Ahad, 17 April 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Siapa Sebenarnya Safiey Illias?

Posted: 17 Apr 2016 07:23 AM PDT



Disebabkan saya ramai followers baru , ramai yg masih tak kenali kisah kepayahan saya sebelum berjaya . Mgkin ramai yg cuma kenal saya disaat saya sudah dikatakan boleh la senang jugak .
.
Begini , saya berasal drpd Felda Lakum , Lanchang Pahang . Saya lahir pada 19 Mei 1994 , umur saya bulan 5 ni genap 22 tahun . Saya dulu sekolah di SK Lakum . Dpt UPSR semua A so saya lanjutkan belajar ke Sekolah Men Sains Sultan Hj Ahmad Shah (SEMSAS) . Tp saya dua minggu je disini lepastu saya tamatkan belajar sebab tak boleh hidup tanpa mak ayah . Tak biasa berjauhan katanya walaupun saya ni anak kedua bongsu drpd 6 orang adik beradik . Kemudian saya lanjutkan pelajaran ke SMK Datuk Bahaman , Lanchang . PMR dpt 8A jugak jadi saya dpt tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (SBPIK) .
.
Bila pindah ke sini , kos memang tinggi . Mcm2 benda nk bayar . Dulu ayah saya cuma pakai kereta kancil sahaja hantar saya ke sekolah kt Kuantan ni . Saya tak mcm anak org lain yg tiap2 minggu keluar outing ke bandar . Ada yg tiap2 minggu mak ayh dtg hantar makanan dan KFC . Sedapnya masa tu . Disebabkan desakan nak jugak hidup senang sedikit seperti kwn lain disamping xpyh nk mntk duit sgt kt mak ayah , saya mula buat bisnes dari asrama . Dari asrama ?? Ya dari asrama .
.
Saya mulakan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan mcm suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat . Satu kotak produk dpt margin tinggi juga RM50-200 . Tp x percaya sgt ramai jugak akak2 makcik2 beli produk tu walau harga agak mahal . Mgkin sbb tu x byk sgt persaingan produk mcm skrg dan penjual pun tak ramai . Saya gunakan FB sahaja masa tu . Setiap hujung minggu saya akan kluar outing atau pinjam laptop cikgu . Masa tu di Koperasi sekolah ada cikgu yg sediakan sewaan melayari internet . RM2 kot sejam . Jadi saya guna peluang tu untuk buat duit .
.
Masa tu lah saya akan gunakan untuk ambik database customer . Tp masa tu saya xtahu pun tu database . Saya besenye akan mintak siap2 nama , no telefon , alamat penuh dan email customer yg nak produk tu . Bila dia ckp je nak barang dan nk booking , saya mmg minta details tu . Kemudian , saya akan tulis maklumat tu dkt sebuah buku tulis . Saya tak ada telefon di asrama , jadi saya gunakan telefon asrama je nk call supplier dan customer saya .
.
Malam je lepas habis kelas prep (belajar) , saya akan call customer . Masa tu byk la duit syiling dan kad telefon saya ada . Sng nk call customer . Sorg2 saya akan call dan tanya dh buat byrn tak . Masa tu saya ada BANK RAKYAT shaja . Lepas dia kata dh byr saya akan call supplier . Satu2 alamat saya bacakan dan sebut . Smpaikan sejam bergayut dgn supplier . Supplier akan poskan brg .
.
Hari Jumaat je akan ada sedikit masa lapang selepas solat jumaat , masa tu saya akan ke Bank Rakyat dkt dgn sekolah untuk cek akaun . Masa tu saya tawakal je harap2 ada duit dalam akaun tu . Masa tu la saya akan transfer dkt supplier duit . Baru supplier akan pos brg . Lepastu , ada la byk duit dh masa tu . Saya dh mula beli stock sendiri . Masa tu saya jual produk sabun muka , bb cream , mask dan byk lg . Saya jual tu sebab saya pun pakai sebab masa tu muka mmg byk jerawat .
.
Hari2 doa nak ada duit RM1500-1800 . Alhamdulillah Allah makbulkan . Masa tu baik x buat byk dosa sgt heheeh . Lepastu mintak lagi nk ada RM4800 , las2 dapat jugak . Saya order brg pun call supplier guna telefon asrama dan dia pos ke pejabat sekolah . Muka saya hari2 g ambik brg dkt pejabat sekolah smpai kerani sekolah pun tanya . Saya ckp ayah kirim . Kdg2 saya suruh cikgu dan teacher saya yg ambikkan . Cikgu warden asrama saya selalu beri kelonggaran untuk keluar outing ke bandar . Sbb dia tahu saya baik dan antara pelajar pandai . Kdg2 tu dia tlg saya pos brg . Sbb masa tu saya dh mula pegang stock dn post brg sendiri . Susah sgt masa tu . Leceh sgt . Kene tebalkan muka dan atasi halangan .
.
Kemudian sampaikan di tgkatan 5 masa SPM saya ada saving dalam RM200k berkat perniagaan saya di asrama ! Tpi sebab jiwa remaja dan x ada pengurusan duit , tggal RM8000 je duit saya . Saya byk guna duit masa masuk UITM dan mmg x mntk duit mak ayah masa tu . Sbb dulu dpt tawaran belajar di oversea tp saya tolak sbb mcm dh x mnt belajar . Lepastu 6 bulan je saya dkt UITM saya berhenti belajar . Masa tu umur 18 . Masa tu la abg saya meninggal dunia . Saya kemudian duduk di Ukay Perdana . Masa umur 18 tahun , dgn modal cuma ada RM500 , saya keluarkan Aurora dan buat spa dkt rumah ! Ramai jugak customer saya masa tu dtg rumah . Masa tu la saya promote Aurora .
.
Saya pergi sana sini naik teksi . Pergi kilang naik teksi . Dulu kilang x lyn sgt pun . Pergi buat sticker sendiri di Achik Printing Taman Melawati . Potong sendiri sticker guna gunting dan tampal dkt botol smpai senget2 . Pergi pos brg pon guna teksi . Gigih x gigih masa tu . Smpai lah bulan Jun 2013 masa saya umur 19 , saya dpt cecah 1 juta bersih yg pertama .
.
Tahu kan kereta apa saya ada ? Smpai harini ada Camry , Hilux , Mini Cooper , Audi dan Hummer H2 . Perjalanan saya sbnrnya masih panjang untuk diceritakan . Nnti sya akan tulis lagi jika anda suka nk dgr . 2013-2015 hampir 5 juta untung bersih dh saya buat .
.
Jom share ramai2 dan like status ini . Biar sama2 tahu tak mudah sbnrnya nk berjaya . Memang perlu gigih dan x byk alasan ! Kena pandai cipta peluang bila ada ruang . Usaha dan doa yg konsisten . Kalau x byk likes dan share xnk la sambung cerita lagi 😅😅😅

PELAJAR HIDAYAH CENTRE ANTARA 6 INDIVIDU YANG MELAFAZKAN #SYAHADAH DI HADAPAN DR ZAKIR NAIK

Posted: 17 Apr 2016 07:18 AM PDT



PELAJAR HIDAYAH CENTRE ANTARA 6 INDIVIDU YANG MELAFAZKAN #SYAHADAH DI HADAPAN DR ZAKIR NAIK
----

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berbangsa Punjabi antara yang melafazkan syahadah di hadapan ribuan yang menghadiri ceramah pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Lelaki berkenaan yang berasal dari India, Hurender Bal Singh, 23, membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Dr Zakir berhubung soalan yang diajukan mengapa bukan Islam perlu memeluk Islam untuk berkahwin.

Sebelum membimbing lelaki berkenaan melafazkan syahadah, Dr Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya sekiranya ada sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam.

"Tidak, tiada siapa yang paksa saya. Saya percaya kepada ALLAH dan Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH dan saya dengan rela hati mahu menjadi seorang Muslim," kata Hurender .

Sejurus selepas itu, seorang wanita beragama Kristian yang memakai jubah dan bertudung tanpa memberitahu namanya, turut menyatakan keinginannya untuk mememeluk agama Islam.

Dr Zakir bertanyakan kepada wanita berkenaan sekiranya beliau percayakan ALLAH dan Nabi Muhammad sebagai pesuruh ALLAH, dan wanita itu menjawab 'ya', lalu membimbingnya mengucapkan dua kalimah syahadah disusuli sorakan hadirin sebagai tanda sokongan.

Malah, ada antara hadirin yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata kerana terlalu gembira.

Selepas menjawab beberapa soalan daripada hadirin, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Muchelle turut mengumumkan ingin melafazkan syahadah, sekali gus dibimbing pendakwah berkenaan untuk berbuat demikian.

Selain itu, seorang pelajar Hidayah Centre dari Sarawak, Joel anak Along, mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas bertanyakan kepada Dr Zakir mengenai hikmah syahadah.

Beliau yang telah mempelajari agama Islam sejak beberapa tahun lepas yakin dengan keputusannya itu selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan.

Lebih manis 3 lelaki saudara baru naik ke pentas memeluk dr Zakir Naik di depan khalayak ramai.

- Anna Suhana

Captain : Wanita ini antara yang melafazkan syahadah dibimbing Dr Zakir Naik, semalam. #drzakirnaikKL

PPP Dalam Pasukan Perlindungan Perubatan Majlis Agama Dr Zakir Naik

Posted: 17 Apr 2016 04:51 AM PDT



PPP Dalam Pasukan Perlindungan Perubatan Majlis Agama Dr Zakir Naik

PPP Rashidi (dua dari kanan) yang berkhidmat sebagai Penyelia di Jabatan Kecemasan Dan Trauma Hospital Melaka mengorbankan masa hujung minggu bagi menyertai Pasukan Perlindungan Perubatan dalam majlis agama Dr Zakir Naik yang di anjurkan oleh Universiti Teknikal Melaka (UTeM).

Turut bertugas bersama adalah Pakar Perubatan Kecemasan, Jururawat Terlatih dan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans dalam memastikan kesiapsiagaan menghadapi kejadian kejadian yang tidak di ingini khususnya bahagian kesihatan jikalau terjadi kepada mereka yang hadir ke majlis tersebut.

#pppmalaysia

-HBR-

Syeikh Dr Muhammad Ayub Meninggal, Imam masjid Nabawi

Posted: 17 Apr 2016 04:48 AM PDT



Syeikh Dr Muhammad Ayyub imam masjid nabawi menyembahyangkan jenazah rakannya Syeikh Dr Ali Jabir imam masjidil Haram yg meninggal pada 13 Dis 2005.

Semalam 16 April 2016 Syeikh Dr Muhammad Ayyub pula meninggal dan dikebumi di perkuburan baqi' bersebelahan masjid nabawi dgn jenazahnya diiringi puluhan ribu jamaah. Solat isya' sebelumnya adalah tugas terakhirnya sbg imam di masjid nabawi. Beliau bukan orang Arab tetapi orang Myanmar.

Tiada ulasan: