Sabtu, 7 Mei 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Keputusan: Semua calon AMANAH hilang deposit

Posted: 07 May 2016 08:20 AM PDT

Oleh : Adam Abu Bakar

 PETALING JAYA: AMANAH beranggapan adalah perkara biasa untuk calon kehilangan wang deposit pada pilihan raya, khasnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11.

 Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir berkata, ia adalah satu kejayaan, jika ada di kalangan calon parti yang baru berusia tujuh bulan itu memperoleh semula wang deposit mereka. "Hilang deposit di Sarawak ini adalah perkara biasa bagi calon-calon. Mana-mana kawasan yang kita perolehi deposit itu sudah kita anggap sebagai suatu kemenangan," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

 Anuar turut menjelaskan, pengalaman pertama parti itu bertanding pada PRN kali ini merupakan pengalaman berharga untuk AMANAH memperkenalkan parti dan logonya kepada rakyat Sarawak. "Ia memberikan pengalaman yang cukup berharga dan sebagai parti baru untuk diperkenalkan kepada orang ramai bukanlah suatu perkara mudah.

 "Jadi, tujuan kita menyertai PRN Sarawak adalah untuk memperkenalkan parti dan logo yang berusia tujuh bulan ini kepada rakyat Sarawak," jelasnya.

 Ujarnya lagi, tidak dapat dinafikan suasana politik di Sarawak berbeza dengan Semenanjung Malaysia, kerana rata-rata rakyat di negeri itu tidak memahami secara mendalam isu yang dibincangkan di Semenanjung, iaitu 1MDB dan juga isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

 Tambahnya, sekatan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang ke Sarawak juga memperlihatkan demokrasi yang tidak subur di Bumi Kenyalang.

"Suasana di Sarawak ini memang kita sangat kecewa kerana demokrasi yang sangat terhakis, pilihan raya di Afrika mungkin lebih maju lagi.

 "Kita sangat terasa dalam pilihan raya yang kita sertai ini. Kalau BN tidak menang dalam PRN kali ini maknanya dunia boleh kiamat kerana cara mereka berkempen iaitu menggunakan televisyen, radio dan lain-lain," ujarnya lagi.

Semua 13 calon yang diturunkan AMANAH pada PRN Sarawak kali ini kecundang dan gagal mendapatkan kembali deposit mereka sebanyak RM5,000.

 Calon-calon pilihan raya akan kehilangan wang deposit, jika mereka gagal memperolehi 1/8 daripada jumlah undi yang diperolehi semua calon bertanding di sesebuah kerusi itu. ~ sumber

Keputusan rasmi terkini PRU Sarawak 2016 pilihanraya negeri PRN 11

Posted: 07 May 2016 05:48 AM PDT


  Pengumuman serta keputusan rasmi dan penuh bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 ke-11 (PRN-11) dijangka akan diumumkan sebelum jam 11 malam pada hari Sabtu 7 Mei 2016

 Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jangkaan masa keputusan penuh sebelum 11 malam itu masih tertakluk kepada situasi semasa berikutan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam usaha membawa pulang peti undi dari pusat pengundian ke pusat penjumlahan rasmi undi

 Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 ke-11 (PRN-11) membabit 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua daripadanya telah dimenangi oleh Barisan Nasional BN (kemenangan tanpa bertanding)

Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Ne­geri Sarawak ke-11 (PRN-11) telah ditetapkan selama 12 hari sejak penamaan calon pada 25 April lalu dengan menyaksikan sebanyak 1.13 juta pengundi berdaftar bakal membuat penentuan 

Pada PRN-11, Barisan Nasional (BN) meletakkan kesemua calon di 82 kerusi manakala parti PKR (40), DAP (31), Amanah (13), Pas (11), Parti Reformasi Negeri (10), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (5) dan calon Bebas (36) 

Para pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di 1,754 pusat mengundi yang dibuka untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi wakil rakyat mereka 

Pusat Pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke 11 (PRN 11) Tahun 2016 ditutup 

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) telah ditutup pada jam 5.00 petang Sabtu, 7 Mei 2016 

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Proses pengiraan dan penjumlahan undi akan berlangsung sebaik sahaja penutupan pusat pengundian di semua kawasan terlibat 

KEPUTUSAN RASMI SPR DAN PENUH PRU SARAWAK 2016 PILIHAN RAYA NEGERI PRN 11 

Berikut adalah keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN 11 Sarawak) yang akan dilengkapkan dari semasa ke semasa 

 Pautan Sumber Asal » mysumber.com

10 Wakil Rakyat PAS lompat parti?

Posted: 06 May 2016 11:46 PM PDT

  Dalam satu sidang media di Pejabat Amanah pagi ini, soalan panas wartawan ialah mengenai 10 adun Pas yang akan lompat parti seperti apa yang pernah Dato Wan Rahim dakwa, jika Dato Husam Musa dipecat dari Pas.

  Walau bagimana didesak mengenainya, Wan Rahim enggan menyatakan secara absah, cuma bagi tau sikit-sikit sahaja dulu.... Hah! Ha! Ha! Jangan tak caya... ramai walaun yang akan sentap nanti!

  Datuk Wan Rahim menjelaskan bahawa Datuk Husam mengatakan belum mendapat surat pernyataan pemecatan dan kehadiran beliau ke Mesyuarat Agung PAS Kubang Kerian pagi ini dianggap sebagai tetamu.

  Beliau menyatakan dalam pertemuannya dengan Husam dirumahnya pukul 1 pagi tadi, Husam akan buat satu response kepada semua pihak setelah beliau menerima pernyataan pemecatannya nanti.

 "Jadi saya pun perlu menunggu Datuk Husam untuk membuat apa tindakan sama ada dia nak buat rayuan kepada Jawatankuasa PAS Pusat ataupun dia akan menerima ketentuan itu dan mengorak langkah politik seterusnya." jelas Wan Rahim.

Menurut Wan Rahim,  pihak Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Datuk Husam sebagai ahli Amanah, bahkan sebaik sahaja dia hadir kepimpinan Amanah Kelantan yang kini dipegangnya akan diserahkan kepada beliau.

Berikut adalah petikan selanjutnya sidang media Dato Wan Rahim, berhubung pemecatan Dato Husam Musa.

 Wartawan: 10 Wakil Rakyat PAS lompat parti?

Datuk Wan Rahim: Sekarang masih lagi kita tunggu surat pemecatan Datuk Husam dan semuanya akan diselaraskan bersama antara saya dan Datuk Husam, jadi tidak berbangkit dan belum sampai masa lagi.

Wartawan: Amanah akan buat apa yang telah dikatakan?

Datuk Wan Rahim: Insya Allah. Belum selesai lagi proses dia. Kalau tak silap saya Datuk Husam diberi tempoh 60 hari untuk buat rayuan dalam Perlembagaan PAS.

Wartawan: Secara peribadi 10 Wakil Rakyat tetap nak join (Amanah)?

Datuk Wan Rahim: Insya Allah, tapi belum masa lagilah. Datuk Husam, Zaki Kelaboran, Rozi Tendong. MP, Ahmad Baihaki Kubang Kerian dan Dr Nik Mazian Pasir Puteh.

Wartawan: Datuk lihat keputusan yang dibuat PAS terhadap Datuk Husam bagaimana?

Datuk Wan Rahim: Saya salute PAS, tahniah kerana berani. PAS telah bertindak memecat Datuk Husam di luar daripada jangkaan saya. Saya jangka PAS akan gantung Datuk Husam. Saya hormat PAS kerana keberanian mereka. Saya juga ucap tahniah kepada Datuk Husam kerana usaha dia untuk dipecat itu memang berjaya.

Pispus gagal nak halang....Husam hadiri mesyuarat Agung Pas Kubang Kerian

Posted: 06 May 2016 10:55 PM PDT


  Walaupun Pispus cuba menghalangnya, namun tetap gagal.Dato Husam menghadiri mesyuarat Agung Pas pagi ini dan memberi ucapan. Tidak ada pula yang lari keluar memperotes kehadiran Dato Husam ketika majlis tersebut berlangsung dengan aman.


  Peqar Zul : Kemah DHM..belum rasmi lagi pemecatan..ttp hadir kerana amanah yg diberi..baru bermaruah.. 

 Anok Keli : DHM hadir nk v amanat terakhir supaya ahli parti yg still nga pas tk jd seumpama pokko betul anguk salah pun anguk.sbb dlm poltik tk kira dlm parti apa kena ada two way cpmunication bukan one way comunication. 

Lagi pulak pemecatan DHM tidak secara rasmi lagi...bila dah keluar surat secara rasmi barulah sah pemecatan keatas dirinya. 

Mohsin Shaib : Teruskan perjuangan mu DHM.... kemungkaran x boleh di diamkan... ATNA pernah berkata orang kelantan adalah guru politik malaysia... ingat...
Ehsan dari Wan Mohamad Izzat Warz
Wan Nazie Wan Hamat : Berfungsi ka dak report polis yg dibuat oleh Nordin Mardi

Hanapi Salleh : Kato nk sekat dhm dari berucap?tu...buleh kecep jugak.. guano,gi mano hok org nk sekat Dhm tu..

Alif Aziz Jenis : hok bodo wat report pun... Patut g cari surat pemecatan dhm... Baru cerdik ado surat tu... Baso daratttt...huhu

Pak Chu :Tuan yg mereport tgh rakam utk hantar ko tokeynya 
Azni Othman : Ramai dibelakang mu DHM jgn gusar dan gentar Allah bersama org2 yg benar

 Shuib Hanafiah : sempat juga berucap...

 Mahhayu Ismail : We all DHM Kami anak muda menghargai perjuanganmu.. Anak muda yang sombong yg bercelaru fitrah politiknya yg menolakmu

Ibn Haniyy: Mesy agung pnya hal smpai repot polis???iskk huduh kelaku lebai kelarah

Pemecatan Husam : Tsunami politik mula melanda Kelantan !

Posted: 06 May 2016 04:45 PM PDT

  Semalam, Dato Husam yang mendakwa masih belum menerima surat rasmi pemecatannya dari Pas telah menyatakan hasratnya untuk menghadhiri mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualakan berlangsung hari ini.

  Ini menyebabkan Pispus menggalabah tak karuan hingga terpaksa mengimport Hj Hadi datang ke Kelantan untuk menghalang Dato Husam, selaku YDP Kawasan Kubang Kerian daripada berucap dalam mesyuarat tersebut.

 Nampaknya 'Tsunami Politik' telah mula melanda Kelantan. Berikut program dharurat yg tiba-tiba muncul! Berat nanang mu Pispus!

Cuba perhatikan betapa kalutnya pispus dalam usahanya merancang untuk menghalang Datuk Husam berucap hingga membuat laporan polis dan mengarahkan unit amal seramai mungkin....

 Jadual Presiden 07 Mei 2016 

9.00pagi : YB Presiden akan merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jeli

10.00pagi: Presiden dijangka akan bertolak ke Pasir Tumboh bagi menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada PAS Kubang Kerian. Presiden dimaklumkan akan mengumumkan beliau sebagai YDP Sementara bagi PAS Kubang Kerian

10.45 : Majlis sambutan Presiden akan dibuat di hadapan Sekolah Padang Enggang dan seterusnya konvoi bermotor ke Taqaddum Al Maarif.

11.30 : Presiden dijangka sampai dan akan menyampaikan ucapan.

 **Satu laporan polis telah dibuat bagi menghalang Dato Husam Musa daripada berucap. Unit Amal dikehendaki bertindak berdasarkan arahan semasa.

Arahan 19 - Kerahan unit amal seramai mungkin

Arahan 29 - Semua penyokong Presiden dikehendaki memakai baju fastaqim Tujuan kehadiran adalah untuk menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Presiden dan menyokong pemecatan Dato Husam daripada ahli PAS.

Tiada ulasan: