Isnin, 23 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] DAP Umum Sokong AMANAH Di Sungai Besar

Posted: 23 May 2016 12:34 AM PDT

DAP nyatakan sokongan terbuka Amanah tanding PRK Sungai Besar

Di sebalik kebuntuan 'rundingan' siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, DAP secara terbuka telah menyatakan sokongan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding.

Sokongan tanpa belah bahagi itu dinyatakan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua pada Majlis Ceramah Perdana dan Pelancaran Jentera Amanah PRK Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.


"Saya hari ini 10 jam turun bertemu dengan jentera DAP. Dap menyokong calon Amanah bertanding di Sungai Besar," katanya disambut sorakan hadirin yang memenuhi Dewan Sri Sekinchan malam tadi.

Pada majlis sama malam tadi turut berlangsung majlis pelancaran jentera Amanah bagi PRK Sungai Besar yang telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Pengerusi Amanah Selangor Ir Izham Hashim serta bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu pada Majlis Makan Malam Amanah Selangor malam semalam, Tony yang juga setiausaha publisiti DAP berkata beliau akan turun berkempen tiap-tiap malam jika calon Amanah bertanding.

"Saya akan turun berkempen tiap-tiap malam jika amanah bertanding di Sungai Besar," katanya.

Tun Mahathir akan turun kempen Amanah

Sementara itu, Khairudin antara penggerak utama Deklarasi Rakyat ketika berucap pada majlis malam tadi turut menyampaikan komitmen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut akan turun berkempen untuk Amanah pada PRK kali ini.

"Tun Dr Mahathir telah berikrar dan bersetuju turun berkempen untuk parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya kali ini," katanya.

Isu siapa yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar belum dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.

Pertemuan Majlis Presiden Pakatan Harapan bagi tujuan itu yang sepatutnya dibuat Jumaat lalu telah ditangguhkan ke hari ini.

Bagaimanapun desas-desus menyebut bahawa pertemuan hari ini juga sekali lagi bakal ditangguhkan sekaligus meletakkan isu siapa yang akan bertanding masih menjadi tanda tanya.



ULASAN GB

Secara tidak rasminya, AMANAH sudah mendapat mandat mewakili Pakatan Harapan untuk bertanding di PRK Sungai Besar apabila DAP secara terbuka menyokong AMANAH di Majlis pelancaran Jentera AMANAH PRK Sungai Besar malam tadi,

Jadi sudah tidak sepatutnya timbul lagi tuntutan terhadap kerusi tersebut dari PKR yang khabarnya ingin turut bertanding di situ. PKR tidak ada sokongan dari komponen PH yang lain.

Tentang PAS pula, seperti GB nyatakan sebelum ini, itu hak mereka. Dia di blok ketiga. Nak jadi Penasihat BN.

AMANAH seluruh negara sudah boleh melakukan kerja-kerja bagi mempastikan kemenangannya di PRK Sungai Besar, malah di Kuala Kangsar juga.

Segera orenkan kedua-dua kawasan tersebut!


IKLAN BERBAYAR


AMANAH Tetap Pendirian Bertanding Di PRK Sungai Besar

Posted: 22 May 2016 07:41 PM PDT

Amanah wakili PH sebelum ada keputusan baru, tegas Ir Izham Hashim

Selagi tiada perbincangan semula berkaitan pengagihan kerusi secara menyeluruh antara komponen parti dalam Pakatan Harapan, Amanah layak meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, antara tujuan penubuhan Amanah pada 16 September tahun lalu adalah untuk mengambil alih tempat Pas dalam Pakatan Harapan.

"Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan Pakatan Harapan bahan ketawa orang. Kita bukan nak lawan Pas.


"Musuh utama Pakatan Harapan ialah BN tetapi oleh sebab Pas tiada dalam Pakatan Harapan maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya keutuhan Pakatan Harapan diutamakan terlebih dahulu tanpa gerak kerja gabungan itu terjejas jika Pas turut bertanding.

Menurut Izham, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menjadi bukti bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan berupaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, ujarnya, tujuan penyertaan Pakatan Harapan dalam PRK ini adalah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa gabungan pembangkang itu bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan.

"Kita juga ingin melihat trend sokongan yang jelas kepada Pakatan Harapan walaupun terpaksa berdepan pertandingan lebih dua penjuru supaya dapat dibuat persiapan menjelang pilihan raya umum ini.

"Jika kita masuk PRK ini dalam keadaan Pakatan Harapan kelihatan seperti hidup segan mati pun mahu dan Pas terus dimanjai walaupun semua tahu mereka punca perpecahan Pakatan Rakyat, maka ucap selamat tinggal sajalah kepada Putrajaya," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR telah berunding dengan Pas sebelum ini walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak termasuk dalam komponen Pakatan Harapan.

PKR melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui rundingan berhubung pembahagian calon bertanding bagi PRK serentak itu melibatkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung calon bertanding hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok (hari ini). -MD

ULASAN GB

Kita sokong 100%.

Walaupun ada ura-ura PKR juga akan meletakkan calonnya hasil dari pemainan licik geng Azmin, namun kita yakin rakyat akan menghukum PKR lantaran pengkhianatannya terhadap Pakatan Harapan.

PAS? Itu hal mereka. Dia bukan dalam Pakatan Harapan. Dia blok ketiga.

AMANAH kini mendapat sokongan padu dari rakyat berbilang kaum di Selangor khususnya di Sungai Besar.

Buktinya:

Mesra Bersama Pemimpin Di Sekinchan




Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Negeri Selangor di Worldwide Business Centre, Seksyen 13 Shah Alam.




IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: