Ahad, 1 Mei 2016

.

.


12 hari berihat dalam ward

Posted: 30 Apr 2016 08:30 PM PDT

PERMAKLUMAN

Mustapa (Tok Pa) menjenguk saya di PPHUKM. 
Selama 16 hari blog saya tidak dikemaskinikan. Rasanya penjengok sudah dapat mengagak kenapa? Penjengok yang faham dan mengetahui situasi diri saya tidak berasa pelik. Selama tempoh itu saya terpasung di ward 6G di PPUKM Cheras, kerana mengalami tekanan darah rendah.

Malam Jumaat 15 April saya terjatuh dalam bilik air menyebabkan dahi pecah dan dikejar ke hospital. Kesannya 7 jahit terpalit di dahi.


Penahanan saya dalam ward selama 12 hari adalah sejarah paling lama saya berada di hospital dalam satu-satu masa. Satu keadaan yang menyeksakan sekali lagi apa lagi rindu untuk berblog membuak buak dalam diri.

Tanggap 15hb saya sepatutnya ke Sarawak untuk meninjau pilihan raya negeri Sarawak ke-12, tetapi kemalangan itu menyebabkan semua hajat dan hasrat terhalang.



Saya sengaja tidak memberi khabar atas apa yang berlaku. Ada rakan dan waris terkilan. Saya tidak mahu mengusahkan mereka. Namun dari mulut ke mulut berita "kemalangan" itu mengalir juga.

Terima kasih kepada adik beradik, rakan taulan, anak saudara yang datang melawat. Tidak terlupa kepada Datuk Mustapa Mohamed, Husam Musa serta Mohamed Azmin yang bertanya khabar. Mustapa sebaik mendapat tahu saya di ward singgah sebelum Jumaat.

Dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih atas kiriman salam daripada MB Kelantan Ahmad Yakob yang berkebetulan juga berada dalam ward. Seperti saya nyatakan sebelum ini rakan dan penziarah adalah penawar paling mujarab.

Tidak terlupa terima kasih kepada para doktor pakar dan jururawat yang menjaga saya selama disendur dalam ward. [wm.kl.11:29 01/05/16]

Tiada ulasan: