masyarakat mengenai penyelewengan BN bagi menghadapi pilihan raya Parlimen di negeri itu seawalnya tahun hadapan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan