Isnin, 25 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Terengganu :Hanya undi tak percaya jalan penyelesaian

Posted: 25 Apr 2016 05:29 AM PDT



 
Oleh HAZAYANI ZAKARIA


Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu perlu menerima usul undi tidak percaya yang dibawa pihak tertentu terhadap menteri besarnya bagi menamatkan segera krisis yang melanda negeri itu, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata, tindakan speaker Dun Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong tidak membenarkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah salah kerana menghalang proses perlembagaan.

"Di sisi perlembagaan hayat kerajaan yang memerintah ditentukan oleh sokongan dalam dewan," katanya 

Pada 8 Mac lalu, bekas menteri yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Zubir.

Penolakan usul itu menyebabkan kerajaan negeri terus bergolak kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama. 

BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

Menurut Abdul Aziz, jika kerajaan negeri yang ada tumbang oleh undi tidak percaya, kerajaan yang baharu perlu dilantik melalui perlantikan menteri besar baharu.

"Oleh kerana kerajaan perlukan sokongan mandat rakyat saya fikir menteri besar baru ini perlu memberi komitmen untuk memohon pembubaran dewan dari Sultan (setelah dilantik jadi MB) supaya rakyat negeri itu boleh memilih parti mana yang mereka mahu untuk mentadbir negeri," katanya sambil menyimpulkan undi tidak percaya adalah langkah pertama untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil melalui pilihan raya. 

Tambah beliau juga, sekiranya pilihan raya diadakan, Terengganu sama juga seperti Sarawak , tidak perlu mengikut tempoh pembubaan parlimen atau negeri lain.
 
Semalam, sumber dari Terengganu memberitahu, negeri itu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Razif dengan istana.

Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu.

Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.

Mengulas perkara ini, Abdul Aziz berkata, dari segi prinsip Sultan perlu melantik sebuah kerajaan yang stabil dan mampu menguruskan negeri tanpa diganggu undi tidak percaya.

"Selagi itu boleh dilakukan dalam konteks Dun yang ada tidak perlu pilihan raya umum negeri diadakan.

"Tetapi nampaknya kerajaan yang ada sentiasa diganggu oleh undi tidak percaya dan ini tidak boleh dielakkan selagi kerajaan yang ada itu mempunyai majoriti sokongan yang kecil," katanya yang juga pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
 
 

Pemuda AMANAH Perak harap polis tegas isu kuil di Ipoh

Posted: 25 Apr 2016 05:22 AM PDT

MALAYSIAKINI




Kejadian seorang individu merosakkan kuil tidak patut berlaku dan orang ramai diminta berhenti menyebarkan gambar berkaitan di Internet.

Simpati dan kesal dengan insiden itu, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak menegaskan Islam menolak keras provokasi perkauman atau agama dengan niat menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat majmuk.

"Kami menegaskan bahawa insiden seumpama ini tidak seharusnya disebar luaskan kepada umum kerana dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

"Jika maklumat yang disebarkan itu tidak tepat dan benar (pula)dan sudah pasti ia akan menggangu emosi ahli keluarga suspek tersebut," kata timbalan ketuanya Mohd Fitri Asmuni.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini turut menggesa masyarakat India di Ipoh bertenang dan tidak mencetuskan perbalahan selepas rumah ibadat mereka dirosakkan semalam.

Khalid berkata,ini kerana suspek seorang pesakit mental yang kini telah dibawa ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan untuk rawatan.

Seorang lelaki semalam dilaporkan memecahkan patung-patung yang berada dalam rumah ibadat tersebut.
Dalam kenyataannya hari ini, Fitri menasihatkan semua pihak bertenang dan mengelak spekulasi negatif serta menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Sementara itu, beliau juga berkata, pasukan keselamatan juga perlu tegas dan konsisten mencegah sebarang bentuk extremisme atas nama perkauman dan agama.

Katanya, jika tidak dibendung, ia akan menjadi barah dalam masyarakat dan akan membantutkan impian rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan saling hormat-menghormati.

Calon tak hadir, bankrap: PKR mohon maaf

Posted: 25 Apr 2016 05:19 AM PDT

MALAYSIAKINI




PKR hari ini merakamkan kekesalan kerana kecuaiannya menyaksikan BN menang tanpa persaingan di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Pengarah Operai Bilik Gerakan Utama, PKR, Ismail Yusop dalam satu kenyataan media berkata calonnya di Bukit Sari, Alex Lihan tidak hadir ke pusat penamaan pagi ini tanpa sebarang alasan.

"Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Displin.

"Penamaan calon Pantai Damai (Morni Samsudin) terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon," katanya.

Dengan perkembangan itu, BN hari ini mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan oleh kedua-dua penyandang, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di Bukit Sari dan Dr Abdul Rahman Ismail di Bukit Kota.



Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di pejabat SPR Sarawak di Kuching.

Bagi Awang Tengah, yang adalah Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ini kali kedua beliau menang tanpa saingan selepas PRN 1996.

Pada pilihan raya negeri 1996, beliau menang tanpa bertanding di DUN Lawas, yang kemudian ditukar nama kepada Bukit Sari pada 2006 berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Awang Tengah, adalah Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak, merupakan Anggota DUN empat penggal di Lawas iaitu 1987, 1991, 1996 dan 2001 serta dua penggal di Bukit Sari pada 2006 dan 2011.

Pada pilihan raya negeri 2011, beliau menewaskan calon PKR Japar Suyut dengan majoriti 5,063 undi.
Bagi Dr Abdul Rahman pula, ini kali ketiga beliau menang di Bukit Kota sejak 2006.

Pada pilihan raya 2011, beliau menang dengan menewaskan calon DAP, Leong Kwang Yew dan dua calon Bebas iaitu Usop Jidin dan Ladis Pandin dengan majoriti 5,061 undi.


PKR, DAP boleh dipecat dari HARAPAN kerana rebut kerusi

Posted: 25 Apr 2016 05:14 AM PDT

Zikri Kamarulzaman

 



PKR atau DAP boleh dipecat dari Pakatan Harapan kerana melanggar perjanjian bersama pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan tahun ini dengan bertanding menentang satu sama lain di Sarawak.

Persetujuan umum yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti Harapan pada Januari lalu dengan jelas menyatakan walaupun parti bebas untuk memilih calon-calon mereka, pembahagian kerusi akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya.

Semua keputusan juga mesti diluluskan oleh Majlis Presiden.

"HARAPAN hanya akan letakkan seorang calon untuk mewakili pakatan itu dalam mana-mana pilihan raya," kata Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata pada majlis pemeteraian perjanjian itu di Shah Alam ketika itu.

Ini, katanya pada Januari lalu adalah untuk menamatkan pertandingan tiga penjuru.

Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.

Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat.




PKR hari ini mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak dengan bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.

DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang.

Senarai penuh calon pilihan raya Sarawak ke-11

Posted: 25 Apr 2016 05:11 AM PDT

BERNAMA




N01: OPAR: SARAWAK: 9,714
1. Francis Teron Kadap ak Noyet...... (PKR)
2. Niponi ak Undek .................(Bebas)
3. Patrick ak Uren .................(PBDSB)
4. Ranum ak Mina ......................(BN)
(2011: Ranum ak Mina: BN-SUPP: Maj:2,006)
N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 17,041
1. Dato Henry @ Harry ak Jinep...... (BN-SPDP)
2. Mordi ak Bimol....................... (DAP)
(2011: Peter Nansian ak Ngusie: BN-SPDP: Maj: 2,072)
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 9,899
1. Tan Sri Adenan Satem.....(BN-PBB)
2. Jazolkipli Numan............(PKR)
(2011: Tan Sri Adenan bin Satem : BN-PBB: Maj: 3,216)
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 18,409
1. Dr Abdul Rahman Junaidi......... (BN-PBB)
2. Zainal Abidin Yet .............. ...(PAS)
(2011: Dr Abdul Rahman Junaidi: BN-PBB: Maj: 5,071)
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 13,830
1. Dr Hazland Abang Hipni...........(BN-PBB)
2. Mohamad Fidzuan Zaidi .......... (Amanah)
(2011: Dr Hazland Abang Hipni: BN-PBB: Maj: 3,752)
N06: TUPONG: SARAWAK: 21,499
1. Fazzrudin Abdul Rahman ....... (BN-PBB)
2. Nurhanim Mokhsen..................(PKR)
(2011: Datuk Daud Abdul Rahman: BN-PBB: Maj: 4,551)
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 18,250
1. Nani Sahari ............................(Amanah)
2. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali....(BN-PBB)
3. Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.............(PAS)
(2011: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali: BN-PBB: Maj: 5,431)
N08: SATOK: SARAWAK: 13,550
1. Mohammad Salleh Shawkatali ..................(PKR)
2. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg ..(BN-PBB)
(2011: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg : BN-PBB: Maj: 2,800)
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 22,301
1. Pau Kiu Sung ........(BN-SUPP)
2. Teo Kuang Kim ......... (Star)
3. Wong King Wei ...........(DAP)
(2011: Wong King Wei: DAP: Maj: 7,884)
N010: PENDING: SARAWAK: 30,488
1. Milton Foo Tiang Wee ........ (BN-SUPP)
2. Violet yong Wui Wui ..............(DAP)
(2011: Violet Yong DAP: DAP: Maj: 7,595)
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 28,105
1. See Chee How............(PKR)
2. Sih Hua Tong .......(BN-SUPP)
3. Soo Lina.............. (Star)
(2011: See Chee How: PKR: Maj: 8,381)
N012: KOTA SENTOSA : SARAWAK: 25,761
1. Chong Chieng Jen ..........(DAP)
2. Yap Yau Sin............(BN-SUPP)
(2011: Chong Chieng Jen: DAP: Maj: 4,824)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N013: BATU KITANG : SARAWAK: 17,494
1. Voon Shiak Ni .........................(PKR)
2. Sulaiman Kadir ......................(Bebas)
3. Datuk Seri Othman Bojeng.............(Bebas)
4. Lo Khere Chiang ...................(BN-Supp)
5. Abdul Aziz Isa ........................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N014: BATU KAWAH: SARAWAK: 16,991
1. Liu Thian Leong ....................... (Bebas)
2. Datuk Dr Sim Kui Hian ................(BN-SUPP)
3. Christina Chew Wang See ..................(DAP)
(2011: Christina Chew Wang See (DAP) : Maj:543)
N015: ASAJAYA: SARAWAK: 10,967
1. Abang Junaidi bin Abang Gom..........(PKR)
2. Abd Karim Rahman Hamzah .........(BN-PBB)
(2011: Abd Karim Rahman Hamzah:BN-PBB: Maj:4,489)
N016: MUARA TUANG: SARAWAK: 16,186
1. Datuk Idris Buang...............(BN-PBB)
2. Zulkipli Ramzi.....................(PAS)
3. Abang Abdul Halil Abang Naili.. (Amanah)
(2011: Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud: BN-PBB: Maj:7,843)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N017: STAKAN: SARAWAK: 14,846
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud .........(BN-PBB)
2. Leslie Ting Xiang Zhi ....................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N018: SEREMBU: SARAWAK: 9,065
1. Athina Klaywa Sim ............. (PKR)
2. Buln ak Patrick Rios.......... (Star)
3. Miro ak Simuh ...................(BN)
4. Nyomek ak Nyeap.............. (Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N019: MAMBONG*: SARAWAK: 17,467
1. Datuk Dr Jerip ak Susil.... (BN)
2. Sanjan ak Daik.............(DAP)
3. Willie ak Mongin ..........(PKR)
(2011:Dr Jerip ak Susil : BN-SUPP : Maj: 3,646)
*Nama asal/original name - Bengoh
N020: TARAT: SARAWAK: 16,391
1. Musa ak Ngog.................. ... (PKR)
2. Roland Sagah Wee Inn........... (BN-PBB)
(2011: Roland Sagah Wee Inn: BN-PBB: Maj: 1,995)
N021: TEBEDU: SARAWAK: 11,521
1. Alex Saben ak Nipong @ Nyipong..................(PKR)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong ........ (BN-PBB)
(2011: Datuk Seri Michael Manyin Ak Jawong BN-PBB : Maj: 4,066 )
N022: KEDUP: SARAWAK: 10,370
1. Andrew Nyabe ..................(DAP)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben ..(BN-PBB)
3. Mark Murau ak Sumon .........(PBDSB)
(2011: Maclaine Ben @ Martin Ben: BN-PBB: Maj: 2,265)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N023: BUKIT SEMUJA : SARAWAK: 13,365
1. Cobbold ak Lusoi......................(PBDSB)
2. Edward ak Andrew Luwak @Edward Luwak... (DAP)
3. Fredrick Bayoi ak Maggie............ (Bebas)
4. John ak Ilus........................... (BN)
5. Johnny ak Aput ........................(Star)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N024: SADONG JAYA: SARAWAK: 6,749
1. Aidel bin Lariwoo ................(BN-PBB)
2. Asan bin Singkro ....................(PAS)
3. Awang Rabiee bin Awang Hosen...... (Bebas)
4. Othman Bin Mustapha @Mos........ (Amanah)
(2011: Aidel Lariwoo: BN-PBB: Maj: 2,934)
N025: SIMUNJAN: SARAWAK: 7,774
1. Awla bin Dris............. (BN-PBB)
2. Hipni bin Kanaini........... (Bebas)
3. Jamilah binti Baharuddin...... (PKR)
(2011: Mohd Naroden Majais: BN-PBB: Maj: 4,048)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N026: GEDONG: SARAWAK: 7,087
1. Mohd.Naroden bin Majais.......... (BN-PBB)
2. Rapelson Richard Hamit ...........(Amanah)
3. Uja ak Bansi...................... (Bebas)
KERUSI BAHARU/NEW SEAT
N027: SEBUYAU: SARAWAK: 9,041
1. Andrew Anak Jain.................(Amanah)
2. Datuk Julaihi Narawi.............(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Bin Wan Ahmad .........(Pas)
(2011: Julaihi Narawi: BN-PBB: Maj: 2,276)
N028: LINGGA: SARAWAK: 8,988
1. Abang Zulkifli Bin Abang Engkeh................(PKR)
2. Simoi Binti Peri............................(BN-PBB)
3. Wan Abdillah Edruce Bin Wan Abdul Rahman ... (Bebas)
(2011: Simoi Peri: BN-PBB: Maj: 2,506)
N029: BETING MARO: SARAWAK: 10,474
1. Andri Zulkarnaen Bin Hamden..........(Amanah)
2. Hamidah Mokhtar........................ (Pas)
3. Razali Gapor ....................... (BN-PBB)
(2011: Razaili Gapor: BN-PBB: Maj: 391)
N030: BALAI RINGIN: SARAWAK: 9,945
1. Entusa ak Imam..............(Bebas)
2. Nicholoas Mujah ak Ason ......(PKR)
3. Pok ak Ungkut...............(PBDSB)
4. Snowdan Lawan .............(BN-PRS)
(2011: Snowdan Lawan: BN-PRS: Maj: 2,885)
N031: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 9,389
1. Jubri ak Atak ................(PKR)
2. Datuk Mong ak Dagang ..... (BN-PRS)
(2011: Mong ak Dagang: BN-PRS: Maj: 2,773)
N032: SIMANGGANG: SARAWAK: 11,472
1. Datuk Francis Harden ak Hollis......(BN-SUPP)
2. Leon Jimat Donald ..................... (DAP)
3. Ngu Piew Seng........................ (Bebas)
4. Norina Umoi ak Utot ....................(PKR)
(2011: Datuk Francis Harden ak Hollis: BN-SUPP: Maj: 2,447)
N033: ENGKILILI : SARAWAK: 10,682
1. Adan ak Sandom ...............(Bebas)
2. Dr Johnical Rayong ak Ngipa .....(BN)
3. Nicholas Bawin ak Anggat .......(PKR)
4. Ridi ak Bauk..................(Bebas)
(2011:Dr Johnical Rayong ak Ngipa:BN-SUPP: Maj: 3,807)
N034: BATANG AI: SARAWAK: 9,492
1. Kolien ak Liong ..............(PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh.....(BN-PRS)
(2011: Malcom Mussen ak Lamoh: BN-PRS: Maj: 2,741)
*Nama asal/original name - Batang Air
N035: SARIBAS: SARAWAK: 9,879
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam......(BN-PBB)
2. Yakup Daud .........................(PKR)
(2011: Ricky @ Mohammad Razi Sitam: BN-PBB: Maj:1,728)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N036: LAYAR: SARAWAK: 9,094
1. Gerald Rentap Jabu ...... (BN-PBB)
2. Vernon Albert Kedit .........(PKR)
(2011: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang: BN-PBB: Maj:1,916)
N037: BUKIT SABAN: SARAWAK: 8,897
1. Datuk Amar Douglas Uggah Embas ........(BN-PBB)
2. Noel Changgai Bucking ....................(PKR)
(2011: Robert Lawson Chuat: BN-PBB: Maj: 2,774)
N038: KALAKA: SARAWAK: 7,327
1. Datuk Abdul Wahab Aziz........(BN-PBB)
2. Jemat Panjang ...................(PKR)
(2011: Abdul Wahab Aziz: BN-PBB: Maj:5,170)
N039: KRIAN: SARAWAK: 11,959
1. Ali ak Biju............. (PKR)
2. Kilat ak Beriak..... (BN-SPDP)
(2011: Ali ak Biju: PKR: Maj:2,090)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N040: KABONG: SARAWAK: 9,287
1. Jini Bin Sahini ...........(Amanah)
2. Mohd Chee Bin Kadir .......(BN-PBB)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N041: KUALA RAJANG*: SARAWAK: 10,259
1. Asbor bin Abdullah .............(Bebas)
2. Sopian bin Julaihi.............(Amanah)
3. Datuk Talif @ Len bin Salleh...(BN-Pbb)
(2011: Datuk Talif@Len Salleh: BN-PBB: Maj: 4,546)
*Nama asal/original name - Belawai
N042: SEMOP: SARAWAK: 9,617
1. Abdullah Saidol ...............(BN-PBB)
2. Mohamad Fadillah Sabali........(Amanah)
(2011: Abdullah Saidol:BN-PBB: Maj: 4,250)
N043: DARO: SARAWAK: 8,491
1. Ibrahim Bayau ..........(Amanah)
2. Safiee Ahmad .......... (BN-PBB)
(2011: Murni Suhaili (BN-PBB): Maj: 3,197)
N044: JEMORENG: SARAWAK: 9,699
1. Abdullah Saminan ..............(Bebas)
2. Datuk Dr Juanda Jaya......... (BN-PBB)
3. Kiprawi Suhaili ..............(Amanah)
(2011: Gani @ Abu Seman (BN-PBB): Maj: 2,926)
N045: REPOK: SARAWAK: 20,263
1. Dato Dr Huang Tiong Sii.........(BN-SUPP)
2. Wong Chin King....................(Bebas)
3. Yong Siew Wei.......................(DAP)
(2011: Dr Wong Hua Seh (DAP): Maj: 2,679)
N046: MERADONG: SARAWAK: 16,882
1. Ding Kuong Hiing............(BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui ...................(DAP)
(2011: Ting Tze Fui(DAP): Maj: 2,687)
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
PENCALONAN/NOMINATION - SARAWAK
N047: PAKAN: SARAWAK: 10,322
1. Jawie ak Jingot @ Jenggot ........(Bebas)
2. Rinda Juliza ak Alexander ..........(DAP)
3. Tan Sri William Mawan................(BN)
(2011: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP): Maj: 1,197)
N050: MACHAN: SARAWAK: 10,947
1. Allan Siden Gramong.........(BN-PBB)
2. Chen Nguk Fa ..................(PKR)
3. Semawi ak Paong..............(Bebas)
(2011: Datuk Gramong Juna (BN-PBB): Maj: 1,629)
N051: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 28,341
1. Chieng Buong Toon........(BN-SUPP)
2. Irene Mary Chang Oi Ling.....(DAP)
3. Moh Hiong King .............(Star)
(2011: Wong Ho Leng (DAP): Maj: 8,827)
N052: DUDONG: SARAWAK: 29,028
1. Casper Kayong Anak Umping....(Bebas)
2. Lee Chung Fatt............. (Bebas)
3. Ting Yiik Hong............... (Star)
4. Tiong Thai King ............... (BN)
5. Yap Hoi Liong .................(DAP)
(2011: Yap Hoi Liong (DAP): Maj: 317)
N053: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 18,340
1. Datuk Seri Wong Soon Koh ......................(BN)
2. Wong Sing Wei.................................(STAR)
3. Watson Bangau ak Jonathan Renang.............(Bebas)
4. Chiew Sung Ngie .............................. (DAP)
5. Yeu Bang Keng ...............................(Bebas)
N054: PELAWAN: SARAWAK: 32,233
1. Lau Ung Hie ............(BN)
2. Priscilla Lau ....... (Star)
3. Wong Kee Woan..........(DAP)
(2011: David Wong Kee Woan (DAP): Maj: 6,391)
N055: NANGKA: SARAWAK: 18,605
1. Dr Annuar Bin Haji Rapa'ee.....(BN-PBB)
2. Tiong Ing Tung...................(Star)
3. Abdul Rafidin Bin Majidi..........(PKR)
(2011: Dr Annuar Rapaee (BN-PBB): Maj: 5,302)
N056: DALAT: SARAWAK: 11,440
1. Datuk Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming ..... (BN-PBB)
2. Sim Eng Hua ....................................(PKR)
(2011: Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB): Maj: 4,990)
N057: TELLIAN: SARAWAK: 8,914
1. Asini @ Hasni bin Yahya ...........(PKR)
2. Yussibnosh Balo ................(BN-PBB)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N058: BALINGIAN: SARAWAK: 7,967
1. Abdul Yakub Bin Arbi.........(BN-PBB)
2. Nurzaiti Binti Hamdan........(Amanah)
(2014 Pilihan raya kecil/By-election: Yussibnosh Balo (BN-PBB): Maj: 6,991)
N059: TAMIN: SARAWAK: 14,948
1. Ali ak Puji..............................(Bebas)
2. Christopher Gira @ Gira ak Sambang......(BN-PRS)
3. Simon ak Joseph ...........................(PKR)
(2011: Joseph Mauh Ak Ikeh (BN-PRS): Maj: 1,292)
N060: KAKUS: SARAWAK: 12,953
1. Clement Bayang ......................(PAS)
2. Datuk John Sikie ak Tayai ........(BN-PRS)
3. Joshua ak Jabing @ Joshua Jabeng.....(PKR)
(2011: John Sikie Ak Tayai (BN-PRS): Maj: 602)
N061: PELAGUS: SARAWAK: 7,186
1. Frankie Bedindang Manjah........(DAP)
2. Wilson Nyabong ak Igang......(BN-PRS)
3. Yong ak Sibat.................(Bebas)
(2011: George Ak Lagong (BEBAS) : Maj: 2,837)
N062: KATIBAS: SARAWAK: 9,666
1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan.......(BN-PBB)
2. Paren ak Nyawi ..........................(DAP)
(2011: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB): Maj: 2,256)
N063: BUKIT GORAM: SARAWAK: 11,510
1. Jefferson Jamit Unyat.....................(BN-PBB)
2. Larry Asap...................................(DAP)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N064: BALEH: SARAWAK: 9,624
1. Tan Sri Dr James Jemut Masing ....(BN-PRS)
2. Agop Linsong.........................(DAP)
(2011: Datuk Seri Dr James Jemut Masing (BN-PRS) : Maj: 3,898)
N065: BELAGA: SARAWAK: 7,096
1. Alexander Lehan..............(PKR)
2. Liwan Lagang............. (BN-PRS)
(2011: Liwan Lagang (BN-PRS): Maj: 2,928)
N066: MURUM: SARAWAK: 8,242
1. Abun Sui Anyit .............(PKR)
2. Chukpai Ugon ............(BN-PRS)
3. Mathew Silek ...............(DAP)
4. Stanley Ajang Batok ..... (Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N067: JEPAK: SARAWAK: 13,789
1. Abdul Jalil Bujang.................(PKR)
2. Kiprawi Aman ......................(PAS)
3. Mohammed Anuar Abdul Hamid ...... (Star)
4. Datuk Talib Zulpilip............(BN-PBB)
5. Wong Hau Ming ...................(Bebas)
(2011: Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB): Maj: 3,128)
N068: TANJONG BATU*: SARAWAK: 19,674
1. Chien Chiu Sing .....................(DAP)
2. Chieng Lea Ping ....................(Star)
3. Pau Chiong Ung .................(BN-SUPP)
(2011: Chiew Chiu Sing (DAP): Maj: 6,930)
*Nama asal/original asal - Kidurong
N069: KEMENA: SARAWAK: 12,991
1. Leighton ak Manjah ....................(DAP)
2. Datuk Dr Stephen Rundi ak Utom .....(BN-PBB)
(2011: Dr Stephen Rundi Ak Utom (BN-PBB): Maj: 3,349)
N070: SAMALAJU: SARAWAK: 13,251
1. Baba ak Emperan...............(DAP)
2. Majang ak Renggi ..........(BN-PRS)
3. Zharudin Narudin..............(PAS)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N071: BEKENU: SARAWAK: 12,250
1. Austin Sigi ak Melu ......... (Bebas)
2. Bill ak Kayong .................(PKR)
3. Jou @ Peter ak Jelin .........(Bebas)
4. Rosey Binti Yunus................(BN)
(2011: Rosey Yunus (BN-SPDP): Maj: 3,714)
N072: LAMBIR: SARAWAK: 17,533
1. Mohammad Arifiriazul Paijo .....(PAS)
2. Mohdak Ismail ..................(PKR)
2. Ripin Lamat .................(BN-PBB)
(2011: Ripin Lamat (BN-PBB): Maj: 1,521)
N073: PIASAU: SARAWAK: 21,120
1. Alan Ling Sie Keong ..............(DAP)
2. Sebastian Ting Chiew Yew .... (BN-SUPP)
(2011: Ling Sie Kiong (DAP): Maj: 1,590)
N074: PUJUT: SARAWAK: 26,202
1. Fong Pau Teck...........(Bebas)
2. Datuk Hii King Chiong......(BN)
3. Jofri Jarainee............(PAS)
4. Ting Tiong Choon..........(DAP)
(2011: Fong Pau Teck (DAP): Maj: 3,849)
N075: SENADIN: SARAWAK: 27,874
1. Dr Bob Baru Langub...............(DAP)
2. Datuk Lee Kim Shin...........(BN-SUPP)
1. Philemon ak John Edan..........(PBDSB)
(2011: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP): Maj: 58)
N076: MARUDI: SARAWAK: 14,858
1. Elia Bit.................................(PKR)
2. Louis Jalong ..........................(Bebas)
3. Datuk Dr Penguang ak Manggil ....... (BN-SPDP)
(2011: Sylvester Entrie Ak Muran (BN-SPDP): Maj: 3,202)
N077: TELANG USAN: SARAWAK: 10,000
1. Dennis Ngau............ (BN-PBB)
2. Roland Engan...............(PKR)
(2011: Dennis Ngau (BN-PBB): Maj: 845)
N078: MULU: SARAWAK: 8,600
1. Datuk Gerawat Gala ..........(BN)
2. Paul Anyie Raja ........... (DAP)
3. Pauls Baya..................(PKR)
4. Roland Dom Mattu.......... Bebas)
(KERUSI BAHARU/NEW SEAT)
N079: BUKIT KOTA: SARAWAK: 16,437
1. Dr Abdul Rahman Ismail ...........(BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING
(2011: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB): Maj: 5,061)
N080: BATU DANAU: SARAWAK: 8,657
1. Ali ak Adap.....................(Bebas)
2. Palu @ Paulus ak Gumbang...........(BN)
(2011: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP): Maj: 1,262)
N081: BA'KELALAN: SARAWAK: 7,375
1. Baru Bian.............(PKR)
2. Willie Liau.......(BN-SPDP)
(2011: Baru Bian (PKR): Maj: 473)
N082: BUKIT SARI: SARAWAK: 12,418
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
*MENANG TANPA BERTANDING/WON UNOPPOSED
(2011: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB): Maj: 5,063)


Hakim baru akan dengar kes saman RM2.6b Dr M ke atas Najib

Posted: 25 Apr 2016 05:07 AM PDT

Hafiz Yatim
 
  


Saman RM2.64 bilion yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan didengar di hadapan seorang hakim baru.

Ini adalah kerana hakim yang dijadualkan untuk perkara itu, Hakim Datuk Rosnaini Saub akan dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, berkuat kuasa 2 Mei.

Menurut peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla, arahan pemindahan untuk Hakim Rosnaini dikeluarkan sebelum beliau ditugaskan untuk mendengar kes itu dan sebelum ia difailkan.

Berikutan itu, Haniff berkata, Rosnaini tidak membuat sebarang perintah hari ini, apabila perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes.

Walau bagaimanapun, peguam itu berkata, mahkamah menetapkan 26 Mei ini untuk mendengar permohonan Najib untuk menangguhkan semua prosiding, termasuk permohonan perdana menteri untuk tidak memfailkan pembelaan dan injunksi mareva dipohon oleh Mahathir untuk membekukan aset Najib.

Berikutan ini, kedua-dua pihak, melalui peguam mereka, bersetuju bahawa kenyataan pembelaan Najib yang pada asalnya dijadualkan esok, ditangguhkan sementara menunggu keputusan perbicaraan 26 Mei.

"Jika mahkamah tidak bersetuju membenarkan penangguhan, Najib perlu memfailkan pembelaannya menjelang 2 Jun," kata Haniff.

Dr Mahathir, bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 23 Mac lalu memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

IPIC kata akan buat bayaran selepas 1MDB ingkar

Posted: 25 Apr 2016 05:04 AM PDT

MALAYSIAKINI




International Petroleum Investment Co (IPIC) milik Abu Dhabi berkata firma itu akan membuat bayaran faedah AS$50.3 juta kepada pemegang nota yang diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) dan dijamin oleh 1MDB, sekiranya syarikat pelaburan negara itu ingkar atau gagal berbuat demikian.

Keingkaran akan berlaku jika syarikat Malaysia yang dilanda masalah itu gagal membuat pembayaran pada atau sebelum Isnin, April 25, kata IPIC dalam satu makluman kepada Bursa Saham London hari ini.

IPIC juga berkata kegagalan 1MDB tidak akan bermakna 'cross-default' oleh IPIC berhubung hutangnya sendiri.- Reuters

Exco juga tak jelas isu 'Datuk Seri' MB Terengganu

Posted: 25 Apr 2016 05:02 AM PDT

Shakira Buang  




Ramai pihak ternanti-nanti apa sebenarnya berlaku susulan laporan mendakwa istana menarik balik darjah kebesaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Menteri Besar Ahmad Razif.

Bagaimanapun, seperti ramai orang, exco kerajaan sendiri juga masih tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku.

"Saya tak ambil tahu sangat apa yang berlaku itu sebab saya pun tak hubungi menteri besar bertanyakan perkara itu.

"(Ini) kerana ini melibatkan pihak istana, jadi agak sukar," kata Exco Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi Roslee Daud.

Roslee ketika dihubungi Malaysiakini juga berkata beliau tidak jelas apakah alasan penarikan darjah kebesaran itu.

Malaysia Dateline Sabtu lalu memetik sumber yang mendakwa Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat menarik balik gelaran kepada Razif hingga mencetuskan khabar angin mengenai pertukaran menteri besar.

Berita Harian pula memetik sumber sebagai berkata bahawa gelaran itu dibatalkan melalui perintah lisan.
Sesetengah penganalisis menjangkakan kedudukan BN Terengganu dalam bahaya kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadap sultan Terengganu dalam masa terdekat.

BN mempunyai 17 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang PKR.

Exco-exco lain setakat ini masih belum bersuara kepada media dalam isu itu.


PRN Sarawak: PKR kemuka calon muflis, gagal hadir

Posted: 25 Apr 2016 04:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR memohon maaf dan melahirkan rasa kesalnya ekoran memberi kemenangan mudah kepada calon Barisan Nasional (BN), di DUN (N82) Bukit Sari dan kegagalan menyemak latarbelakang calon (N04) Pantai Damai.
 
Pengarah Operasi Bilik Gerakan PKR negeri itu, Ismail Yusop mengesahkan calon parti itu untuk kerusi Pantai Damai ditolak sebab muflis dan calon Bukit Sari gagal hadir tanpa menyatakan sebarang alasan.
 
Ismail mengakui perkara ini adalah kecuaian jawatankuasa pilihan raya parti itu.
 
"PKR merakamkan kekesalan yang mendalam ke atas kerusi yang dimenangi pihak Barisan Nasional tanpa bertanding, iaitu N82 Bukit Sari.  
 
"Kami memohon maaf atas kecuaian Jawatankuasa Pilihanraya Sarawak ini kepada seluruh penyokong parti. Kami amat kecewa dengan perubahan keputusan pada saat-saat terakhir ini dan kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.
 
"Penamaan calon Pantai Damai terbatal disebabkan beliau muflis kerana menjadi penjamin pinjaman. Parti akan meneliti semula proses penyemakan calon," katanya dalam satu kenyataan.
 
Ini menjadikan DUN Pantai Damai yang sepatutnya menyaksikan sekurang-kurangnya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, namun mengecil kepada sekurang-kurangnya dua penjuru sahaja (tanpa mengambil kira calon-calon Bebas).
 
DUN Pantai Damai ialah kerusi yang disandang calon BN, Dr. Abdul Rahman Junaidi yang memenangi kerusi tersebut pada 2011 dengan mengalahkan calon PKR, Wan Zainal Abidin Wan Senusi dengan majoriti 5,071 undi.
 
Calon BN Bukit Sari, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan diisytiharkan menang tanpa bertanding kawasan tersebut pagi tadi.
 
 

PAS akan mula perhati sikap PKR - Dr Zuhdi

Posted: 25 Apr 2016 04:54 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan mula memerhati pendirian dan keikhlasan PKR dalam meneruskan tahaluf siyasi selepas parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertindak meletakkan calon di lima kerusi DUN Sarawak, yang diperuntukkan kepada parti Islam itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10.
 
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata PAS awal-awal lagi mengumumkan mahu bertanding di 11 kerusi pada PRN kali ini dan meminta agar tiada mana-mana parti pembangkang meletakkan calon di kerusi tersebut.    
            
Bagaimanapun, PKR tetap meletakkan calonnya sekaligus menyaksikan tiada pertandingan satu lawan satu di empat kerusi DUN yang mahu ditandingi PAS.
 
Empat kerusi itu adalah DUN Pantai Damai, Kakus, Jepak dan Lambir.
 
Namun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan calon PKR DUN Pantai Damai disebabkan muflis.
 
"Setakat ni kita masih berpegang kepada keputusan yang dibuat Majlis Syura bahawa tahaluf siyasi dengan PKR masih ada. 
 
"Kita tak pernah membatalkan perkara ini, cuma apa yang berlaku di Sarawak ni akan tetap menjadi perhatian PAS tentang sikap dan pendirian PKR terhadap PAS," katanya kepada Antarapos.
 
Tindakan PKR meletakkan calon di empat kerusi yang mahu ditandingi PAS bertentangan dengan jaminan yang diberikan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bahawa tiada pertindihan kerusi membabitkan dua parti itu.
 
Zuhdi berkata PKR sepatutnya tidak meletakkan calon di kawasan DUN yang ditandingi PAS kerana senarai tersebut adalah kerusi tradisi parti Islam itu pada PRN lepas. 
 
"Bila kita dah umum senarai kerusi itu, PKR sepatutnya memberi laluan kepada PAS kerana sebahagian daripada 5 kerusi tu memang kita dah pernah bertanding sejak dulu lagi. Jadi apa yang berlaku ni menunjukkan bahawa PKR memang tak mahu berbincang dengan PAS," katanya lagi.  
 
Malah katanya, PAS sudah dapat menghidu pertindihan tersebut akan berlaku ekoran PKR tidak mahu mengadakan perbincangan dengan mereka.
 
"Dalam konteks Sarawak ni, PKR memang tak mahu bincang dengan PAS. Awal-awal mereka dah beritahu tiada perbincangan kerusi dengan PAS kerana ia melibatkan PH iaitu PKR, DAP, PAN. Jadi PAS tak terlibat dalam perbincangan pembahagian kerusi Sarawak ni," jelas beliau.   
 
Pertembungan itu bukan sahaja melibatkan PKR, tetapi PAS juga berdepan dengan Parti Amanah Negara (PAN) di lima kerusi antaranya Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
 
Manakala DAP di dua kerusi iaitu di Samalaju dan Pujut.
 

Dua pelajar lelaki cedera dipatuk ular

Posted: 25 Apr 2016 04:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SEREMBAN: Dua pelajar lelaki cedera akibat dipatuk ular dalam dua kejadian berasingan di negeri ini.
 
Dalam kejadian di Sekolah Datuk Abdul Razak di sini kelmarin, seorang pelajar dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTAJ) akibat dipatuk ular selepas menunaikan solat Isyak di surau sekolah itu.
 
Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika mangsa sedang berjalan kaki ke asrama.
 
Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga cedera ringan di bahagian tumit dan dibenarkan keluar dari hospital pada pukul 1 petang tadi.
 
Dalam kejadian kedua pula, seorang pelajar cedera selepas dikatakan cuba menangkap ular ketika membersihkan reban ayam berhampiran Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau semalam.
 
Pelajar tingkatan empat itu dipatuk di bahagian lengan kiri selepas memegang bahagian ekor ular  yang ditemukan di kawasan semak.
 
Mangsa dirawat di HTAJ dan disahkan dalam keadaan stabil.
 
Baru-baru ini seorang murid perempuan Tahun Dua cedera dipatuk reptilia itu ketika berada di padang Sekolah Kebangsaan Chembong, Rembau.
 
 

Ahli PAS tak terpedaya dengan Deklarasi Rakyat - PAS Kelantan

Posted: 25 Apr 2016 04:50 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan menyelamatkan Malaysia tetapi mahu selamatkan Umno, demikian pendapat Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
 
Katanya, gerakan itu adalah usaha beberapa ahli Umno untuk menyelamatkan parti berkenaan apabila melihat ia sedang menuju kehancuran di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
Oleh itu, tambahnya, PAS Kelantan yakin ahlinya dan rakyat negeri itu tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk meraih sokongan bagi menyelamatkan Malaysia menerusi Deklarasi Rakyat. 
 
Menurutnya, rakyat dan penyokong  PAS di Kelantan Sangat cerdik serta matang dalam menilai percaturan politik semasa.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai 'seruan' ADUN Salor Datuk Husam Musa dalam Program Santai Bersama Pemimpin yang dihadiri mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Tanah Merah baru-baru ini. 
 
"Ahli-ahli PAS peringkat akar umbi di negeri Kelantan sudah cukup faham bahawa Deklarasi Rakyat adalah usaha beberapa pemimpin Umno Untuk menyelamatkan parti itu apabila melihat parti itu sedang menuju kehancuran di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak. 
 
"Mereka telah dengar sendiri kenyataan pimpinan penggerak Deklarasi Rakyat ini terutama Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengepalai gerakan tersebut, bahawa Deklarasi Rakyat adalah bertujuan Untuk menyelamatkan Umno atas dasar sayangnya mereka kepada Umno. 
 
"Sesiapa saja rasa nak menyelamatkan Umno, pergilah," katanya yang dipetik sebuah blog ketika mengulas kenyataan Husam itu. 
 
Dilaporkan Husam dalam ucapannya baru-baru ini mahu semua rakyat dilibatkan dalam usaha gerakan yang dikepalai Mahathir dan pembangkang itu untuk Selamatkan Malaysia sehingga ia menjadi kenyataan.
 
Kata Che Abdullah, semua ahli PAS sedar gerakan menerusi Deklarasi Rakyat untuk menukar perdana menteri dengan mengekalkan Umno-BN sebagai pemerintah tidak sesekali akan menyelamatkan Malaysia. 
 
Beliau juga menyifatkan gerakan yang mensasarkan satu juta tanda tangan rakyat untuk Deklarasi Rakyat sebagai tindakan Husam menongkat Umno.
 
"Dia kata PAS bagi tongkat kepada Umno, kini kerja dia tongkat Umno, bersama dengan Tun Mahathir Mohamad untuk selamatkan Umno.
 
"Mana-mana pihak yang berusaha untuk menyelamatkan Umno dan seterusnya berusaha menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan akan ditentang habis-habisan oleh semua ahli dan pendokong PAS. Tak kira siapa sahaja kita akan tentang," katanya.
 
PAS, katanya akan meneruskan kerja-kerja penerangan bagi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan supaya tidak jatuh kepada Umno.
 
"Kita juga mahu rakyat boleh lihat bahawa PAS ini adalah merupakan satu-satu jemaah di Malaysia yang boleh ganti Umno menerusi pilihan raya yang akan datang," katanya.
 
 

Semua Darjah Kebesaran Negeri MB Terengganu dilucut berkuat kuasa 22 April

Posted: 25 Apr 2016 04:49 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat, 22 April.
 
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
 
Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.
 
"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu."
 
Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.
 
Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014. - BERNAMA
 
 

Kanun buka talian 'hotline' bantu 13 calon Amanah

Posted: 25 Apr 2016 04:31 AM PDT

 HAZAYANI ZAKARIA


Peguam Amanah bertugas 24 jamPeguam Amanah bertugas 24 jamBiro undang-undang (Kanun) Amanah hari ini secara rasmi memulakan pemantauan bagi proses pilihan raya negeri (PRN) Sarawak bermula daripada proses penamaan calon pagi tadi.

Timbalan pengerusi Kanun, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, bagi meningkatkan pemantauan pematuhan undang-undang sepanjang proses pilihan raya, Kanun melalui bilik gerakannya telah membekalkan talian 'hotline' kepada jentera-jentera calon sebagai rujukan mengenai sebarang isu berkaitan kesalahan pilihan raya.

"Kanun juga telah menghantar peguam-peguam petugas secara berperingkat ke semua Dun yang ditandingi Amanah bagi memperkemaskan proses pemantauan tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu beliau berkata, Kanun berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon yang dijalankan pagi tadi.

Beliau berkata, kesemua calon Amanah yang bertanding di 13 kerusi tidak mempunyai sebarang masalah dari segi kelayakan untuk dicalonkan bertanding di kerusi Dun masing-masing.

"Kesemua 13 calon Amanah adalah mereka yang bebas daripada status bankrap, tuduhan atau rekod jenayah dan lain-lain yang boleh melucutkan kelayakan mereka untuk bertanding.

"Walaubagaimanapun, Kanun akan terus memantau ketelusan perjalanan PRN Sarawak bagi memastikan ia berjalan dengan bersih dan adil," katanya yang juga naib ketua Pemuda Amanah Nasional.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar terus meningkatkan tahap pemantauan perjalanan pilihan raya memandangkan ia sudah memasuki fasa kedua iaitu tempoh berkempen yang dijangkakan akan menjadi sedikit tegang.

"Pihak keselamatan juga diingatkan untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelakkan sebarang provokasi dan intimidasi yang tidak wajar sepanjang tempoh berkempen terhadap parti-parti yang bertanding," katanya.

Selepas kesemua pusat penamaan calon untuk PRN Sarawak Ke-11 ditutup lewat tengah hari tadi, kesemua 13 calon yang ditampilkan Amanah diterima pencalonan oleh SPR.

Calon-calon tersebut ialah Mohammad Fidzuan Zaidi (N05 Demak Laut), Nani Sahari (N07 Samariang), Abang Abdul Halil Naili (N16 Muara Tuang), Othman Mustapha (N24 Sadong Jaya), Andrew Jain (N27 Sebuyau), Rapelson Richard Hamit (N26 Gedong), Andri Zulkarnaen Hamden (N29 Beting Maro), Jini Sahini (N40 Kabong), Sufian Julaihi (N41 Kuala Rejang), Fadillah Sabali (N42 Semop), Ibrahim Bayau (N43 Daro), Kiprawi Sabali (N44 Jemoreng) dan Nurzaiti Hamdan (N58 Balingian)


"Saya Tidak Kejar Pangkat" - Kata Pekerja Kepada Pemilik Rayani Air

Posted: 25 Apr 2016 04:21 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
Pengurus Stesyen Rayani Air KLIA2 Zulkalnain Azdan (tengah) menunjukkan laporan polis pada sidang media kakitangan Rayani Air berkenaan tunggakan gaji dan isu caruman KWSP di Bandar Baru Salak Tinggi pada Jumaat lalu.
 
 
PETALING JAYA: "Saya tidak mengejar pangkat. Saya lebih selesa dengan jawatan sekarang," kata Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan, 46.

Beliau berkata demikian berhubung tawaran untuk mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rayani Air yang kini disandang oleh pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran.

Zulkalnain yang merupakan bekas tentera dan berpengalaman dalam industri penerbangan selama 15 tahun berkata, beliau bekerja berdasarkan pengalaman dan berkongsi pengalaman itu untuk membangunkan syarikat.

"Yang duduk di atas iaitu CEO, biarlah pemilik syarikat kerana dia yang perlu tahu dan bertanggungjawab terhadap sumber kewangan serta pengurusannya.

"Tetapi saya mahu kami semua termasuk Ravi bersama-sama bekerja untuk memajukan Rayani Air dan Ravi perlu melihat kebolehan saya bersama kakitangan lain yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri penerbangan, katanya kepada mStar Online.

Pada Isnin, mStar Online melaporkan Ravi tampil menawarkan jawatan CEO yang disandangnya kepada Zulkalnain bagi mengambil alih pengurusan operasi penerbangan patuh syariah itu.

Malah, Ravi turut sedia melepaskan 100 peratus pegangan saham kepada pelabur baharu yang sedang berunding dengan pihak Zulkalnain.

Walaupun keputusan Ravi melepaskan 100 peratus pegangan saham disambut baik, tetapi Zulkalnain berpendapat adalah lebih baik sekiranya pemilik syarikat itu menjadi pemegang minoriti saham.

Jelas Zulkalnain, keputusan Ravi untuk meninggalkan Rayani Air bukan tindakan bijak dan tidak membantu untuk membersihkan namanya sebagai peneraju syarikat penerbangan itu yang ketika ini dihimpit masalah dan kontroversi.

"Kalau Ravi jual 100 peratus saham kepada orang lain tanpa dia berada dalam syarikat, ia lebih memalukan. Jika dia tinggalkan syarikat, ia merupakan kegagalan dia sebagai ahli perniagaan.

"Jadi, biarlah Ravi melepaskan majoriti saham, tetapi masih berada dalam syarikat bagi melihat kemajuan syarikat dan bekerjasama dengan para pekerja serta memperbaiki kesilapan lalu," katanya.

Ravi bagaimanapun meletakkan 'tiga syarat' untuk membolehkan beliau melepaskan jawatan CEO dan 100 peratus pegangan saham.

Tiga syarat tersebut ialah pelabur yang diuruskan Zulkalnain perlu memenuhi sejumlah dana yang dipersetujui, menguruskan segala liabiliti termasuk melunaskan tunggakan gaji pekerja, dan mengambil semua kakitangan pada masa ini sebagai pekerja bagi meneruskan operasi syarikat penerbangan itu.

Zulkalnain yang diminta mengulas mengenai tiga syarat itu berkata, beliau bersetuju dengan kesemuanya bagi memastikan Rayani Air beroperasi semula.

"Apapun, saya berharap nilai pegangan saham yang hendak dijual Ravi adalah berpatutan demi menyelamatkan Rayani Air," katanya yang mengakui sedang berunding dengan beberapa pelabur.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak Disember lalu merupakan syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Pemilik Rayani Air Tawar Jawatan CEO Kepada Pekerja

Posted: 25 Apr 2016 04:19 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 
(gambar kiri) Ravi Alagendrran dan (gambar kanan) Zulkalnain Azdan.
 
 
PETALING JAYA: Selepas pekerja Rayani Air mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ravi Alagendrran, pemilik syarikat itu tampil menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang disandangnya kepada salah seorang kakitangan bagi mengambil alih pengurusan operasi penerbangan patuh syariah itu.

Tawaran itu dibuat kepada Pengurus Stesen Rayani Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Zulkalnain Azdan yang mendakwa mewakili sejumlah kakitangan syarikat ketika membuat bantahan terhadap Ravi pada Jumaat lalu.

Malah Ravi turut sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu sebagaimana yang didesak Zulkalnain bagi membolehkan Rayani Air menyambung semula operasinya.

Jelas Ravi, keputusan tersebut dibuat selepas kakitangannya mengumumkan bahawa beliau tidak layak menguruskan syarikat penerbangan itu.

"Oleh itu, saya dengan rendah diri sedia melepaskan jawatan saya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air kepada Zulkalnain sekiranya dia bersama kakitangan dapat menguruskan syarikat ini.

"Saya juga sedia melepaskan 100 peratus pegangan saham. Bukan antara 70 hingga 80 peratus seperti yang mereka minta, atau 51 peratus mengikut rancangan asal saya tetapi 100 peratus kepada pelabur yang sedang berunding dengan pihak Zulkalnain.

"Biarlah pelabur baharu ambil alih, dan biarlah Zulkalnain jadi CEO bagi menerajui Rayani Air dengan cara yang lebih baik daripada saya," katanya kepada mStar Online.

Jumaat lalu, kakitangan dari bahagian operasi dan kejuruteraan Rayani Air itu memberitahu bahawa mereka sedang dalam perbincangan dengan beberapa pelabur untuk membeli majoriti saham dalam syarikat berkenaan daripada Ravi, dengan mengatakan bahawa mereka tidak mahu beliau menerajui syarikat itu lagi.

Ravi bagaimanapun berkata, Zulkalnain perlu memenuhi 'tiga syarat' untuk membolehkan beliau melepaskan jawatan CEO dan 100 peratus pegangan saham.

"Tiga syarat ini ialah pertama, pelabur yang diuruskan Zulkalnain perlu memenuhi sejumlah dana yang dipersetujui saya bagi menyelamatkan Rayani Air.

"Kedua, pelabur itu perlu menguruskan segala liabiliti termasuk melunaskan tunggakan gaji pekerja, dan ketiga, semua kakitangan Rayani Air pada masa ini perlu diambil sebagai pekerja bagi meneruskan operasi syarikat penerbangan ini," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa beliau tidak layak kerana tiada pengalaman dalam bidang penerbangan, Ravi berkata, beliau berpengalaman sebagai ahli perniagaan dan bidang itu memerlukan masa untuk berada pada landasan yang kukuh.

"Walaupun saya ada pengalaman dalam perniagaan, tetapi saya mula dari bawah untuk menubuhkan Rayani Air. Begitu juga dengan Zulkalnain, dia juga bermula dari bawah sebelum memegang jawatan sekarang.

"Kita sama-sama bermula dari 'zero', dan cuba sedaya-upaya untuk memastikan Rayani Air terus beroperasi meskipun berdepan dengan kesukaran ketika ini," katanya sambil merujuk mengenai usahanya ketika ini sedang berunding dengan beberapa pelabur untuk mendapat suntikan dana buat syarikat penerbangan itu.

Selain mengenai pengurusan dan pelabur, Zulkalnain yang mendakwa mewakili kakitangan Rayani Air turut memberi tempoh sehingga Selasa ini kepada Ravi untuk melunaskan tunggakan gaji kira-kira 400 kakitangan syarikat penerbangan itu untuk Mac berjumlah RM1.5 juta.

Rayani Air yang memulakan operasi sejak Disember lalu merupakan syarikat penerbangan yang pertama di Malaysia beroperasi berlandaskan patuh syariah.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan pergantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani Air selama tiga bulan.

Kerajaan Kaji Beri Vaksin Campak, Ruam Kepada Kanak-Kanak Warga Asing

Posted: 25 Apr 2016 04:03 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Gambar hiasan.
 

KOTA BARU: Kementerian Kesihatan akan mengkaji kemungkinan memberi suntikan vaksin demam campak dan ruam kepada kanak-kanak warga asing yang tinggal di negara ini bagi mengelak peningkatan penyakit itu dalam kalangan rakyat tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Datuk Dr S. Jeyaindran berkata kementerian itu kini giat memantau perkembangan penularan penyakit itu di negara ini selepas ia turut terkesan dengan gerakan anti vaksin oleh segelintir pihak yang menolak suntikan tersebut kerana khuatir ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir.

"Sehingga kini di Malaysia, banyak pendatang tanpa izin dan anak-anak mereka tidak dapat vaksinasi. Apa yang kita takut masalah ini akan jadikan penyakit ini berjangkit kepada warga tempatan.

"Jadi, kita nak kaji semula sama ada nak beri vaksin kepada golongan ini untuk kebaikan negara kita. 
Kalau mereka (warga asing) dibenarkan melahirkan anak-anak di sini dan tidak diberi vaksinasi, lama-lama ia akan menjadi satu punca (penularan wabak) kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Bersekutu Kelantan Ke-2 2016 yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Pengarah Bahagian Kesihatan Sains Bersekutu Kementerian Kesihatan Datuk Tan Yoke Hwa di sini, Isnin.

Persidangan tiga hari itu turut disertai 265 peserta termasuk 21 pembentang poster dan 17 pembentang oral dari negeri ini.

Sabtu lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata kes serta wabak campak dan ruam meningkat di negara ini kepada 1,402 kes pada 2015 berbanding 235 kes pada 2014 berikutan tentangan gerakan anti vaksin yang menolak pemberian vaksin kerana khuatir ia mengandungi DNA khinzir.

Dr Jeyaindran berkata pihaknya hanya mampu memberi kesedaran kepada ibu bapa berhubung suntikan vaksin demam campak dan ruam bagi mengelak kanak-kanak berdepan risiko mendapat penyakit lain ketika mereka membesar.

"Kita hanya boleh meningkatkan kesedaran kerana ada beberapa golongan ibu bapa yang berfikir vaksin membawa kesan yang tidak diingini terutamanya autisme dan sebagainya.

"Tapi (dakwaan) itu tiada bukti saintifik dan kalau tanya pakar kanak-kanak, mereka akan kata risiko kepada mereka yang tidak diberi vaksin jauh lebih tinggi," katanya.  - BERNAMA

PRN Sarawak: Adenan Boleh Penuhi Impian - Kit Siang

Posted: 25 Apr 2016 03:59 AM PDT

Oleh: YU JI
 
 
Adenan Satem.
 
 
KUCHING: DAP mengakui Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan memacu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata pakatan pembangkang mensasarkan untuk menafikan BN mendapat majoriti dua pertiga berbanding menukar kerajaan di negeri itu.

Katanya, Adenan boleh merealisasikan hasratnya untuk kekal mengemudi Sarawak untuk tempoh lima tahun lagi.

"Beliau masih boleh kekal sebagai Ketua Menteri. Tiada siapa menafikan perkara itu. Beliau mahu jadi Ketua Menteri untuk lima tahun lagi? Hasrat itu dipenuhi pada hari penamaan calon," katanya.

Lim berkata DAP tidak akan membincangkan mengenai isu pertindihan kerusi dengan PKR sehingga selepas 7 Mei.

Malah beliau amat kesal dengan kegagalan kedua-dua parti pembangkang itu gagal memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN.

"Sepanjang 50 tahun dalam politik, pilihan raya yang sedikit, saya amat sedih. Tapi apa cabarannya sekarang? Ia hari mengundi pada 7 Mei ini," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak,Chong Chieng Jen menyalahkan PKR di atas timbulnya isu pertindihan kerusi.

Beliau berkata isu dalaman PKR menjadikan rundingan lebih sukar dan tidak konsisten.

"Ia adalah kesan akibat isu dalaman (dalam PKR)," katanya.

Dah bayaq dah ka faedah hutang AS$50 juta?

Posted: 25 Apr 2016 03:53 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar


Bukan apa takut telondeh seluaq. Kalau telondeh seluaq Datuk Seri tak pa la. Ni dengan seluaq seluaq kami pun telondeh sama.
 
 
 
mahfuz-omar_najib_600


1. Assalammualaikum dan Selamat Petang Datuk Seri Najib. Dah genap 5 hari dah penanguhan bayar faedah hutang 1MDB sebanyak AS$50 juta (RM195.03) juta. Saya difahamkan Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari untuk bayar faedah hutang tersebut selepas 19 Apr 2016 yang sepatutnya tempoh sebenaq kena bayaq.

2. Hari ini hari yang patut kena bayaq AS$50 juta (RM195.03) juta selepas Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari. Macam mana Datuk Seri boleh bayaq ka?. Ada duit ka nak bayaq?. Ambik duit mana nak pi bayaq?. Pinjam duit ka nak bayaq faedah hutang?. Pinjam kat sapa pula?. Kalau pinjam sapa pulak penjamin?. Kalau kerajaan penjamin, laku lagi ka jaminan kerajaan. Saya bukan apa Datuk Seri, macam saya kata 5 hari sudah. Seghiyau kami kut bawah ni. Takut dengan kami kami kena sita Kalau Datuk Seri tak boleh bayaq hutang.

3. Cuba Datuk Seri ceghita teghuih teghang kat kami. Takat la ni beghapa bilion RM dah yang keghajaan 1MALAYSIA jamin hutang 1MDB. Beghapa yang keghajaan keluaq surat sokongan (letter of support) untuk hutang 1MDB. Dalam buku laporan penyiasatan PAC di muka surat 48-57 menunjukan hutang 1MDB yang kerajaan jamin berjumlah RM13.56 bilion (66.7%) yang kerajaan keluar surat sokongan (LOS) RM5.80 bilion (28.6%) dan yang dalam bentuk Bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan (standby credit) RM950 juta 4.7%. Tu dia banyak tu Datuk Seri. Naik takut kami sebab jaminan kerajaan tu jaminan negara dan rakyat. Bukan apa takut telondeh seluaq. Kalau telondeh seluaq Datuk Seri tak pa la. Ni dengan seluaq seluaq kami pun telondeh sama.

4. Cuba ceghita sat kat kami. Apa jadi dengan duit yang 1MDB duk beghutang selama ni. Meniaga apa Datuk Seri sampai beghutang bayaq hutang ni macam tajuk lagu SALLEH YAAKUB "GALI LUBANG TUTUP LUBANG PINJAM WANG BAYAR HUTANG". Tak untung ka meniaga. Aset jaminan hutang masih ada lagi ka. Tolong habaq mai sat kat kami pada semua soalan diatas. Pi bayaq dulu no hutang yang kena bayaq hari ni AS$50 bilion (RM195.03) juta.

*  Datuk Mahfuz Omar adalah Ahli Parlimen Pokok Sena

Adenan sifatkan PKR, DAP parti celaru

Posted: 25 Apr 2016 03:44 AM PDT

 
Pembangkang telah gagal capai persetujuan apabila meletak calon di kerusi yang sama.


adenan-satem,plr-dap


PETALING JAYA: Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai parti yang bercelaru ekoran bertembung sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, beliau percaya pembangkang telah gagal mencapai persetujuan apabila kedua-dua parti berkenaan bertanding di kerusi yang sama atau meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

"Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka," katanya lapor portal Pro Barisan Nasional, bnbbc.my.

Katanya, ketidakfahaman antara kedua-dua parti pembangkang itu telah menyebabkan berlakunya pertembungan itu.

Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong.

Kedua-dua parti itu mengemukakan pencalonan masing-masing di Murum.

Pelajar tingkatan tiga pula dipatuk ular

Posted: 25 Apr 2016 03:43 AM PDT

 
Mangsa dipercayai dipatuk ular ketika melalui kawasan gelap berhampiran bengkel sekolah berkenaan untuk pulang ke asrama.


Khairul-Rusidy-Kamaruddin-,ular


PETALING JAYA: Seorang lagi pelajar menjadi mangsa dipatuk ular ketika berjalan pulang ke asrama sekolah di Sungai Gadut di Negeri Sembilan selepas menunaikan solat Isyak, malam kelmarin.

Menurut laporan Harian Metro, pelajar tingkatan tiga itu, Khairul Rusidy Kamaruddin berasa sakit pada tumit kaki kanan sebelum kakinya membengkak dan mengadu kepada warden asrama.

Sumber menyatakan, mangsa dipercayai dipatuk ular ketika melalui kawasan gelap berhampiran bengkel sekolah berkenaan untuk pulang ke asrama.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) oleh warden terbabit sebelum memaklumkan kepada keluarganya. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa dipatuk ular berdasarkan kesan patuk pada atas tumit kaki kanan mangsa.

"Mangsa dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil. Dia kemudian dibenarkan keluar hari ini," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengesahkan kejadian dan memaklumkan pelajar terbabit sudah dibenarkan keluar wad dan akan kembali bersekolah Khamis ini.

Sebelum ini dua kes murid sekolah dipatuk ular dilaporkan, insiden pertama yang meragut nyawa murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Datuk Hashim 1, di Pengkalan Chepa dan insiden kedua murid perempuan tahun dua yang dipercayai dipatuk ular, ketika berlari di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong.

Bapa, anak ditahan kerana dadah bernilai RM6.3 juta

Posted: 25 Apr 2016 03:41 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Kedua-dua lelaki itu yang merupakan anak beranak ditahan di Pulau Pinang tengahari tadi.


Dadah


SEREMBAN: Dua beranak ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan sebuah rumah di Nilai, dekat sini yang dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.3juta pada Khamis lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, seorang lelaki berusia 52 tahun dan anak lelakinya berumur 33 tahun ditahan di Pulau Penang kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

"Kedua-duanya dipercayai mempunyai kaitan dengan dadah yang ditemui dan kita kesan suspek berdasarkan maklumat kereta dipandu mereka pernah melalui kawasan terbabit," katanya.

Jaafar berkata, stor itu ditemui di sebuah flat di Taman Semarak, Nilai dalam serbuan yang dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) daerah Nilai, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis lepas.

"Dalam serbuan itu, kita menemui pelbagai jenis dadah iaitu heroin seberat 27 gram, 3.85kg syabu; 20kg serbuk ketamin; 5,700 pil eramin, 20,700 pil ecstacy, 3.1kg cecair pekat ecstacy; 446 serbuk ecstacy gram dan 19.1kg serbuk kodain.

"Selain itu, kita turut merampas mesin membuat tablet dan ketuhar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jaafar berkata, ketika serbuan, stor itu dilihat telah lama ditinggalkan dan susulannya, pemantauan selama beberapa hari telah dijalankan sebelum mengesan dua beranak berkenaan.

"Suspek disyaki mempunyai kaitan dengan dadah yang ditemui dan kita kesan suspek berdasarkan maklumat bahawa kereta dipandu suspek pernah melalui kawasan terbabit," katanya.

Beliau berkata, stor itu telah digunakan sejak setahun lalu bagi menyimpan dadah yang dipercayai untuk bekalan bukan sahaja di negeri ini, malah, turut untuk edaran di Lembah Klang.

"Berdasarkan rampasan, kita percaya stor ini dijadikan tempat menyimpan sahaja dan kita tidak menemui sebarang alat atau bahan untuk memproses dadah," katanya sambil menjelaskan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-BERNAMA

Rahman Dahlan terdesak, lari daripada berdebat – Guan Eng

Posted: 24 Apr 2016 10:33 PM PDT

 
Abdul Rahman sengaja mahu Guan Eng mengambil tindakan saman fitnah agar beliau boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat.


Rahman-Dahlan-Lim-Guan-Eng-Penang


PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam keadaan terdesak untuk lari daripada cabaran debatnya.

Menurutnya, Abdul Rahman sengaja mahu Guan Eng mengambil tindakan saman fitnah agar beliau boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat.

"Abdul Rahman Dahlan nampaknya begitu terdesak dan mahu lari daripada cabaran debatnya sendiri, sehingga beliau mencabar saya membuat saman fitnah terhadapnya di mahkamah.

"Rahman tahu bahawa jika saya menyamannya, beliau dengan mudah boleh menggunakan alasan sub judice untuk mengelak daripada berdebat dengan saya," ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, beliau tidak akan terperangkap dengan helah yang pernah digunakan sebelum ini, seperti isu wang derma RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita tidak lupa, apabila skandal derma RM2.6 bilion Perdana Menteri diisytiharkan sub judice, hanya kerana semakan kehakiman yang difailkan di mahkamah oleh Majlis Peguam.

"Hasilnya, skandal derma RM2.6 bilion diisytihar sub judice oleh Speaker Parlimen dan tiada soalan boleh dibangkitkan di Parlimen.

"Jelas sekali peraturan yang sama turut terpakai dan seluruh drama serta sandiwara akan diulang tayang, di mana beliau akan mengambil nasihat supaya tidak meneruskan debat, kerana hal tersebut kini menjadi urusan mahkamah dan hanya boleh berdebat dengan saya, selepas saman fitnah itu selesai," jelasnya.

Sebelum ini, Abdul Rahman mencabar Guan Eng memfailkan saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah, selepas Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa beliau tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman Manggis.

Malah, Abdul Rahman turut menyatakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan seperti individu tidak bertamadun dan gagal memperlihatkan gaya seorang ketua menteri.

PRN Sarawak: Pertembungan 4 penjuru di Pujut

Posted: 24 Apr 2016 10:30 PM PDT

 
Tumpuan diberikan kepada calon PAS Jofri Jaraiee yang bakal mempertaruhkan nasibnya di kerusi bermajoriti pengundi Cina ini.


sarawak


MIRI: Kerusi DUN Pujut bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru selepas tamat tempoh penamaan calon pada jam 10 pagi tadi.

"SPR telah terima pencalonan daripada empat calon. Setelah semakan dibuat, tiada calon ditolak," kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya N74 Pujut, Chee Kie Chang tepat jam 12 tengah hari tadi.

Penyandang Fong Pau Teck yang bertanding di bawah tiket bebas akan berhadapan dengan calon PAS Jofri Jaraiee, calon langsung BN Datuk Hii King Chiong dan calon DAP Ting Tiong Choon.

Pau Teck dipecat daripada DAP pada 2013 atas sebab disiplin, apabila tidak membayar sumbangan bulanan sebagai ADUN kepada parti.

Tumpuan pastinya kepada Jofri yang juga Pesuruhjaya PAS Sarawak yang mempertaruhkan nasibnya di kerusi bermajoriti pengundi Cina ini.

Semua calon tiba di pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong serta rombongan penyokong masing-masing kira-kira jam 8.40 pagi.

Di sini BN menunjukkan kekuatannya apabila jumlah penyokongnya yang hadir mengiringi calon jauh lebih ramai berbanding PAS, DAP dan Bebas.

Jofri diiringi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Tiong Choon diiringi pemimpin DAP dan Exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Pada PRN 2011, Pau Teck menewaskan calon BN-SUPP Andy Chia dengan majoriti 3,849 undi.

ADUN Telemong nafi akan dilantik MB Terengganu

Posted: 24 Apr 2016 10:27 PM PDT

 
Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Mohd Jidin Shafee dikatakan dua calon yang bakal menggantikan Ahmad Razif.


Datuk-Rozi-Mamat,ahmad-razif


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat menafikan beliau antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mendapat apa-apa maklumat setakat ini dan sebarang berita yang disebarkan mengenai dirinya dalam isu pertukaran Menteri Besar adalah tidak benar.

"Tidak, tidak ada benda-benda ini, saya sendiri tidak dapat apa-apa maklumat lagi," katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.

Sebelum ini, khabar angin mengenai Rozi ataupun ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee akan dilantik menjadi Menteri Besar dan upacara angkat sumpah akan dilakukan pada minggu hadapan, tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

"Rozi Telemong 90% confirm angkat sumpah minggu depan sebagai MB baru. Tapi sekarang ada dua nama Dato Mad Jidin dan YB Rozi. Semua Ahli Dewan Diraja dan Yang Arif Mahkamah Tinggi telah bersedia dimaklumkan tentang hari Angkat Sumpah," demikian antara kandungan mesej yang disebarkan itu.

Rozi yang juga EXCO Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu mengakui tidak tahu mengenai status penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif.

"Saya tidak tahu, kita tidak tahu secara lanjut. Kita hanya bekerja seperti biasa sahaja," katanya lagi.

Isu penarikan gelaran dan kedudukan Ahmad Razif mula tersebar di media sosial apabila beliau yang menghadiri dua majlis di Kampung Sura Jetty, Dungun dan pelancaran Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Bandar Al Muktafi Billah Shah, tidak disebut gelaran oleh pengerusi majlis berkenaan.

Selain itu, ketika menghadiri Persidangan Waqaf Senusantara 2016 yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Primula Beach Resort, nama Ahmad Razif hanya disebut "Yang Amat Berhormat Menteri Besar".

Malah, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar menjadi persoalan apabila pihak Istana Terengganu dikatakan menarik balik semua gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.

Ahmad Razif ketika membacakan teks ucapan itu didakwa berkata Kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemurkaan Sultan Mizan.

Tiada ulasan: