Khamis, 19 Mei 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Di mana Islamnya Pas, soal Husam

Posted: 19 May 2016 09:00 AM PDT



Dalam Dialog Bersama Husam Musa malam tadi, pemimpin Pas yang lantang mengkritik kepimpinan parti itu mempersoalkan sejauh mana Pas masih mengamalkan nilai Islam.

 "Saya nak tanya pada orang-orang Pas di mana Islamnya Pas selepas Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia? Tolong senaraikan termasuk Mursyidul Am Pas (Datuk Dr Haron Din)," soalnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

 Menyenaraikan beberapa nama pemimpin Pas Pusat seperti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; beliau memberitahu dirinya menerima serangan peribadi selepas menegur kepimpinan kerajaan Pas negeri Kelantan.

 "Saya diserang macam-macam, lari duit balak. Boleh orang-orang kita (Pas) ngaji agama begitu. Saya berdiri tegak lawan pembulian.

 "Saya buat lawatan, balak telah dicuri. Lima bukit sudah digondol," dedahnya selain turut menyebut nama Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.

 Pada masa sama, Husam juga menyelar Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung penyerahan surat pemecatannya.

 "Saya minta Datuk Taki hantarlah surat pemecatan itu. Saya nak bagi pada anak cucu. Saya nak beritahu Datuk Taki, tulislah elok-elok. Presiden Pas boleh buanglah Setiausaha Agung macam itu," bidasnya sambil memberitahu berlaku kesilapan nama ayah pada sepucuk surat yang telah diterimanya daripada Pas.

 Menjawab soalan moderator yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tentang tempoh yang terlalu lambat untuk Husam membuat keputusan memilih mana-mana parti pembangkang, beliau mengakui dirinya lemah.

 "Saya tidak kuat. Saudara (moderator) boleh provok, (tapi) tak boleh ubah saya. Mungkin saya salah tapi apa yang penting, saya mendapat gambaran membaca apa yang ada dalam radar. Ada sebab-sebab tersendiri. Setakat ini saya boleh berpuas hati.

 "Untuk maju ke depan tidak semestinya isytihar masuk parti," tambah bekas Naib Presiden Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu dalam dialog lebih dua jam anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF).

 Untuk rekod, Dr Sanusi pada 6 Mei iaitu sehari sebelum pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mengesahkan Husam dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

 Menurutnya lagi, Husam didapati telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas. ~ sumber

Hj Hadi : DAP Babi , Umno Lembu ...

Posted: 19 May 2016 05:30 AM PDT


  Adalah perkara biasa dengan perangai Hj Hadi ini yang gemar menggelar orang lain dengan gelaran yang buruk-buruk dan menghina.

  Terbaru, Hj Hadi telah mengibaratkan parti DAP seumpama kawanan Babi dan Umno pula sebagai kawanan Lembu.

  Sehingga kini, belum ternampak lagi laporan yang Umno marah sebab diumpamakan sebagai Lembu oleh Hj Hadi. Kah! Kah! Kah!

 Kita tunggulah samada Rani anak Kulup akan buat  laporan polis mengenainya. Kalau tak ada tindakan apa-apa dari Umno, tandanya Umno setuju bahawa Umno diumpamakan seperti lembu oleh Hj Hadi.Demi penyatuan Islam Melayu...lembu pun lembulah!

  Tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan marah sungguh dengan kenyataan Hj Hadi kerana menghina dengan gelaran DAP Babi.

  Sewaktu mesyuarat membincangkan mengenai "Kata Dua" Azmin Ali kepada Pas Selangor, lewat malam kelmarin di rumah Hj Hadi di Rusila, Terengganu, Hj
Hadi dilaporkan berkata semasa mesyuarat itu bahawa partinya  "would rather herd the cows of Umno than herd the pigs of DAP" - (partinya "lebih suka kawanan lembu Umno daripada kawanan babi DAP").

 Kata-kata kesat Hj Hadi tersebut telah mengundang kemarahan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

 Lim berkata beliau terkejut apabila membaca laporan akhbar The Star hari ini memetik Hadi sebagai berkata PAS "lebih suka kawanan lembu Umno daripada kawanan babi DAP" yang berkaitan dengan krisis bru didakwa di Selangor.

 "Saya terkejut dengan ini. Mengapa DAP diheret ke dalam ini apabila kita tidak bertanding pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar ," katanya.

 Lim berkata, Hadi perlu menjelaskan jika quote yang dilaporkan adalah tepat.

  Beliau menggesa pemimpin PAS untuk mengambil tindakan terhadap akhbar itu jika dia telah disalah lapor.

 "Jika beliau berkata begitu, ia tidak adil bagi DAP dan merendahkan martabat bagi seorang muslim untuk mengatakan yang sedemikian kepada orang bukan Islam," kata Lim. ~ sumber 

Ingat Azmin, teringat Azwan Ali!

Posted: 19 May 2016 01:55 AM PDT

  Kelmarin bukan main nampak garang lagi abang Azwan Ali si Azmin tu bagi kata dua kepada Pas.

  Azmin telah meminta exco dari PAS untuk meletakkan jawatan Isnin depan jika parti mereka berkeras untuk bertanding PRK di Sungai Besar.

 Sebaliknya, Azmin mahu PKR bertanding di kerusi Sungai Besar dan berjanji bahawa PAS akan diberikan kerusi Parlimen Sabak Bernam sebagai ganti.

 Maka berhambatlah tiga anggota exco negeri (Pas), Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi Zaidy Abdul Talib dan beberapa pemimpin Pas Selangor terbang ke Terengganu pada Rabu untuk mesyuarat kecemasan.

 Selepas mesyuarat lewat malam di rumah Datuk Seri Hadi Awang di Rusila, Terengganu, Pas memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya itu.

 Hj Hadi mengarahkan ketiga-tiga exco itu untuk tidak meletak jawatan dan berkata parti itu bersedia untuk dipecat daripada kerajaan.

  Hari ini dilaporkan pula, Pejabat MB telah menafikan "Kata Dua" dari Azmin tersebut! Dah pulak!!

  Exco Kerajaan Negeri Elizabeth Wong dari PKR dan juga naib presiden parti Tian Chua juga menafikan laporan itu, dengan keduanya berkata partinya masih dalam perbincangan dengan PAS mengenai siapa yang akan bertanding di kerusi itu menjelang 18 Jun nanti.

   Rupa-rupanya Azmin cuma gertak dan Pas pula tak makan gertak  Azmin! Ingat Azmin, teringat Azwan Ali!

'Jangan tekan kami macam budak tak berakal, YB'

Posted: 18 May 2016 11:41 PM PDT

"Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?" tanya Afdlin Shauki khusus kepada ahli-ahli yang berhormat di parlimen ketika mereka bersidang lagi sekarang.

 Pengarah, pelakon dan ahli perniagaan berjaya itu mengulas pendirian pihak berkuasa yang boleh mengenakan larangan terhadap individu memburuk-burukkan kerajaan.

 Laporan itu ada disiarkan Malaysiakini semalam.

 Menurut Afdlin, sepatutnya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi membenarkan rakyatnya bersuara jika ada sesuatu yang dirasakan tidak kena pada kerajaan.

 "Bukankah itu hak asasi kita sebagai manusia?" katanya.

 Menurut pelakon lelaki terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu, dia terbaca berita mengenai hak yang ada pada pihak berkuasa melarang sesiapa yang dirasakan pernah menegur kerajaan untuk ke luar negara.

 Dalam situasi begitu Afdlin mempersoalkan sama ada negara ini hanya menjadi hak kerajaan semata-mata.

 "Bagaimana dengan hak rakyat?" katanya.

 Semalam Malaysiakini melaporkan sesiapa saja yang dianggap memburuk-burukkan kerajaan boleh dihalang - selama tiga tahun - daripada meninggalkan negara ini.

 Jika pelaku itu adalah warganegara Malaysia yang berada di luar negara pula mereka boleh dikenakan larangan sama apabila pulang ke sini.

 Sumber memberitahu Jabatan Imigresen Malaysia menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu dalam langkah dianggap bagi "melindungi imej negara".

 Lepas ini apa?

 Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi pula mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan memiliki pasport Malaysia adalah "satu keistimewaan" dan bukan "hak" pada seseorang. 

 Katanya kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.

 Menurut Afdlin kenyataan bahawa pasport adalah "keistimewaan" dan bukan "hak" kepada rakyat negara ini menunjukkan seolah-olah semua orang tidak ada hak sebagai rakyat Malaysia dan ia adalah "kurniaan" daripada kerajaan.

 "Kenapa sampai macam ni YB-YB (yang berhormat, merujuk kepada ahli parlimen) semua.... Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?9 "Lepas ni apa pulak tetuan? Bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?

 "Tetuan-tetuan semua, awak semua adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat, bukan organisasi untuk menakut-nakut dan menekan rakyat.

 "Saya sangat tak setuju dengan statement (kenyataan) yang di buat ini.

 "Bantulah rakyat! Jangan tekan kami macam kami semua budak-budak tak berakal tuan tuan..." katanya.

 Afldlin mengakhiri status itu dengan sinis: "Jika saya silap sila betulkan saya, saya cuma pelawak je." ~ sumber

Tiada ulasan: