Ahad, 8 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kenapa 10 peratus undi Cina lari daripada DAP?

Posted: 08 May 2016 05:53 AM PDT

MSO


ULAS PRN SARAWAK


Anwar tetap menjadi faktor
Pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sudah pun selesai dan keputusan juga sudah diperolehi. Seperti mana diduga ramai parti PBB (BN) telah berjaya membentuk kerajaan Sarawak dan sekali lagi Adnen Satim mengangkat sumpah bagi kali kedua menjadi Ketua Menterinya.

Keputusan rasmi BN 72 kerusi, DAP 7, PKR 3 manakala parti-parti lain kosong.

Pencapaian diraih BN yang begitu cemerlang mengejutkan pembangkang terutamanya DAP yang diharap akan memberi cabaran sebenar kepada BN khasnya di kawasan majoriti Cina. DAP yang sebelum ini mempunyai 12 kerusi bertanding di 31 kerusi, diharap dapat menambahkan suara pembangkang dalam DUN Sarawak.

Sebagai sebuah parti yang berhati-hati dan bertindak rasional, DAP diramalkan akan dapat mengekalkan 12 kerusi yang sedia ada, kalau pun tidak dapat menambah satu dua kerusi baharu. Tetapi ternyata ramalan itu meleset, sebaliknya DAP mengalami kemerosotan sokongan menyebabkan parti itu gagal mempertahankan lima kerusi yang sedia ada. DAP juga turut boleh diistyharkan kalah.

Kekalahan itu sesuatu yang tentu merujakan DAP sendiri yang bersiap sedia untuk menjadi kerajaan di Sarawak tahun 2021 seperti mana disuarakan Lim Kit Siang.

Kita tunggu bedah siasat berhubung perkara itu daripada DAP. Bagaimana pun dalam ulasan awalnya Parti itu telah memberi beberapa alasan kenapa mereka kalah. Antara faktor awal disebut ialah undi orang Cina telah kembali semula kepada BN.10 peratus undi Cina beralih kepada BN.

Selain itu peratus keluar mengundi rendah berbanding PRN lalu juga membawa kepada kekalahan itu. Pertandingan tiga penjuru atau kegagalan parti oposisi - Harapan Rakyat; PKR, Amanah dan DAP sepakat disemua kerusi membawa faktor kepada kekalahana itu. DAP juga meletakkan habuan projek oleh BN sebagai salah satu penyebabnya.

Apa disebut DAP itu mungkin benar, tetapi ia perlu kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh kenapa berlaku faktor demikian. Misalnya, kenapa 10 peratus undi Cina kembali semula kepada BN? Apakah kerana habuah projek? Rasanya orang Cina agak cerdik dan lebih memaham mengenai habuan projek pilihan raya. Mereka tidak teruja dengan habuah projek berbillion ringgit yang sudah menjadi satu kemestian pada setiap kali pilihan raya.

Bagi saya, ada beberapa sebab berkaitan mengapa undi Cina lari kepada BN dan tidak kekal dengan DAP. Antara yang boleh dirumuskan disini, orang Cina Sarawak mungkin memahami DAP tidak dapat memberi apa-apa sumbangan lebih bermakna atas kapasiti mereka sebagai pembangkang. Mereka juga munngkin mengira pilihan raya kali ini tidak memberi signifikan kepada perubahan kuasa politik Malaysia secara menyeluruh seperti mana diharapkan.

Orang Cina sudah dapat membuat perhitungan bahawa DAP tidak mampu menjadi kerajaan, apabila hanya mengetahui pengaruhnya dibeberapa kawasan tertentu sahaja. Secara umum kaum bumniputera Sarawak masih menguasai politik Sarawak. Jadi sokongan dengan harapan DAP memain peranan di Sarawak tidak begitu memberangsangkan, kecualilah berlaku perubahan di peringkat Pusat.

Atas pandangan demikian menyebabkan mungkin orang Cina berasakan tidak begitu penting dan keadaannya tidak begitu terdesak untuk mereka menyokong DAP kerana ia tidak membawa apa-apa perubahan signifikan, maka jalan terbaik bagi mereka melangsungkan politik Sarawak seperti sebelum ini dengan memberi sokongan semula kepada calon-calon Cina daripada BN dengan harapan politik Sarawak dapat ditenangkan.Mereka sangat menjaga keadaan mereka yang minoriti.

Selain daripada itu juga ketidakghiarahan orang Cina untuk menyokong DAP kali ini, ialah  mereka menyedari perkembangan ataupun kedudukan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. Kecelaruan Pakatan Rakyat sehingga pakatan itu dibubarkan apabila berlaku perbalahan antara Pas dengan DAP menyebabkan mood mereka tumpul untuk terus memberi sokongan kepada pembangkang. Tidak dapat dinafikan perbalahan Pas - DAP sehingga hancurnya Pakatan Rakyat memberi kesan negatif kepada masyarakat Cina di Sarawak.

Jadi kalau Pas berharap penyertaan mereka dalam pilihan raya itu serta tindak tanduk pemimpinnya menganggu pengaruh DAP, dikira berjaya. Kenyataan Hadi Awang yang dianggap sebagai dangkal yang mana Pas tidak akan membenarkan DAP menguasai Sarawak atas alasan agama, berjaya menganggu sokongan DAP.

Mengenai kepaduan oposisi orang Cina atau pengundi atas pagar di Sarawak menilai bahawa Pakatan Rakyat, atau pakatan oposisi tidak seampuh BN. Ini menyebabkan mereka berfikir adalah merugikan masa sahaja kalau mereka memberi sokongan kepada pembangkang.

Dalam pada itu, faktor lain dan ini dikira besar, masyarakat Cina dan pengundi Sarawak melihat pembankang tidak mempunyai pemimpin yang bakal diharap yang akan memimpin pembakang seterus menjadi perdana menteri kalau pembangkang berjaya. Pemenjaaraan Anwar Ibrahim menyebabkan masyarakat Cina tidak nampak siapa yang akan menjadi pemimpin sekiranya pembankang menang. Nasib diterima Anwar turut melumpuhkan semangat mereka.

Awal-awal saya sudah membilang suasana dan senario pilihan raya Sarawak kali ini tidak semeriah dan seghairah pilihan raya umum negeri lalu apabila ia tidak disertai dua pemimpin yang menjadi sanjungan orang ramai, iaitu Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim. Nik Aziz sudah tidak ada manakala Anwar pula dikurung dalam tembok besi.

Atas faktor itu maka pengundi Cina menjadi tidak ghairah dan menyebabkan mereka tidak terdesak dan tidak menaruh harapan kepada DAP, justeru jalan terbaik ialah dengan kembali semula kepada BN. Pengembalian itu bukan bermakna akan kekal, sebab orang Cina membuat pilihan berdasarkan isu dan kepentingan-kepentingan peribadi semasa bangsa itu. Ada kemungkinan mood dan tindakan mereka akan berubah pada masa akan datang.

Adapun dakwaan DAP, kemerosotan sokongan kepadanya disebabkan habuah projek diberikan BN, menyebabkan undi Cina lari, faktor ini ini bagi saya tidak begitu besar sangat. Perkara itu bukan berlaku kali ini tetapi lama sebelum ini. Dalam pilihan raya tahun 2011, habuah projek ini juga ditabur tetapi pengundi Cina tetap tidak peduli.

Dalam pada itu isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang khasnya DAP tidak dimakan pengundi. Isu 1MDB dan keborosan Najib Razak tidak menjadi faktor penentuan undi bagi masyarakat Cina. Boleh dikatakan isu 1MDB tidak memberi bekas langsung kepada pengudian di Sarawak. Secara umumnya, tidak ada isu menarik ditawarkan DAP bersama Pakatan Harapan kali ini, dan kalau pun ada tidak sehebat pada tahun 2011.

Sebaliknya serangan ke atas pemimpin DAP, Lim Guang Eng dalam isu pembelian banglo sedikit sebanyak turut menganggu kosentrasi pengundi Sarawak kepada parti itu.

Menyimpul apa yang berlaku berdasarkan alasan dan sebab-sebab tadi, DAP atau parti pembangkang boleh meraih sokongan pengundi Cina dan pengundi atas pagar untuk masa akan datang sekiranya DAP dan oposisi dapat menyakinkan pengundi dengan mengemukakan seorang pemimpin yang boleh diharap menjadi perdana menteri seperti mana digelar kepada Anwar Ibrahim.

Dalam erti kata lain Anwar masih menjadi faktor penyumbang kepada sokongan kepada DAP dan parti pembangkang lain. Selagi pembangkang tidak dapat meletakkan nama sehebat Anwar mungkin sukar untuk pembangkang merombak kepercayaan pengundi daripada terus menyokong BN

PAS Sarawak terima kemenangan BN, nasihat elak politik wang

Posted: 08 May 2016 04:49 AM PDT

 
Tindakan memberi wang atau hadiah selepas membuang undi, penyalahgunaan premis kerajaan sepanjang tempoh berkempen harus diberi perhatian agar penambah baikkan dapat dilakukan.


Pas-BN


PETALING JAYA: PAS Sarawak menyeru supaya amalan politik wang dan sekatan terhadap pemimpin yang datang berkempen tidak berulang pada masa-masa akan datang.

Setiausaha PAS Negeri Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata demikian supaya proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang lebih telus.

"PAS Sarawak menyarankan beberapa teguran dan penambah baikan kepada Kerajaan Negeri untuk diambil perhatian dalam pilihan-pilihan raya akan datang.

"Antaranya halangan dan sekatan imigresen yang tidak sewajarnya berlaku, politik wang di mana pengundi diberi hadiah atau duit selepas membuang undi, penyalahgunaan premis kerajaan sepanjang tempoh berkempen dan perlunya padang sama rata disediakan kepada semua parti-parti yang bertanding tanpa ada dwi-standard," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga akui PAS Sarawak menerima dan bersikap positif dengan keputusan pilihan raya yang baru sahaja diumumkan walaupun partinya masih gagal melahirkan ADUN pertama.

"Meskipun belum berjaya melahirkan ADUN sulung, namun PAS berjaya menambah undi di Beting Maro dan Sebuyau selain telah berjaya menanam benih dan membina tapak di 7 kerusi DUN yang baru pertama kali ditandinginya," jelas beliau lagi.

Katanya lagi, PAS Sarawak komited ke arah membina Sarawak Sejahtera seperti mana yang dinyatakan di dalam kandungan Tawaran Untukmu Sarawak.

"PAS akan menyokong segala inisiatif kerajaan jika ia membela kepentingan rakyat dan membantu mengangkat agenda kerajaan yang telus dan cekap (good governance).

"PAS juga akan tegas menegur dan menasihati kerajaan dalam perkara-perkara yang dirasakan perlu selaras dengan sistem semak dan imbang yang diperjuangkan," tegasnya.

Pada PRN Sarawak kali ini, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjaya mengekalkan sebanyak 72 kerusi berbanding 80 kerusi yang dipertandingkan.

Isu banglo, Taman Manggis dijangka hangatkan sidang DUN

Posted: 08 May 2016 04:16 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Pulau Pinang ke-13 akan bermula pada 10 Mei dan disambung pada 13 Mei hingga 19 Mei ini.


dun-penang

GEORGE TOWN: Pembelian banglo oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dan penjualan tanah Taman Manggis dijangka dibangkitkan oleh anggota pembangkang dan penyokong kerajaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, yang bermula Selasa ini.

Walaupun usul pindaan Perlembagaan Undang-undang Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal ditolak, persidangan dewan kali ini dijangka tetap hangat dengan dua isu yang kini 'membelenggu' ketua menteri, selain isu tambakan laut.

Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP Teh Yee Cheu mengemukakan notis usul pindaan perlembagaan untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri itu kepada Speaker DUN Datuk Law Choo Kiang pada 31 Mac lepas dan beliau dimaklumkan usul itu ditolak melalui surat bertarikh 3 Mei.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-13 akan bermula pada 10 Mei dan disambung pada 13 Mei hingga 19 Mei ini.

Law dalam surat memaklumkan usul itu ditolak dengan alasan usul yang dicadang dengan merujuk kepada peraturan 31, 54, 86, 93 dan 109E

Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang untuk meminda Fasal (9) Perkara 7 Perlembagaan negeri adalah tidak tepat.

Bagaimanapun dua isu yang mempunyai kaitan dengan ketua menteri iaitu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta oleh Lim di Jalan Pinhorn, di sini, dijangka tetap akan dibangkitkan oleh anggota-anggota dewan.

Sehubungan itu, Law berharap semua anggota DUN, sama ada daripada pihak kerajaan negeri mahupun pembangkang dapat berhujah dalam suasana yang profesional.

"Semua anggota dewan perlu ikut peraturan Mesyuarat supaya perjalanan sidang dewan lancar, kurangkan emosi demi kesihatan sendiri dan berhujahlah dengan profesional dan rasional," katanya kepada Bernama.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Mac lepas bahawa ia dibeli pada harga di bawah nilai pasaran.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah termasuk tanah Taman Manggis di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) Muhammad Farid Saad lega apabila usul beliau berhubung projek tambakan laut di selatan pulau negeri ini diterima oleh dewan.
"Satu-satunya usul yang diterima untuk dibahaskan kali ini, saya berasa lega kerana dapat membawa harapan besar rakyat ini," katanya kepada Bernama.

Wakil Rakyat BN itu berkata projek tambakan laut untuk mewujudkan tiga pulau buatan manusia itu terus mendapat bantahan dan mencetuskan keresahan penduduk di kawasan berkenaan.

Beliau berharap usul berkenaan dapat dibahas dengan bijak dan mengambil kira semua aspek terutama melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat negeri ini.

Dalam pada itu ketua pembangkang DUN yang juga wakil rakyat Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid ketika dihubungi Bernama, mengambil sikap 'kunci mulut' dan tidak mahu mendedahkan apakah antara perkara yang bakal dibawa anggota dewan daripada pihak pembangkang.

"Saya tak mahu keterujaan itu hilang, tunggulah sehingga hari persidangan bermula, nanti anda semua tahulah apakan yang akan kami bangkitkan," kata Jahara.-Bernama

Nelayan Bingung Hasil Tangkapan Berkurangan

Posted: 08 May 2016 03:59 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Nelayan Pulau Betong Abdul Aziz Abdul Rahman menunjukkan tanah selut berkeledak hitam yang berpunca daripada aktiviti tambakan laut sekitar kawasan pulau tersebut, Sabtu. Tanah selut itu menyebabkan para nelayan Pulau Betong tidak dapat memperolehi tangkapan hidupan laut untuk mencari rezeki harian. -foto
BERNAMA
 
 
BALIK PULAU: Kira-kira 1,000 nelayan dari Pulau Betong dan Kuala Sungai Pinang mendakwa pendapatan mereka semakin berkurangan disebabkan hasil tangkapan yang rendah sejak sebulan yang lalu.

Mereka mendakwa mereka sendiri bingung tentang puncanya dan berharap pihak berkuasa akan menjalankan analisis kualiti air laut untuk mencari puncanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad berkata sebahagian daripada mereka telah berhenti pergi ke laut kerana wang yang dibelanjakan untuk petrol melebihi pendapatan mereka.

"Nelayan mendakwa mereka berjaya menangkap hanya dua hingga tiga ekor udang dan ikan yang sangat sedikit pada masa ini.

"Mata pencarian mereka terjejas teruk," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan nelayan yang keluar ke laut di Pulau Betong, Sabtu.

Muhammad Farid berkata menurut beberapa nelayan, sauh bot mereka telah diselaputi dengan selut hitam dan berbau busuk.

Beliau menggesa Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Jabatan Perikanan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menjalankan siasatan segera.
 
 

Apa Akan Berlaku Kepada Pembangkang Di Sarawak?

Posted: 08 May 2016 03:49 AM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
 
 
KUCHING: Apakah yang akan berlaku kepada pembangkang di Sarawak selepas kalah teruk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)?

Pertelingkahan tentang pembahagian kerusi akhirnya menjauhkan mereka daripada penyokong, khususnya pengundi muda.

Ramai daripada pengundi ini memilih untuk berkecuali dengan menghukum DAP dan PKR kerana gagal membentuk satu barisan bersatu bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Ini diterjemahkan dengan peratusan keluar mengundi yang rendah pada Sabtu, dengan hanya 52 peratus daripada kira-kira 1.1 juta pengundi sahaja yang telah keluar membuang undi satu jam sebelum pengundian ditutup.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Mohd Faisal Hazis percaya PKR dan DAP telah menghabiskan terlalu banyak masa pada awal tempoh berkempen untuk cuba menyelesaikan isu pertindihan kerusi di beberapa kawasan.

Hasilnya, pembangkang gagal untuk membina sebarang momentum dalam pilihan raya ini berbanding pada tahun 2011.

"Pada hari pertama kempen mereka telah cuba untuk menjelaskan kepada pengundi mengapa mereka bertanding di kerusi yang sama.

"Apabila anda mempunyai tempoh yang singkat, kempen anda adalah untuk memenangi pengundi atas pagar kerana majoriti pengundi telah membuat keputusan untuk mengundi siapa," kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, Ahad.

Katanya, pembangkang juga gagal untuk membina mesej yang kuat untuk rakyat Sarawak seperti mana yang pernah dilakukan pada era Tun Abdul Taib Mahmud.

Taib, yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri adalah ketua menteri pada PRN lalu, tahun 2011.

"Anda gagal membina momentum berterusan ke arah pilihan raya, jadi orang ramai tidak bersedia untuk keluar mengundi," katanya, sambil menambah perbalahan dalaman dalam BN tidak memberikan banyak kesan negatif.

Tambahnya permainan politik pembangkang adalah jauh berbeza berbanding 2011, apabila ia turun ke akar umbi, dengan memanfaatkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan negeri.

"Peralihan utama (kepada pembangkang) pada tahun 2011 adalah disebabkan oleh Taib Mahmud. Pada pilihan raya ini, perasaan marah itu sudah tiada lagi."

Jumlah yang keluar mengundi pada Sabtu juga mencerminkan pembentukan protes senyap oleh rakyat Sarawak, yang mungkin tidak berpuas hati dengan beberapa pilihan calon oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan juga pertelingkahan dalaman pembangkang.

Menurut penyelidik pilihan raya Sarawak Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, menahan diri daripada mengundi adalah pilihan neutral dan lebih selamat bagi kebanyakan pengundi.

"Sesetengah penyokong BN tidak berpuas hati dengan pemilihan calon, tetapi masih sayangkan parti dan tidak mahu menyertai pembangkang, yang tidak mempunyai rekod prestasi yang baik di negeri ini.

"Oleh itu, keputusan mereka untuk tidak mengundi dianggap sebagai langkah neutral, dan pilihan terbaik untuk pihak mereka," kata Dr Awang, seorang pensyarah di Universiti Malaya.

'Faktor Adenan' telah membawa penyokong untuk percaya bahawa mereka sedang berada di zon selamat. Ini boleh dilihat dalam kemenangan di beberapa kerusi panas BN seperti Bawang Assan dan Marudi.

"Tanpa faktor Adenan, mustahil untuk BN menang besar seperti ini," katanya.
 
 

Jurujual Maut, Seorang Cedera Digilis Treler Di MRR2

Posted: 08 May 2016 03:47 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: Seorang jurujual di Keramat maut manakala rakannya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler di Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), tengah malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu, motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum digilis treler berkenaan di susur Pandan Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kedua-dua mangsa adalah wanita berumur 18 tahun dan ketika itu mereka dalam perjalanan menuju ke arah Pandan Indah.

"Motosikal yang berada di lorong kiri itu dipercayai hilang kawalan dan terjatuh sebelum digilis treler yang dipandu lelaki berusia 33 tahun yang tidak menyedari kehadiran motosikal mangsa," katanya.

Beliau berkata penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemboncengnya pula cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Hamzah berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,"katanya. -Bernama

MENANG TAPI KOSONG BAGI NAJIB

Posted: 08 May 2016 01:04 AM PDT

shahbudindotcom

 

Walaupun Najib Razak berkampung hampir dua minggu di Sarawak, mengerahkan menteri-menteri turun ke negeri itu dengan mengadakan mesyuarat kabinet di sana dan pelbagai peruntukan pembangunan dicurahkan, tetapi selepas menang 72 daripada 82 kerusi, semua orang mengatakan kemenangan BN adalah disebabkan oleh kepimpinan Ketua Menterinya, Adenan Satem.

Beliau bukan saja sosok baru yang diterima baik oleh rakyat Sarawak, malah boleh dikata belum terpalit dengan apa-apa skandal setakat ini. Imejnya yang bersih itu disertakan dengan laungan "Sarawak for Sarawakians" menyebabkan sokongan kepada kepimpinannya mudah diterjemahkan dengan undi.

Dalam pilihanraya Sarawak kali ini juga tiada poster Najib dibenarkan dipasang di mana-mana, yang ada hanya gambar Adenan dan lain-lain pemimpin peringkat negeri. Tidak mustahil jika ada gambar Najib di mana-mana, jumlah kemenangan itu mungkin kurang daripada 72.

Adenan dengan tegas mengatakan beliau akan meletakkan jawatan jika UMNO dibenarkan masuk ke negeri itu. Ia jelas merupakan "tamparan ke muka"  Najib dan semua pemimpin UMNO yang hadir berkempen di Sarawak.

Dengan tiada gambar Najib dan menolak keras kehadiran UMNO, Adenan tidak lain memberi isyarat kepada pengundi Sarawak  bahawa pemimpin-pemimpin Semenanjung hanyalah  alat dan untuk dipergunakannya saja dalam pilihanraya kali ini. 

Slogan kempen yang digunakan pula "Beri Peluang Kepada Team Adenan" yang jelas bukan untuk sesiapa  berkongsi saham kemenangan dengannya.

Lantaran itu tidak ada sesiapa, termasuk Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Rahman, yang berani mengatakan kemenangan cemerlang BN kali ini disebabkan faktor Najib.

Ditambah dengan ia turut disaluti duka berikutan tragedi helikopter terhempas yang menyebabkan enam penumbangnya terbunuh, kejayaan BN kali jelas kosong maknanya kepada Najib.

Tidak ada apa-apa yang dapat dibawa Najib daripada kemenangan di Sarawak itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di Semenanjung. Najib secara relatifnya tetap tenat di Semenajung berikutan isu 1MDB dan derma bilion-bilion ringgit yang diterimanya serta asakan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya.

Sokongan pengundi Cina dan bandar di Sarawak kepada BN yang menyebabkan DAP kali ini hanya mampu menang 7 kerusi berbanding 12 pada pilihanraya 2011 juga tidak terpakai untuk orang Cina di Semenanjung. 

Di Sarawak, keyakinan itu  selain kerana Adenan, turut disebabkan oleh SUPP, parti Cina di negeri.

Adakah  pengundi Cina di Semenanjung sedia berubah selagi ada Najib atau mampukah MCA dan Gerakan memainkan peranan seperti SUPP?

Dengan awal-awal semua orang mengatakan kemenangan di Sarawak kerana faktor Adenan, Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO bukan saja terasa malu untuk menumpang kejayaan itu, bahkan akan terus bergelut dengan ketidakyakinan dan kehilangan kepercayaan daripada rakyat. 


Faktor “Folk Hero” Dalam PRN Sarawak

Posted: 08 May 2016 12:50 AM PDT



MUTAKHIR, 7 Mei – Sehingga jam 4 petang, sejam sebelum pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tamat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata 52 peratus sahaja pemilih keluar mengundi.Ini jauh menyimpang daripada jangkaan 80 peratus oleh SPR dan merudum daripada nisbah 70% dalam PRN 2011.

Jelas berlaku tindakan memulau (boycott) oleh pemilih dan tamparan hebat kepada Adenan yang mengharapkan sokongan lebih besar daripada Tun Abdul Taib pada tahun 2011.Penganalisis politik anak Sarawak, Dr Jeniri Amir dipetik oleh portal Free Malaysia Today sebagai berkata, sentimen anti-kerajaan "yang rendah" dan "delima Cina" dipercayai penyebab utama peratus mengundi yang rendah.

POSTING ASAL
 

SAYA tidak menyentuh mengenai pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang sedang berjalan sekarang kerana dua sebab pokok.

Pertama, saya tidak pakar dalam hal politik negeri itu dan kedua, saya mahu berkecuali.

Namun untuk rekod, izinkan saya membuat sedikit pemerhatian rambang jarak jauh berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan bincang dengan kawan-kawan yang lebih arif mengenai politik Sarawak.

1. Ada keistimewaan kepada PRN ini kerana ia adalah PRN pertama selepas era Tun Abdul Taib Mahmud selama 33 tahun.

2. Rakyat Sarawak, khususnya yang cergas dan faham politik, sudah letih (fatigue) di bawah pentadbiran Abdul Taib dan mahukan perubahan.

3. Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1 Mac tahun lalu, (Tan Sri) Adenan Satem yang pada awalnya dianggap sebagai pengganti sementara berjaya membawa kelainan dan pada pandangan mata kasar, menjadi begitu popular dalam jangka masa yang singkat.

4. Dia telah diangkat oleh media massa ke tahap wira rakyat (folk hero) dan berkemungkinan menterjemahkan kedudukannya menjadi undi.


Adenan: modal besar status "folk hero"
5. Walaupun Sarawak tersentuh teruk oleh masalah ekonomi, khususnya akibat kejatuhan harga petroleum mentah dan hasil pertanian desa, ia lebih terlindung daripada angkara politik nasional.

6. Kemelut politik yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, SRC International Sdn Bh dan "derma" RM2.6 bilion (atau lebih) dalam akaun peribadi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak rasanya tidak mempengaruhi politik Sarawak seteruk ia mempengaruhi politik negeri-negeri lain.

7. Ini adalah kerana politik Sarawak terlindung daripasa politik nasional sebab ia diperintah oleh Barisan Nasional negeri yang tiada kaitan dengan parti-parti BN pusat.

8. BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri dan dengan itu pengaruh BN pusat ke atas politik Sarawak adalah terhad.

9. Namun begitu, cara Adenan dan BN Sarawak menjalin dan mempamerkan perhubungan dengan Kerajaan Pusat, khususnya dengan Perdana Menteri, boleh memberi kesan negatif kepada keunikan Adenan dan peluang BN Sarawak menang besar.

10. Mohd Najib tetap beracun kepada sebilangan pengundi Sarawak, khususnya di bandar-bandar dan di kalangan pemilih yang berpendidikan tinggi

11. Parti-parti pembangkang, khususnya DAP, mempunyai harapan yang berpatutan untuk terus mengekalkan pengaruh di kawasan bandar di mana ramai pemilih Cina.

12. Kegagalan parti-parti Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR, menyetujui pembahagian beberapa buah kerusi mungkin memberi gambaran negatif kepada pemilih dan menjejaskan harapan mereka untuk terus mara seperti yang mereka lakukan pada PRN 2011.

13. Ada persamaan di antara kedudukan Adenan sekarang dengan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam Pilihan Raya Umum 2004. Abdullah menang besar selepas mengambil alih teraju pentadbiran daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mentadbir selama 22 tahun. Pengundi Sarawak mungkin memberi sokongan yang serupa kepada Adenan kerana mengharapkan perubahan dan kelainan.

14. Cuma imej Adenan sebagai "folk hero" tercemar apabila beliau "merestui" tindakan menghalang beberapa orang pemimpin politik Semenanjung daripada memasuki Sarawak. Nampak seolah-olah beliau tidak demokratik dan takut cabaran.

Wallahuaklam.

Ahmad Said minta Razif letak jawatan MB Terengganu

Posted: 08 May 2016 12:47 AM PDT

BORHAN AHMAD


Ahmad Said minta Razif letak jawatan secara terhormat.Ahmad Said minta Razif letak jawatan secara terhormat.


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta Menteri Besar Terengganu,  Ahmad Razif Abdul Rahman meletak jawatan menteri besar dengan cara terhormat setelah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan oleh Tuanku pada 22 April 2016.

Dalam satu kenyataan medianya kepada Malaysia Dateline, Ahmad berkata,  Sultan Mizan sudah memberi satu petunjuk yang jelas bahawa beliau tidak mahu Ahmad Razif terus menjadi Menteri Besar Terengganu, bertepatan dengan Fasal 30 Undang-undang Tubuh Negeri.

Adun Kijal itu menyebut tiga perkara berkait penarikan darjah kebesaran yang telah diwartakan.

Tiga perkara tersebut adalah:   i) jika orang itu telah disabitkan atas satu kesalahan yang melibatkan tipuan;   ii) jika orang itu dilucutkan kewargaannya;   iii) jika Duli Yang Maha Mulia berpuashati dengan kelakuan atau watak orang itu bahawa orang itu tidak lagi patut dikurniakan darjah atau kebesaran tersebut atau tidak patut di anugerahkan bintang atau pingat penghormatan atau kebesaran tersebut.

"Amat jelas kesalahan yang dilakukan oleh Ahmad Razif amat besar dan telah dinilai dengan teliti oleh DYMM Sultan Terengganu sehingga penarikan itu diwawarkan secara umum," katanya dalam kenyataan itu.

Bagi beliau, Perdana Menteri sepatunya faham maksud tindakan Tuanku Al-Sultan menarik balik darjah kebesaran daripada Ahmad Razif dan sepatutnya mengemukakan nama calon-calon penganti untuk mendapat perkenan DYMM Sultan Terengganu.  

"Saya berpendapat kini sudah tiba masa bagi YAB Perdana Menteri mencadangkan nama calon-calon penganti Ahmad Razif dan terserah kepada DYMM Sultan Terengganu untuk memberi perkenan,"katanya dalam kenyataan itu.

Keputusan ini, katanya, perlu dibuat segera kerana perjalanan pentadbiran negeri Terengganu kini lesu akibat krisis antara pihak Istana dan Menteri Besar dan lebih malang lagi rakyat yang tidak berdosa dan sedang dihimpit kemelesetan ekonomi menjadi mangsa kemelut ini.

Istana Terengganu sebelum ini telah menarik semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif.
Ahmad pula dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Razif namun usul itu ditolak oleh Speaker Dewan.

Sumber yang rapat dengan politik Terengganu pula memaklumkan, Ahmad mempunyai sekurang-kurangnya dua penyokong kepada usul beliau itu, satu angka yang cukup untuk menyebabkan Razif adalah ketua kepada kerajaan minoriti.

BN mempunyai 17 Adun dalam DUN Terengganu manakala PAS 14 dan PKR (1). Jika Ahmad ada tiga Adun bermakna, BN tingga 14 Adun sahaja berbanding PAS + PKR + Bebas 18 Adun.

Namun begitu PAS tidak menyokong usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri BN itu.

DAP akur keputusan pilihanraya Sarawak, minta Adenan tunai semua janji

Posted: 08 May 2016 12:42 AM PDT

lge_akurPRNsarawak

Roketkini.com

 
KUALA LUMPUR- DAP hari ini menerima keputusan pilihanraya Sarawak serta mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, atas kemenangan besar Barisan Nasional.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau berharap Adenan dapat menunaikan semua janjinya kepada rakyat Sarawak untuk memakmurkan hidup mereka, bersikap adil untuk semua tanpa mengira kaum dan agama, mengembalikan hak ekonomi dan autonomi Sarawak.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut mengakui bahawa kekalahan DAP di lima kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya lalu adalah kerana populariti Adenan, walaupun dalam keadaan tidak menyenangkan di mana pemimpin pembangkang Semenanjung dihalang masuk ke Sarawak manakala politik wang diamalkan secara melampau.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak patut bersyukur kerana populariti Adenan menyebabkan ramai pengundi Sarawak tidak kisah tentang salahguna kuasa BN, skandal derma RM4.2 bilion atau skandal 1MDB RM50 bilion, malah tidak mempedulikan tentang penderitaan akibat kenaikan harga berikutan pelaksanaan cukai GST.

"Jadi, DAP menolak dakwaan Najib kononnya kemenangan besar BN di Sarawak adalah restu rakyat kepada GST kerana tidak ada seorang pun pengundi Sarawak, termasuk pengundi BN, yang menyatakan sokongan kepada GST,' katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengenai prestasi DAP, Guan Eng berkata, satu kajian post-mortem akan diadakan sementara menanti laporan penuh daripada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, tentang kekalahan yang dialami, termasuk kegagalan menembusi kawasan kaum Dayak di pedalaman.

Walaupun begitu, katanya, ada petanda baik di beberapa kerusi kaum Dayak di mana calon-calon DAP mendapat undi yang memberangsangkan.

"Politik adalah perjuangan jangka panjang, para pemimpin kita harus terus melaksanakan tugas di kawasan-kawasan ini di bawah program-program Impian Sarawak, di samping berusaha mendapatkan semula kerusi-kerusi yang hilang (di kawasan bandar)," ujar beliau.

Menurut Guan Eng, DAP juga akan terus bekerjasama dengan PKR dan Amanah di dalam Pakatan Harapan, khususnya bagi mengukuhkan mekanisme dalaman bagi memastikan semua perjanjian dihormati dan dijunjung.

Tambah beliau, Pakatan Harapan perlu bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kemampuan ketiga-tiga parti untuk bekerjasama melawan BN.

Katanya, cabaran besar Pakatan Harapan ialah jika Najib berani menerima pakai model Adenan, iaitu keberanian Ketua Menteri Sarawak itu menolak ekstremisme dan dasar-dasar perkauman.

"Jika Najib berani berbuat demikian, maka Pakatan Harapan akan menghadapi cabaran paling besar dalam pilihanraya umum akan datang," ujar beliau. – Roketkini.com


Asmuni selamat dikebumikan

Posted: 08 May 2016 12:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TANJONG KARANG: Jenazah suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong di sini, jam 9.30 pagi tadi. 
 
Allahyarham Asmuni Abdullah, 52, dikebumikan berdekatan dengan pusara isterinya, Datuk Noriah Kasnon. 
 
Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Ar-rahmah, Batu 12, Sungai Burong. 
 
Turut kelihatan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar. Mayat Asmuni ditemui semalam di Sungai Batang Lupar, di Sebuyau, Sarawak. 
 
Setakat tengah malam tadi, hanya juruterbang pesawat, Kapten Rudolf Rex Ragas, belum ditemui.
 
 

Biarpun tewas, Amanah yakin terus subur di Sarawak

Posted: 08 May 2016 12:35 AM PDT

HAZRI NAWAR


Amanah disambut mesra rakyat SarawakAmanah disambut mesra rakyat Sarawak


Biarpun gagal memperoleh sebarang kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, Parti Amanah Negara (Amanah) yakin akan terus subur di negeri itu.

Presidennya Mohamad Sabu berkata, biarpun tewas di kesemua 13 kerusi, rakyat Sarawak telah menunjukkan penerimaan positif terhadap Amanah baiarpun baru berusia tujuh bulan dan buat pertama kali menyertai pilihan raya kali ini.

"Biarpun begitu, keputusan hari ini menunjukkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap Amanah sangat baik sekaligus meletakkan parti ini mempunyai masa depan yang cerah untuk terus subur di Bumi Kenyalang.

"Ia juga memberi rangsangan kepada Amanah untuk terus bergerak ditengah-tengah masyarakat dalam arena politik demokrasi tempang di Malaysia ini. Kita akan berusaha habis-habisan untuk muncul sebagai pemenang utama pada PRU akan datang," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, PRN Sarawak kali ini secara tradisinya memperlihatkan bahawa proses pilihan raya berlangsung dalam keadaan pencerobohan demokrasi begitu ketara oleh BN sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

"Tindakan BN Sarawak menghalang petugas parti pembangkang khususnya dari Amanah, PKR dan DAP telah memberi kesan psikologi kepada pengundi.

"Penyalahgunaan media, pengumuman projek segera oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri serta fitnah melampau tidak mampu dijawab parti pembangkang yang tidak mempunyai saluran seimbang dengan pemerintah," katanya.

Beliau juga tidak menolak faktor pertembungan kerusi sesama sendiri dalam Pakatan Harapan juga menyumbang kepada kegagalan menumbangkan BN di Sarawak kali ini.

"Pakatan Harapan dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak.

"Semoga keputusan pilihan raya ini menjadi iktibar kepada Pakatan Harapan untuk PRU akan datang," katanya.

Dalam keputusan rasmi yang diumumkan malam ini, BN kekal menerajui pentadbiran negeri Sarawak apabila menang 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala masing-masing tujuh DAP dan tiga PKR.

Najib kekalkan Razif yang bermasalah untuk terus berkuasa, kata Mahfuz

Posted: 08 May 2016 12:34 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE


Mahfuz terus persoal tindakan Najib kekalkan RazifMahfuz terus persoal tindakan Najib kekalkan Razif


Tindakan Perdana Menteri. Datuk Seri Mohd Najib Razak mengekalkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang bermasalah dengan istana dilihat satu percubaan untuk menutup kesalahannya yang lebih besar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata Najib mengharap dengan mengekalkan Razif sebagai menteri besar walaupun dengan kesalahan yang Tuanku Sultan murka ini akan menutup jalan untuk Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja juga murka pada Najib atas kesalahan yang lebih besar yang dilakukan Najib.

"Jalan selamat bagi Najib ialah kekalkan Razif kekallah Najib sebagai Perdana Menteri jadi selamatlah Najib dari kemurkaan Raja Raja tetapi saya percaya Raja Raja tidak akan membiarkan diri mereka dipermainkan Najib," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Najib katanya mengekalkan Razif sebagai menteri besar Terangganu walaupun Razif telah menyebabkan kemurkaan Tuanku Sultan sehingga penarikan semua pingat, darjah kebesaran negeri yang diberikan pada Razif.Kesan dari itu menyebabkan hubungan Razif dengan pihak Istana retak.

Menurutnya, apa pun kedudukan menteri besar dan siapa pun menteri besar Terangganu dan siapa pun perdana menteri Malaysia tetap memperlihatkan kepimpinan Umno sedang berhadapan dengan krisis yang makin sukar untuk diatasi.

"Rakyat melayu dan ahli Umno makin faham parti keramat Umno makin mereput akibat politik salah guna kuasa dan rasuah yang membawa kepada pengabaian terhadap negara dan rakyat," katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa Najib mengekalkan Razif sebagai menteri besar Terangganu, sedangkan rakyat tahu Tuanku Sultan murka pada Razif.

"Kini rakyat Terangganu punyai menteri besar yang yang Sultan Murka dan Tuanku Sultan Terangganu mempunyai memanda MB yang Tuanku sendiri murka.

"Semua pihak menganggap diluar kebiasaan kenapa Razif kekal," katanya.

London pilih datuk bandar muslim pertama

Posted: 08 May 2016 12:32 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Mayor London Sadiq Aman KhanMayor London Sadiq Aman Khan


Sadiq Aman Khan dilantik datuk bandar pertama kota London apabila calon parti Buruh itu memperoleh 1,310,143 undi manakala lawannya dari parti Konservatif, Zac Goldsmith memperoleh 994,614 undi.

Kemenangan tersebut diistiharkan Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn meskipun parti pembangkang itu kalah di beberapa tempat di Britain.

Corbyn menerusi akaun Twitternya semalam turut mengucapkan penghargaan terhadap Sadiq Khan.

"Tahniah Sadiq Khan. Tidak sabar lagi bekerja dengan anda untuk menjadikan London kota yang adil untuk semua," katanya seperti yang dipetik menerusi Tweetnya.

Sadiq Khan hanyalah anak seorang pemandu bas yang berhijrah dari Pakistan pada tahun 1960-an menentang Goldsmith, yang merupakan seorang jutawan di London.

Sadiq Khan dalam ucapan ringkasnya melahirkan rasa bangga terhadap rakyat London yang memilih beliau sebagai datuk bandar.

"Saya gembira rakyat (di London) memilih harapan berbanding ketakutan. Mereka memilih penyatuan dan menolak sengketa," katanya lagi.

Menang besar di Sarawak bukan tanda BN bersih, kata Mahfuz

Posted: 08 May 2016 12:26 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA


Pilihan raya lambakan wangPilihan raya lambakan wang


Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam tidak bermakna BN betul, cukai barang dan perkhidmatan (GST) baik untuk rakyat, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah dan skandal negara 1MDB selesai, kata ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Sebaliknya beliau mendakwa kemenangan BN diketahui umum kerana lambakan wang serta pengumuman projek dan peruntukan untuk memberi harapan kepada rakyat Sarawak supaya mengundi BN.

"Dalam pilihan raya umum ke -13 diakui oleh Nazir adik Najib yang beliau diarah oleh abangnya untuk menyalurkan AS$7 juta (RM27.5 juta) dari akaun perbadi abangnya Najib kepada jentera parti Umno BN secara tunai sebelum PRU13.

"Apa yang dilakukan Nazir sangat dipertikaikan dari mana abangnya Najib memperolehi wang tersebut. Saya percaya inilah juga yang berlaku pada PRN 11 Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz juga berkata, Najib dan BN sangat mengharapkan kemenangan besar di Sarawak sehingga membelanjakan wang besar untuk jentera Putrajaya berkampung di Petrajaya Sarawak.

"Harapan Najib dengan kemenangan yang telah diperoleh akan membenamkan dan mematikan semua serangan yang dihalakan kepadanya serta menutup mulut yang meminta beliau berundur," katanya lagi.

Beliau menambah, Najib cuba menggunakan rakyat khususnya pengundi Sarawak yang kekurangan maklumat mengenai apa yang berlaku di Putrajaya untuk membersihkan segala kemungkaran politik salah guna kuasa dan kemungkaran ekonomi rasuah sindiket penipuan wang negara yang dilakukannya bersama pemimpin Umno BN.

"Najib dan pemimpin Umno BN membawa sembahan tuhan wang bagi menjayakan misi mencuci dosa kemungkaran politik dan ekonomi,"katanya.

Namun beliau mengingatkan Najib agar beliau tidak terus menipu rakyat kerana rakyat semakin bangkit untuk menyelamatkan Malaysia.

"Kepada Najib dan kuncu kuncunya harus ingat kamu tak boleh terus menipu pada setiap masa.

"Gerakan rakyat akan terus melangkah ke hadapan menyelamatkan Malaysia.

"Kepada rakyat saya mengingatkan jangan sampai kerana bertuhankan wang kita memusnahkan negara dan generasi baru Malaysia.

"Masih belum terlambat untuk rakyat bangkit perbetulkan negara dan meletakkan kembali Malaysia di andasan dengan menyingkir Najib dan kuncu kuncunya dengan segera," tegasnya.

Dalam keputusan rasmi PRN Sarawak yang diumumkan malam tadi, BN kekal menerajui pentadbiran negeri apabila menang 72 daripada 82 kerusi

Dewan Undangan Negeri (Dun) manakala masing-masing tujuh DAP dan tiga PKR.

Manakala Pas dan Amanah yang bertanding masing-masing 11 dan 13 kerusi gagal memenangi mana-mana kerusi.

PRN Sarawak buktikan satu lawan satu perlu di K Kangsar dan Sg Besar, kata penganalisis

Posted: 08 May 2016 12:22 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


CEO Ilham Centre Hisomuddin BakarCEO Ilham Centre Hisomuddin Bakar

Parti-parti pembangkang dituntut supaya mengambil pengajaran pilihan raya Sarawak untuk mempastikan mereka tidak bertembung sesama sendiri di dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.

Penganalisis Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berkata, peratusan keluar mengundi di Sarawak dan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu membuktikan satu lawan satu antara pembangkang dengan Barisan Nasional (BN) adalah jalan penyelesaiannya.

"Bagi saya kadar keluar mengundi yang kecil di Sarawak adalah satu protes dari pengundi menolak pertandingan sesama sendiri dan sikap parti politik yang mementingkan parti mereka sendiri berbanding bercakap soal kebajikan rakyat keseluruhannya.

"Ketika parti Umno lemah dengan pelbagai skandal, parti pembangkang pula bergaduh sesama sendiri," kata Hisomuddin kepada Malaysia Dateline.

Selain marah kepada pertandingan sesama sendiri, pengundi juga sudah letih dengan politiking yang terlalu kuat antara dan dalaman parti politik, katanya.

"Saya namakan ia sindrom fatiq atau letih yang kini semakin membesar sehingga mencapai 30% dari jumlah pengundi," katanya lagi.

Bagi Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, pusat kajian bebas yang berwibawa itu, pertandingan tiga penjuru juga akan menyukarkan usaha Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan sistem dwi parti di negara ini.

"Cadangan ini bukan Pakatan Harapan sahaja tetapi semua parti pembangkang termasuk PAS," kata beliau.

Pakatan Harapan dicadangkan agar turut berbincang dengan PAS agar formula menang-menang boleh dicapai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa memanggil satu pilihan raya kecil selepas kedua-dua ahli parlimen kawasan berkenaan meninggal dunia dalam kemalangan helikopter ketika membuat kempen dalam pilihan raya Sarawak.

Ini kerana semua 222 ahli Parlimen mengangkat sumpah jawatan pada penggal pertama Parlimen ke-13 pada 24 Jun 2013. Dalam tempoh tiga tahun selepas itu pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

Pakar Perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, mengikut Perkara 54 fasal 1 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka berlaku dalam Dewan Rakyat, maka ia hendaklah diisi dalam masa 60 hari selepas tarikh pengosongan jawatan dibuat.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga ahli parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak petang Jumaat lalu.

Turut terkorban adalah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang juga ahli parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, kedua-dua kawasan itu ditandingi oleh PAS melawan calon BN namun kedua-dua calon PAS tewas.

Calon PAS di Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim tewas di tangan Wan Mohamad Khairil dengan majoriti 1082 manakala calon PAS Mohamad Salleh Husin tewas kepada Noriah dengan majoriti 399 undi sahaja.

Pada dasarnya, kerusi yang ditandingi oleh PAS akan ditandingi oleh Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya selepas pakatan baru itu dibentuk selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

Malaysia johan qari, qariah Tilawah Antarabangsa

Posted: 07 May 2016 05:25 PM PDT

SINAR HARIAN


Malaysia johan qari, qariah Tilawah Antarabangsa
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Tilawah Bahagian Qari, Wan Ainudin Hilmi Abdullah dari Malaysia pada majlis penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 58 hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Peserta Malaysia Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Nor Azrah Ayub muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-58 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Mereka, masing-masing menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000 tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan serta wang tunai RM40,000.

Wan Ainuddin Hilmi yang merupakan naib johan pada majlis yang sama tahun lepas memperoleh markah 94.8 peratus, manakala Nor Azrah mendapat 91 peratus.

Naib johan qari dimenangi Awangku Muhd Adibul Amin Pengiran Marjuki dari Brunei dengan markah 90.2 peratus dan tempat ketiga, Awaludin Mohor dari Indonesia dengan markah 86.8 peratus.

Qariah dari Indonesia Mastia Lestaluhu mendapat tempat kedua dengan markah 87.5 peratus, manakala qariah Brunei, Siti Huzzaimah Yadey Rosli mengumpul 85.9 peratus merangkul tempat ketiga.

Hadiah kepada qari dan hafiz disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, manakala isteri Jamil Khir, Datin Seri Fatmawati Saidin menyampaikan hadiah kepada qariah dan hafizah.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha.

Sementara itu bagi kategori hafazan yang diperkenalkan dua tahun lepas, diungguli hafiz dan hafizah Mesir, Abdulla Said Mohamed Bayoumy Elkazzaz dinobatkan sebagai johan dengan markah 96.6 peratus manakala Mayada Mahmoud Mahmoud Abdelrahim mengumpul markah 90.8 peratus.

Mereka, masing-masing menerima kepingan emas bernilai RM40,000 tajaan YaPEIM, wang tunai RM20,000 dan piala iringan.

aib johan hafiz diraih peserta Malaysia Mohamad Omar Mansu (94.5 peratus), manakala tempat ketiga Hamzah Alhabasy dari Amerika Syarikat (93.5 peratus).

Tempat kedua kategori hafizah disandang peserta negara Farihah Zulkifli dengan markah 90.8 peratus, manakala peserta Lubnan, Asma Adra meraih tempat ketiga (90.5 peratus).

Wan Ainuddin Hilmi, 34, yang ditemui selepas penyampaian hadiah berkata kemenangan itu merupakan cita-citanya yang dipendam selama ini.

"Ini kali ketiga saya mencuba sejak 2010 bagi peringkat antarabangsa. Persiapan saya merangkumi pelbagai sudut seperti kesihatan, pemakanan selain mengamalkan doa bersama keluarga," katanya.

Nor Azrah, 38, menyifatkan kemenangan itu sebagai anugerah paling bermakna daripada Allah atas kecintaannya kepada Al-Quran.

"Kami hadiahkan kejayaan kami kepada negara. Usaha kami berbaloi memandangkan persaingan sengit antaranya Indonesia dan Maghribi," kata wanita kelahiran Johor itu.

Jamil Khir pada 2 Mei lalu merasmikan majlis tilawah antarabangsa tahun ini bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara" disertai 69 peserta dari 69 negara iaitu 38 bagi kategori tilawah dan 31 bagi hafazan.
Kesemua peserta dinilai 15 hakim profesional antaranya dari Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Lubnan, Jordan, Indonesia dan Brunei. - Bernama   

 

Bekas mufi Perlis menang di Jemoreng

Posted: 07 May 2016 05:20 PM PDT

Bernama 




Calon PBB, bekas mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, 44, yang pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, menang di Jemoreng.

Anak jati Kampung Igan di Matu, mengalahkan dua pencabarnya, calon Amanah Kiprawi Suhaili dan calon Bebas Abdullah Saminan dengan mendapat majoriti undi 3,789.

Juanda meraih 5,084 undi berbanding undi yang diperoleh Kiprawi 187 (beliau hilang deposit) dan Abdullah 1,295.

Lulusan ijazah sarjana dalam Syariah, Undang-undang Keluarga Islam Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Juanda dilantik sebagai mufti Perlis selama enam tahun sejak 1998, dan pernah menjadi sarjana tamu Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) Universiti Oxford, United Kingdom pada 2009.
- Bernama


Asmuni dikenalpasti sebagai mayat keempat

Posted: 07 May 2016 05:16 PM PDT

Mayat keempat dikenalpasti sebagai suami timbalan menteri
Anggota Jabatan Pertahanan Awam mengusung mayat keempat nahas helikopter sejurus tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Mayat keempat nahas helikopter yang ditemui jam 3.26 petang tadi dikenalpasti sebagai suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, Asmuni Abdullah.

Menurut Twitter Harian Metro Sarawak, perkara itu disahkan adik mangsa, Zulkefli Abdullah.

Mayatnya ditemui setengah kilometer dari mayat Noriah dijumpai semalam dekat Sungai Batang Lupar.

Sebelumnya, jenazah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dikenalpasti sebagai mayat kelima ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Sarawak Deputi Superintenden Othman Sulaima memberitahu bahawa operasi mencari seorang lagi mangsa nahas helikopter itu akan bersambung 7.30 pagi esok.

Difahamkan, ketiga-tiga mayat yang dijumpai hari ini dihantar pulang secara berperingkat ke Semenanjung.

Mayat Noriah yang ditemui jam 12 tengah hari semalam telah selamat dikebumikan malam tadi.

Mayat kedua yang ditemui disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.


Arwah tetap hadir walaupun telah pergi 30 kenduri

Posted: 07 May 2016 05:13 PM PDT


Arwah tetap hadir walaupun telah pergi 30 kenduri
 
Sazali dan isteri hiba sebaik mengetahui tentang kematian Noriah yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lalu.
 
SABAK BERNAM - "Arwah cakap dia dah pergi 30 kenduri kahwin.. kenduri kahwin anak saya yang terakhir disinggahinya," kata Pengusaha Mentarang Bakar, Sazali Zainal, 56.

Sazali berkata, Allahyarham, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon sempat singgah di gerai mentarangnya bagi menghadiri kenduri perkahwinan anak lelakinya, lewat petang Sabtu lalu.

"Arwah mohon maaf tak datang tengah hari sebab penuhi 30 jemputan kenduri," katanya kepada Sinar Harian.

Sazali berkata, arwah yang datang bersama dengan beberapa pegawainya sempat meluangkan masa kira-kira 15 minit, bagaimanapun tidak menjamah sebarang makanan.

"Masa tu arwah tak nak makan sebab dah kenyang. Saya dan isteri berbual dengan arwah.

"Arwah nampak ceria sepanjang masa. Banyak yang kami bualkan antaranya tentang kemajuan gerai yang kami usahakan," ujarnya.

Sazali berkata, dia tidak menyangka pertemuan itu adalah kali terakhir dia bertemu dengan Ahli Parlimen Sungai Besar itu sebelum mayat Ahli Parlimen Sungai Besar itu ditemui berhampiran serpihan pesawat, semalam.

"Saya rasa amat sedih dengan pemergiaan seorang pemimpin berjiwa rakyat.

"Kami tak sangka arwah singgah jua ke kenduri kahwin anak kami, walaupun dalam keadaannya yang sibuk. Kehilangannya beri kesan mendalam bagi sesiapa saja yang mengenalinya," katanya.

P'raya S'wak: Semua pemimpin parti komponen BN menang

Posted: 07 May 2016 05:07 PM PDT

MALAYSIAKINI




Kesemua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11), termasuk Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian di Batu Kawah.

Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu, menewaskan pencabarnya Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri.

Presiden PBB itu meraih 6,360 undi, manakala Jazolkipli hanya memperoleh 468 undi dan hilang deposit.
Dalam pertembungan paling ditunggu-tunggu pada pilihan raya negeri kali ini, Dr Sim yang meraih 6,414 undi, mengalahkan penyandang Christina Chiew Wang See daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi.

Calon Bebas Liu Thian Leong, bekas pengerusi UPP Batu Kawah, hanya mendapat 1,109 undi, sekaligus hilang deposit.

Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983, apabila mengalahkan calon DAP Agop Linsong dengan majoriti 4,793 undi.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, memperoleh 5,272 undi berbanding hanya 479 undi diraih Agop, yang hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu.- Bernama


Tanya bila PM mahu undur, wartawan UK disekat ke sidang media

Posted: 07 May 2016 05:03 PM PDT

MALAYSIAKINI




Wartawan dan jurugambar dari United Kingdom tidak dibenarkan membuat liputan sidang media keputusan pilihan raya Sarawak selepas bertanya perdana menteri sama ada beliau akan meletakkan jawatan.

Ketika Datuk Seri Najib Razak tiba di Wisma Bapa di Kuching, wartawan Channel 4 News itu bertanya sama ada Najib akan berundur.

Najib terus berlalu tanpa mempedulikan Jonathan Miller dan juruvideonya.

Beliau kemudian menuju ke arah tempat sidang media sebelum diberhentikan oleh seorang lelaki yang berkata: "Ini bukan negara kamu".

Miller kemudian bertanya kepada polis bertugas sama ada beliau dibenarkan masuk.

Selepas meminta pengesahan beliau tidak dibenarkan membuat liputan, Miller berlalu pergi.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata bertanya soalan yang jawapannya dimahukan oleh rakyat Malaysia.


Keputusan rasmi pilihan raya Sarawak

Posted: 07 May 2016 04:52 PM PDT

MALAYSIAKINI





N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet (PKR)......1,549
2. Niponi ak Undek (Bebas).................1,583
3. Patrick ak Uren (PBDSB)...................524
4. RANUM AK MINA (BN)......................3,665
Jumlah mengundi/Votes Cast.................7,419
Peratus/Percentage.........................76.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................57
Majoriti/Majority..........................2,082

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. DATO HENRY @ HARRY AK JINEP (BN-SPDP).........6,922
2. Mordi ak Bimol (DAP)..........................5,634
Jumlah mengundi/Votes Cast......................12,797
Peratus/Percentage...............................75.10%
Undi rosak/Spoilt votes............................197
Majoriti/Majority................................1,288

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB)..............6,360
2. Jazolkipli Numan (PKR).......................468
Jumlah mengundi....................6,936
Peratus............................70.10%
Undi rosak..........................77
Majoriti.............................5,892

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..........10,918
2. Zainal Abidin Yet (Pas)....................1,658
Jumlah mengundi/Votes Cast...................12,581
Peratus/Percentage............................69.80%
Undi rosak/Spoilt votes.........................221
Majoriti/Majority.............................9,260

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...........8,539
2. Mohamad Fidzuan Zaidi (Amanah)............1,157
Jumlah mengundi/Votes Cast...................9,879
Peratus/Percentage...........................71.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................139
Majoriti/Majority............................7,382

N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN (BN-PBB).........10,942
2. Nurhanim Mokhsen (PKR)...................2,887
Jumlah mengundi/Votes Cast.................14,061
Peratus/Percentage..........................65.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................8,055

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari (Amanah)...............................389
2. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)....9,795
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi (Pas).............2,035
Jumlah mengundi/Votes Cast.........................12,397
Peratus/Percentage..................................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...............................108
Majoriti/Majority...................................7,760

N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. DATUK AMAR ABG ABD RAHMAN ZOHARI ABG OPENG (BN-PBB)..6,854
2. Mohammad Salleh Shawkatali (PKR).....................1,809
Jumlah mengundi/Votes Cast..............................8,803
Peratus/Percentage......................................65.00%
Undi rosak/Spoilt votes....................................96
Majoriti/Majority.......................................5,045

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung (BN-SUPP).............5,062
2. Teo Kuang Kim (Star).................116
3. WONG KING WEI (DAP)................9,332
Jumlah mengundi..........14,602
Peratus....................65.50%
Undi rosak................. 78
Majoriti.....................4,270

N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee (BN-SUPP).............7,442
2. VIOLET YONG WUI WUI (DAP).................12,454
Jumlah mengundi...................20,038
Peratus............................65.70%
Undi rosak.........................125
Majoriti.............................5,012

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. SEE CHEE HOW (PKR)...............10,758
2. Sih Hua Tong (BN-SUPP)............6,373
3. Soo Lina (Star).....................331
Jumlah mengundi/Votes Cast..........17,613
Peratus/Percentage...................62.70%
Undi rosak/Spoilt votes................110
Majoriti/Majority....................4,385

N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. CHONG CHIENG JEN (DAP)..............10,047
2. Yap Yau Sin (BN-SUPP)................7,228
Jumlah mengundi/Votes Cast.............17,495
Peratus/Percentage......................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes...................196
Majoriti/Majority.......................2,819

N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Christina Chew Wang See (DAP).......4,329
2. Liu Thian Leong (Bebas).............1,109
3. DATUK DR SIM KUI HIAN (BN-SUPP).....6,414
Jumlah mengundi/Votes Cast............12,042
Peratus/Percentage.....................70.90%
Undi rosak/Spoilt votes..................135
Majoriti/Majority......................2,085

N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom (PKR).........2,085
2. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)..........6,163
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,371
Peratus/Percentage...........................76.30%
Undi rosak/Spoilt votes........................107
Majoriti/Majority............................4,078

N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Abang Abdul Halil Abang Naili (Amanah)......765
2. DATUK IDRIS BUANG (BN-PBB)...............10,086
3. Zulkipli Ramzi (PAS)......................1,508
Jumlah mengundi/Votes Cast..................12,688
Peratus/Percentage...........................78.40%
Undi rosak/Spoilt votes........................269
Majoriti/Majority............................8,578

N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Leslie Ting Xiang Zhi (DAP)..................1,778
2. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB).......8,820
Jumlah mengundi.....................10,839
Peratus..............................73.00%
Undi rosaks............................55
Majoriti...............................7,042

N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim (PKR)................1,218
2. Buln ak Patrick Ribos (Star).............120
3. MIRO AK SIMUH (BN).....................3,452
4. Nyomek ak Nyeap (Bebas)................2,055
Jumlah mengundi................7,002
Peratus........................77.20%
Undi rosak.....................138
Majoriti.........................1,397

N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. DATUK DR JERIP AK SUSIL (BN).............6,161
2. Sanjan ak Daik (DAP).....................2,828
3. Willie ak Mongin (PKR)...................2,645
Jumlah mengundi/Votes Cast.................11,904
Peratus/Percentage..........................68.20%
Undi rosak/Spoilt votes.......................200
Majoriti/Majority...........................3,333

N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog (PKR)...................3,029
2. ROLAND SAGAH WEE INN(BN-PBB).........8,450
Jumlah mengundi............11,748
Peratus......................71.70%
Undi rosak...................214
Majoriti......................5,421

N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong (PKR)............1,164
2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)....7,357
Jumlah mengundi.........................8,701
Peratus.................................75.50%
Undi rosak..............................144
Majoriti..................................6,193

N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe (DAP)...................1,941
2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB)...5,769
3. Mark Murau ak Sumon (PBDSB)............168
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,000
Peratus/Percentage......................77.10%
Undi rosak/Spoilt votes...................105
Majoriti/Majority.......................3,828

N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi(PBDSB)..........................133
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak (DAP).....2,307
3. Fredrick Bayoi ak Maggie (Bebas)...............1,196
4. JOHN AK ILUS (BN)..............................5,451
5. Johnny ak Aput (Star).............................53
Jumlah mengundi........................9,452
Peratus................................70.70%
Undi rosak.............................117
Majoriti.................................3,144

N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. AIDEL BIN LARIWOO (BN-PBB).................3,925
2. Asan bin Singkro (Pas).......................458
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen (Bebas).........234
4. Othman Bin Mustapha @Mos (Amanah)............157
Jumlah mengundi....................4,874
Peratus............................72.20%
Undi rosak..........................80
Majoriti.............................3,467

N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain (Amanah)......................164
2. JULAIHI NARAWI (BN-PBB)......................4,531
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas).............1,789
Jumlah mengundi......................6,620
Peratus.............................73.20%
Undi rosak...........................118
Majoriti..............................2,742

N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh (PKR)..............1,226
2. SIMOI BINTI PERI (BN-PBB)..........................4,169
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman (Bebas).....842
Jumlah mengundi............................6,350
Peratus....................................70.60%
Undi rosak.................................113
Majoriti.....................................2,943

N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden (Amanah)........103
2. Hamidah Mokhtar (Pas).....................3,051
3. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)....................4,758
Jumlah mengundi/Votes Cast...................8,035
Peratus/Percentage...........................76.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................104
Majoriti/Majority............................1,707

N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam (Bebas)...............2,439
2. Nicholas Mujah ak Ason (PKR)..... .....700
3. Pok ak Ungkut (PBDSB)...................90
4. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)...............4,478
Jumlah mengundi..............7,794
Peratus......................78.40%
Undi rosak.....................0
Majoriti.......................2,039

N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak (PKR)...................855
2. DATUK MONG AK DAGANG (BN-PRS).......5,550
Jumlah mengundi.............6,547
Peratus....................69.70%
Undi rosak..................125
Majoriti......................4,695

N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom (Bebas)..................91
2. DR JOHNICAL RAYONG AK NGIPA (BN).....5,513
3. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR).........532
4. Ridi ak Bauk (Bebas).................1,656
Jumlah mengundi/Votes Cast..............7,888
Peratus/Percentage......................73.80%
Undi rosak/Spoilt votes....................73
Majoriti/Majority.......................3,857

N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong (PKR).................1,698
2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS).......4,884
Jumlah mengundi...............6,716
Peratus.......................70.80%
Undi rosak....................116
Majoriti.......................3,186

N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)...........5,963
2. Yakup Daud (PKR)...............................1,531
Jumlah mengundi........................7,883
Peratus................................79.80%
Undi rosak.............................112
Majoriti.................................4,432

N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. GERALD RENTAP JABU (BN-PBB)............3,931
2. Vernon Albert Kedit (PKR)..............2,503
Jumlah mengundi................6,582
Peratus........................72.40%
Undi rosak.....................114
Majoriti.........................1,428

N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS (BN-PBB)...5,524
2. Noel Changgai Bucking (PKR).................925
Jumlah mengundi..................6,584
Peratus...........................74.00%
Undi rosaks.......................108
MajoritI...........................4,599

N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah (Bebas) ................153
2. Sopian bin Julaihi (Amanah)................649
3. DATUK TALIF @ LEN BIN SALLEH (BN-PBB)....6,235
Jumlah mengundi/Votes Cast..................7,227
Peratus/Percentage..........................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes.......................153
Majoriti/Majority...........................5,586

N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................5,260
2. Mohamad Fadillah Sabali(Amanah).................878
Jumlah mengundi.......................6,331
Peratus...............................65.80%
Undi rosak............................139
Majoriti................................4,412

N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau (Amanah)....................569
2. SAFIEE AHMAD (BN-PBB)...................5,001
Jumlah mengundi.................5,734
Peratus.........................67.50%
Undi rosak......................147
Majoriti..........................4,432

N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan (Bebas)..............1,295
2. DATUK DR JUANDA JAYA (BN-PBB).........5,084
3. Kiprawi Suhaili(Amanah).................187
Jumlah mengundi/Votes Cast...............6,729
Peratus/Percentage.......................69.40%
Undi rosak/Spoilt votes....................133
Majoriti/Majority........................3,789

N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. DING KUONG HIING (BN-SUPP)............6,865
2. Ting Tze Fui (DAP)....................5,349
Jumlah mengundi/Votes Cast..............12,413
Peratus/Percentage.......................73.50%
Undi rosak/Spoilt votes....................165
Majoriti/Majority........................1,516

N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot(Bebas).........3,573
2. Rinda Juliza ak Alexander(DAP).............285
3. TAN SRI WILLIAM MAWAN (BN)...............3,999
Jumlah mengundi..................7,993
Peratus..........................77.40%
Undi rosak.......................128
Majoriti............................426

N048: MELUAN: SARAWAK: 13,103
1. Elly Lawai ak Ngalai (Bebas)................2,686
2. Remiguis Noel @ Jerry ak Clement (Bebas)......934
3. ROLLAND DUAT AK JUBIN (BN-SPDP).............3,363
4. Semana ak Sawang (PKR)......................2,008
Jumlah mengundi.....................9,140
Peratus.............................69.80%
Undi rosak..........................127
Majoriti................................677

N049: NGEMAH: SARAWAK: 8,899
1. Alexander ak Vincent (BN-PRS)...........2,888
2. Joseph Jawa ak Kendawang (Bebas)........2,734
3. Richard ak Lias (DAP).....................243
4. Thomas Laja ak Besi (PKR).................396
Jumlah mengundi.................6,396
Peratus..........................71.9%
Undi rosak......................114
Majoriti............................154

N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. ALLAN SIDEN GRAMONG (BN-PBB)........4,550
2. Chen Nguk Fa (PKR)..................1,381
3. Semawi ak Paong(Bebas)..............1,598
Jumlah mengundi/Votes Cast.............7,704
Peratus/Percentage.....................70.40%
Undi rosak/Spoilt votes..................155
Majoriti/Majority......................2,952

N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon (BN-SUPP)..............6,895
2. IRENE MARY CHANG OI LING (DAP)..........11,392
3. Moh Hiong King (Star)......................374
Jumlah mengundi/.................18,881
Peratus..........................66.60%
Undi rosak.......................180
Majoriti...........................4,497

N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Abdul Raafidin Bin Majidi(PKR).........2,000
2. DR ANNUAR BIN HAJI RAPA'EE (BN-PBB)....9,617
3. Tiong Ing Tung(Star).....................733
Jumlah mengundi...............12,613
Peratus.......................67.80%
Undi rosak.....................186
Majoriti........................7,617

N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie (BN)..................8,742
2. Priscilla Lau (Star)................597
3. WONG KEE WOAN (DAP)..............13,056
Jumlah mengundi/Votes Cast..........22,628
Peratus/Percentage...................70.20%
Undi rosak/Spoilt votes................174
Majoriti/Majority....................4,314

N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. DATUK FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...7,107
2. Sim Eng Hua(PKR)....................................777
Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,080
Peratus/Percentage...................................70.60%
Undi rosak/Spoilt votes................................150
Majoriti/Majority....................................6,330

N057: TELLIAN (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya (PKR)............666
2. YUSSIBNOSH BALO (BN-PBB)...............5,087
Jumlah mengundi/Votes Cast................5,858
Peratus/Percentage........................65.70%
Undi rosak/Spoilt votes......................83
Majoriti/Majority.........................4,421

N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. ABDUL YAKUB BIN ARBI (BN-PBB)...........4,208
2. Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah)..........1,244
Jumlah mengundi................5,552
Peratus.........................69.70%
Undi rosak.......................90
Majoriti.........................2,964

N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji (Bebas)...........................4,145
2. CHRISTOPHER GIRA @ GIRA AK SAMBANG(BN-PRS)....6,230
3. Simon ak Joseph (PKR)...........................954
Jumlah mengundi.....................11,508
Peratus...............................77.00%
Undi rosak............................169
Majoriti................................2,085

N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah (DAP)................494
2. WILSON NYABONG IJANG (BN-PRS)...............3,778
3. Yong ak Sibat(Bebas)..........................321
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................4,665
Peratus/Percentage.............................64.90%
Undi rosak/Spoilt votes...........................60
Majoriti/Majority..............................3,284

N063: BUKIT GORAM (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 11,510
1. JEFFERSON JAMIT UNYAT (BN-PBB)............4,596
2. Larry ak Asap (DAP).......................2,010
Jumlah mengundi/Votes Cast...................6,762
Peratus/Percentage...........................58.70%
Undi rosak/Spoilt votes........................110
Majoriti/Majority............................2,586

N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1.Agop ak Linsong (DAP)............................479
2.TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING (BN-PRS).........5,272
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,820
Peratus/Percentage...............................60.50%
Undi rosak/Spoilt votes.............................55
Majoriti/Majority................................4,793

N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan (PKR)......................463
2. LIWAN LAGANG (BN-PRS)....................4,149
Jumlah mengundi..................4,674
Peratus..........................65.90%
Undi rosak........................51
Majoriti...........................3,686

N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit (PKR).................1,065
2. CHUKPAI UGON (BN-PRS)................3,265
3. Mathew Silek (DAP).....................687
4. Stanley Ajang Batok(Bebas)...........1,029
Jumlah mengundi..............6,219
Peratus......................75.50%
Undi rosak...................153
Majoriti.......................2,200

N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang (PKR)................2,141
2. Kiprawi Aman (Pas)........................406
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid (Star).........136
4. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB)...........6,342
5. Wong Hau Ming (Bebas).....................190
Jumlah mengundi.................9,369 Peratus/Percentage.........................67.90%
Undi rosak/Spoilt votes......................140
Majoriti/Majority..........................4,201

N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. CHIEW CHIU SING (DAP).................7,984
2. Chieng Lea Ping (Star)...................89
3. Pau Chiong Ung (BN-SUPP)..............5,436
Jumlah mengundi/Votes Cast..............13,619
Peratus/Percentage.......................69.20%
Undi rosak/Spoilt votes.....................96
Majoriti/Majority........................2,548

N070: SAMALAJU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan (DAP)...................2,992
2. MAJANG AK RENGGI (BN-PRS)...............5,456
3. Zharudin bin Narudin (Pas)................447
Jumlah mengundi/Votes Cast.................9,026
Peratus/Percentage.........................68.10%
Undi rosak/Spoilt votes......................120
Majoriti/Majority..........................2,464

N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu (Bebas)...........589
2. Bill ak Kayong (PKR).................1,220
3. Jou @ Peter ak Jelin (Bebas)...........565
4. ROSEY YUNUS (BN).....................6,009
Jumlah mengundi/Votes Cast..............8,540
Peratus/Percentage......................69.70%
Undi rosak/Spoilt votes...................125
Majoriti/Majority.......................4,789

N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo (Pas).......829
2. Mohdak Ismail (PKR)..................2,596
3. RIPIN LAMAT (BN-PBB).................7,503
Jumlah mengundi/Votes Cast.............11,148
Peratus/Percentage......................63.60%
Undi rosak/Spoilt votes...................205
Majoriti/Majority.......................4,907

N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong (DAP)...................5,687
2. SEBASTIAN TING CHIEW YEW (BN-SUPP)..........7,799
Jumlah mengundi/Votes Cast....................13,634
Peratus/Percentage.............................64.60%
Undi rosak/Spoilt votes..........................123
Majoriti/Majority..............................2,112

N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit (PKR)...............................4,106
2. Louis Jalong (Bebas)............................56
3. DATUK DR PENGUANG AK MANGGIL (BN-SPDP)......5,493
Jumlah mengundi/Votes Cast......................9,807
Peratus/Percentage..............................66.00%
Undi rosak/Spoilt votes...........................131
Majoriti/Majority...............................1,387

N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. DENNIS NGAU (BN-PBB)............3,231
2. Roland Engan(PKR)...............3,064
Jumlah mengundi/Votes Cast.........6,388
Peratus/Percentage............. ...63.90%
Undi rosak/Spoilt votes....... .......82
Majoriti/Majority....................167

N078: MULU (KERUSI BAHARU/NEW SEAT): SARAWAK: 8,600
1. DATUK GERAWAT GALA (BN)...........3,198
2. Paul Anyie Raja (DAP)...............309
3. Pauls Baya (PKR)..................1,490
4. Roland Dom Mattu(Bebas).............239
Jumlah mengundi/Votes Cast...........5,356
Peratus/Percentage................ ..62.30%
Undi rosak/Spoilt votes................111
Majoriti/Majority....................1,708

N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap (Bebas).........................1,427
2. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN)...............4,366
Jumlah mengundi/Votes Cast.....................5,909
Peratus/Percentage.............................68.30%
Undi rosak/Spoilt votes..........................103
Majoriti/Majority..............................2,939

N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. BARU BIAN (PKR)..............................2,858
2. Willie Liau(BN-SPDP).........................2,320
Jumlah mengundi/Votes Cast......................5,229
Peratus/Percentage..............................70.90%
Undi rosak/Spoilt votes............................35
Majoriti/Majority.................................538

BN menang dalam duka

Posted: 07 May 2016 04:46 PM PDT

MALAYSIAKINI




Kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini disambut dalam kesedihan.

Ini berikutan nahas yang menimpa allhayarham Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain.

"Tugas kita akan bermula selepas ini, namun dengan kemeriahan ini, saya bersalah kalau saya tidak sebut tentu disulami dengan perasaan kesedihan kerana kita telah kehilangan rakan-rakan kita dalam tragedi nahas helikopter

"Selepas ini saya akan berkejar ke hospital untuk bertemu dengan keluarga-keluarga mangsa nahas helikopter," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Selain Noriah, turut menaiki helikopter sama ialah suaminya Asmuni Abdullah dan anggota parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Turut menaiki helikopter tersebut juga ialah ketua setiausaha kementerian itu Datuk Dr Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Juruterbangnya ialah warga Filipina, Rudolf Rex Ragas.


SPR tak dedah peratus keluar mengundi hari ini

Posted: 07 May 2016 04:43 PM PDT

MALAYSIAKINI

 


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tidak mendedahkan peratus keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak hari ini.

Peratusan keluar mengundi hanya diumumkan setakat jam 4 petang ini dengan 52 peratus daripada 1,109,795 pemilih berdaftar.

"Kamu kena kira sendiri," Hashim dilapor sebagai berkata oleh The Star Online.

Bagaimanapun, beliau berkata peratusan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, yang merangkumi data daripada pengundian awal dan tidak hadir.

Menurut laporan itu, Hashim mengakui jumlah keluar mengundi pada hari pengundian secara relatifnya rendah dan mereka tidak tahu sebab sebenar.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan kadar itu.

Beliau berkata data berkaitan undi rosak akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari.

Tiada ulasan: