Rabu, 18 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Anggota PH Perlu Patuh, Pecat Komponen Yang Langgar Perjanjian,

Posted: 18 May 2016 12:11 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
KEMBALI KEPADA PERJANJIAN PH, PECAT KOMPONEN JIKA PERLU

Senario yang berlaku mutakhir ini menampakkan di mata umum, Pakatan Harapan (PH) seperti sudah tidak bersepakat di dalam sebarang sesuatu isu dan ini telah dan akan terus menjejaskan sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

PRN Sarawak 2016 yang baru berlalu telah meninggalkan kesan yang amat mendalam apabila wujudnya parti yang membelakangkan perjanjian bersama Pakatan Harapan sebaliknya cuba untuk mewujudkan kerjasama dengan blok lain di atas alasan untuk mengelakkan pertindihan kerusi.


Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila pihak di blok lain tidak memberikan kerjasama sehingga mengakibatkan Pakatan Harapan berantakan dan menyebabkan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengalami luka yang parah dengan penyusutan undi popularnya di Sarawak.

Kami, Kelab Penyokong-Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM) sebelum ini telah menyatakan parti-parti komponen Pakatan Harapan perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan sepertimana yang . Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) dan "keputusan kolektif" di kalangan ahli komponen PH perlu wujud bagi mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam menghadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Ini sejajar dengan Fasal pertama Perjanjian Pakatan Harapan dimana segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu. Justeru itu, KPPHM berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak perlu terlalu mengharapkan parti-parti pembangkang yang berada di luar Pakatan Harapan di dalam menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan Pakatan Harapan sendiri.

Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan hendaklah bertindak tegas dengan mana-mana parti komponen yang dilihat tidak mematuhi Perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini dan disingkirkan jika perlu.

Ia adalah penting supaya ungkapan 'government-in-waiting', tidak sekadar gimik politik, tetapi benar-benar diterjemahkan kepada realiti.

Niat politik yang ikhlas sepatutnya menjadi asas kepada kepatuhan parti-parti komponen kepada prinsip yang dipersetujui dalam dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini juga adalah sebahagian harapan rakyat yang perlu dikotakan


Greenboc
Timbalan Presiden
merangkap Pengarah Komunikasi
KPPHM

18 Mei 2016


IKLAN BERBAYAR


[VIDEO & GAMBAR] Orenkan Sungai Besar, Tolak Parti "Khunza"

Posted: 17 May 2016 08:38 PM PDT

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus menyatakan bahawa kedatangan pemimpin AMANAH ke Sabak Bernam di Majlis Mesra Bersama Pemimpin Amanah bertujuan untuk meng"oren"kan seluruh parlimen Sungai Besar bagi memastikan akan berlaku sesuatu yang cukup hebat di situ.

Beliau bercakap di hadapan hadirin yang memenuhi Dewan Seri Bernam yang terdiri dari para petugas dari pelbagai lapisan kaum dan agama yang akan bekerja memenangkan calon Pakatan Harapan di dalam Pilihanraya Kecil yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.



Beliau memulai ucapannya dengan membawa potongan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ

Yang bermaksud "akan berlaku satu masa nanti selepas ketiadaan aku akan lahir pemimpin-pemimpin yang berbohong, menipu dan melakukan kezaliman..."

(GB: Berikut ialah hadith tersebut, dari Kaab bin 'Ujrah berkata, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

سَيَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ ، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسَ مِنِّي وَلَا أَنَا مِنْهُ

 "Akan berlaku selepasku nanti para pemimpin membuat pembohongan dan kezaliman, maka sesiapa membenarkan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam melakukan kezaliman, mereka bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya).

Lalu beliau bertanya, "agak-agak tuan-tuan sudah lahirkah pemimpin-pemimpin yang berbohong tersebut? Pemimpin-pemimpin yang zalim sudah lahir belum?"

"Kita telah menyaksikan Timbalan Perdana Menteri telah mengisytiharkan Perdana Menterinya berbohong, akhirnya dia dipecat," katanya lagi.

"Timbalan Presiden UMNO mengesahkan Presiden UMNO itu berbohong, kita telah melihat pegawai-pegawai kerjaaan mengesahkan menteri-menteri mereka berbohong dan menipu. Kita telah mendengar dari Tuan Hamid Bador daripada Bukit Aman mengesahkan Perdana Menteri dan kabinetnya telah berbohong kepada rakyat Malaysia," kata bekas Timbalan Presiden IKRAM itu lagi.

Beliau menyatakan bahawa rakyat perlu bangkit dan menurunkan pemimpin yang berbohong dan yang zalim ini.

Beliau juga percaya penduduk-penduduk di Sungai besar akan bersedia untuk menukar isyarat tersebut dengan bermula di Sungai Besar. Orang-orang Banjar, Jawa, Cina, India akan bergabung untuk menurunkan UMNO Barisan Nasional.

Namun menurutnya di dalam perjalanan kita untuk menurunkan mereka, beliau memyakini penduduk Sungai Besar dapat membezakan diantara siang dan malam, diantara jantan jantan dan betina, diantara parti pemerintah dengan parti pembangkang.

"Dalam keadaan AMANAH bersama DAP dan Keadilan, sedang berusaha untuk menurunkan UMNO Barisan Nasional, tiba-tiba ada sesuatu yang kita tak tahu jantan betinanya, berada di tengah-tengah jalan yang tidak menunjukkan samada dia pembangkang atau pemerintah, duduk di tengah-tengah jalan, menghalang perjuangan untuk menurunkan pemerintah yang zalim dan penipu ini," tegasnya. Beliau yakin dan percaya penduduk Sungai Besar akan dapat memebezakan yang mana jantan yang mana betina, yang mana parti pemerintah yang mana pembangkang dan tahu apa itu "khunza" yang menyusahkan usaha untuk menurunkan pemerintah yang zalim dan penipu itu.

Beliau juga menyatakan bahawa AMANAH bersama dengan DAP dan Keadilan akan berkubu dan berkampung di Sungai Besar ini, di Sungai Panjang dan Sekincan, akan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengajak seluruh penduduk di Sungai Besar untuk melakukan perubahan, turunkan pemimpin yang zalim dan penipu,

Selain dari Hassanuddin, yang turut berucap pada malam tersbeut ialah Sdra Faiz Fadzil, Timbalan ketua Pemuda AMANAH, YB Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Ronnie Liu, ADUN Pandamaran YB Ng Suee Lim, ADUN Sekincan dan Presiden Parti Amanah negara, Tn Hj Mohamad Sabu.






















IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: