Sabtu, 21 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ugutan Azmin Pecat Exco PAS Adalah Benar - Takiri

Posted: 20 May 2016 11:24 PM PDT

Tiga Exco PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar, lapor potal FreeMalaysia Today

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.



"Azmin 'terkantoi' berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang 'confirm' dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar," katanya kepada FMT.

Malah Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa Azmin bertindak seperti itu kerana ditekan oleh pimpinan Pakatan Harapan yang mahu meletakkan calon mereka

. "Sesama Pakatan Harapan pun tekan dia (Azmin) dalam isu Deklarasi Rakyat. Pakatan Harapan tekan dia isu bertanding PRK Sungai Besar, jadi nak lepaskan diri dia 'melibas' semua orang termasuk Presiden PAS," katanya.

Khairuddin melahirkan rasa kesal atas kenyataan terbaharu Azmin yang kelihatan menyindir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

Kenyataan seolah sindiran itu merupakan jawapan Azmin kepada Hadi yang menyangkal adanya rundingan rasmi pengagihan kerusi PRK antara PAS dan PKR.

Menurut Azmin rundingan dilakukan dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dan setiausaha politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Walaubagaimanapun, PAS mengambil pendekatan memaafkan perbuatan Azmin, malah memahami stuasi yang sedang dihadapi Menteri Besar Selangor itu.

"Kita maafkan Azmin atas 'kecelaruan' fikiran dia akhir-akhir ini," katanya.



IKLAN BERBAYAR


Ahli PAS Serang Iskandar Gara-gara "Tidak Wala" Kepada Hadi

Posted: 20 May 2016 05:48 PM PDT

Gara-gara memuatkan satu status di facebook yang dilihat "tidak walak 100%" kapada presiden parti, Hj Abd hadi Awang, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Naib presiden PAS telah diserang oleh ahli-ahli PAS dengan perkataan-perkataan pedas ke atas beliau.

Status Iskandar yang ditulis pada jam 10.49 mlm itu mungkin merujuk kepada berita yang tersiar di siang hari di beberapa buah akhbar yang menyiarkan kenyataan Haji Hadi yang menyatakan pintu rundingan sudah tertutup untuk PRK dan PAS tetap akan menghantar calonnya.


Haji Hadi dilaporkan berkata sesi rundingan dengan mana-mana pihak berhubung dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sudah selesai apabila parti Islam itu memutuskan untuk bertanding dan pihaknya akan mengumumkan calon tempatan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya kemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru, Abdul Hadi hanya menjawab, "tunggu dan lihat."

Meskipun ada kemungkinan PKR meletakkan calon dalam PRK di Sungai Besar nanti, Abdul Hadi menyifatkan kerjasama parti Islam itu dengan PKR di Selangor tidak terjejas.

"(Walau PKR letak calon di Sungai Besar) Pas tetap jalin hubungan dengan PKR," katanya.

Iskandar yang telah dilantik menjadi Exco kanan di Selangor oleh kerajaan PR di bawah Menteri besarnya, Azmin Ali, lalu memuatkan status di facebook antara lain menyebut:

Sebagai bapa jika saya ingin membuat keputusan yang akan melibatkan anak-anak, saya akan mendapatkan pandangan anak-anak. Walaupun sebagai bapa saya ada kuasa "veto" tetapi kami akan adakan "house meeting". Kadang-kala nak makan di mana pun saya akan tanya anak-anak saya.

Iskandar yang merujuk Presiden PAS itu sebagai "bapa" yang sekalipun mempunyai kata pemutus (veto), namun baginya, beliau akan mengadakan "house meeting" - perbincangan seisi rumah - kerana menurutnya "kadang-kala nak makan dimana pun beliau akan bertanya kepada anak-anaknya."

Namun ahli-ahli PAS yang taksub kepada Haji hadi telah menyerang status yang ditulis oleh Iskandar tersebut dengan kata-kata kesat - satu cara tipikal ahli-ahli PAS jika memberikan komen dan menulis di media sosial.



Di dalam perkembangan berkaitan, Azmin Ali berkata beliau "bersimpati" dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mengikuti perkembangan partinya sendiri.

Ini kerana, kata timbalan presiden PKR itu, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran program #SmartSelangor Food Stamp 2016 di Sungai Besar, Selangor hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas penafian PAS berhubung pertemuan parti itu dengannya.

Hadi beberapa hari lalu memaklumkan Azmin tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya berkenaan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan dijalankan serentak pada 18 Jun ini.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir bimbang terhadap 'pengkhianatan' PAS yang mungkin menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada BN, lapor Malaysiakini.

"PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding.

"Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS.

"(Presiden PAS Datuk Seri) Hadi (Awang) nampaknya sudah terima cash is king Najib walaupun dunia anggap Najib sebagai pemimpin yang kuat rasuah," dakwanya. -Greenboc

Tiada ulasan: