Tukar Tiub |
- UCAPAN UNTUK SARAWAK
- HARI RAYUAN GWA
- DUA TELAH DITANGKAP
- HUSAM MUSA
- MEMBALAK BERSAMA ULAMAK
- JADI SOSOK YANG BAIK
- KES PUTUS URAT SARAF
- SATU KEMALANGAN
- TANDA TANDA MAKIN JELAS
- SURAT DARI AKU
- TUKAR TIUB LAST GIG
- HANG TUAH WUJUD ATAU TIDAK?
- AL- FATIHAH
- APA LAGI CINA MAU
Posted: 06 May 2016 06:33 PM PDT ANAK SARAWAK SELAMAT MEMILIH WAKIL ANDA PILIH DENGAN HATI BERANI ------------ |
Posted: 06 May 2016 06:00 AM PDT SENIN DEPAN BUKAN SENIN INI KEPUTUSAN RAYUAN GWA Keputusan rayuan kes akta hasutan @IshamRais akan diputuskan 16 Mei ini. Tukar gambar profile anda tanda solidariti. ----------- |
Posted: 06 May 2016 05:30 AM PDT DUA TELAH DITANGKAP DUA SEDANG DI CARI FBI AKHBAR TEMPATAN TIDAK LAPOR Siasatan 1MDB: Bekas pegawai BSI berdepan 3 dakwaan tambahanBekas pegawai BSI Bank dari Switzerland yang beroperasi di Singapura berdepan tiga lagi dakwaan tambahan atas pergerakan dana dari akaun yang dikaitkan dengan dana pelaburan Malaysia, 1MDB, demikian menurut laporanStraits Times Singapura.Yeo Jiawei telah digambarkan oleh pihak pendakwa sebagai memainkan "peranan berpusat" dalam pergerakan dana dan menyembunyikan transaksi. Pihak pendakwaan berkata, para penyiasat mengesyaki "sejumlah wang - S$200,000 dan US$200,000 - dipindahkan bagi pihak Yeo" kepada Harry Elias Partnership, firma guaman untuk peguamnya, Philip Fong, "mungkin perolehan berkaitan pelakuan jenayah". Pegawai bank berusia 33 tahun itu didakwa buat kali pertama pada 16 April ekoran cuba menghalang keadilan, menipu bekas majikan dan penggubalan wang haram, membawa kepada enam dakwaan ke atas beliau. Menurut Straits Times, tiga dakwaan tambahan itu ialah : 1. Menipu bekas majikan (BSI) pada tahun 2013 dengan menyembunyikan fakta beliau menerima sebahagian yuran dibayar menerusi Bridgerock Investment, firma yang dikawal beliau, kepada Pacific Harbor Holdings, pengurus pelaburan kepada Pacific Harbor Global Growth. 2. Cubaan untuk menghalang keadilan apabila beliau meminta Kevin Swampillai, bekas pengarah perkhidmatan pengurusan kewangan BSI, pada 27 Mac untuk menipu polis yang duit yang dipindahkan oleh Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment adalah pelaburan Goh. 3. Memindahkan US$500,000 daripada akaun Malayan Banking atas nama Bridgerock Investment pada 14 November 2012 kepada OCBC account atas nama Yishun Aquarium. Jumlah itu dilaporkan mewakili "manfaat daripada penipuan" beliau. Reman untuk seminggu lagi Straits Times turut melaporkan bahawa hakim daerah Christopher Goh telah meluluskan permohonan pendakwa untuk mereman Yeo untuk seminggu lagi, tetapi membenarkan beliau mempunyai akses "bersebab" dengan peguamnya, dengan aturan oleh Jabatan Hubungan Komersil KOMENTAR isingapura buat tangkapan awalnya singapura berdiam diri tapi apabila kerajaan swiss bertindak apabila tim fbi sampai maka singapura mula bergerak ini untuk mempertahan perniagaan mata wang di singapura seorang masioh ditahan di abu dhabi kini seorang direman di singapura akhbar tempatan arus perdana tidak lapor beriat ini nasib baik ada portan internet kalau tidak kita semua tidak tahu apa yang sednag berlaku pada ketika ini tim FBI telah sampai ke kuala lumpur diberitakan tim FBI sedang mencari china tembam jho low dan juga seoarang lagi jantan melayu kes ini tidak akan selesai kes 1MDB ini akan berterusan kes 1MDB ini telah menjadi kes dunia ini kes mendobi duit ini kes pindah wang haram ini kes rasuah paling besar para pemain utama kes 1MDB ini tidak akan terlepas hanya menunggu masa ------------ |
Posted: 06 May 2016 01:30 AM PDT BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering. Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini. Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu. Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara. Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun. Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang. Namun, saya hanya insan kerdil. Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati. Mungkin ada hikmah yg sedang menanti. Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi. Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain. Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya. Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya. Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok. Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini. Moga Allah sentiasa membimbing kita semua. Sekian. Terima kasih. Husam Musa Jumaat 28 Rejab 1437 6 Mei 2016 ---------- |
Posted: 06 May 2016 01:00 AM PDT PROGRAM MEMBALAK BERSAMA ULAMAK PAS pecat bekas naib presidennya, Husam MusaJawatankuasa tatatertib PAS hari ini memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti . Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah ADUN Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok. KAH KAH KAH wa tak ada apa nak royak wa tergolek dog kah kah kah JAGA BALAK --------------- |
Posted: 06 May 2016 12:00 AM PDT |
Posted: 05 May 2016 11:15 PM PDT KES PUTUS URAT SARAF Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang JoKUCHING: Timbalan Presiden PBB, Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam. Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus. "Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?" katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini. KAH KAH KAH mustahil hang tak faham kah kah kah i rest my kes ------------- |
Posted: 05 May 2016 10:30 PM PDT HANTU DAN JIN Ada konco-konco tengah merekrut hantu-hantu dan jin di dalam hutan supaya mengundi untuk parti dacing senget.apa susah kasi dedak saje.tak perlu buat majlis korban itu ini.tak perlu majlis menaik menurun berasap kemenyan.nanti da setel undi tu akan dicampakkan ke mana-mana kawasan berisiko tinggi.kemudian akan terjadi drama kegelapan mengejut.tanpa disedari undi hantu dan jin ini akan jadi penyelamat keadaan on MACAM MACAM TEORIPublish | Delete | Spam Anonymous on 5/6/16 MENYOROK Heli tengah menyorok.nanti masa undi keluarlah die bawak kotak-kotak berisi undi hantu-hantu dan jin-jin disebarkan ke merata tempat.nak menang sangat la katekan. on MACAM MACAM TEORIAnonymous on 5/6/16 KUBOR Berita SEDIH lah..... Masok KUBOR BUKAN SENANG okay..... Boleh dalam duit INSURANS banyak ke Nak pakai BILYON BILYON tutup LOBANG TAIK kan..... MAT BAHALOL BUKAN BODOH Budak dalam GUA ingat bijak macam Kancil OH MY LOL , kata TRUMP kalau dia baca berita Mat Dah Bahalol on MACAM MACAM TEORIAnonymous on 5/6/16 POLIS Polis Sarawak pun nak jadi wartawan juga. Janji lapor!!! on MACAM MACAM TEORIAnonymous on 5/6/16 ------------ |
Posted: 05 May 2016 09:56 PM PDT |
Posted: 05 May 2016 09:08 PM PDT SURAT DARI AKU kawan ku yang baik hati, aku menulis lagi tentang panas aku menulis lagi tentang cuaca tentang air sungai pahang yang mula susut tentang chuping yang hangat tentang waduk air yang kering sebenarnya aku gelisah sabenarnya aku gundah sabenarnya aku merasa takut melihat bumi manusia ini terbakar telah lama aku fikirkan jika kita semua memiliki kesedaran jika kita semua faham jika kita sedar tahu jika anak semua bangsa peduli bahawa bumi kita ini sedang sakit -alangkah baiknya jika bunda bumi ini kita selamatkan bersama aku menulis ini hanya untuk membawa pencerahan tulisan tulisan ini aku buat sebelum aku ke penjara minggu hadapan aku akan dihadapkan ke mahkamah untuk kali terakhir - aku merayu di putrajaya jika gagal maka aku pergi untuk sementara aku tinggal kan pada kau tulisan tulisan ini untuk kamu baca kawanku yang baik hati, aku tak mahu kau bersedih khairil anwar berkata : tak perlu sedu sedan itu aku katakan bahawa kita bukan binatang jalang kita juga bukan dari kumpulan terbuang kita adalah suara ramai suara 52% rakyat malaysia jadi tak perlu kamu bersedih jika aku dipenjara kau bacalah apa yang aku tulis kau teruskan apa yang kau buat aku tahu kau anak yang baik aku tahu kau benih yang baik benih baik jatuh ke laut akan menjadi pulau lama aku fikirkan sabenarnya orang baik baik amat ramai berbanding dengan orang jahat jahat cuma orang baik baik ini belum melakukan apa apa maka orang jahat jahat terus berkuasa jika aku dipenjara - aku tidak akan menulis aku akan berehat selama 9 bulan kawan ku yang baik, kau jangan tersilap yang aku tinggalkan diluar pintu besi bukan satu harapan bukan satu impian bukan satu berahi yang aku tinggalkan adalah kamu yang memiliki kudrat dan fikrah untuk melakukan sesuatu yang baik hampir aku terlupa biar aku beri tahu ketika aku dalam penjara kau tak dapat melawat aku kerana ini hukum negara aku juga tidak memerlukan lawatan yang aku perlukan ialah kamu menyampaikan berita kegeringan bunda bumi bunda yang sedang sakit ini perlu rawatan kawan ku yang baik hati, kamulah bomoh kamulah tabib kamulah pawang kepada bunda yang gering amin - wassalam NOTA bila aku keluar nanti yang aku cari ialah sepapan petai dan secangkir air sejuk BACA DISINI https://www.malaysiakini.com/columns/336023 https://www.malaysiakini.com/columns/336699 https://www.malaysiakini.com/columns/337611 https://www.malaysiakini.com/columns/338522 https://www.malaysiakini.com/columns/339361 https://www.malaysiakini.com/columns/340192 --------------- |
Posted: 05 May 2016 08:39 PM PDT |
Posted: 05 May 2016 08:18 PM PDT HANG TUAH WUJUD ATAU TIDAK? Wujud ke Hang Tuah ini?..Apakah beliau hanyalah watak imaginasi atau benar-benar wujud?.. Persoalan ini akan dijawap oleh ahli sejarah terkemuka Prof. Emeritus Dr. Ahmat Adam.. Kami menjemput anak semua bangsa yang berminat dengan kajian sejarah Melayu untuk hadir ke syarahan umum ini pada: Hari/Tarikh: Rabu 11th Mei 2016 Tajuk: "Laksamana Melaka dalam sejarah kebudayaan Melayu: Benarkah namanya Hang Tuah?" Tempat: Kelab Bangsar Utama, 52 C, Jalan Kemuja, Bangsar Utama Waktu: 8.30pm-1030pm Siaran langsung di www.radiobangsarutama.com Nota kuliah akan disediakan, namun kuantiti terhad..First come first served!.. ----------------- |
Posted: 05 May 2016 07:50 PM PDT Serpihan helikopter ditemui pagi iniPasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan yang dipercaya berpunca dari helikopter AS350 yang dilaporkan hilang.Najib memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar pagi ini. Manurutnya, operasi SAR telah bergerak dan dari maklumat yang diterima pada jam 9.50 pagi ini, pasukan itu telah menui serpihan yang dipercayai berpunca dari helikopter yang hilang itu. Serpihan itu termasuk sebuah kerusi, sebahagian pintu dan sebahagian kipas dan sebahagian dinding pesawat. Bagaimanapun, penumpangnya belum ditemui. NOTA pakatan harapan akan bergaduh lagi ----------- |
Posted: 05 May 2016 07:18 PM PDT APA LAGI CINA MAU Tanpa dakwah Cina, Melayu mungkin sembah pokok, kata Ridhuan Tee KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kecewa mualaf tidak diberikan kedudukan dan bantuan wajar, penulis kontroversi Ridhuan Tee Abdullah menyelar orang Melayu yang mengutamakan kaum dan diri sendiri melebihi persaudaraan Islam. Menulis di kolum mingguannya, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu mengingatkan bahawa tanpa jasa pendakwah Cina dan India membawa Islam, "mungkin ada lagi Melayu masih menyembah pokok". - See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tanpa-dakwah-cina-melayu-mungkin-sembah-pokok-kata-ridhuan-tee#sthash.DACTs6zy.dpufWOIT kalau tak ada dasar DEB dasar ekonomi pro melayu ada kah cina masuk islam nak jadi melayu saje tanya jangan marah CARI MAKAN -------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan