Jumaat, 13 Mei 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


2 Kenyataan Ini Wajibkan AMANAH Bertanding..

Posted: 13 May 2016 12:28 AM PDT

PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN

PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.

Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.


Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.

"Kempen perlu dilakukan secara berhemah dengan menampilkan mesej PAS sebagai parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua. Jangan gunakan gaya menyerang UMNO dan BN kerana ia tidak banyak membantu menarik pengundi-pengundi Melayu.

"Semua sudah maklum keadaan dan imej UMNO serta BN yang sedang merudum di mata masyarakat yang penting bagi calon PAS dan petugas menampilkan akhlak terbaik bagi memenangi hati-hati pengundi," katanya kepada FMT.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, PAS juga perlu menurunkan calon yang mempunyai latar belakang akademik yang baik bagi menarik sokongan pengundi.

"Di Sungai Besar, PAS perlu mengemukakan calon yang mempunyai beberapa merit antaranya latar belakang akademik yang baik, anak tempatan yang mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai nama dan kredit di kalangan masyarakat yang pelbagai. Ini sebagai kredit kepada sokongan berasaskan dasar perjuangan parti," katanya.

Kerusi Sungai Besar kosong selepas penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak Khamis lalu.

Tarikh hari penamaan dan hari pengundian PRK Sungai Besar dijangka diumum esok.


Azmin akan berunding dengan PAS 'sampai kiamat'

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menegaskan pihaknya sentiasa berunding dengan PAS, termasuk untuk pilihan raya kecil Sungai Besar.

"Saya ajak berunding. Kita kena inklusif. Ini pun (di majlis) kita sedang berunding," katanya ketika ditanya berkaitan undangannya supaya pembangkang bersatu melawan BN.

Diasak pemberita, Azmin berkata perbincangan itu sentiasa berlaku, sambil menyebut kehadiran wakil PAS dalam acara kerajaan negeri di Sabak Bernam hari ini.

Ditanya lagi sampai bila rundingan itu akan berlangsung, beliau menjawab ringkas.

"Sampai kiamat."

Undangan Azmin, yang pertama kali dibuat selepas kemerosotan penguasaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya Sarawak, dilihat sebagai tawaran untuk PAS menyertai semula gabungan pembangkang di peringkat pusat.

PAS sudah mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya kecil Sungai Besar manakala serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH) pula tidak menolak kemungkinan tiga penjuru di kawasan itu.

PAS kalah tipis di kerusi itu dalam pilihan raya umum 2013 ketika masih bersama gabungan dengan PKR dan DAP.
-mk


ULASAN GB

KIita masuk pilihanraya kerana ingin mengalahkan BN. Tiba-tiba PAS masuk pilihanraya tak mahu serang BN. Sesuai benar pendekatannya dengan hasrat Presiden PAS yang mahu PAS menjadi "Penasihat" kepada kerajaan BN.

Jika demikian lebih baik PAS tidak menyertai pilihanraya, malah tak perlu sertai politik negara. Tak perlu hirau isu semasa. Jadi sebuah gerakan dakwah seperti Jemaah Tabligh. Tak serang sesiapa, tak payah rebut kuasa, boleh berdakwah sepanjang masa.

Kedua isu Azmin nak berunding dengan PAS sampai kiamat.

Di Sarawak itu alasan Azmin untuk elak 3 penjuru. Berunding dengan PAS. Apa jadi? Bersimpang siur dikerjakan apabila PAS bertanding menentang parti-parti Pakatan Harapan termasuk di beberapa DUN PKR sendiri..

Seperti yang GB ulaskan sebelum PRN11 lagi, Azmin dan PKR akhirnya dihukum rakyat Sarawak. Undi popular PKR merudum -7.85%, iaitu 17.41% pada tahun 2011 kepada 9.29% pada 2016.

"Jasa" terbesar Azmin ialah memporak-perandakan Pakatan Harapan di Sarawak. Sekarang mahu porak-perandakan PH di Semenanjung pula.

PH perlu hentikan tindakan Azmin ini. Merbahaya untuk masa depan PH, merbahaya untuk masa depan negara.

Tentang kenyataan TITM pula, sudah ada yang memberikan jawapannya:




IKLAN BERBAYAR


PRK K Kangsar & Sg Besar: AMANAH Bertanding Untuk Wakili PH

Posted: 12 May 2016 04:40 PM PDT

AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sg Besar

Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.

"Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding.

"AMANAH akan bermesyuarat pada 15 hari bulan untuk bincang perkara ini, akhirnya kita berpandangan calon yang nak diturunkan mesti calon Pakatan Harapan," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata, meskipun membawa nama Pakatan Harapan, beliau turut berharap supaya calon dari AMANAH yang bertanding dalam PRK tersebut.

"Tapi bagi AMANAH, kalau boleh kita nak lah (bertanding), kita akan berhujah (dalam mesyuarat Pakatan Harapan), bertemu dan berbahas tapi tidak ada makna kalau kita tidak tonjolkan Pakatan Harapan," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Khalid, ketika ditanya tentang kemungkinan akan kalah kerana pertandingan banyak penjuru sepertimana yang berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, berkata:

"Terpulang pada PAS lah kalau dia yang nak tiga penjuru. PAS sendiri nak buat blok ketiga, jadi terpulang pada dia.

"Rakyat kena pilih. Nak blok ketiga yang ada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) atau Pakatan Harapan yang ada AMANAH, PKR dan DAP," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya mengenai pertembungan antara Pakatan Harapan dan PAS tidak akan menjatuhkan BN dalam PRK itu berkata:

"PRK ini matlamat bukan jatuhkan BN, nak jatuhkan BN masa pilihan raya umum (PRU). Jadi kita nak manfaatkan PRK ini untuk PRU, itu yang penting.

"Kita juga nak manfaatkan PRK untuk PRU, jadi kita perkenalkan Pakatan Harapan," katanya.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi. -mk

ULASAN GB

Tiada sebab untuk PH menerusi AMANAH tidak bertanding.

Persiapan ke arah Putrajaya ialah memasuki dan memenangi kerusi-kerusi Parlimen melalui PRK-PRK yang ada sebelum berhadapan dengan PRU14.

Dan PH merupakan pakatan pembangkang terbesar untuk berdepan dengan BN.

Pakatan pembangkang yang satu lagi, PASIK namanya, tidak perlu dihiraukan. Itu hal mereka.

Di PRN11 Sarawak ketara PASIK merupakan pengkhianat dan pengacau. Mereka meletakkan calon di tempat-tempat dimana calon-calon PH ada bertanding, termasuk dimana PKR bertanding walaupun kata mereka mereka ada bertahalluf dengan PKR.

Seperti di PRN Sarawak, kini di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS sudah awal-awal menyatakan mereka akan bertanding, tanpa memperdulikan parti pemangkang lain.

Jadi nak bermuafakat dan berkompromi macam mana dengan parti nagkuh dan sombong jenis itu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan pasti menghukum pihak yang angkuh dan sombong.

Apatah lagi blok PASIK kalau menang pun tidak berupaya untuk memerintah. Berapa peratus agaknya kerusi yang mereka dapat? Lebih-lebih tujuan mereka untuk menang sekadar untuk menjadi Penasihat UMNO BN.




IKLAN BERBAYAR


Tiada ulasan: