WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- [LIVE][300416] Bahaya Riba - Ust Abd Aziz Mohd Nor
- [LIVE][300416] Pusaka 2.0 - Ust Fauzi Thahir
- NAJIB MESTI JAWAB RM700 JUTA 1MDB ‘TERSEMBUNYI’ DI MANA? – MUHYIDDIN
- ‘BAGI NAJIB DUIT ITU RAJA, DIA BOLEH BUAT APA SAJA’ – TUN MAHATHIR
- HARAPAN SELESAIKAN ISU PERTEMBUNGAN PRN SARAWAK SELEPAS 7 MEI
[LIVE][300416] Bahaya Riba - Ust Abd Aziz Mohd Nor Posted: 30 Apr 2016 06:32 AM PDT |
[LIVE][300416] Pusaka 2.0 - Ust Fauzi Thahir Posted: 30 Apr 2016 06:29 AM PDT |
NAJIB MESTI JAWAB RM700 JUTA 1MDB ‘TERSEMBUNYI’ DI MANA? – MUHYIDDIN Posted: 30 Apr 2016 02:35 AM PDT Najib mesti jawab RM700 juta 1MDB 'tersembunyi' di mana? – MuhyiddinTan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik keras terhadap pemimpin Umno yang menjadi suruhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak pernah memberikan jawapan yang betul berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas timbalan perdana menteri itu mendesak supaya Najib sendiri memberikan penjelasan kemana wang RM700 juta hilang yang dikatakan masuk ke syarikat Good Star Limited. "Beliau suruh pencacai jawab, tak pernah beri jawapan yang betul… RM700 juta ke mana tak pernah dijawab," kata Muhyiddin dihadapan kira-kira ribuan ahli Umno di Johor Bharu dalam satu ceramah semalam. 1MDB dikatakan menyalurkan sejumlah RM700 juta kepada firma Good Star Ltd, yang mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan kontroversi Jho Low. Malah dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) juga terdapat pendedahan mengenai Good Star Ltd tapi dipadamkan oleh Pengerusinya, Datuk Hasan Ariffin tanpa pengetahuan ahli-ahli lain. Hasan mengakui mengenai tindakan memadamkan kenyataan berhubung Good Star dan mempertahankan tindakannya. Muhyiddin juga mendedahkan transaksi dibuat ketika Tan Sri Mohd Bakke Salleh menjadi pengerusi 1MDB dan urusniaga dengan Good Star Ltd tersebut ada dicatatkan dalam minit mesyuarat. "Saya menerima maklumat sahih daripada Bank Negara, syarikat Good Star ini pada awalnya dikatakan syarikat milik 1MDB tapi bukan sebenarnya milik mereka, ia adalah milik Jho Low. "Ia sebuah syarikat tidak ada kaitan dengan 1MDB, Tan Sri Bakke letak jawatan dan dalam minit mesyuarat semasa beliau jadi pengerusi ada menyatakan arahan disuruh bawa balik RM700 juta, tapi tidak tahu ke mana wang itu," katanya. Muhyiddin juga mempersoalkan individu yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran RM700 juta dan mengganggap mustahil ia diluluskan oleh lembaga pengarah jika tanpa campur tangan Najib selaku orang penting dalam syarikat itu. "Tak mungkin CEO boleh bayar, atau board of director (Lembaga Pengarah) kecuali jika Najib yang luluskan," katanya. |
‘BAGI NAJIB DUIT ITU RAJA, DIA BOLEH BUAT APA SAJA’ – TUN MAHATHIR Posted: 30 Apr 2016 02:33 AM PDT 'Bagi Najib duit itu raja, dia boleh buat apa saja' – Tun MahathirTun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikan ke atas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kali menggelarnya sebagai seorang penyembah duit kerana mengamalkan budaya politik "cash is king" (duit adalah raja). Dr Mahathir tampil di bahagian Umno Kubang Pasu yang disandangnya selama 22 tahun dan disambut dengan meriah ribuan orang ramai yang hadir bagi mendengar ceramah di sebuah dewan di Napoh, kawasan parlimen Kubang Pasu pada 29 April lalu. "Bagi Najib duit itu raja, Najib sembah duit. "Dia percaya dengan duit dia boleh buat apa sahaja dan rakyat akan sokong dia," kata Dr Mahathir yang mendapat tepukan orang ramai. Dr Mahathir berkata parti Umno kini berfungsi untuk mempertahankan kedudukan Najib lagi dan pemimpin atasan semua ditutup mulut dengan sogokan dedak supaya menyokong Najib walaupun kesalahan yang dilakukan sudah terbukti. "Parti Umno ini sekarang bergerak untuk pertahankan presiden sahaja. "Pemimpin Umno nampak dan tahu presiden buat benda salah tapi mereka bisu, mereka ini sudah disuap dedak (sogokan) dalam mulut," katanya. Membandingkan semasa zaman pentadbirannya, Dr Mahathir berkata Umno kini sudah tidak demokratik dan ini berbeza semasa zamannya dimana beliau tidak pernah menyekat orang yang menentangnya seperti yang dilakukan oleh Najib yang memecat dan menggantung individu yang menenetangnya. "Sekarang Umno sudah berubah menjadi tidak lagi demokratik dan Umno bertugas untuk menyokonf Najib sebagai presiden semata-mata. "Tugas pemimpin Umno hanya menyokong Najib, tugas mereka tidak lagi berkenaan dengan bangsa, agama dan negara," katanya. Dr Mahathir mengimbau kembali semasa ditentang Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam bersama pemimpin Umno lain dimana beliau memberikan ruang kepada mereka untuk berkempen dan bersikap terbuka menerima kritikan. Menurut Dr Mahathir, Najib tidak pernah belajar daripada kesilapan dengan beranggapan wang dapat membeli sokongan rakyat walaupun keputusan Pilihan Raya 2013 lalu menyaksikan kerusi dimenangi oleh beliau berkurangan meskipun berbelanja besar. "Masa PRU13, prestasi Najib lagi buruk daripada Pak Lah (Tun Abdulllah Ahmad Badawi), dia bagi duit tapi orang tidak sokong juga. "Tapi dia masih percaya 'cash is king'," katanya. Dr Mahathir menarik sokongan kepada Najib, menyerang skandal kewangan syarikat pelaburan Malaysia Development Berhad (1MDB) yang hilang berbilion dan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. |
HARAPAN SELESAIKAN ISU PERTEMBUNGAN PRN SARAWAK SELEPAS 7 MEI Posted: 30 Apr 2016 02:22 AM PDT HARAPAN selesaikan isu pertembungan PRN Sarawak selepas 7 MeiPakatan Harapan (HARAPAN) akan membincangkan isu pertembungan kerusi DAP dan PKR di Sarawak dan sebarang perkara berbangit selepas pilihan raya negeri 7 Mei, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Ini adalah satu perkara serius yang perlu dibawa ke mesyuarat Pakatan Harapan, katanya. "Pada 7 April, timbalan presiden PKR Azmin Ali dan saya menandatangani perjanjian rundingan kerusi. "Beliau tidak boleh mengingkari perjanjian itu, ini mungkin kelihatan bagi orang lain seolah-olah (kamu) makan kata-kata kamu sendiri," katanya kepada Malaysiakini. "Ini adalah satu perkara yang serius, kamu tidak boleh mengatakan rundingan itu masih belum dimuktamadkan selepas kamu menandatangani perjanjian. "Ini perlu untuk dinyatakan (sewajarnya) selepas pilihan raya negeri," kata beliau dengan tegas. Azmin secara tidak langsung telah menafikan beliau memungkiri perjanjian antara kedua pihak. Timbalan presiden PKR itu berhujah beliau hanya bersetuju pada dasarnya untuk menyerahkan lapan kerusi negeri, termasuk lima kerusi yang menyaksikan pertembungan dengan DAP pada 7 April, tanpa sebarang komitmen atau perjanjian dimeterai. DAP bagaimanapun berhujah sebaliknya. Pada 11 April, Harapan mengumumkan bahawa anggota sekutunya telah mencapai kata sepakat dalam rundingan kerusi. Keputusan itu bagaimanapun tidak disampaikan secara baik kepada PKR Sarawak yang memveto keputusan rasmi tersebut. Azmin kemudian dilapor membenarkan pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengeluarkan surat pelantikan kepada calon-calon PKR untuk bertanding di lima kerusi yang dikatakan diperuntukkan untuk DAP. Lima kerusi itu ialah Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong. Ini telah menyebabkan DAP bertindak balas dengan bertanding di Batu Kitang. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan