Isnin, 11 April 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Cuba Bermain Wayang Lagi Di PRN Sarawak

Posted: 11 Apr 2016 12:54 AM PDT

PH Wajar Beri Laluan PAS Bertanding di 11 Kerusi

SHAH ALAM: PAS Sarawak meminta agar Pakatan Harapan (PH) menghormati parti itu dengan tidak meletakkan calon di 11 kerusi yang ingin ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili berkata, dalam situasi ini PKR sewajarnya mengambil peranan untuk berbincang dengan rakan komponennya terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) agar memberi laluan kepada PAS di kerusi berkenaan, sekaligus boleh mengelakkan perpecahan undi yang akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

"Dengan PAN ini, untuk makluman kita tak mengambil tahu sangat dalam kita melaksanakan strategi kita. Cuma kita nak sebut kepada parti serpihan ini, sekiranya mereka masuk ke kerusi PAS, ianya akan memecahkan undi parti pembangkang dan akan menguntungkan Barisan Nasional (BN)," katanya kepada Antarapos.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan berlakunya pertindihan kerusi dengan PH selepas PAN mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Walaubagaimanapun ujarnya, PAS tidak menghalang hasrat PAN untuk bertanding kerana melihat ianya amalan demokrasi, asalkan tidak berlaku pertindihan dengan kerusi PAS.

Mengulas 'kelebihan' PAS berbanding PAN, Mukhtar sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan PAS terbuka kepada semua golongan masyarakat dan tidak terhad kepada masyarakat Islam seperti yang didakwa.

"Walaupun PAS ini parti Islam tetapi kita adalah parti untuk semua. Sebab itu mesej kita Islam untuk semua, dan tawaran yang kita lancarkan bulan lalu adalah 'Sejahtera Untukmu Sarawak'.

"Antara yang jelas kita sebut adalah bagaimana kita ingin mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak, kemakmuran rakyat Sarawak, sama ada dari segi kebajikan, ekonomi dan sebagainya.

"Sebab itu dari 11 calon kita, salah seorangnya adalah berbangsa Iban dan beragama Kristian," katanya.

Muhtar ketika mengakhiri perbualan dengan krew CPPnews menegaskan, "Penting untuk PAS diberi peluang bertanding di 11 kerusi tersebut kerana ia adalah permintaan akar umbi selain PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun dan calon yang lebih berpotensi di kerusi-kerusi DUN berkenaan."

Untuk rekod, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada 2011, PAS bertanding di lima kawasan - Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi gagal memenangi sebarang kerusi. -pas.org.my

ULASAN GB

Minta PH menghormati PAS dan tidak bertanding di 11 kerusi yang PAS bertanding di Sarawak?

Mengapa tidak di sebaliknya, supaya PAS menghormati PH dan tidak bertanding di 11 kerusi berkenaan?

Kedua, bukankah Presiden PAS sendiri menyatakan bahawa AMANAH bukan saingan PAS malah menuduh dan memfitnah AMANAH sebagai khadam DAP? Kalau bukan saingan PAS mengapa takut untuk berdepan dengan PH dan merayu-rayu agar PH tidak bertanding bertemu dengan PAS di PRN Sarawak?


Alasan undi berpecah dan akan memenangkan BN, itu adalah disebabkan kamu PAS kerana rakyat mengetahui yang menentang BN kini ialah PH. Bukan PAS. Buktinya, BN cukup takut dengan PH sehingga beberapa pemimpin PH dihalang memasuki Sarawak, sedang pemimpin UMNO dan PAS bersenang lenang keluar masuk ke Sarawak.

Ketiga, bukan saja dengan AMANAH kamu dengki, malah dengan PKR pun kamu khianat. PKR mendakwa beberapa kerusi yang diumumkan PAS bertanding adalah kerusi tradisi PKR. PAS telah ada rekod khianatnya semasa PRU13 yang lalu dimana PAS sendiri bertanding tiga penjuru di 8 kerusi yang mengakibatkan PR kalah di tangan BN. Kamu yang khianat kamu tuduh orang lain.

Tentang calon Kristian tu, GB dah ulas sebelum ini. Petikan:

Bukan main kutuk Kristian. Sekarang dengan muka tak tahu malu, pilih Kristian untuk jadi calon PAS. Apakah PAS sudah menjadi parti yang terdesak yang yang tinggal hanyalah orang-orangnya sudah tidak berpendidikan setelah ditinggalkan golongan profesyenal?

Malah dituduh DAP ada agenda mengkristiankan rakyat Malaysia. Sekarang pilih pula Kristian sebagai calon PAS. Apa wayang kamu main wahai PAS yang terdesak?

Tentang hudud, kini PAS senyap terus. Tak ada pun berkempen mengenai hudud walaupun sebelum ini PAS berlagak cuba menjadi wira di dalam memperjuangkan hudud. Apabila telah ditipu dengan UMNO, lansung tak sebut-sebut lagi hudud. Memperjuangkan hudud untuk naikkan Geng Ustaz, bukan kerana keikhlasan menegakkan hukum Allah. Jika ikhlas sudah pasti PAS menerima pakai nasihat Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Qardawi yang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud. Dan akhirnya benarlah GB kata dulu, ayam terlepas tangan bau tahi. Hudud terlepas, PAS tercampak keluar dari PR.

PAS juga cuba mempromosikan dirinya konon di Beting Maro cuma tewas tipis 391 undi tetapi tidak memberitahu bahawa calon PAS di beting Maro ketika itu, Abang Kardee Abang Masargus kini telah menjadi ahli Parti Amanah Negara!.

Dan jangan lupa juga, Presiden PAS pernah memperlekehkan dan menghina rakyat Sarawak dengan menuduh mereka memakai cawat.


Perkembangan Terkini Hanipa & Asmuni...

Posted: 10 Apr 2016 06:48 PM PDT

Keadaan Hanipa semakin baik, boleh bernafas tanpa alat bantuan

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang Mohamad Hanipa Maidin semakin baik dan kini boleh bernafas tanpa bantuan alat pernafasan, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut isteri beliau Rohani Rohmat, Hanipa kini berada dalam keadaan stabil, boleh menggerakkan anggota badan dan ingatannya juga kembali pulih apabila dapat mengenali saudara mara dan sahabat handai yang datang menziarahinya.Ketika ditemui Malaysia Dateline di wad rawatan rapi Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Rohani berkata pegawai perubatan yang merawat Hanipa juga berpuas hati dengan perkembangan kesihatan beliau dan kini sedang memantau tekanan darah Pengerusi Kanun Amanah itu.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan suaminya juga kepada mereka yang menziarahi Hanipa sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Hanipa pengsan di Dewan Rakyat petang 4 April lalu ketika sidang dewan berhenti rehat dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

Pegawai perubatan parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

Di dalam perkembangan berasingan, keadaan kesihatan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Perak, Sdra Asmuni Awi telah pulih dimana mengikut status di dinding facebooknya, beliau menyatrakan telah keluar dari IJN petang semalam.


Beliau menerima ucapan kesyukuran kepada hadhrat Allah s.w.t. dari pengunjung facebooknya dan doa agar beliau terus dikurniakan kesembuhan dan kesihatan.

Tiada ulasan: