Tukar Tiub |
- MALAM KELMARIN
- PILIHAN YANG AMAT SUSAH
- SHAER DAN GURINDAM ITU
- PESANAN UNTUK MEREKA
- DIPENJARA
- DATANG LAH MALAM INI
- MALAM INI JEMPUT DATANG
- LAGI SURAT DARI AKU
- ENCIK NAJIB APA KHABAR?
- BERGADUH -HANCUS MANCUS
- BERSETIA KAWAN
- KITA SAMA SEKAPAL
Posted: 14 May 2016 06:51 PM PDT |
Posted: 14 May 2016 05:30 AM PDT SELAMAT DATANG KEMBALI 14 Mei 2016 Media Umno, Mykmu.net melaporkan, desas-desus kini bergerak kencang kemungkinan Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang akan membuat 'comeback' dalam Pilihan Raya kecil (PRK) Sungai Besar pada Jun nanti KAH KAH KAH satu pilahan amat payah untuk dibuat dr khir atau ikan bakar wow - hebat ISTANA MANA ------------ |
Posted: 14 May 2016 05:00 AM PDT BILA MALAM BERLABUH KAU DENGARI SHAER INI '#puisi BALASAN SURAT BUAT TEMAN, ISHAM A.K.A ATUK ISHAM' on #SoundCloud #np https://soundcloud.com/bungarumput/solidarity-isham-rais?utm_source=soundcloud&utm_campaign=share&utm_medium=twitter … #ishamrais @IshamRais @HapusHasutan dengar disini:https://soundcloud.com/bungarumput/solidarity-isham-rais?utm_source=soundcloud&utm_campaign=share&utm_medium=facebook --------------- |
Posted: 14 May 2016 04:30 AM PDT SATU LAGI SURAT DARI AKU kawan ku yang baik hati, kau lihat lah klip ini kau ulang lihat sekali lagi apakah kau faham erti isinya apakah kau tahu bahasa nahunya aduh! lihatlah apa yang aku tinggalkan lihatlah apa yang aku rindui lihatlah betapa rahsia aku terbuka lihatkan gaimana rahsia aku diumumkan kawan ku yang baik hati, apakah kau kenal petai apakah kau pernah merasa petai apakah kau tahu nikmat petai ah! dunia ini tanpa petai adalah dunia yang tak lengkap aku bersumpah aku berjanji aku berkiblat jika dunia ini tanpa petai maka aku tidak mahu dilahirkan kepada yang maha esa aku berterima kaseh kepada yang maha berkuasa aku merasa bersyukur kerana aku dilahirkan dibumi tropikal dibumi suburnya hidup petai bila aku dikurung nanti akan aku bilang jeriji besi akan aku kira dawai berduri akan aku khayalkan semua ini adalah papan petai yang bergantungan subur bila aku merindui petai maka aku akan teringat klip ini maka semua tembok runtuh semua besi cair kerana aku tersenyum penuh kegumbiraan yang aku tinggalkan diluar adalah anak anak muda yang makin berani yang makin liar yang makian kreatif! salut! |
Posted: 14 May 2016 01:00 AM PDT |
Posted: 14 May 2016 12:31 AM PDT |
Posted: 13 May 2016 11:41 PM PDT JEMPUT HADIR MALAM INI 52C JALAN KAMUJA BANGSAR UTAMA DEPAN SEKOLAH TAMIL JAM 8:30 MALAM RINDU GILER Adus.. nangis gua.. bermakna 9 bulan juga gua mesti rindu giler ngan tukartiub. Berpuasa dan beraya tanpa tukartiub.. adusss Selamat berehat tuan. Ingat, tuan ada dua yg masih ada, Allah dan Muhammad. InsyaAllah tuan x akan kesunyian. Berehat di hujung umur.. bagus ni. Makan free.. tahan sakit hati ja. on LAGI SURAT DARI AKU Anonymous on 5/14/16 REZEKI TETAPA ADA Sedih dgn ko Hisham n sedey dgn Ezi n Jai tpi insyallah,selagi ada nyawa, rezki tetap ada.Sape yg bole halang rezki, nyawa, kalo Pencipta tk izinkan. Sebgaimna kegembiraan, kebhgiaan tidak kekal kesedihan ni juga sementara. Doakan kau bhgia dunia akhirat & dlindungi Allah harta/kesayangan kau. on SELAMAT PAGI SEMUA Publish | Delete | Spam Anonymous on 5/14/16 JANGAN MERADANG Kepada Sdr TT Andainya perjuangan mu dikira gagal Jangan sesekali berpilu, malah jangan meradang Pada hari yang hiba itu, yakinlah; Hari gembira itu, pasti akan muncul. Di harimuka nanti pasti wujud hati yang ceria Jika kini terasa sangan suram-muram Semuanya adalah transit berlaka, semuanya akan berlalu Apa yan berlalu itu sangat pula berharga Teruskan perjuangan suci mu --drp Ramli Abdul Samad on BERSETIA KAWAN UNCLE RAMLI on 5/14/16 TERIMA KASEH ----------- |
Posted: 13 May 2016 10:00 PM PDT SURAT AKU LAGI kawan ku yang baik hati, apa khabar dua hari ini aku gumbira terus ah! walau pun aku terpenjara aku akan tersenyum kau lihatlah klip ini kau juga akan tersenyum jika aku dalam bilik yang kosong dipagari jeriji besi aku akan teringat akan klip ini maka aku tersenyum berkata: ' wah hidup ini penuh erti' 'wah hati aku suci macam bauh laici' anak kecil ini jika menulis akan menjadi seniman besar jika melukis akn jadi pelukis tersohor jika pemecut akan memecah rekod alam jika menyanyi dunia akan gegak gempita jika mengkaji akan pakar ilmiah handal nah kau lihat sendiri kawan ku yang baik hati, aku ketawa bila dipanggil atuk aku tersenyum kerana dah jadi atuk inilah perjalanan hidup hidup kita umat manusia hanya dalam tiga babak malah apa saje dalam alam ini semuanya dalam tiga babak babak pertma: kanak kanak babak kedua : mendewasa babak ketiga : penutup kata hidup aku pun dalam tiga babak babak pertama aku dilahir babak kedua aku berkelana babak ketiga aku kembali aku telah berjanji akan menulis tiga babak ini dalam 3 jilid aku ingin merakam kesah aku ingin berkongsi cerita aku ingin kau senyum ketawa kawan ku yang baik hati, aku harap kau bersabar aku tahu aku telah pernah berkesah hal ini malah aku menjadikan kau tertunggu-tunngu sembilan bulan ini nanti jika aku ada pen jika aku ada kertas aku akan cuba merangka tapi sebenarnya aku tak tahu apa yang akan berlaku sebelum itu sila tonton bagaimana hati seorang atuk sesuci buah laici HATI ATUK KU SESUCI BUAH LAICI |
Posted: 13 May 2016 09:00 PM PDT BETUL SOHEH AGONG TAK BOLEH PECAT Salleh: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan bolehkan Agong pecat PMTiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat perdana menteri, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak. Merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tandatangan yang kempen "Selamatkan Malaysia" yang sepatutnya diperoleh bagi menyokong petisyen itu, Salleh berkata, amat sedikit Seri Paduka boleh lakukan mengenai petisyen itu. "Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa perdana menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong. TAPI BOLEH TAK RAJA TARIK DARJAH KEBESARAN MACAM SULTAN GANU BUAT ? DATUK SERI JADI ENCIK KAH KAH KAH SAJE TANYA JANGAN MARAH ------------ |
Posted: 13 May 2016 08:17 PM PDT BERTANDING CALON NAJIB KOMENTAR ini adalah dua PRK yang penting yang bertanding ialah calon najib najib sedang dipertandingkan pakatan harapan - amanah pkr dap termasuk PAS - akan kalah jika tidak memahami apa makna prk di kuala kangsar dan sungai besar jika parti parti yang menentang gerombolan ketuanan melayu gagal bersatu gagal meletakkan hanya 1 calon maka mereka akan bungkus prk ini akan memperlihatkan apakah najib dapat sokongan orang ramai atau tidak yang bertanding ialah pilihan najib yang bertanding ialah najib betul penipuan akan berjalan betul duit akan ditabur betul santa datang awal dalam masa yang sama DAP PKR PAS dan AMANAH wajib juga membetulkan rumah sendiri memahami tanda dan makna sungai besar dan kuala kangsar mata hati rakyat sedang memandang kepada PRK ini rakyat teah kecewa dengan 'gelawak' bangang pakatan harapan di sarawak rakyat kecewa dengan intrik dalaman yang tak sudah sudah dalam PKR rakyat telah mual rakyat telah muak bila rakyat muntah yang dimuntahkan ialah pkr, dap, pas dan amanah PRK Sungai Besar: BN dijangka kalah teruk SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor. "Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya. Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah. WOIT kalau parti anti-gerombolan terus bergaduh biarkan mereka pergi jahanam HANCUS MANCUS --------------- |
Posted: 13 May 2016 07:41 PM PDT SETIA KAWAN kepada kawan kawan sahabat dan kenalan yang merakam setia kawan yang menulis semangat solidariti yang turut bersama gwa ucapkan terima kaseh orang kampong gwa di wavre belgium akan kata 'merci beoucoup' orang kampong gwa ke kg chenor jelebu kata 'laaa jang.. kao kono lagi' yang belum lihat FB ini sila klik untuk sama bergumbira buka disini: solidariti untuk isham rais ------------ |
Posted: 13 May 2016 07:18 PM PDT FACE BOOK One for the album... Hishamuddin rais, long time activist faces a looming jail term come Monday for calling for mass protests.. Whats the crime in that? It's a legitimate form of expression...and so fundamental to a democratic society...the 1 mdb board of directors, Jho Low and the crooks behind the 1mdb continue to roam free....where is the justice??? ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan