Sabtu, 28 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR

Posted: 28 May 2016 05:02 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.

Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?

Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?

Wanita yang edah juga tidak dibenarkan menziarahi kematian orang lain, pergi ke majlis kenduri, berhias, memakai barang kemas dan sebagainya sepanjang dalam tempoh edah tersebut.

Dari segi budaya pula, edah turut dianggap tempoh berkabung sebagai tanda sedih atas kematian suami.

Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan baru saja kematian suami pada 5 April lalu?

Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?

Tidak simpatikah beliau kepada arwah suaminya di dalam kubur di mana ketika tanah kuburnya masih lagi merah, beliau bukan saja melanggar  hukum Islam yang wajib dipatuhi, malah akan selalu meninggalkan rumah semata-mata untuk bergelar Yang Berhormat, sama seperti jawatan suaminya dahulu?

Dalam hal ini, di manakah ulama-ulama dalam UMNO, apakah mereka sudah jadi bisu semata-mata bersetuju kerana melihat pemilihan Mastura mampu meraih simpati dan seterusnya membawa kemenangan kepada BN?

Apakah UMNO sudah benar-benar tiada calon lain yang lebih sesuai untuk diketengahkan sehingga balu yang dalam edah dan sepatutnya lebih sesuai duduk di rumah, dipilih sebagai calon?

Dalam maksud yang lebih jelas, balu yang dalam tempoh edah dikira haram bertanding kerana ia secara rela hati melanggar peraturan-peraturan edah itu sendiri seperti keluar rumah bukan kerana darurat, menghias diri, memakai barang kemas serta terlibat dengan percampuran yang lebih terbuka dengan kaum lelaki yang bukan muhrim.

Di dalam Al Quran, perkara mengenai wanita dalam edah ini disebut dalam Surah Al Baqarah ayat 228.

Sekali lagi, pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. 

Pemilihan beliau sebagai calon adalah haram, bersetuju menerima sebagai calon juga haram, bahkan mengundinya boleh dikira sama hukumnya.

Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari?

Jika di Sungai Besar, seorang Adun dipilih bertanding untuk kerusi Parlimen sudah dianggap aneh, di Kuala Kangsar ini kegilaan dalam membuat memilih calon sudah sampai ke tahap tiada taranya lagi.

Lebih mendukacitakan, selain ramai tokoh-tokoh agama dan mufti dalam UMNO, pemilihan Mastura sebagai calon itu pula diumumkan oleh Zahid Hamidi, seorang yang diketahui ada asas pengetahuan agamanya. 


Jangan jadikan calon luar sebagai isu besar, kata Hadi

Posted: 28 May 2016 04:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
SUNGAI BESAR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas pihak yang mempersoalkan pemilihan Dr Abdul Rani Osman sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Tegas beliau perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pemilihan orang luar bukan sesuatu yang luar biasa.
"Lim Guan Eng (Ketua Menteri DAP) bertanding di Pulau Pinang, walhal dia bukan orang Pulau Pinang. Jadi tidak ada masalah," ujarnya dalam sidang media di Markas PAS, Simpang Lima malam tadi.
Ketika mengumumkan Rani sebagai jaguh PAS menghadapi cabaran PRK Sungai Besar, Hadi dalam ucapannya berkata calon terpilih itu telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulama parti Islam itu.
Rani ketika ditanya pemberita enggan mengulas lanjut isu berkenaan.
"Saya telah dinasihatkan oleh Tuan Guru Presiden (Hadi) agar tidak memberikan sebarang kenyataan," ujarnya.
Dalam sidang media itu juga, Hadi ditanya mengenai usul Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
"Orang bukan Islam sepatutnya tidak masuk campur, MIC dan MCA lebih faham dan DAP pula tidak faham, ia sangat mendukacitakan.
"PAN (Parti Amanah Negara) pula tidak faham sempadan," katanya yang merujuk kepada sikap DAP dan Amanah dalam isu ini.
Abdul Hadi turut mendakwa DAP mempunyai agenda untuk memburukkan agama Islam.
"Ada agenda di belakang DAP yang cuba hendak memburukkan Islam dan kebimbangan sekiranya dilaksanakan menurut Islam akan mendapat respon positif daripada penganut bukan Islam.
"Ini sebenarnya menakutkan DAP," tegas Hadi.

Dr Rani disenangi pengundi Sungai Besar, dakwa Zuhdi

Posted: 28 May 2016 04:09 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Rekod cemerlang dan perwatakan ADUN Meru Dr Rani Osman yang disenangi pengundi pelbagai peringkat di Sungai Besar menjadikan faktor utama PAS menamakan beliau sebagai calon parti itu pada Pilihanraya Kecil (PRK) 18 Jun depan.
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata faktor itu menjadi taruhan kepada PAS dalam mencalonkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) Budiman Zohdi.
 
"Pimpinan PAS mempertimbangkan semua faktor termasuk faktor anak tempatan sebelum memutuskan Dr Rani Osman sebagai calon PAS di Sungai Besar. 
 
"Saya melihat PAS menurunkan Dr Rani kerana kad prestasinya sebagai ADUN Meru yang cemerlang disamping perwatakannya yang disenangi oleh semua segmen pengundi di Sungai Besar," katanya menerusi Aplikasi WhatApps.
 
Sebelum ini PAS menerusi Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu akan mengemukakan calon di kalangan penduduk tempatan bagi kedua-kedua kerusi iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
 
Namun semalam, Hadi mengejutkan ramai pihak apabila menamakan Dr. Rani Osman sebagai calon yang merupakan orang luar Sungai Besar.
 
Tindakan Hadi itu pantas mendapat respon daripada Parti Amanah Negara (PAN).
 
Parti serpihan PAS itu menyifatkan langkah Hadi sebagai tidak bijak dan hanya memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).
 
Setiausaha PAN, Suhaizan Kayat yang berkata tindakan itu seakan menunjukkan wujud kerjasama tersirat antara PAS dengan Umno.
 
"Strategi BN letak (ADUN Sungai Besar) Budiman Mohd Zuhdi adalah untuk dapatkan sokongan Melayu.
 
"Strategi PAS letakkan Rani untuk tarik sokongan Cina yang tidak diperoleh BN. Bukan untuk memenangkan PAS," ujar Suhaizan menerusi status di Facebooknya.
 
 

Bashah: Leong perlu diberi ruang dan waktu timbang semula keputusannya

Posted: 28 May 2016 03:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong yang mengumumkan mahu keluar partinya semalam perlu diberi ruang dan waktu untuk menimbangkan semula keputusannya itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
  
Katanya Leong yang juga seorang daripada anggota exco negeri wajar dibenarkan bercuti selama dua minggu bagi membolehkannya menenangkan fikiran dan memahami keadaan sebenarnya tentang isu yang menyebabkan beliau bertindak untuk keluar parti.
  
"Lepas dia bercuti itu nanti, (barulah) saya akan jumpa dia tapi saya memang sudah bercakap (dengannya) dalam (perbualan) telefon," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan bencana dan elaun sara hidup nelayan di Kompleks Perikanan Penarak di Langkawi.
  
Menurutnya tindakan Leong semalam merupakan sesuatu yang tidak disangkakan oleh beliau yang ketika itu masih berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sana.
  
"Tapi tak apalah. Kita akan cuba selesaikan masalah ini dengan cara semangat Barisan Nasional," katanya.
  
Leong yang juga ADUN Gurun mengumumkan akan keluar daripada MCA dalam satu sidang media di Alor Setar semalam kerana tidak berpuas hati dengan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2010) di Dewan Rakyat, kelmarin.
  
Bagaimanapun, beliau tidak meletakkan jawatannya sebagai exco dan menyerahkan kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tong Lai untuk menggantikannya (sebagai timbalan pengerusi MCA Kedah).
  
Berikutan pengumuman beliau itu, Pengerusi MCA Kedah Datuk Lee Chee Leong memberi tempoh dua minggu kepada Leong untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu.
  
Leong memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan pada 20 Mac 2014.- Bernama


Liow dan Mah akan letak jawatan menteri jika RUU hudud diluluskan

Posted: 28 May 2016 03:46 AM PDT

MALAYSIAKINI


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong akan meletakkan jawatan dalam kabinet sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) hudud diluluskan.

Ini selepas kerajaan, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN, menyokong pembentangan RUU persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Liow adalah menteri pengangkutan manakala Mah menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Liow dipetik oleh The Star sebagai berkata, beliau cuba menyekatnya dan cuba untuk mendapatkan semua parti komponen (BN) untuk menghalangnya.

Beliau juga dilaporkan menggesa kedua belah jurang politik untuk bersama dan menyekat RUU itu.

"Jadi, jika kita tidak boleh melakukannya, kita perlu berkorban. Saya akan meletakkan jawatan," katanya sambil menambah tidak ada gunanya untuknya kekal dan beliau perlu tegas dalam perkara itu, lapor The Star.

Sementara itu, Mah berkata Gerakan juga akan melakukan segala-galanya dalam kuasanya untuk menyekat RUU hudud walaupun ia bermakna melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Katanya, beliau telah secara terbuka menyatakan dalam temubual dengan media pada 5 Julai 2014 dan 14 Oktober 2015 bahawa jika RUU hudud diluluskan di Parlimen, beliau akan meletakkan jawatan.

"Keputusan ini masih tidak berubah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

‘Saya yang sebenarnya ditumbuk...

Posted: 28 May 2016 03:44 AM PDT

'Saya yang sebenarnya ditumbuk...'
(kiri) Petikan video yang menunjukkan insiden tersebut kini viral di laman sosial. Laporan polis yang dibuat seorang lelaki yang mendakwa dirinya dipukul Azmi. Gambar kecil: Azmi
 

BALING - "Saya cuba leraikan keadaan, tetapi saya pula yang dituduh," demikian luahan Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain yang didakwa memukul seorang pemuda dalam satu insiden pergaduhan di hadapan Aman Central pada 15 Mei lalu, kira-kira jam 5.45 petang.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 33 saat yang memaparkan pergelutan seorang lelaki bersama tiga individu lain dengan salah seorangnya ialah Azmi tersebar luas di media sosial.

Sambil menjelaskan perkara sebenar, Azmi berkata, sebelum kejadian itu berlaku, pemuda yang mendakwa dipukul itu menunjukkan isyarat tidak elok kepada anaknya yang sedang memandu.

Menurutnya, dia yang seolah-olah melakukan provokasi itu kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

"Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

"Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau yang juga Adun Bayu berkata, lelaki itu kemudian bertindak lebih agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya sehingga terjatuh.

"Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

"Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu," katanya.

Katanya lagi, lelaki berkenaan juga dilihat cuba memutar belitkan kejadian sebenar apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

Menurutnya, perkara itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut.

"Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

"Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk," katanya.

Azmi mendakwa, insiden salah faham yang diviralkan itu adalah  hasil agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.

Tanpa ingin mendedahkan siapa pelakunya, beliau mengakui mengenali individu yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.

"Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA," katanya.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.

"Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan," katanya.

Dalam pada itu di ALOR SETAR, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pengadu membuat laporan polis pada hari kejadian dan tidak mengenali Adun itu sehingga kes tersebut menjadi viral dalam laman sosial.

Mohd Rozi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Balu Wan Mohammad Khair-il calon BN di Kuala Kangsar

Posted: 28 May 2016 03:25 AM PDT

Mastura
Datin Mastura Mohd Yazid (kiri) diumum sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.


KUALA KANGSAR - Balu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Mohd Yazid diumum sebagai calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

Pengumuman dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon BN dan pelancaran jentera pilihan raya kecil itu di Pusat Arahan BN di sini kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Mastura, 55, merupakan seorang graduan undang-undang daripada Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat orang anak ini juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi AJK Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

Meskipun tidak menyandang sebarang jawatan rasmi namun ramai mengetahui Datin Mastura merupakan penasihat peneman setia arwah suaminya dalam menggerakkan kerjanya sebagai wakil rakyat di Bukti Chandan dan seterusnya mewakili Parlimen Kuala Kangsar.

Umum juga sering melihat kelibat Mastura seorang yang berani mengeluarkan pendapat dan lantang bersuara untuk sebarang perihal melibatkan kebajikan penduduk di sekitar Kuala Kangsar.

Kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Wan Mohammad Khair-il memperolehi 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi menyingkirkan calon Pas, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

Kuala Kangsar mempunyai 32,632 pengundi berdaftar dengan 312 merupakan pengundi awal.


Segerakan pembinaan hospital di Kapar – Manivanan

Posted: 28 May 2016 03:22 AM PDT

Oleh Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR : Kerajaan Pusat perlu menyegerakan pembinaan hospital di Kapar, Klang ekoran peningkatan jumlah pesakit di kawasan itu.
A96E6376 
Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin berkata, ketiadaan hospital menyukarkan pesakit mendapatkan rawatan kerana jarak hospital paling dekat adalah terlalu jauh.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah di bandar Klang, agak jauh dari penempatan penduduk.

Katanya, masalah tersebut sering diadukan penduduk yang begitu mengharapkan kemudahan itu dibina sekitar kawasan mereka dan tidak terlalu jauh.

"Saya beri amaran kepada Kerajaan Pusat, hospital Parlimen Kapar perlu diselesaikan secepat mungkin.

"Kalau seseorang itu meninggal kerana ajal saya terima, tetapi kalau dia meninggal disebabkan tiada hospital berdekatan, ambulans tiba tidak ikut masa kerana jalan jem, ini adalah sebab kecuaian dan kelewatan membina hospital. Tak boleh dianggap perkara mudah," kata Manivanan.
Kapar 
Beliau berkata, pembinaan hospital yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 sehingga kini masih belum dimulakan.

Katanya, setiap kali dibangkitkan di Dewan Rakyat, jawapan yang diberikan berlainan.

Manivanan berkata, Sime Darby mahu kerajaan membeli tanah seluas 50 ekar pada harga RM45 juta, dijadikan alasan terbaru kelewatan pembinaan hospital tersebut.

"Kenapa perkara ini tidak dikenal pasti dari hari pertama? Pembinaan hospital ini bukan tujuan komersil tetapi untuk kepentingan awam.

"Ada banyak projek persekitaran melibatkan Sime Darby. Sepatutnya ada rundingan antara kerajaan dengan syarikat tersebut atas kebenaran projek yang diberikan kepada mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Manivanan mengemukakan soalan kepada Menteri Kesihatan mengenai status terbaru pembinaan Hospital Kapar dalam sesi jawab lisan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dalam jawapannya berkata, Sime Darby hanya memaklumkan tapak itu perlu dibeli kerajaan dalam mesyuarat pada 5 Mei lalu.

Katanya, soal pembelian tanah itu tidak disebutkan pada peringkat awal.

Peruntukan RM147 juta kepada Esscom ‘menghabiskan beras’

Posted: 28 May 2016 03:12 AM PDT

Oleh Nadia Hanafi



KUALA LUMPUR : Peruntukan sebanyak RM146.9 juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah satu pembaziran.

Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid berkata, ini kerana Esscom kurang membantu dalam menjaga keselamatan Sabah berikutan kes penculikan masih berlaku.

Katanya, fungsi Esscom juga didapati bertindih dengan peranan Ketua Polis Sabah.

imran


"Peruntukan yang diberikan kepada Esscom memang tidak berbaloi. Orang kata 'menghabiskan beras' saja.

"Sebab itu kita lihat masih berlaku penculikan dan seolah-olah Esscom kurang berkesan.

"Selain itu, perintah berkurung juga diisytiharkan oleh Ketua Polis Sabah. Apa guna Esscom? Apa fungsi Ketua Pengarah Esscom kerana ia dilihat seolah-olah tidak ada kuasa, hanya pada nama, tapi tak ada kekuatan," kata Imran ketika ditemui di lobi Parlimen.

Jelasnya lagi, kewujudan Esscom dilihat hanya untuk mewujudkan empayar penguatkuasaan Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan Esscom menerima RM146.9 juta peruntukan sejak ditubuhkan pada 2013 sehingga kini.

Daripada jumlah itu katanya, RM49.4 juta adalah untuk mengurus dan selebihnya, RM97.5 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Imran dalam pada itu menggesa kerajaan segera membuat rundingan dan menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik hampir dua bulan di negeri tersebut, supaya tidak ada lagi kejadian pemenggalan kepala berlaku lagi.

"Saya tuntut mereka adakan kawalan helikopter dan terbang di persisiran kawasan itu pada waktu tertentu.
"Penculik-penculik ini akan lebih berhati-hati kerana helikopter membuat awasan dan kawalan. Kaedah itu mungkin akan dapat kurangkan aktiviti penculikan," jelasnya yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang pada 1 April lalu, empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun merupakan antara sembilan kru kapal tunda sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia, diculik lapan lelaki bersenjata yang memintas kapal tunda dinaiki mereka di perairan Ligitan, berhampiran Semporna, manakala kru lain masing-masing warga Indonesia dan Myanmar dibebaskan.

'Bukan potong tangan, jadi kenapa bising?'

Posted: 27 May 2016 11:14 PM PDT

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin


SHAH ALAM - Susulan ada pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 dibentangkan di Dewan Rakyat, Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengulas isu itu.

Menurutnya, ramai yang keliru dengan usul tersebut hingga timbul pelbagai tafsiran yang berlebihan.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Jamil Khir yang menghubungi dan menjelaskan kepada saya tadi tentang Akta 355 yang diusulkan oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) semalam (kelmarin).

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi berjaya bentang, bahas sidang akan datang]

"Ramai yang keliru sehingga berbalah. Ada pula yang membuat tafsiran berlebihan kononnya undang-undang potong tangan dan rejam akan dilaksanakan," katanya dalam status di Facebook, semalam.

Usul itu dibentang bagi meminda Seksyen 2 akta tersebut untuk menyebut Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A yang menyebut dalam melaksanakan undang-undang jenayah di bawah seksyen tersebut, Mahkamah Syariah mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman berkaitan kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen berkenaan selain hukuman mati.

Beliau kemudian mencadangkan usul di bawah peraturan mesyuarat 15(5) dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu timbul salah faham apabila Abdul Hadi membentangkan RUU Persendirian itu dengan hudud namun hakikatnya usul itu hanya pindaan untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib nafi Abdul Hadi bentang hudud]

Kerajaan sebelumnya memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu, Mohd Asri berkata, pindaan tersebut tidak sama sekali membabitkan penguatkuasaan kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman potong tangan ataupun rejam.

"Sebenarnya, pindaan tersebut sekadar membolehkan kadar hukuman undang-undang yang sedia ada ditingkatkan sahaja. Ia sama sekali tidak membabitkan hukuman potong tangan ataupun rejam.

"Habis, apakah yang dibisingkan?!!," katanya.

Sebelum ini, pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat lantang mengkritik tindakan pembentangan usul yang dibawa Pas itu.


Isu Residu Racun Perosak Glyphosate Dalam Produk Makanan Bijirin

Posted: 27 May 2016 10:53 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di media sosial kebelakangan ini.

Laman web tersebut melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.

Glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.

"Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.

"Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal," jelasnya.

Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.

PAS Harap PRK Kuala Kangsar Hanya Lawan BN

Posted: 27 May 2016 10:50 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 

 
KUALA KANGSAR: PAS berharap pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan hanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu di antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertandingan tiga penjuru tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau tiga penjuru kita akan hadapi, kalau boleh kita akan lawan satu lawan satu dengan BN.

"Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru mungkin rakyat kecewa dan kita tetap akan lawan kerana kerusi ini kerusi tradisi PAS, tidak sepatutnya berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon PAS di padang Bukit Chandan berhampiran markas PAS Kuala Kangsar di sini, Jumaat malam.

PRK Kuala Kangsar mungkin menyaksikan pertandingan lebih daripada satu lawan satu apabila Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka mengumumkan calonnya pada 1 Jun, sementara BN akan membuat pengumuman nama calon petang iniMengenai calon PAS untuk PRK Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad, Tuan Ibrahim berkata pihaknya yakin Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu mampu memenangi kerusi Parlimen itu.

"Tiada isu calon luar, yang penting dia duduk di sini, tidak guna calon tempatan kalau tinggal di Kuala Lumpur," katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.


Saya tak kenal dia, entah 'mat pet' mana, kata Ratu Naga

Posted: 27 May 2016 05:27 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Ema dalam sidang media menafikan penglibatannya dalam pembelian data base untuk tandatangan Deklarasi Rakyat. Foto Malaysia DatelineEma dalam sidang media menafikan penglibatannya dalam pembelian data base untuk tandatangan Deklarasi Rakyat. Foto Malaysia Dateline


Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah mengakui tidak mengenali Azharuddin Othman @ Abdullah yang mendakwa menjual data base yang mengandungi 900,000 nama bagi Deklarasi Rakyat dan meragui kredibiliti lelaki terbabit.

Azharuddin katanya mengakui sebagai seorang pengaturcara komputer tetapi tidak mempunyai intergriti keana mengaku menjual maklumat kepada orang lain.
"Pegawai IT tak ada intergriti kata jual maklumat pada saya. Saya tak tahu latar belakang budak ni, 'mat pet' ke siapa... saya tak pernah kenal dia.
"Saya harap dia fikir baik-baik apa dia cakap. Ini tuduhan amat berat kata saya beli database, dia eja database pun tak betul," kata Ema sinis sambil merujuk kenyataan berkanun (SD) Azharuddin.

Ema turut menegaskan tiada mempunyai sebarang kaitan dengan Sekretariat Deklarasi Rakyat.

Walaupun pernah hadir dalam beberapa majlis untuk mendengar ucapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak pernah menemui beliau mahupun bersalam dengan ahli politik veteran itu.

Setelah bersumpah dengan menjunjung Quran bagi membesihkan namanya, Ema menawarkan kepada mana-mana peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Azharuddin memandangkan beliau kini sedang menghadapi pendakwaan di bawah Akta 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana menyakitkan hati seseorang.

"Saya harap ada peguam ambil kes ini dan saman budak itu... Confirm boleh menang. Saya tak nak pening kepala," katanya.


KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT

Posted: 27 May 2016 05:16 PM PDT

shahbudindotcom


Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?

Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.

Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan "hadiah" berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.

Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.

Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan.

Dengan usul hudud yang diberi kebenaran, kempen Pas di dua pilihanraya ini adalah lemah lembut terhadap Najib dan UMNO, sebaliknya akan bertukar keras dan agresif terhadap Pakatan Harapan.

Oleh itu, sebarang keputusan, sama ada BN menang atau kalah, yang lebih terkesan dengannya ialah Najib.

Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah mesej yang semakin jelas tentang penolakan daripada rakyat terhadap Najib. Untuk memulihkan kembali sokongan rakyat menghadapi PRU 14, cara yang paling mudah tentu saja Najib mesti diundurkan dengan seberapa segera.

Jika tidak, dengan Najib, UMNO dan semua pemimpinya sekali akan terkubur dalam pilihanraya umum nanti.

Tidak mustahil, kekalahan BN juga secara perlahan-lahan akan merangsang kumpulan Zahid Hamidi menerima hakikat bahawa Najib adalah beban yang tidak boleh diselamatkan lagi sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir, bahkan mungkin mula bertindak secara diam-diam untuk memberi lebih tekanan kepada pengunduran Perdana Menteri.

Kiranya calon BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah kemenangan mutlak bagi Najib. Bukan saja Najib akan berbangga dengan kemenangan itu kerana menganggap sebagai penerimaan rakyat terhadapnya dan gambaran pengundi tidak terkesan dengan isu 1MDB, kekayaan keluarga, pembaziran, kemewahan dan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi, malah semua pemimpin UMNO yang sudah terhutang budi "cash is king"  akan lebih mendewa-dewakan lagi Najib.

Sebab itu, keputusan dua pilihanraya ini sangat penting bagi Najib. Demi pentingnya untuk menang itu jugalah yang menyebabkan Pas kini bagaikan sudah diikat untuk terus menjadi pengacau kepada Pakatan Harapan menjelang kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon diadakan.

Sekiranya model pertandingan tiga penjuru yang dijelmakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mampu memberi kejayaan kepada Najib, pastilah Pas akan terus dijaga dan digula-gulakan sehingga tarikh pilihanraya akan datang.

Yang lebih penting daripada itu, kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan membuatkan Najib tidak menunggu sehingga tahun 2018 untuk mengadakan pilihanraya umum.

Kemenangan di dua kerusi itu akan mendorong Najib untuk mengadakan pilihanraraya umum secara mengejut, mungkin sebelum berlabuhnya kalender 2016.

Untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya mengejut itu, Najib perlu mengadakannya dengan seberapa segera kerana di seluruh dunia sekarang ini sedang terbongkar satu demi satu kebobrokan mengenai 1MDB.

Daripada perbicaraan di Singapura, prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA di Switzerland, penutupan cawangan BSI di Singapura sdhinggalah yang terbaru WSJ telah mendedahkan sepucuk surat daripada Bank Negara yang mengesahkan Good Star Ltd adalah milik Jho Low dan bukannya kepunyaan PetroSaudi.

Surat itu secara langsung mengesahkan penjelasan kerajaan bahawa Good Star adalah milik PetroSaudi dan tiada kaitan dengan Jho Low, sama sekali tidak benar dan merupakan suatu pembohongan.

Terdedahnya surat tersebut juga menyerlah sebab sebenar mengapa Hasan Ariffin, Pengerusi PAC memadamkan fakta Bank Negara itu dalam Laporan PAC yang dibentangkannya di Parlimen.

Hakikatnya, dengan persedaran masa, apatah lagi jika menunggu sehingga 2018, mungkin lebih banyak pendedahan berfakta mengenai 1MDB dan wang RM2,600 yang terbongkar kepada umum yang tidak mampu ditangkis oleh Najib dan dihadapi oleh UMNO.

Menjelang tahun 2018 juga, tujuh buah negara yang sudah membuka kertas siasatan berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram mengenai 1MDB tidak mustahil sudah beralih kepada proses pendakwaan dan menjatuhkan hukuman.

Siasatan mengenai pemilikan harta mewah di Amerika Syarikat dan London melibatkan anak tiri Najib, Riza Aziz yang turut dikaitkan dengan dana 1MDB barangkali juga sudah diketahui kebenarannya menjelang 2018 itu nanti.

Semua itu akan lebih menjejas dan mencalarkan nama Najib jika pilihanraya umum diadakan pada 2018 kerana 1MDB adalah idea dan anak emas yang selalu dibanggakannya sebelum ini.

Selain itu, kedudukan Pakatan Harapan yang sedang berpecah ketika ini adalah merupakan kesempatan terbaik bagi Najib memasang lukah dan seterusnya meraih laba daripadanya.

Pas pula, disebabkan peranannya telah menghasilkan kejayaan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan terus dijadikan senjata untuk menghuru-harapan kedudukan Pakatan Harapan. 

Maka, selepas kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah dorongan paling kuat untuk Najib mengadakan pilihanraya mengejut demi menyelamatkan masa depan politiknya.

Menangguhkan pilihanraya sehingga 2018 hanya umpama membesarkan lagi lubang kubur untuk "kematian"  karier politik Najib dan bersekali dengan habisnya nyawa UMNO. 


Najib sahkan RUU persendirian yang dibawa Abdul Hadi bukan hudud

Posted: 27 May 2016 05:12 PM PDT

BERNAMA
 
 
Usul mencadangkan pindaan Akta 355 berjaya dibentang presiden Pas di parlimen khamis laluUsul mencadangkan pindaan Akta 355 berjaya dibentang presiden Pas di parlimen khamis lalu

Pembentangan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat semalam bukan merupakan hukum hudud, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia sebenarnya adalah cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan.

"Ada salah faham yang besar apabila Tuan Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) membawa usul itu. Mereka berpandangan bahawa dia membawa undang-undang hudud (untuk dibentangkan di Dewan Rakyat).

"Ia tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Jadi saya nak terangkan di sini bahawa pindaan itu tidak merupakan undang-undang hudud," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Najib mengulas tindakan Timbalan pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong, yang juga anggota exco kerajaan negeri, keluar parti susulan pembentangan usul persenditrian itu.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi AwangAhli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi AwangNajib berkata walaupun usul RUU itu telah dibentangkan, namun ini tidak bermakna ia mudah dilaksanakan kerana kelulusannya masih bergantung kepada Majlis Agama Islam negeri, Majlis Raja-Raja serta pindaan undang-undang di Parlimen.

Katanya, dalam hal ini, UMNO juga terikat kepada kesepakatan dalam kalangan parti komponen BN yang lain.

"Prinsip tersebut adalah prinsip yang telah kita terima pakai, apa-apa yang nak dilakukan dalam negara kita, kita mesti fikir kepentingan negara keseluruhannya," kata beliau

RUU: Komponen BN serang Umno, hatta kerana alasan tektikal

Posted: 27 May 2016 05:10 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
 
Pindaan Akta 355 memberli laluan pelaksanaan hududPindaan Akta 355 memberli laluan pelaksanaan hudud
 
Tindakan Umno memberikan laluan kepada Presiden Pas untuk membentang Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 dibantah keras oleh komponen Barisan Nasional (BN) hatta kerana alasan tektikal sekalipun.
 
Pelbagai cara dibuat oleh mereka untuk membuat bantahan itu termasuk mengadakan sidang media dan juga surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Bagi mereka, Pas telah dibenarkan berbuat demikian oleh Umno padahal mesyuarat BN Mac 2015 dan mesyuarat Kabinet 20 Mei 2016 telah menolak cadangan perbentangan RUU itu.
 
Selain MCA, MIC dan Gerakan yang membuat bantahan melalui sidang media, parti Upko yang menjadi kerabat BN dari Sabah sudah menghantar surat bantahan rasmi sejak 25 Mei lagi iaitu sehari sebelum Presiden Pas membentangkan RUU itu.
 
"Upko dengan ini menolak sekeras-kerasnya usaha untuk membentangakn RUU terswebut 'even if it is for tactical purposes'," tulis Pemangku Presiden Upko yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau, dalam suratnya kepada Najib.
 
Bagi Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan sistem dua sistem kehakiman dalam isu jenayah.
 
Exco MCA Kedah Dr. Leong Yong Kong keluar parti protes hududExco MCA Kedah Dr. Leong Yong Kong keluar parti protes hududPresiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, parti menentang RUU itu.
 
Tiong Lai dilaporkan menyerang Umno dan Pas secara terbuka dalam isu pembentangan rang undang-undang berkaitan hudud di parlimen, lapor Malaysiakini.
 
Dalam wawancaranya dengan akhbar Cina, Liow menuduh Umno bersekongkol dengan Pas dan mengkhianati semangat BN.
 
"MCA akan bincangkan perkara ini dengan anggota komponen lain BN," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sin Chew Daily.
 
Namun begitu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya semalam menyifatkan parti-parti komponen BN lebih beradab berbanding DAP.
 
"Kami rasa kesal kerana DAP menunjukkan sikap anti-Islam. Terang-terang saya sebut di sini, DAP anti-Islam, mereka nak memusuhi orang Islam. Tidak beradab dengan orang Islam.
 
"MCA, Gerakan, MIC dan banyak parti bukan Islam lain (mungkin) tidak setuju (dengan usul) tapi mereka ada adab. Tapi DAP tidak tunjuk adab. Dia melenting dan terus menentang apa yang berkaitan orang Islam, (sedangkan) tidak berkaitan dengan dia pun," katanya.
 
 

Idris Ahmad: Perjuangan Pas tidak bermusim

Posted: 27 May 2016 05:08 PM PDT

Idris Ahmad


SHAH ALAM - Perjuangan Pas tidak hanya bergantung kepada musim pilihan raya sahaja, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Menurut beliau, Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi tujuan meminda Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan isu bersama dan bukannya hendak dipolitikkan.

"Kenapa mahu dikaitkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Bukankah sebelum ini sudah dua kali dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat Parlimen,"katanya menerusi kemas kini status di Facebook.

Idris berkata, terdapat juga seorang ahli Parlimen yang menulis melalui laman sosial Facebook mengatakan RUU berkenaan tidak akan berjaya namun setelah dapat dibentangkan, pihak berkenaan dilihat mengemas kini status dengan mengatakan Umno dan Pas berpakat menggunakan agama.

Ujar Idris, walaupun RUU Persendirian tersebut mendapat tentangan hebat daripada Ahli Parlimen DAP, namun ia tetap berjaya dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

"Punya marah sehingga hilang rasional dan profesional. Semoga kita berpolitik untuk mendapat pahala dan jadi bekalan mati," katanya.


Debu Gunung Sinabung tak jejaskan Malaysia

Posted: 27 May 2016 05:06 PM PDT

SINAR HARIAN

Gunung Berapi Sinabung
Gunung Berapi Sinabung


KUALA LUMPUR - Tiupan angin barat daya yang lemah dari Sumatera tidak akan membawa asap debu letusan sampai ke negara ini susulan dari letusan Gunung Berapi Sinabung yang berlaku pada 9.30 pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) melalui agensinya, MetMalaysia telah mengemas kini maklumat asap debu gunung berapi tersebut di kawasan ruang udara (FIR) Kuala Lumpur.

MetMalaysia akan memantau dari semasa ke semasa pergerakan asap debu letusan gunung itu dan sekiranya berlaku letusan susulan yang memberi kesan kepada penerbangan dalam FIR, nasihat asap debu penerbangan akan dikeluarkan. - Bernama

Mahfuz selar individu dedah tanda tangan Deklarasi Rakyat 'palsu'

Posted: 27 May 2016 04:58 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar yang merupakan antara penyokong Deklarasi Rakyat, mempertikaikan  tindakan sekumpulan individu  yang mendakwa berlaku pemalsuan dalam  mengumpul  1.2 juta tandatangan untuk menyokong  deklarasi itu. 
 
Wakil rakyat Pokok Sena itu juga berkata, akuan bersumpah (SD) yang dibuat individu bernama Azharuddin Othman ragu-ragu dan boleh dipertikaikan.
 
"Dia (Azharuddin) telah membuat pengakuan melakukan kesalahan sedangkan perkara itu tak betul, dia melakukan kesalahan menjual 'database' itu. 
 
"Keduanya, tuduhan mengatakan bahawa deklarasi itu berasaskan 'database' adalah tidak betul.
 
"Sebab saya sendiri, kami turun ke medan, turun ke pasar malam, pekan sehari, pasar tani, pasar raya untuk bertemu rakyat. Rakyat begitu ghairah untuk menandatangani borang deklarasi kerana ingin melihat (Datuk Seri) Najib berundur daripada Perdana Menteri," katanya. 
 
Semalam, sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard mendakwa kumpulan pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat.
 
Bagi menguatkan hujah tersebut, seorang lelaki dikenali sebagai Azharuddin Othman yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu turut diketengahkan.
 
'Saksi' itu yang bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat. 
 
Untuk 'tugas' itu, dakwa Azharuddin, beliau ditawarkan bayaran RM5,000. Namun bayaran yang diterima hanya RM1,000 dan sehingga kini beliau tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan selepas menyelesaikan tugasan yang dikehendaki.          
 
Bagaimanapun Ratu Naga menafikan perkara tersebut dan dilaporkan akan membuat sidang media hari ini bagi menjawab tuduhan berkenaan.
 
 

Exco MCA Kedah keluar parti

Posted: 27 May 2016 04:56 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM:  Exco kerajaan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong mengumumkan beliau keluar daripada MCA berkuat kuasa serta merta.
 
Keputusan itu dibuat sehari selepas kerajaan memberi laluan kepada PAS untuk mebentangkan rang undang-undang persendirian bagi menambah kuasa-kuasa Mahkamah Syariah di Parlimen.
 
"Saya mengumumkan berkuatkuasa serta merta, saya keluar daripada MCA sehingga isu ini diperbaiki," kata beliau pada sidang media di Sungei Petani sebentar tadi.
 
Leong yang juga ADUN Gurun turut mengesahkan keputusan untuk keluar daripada MCA dalam rakaman video yang dimuatkan oleh akhbar Oriental Daily. 
 
Video itu memetik Leong sebagai mempertikiakan tindakan kerajaan memberi laluan kepada PAS mengusulkan rang undang-undang persendirian itu.
 
Jika diluluskan, ia akan membolehkan kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan menunaikan janji untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu.
 
Bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta perbahasan usul itu ditunda ke sesi Dewan Rakyat yang akan datang.
 
Ini bagi memberi masa untuk semua pihak membuat persediaan rapi untuk perbahasan berkenaan.
 
Leong berkata beliau mengambil keputusan keluar daripada MCA namun akan membiarkan pucuk pimpinan Kedah dan parti menentukan kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri.
 
MCA dan beberapa parti komponen Barisan Nasional semalam merakamkan rasa kesal dengan tindakan memberi laluan kepada usul persendirian Hadi itu.
 
Usul itu menuntut pindaan kepada kuasa-kuasa Mahkamah Syariah  untuk membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan hukum hudud.
 
Pada masa ini Mahkamah Syariah hanya boleh mengenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda maxima RM5,000 dan enam sebatan rotan.
 
 

Shahrir anggap pelik Rafizi serah maklumat rasuah kepada Azizah sebelum beri kepada SPRM

Posted: 27 May 2016 04:55 PM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyerahkan maklumat dakwaan rasuah kerajaan Selangor kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum memberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan 'pelik' oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Tan Sri Shahrir Samad.
 
Katanya, dakwaan rasuah itu adalah melibatkan kerajaan negeri Selangor bukannya parti PKR dan maklumat yang diperolehi itu seharusnya terus diserahkan kepada pihak berkuasa.
 
"Saya pelik kerana jika Rafizi mempunyai butir maklumat sepatutnya serahkan kepada pihak SPRM. Kenapa hendak serahkan kepada presiden parti kerana jika dikatakan rasuah di dalam pentadbiran ianya bukan soal parti lagi kecuali apa yang dimaksudkan oleh Rafizi ialah tuduhan serangan atau tuduhan dakwaan terhadap seorang pemimpin parti PKR itu sendiri.
 
"Saya juga pelik kenapa Rafizi menganggap perkara ini macam soal dalaman parti sedangkan dituduh itu ialah pentadbiran negeri Selangor. Jadi bagi orang biasa yang membaca diikuti apa yang dilakukan oleh Rafizi ini kita tidak tahu apa permainannya yang sebenar," katanya ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.
 
Minggu lalu Rafizi dalam satu perbualan Whatsapp yang 'terbocor' mendedahkan beliau menerima aduan bahawa wujud permintaan habuan wang dan 'perempuan' ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor. 
 
Susulan itu, Rafizi menyerahkan maklumat itu kepada Azizah dan juga Biro Politik PKR bagi membuat keputusan sama ada ingin menyerahkan perkara itu kepada SPRM atau tidak.
 
Menurut Shahrir lagi, sebagai sebuah parti yang berpegang kepada agenda reformasi, PKR seharusnya perlu melakukan perubahan di negeri Selangor dahulu sebelum berhasrat ingin merampas kerajaan daripada Barisan Nasional (BN). 
 
"Matlamatnya nampak seperti hendak menubuhkan kerajaan dan menggantikan BN dalam kerajaan di Putrajaya, jadi reformasinya sepatutnya dapat dilihat awal-awal di negeri Selangor.
 
"Katakan sebagai pemimpin PKR yang menjadi menteri besar sepatutnya reformasi itu lebih dilakukan di bawah kepimpinan Azmin Ali dan jika saya bandingkan dengan bekas menteri besar yang dulu Tan Sri Khalid Ibrahim lebih banyak perubahan yang dilakukan oleh Khalid semasa pentadbiran di bawahnya berbanding Azmin Ali.
 
"Reformasi kadang-kadang dijadikan cogan kata tetapi tidak dipegang sebenarnya sebagai satu perjuangan," ujarnya.
 
Sementara itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam satu kenyataan Khamis berkata akan menyerahkan maklumat rasuah itu di pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira 11.30 pagi Isnin depan. 


DAP mahu memusuhi Islam - Hadi Awang

Posted: 27 May 2016 04:54 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam. 
 
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti-Islam. 
 
Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan. 
 
"DAP telah menunjukkan sikap anti-Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). 
 
Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun. 
 
"Saya turut kesal dengan PAN (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini, hari ini. 
 
Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat dengan tujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini. 
 
Dalam rang undang-undang ahli persendirian yang kali pertama dalam sejarah dibentangkan oleh wakil pembangkang itu, Abdul Hadi mencadangkan supaya Seksyen 2 rang undang-undang berkenaan digantikan dengan seksyen baru. 
 
Dengan pindaan itu, Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan. 
 
Bagaimanapun, sebelum ia dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.
 
Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. 
 
Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Abdul Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik. 
 
Abdul Hadi berkata ini bukan kali pertama usul itu dibentang kerana beliau pernah membawanya ke Parlimen sebelum ini. 
 
"Kalau ini satu gimik politik sudah tentu ia akan menakutkan PAS sebab mungkin akan kehilangan undi orang bukan Islam.
 
"Tetapi ini tidak ada kaitan dengan pilihan raya sebab ia pernah dibawa ke Parlimen pada tahun 1995 dan seingat saya titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini pernah menyatakan perlunya peranan Mahkamah Syariah dimartabatkan," katanya. 
 
 

Ketua Muslimat Perak calon PAS bagi PRK Kuala Kangsar

Posted: 27 May 2016 04:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dipilih sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.   
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu di padang berhampiran markas PAS Kuala Kangsar, Bukit Chandan di sini malam ini.
 
Dr Najihatussalehah, 50, yang berasal dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak memiliki Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
 
Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2015-2017.
 
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Ahli  Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.
 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
 
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pemilih berdaftar melibatkan pengundi biasa (32,632), pengundi awal (312) dan pemilih tidak hadir luar negara (lima).
 
Calon BN bagi parlimen itu dijadual diumumkan petang esok oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Sementara itu parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dilaporkan akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun.
 
 

Dr M: Saya lebih bimbang Najib musnahkan negara

Posted: 27 May 2016 04:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


Tun Dr Mahathir Mohamad sering dituduh musuh politiknya sebagai sengaja menentang Datuk Seri Najib Razak bagi membuka laluan kepada masa depan politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Mahathir bagaimanapun hari ini sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan segala langkah diambilnya demi kebaikan negara.

"Saya tak bimbang masa depan politik Mukhriz. Saya lebih bimbang untuk menahan Najib daripada memusnahkan negara ini," katanya dalam tulisan di blog.

Mahathir mendakwa "konco-konco" perdana menteri sering mengulangi dakwaan itu bagi mengalihkan perhatian terhadap dakwaan salah laku ketua mereka.

Beliau juga mendakwa kegagalan mendapatkan sokongan Mukhriz menyebabkan langkah diambil untuk menurunkanya sebagai menteri besar Kedah.

Rani pilihan PAS, janji tak campak mikrofon

Posted: 27 May 2016 04:44 PM PDT

PAS mengumumkan Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti itu di Markaz PAS Simpang 5, Sungai Besar, sebentar tadi.

Turut hadir naib presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga pesuruhjaya PAS Selangor,
anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ketua pemuda PAS dan Presiden IKATAN Tan Sri Shiekh Kadir Fadzir.

"Ini pilihan raya kecil dan kita memerlukan tokoh yang terjun bersama rakyat.

"Calonnya adalah Dr Abdul Rani Osman. Saya difahamkan, beliau ada darah Banjar dan Jawa. Semua anak Adam," kata Hadi disambut laungan takbir.

Abdul Rani merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008.

Sebelum mencerubi politik, Rani menjalankan sebuah klinik swasta 'Fitrah' di pekan Meru.

Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar diisytihar kosong selepas penyandangnya Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Sementara itu, Abdul Rani sewaktu berucap berjaya memukau hadirin yang hadir apabila dalam ucapannya turut diselitkan dengan bahasa Jawa.

Malah, Abdul Rani turut menjelaskan bahawa beliau seorang yang penyabar dan berjanji "tidak akan mencampak mikrofon sewaktu berucap".

"Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan baling mikrofon," katanya.

Tidak jelas beliau merujuk kepada siapa.

Bagaimanapun Presiden serpihan PAS Parti Amanah Negara (Negara) Mohamad Sabu sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon (gambar) di atas pentas.

Mohamad antara nama disebut-sebut sebagai calon PAS dalam dua pilihan raya kecil akan datang. AMANAH masih belum mengumumkan calon mereka setakat ini.








Dalam pilihan raya umum (PRU) 13 Noriah menguasai kerusi Sungai Besar dengan mengetepikan Mohamed Salleh Husin (PAS) dengan kelebihan 399 undi sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar dijalankan serentak dengan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini manakala tarikh penamaan calon pula diadakan pada 5 Jun depan.

Pakatan Harapan sehingga kini masih belum menentukan parti serta calon yang akan bertanding bagi kedua-dua PRK tersebut.

Sementara itu, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi pula diumum sebagai calon BN bagi Sungai Besar.

Tiada ulasan: