Khamis, 12 Mei 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ORANG BARU MEMANG SELALU TERBAEKKK!!

Posted: 12 May 2016 08:02 AM PDT

shahbudindotcom


Bernama, sebuah agensi berita milik kerajaan memuji penampilan Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim dalam majlis rasmi pertama dengan jawatan barunya itu sebagai baik dan meyakinkan, meskipun bermula dengan sedikit gementar.

Dikatakan mungkin jawatan baru sebagai peneraju bank pusat yang selama ini begitu lama dibayangi oleh Dr Zeti Akhtar Aziz membuatkannya sedikit gementar, walaupun ini sebenarnya bukanlah ucapan pertamanya di khalayak ramai kerana sebelum ini sudah pun memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara sejak sekian lama.





Jawapan Muhammad Ibrahim kepada pertanyaan media mengenai 1MDB juga cukup ringkas - kerajaan akan melunaskan semua obligasi hutangnya.

Kerajaan akan bayar?

Tidakkah dulu Najib sendiri pernah mengatakan duit kerajaan tidak digunakan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan 1MDB?

Kenapa pula kini Gabenor Bank Negara itu berkata kerajaan akan membayarnya?

Beberapa hari sebelum ini, Najib juga dilaporkan berbangga kerana Muhammad Ibrahim turut memuji perlaksanaan cukai GST yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Orang baru yang memegang jawatan baru bukan saja selalu tampil baik, bahkan kerapkali menjadi TERBAEKKK!!



Lihatlah  Apandi Ali dulu, bukan saja baik, tetapi juga sama TERBAEKKK!!

Hmmmm....


Dokumen dedah 1MDB, Jho Low pindah dana cara samar

Posted: 12 May 2016 07:54 AM PDT

MALAYSIAKINI





Dokumen bocor melibatkan Banca della Svizzera Italiana (BSI) mendedahkan bagaimana bank itu membantu menyalurkan tunai dengan suspek individu tertentu mengelakkan diri daripada pihak berkuasa pencukaian.

Dokumen penyelesaian daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan BSI pada tahun 2013 menunjukkan bahawa bank itu menggunakan pelbagai teknik untuk membantu pelanggannya memindahkan sejumlah besar wang, lapor Financial Times.

Ia juga menggunakan "promoter" atau "pengurus aset luar" yang akan memperkenalkan khidmat bank itu kepada pelanggan yang berpotensi yang mempunyai wang yang banyak bagi mendapatkan komisen lumayan. Bagaimanapun 'promoter" berkenaan tidak boleh memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja BSI.

Cawangan BSI di Singapura yang digunakan oleh firma pelaburan negara 1MDB dan ahli perniagaan kontroversi Jho Low - kini menjadi sebahagian daripada siasatan ke atas 1MDB.

Yeo Jiawei, bekas pegawai bank BSI Singapura, bulan lalu didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram di Singapura.

The Wall Street Journal melaporkan Low, 1MDB dan Aabar PJS Limited (Aabar BVI) yang didaftarkan di British Virgin Island menggunakan pengurus perhubungan yang sama di BSI Singapura.

Individu sama disenaraikan dalam dokumen pinjaman antara Aabar BVI dan Red Granite, sebuah syarikat produksi filem Hollywood yang dimiliki oleh anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz.

BSI bersetuju untuk membayar denda sebanyak AS$211 juta kepada Amerika Syarikat dan menyerahkan butir-butir pelanggan yang mengelakkan cukai di Amerika Syarikat, berikutan penutupan bank tertua di Switzerland, Wagellin atas tuduhan penipuan cukai.

'Bantu pekerja MAS dulu, baru fikir baju Farah Khan'

Posted: 12 May 2016 06:17 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) menyifatkan keputusan menukar seragam ikonik Malaysia Airlines Bhd (MAS) pada masa ini sebagai "tidak masuk akal".

Menurut badan itu, pengurusan syarikat penerbangan itu patut mengutamakan bantuan kepada kira-kira 6,000 pekerjanya hilang pekerjaan selepas penstrukturan semula.


"Pampasan pekerja yang dihentikan dibayar kurang tetapi perbelanjaan benda lain bernilai ratusan juta ringgit naik!

"Ini sama sekali sikap yang tidak adil dan waras," kata Nufam yang menggesa MAS memberhentikan pembaziran.

MAS kelmarin mengumumkan pakatan strategik dengan jenama fesyen Farah Khan bagi menyuntik nafas baharu terhadap rekaan kebaya ikonik serta pakaian seragam kakitangan syarikat itu.

Koleksi baharu itu dijangka dilancarkan pada suku keempat 2016.

Seragam pelbagai jawatan

Kerjasama itu antara lain menyaksikan sentuhan pengarah kreatif gedung fesyen itu, Datuk Seri Farah Khan menghasilkan rekaan kesemua pakaian seragam pelbagai jabatan MAS termasuk anak kapal, petugas lapangan terbang serta bahagian kejuruteraannya.

Ketua Pegawai Komersial MAS Paul Simmon berkata pakaian seragam baharu itu akan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selain menandakan bermulanya episod transformasi syarikat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nufam berkata rekaan baru seragam tidak menjamin kemajuan syarikat itu.

"Uniform pekerja masih baru, kalau lusuh, tukar saja tapi tak semestinya tukar 14,000 baju dan pakaian seragam.

"Dengan adanya jenama baju seperti Farah Khan, tak semestinya MAS maju," katanya.

Nufam juga menegaskan bahaya seragam kebaya MAS sudah menjadi lambang dan imej yang terkenal di seluruh dunia.


PAS kemuka lima soalan buat menteri kewangan

Posted: 12 May 2016 06:10 AM PDT

MALAYSIAKINI




Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menimbulkan lima soalan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku menteri kewangan berhubung pendedahan media asing mengenai skandal isu 1MDB.

Terbaru, The Wall Street Journal mendedahkan bahawa para penyiasat mempercayai sekurang-kurangnya dana AS$50 juta milik firma pelaburan negara itu digunakan oleh anak tirinya Riza Aziz bagi pembelian hartanah di New York dan Los Angeles.

Berikut soalan yang dilemparkannya.

Soalan pertama: Bilakah Menteri Kewangan dan keluarganya akan menyaman WSJ?
Dalam kemelut IPIC-1MDB, 1MDB telah ingkar membayar faedah sebanyak tiga kali dan IPIC telah membayarnya.

Hasilnya, IPIC kini menuntut hutang sebanyak AS$1.2 bilion bersama faedah daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia sebagai ganti-rugi.

Soalan kedua: Sekiranya kemelut IPIC-1MDB ini tidak dapat diselesaikan, apakah kerajaan 
Malaysia boleh mengetepikan tuntutan IPIC.

Menurut Tuan Ibrahim, ini kerana 1MDB yang diterajui Menteri Kewangan telah bersetuju menjamin ganti rugi kepada firma pelaburan milik Abu Dhabi itu berdasarkan perjanjian pada Mei tahun lalu?

Semalam, Gabenor Bank Negara yang baru Datuk Muhammad Ibrahim pula memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan hutang yang ditanggung oleh 1MDB.

Soalan ketiga: Dari manakah sumber dana akan datang untuk membayar hutang yang dicipta 1MDB?

Tuan Ibrahim berkata perdana menteri dalam temu bual eksklusif di saluran TV1 RTM mengakui 1MDB pincang.

Soalan keempat: Apakah Najib sedia bertanggungjawab penuh dan mengakui lalai dalam menjalankan tugas dalam kegagalan 1MDB yang memalukan rakyat dan negara?

Soalan kelima: Apakah selepas ini CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pula akan menjadi mangsa yang dipersalahkan kerana gagal menyelesaikan kemelut 1MDB-IPIC?


Pengurus akui deposit tetap NFC faktor bank syorkan pinjaman

Posted: 12 May 2016 06:07 AM PDT

Hafiz Yatim  




Seorang pengurus di Public Bank Bhd hari ini memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa deposit tetap RM71.3 juta National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah faktor bagi bank itu meluluskan pinjaman bagi pembelian lapan unit kondominium di projek KL Eco-City.

Chai Ma Fatt, 49, ketika disoal balas oleh peguam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli - Razlan Hadri Zulkifli - mengakui bahawa simpanan tetap oleh NFC itu adalah antara yang terbesar diterima oleh cawangan bank itu di Jalan Hang Lekiu antara 2011 dan 2012.

Beliau berkata cawangannya mengesyorkan pinjaman diberikan dan bahawa keputusan untuk kelulusan diberikan oleh ibu pejabat.

Saksi itu bersetuju bahawa Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya yang menjadi pengarah National Meat & Livestock Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd yang memegang akaun termasuk deposit tetap dengan bank berkenaan.

Razlan: Adakah kamu tahu apabila permohonan (pinjaman) diluluskan atau tidak?
Chai: Kelulusan diberikan oleh pihak pengurusan lebih tinggi.

Razlan: Adakah kamu dalam pengurusan tertinggi?
Chai: Bukan, saya dalam pengurusan pemasaran.

Razlan: Jumlah deposit tetap itu adalah antara yang terbesar di cawangan anda?
Chai: Betul.

Pegawai bank itu memberi keterangan dalam saman NFC dan pengerusinya terhadap Rafizi dan Mkini Dotcom Sdn Bhd, pengendali portal berita Malaysiakini.

Selasa lalu, Salleh, ketika disoal balas, bersetuju bahawa sejumlah RM86 juta dibekukan oleh kerajaan di tiga bank termasuk Public Bank.

Wang RM71.3 juta itu adalah sebahagian daripada geran yang ditawarkan oleh Kementerian Pertanian kepada syarikat itu untuk melaksanakan Projek National Feedlot.

Chai bersetuju bahawa pinjaman itu diberikan antara Mei 2011 dan Januari 2012.

Tuduhan baru dedahkan kaitan SRC dengan isu1MDB

Posted: 12 May 2016 06:00 AM PDT

MALAYSIAKINI




Tuduhan terbaru yang dilemparkan oleh pihak berkuasa Singapura terhadap bekas pegawai bank swasta Yeo Jiawei mendedahkan kaitan SRC International dengan skandal isu 1MDB.

Menurut Today Online yang berpangkalan di Singapura, Yeo didakwa membantu pemindahan AS$11.95 juta (RM48 juta) daripada SRC International ke Affinity Equity International Partners, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Tan Kim Loong.

The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan bahawa Tan adalah pemilik benefisiari daripada Tanore Finance apabila ia mula-mula ditubuhkan, entiti di British Virgin Island yang sama memindahkan AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat juga melaporkan bahawa Tanore Finance adalah benefisiari sebahagian daripada wang AS$3.5 bilion 1MDB yang sepatutnya dibayar kepada Aabar Investments PJS tetapi dilencongkan ke sebuah syarikat di British Virgin Island yang mempunyai nama sama - Aabar Investments PJS Limited.

Wang dari Aabar Investments PJS Limited itu melalui beberapa perantara sebelum berakhir di Tanore Finance.

Siasatan di Singapura adalah penting kerana ia mendedahkan buat kali pertama kaitan antara SRC International dan mereka yang mempunyai hubungan dengan isu 1MDB.

Sebelum ini, selain daripada SRC International yang adalah bekas anak syarikat 1MDB, ia tidak pernah dikaitkan terus kepada aliran urus niaga bernilai jutaan ringgit oleh firma pelaburan negara itu yang kini menjadi siasatan antarabangsa.

Urusniaga kontroversi oleh SRC International yang kini diletakkan di bawah kementerian kewangan, sebelum ini dilihat bebas daripada 1MDB, yang antaranya adalah mengenai pemindahan RM42 juta dan RM27 juta, melalui perantara, ke akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah 'membersihkan' Najib daripada sebarang salah laku urus niaga berkenaan atas alasan bahawa perdana menteri tidak menyedarinya.

Today Online melaporkan pendakwa raya Singapura sebagai berkata bahawa tuduhan terbaru terhadap Yeo yang ketujuh terhadapnya, hasil daripada penyiasatan republik itu ke atas 1MDB, membuka lembaran baru.

Jatuh, hempap kakak sedang tidur bongkar hubungan seks

Posted: 12 May 2016 05:57 AM PDT

Jatuh, hempap kakak sedang tidur bongkar hubungan seks
Tertuduh (kiri) dikawal keluar dari mahkamah untuk dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa. - Foto Sinar Harian
 
 
KOTA BHARU – Jatuh dan terhempap kakak yang sedang tidur membongkar hubungan seks seorang pemuda dengan remaja bawah umur menyebabkan lelaki itu dihukum penjara 13 tahun serta dua sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh yang berusia 23 tahun dari Kampung Gong Tungai, Gunong, Bachok, mengaku bersalah merogol kekasihnya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Hukuman diarah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 14 April 2016.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di kampung sama pada jam 3.30petang, 25 Oktober 2013.

Terdahulu, tertuduh merayu hukumannya diringankan, sebaliknya Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon hukuman berat dengan mengambil kira mangsa yang masih di bawah umur.

``Tertuduh mengambil kesempatan atas alasan hubungan kekasih untuk memuaskan nafsu sejak mangsa berusia 13 tahun lagi hingga terbongkar. Tertuduh juga mengugut supaya tidak menceritakan perkara ini kepada orang lain, menunjukkan kejadian ini berlaku tanpa kerelaannya.

``Hubungan kekasih bukan lesen untuk tertuduh melakukan hubungan seksual sedangkan dia lebih berusia dan dewasa yang sepatutnya menjadi pembimbing mangsa. Mohon hukuman berat kerana mangsa bawah umur perlu dilindungi daripada pemangsa seksual seperti ini," katanya.

Hubungan mereka terbongkar pada 12 Disember 2013 apabila tertuduh yang pergi rumah mangsa dengan masuk melalui tingkap pada jam 10.30 malam terjatuh ketika hendak turun.

Ketika itu, tertuduh menghempap kakak mangsa yang kebetulan sedang tidur di bilik sama menyebabkan kakak mangsa menjerit.

Tertuduh pula melarikan diri, tetapi tercicir telefon bimbitnya di rumah tersebut. Setelah didesak abang, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh dan mangsa telah melakukan hubungan seks sejak remaja perempuan itu berusia 13 tahun lagi.

Hukuman penjara 'Kajol' dibatalkan

Posted: 12 May 2016 05:43 AM PDT

Sedih Kajol dihukum penjara
 
 
Kajol (kanan) bersama peguam syarie, Mohd Zaki ketika kesnya disebut di Mahkamah Syariah, beberapa tahun lalu.
 
KOTA BHARU - Hukuman penjara sebulan terhadap penyanyi dikir barat moden Kelantan, Kajol yang berlagak dan berpakaian wanita di sebuah hotel, di sini, dibatalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, hari ini.

Keputusan dibuat Hakim, Nik Najib Che Hassan selepas membenarkan rayuan tertuduh atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jafferi, 30.

Nik Najib dalam pada itu turut mengekalkan hukuman denda RM1,000 yang dikenakan atas kesalahan kali keempat tersebut. Denda berkenaan sudah pun dijelaskan tertuduh sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Kajol dihukum penjara]

Kajol bagaimanapun tidak hadir pada prosiding berkenaan dan hanya diwakili peguam syarie, Che Nur Intan Nazuha Che Mohd Noradi, manakala pendakwaan diwakili Pendakwa Syarie, Zaini Sulaiman.

Kajol dalam rayuannya menyatakan hukuman penjara tersebut amat berat terhadap dirinya kerana naluri yang dimiliki itu bersifat semula jadi serta bukan dibuat-buat.

"Sifat sebegitu, memerlukan masa yang agak panjang untuk perayu (Kajol) berubah kepada sifat kelakian iaitu sifat asal perayu (Kajol)," kata peguam.

Beliau turut menghujahkan hukuman penjara tersebut juga boleh menjejaskan, merencatkan kehidupan dan menggelapkan masa depan Kajol yang berstatus mualaf.

Kajol juga berhak diberi peluang kerana dia mengaku sudah benar-benar menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Hujahan itu kemudiannya diterima baik mahkamah sekali gus membatalkan hukuman penjara bagi memberi peluang kepada Kajol berubah ke arah yang lebih baik dan belajar untuk mendalami Islam.

Pilihan Raya Kecil PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar bukan medan “kalah jadi abu menang jadi arang”

Posted: 12 May 2016 05:35 AM PDT




 
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man


PAS akan bertempur habis-habisan terhadap Umno-BN di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS, dan oleh kerana itu, PAS telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua Parlimen ini.

Fokus blok pembangkang ialah menumbangkan BN. Kalau ini terus menjadi matlamat penyertaan dalam PRK ini, maka sewajarnya semua pihak berusaha agar BN dapat dikalahkan.

Dengan demikian, sebarang tindakan dari mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon maka ini bermakna mereka memberi tongkat kepada BN. Sesungguhnya, PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar ini bukan medan nak tunjuk hebat hingga yang kalah jadi abu menang jadi arang – melainkan ada yang memang bercita-cita sedemikian.

Komitment PAS dalam tindakannya terus menentang BN di Sarawak dan juga di kedua-dua PRK akan datang adalah bukti paling kukuh bahawa tuduhan PAS nak bergabung dengan Umno-BN adalah fitnah semata-mata. Fitnah itu berlegaran sehingga hari ini dan dipercayai sengaja disebar bagi memecahkan PAS dan membenarkan tindakan menubuhkan parti baru.

Sehubungan dengan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan diadakan dalam waktu terdekat, diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan kerana tindakan demikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini.

Adakah ada di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana rakyat terpaksa menelan kata-kata seperti "GST diterima rakyat", "Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion",

"BN sememangnya menjaga rakyat", "Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB", "BN kerajaan yang bersih" dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak?

Pemimpin blok pembangkang perlu sedar pertembungan sama blok pembangkang hanya akan membenarkan bidalan "yang kalah jadi abu, menang jadi arang."

*  Tuan Ibrahim Tuan Man ,Timbalan Presiden PAS

Umno Senarai Tujuh Nama Untuk PRK Parlimen Sungai Besar

Posted: 12 May 2016 05:25 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Jamal kanan ketika sidang media di Sungai Besar pada Khamis.
 
 
SABAK BERNAM: Umno menyenaraikan sebanyak tujuh nama sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, kata Ketua Umno Bahagian, Datuk Jamal Md Yunos.

Beliau berkata, senarai itu telah dihantar oleh Umno Bahagian kepada Badan Perhubungan Umno Negeri pada April 2014 sebagai  calon pilihan raya umum akan datang dan masih boleh digunapakai sehingga kini bagi calon PRK kawasan itu.

Jamal yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar bagaimanapun enggan mendedahkan senarai tujuh nama berkenaan.

"Yang saya boleh sebut bahawa saya tidak ada dalam tujuh nama tersebut.

"Kita tak hantar senarai (sekali lagi). Terpulang kepada Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mempertimbangkannya (senarai asal) dan terserah kepada pucuk pimpinan parti membuat keputusan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Wanita Umno Bahagian Sungai Besar di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan pemangku Ketua Wanita Umno Bahagian Sungai Besar, Zubidah Maskor.

Ditanya adakah senarai yang dikemukakan dua tahun lalu itu masih relevan, Jamal yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sungai Besar berkata, kesemua yang disenaraikan masih komited menjalankan tanggungjawab masing-masing sehingga kini.

"Kalau tujuh orang ini masih tidak tercalon, kami bersedia untuk menerima siapa sahaja calon yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Beliau percaya dan yakin bahawa Presiden Umno dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pandangan yang amat luas dan memastikan kemenangan PRK Sungai Besar di bawah BN.

Bagaimanapun Jamal turut memberi gambaran bahawa nama beliau sendiri turut akan dikemukakan sebagai calon sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan-DAP, Ng Suee Lim bertanding.

PRK Parlimen Sungai Besar bakal diadakan berikutan penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi maut bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.

Majlis tahlil buat Allahyarham Noriah turut diadakan selepas mesyuarat itu pada Khamis.

Inkuiri Rayani Air: "Hari Penentuan Buat Kami"

Posted: 12 May 2016 05:20 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


 
 
PETALING JAYA: Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia berhadapan dengan inkuiri yang dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ke atas syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu pada Khamis.

"Kami sudah bersedia dan melakukan persiapan untuk inkuiri ini. Kita tunggu nanti keadaannya.
"Kita ada sediakan laporan. Harap semuanya berjalan lancar," katanya kepada mStar Online namun enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, menurut sumber Rayani Air kepada mStar Online, inkuiri di DCA dijangka diadakan pada pagi Khamis.

Tambahnya, antara wakil syarikat penerbangan itu yang dijangka hadir ialah Ravi bersama isteri, Datuk Karthiyani Govindan selaku Pengarah Kewangan dan Sumber Manusia Rayani Air, serta pengurusan tertinggi syarikat yang 'berdaftar dengan DCA'.

"Kami diminta menyediakan laporan penstrukturan semula Rayani Air yang antara lain meliputi rancangan dan status berkaitan dengan kewangan, operasi, kakitangan dan pesawat," katanya.

Menurut sumber itu, "hari ini adalah hari penentuan kami. Kita bagaimanapun telah membuat persiapan untuk inkuiri dengan DCA."

Pada 11 April lalu, DCA menggantung sementara Sijil Pengendalian Udara Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.

Rayani Air sebelum ini berdepan dengan pelbagai isu sehingga mendapat rungutan para penumpang, seperti pembatalan dan kelewatan penerbangan.

Dilaporkan syarikat penerbangan itu turut mengalami masalah kewangan mengakibatkan tunggakan gaji 400 kakitangannya yang mencecah kira-kira RM3 juta.

Menurut Ravi, pihaknya masih sedang berusaha untuk mendapatkan dana bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu dengan mengadakan rundingan bersama beberapa pelabur.

Mempelam Murah Bantu Atasi Kekurangan Bekalan Harumanis Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 10:44 AM ROYCE TAN Oleh: ROYCE TAN editor@mstar.com.my (Ubah saiz teks) PETALING JAYA: Fenomena El Nino sejak awal tahun ini memberi kesan terhadap pengeluaran mempelam Harumanis yang menyaksikan kemerosotan sebanyak hampir 40 peratus. Fenomena itu bukan sahaja menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan Harumanis, malah ada peniaga yang mencuri peluang ini dengan menjual mempelam yang rupabentuknya seakan-akan seperti Harumanis sebagai Harumanis. Akibatnya ada pembeli yang terpedaya dan membeli mempelam seakan-akan Harumanis itu dengan harga yang berlipat kali ganda. Pengurus Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perlis, Othman Ismail berkata 'Harumanis' yang membanjiri pasaran pada ketika ini sebenarnya mempelam seperti Tong Dam, Sala dan Arumanis dari Thailand. "Warna kulit dan saiz mempelam itu hampir sama tetapi ia bukan Harumanis. "Harumanis mempunyai berat sekitar 600 gram sebiji tetapi bagi mempelam seperti Sala, beratnya boleh mencecah antara 750 gram dan 1 kilogram," katanya. Beliau berkata bentuk sebenar Harumanis mempunyai lekuk di bahagian bawah dan ada kalanya berbentuk ganjil tidak seperti mempelam lain. Menurut Othman, harga pasaran semasa untuk Harumanis adalah antara RM35 dan RM40 sekilo manakala harga pengedar dari ladang dianggarkan sekitar RM25 sekilo. Mempelam Sala dan Arumanis hanya dijual sekitar RM8 sekilo manakala jenis Tong Dam boleh didapati antara RM5 dan RM10 sekilo. Pemilik dusun dan pengedar Harumanis, Dr Bidin Yatin berkata terdapat perbezaan antara Harumanis asli dengan mempelam lain. "Walaupun mempelam dari negara jiran itu kelihatan menarik di mata pelanggan, ia tidak semanis dan beraroma seperti Harumanis," kata Dr Bidin. Jelas beliau, beberapa mempelam lain ditawarkan menggantikan Harumanis sejak dua tahun lalu apabila harganya mula meningkat. "Kami amat bimbang kerana ia akan menjejaskan nama baik buah yang menjadi ikon negeri Perlis itu," katanya. Pada Selasa, Bernama melaporkan kerajaan Perlis mengambil langkah proaktif meminta SIRIM merekabentuk label khas mempelam harumanis demi memelihara kepentingan pengusaha ikon Perlis itu.

Posted: 12 May 2016 05:17 AM PDT

Oleh: ROYCE TAN
 
 
 
 
 
PETALING JAYA: Fenomena El Nino sejak awal tahun ini memberi kesan terhadap pengeluaran mempelam Harumanis yang menyaksikan kemerosotan sebanyak hampir 40 peratus.

Fenomena itu bukan sahaja menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan bekalan Harumanis, malah ada peniaga yang mencuri peluang ini dengan menjual mempelam yang rupabentuknya seakan-akan seperti Harumanis sebagai Harumanis.

Akibatnya ada pembeli yang terpedaya dan membeli mempelam seakan-akan Harumanis itu dengan harga yang berlipat kali ganda.

Pengurus Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Perlis, Othman Ismail berkata 'Harumanis' yang membanjiri pasaran pada ketika ini sebenarnya mempelam seperti Tong Dam, Sala dan Arumanis dari Thailand.

"Warna kulit dan saiz mempelam itu hampir sama tetapi ia bukan Harumanis.

"Harumanis mempunyai berat sekitar 600 gram sebiji tetapi bagi mempelam seperti Sala, beratnya boleh mencecah antara 750 gram dan 1 kilogram," katanya.

Beliau berkata bentuk sebenar Harumanis mempunyai lekuk di bahagian bawah dan ada kalanya berbentuk ganjil tidak seperti mempelam lain.

Menurut Othman, harga pasaran semasa untuk Harumanis adalah antara RM35 dan RM40 sekilo manakala harga pengedar dari ladang dianggarkan sekitar RM25 sekilo.

Mempelam Sala dan Arumanis hanya dijual sekitar RM8 sekilo manakala jenis Tong Dam boleh didapati antara RM5 dan RM10 sekilo.

Pemilik dusun dan pengedar Harumanis, Dr Bidin Yatin berkata terdapat perbezaan antara Harumanis asli dengan mempelam lain.

"Walaupun mempelam dari negara jiran itu kelihatan menarik di mata pelanggan, ia tidak semanis dan beraroma seperti Harumanis," kata Dr Bidin.

Jelas beliau, beberapa mempelam lain ditawarkan menggantikan Harumanis sejak dua tahun lalu apabila harganya mula meningkat.

"Kami amat bimbang kerana ia akan menjejaskan nama baik buah yang menjadi ikon negeri Perlis itu," katanya.

Pada Selasa, Bernama melaporkan kerajaan Perlis mengambil langkah proaktif meminta SIRIM merekabentuk label khas mempelam harumanis demi memelihara kepentingan pengusaha ikon Perlis itu.


Jika nak ambil alih, saya kena mula dengan buku baru’

Posted: 11 May 2016 11:58 PM PDT

 
Dr Vida menggesa pihak pengurusan Rayani Air supaya menyelesaikan masalah hutang terlebih dahulu, sebelum menjual sahamnya kepada pelabur baru.


dato-vida


PETALING JAYA: Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, tidak berbaloi untuknya membeli saham Rayani Air dan pada masa sama perlu melangsaikan hutang syarikat itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan Rayani Air supaya menyelesaikan masalah hutang terlebih dahulu, sebelum menjual sahamnya kepada pelabur baru.

"Jika saya nak ambil alih, saya kena mula dengan buku baru, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.

"Tidak berbaloi jika beli saham tapi pada masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada," katanya yang dipetik mStar Online, semalam.

Pengasas produk Qu Puteh yang lebih dikenali sebagai Dr Vida itu berkata, beliau hanya akan membuat keputusan sama ada mahu melabur dalam syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, selepas berbincang dengan Rayani Air di ibu negara dalam masa terdekat.

"Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah. Buat masa ini masih di peringkat pertimbangan. Jika tawaran itu membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak," katanya.

Jutawan kosmetik itu mendedahkan, beliau pernah menyimpan hasrat memiliki syarikat penerbangan sendiri lebih setahun lalu, namun ia tidak berbaloi memandangkan kos membeli pesawat agak mahal.

"Jadi bila pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan," katanya kepada portal berita itu.

Kelmarin, Dr Vida memberitahu beliau sedang menilai saham Rayani Air dan akan menemui pemiliknya bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan syarikat itu.

Operasi penerbangan Rayani Air digantung selama tiga bulan berkuat kuasa 11 April lalu kerana gagal mematuhi peraturan ditetapkan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Sebelum ini, Ravi dilaporkan sebagai berkata, beliau sedia melepaskan 51 peratus pegangan sahamnya kepada pelabur baru dengan syarat syarikat itu perlu kekal patuh syariah walaupun selepas bertukar tangan.

Ravi berkata, kekurangan dana antara faktor utama Rayani Air dilanda masalah sehingga berlaku mogok oleh juruterbang dan kakitangan yang mengancam akan menyaman Rayani Air jika tidak membayar tunggakan gaji mereka.

Salleh tidak setuju pameran Zunar di luar negara

Posted: 11 May 2016 11:54 PM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tindakan Zunar mengejek perdana menteri di luar negara 'tidak betul'.


Zunar


KUALA LUMPUR: Tindakan kartunis politik Zunar memberikan tanggapan salah mengenai Malaysia menerusi pameran karyanya di luar negara adalah sesuatu yang "tidak betul", kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Mengulas mengenai isu pameran kartun Zunar yang turut memuatkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Geneva, Switzerland, Salleh berkata Zunar mengunjurkan gambaran salah terhadap apa yang berlaku dalam negara.

Salleh berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan Zunar mengejek perdana menteri di luar negara.

Katanya, tidak mengapa jika wujudnya perbezaan, tetapi mereka sepatutnya menyelesaikan masalah itu dalam negara dan tidak perlu membabitkan negara asing, apatah lagi Malaysia mengamalkan demokrasi.

Salleh berkata kerajaan amat bertoleransi dan menerima perbezaan pendapatan tetapi tindakan tetap diambil terhadap individu yang tidak menghormati institusi kerajaan pilihan rakyat ini.

Ketika ditanya sama ada beliau percaya Zunar mendapat sokongan "pihak tertentu", Salleh berkata beliau percaya "mereka" bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan Najib, tetapi tidak menamakan sesiapa.

"Jika rakyat tidak setuju dengan Najib, mereka bebas memilih calon dan parti mereka," katanya.

Beliau berkata pengkritik Najib bebas untuk tidak bersetuju, tetapi dalam berbuat demikian mereka tidak sepatutnya menjejaskan imej negara yang boleh memberi kesan terhadap reputasi ekonomi negara.

Minggu lalu, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah Cartooning for Peace 2016 di Geneva.

186k RELA akan dikeluarkan elak unsur negatif

Posted: 11 May 2016 11:53 PM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Proses pemutihan itu amat penting kerana RELA benar-benar ingin memastikan anggotanya tidak menyalahgunakan kursus belajar menembak untuk mengancam keselamatan negara.


zahid


PUTRAJAYA: Seramai 186,000 daripada 3.8 juta anggota RELA di seluruh negara akan dikeluarkan daripada jabatan sukarelawan itu menerusi program pemutihan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses itu bertujuan mengelakkan wujud unsur negatif termasuk pembabitan dalam jenayah dan masalah disiplin di kalangan anggota biasa atau yang mendapat kedudukan sebagai ahli bersekutu atau kehormat.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, tindakan berterusan mulai Januari lalu telah mengenal pasti 34 daripada 186,000 anggota RELA terbabit dalam kes jenayah bersabit kesalahan mengikut Kanun Keseksaan.

"RELA harus lebih serius kalau hendak tambah ahli, jabatan ini harus juga melihat kualiti anggota yang diambil. Kualiti penting dan bukannya kuantiti kita tidak mahu kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA kepada 39 Pemimpin Muda Kesatria Muda Keselamatan (KMK) bagi Exco Puteri UMNO hari ini.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin merupakan antara 39 penerima Pemakaian Pangkat Kehormat dan Bersekutu RELA daripada Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Ahmad Zahid, langkah mengekalkan kualiti sentiasa terjamin bertujuan memastikan anggota RELA serius dalam melaksanakan tugas sebagai barisan kedua pertahanan dan keselamatan negara selepas polis dan tentera.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan golongan belia menyertai RELA bagi menyemai semangat kesukarelawan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara.

Setakat ini katanya, daripada 3.8 juta anggota RELA itu, seramai 1.01 juta terdiri daripada anggota berumur 30 tahun dan ke bawah.

Sementara itu, Ketua Pengarah RELA, Datuk Kamariah Mohd Noah berkata, proses pemutihan itu dilakukan terhadap anggota yang sudah lama berkhidmat dan anggota baru sebelum diserap ke dalam RELA.

Katanya, 186,000 anggota yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 60 tahun itu bukan sahaja mempunyai masalah disiplin atau terlibat dalam jenayah, tetapi juga termasuk mereka yang meninggal dunia serta memberi alamat salah.

Menurut Kamariah, proses saringan pemutihan dilakukan menerusi pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Penjara Malaysia sebelum mereka diberikan kad kuasa.

"Kalau dahulu sebaik sahaja mohon terus automatik dapat kad kuasa. Sekarang tidak. Kita akan periksa latar belakang mereka dengan tiga jabatan itu. Sekiranya didapati bersalah, kita akan tarik keanggotaaan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Kamariah menegaskan proses pemutihan amat penting kerana RELA benar-benar ingin memastikan mana-mana anggotanya tidak menyalahgunakan kursus belajar menembak untuk mengancam keselamatan negara.– BERNAMA

Anwar beri penghormatan terakhir kepada adik

Posted: 11 May 2016 11:46 PM PDT

 
Anwar dibawa dari HKL ke Teras Jernang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Rehan.


anwar_adik_600


PETALING JAYA: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dipenjarakan diberi peluang untuk memberi penghormatan terakhir kepada adik perempuannya yang meninggal dunia semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, Anwar dibawa dari wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Teras Jernang di Kajang.

Rehan Ibrahim meninggal dunia semalam dan dikebumikan selepas solat zohor hari ini.

Isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebooknya memuat naik gambar-gambar Anwar di rumah Allahyarhamah di bawah kawalan ketat polis.

"DSAI dibawa menziarahi jenazah adik beliau yang meninggal dunia semalam di Teras Jernang pagi ini..sedih mengenangkan pemergian ramai orang tersayang, tanpa beliau dapat berada di sisi kerana terpaksa dipisahkan oleh tirai besi penjara.

"Semoga Allah limpahi rahmat-Nya buat Hajah Rehan..ampuni dan berkatilah beliau, syukur DSAI dapat bersama mendoakan..amin, Alhamdulillah," demikian dua catatan Dr Wan Azizah di Facebooknya hari ini.

Anwar yang masih dipenjarakan di Sungai Buloh dibawa ke HKL untuk pemerhatian selepas mengalami tekanan darah tidak stabil pada malam Isnin lalu.

Pas bertegas akan tanding di K Kangsar dan Sg Besar

Posted: 11 May 2016 10:06 PM PDT

 BORHAN AHMAD


Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan Pas akan tanding kedua-dua kerusi.Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan Pas akan tanding kedua-dua kerusi.


Pas bersetuju pertandingan tiga penjuru hanya akan memenangkan Barisan Nasional (BN) namun menegaskan akan meletakkan calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didakwa menjadi milik tradisinya iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Kedua-dua kerusi ini ialah kerusi tradisi PAS dan oleh kerana itu, PAS telah tegaskan bahawa ia akan meneruskan tradisi dengan meletakkan calon di kedua-dua parlimen ini," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.   Bagi Tuan Ibrahim, fokus blok pembangkang ialah menumbangkan BN.

Kalau ini terus menjadi matlamat penyertaan dalam PRK ini, maka sewajarnya semua pihak berusaha agar BN dapat dikalahkan, katanya.

"Dengan demikian, sebarang tindakan dari mana-mana parti pembangkang yang meletakkan calon maka ini bermakna mereka memberi tongkat kepada BN," katanya menolak parti-parti pembangkang lain menyertai pilihan raya ini.

Bagi beliau, komitment PAS dalam tindakannya terus menentang BN di Sarawak dan juga di kedua-dua PRK akan datang adalah bukti paling kukuh bahawa tuduhan PAS nak bergabung dengan Umno-BN adalah fitnah semata-mata.

Sebelum ini, ahli parlimen PAS dari Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar rundingan dibuat antara Pas dengan parti pecahan darinya, Amanah yang kini membentuk blok baru Pakatan Harapan selepas Pakatan Rakyat yang disertai Pas berpecah.

Ia bertujuan untuk membolehkan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, Pas dan BN tidak berlaku dalam pilihan raya ini bagi membolehkan BN dikalahkan.

AJK Amanah Perak, Dr Muhaimin Sulam mencadangkan agar Amanah melepaskan kerusi Kuala Kangsar kepada Pas dan mencadangkan agar Amanah dibenarkan bertanding di Sungai Besar mewakili Pakatan Harapan.

Namun Tuan Ibrahim, pemimpin yang sederhana dalam Pas, meminta laluan diberikan kepada Pas untuk kedua-dua kerusi itu.

"Diharapkan tiada parti pembangkang lain yang meletakkan calon sekadar untuk menguji sokongan kerana tindakan demikian tidak lebih hanya memberi peluang besar bagi BN memenangi PRK ini.

"Adakah ada di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana rakyat terpaksa menelan kata-kata seperti "GST diterima rakyat", "Rakyat percaya tiada salahlaku pada derma RM2.6 bilion",

"BN sememangnya menjaga rakyat", "Rakyat percaya PM tidak terlibat dengan 1MDB", "BN kerajaan yang bersih" dan sebagainya sekiranya BN memenangi PRK ini seperti yang terjadi di Sarawak?" soalnya.

Bagi beliau, pemimpin blok pembangkang perlu sedar pertembungan sama blok pembangkang hanya akan membenarkan bidalan "yang kalah jadi abu, menang jadi arang."

Pesawah P Pinang mula tanam padi selepas musim kemarau

Posted: 11 May 2016 10:01 PM PDT

MALAYSIAKINI




Pesawah di Pulau Pinang berasa lega bahawa mereka boleh memulakan penanaman semula padi selepas fenomena El-Nino berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin berkata, kerja-kerja pengairan telah bermula.

"Di bahagian pulau terutama di Balik Pulau dekat sini, sungai-sungai tidak lagi kering kerana hujan turun secara berterusan, oleh itu pesawah boleh menggunakan air sungai untuk penanaman padi.

"Bagi tanah besar, di kebanyakan kawasan, pesawah telah memulakan penanaman semula padi dan hanya pesawah di Seberang Perai Utara belum memulakan penanaman semula," katanya kepada Bernama semalam.

Dr Afif juga berkata pada masa ini, pelepasan air untuk tujuan pertanian ialah mengikuti jadual yang ditetapkan.

Seorang pesawah di Balik Pulau Muhamad Sharifuddin Ishaq, 52, berkata beliau bersyukur kerana kini boleh menanam semula padi dan memperoleh pendapatan untuk keluarganya.

"Saya telah mengalami kerugian akibat kemarau dan sekarang saya dapat menanam semula padi, saya berasa lega," katanya.

Khairul Akram Ismail, 44, yang juga seorang pesawah berkata padi memerlukan kira-kira 100 hari sebelum boleh dituai dan berharap semuanya berjalan baik kali ini.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa berkata kapasiti empangan Teluk Bahang pada masa ini ialah 52.7 peratus manakala kapasiti empangan Air Itam berada pada 51.3 peratus.

Empangan di Teluk Bahang boleh bertahan selama lima bulan lagi manakala empangan Air Itam boleh bertahan selama sebulan setengah.

Bagi Sungai Muda yang membekalkan 80 peratus daripada bekalan air Pulau Pinang, paras air direkodkan pada tahap normal 2.66m.- Bernama


Penjaga gol pasukan futsal Kedah parah kemalangan

Posted: 11 May 2016 10:00 PM PDT

MALAYSIAKINI




Penjaga gol pasukan futsal Kedah, Muhamad Azri Zakaria mengalami kecederaan parah selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta berhampiran Jalan Perak di Alor Setar semalam.

Muhamad Azri, 27, yang bekerja sebagai pegawai perubatan sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Pejabat Pergigian Daerah Kota Setar dengan menunggang motosikal sebelum dilanggar sebuah kereta kira-kira pukul 8 pagi.

Pengurus Pasukan Futsal Kedah, Nesar Ahmad Khan berkata Muhamad Azri kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan sedang dalam pemantauan rapi oleh doktor.

Katanya, Muhamad Azri yang dimasukkan ke wad ICU pada pukul 3 petang semalam, mengalami kecederaan parah di bahagian muka serta kepala dan perkembangannya sedang dipantau dan jika perlu pembedahan akan dilakukan selepas dia stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan kejadian yang melibatkan pergeselan antara motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah kereta yang belum dikenal pasti.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan pemandu kereta yang terlibat dan sehingga kini belum ada laporan polis yang dibuat oleh individu yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, seorang pemain skuad Piala Presiden Pahang cedera selepas van dinaiki bertembung dengan sebuah jentolak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) .awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, van dinaiki oleh 16 pemain dan jurulatih bola sepak skuad berkenaan dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S Markandan berkata Muhammad Adam Mohamad Zaki, 19, mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri manakala pemain lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kenderaan dipandu Mohamad Zahri Othman, 45, hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah jentolak yang dipandu Ghandi Govindaraj, 53.

"Kedua-dua pemandu itu turut mengalami kecederaan masing-masing di kepala dan badan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata kesemua mangsa kini dirawat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama


AMANAH beri gambaran pertandingan 3 penjuru di Sg Besar

Posted: 11 May 2016 09:52 PM PDT

Anne Muhammad

 


Pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad memberi gambaran akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Katanya, Pakatan Harapan akan menghantar calon mereka dan berkemungkinan dari PKR, AMANAH atau DAP.

"Ada kemungkinan tiga penjuru. Kalau tiga penjuru membuktikan ia sokongan kepada Pakatan Harapan, bukan pada parti-parti sendirian yang bertanding.

"AMANAH akan bermesyuarat pada 15 hari bulan untuk bincang perkara ini, akhirnya kita berpandangan calon yang nak diturunkan mesti calon Pakatan Harapan," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata, meskipun membawa nama Pakatan Harapan, beliau turut berharap supaya calon dari AMANAH yang bertanding dalam PRK tersebut.

"Tapi bagi AMANAH, kalau boleh kita nak lah (bertanding), kita akan berhujah (dalam mesyuarat Pakatan Harapan), bertemu dan berbahas tapi tidak ada makna kalau kita tidak tonjolkan Pakatan Harapan," katanya.

Kerusi Parlimen Sungai Besar menjadi kosong ekoran penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak pada 5 Mei lepas.

Khalid, ketika ditanya tentang kemungkinan akan kalah kerana pertandingan banyak penjuru sepertimana yang berlaku di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, berkata:

"Terpulang pada PAS lah kalau dia yang nak tiga penjuru. PAS sendiri nak buat blok ketiga, jadi terpulang pada dia.

"Rakyat kena pilih. Nak blok ketiga yang ada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) atau Pakatan Harapan yang ada AMANAH, PKR dan DAP," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya mengenai pertembungan antara Pakatan Harapan dan PAS tidak akan menjatuhkan BN dalam PRK itu berkata:

"PRK ini matlamat bukan jatuhkan BN, nak jatuhkan BN masa pilihan raya umum (PRU). Jadi kita nak manfaatkan PRK ini untuk PRU, itu yang penting.

"Kita juga nak manfaatkan PRK untuk PRU, jadi kita perkenalkan Pakatan Harapan," katanya.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.


'Deritanya digantung FAM'

Posted: 11 May 2016 09:43 PM PDT

N Faizal Ghazali

 


Tahun ini genap 21 tahun Matlan Marjan dibelenggu hukuman gantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terlibat dalam skandal rasuah pada 1990-an.

Bekas pemain kebangsaan dan Sabah itu mengakui hidup sebagai pesalah rasuah amat perit, apa lagi dengan keadaannya yang tidak boleh dipisahkan dengan bola sepak.

Ketika biasanya bekas pemain berpeluang menjadi jurulatih, kini di usia 48 tahun Matlan tetap tidak boleh sama sekali terlibat dengan aktiviti bola sepak.

Hidup memang sukar - akui Matlan - terutama berdepan dengan persepsi umum yang biasanya bersikap negatif.

"Kadang-kadang saya nak buat perlawanan persabahatan pun tak boleh. Ada aduan kepada pihak yang berkenaan dan program itu disekat," katanya kepada Malaysiakini.

Suatu ketika dulu nama Matlan memang sering disebut-sebut peminat bola sepak. Kelibatnya yang pantas di atas padang memang sering menyukarkan pihak lawan.

Namun ketika negara digemparkan dengan skandal rasuah bola sepak, nama Matlan tersenarai sebagai suspek.

Siasatan kemudian mendapati ada bukti untuk dikaitkan aktiviti itu dengan Matlan. Dia kemudian dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak - di semua peringkat - selama-lamanya mulai 1995.

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.
Peluang sekali lagi

Walaupun Isnin lalu FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terlibat dalam skandal itu, mereka berenam terkecuali.

Nasib mereka kini bergantung kepada keputusan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) selepas ia dirujuk FAM.

Kata Matlan pengecualian daripada pengampunan itu mengecewakannya.

"Seolah-olah manusia sememangnya tidak boleh berubah sampai mati sedangkan kalau seseorang penjenayah dihukum penjara seumur hidup pun, pada suatu ketika dia akan dibebaskan juga," ujarnya.

Kini, Matlan mengharap ada sinar untuknya, atau sekurang-kurang diberi peluang sekali lagi dan dibebaskan daripada belenggu hukuman gantung berkenaan.

"Sekurang-kurangnya maruah kami dapat dikembalikan. Sama ada untuk terus berada dalam bola sepak atau sebaliknya itu perkara lain," katanya.

Menceritakan hidupnya kini Matlan berkata, hanya individu yang terhukum dapat memahami sebenar-benarnya apa yang dirasa.

"Kami sudah rasa. Kalau nak tahu bagaimana susahnya hidup selepas digantung, kami boleh cerita. Kami akan jelaskan supaya pemain sekarang jangan buat begini atau begitu.

"Pada masa sama, nasihat dan pengajaran kami dapat dikongsi dengan pemain sekarang," katanya.
Sementara menunggu nasibnya ditentukan Fifa Matlan dan rakan-rakannya hanya mampu berdoa.

"Apapun saya ucapkan terima kasih kepada FAM atas usaha yang diambil. Saya berharap dibebaskan daripada penggantungan dan diberi peluang sekali lagi," katanya.

Zunar umum WASABI – 'Wa Sapu Bilion'

Posted: 11 May 2016 09:37 PM PDT

MALAYSIAKINI




Selepas pengharaman dan siasatan polis terhadap karya-karyanya, kartunis Zunar hari ini mengumumkan penerbitan buku barunya berjudul WASABI (Wa Sapu Billion)

Buku ke-19 Zunar itu terus menyentuh pelbagai isu kontroversi dalam negara, sambil mengusik pelbagai tokoh-tokoh dalam negara.

"Buku setebal 126 muka surat ini mengandungi lebih 150 kartun-kartun yang kebanyakannya memfokus kepada isu Skandal 1MDB, derma berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi PM dan juga lawak jenaka terhadap 'idola' saya, Rosmah.

"Karektor KTN (Ketua Twitter Negara) muncul dalam setiap kartun dalam buku ini," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam kenyataan.

Kebanyakan kartun dalam buku ini adalah karya koleksi yang tersiar di Internet dan media sosial pada tahun 2015 dan 2016.

Zunar meletakkan harga pasaran buku itu RM26 "untuk menandakan sejumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri".

"Ia bukan sekadar nombor, tetapi sebagai peringatan bahawa kita tidak boleh berdiam diri dalam isu rasuah kerana kita yang membayar untuk rasuah mereka," katanya.

Zunar, yang mula-mula popular dengan karyanya di majalah terkenal Gila-Gila, kini memenangi pelbagai anugerah dalam bidang kartun dan hak asasi manusia.




Isu 1MDB: Alasan Najib disifatkan kelakar

Posted: 11 May 2016 09:34 PM PDT

MALAYSIAKINI




Alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa 1MDB gagal ekoran kritik disifatkan sebagai kelakar oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara itu berkata sedemikian sebagai mengulas wawancara bersama Najib semalam di kaca televisyen yang antaranya menyebut tentang kegagalan 1MDB kerana serangan ke atas tawaran awam permulaan (IPO) Edra Global Energy.

"Jika kritikan kami terlalu berkuasa, tentu ianya telah menyekat banyak IPO lain dan urusniaga berkaitan, seperti Felda Global Ventures Holdings atau penswastaan lain dan projek penjanaan dana oleh pentadbiran BN," katanya dalam kenyataan, hari ini.

1MDB mungkin merupakan "model perniagaan terburuk dalam dunia" jika faktor kejayaan atau kegagalannya bergantung secara keseluruhan ke atas IPO anak syarikatnya.

"Jika perniagaan 1MDB melingkup sebab IPO gagal, ia mungkin sebab kenapa IPO gagal dari permulaan," tambah Pua.

Menurut Pua, sebab sebenar IPO Edra gagal ialah kerana kerajaan telah terlebih bayar untuk aset tenaga di bawah Edra.

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), katanya, menunjukkan Edra telah dinilaikan antara RM9.86 bilion dan RM11.3 bilion sahaja, kurang RM12.1 bilion perbelanjaan ke atas aset.

"Justeru, IPO gagal kerana 1MDB tidak dapat mewajarkan penilaian tidak masuk akal dibayar untuk aset tenaganya, namun Najib memilih untuk menyalahkan kritik-kritik 1MDB pula," ujarnya lagi.

Pua juga menyelar tindakan Najib menyalahkan pengkritik, berbanding menyelesaikan kelemahan 1MDB yang dikemukakan dalam laporan PAC, dan juga tidak memaklumkan kepada awam bagaimana beliau merancang untuk menyelamatkan firma itu.


Dapatkan perakuan bukan Islam, kata ketua hakim

Posted: 11 May 2016 09:31 PM PDT

Koh Jun Lin

 


Mahkamah Persekutuan memaklumkan lelaki yang mahu mengeluarkan perkataan Islam dari kad pengenalannya untuk memohon perakuan mahkamah bahawa dia bukan seorang Islam.

Hanya selepas itu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, hari ini, beliau harus mengemukakan perkara itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hakim Ariffin berkata sedemikian dalam menolak permohonan Mohd Sharif Abdullah untuk pelepasan bagi merayu menentang keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Oktober tahun lepas.

Sharif mahu mendapatkan arahan mahkamah untuk mengarahkan JPN mengeluarkan perkataan 'Islam' dari kad pengenalannya, atas alasan beliau tidak pernah menukar agama lain daripada Hindu sejak dilahirkan.

Bagaimanapun, ujar Hakim Arifin, ianya bukan prosedur yang betul untuk digunakan.

Tiada ulasan: