Jumaat, 20 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Husam: Dedah Penyelewengan K'jaan Kelantan Tanggungjawabnya Sebagai ADUN

Posted: 19 May 2016 11:09 PM PDT

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan kedudukannya sebagai ADUN, menjadi kewajipannya untuk menegur supaya kerajaan Kelantan berjalan mengikut ajaran Islam, jika tidak beliau menyatakan beliau akan dipertanggungjawabkan nanti di Padang Masyar.

Katanya lagi, apa yang beliau tegur ialah perkara yang salah seperti siri penyelewengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit, dalam program Dialog Bersama Husam Musa di sini, kelmarin.‎


Pendedahan lain termasuklah penjualan aset Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) di bawah nilai harga pasaran. Sehingga hari ini tiada penafian dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

Husam juga mempersoalkan bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan mahu laksanakan hudud jika masalah pembalakan haram di negeri itu tidak dapat diatasi.

"SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pun sahkan ada berlaku pembalakan haram di Kelantan.

Beliau juga kesal kerana Presiden PAS tidak pernah mengarahkan PAS Kelantan ambil tindakan ke atas pencuri balak sehingga hari ini.

"Macam mana mahu laksana hudud kalau pembalak haram Pas hanya biar dan tidak boleh ambil tindakan?" katanya

Menurutnya lagi, Pas Kelantan perlu bertindak menangani masalah pembalakan haram yang terjadi secara meluas di negeri itu.

"Dalam hudud, hukum mencuri dipotong tangan. Usahkan potong tangan, kuku (pembalak haram) dia pun kita tak potong," bidasnya.

Selain itu Husam menyatakan jika PAS Kelantan kalah di dalam pilihanraya, mereka tidak boleh menyalahkannya lagi kerana beliau telah dipecat.

Walaupun begitu, beliau menjelaskan bahawa PAS Kelantan mempunyai perancangan lain untuk pertahankan kerjaan di Kelantan iaitu dengan bekerjasama dengan UMNO.

"Kalau PAS lawan UMNO dalam keadaan biasa pada hari ini pun saya percaya PAS akan tewas," ujarnya.

Beliau menyandarkan keyakinannya di dalam program PAS seperti ceramah-ceramah di Kelantan yang sudah tidak mendapat sambutan kcuali dikerah dan dipaksa untuk hadir sepertimana yang dilakukan oleh UMNO.

Beliau juga mendedahkan tentang jualan Harakah dan jumlah pembaca Harakahdaily yang merudum, malah ADUN-ADUN dipaksa untuk membiayai kos pencetakan akhbar rasmi PAS berkenaan.

Mengenai soal beliau diminta meletakkan jawatannya sebagai ADUN, beliau menjawab bahawa baiah telah terbatal apabila PAS telah berlaku khianat kepada rakyat.

Beliau tidak gusar terhadap gertakan dari kenyataan Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung PAS) dan Abdullah Che Nawi (Exco Kelantan).






IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: