Khamis, 21 April 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Derma Arab Lawan American Pies

Posted: 21 Apr 2016 07:23 AM PDT

MOHON izin dan minta maaf nak tulis mudah saja kali ini. Nak tulis berkenaan banyaknya "kebetulan" dalam cerita 1MDB dan "derma" AS$681 juta kepada Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.
 

1. Bulan Ramadhan tahun lepas, kita dengar cerita derma itu kononnya dari orang Arab. Mula seorang Arab. Kemudian lebih daripada seorang Arab. Lepas itu balik jadi seorang Arab. Akhir sekali jadi Raja Arab Saudi yang mangkat.

2. Pada 25 Januari lalu, Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, bersihkan Mohd Najib. Dia kata duit AS$681 juta itu derma Arab dan sebahagiannya dibagi balik.

 
Derma Arab: Apandi bersihkan Mohd Najib


3. Tapi pada 6 Februari, Menteri Luar Arab Saudi, Adel bin Ahmed Al-Jubeir, kata duit itu bukan derma tapi pelaburan.
 
4. Pada 15 April, Al-Jubeir tukar cerita kata dia ambil maklum kenyataan Apandi dan tambah derma itu ikhlas, tanpa syarat dan penderma tak harap apa-apa balasan.

5. Kemudian pada 19 April, Wall Street Journal (yang Mohd Najib ancam nak samam tapi tak saman) kata, 681 itu adalah "American pies" – sejenis hidangan berinti seakan-akan karipap tapi bulat.

7. WSJ kata, pengirim pie Amerika itu adalah tak lain dan tak bukan kawan akrab keluarga Mohd Najib, Jho Low.

Serigala Wall Street: Riza, Joey McFarland dan Jho Low
8. WSJ dakwa, dalam bulan Mac 2013, Jho Low hantar pesanan kepada orang suruhannya di Kuala Lumpur mengatakan 681 pie Amerika akan tiba tidak lama lagi dari seberang laut. Menurut transkrip pesanan segara BlackBerry yang dilihat of WSJ, Jho Low menekankan perlunya kerahsiaan dalam penghantaran pie Amerika.
 
9. Jho Low arah orang suruhannya supaya bagi tahu ketua pegawai eksekutif bank (AmBank) yang "PM" tidak mahu nama, alamat atau nombor kad pengenalannya muncul dalam urusan pemindahan 681 pie Amerika itu.

10. Jadi adakah 681 biji pie Amerika itu berlainan daripada AS$681 juta derma Arab yang Apandi sebut pada 25 Januari itu atau 681 biji pie Amerika itu apabila masuk ke dalam akaun Mohd Najib jadi AS$681 juta?

Pie Amerika ini intinya AS$681 juta
11. Adakah 681 biji pie Amerika itu dari Jho Low hasil putar-belit perniagaan atas angin 1MDB atau duit derma Arab yang dibagi kod atas alasan rahsia?

12. Jawapan kepada misteri pie Amerika dan derma Arab ini akan terjawab kalau Jho Low boleh dibawa balik dan dipaksa duduk atas blok ais dalam bilik hawa dingin selama beberapa jam. Pasti dia akan menyanyi macam burung kenari.

13. Atau Mohd Najib betul-betul kemukakan saman terhadap WSJ kerana memfitnah dan mengaibkan beliau.

Wallahuaklam.

Umno-BN Kedah bakal kecundang lagi, kata penyokong rebel Umno

Posted: 21 Apr 2016 07:11 AM PDT



 
Oleh DALIA ISMAIL


Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kedah, Saheme Hashim meramalkan Umno-BN negeri itu akan kecundang sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang, ekoran krisis kepimpinan presiden Umno dan rampasan jawatan menteri besar Kedah.

Pengerusinya Saheme Hashim berkata,majoriti rakyat negeri itu menyatakan bantahan atas krisis berlaku.
"Jika tiada perubahan dikalangan ketua-ketua bahagian dan pucuk pimpinan Umno negeri, BN hanya akan peroleh undi popular di Kedah sekitar 30 peratus sahaja.

"Tinjauan GKCM mendapati kepincangan pentadbiran Najib dan krisis MB Kedah menjadi faktor penolak sekurang-kurangnya 70 peratus rakyat membantah dan benci pada kebanyakan pemimpin Umno negeri dan pusat.

"Pengalaman kami mengadakan ceramah di setiap cawangan mendapati mereka marah dan benci pada Najib dan tidak suka dengan Ahmad Bashah.

'Untuk tarik penyokong terhadap Umno, Ahmad Bashah kini lebih tertumpu kepada memberikan sumbangan berbanding berada di padang bola kerana dia selalu kena 'boo'," ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Saheme Hashim (Gambar :Saheme Hashim)

Saheme memaklumkan sehingga 19 April, sebanyak 26 cawangan Umno di Kedah telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden Umno.

Setakat hari ini Usul undi tidak percaya di negeri itu kepada Najib selaku Perdana Menteri  membabitkan enam bahagian iaitu Jerlun (14 cawangan);Kubang Pasu (5);Pendang (3);Kuala Kedah (2); Merbuk (1) dan; Baling (1).

Mesyuarat Persidangan Ketua Cawangan Umno yang bermula sejak 18 Mac sehingga 1 Mei depan dijangka akan dapat mengumpulkan lebih banyak usul undi tidak percaya terhadap presiden parti di kalangan ketua-ketua cawangan.

"Kita jangka sebanyak 200 cawangan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib sehingga semua cawangan selesai bersidang.

"Walaupun ia tidak dilihat sebagai boleh mempengaruh semua cawangan dalam 14 bahagian di negeri itu, kemungkinaan Umno-BN tidak dapat diterima oleh rakyat akan dibuktikan dalam pilihan raya umum.

" Bukan sahaja ia berkait dengan kepimpinan negeri dan pusat malah isu membabitkan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun menekan golongan pendapatan rendah seperti penoreh, pesawah, buruh dan nelayan di negeri ini.

"Mereka adalah 60 peratus daripada rakyat Kedah yang masih hidup di bawah garis kemiskinan dan miskin masih tidak meningkat sebaliknya semakin menurun.

"Tambah parah bila harga getah jatuh bawah paras RM2 dan musim kemarau yang panjang lebih tiga bulan. Tiada tindakan yang efektif daripada Umno-BN untuk membantu khususnya penoreh," ujarnya.

Mengulas berkaitan jumlah borang deklarasi yang telah diedarkan di negeri itu ujarnya, sejumlah 25,000 telah diedarkan dibawah  GKCM.

"Setakat hari ini GKCM telah menerima 10,000 borang tandatangan manakala 90,000 lagi membabitkan usaha dilakukan parti politik dan NGO lain dijangka akan diterima sebelum 9 Mei ini.

"Pada 1 Mei Tun Mahathir akan mengadakan ceramahnya jadi kita jangkakan jumlah keseluruhan borang diedar akan meningkat mencapai sasaran untuk negeri Kedah sahaja sebanyak 100,000 borang di bawah gerakan Selamatkan Malaysia ini," terangnya yang dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong GKCM selepas 10 hari Mukhriz diturunkan dari jawatannya.

Kelab Penyokong GKCM bergabung dengan GKCM negeri sebagai gabungan akar umbi untuk mengerakkan usaha ke arah mencapai matlamat Selamatkan Malaysia membabitkan ahli Umno dan rakyat negeri itu yang menyokong kepimpinan Mukhriz dan mahukan Najib berundur.

Pada 3 Februari Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan pada hari sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Kemelut politik Kedah yang berlaku selama dua minggu itu bermula apabila 14 ketua-ketua bahagian Umno menyatakan pendirian mereka hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.

Perkara itu diumumkan Ahmad Bashah ketika itu Timbalan Perhubungan Umno Negeri dalam sidang media selepas perjumpaan tertutup kepimpinan Umno negeri pada 20 Januari lalu.

Dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, BN Kedah kecundang setelah memperoleh hanya 14 kerusi parlimen berbanding parti pembangkang  menang 22 kerusi yang mana Pas peroleh 16 kerusi; PKR (5) dan; DAP (1).

Pengguna berang, dakwa caj elektrik naik mendadak

Posted: 21 Apr 2016 07:08 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ramai pengguna melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa caj elektrik di rumah mereka naik mendadak sejak kebelakangan ini.

Sejak semalam, laman Facebook TNB Careline menjadi sasaran kemarahan orang ramai dan dihujani dengan pelbagai pertanyaan.

Mereka mendakwa bil elektrik melambung tinggi meskipun penggunaan harian daripada peralatan elektrik yang digunakan adalah sama.

Khairul Jazli berkata "Salam, bil elektrik melambung tahap melampau dari RM200 ke RM400 lebih sebulan. Tarif sama dan ini tak masuk akal," ujarnya.

Seorang pengguna Ah Lun Chew pula menunjukkan bil sebanyak RM357.65 yang diterimanya sedangkan beliau hanya tinggal berdua dalam sebuah rumah.

"Dua orang saja satu rumah, pagi kerja malam baru ada rumah. Bil kena RM357.65. Janganlah macam ni, kita pun makan gaji saja. Bayar bil sudah boleh bayar duit rumah satu bulan dah!" bentaknya.

Seorang pengguna Yong Zhuang berkata "Kenapa rumah saya elektrik bil banyak ah? RM110 tau, biasanya rumah saya RM80 ++ saja, mengapa bulan ini bil elektrik macam ini tingggi? Rumah saya tak ada guna pendingin hawa pun macam ini tinggi. Saya tak mahu dengar apa alasan tentang El-Nino, kamu rasa kita bodoh ke?".

"As salam TNB. Apahal bil elektrik saya mendadak naik sejak 2 bulan ni. Rasanya tak ada pun buat penambahan berkenaan dengan elektrik ni. Aircond pun saya pasang malam je, siang memang tak ada orang pakai dan jarang sekali ada orang dekat rumah," kata seorang pengguna lain, Hairey Zoul FZ.

Susulan itu TNB Careline dalam catatan di Facebook mendakwa cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat penggunaan peralatan elektrik khususnya pendingin hawa.

Katanya, pengguna lebih cenderung menurunkan suhu pendingin hawa pada tahap lebih rendah, meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa dan menggunakannya untuk tempoh lebih lama.

"Untuk makluman, penggunaan elektrik juga boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.

"Kesemua faktor ini akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak serta memberi kesan ke atas bil elektrik pengguna. Pengguna yang mendapati bilnya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, dinasihatkan untuk menghubungi pejabat TNB yang berhampiran," jelasnya.

Bagaimanapun, penjelasan tersebut masih tidak memuashati orang ramai dan ada antara mereka berkata tidak menggunakan pendingin hawa di rumah.

Suraya Adam berkata "Mengarutlah TNB Careline kenapa sekarang ni dalam masa yang sama serentak kebanyakan pengguna bil api naik?"

"Tak munasabah langsung jawapan dari kamu TNB Careline. Penggunaan saya macam sebelum El-Nino. Rumah batu sentiasa Panas. Kipas yang sama, kelajuan yang sama. Tiada penambahan kipas dan paling penting tiada aircond.. .tapi untuk bulan ni berganda naiknya," kata Ana Aziz.


58 tahun, baru perlembagaan serlahkan rasisme?

Posted: 21 Apr 2016 07:03 AM PDT

Irwan Fahmi Ideris  




ULASAN Wira PERKASA menyelar tindakan anggota jawatankuasa MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyatakan perlembagaan negara menyerlahkan rasisme dan mahu dia menutup mulut daripada memberi kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat Malaysia.

Saya ingin tahu adakah dia warganegara Malaysia?

Apakah dia pernah membaca dan memahami Rukun Negara? Lima teras dalam Rukun Negara adalah garis panduan bagi rakyat Malaysia.

Jadi jika dia faham tentang lima teras tersebut, dia tidak akan mudah mendakwa bahawa perlembagaan persekutuan menyerlahkan rasisme di negara ini.

Mengapa baru sekarang dia hendak mendakwa perlembagaan negara menyerlahkan rasisme?

Setelah 58 tahun negara kita telah merdeka dan menikmati keamanan serta keharmonian dalam kehidupan dan sekarang baru kata begitu?

Perlembagaan kita dibentuk berasaskan kepada dua dokumen yang terdahulu iaitu Perjanjian Tanah Melayu 1948 dan perlembagaan kemerdekaan 1957.

Ia dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah membuat kajian pada tahun 1956.
Perlembagaan negara telah berkuat kuasa setelah kita mencapai kemerdekaan.
Gagal BN, gagallah MCA

Jadi saya minta dia fahamkan tentang pembentukan perlembagaan negara ini.

Jangan hanya mendakwa yang bukan-bukan tentang perlembagaan.

Dalam perlembagaan terdapat beberapa perkara utama yang harus kita tahu.

Antara peruntukannya, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan hak-hak yang mempertahankan orang-orang dan raja-raja Melayu.

Dia perlu ingat, jika perlembagaan menyerlahkan rasisme lebih baik ia digubal dan menjaga kepentingan bagi kaum tertentu sahaja. Namun ini tidak berlaku.

Malaysia sebuah negara demokrasi dan dalam hal ini ia tetap memperlihat perincian dan perlu menjaga kepentingan semua kaum.

Saya minta dia supaya tolong hentikan menuding jari dan menyalahkan orang lain dalam hal ini. Cermin diri sendiri dahulu.

Jika BN gagal dalam menyelesaikan isu rasisme maka MCA turut gagal dalam hal ini. MCA merupakan parti komponen BN.

Apa yang mereka dah lakukan bagi menyelesaikan isu berkaitan dengan rasisme ini? Mereka hanya tahu bercakap dan memberi komen sahaja dalam isu ini.

Tolak rasisme

Jika betul mereka menolak isu rasisme apakah usaha yang mereka lakukan dan sejauh mana kesan terhadap usaha mereka ini?

Selama ini PERKASA sering dilebel sebagai pertubuhan rasis. Namun PERKASA telah berusaha mengeluarkan keluar daripada persepsi masyarakat yang mengatakan bahawa kita adalah pertubuhan rasis.

Kita telah membuat pertemuan secara rasmi dan menjemput wakil-wakil dari kaum lain dalam majlis rasmi yang diadakan.

Ini memperlihatkan bahawa perkasa sendiri menolak rasisme dalam negara. Saya ingin menjelaskan bahawa perlembagaan persekutuan negara tidak pernah menyerlahkan rasisme.

Sebaliknya mereka seharusnya bertanggungjawab dalam memahami tentang teras keluhuran perlembagaan dalam rukun negara agar perkara ini tidak mudah dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.

Kami wira PERKASA ingin menegaskan bahawa jangan ada lagi mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dalam perkara yang berkaitan tentang perihal perlembagaan negara.

Kita minta supaya mereka berfikir dahulu sebelum bertindak. Jangan jadi bodoh yang tidak boleh diajar dan sombong tidak bertempat.

Wira PERKASA tetap akan mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

IRWAN FAHMI IDERIS ketua Wira PERKASA.


Mahfuz gesa penerima 'derma' selesaikan hutang 1MDB

Posted: 21 Apr 2016 07:00 AM PDT

MALAYSIAKINI




Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sekiranya kerajaan gagal membayar faedah bon 1MDB berjumlah AS$50 juta.

"Sekiranya bayaran ini gagal dibuat ia akan menjadi satu pelanggaran kepada keseluruhan bon tersebut yang bernilai AS$3.5 bilion dan boleh mencetuskan kemungkinan pelanggaran kepada semua bon 1MDB yang lain berjumlah dalam lingkungan AS$5.1 billion.


"Siapa nak bayar tu Datuk Seri?" soal Mahfuz pada kenyataan media hari ini.

Dalam loghat Kedah, Mahfuz mendakwa sekiranya ada di antara bon atau pinjaman tersebut mendapat jaminan kerajaan maka kerajaan terdedah kepada obligasi dan liabiliti untuk membayar semua pemegang bon dan pemberi pinjaman.

"Ish takut aih Datuk Seri. Nanti Macam kena ligan dengan cheti dan Along.

"Ada lagi ka baki duit RM2.6 bilion yang tok Arab tu bagi?

"Jadi saya harap Datuk Seri kena bayar lekas. Jangan bagi kami rakyat tanggung malu kerajaan 1Malaysia tak bayar hutang. Jangan berhutang pula untuk nak bayar hutang," katanya.

The Straits Times Singapura 18 April lalu mendedahkan 1MDB menghadapi risiko apabila syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi tidak lagi bersedia membayar faedah bon yang diterbitkan 1MDB.

Akhbar itu melaporkan 1MDB perlu menjelaskan bayaran faedah AS$50 juta kepada pemegang-pemegang bon bagi bon AS$3.5 bilion yang diterbitkannya pada 2012.

Memetik pegawai kerajaan Malaysia yang enggan namanya didedahkan, akhbar itu melaporkan kegagalan membayar ansuran faedah itu boleh mencetuskan apa yang dipanggil cross-default atau kegagalan membayar komitmen lain 1MDB.

Ini bermakna pemiutang lain 1MDB boleh menuntut penyelesaian awal atau bayaran dipercepatkan bagi hutangnya yang kini mencecah kira-kira AS$5.1 bilion.


Sindiket dadah pusat hiburan di KL lumpuh

Posted: 21 Apr 2016 06:58 AM PDT

MALAYSIAKINI




Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara dalam empat serbuan sekitar Cheras hanya talam tempoh 30 minit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Datuk Seri Mokhtar Mohd Shariff berkata serbuan itu dilancarkan jabatannya dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman.

Empat anggota sindiket, melibatkan dua lelaki tempatan dan dua warganegara asing, ditangkap dan direman tujuh hari bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang suspek mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif dadah jenis amphetamine.

Mokhtar berkata rampasan dibuat terhadap bahan disyaki syabu, ketamin, eramin 5 dan ekstasi dianggarkan bernilai RM94,000 dan mampu menampung bekalan sebulan melibatkan sehingga 475 orang pengguna syabu.

Lima buah kereta, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai lebih RM700,000 berjaya disita.

"JSJN akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.
"Dalam usaha ini, kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.


Polis pantau media sosial, blog semasa p'raya S'wak

Posted: 21 Apr 2016 06:56 AM PDT

MALAYSIAKINI




Polis Sarawak akan memperketatkan langkah keselamatan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 termasuk pemantauan terhadap media sosial bagi mengelakkan elemen negatif menganggu ketenteraman awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, SAC Dev Kumar M M Sree Shunmugam berkata pemantauan ini melibatkan komentar serta komen yang ditulis oleh blogger dan pengguna internet dalam media sosial.

"Kita akan ambil tindakan sekiranya tindakan mereka boleh menjejaskan keselamatan awam," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan anggota polis pelbagai pangkat dari JSJ di Lapangan Terbang Miri hari ini, bagi membantu mengawal keselamatan semasa PRN ke-11.

Dev Kumar berkata polis akan turut memantau sesi ceramah sepanjang tempoh kempen pilihan raya terutamanya kandungan ucapan penceramah.

Beliau memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan pada masa ini adalah terkawal dan keadaan sedemikian akan dipastikan berterusan sepanjang pilihan raya negeri kali ini.

"Kita jangka PRN ke-11 akan berjalan dengan lancar," katanya.

Seramai 253 anggota polis JSJ akan tiba di Sarawak secara berperingkat-peringkat hari ini dan akan ditempatkan di Sibu, Bintulu, Miri dan Lawas.

Beliau berkata secara keseluruhannya seramai 1,162 anggota polis dari JSJ ditugaskan untuk menyiasat kesalahan pilihan raya pada kali ini.

"Dari jumlah tersebut seramai 555 anggota adalah dari Semenanjung," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh penamaan calon dan 7 Mei sebagai hari pengundian.- Bernama


Mahathir rayu penyiasat antarabangsa dedah segala isu 1MDB

Posted: 21 Apr 2016 06:52 AM PDT

MALAYSIAKINI




Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat rayuan kepada penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan kepada orang ramai berhubung penemuan dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.

Akhbar The National yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu memetik Mahathir yang berada di Dubai bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Kepimpinan, Inovasi dan Keusahawanan, semalam sebagai berkata gejala rasuah di Malaysia kini mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan.

"Semua siasatan hendaklah akhirnya didedahkan kepada umum kerana soalan yang dirahsiakan adalah tidak berguna kepada sesiapa. Akhirnya kebenaran perlu didedahkan.

"Menjaga diplomasi tidak akan membantu Malaysia atau sesiapa. Mereka perlu mengenal pasti tindakan yang perlu diambil dan apa yang mesti dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh sekurang-kurangnya lima buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan UAE.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menolak cadangan Bank Negara untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula buntu kerana Apandi enggan memohon bantuan undang-undang bersama (MLA) yang akan membolehkannya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa luar negara.

Siasatan SPRM berhubung wang berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak juga ditolak oleh Apandi yang membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku atas alasan wang berkenaan adalah "derma" yang telah dikembalikan.

Apandi juga membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung jutaan ringgit wang SRC International milik negara yang berada di akaun banknya atas alasan bahawa perdana menteri tidak tahu mengenai perkara itu.

Najib menafikan wang yang diterimanya mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB dan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mengenai siasatan 1MDB mendapati kedudukan wang berbilion ringgit tidak dapat dipastikan. Polis sejak itu telah memulakan siasatan.

Minggu lalu, didedahkan bahawa 1MDB memindahkan AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada anak syarikat, International Petroleum Investment Syarikat (IPIC), Aabar Investment PJS, tetapi disalurkan kepada sebuah syarikat yang mempunyai mempunyai nama yang hampir sama tetapi tidak ada kena mengena dengan firma Abu Dhabi itu.

The Wall Street Journal mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu itu kemudiannya berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Pegawai Najib menegaskan bahawa cubaan untuk menghubungkan wang berbilion di akaun bank Najib dengan 1MDB adalah rekaan oleh Mahathir.

IPIC sejak itu membatalkan perjanjian pertukaran hutang-aset dengan 1MDB, meletakkan pelan rasionalisasi firma dana negara menjadi terumbang ambing.

Aplikasi mohon cerai dalam talian galakkan penceraian - Muafakat

Posted: 21 Apr 2016 04:12 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina menyifatkan pengenalan aplikasi permohonan cerai dalam talian akan 'menggalakkan' penceraian di kalangan pasangan yang kini semakin membimbangkan.
 
Jelasnya, walapun hukum penceraian itu harus namun ujarnya perkara sedemikian tidak perlu 'dimudahkan' berikutan ia melawan tujuan sebenar perkahwinan itu sendiri. 
 
"Saya melihat begitu, ia mengalakkan penceraian kemudian menjadikan manusia iaitu suami tidak bertanggungjawab.
 
"Kita kembali kepada prinsip, cerai itu memang harus tapi ada ketikanya wajib bercerai tapi jika kamu buat terlampau mudah dan senang begitu jadi dia melawan tujuan perkahwinan.
 
"Jadi bagi saya adalah lebih baik (kekalkan) amalan biasa seperti panggil kaunseling, nasihat dan seumpamanya," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan negeri Perak yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'.
 
Pengenalan aplikasi tersebut menjadikan Perak sebagai negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi sedemikian. 
 
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri becerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.
 
Selain itu, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.
 
Beliau berkata menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.
 
Aplikasi ini akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50.
 
 

SEMBANG-SEMBANG TENTANG "KIRA-KIRA BODOH" WANG RM2,600 JUTA

Posted: 21 Apr 2016 04:07 AM PDT

shahbudindotcom


Pagi tadi saya minum pagi sambil berbual-bual dengan seorang pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara sejak kira-kira lima tahun yang lalu.

Beliau kini menghabiskan banyak masanya  dengan keluarga, berjumpa kawan-kawan dan sesekali bermain golf.

Sambil berbual-bual dan bercerita mengenai banyak perkara, topiknya kemudian terseret kepada isu wang RM2,600 juta yang diakui diterima oleh Najib Razak sebagai derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi, tetapi dipertahankan oleh WSJ bersumberkan daripada 1MDB.

Katanya, sebagai pegawai pencen, beliau cuba membuat "kira-kira bodoh" mengenai wang  sejumlah RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib dan membandingkannya dengan kehilangan sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat palsu, Aabar BVI.

Menurut beliau, walaupun dijelaskan bahawa ia merupakan derma, tetapi katalah dakwaan WSJ terbukti benar dan disertakan dengan bukti-bukti yang menunjukkan wang itu memang sebahagian daripada RM14,000 juta yang dibayar kepada syarikat palsu, Aabar BVI, bermakna ada pihak lain yang untung lebih besar iaitu sebanyak RM11,400 juta.

Katanya, oleh kerana wang RM14,000 juta itu bukan untuk pelaburan perniagaan, tetapi dibayar kepada syarikat palsu dan kemudian sudah pun ditutup, sudah tentu kesemua wang tersebut dianggap hilang sepenuhnya.

"Persoalan sekarang, siapa yang mengaut lebihan RM11,400 juta itu, tetapi hanya menanggung liabiliti yang minima saja?"

"Saya tidak mengatakan Najib menerima wang itu daripada 1MDB, tetapi katalah jika ia terbukti benar, bahagian yang diterimanya dikira kecil atau ciput berbanding beban kerosakan dan cagaran kepada nama, jawatan, imej keluarga, parti dan negara yang terpaksa ditanggungnya.

"Tetapi ada pihak lain yang dapat habuan jauh lebih besar dengan liabiliti yang kurang," jelasnya dengan panjang lebar.

Selain itu, pegawai kerajaan tersebut juga menghuraikan kelemahan paling ketara dalam isu 1MDB dan wang RM2,600 juta ini ialah disebabkan kegagalan Najib sendiri memainkan peranan utama menjawab serta menangkis pelbagai siri dakwaan, bukan saja oleh WSJ, tetapi juga oleh pihak-pihak lain terhadapnya.

Katanya, berbeza dengan zaman Tun Mahathir dulu, apabila timbul sesuatu isu besar yang melibatkan persoalan dirinya, parti dan negara, bekas Perdana Menteri itu sendiri yang akan memainkan peranan utama menjawab, menangkis dan memberi penjelasan tanpa henti-henti.

Tetapi, jelasnya, lihatlah sekarang ini, Najib seolah-olah bersembunyi dan takut membuka mulutnya, manakala tugas menjawab, menangkis dan memberi penjelasan itu lebih banyak diambil alih oleh Salleh Said Keruak, Azalina Othman Said dan lain-lain menteri yang bertaraf rendah.

"Siapa mahu dengar jawapan daripada Salleh atau Azalina, sedangkan yang terlibat secara langsung dalam isu yang meresahkan rakyat ini adalah Najib," ujar beliau.

Rakyat, tegasnya, sudah tentu ingin Najib sendiri yang lebih berperanan mempertahankan dirinya, manakala menteri-menteri lain sepatutnya sebagai watak tambahan saja. 

Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam, Kuala Langat 30 April

Posted: 21 Apr 2016 04:05 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengguna di beberapa kawasan di Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 30 April kerana kerja-kerja penggantian untuk menaiktaraf kelengkapan bagi menambahbaik sistem agihan air.
 
Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) hari ini, kerja-kerja penggantian akan dijalankan dari 4 pagi hingga 8 malam.
 
"Bekalan air dijangka pulih dalam tempoh 12 hingga 72 jam bergantung kepada jarak premis dari kolam takungan air," menurut kenyataan itu.
 
Sebanyak 54 kawasan di Klang dan Shah Alam yang terlibat termasuk Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Radzi/Telok Gadong Besar; Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecik; Persiaran Raja Muda Musa; Kg Raja Uda; Teluk Gedung Indah
 
Flats; rumah teres Teluk Gedung Indah B; kawasan perumahan Taman Berembang; Flat Pandamaran Indah dan kawasan perumahan Pendamar Indah.
 
Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam/Jalan Sg Keladi; Jalan Kem; Jalan Raya Barat; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Palm Grove; Taman Chi Liung; Taman Gembira; Taman Sri Andalas; Taman Melawis; Bukit Tinggi 1 dan Bukit Tinggi
 
2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas dan Bandar Parkland.
 
Ia juga melibatkan Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Putera 2; Taman Bayu Perdana; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai, Bandar Bestari Jaya; Jalan Seri Sarawak 14 to 21 Taman Seri Andalas; Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan; sebahagian Jalan Johan Setia; Bayu Tinggi; Pandamaran, Kampung Pendamar; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gedung Indah; Pulau Ketam; Pulau Indah Fasa 1; Pulau Indah Fasa 2; Kg Pulau Indah; Laguna Park; Kg Telok Gong; Taman Armada Putera dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
 
Sebelas kawasan di Kuala Langat yang terlibat ialah Batu 7 Sejangkang, Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana, Taman Permai Sijangkang, Taman Sijangkang Indah, Taman Medan Indah, Taman Perwira, Taman Sijangkang Jaya dan Taman Sri Medan.
 
Pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air yang mencukupi semasa tempoh gangguan bekalan air sementara ini, kata kenyataan itu. - Bernama
 
 

Pengecas telefon bimbit tidak tulen berbahaya

Posted: 21 Apr 2016 04:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengilang, pengimport, pembekal dan penjual supaya hanya memasarkan alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit dengan label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 
Suruhanjaya itu dalam kenyataan medianya semalam turut mengingatkan pengguna bahawa pengecas tidak tulen tidak terjamin keselamatannya.
 
Pengguna juga disaran merujuk prosedur keselamatan yang dinyatakan manual pengguna dalam pakej telefon bimbit pengeluar asal dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa dicas.
 
Ahad lalu, seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen, ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.
 
 

Umno tak akan masuk Sarawak, yakin dengan komponen BN - Fadilah Yusof

Posted: 21 Apr 2016 03:57 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadilah Yusof berkata, Umno tidak akan memasuki Sarawak dan mencampuri urusan pentadbiran yang kini dikendalikan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN).
 
Menteri Kerja Raya itu turut yakin bahawa Umno percaya kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat itu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun tanpa penglibatan Umno.
 
Itu sudah dipersetujui oleh, memang sudah diumumkan. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) pun sudah umumkan Umno tidak akan masuk ke Sarawak, sebab mereka berkeyakinan bahawa Sarawak memang telah ditabdir urus dengan baik dibawah komponen Barisan Nasional Negeri Sarawak bersama PBB, SUPP, PRS dan SPDP," katanya kepada Antarapos.
 
Fadilah berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dibawa masuk ke negeri berkenaan.
 
Tegas beliau, isu ini sengaja dimainkan oleh pembangkang yang mahu melemahkan BN Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mei depan.
 
"Itu adalah disebabkan mainan politik pihak pembangkang, saya kira dia (Tan Sri Adenan Satem) memang tidak ada perundingan apa sekali pun untuk membawa Umno ke Sarawak sebab ini memang sudah dipersetujui," jelas Fadilah lagi.
 
Baginya, kerjasama antara tiga parti tunjang BN di Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sudah menguatkan barisan kepimpinan negeri Sarawak. 
 
"Bila kata tidak masuk (ke Sarawak) tu maknanya tidak akan menubuhkan parti (Umno), tidak akan ada di Sarawak. Sebab parti yang ada di Sarawak ini ialah PBB, SUPP, PRS dam SPDP. Tapi jalinan kerjasama sebagai rakan dalam BN itu memang tetap wujud.
 
Ditanya mengenai Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, beliau tidak menafikan Sarawak sememangnya memerlukan sokongan Umno bagi mempertahankan apa yang dianggap 'simpanan tetap' BN.
 
"Sebagai rakan komponen, sememangnya Umno akan bantu," katanya.
 
Semalam Pengerusi BN Sarawak itu memberitahu media bahawa beliau akan melepaskan jawatan selaku Ketua Menteri negeri berkenaan sekiranya Umno dibawa masuk ke Sarawak.
 
Jelasnya lagi, perkara itu pernah dibangkitkan kepada Perdana Menteri yang bersetuju bahawa parti Melayu itu tidak akan datang ke negeri berkenaan.
 
Adenan turut berkata BN Sarawak sudah cukup kuat di bumi Kenyalang itu dan akan menerima bantuan Umno terutamanya dalam pilihanraya.
 
 

JAIS arah turun papan hiasan ayat Al-Quran di 8 premis makanan Shah Alam

Posted: 21 Apr 2016 03:56 AM PDT

ANTARAPOS,COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pemeriksaan di lapan premis makanan di Seksyen 7 di sini semalam tidak melibatkan isu status halal, sebaliknya kerana premis berkenaan dikesan menggantung papan hiasan ayat Al-Quran mengandungi kesalahan cetakan.
 
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, antara lapan premis yang diarahkan untuk menurunkan papan hiasan itu adalah Restoran Hakim di Jalan Zikron dan Jalan Kristal serta Restoran Kamal & Corner di Jalan Plumbum.
 
"Tiada isu halal dibangkitkan dalam operasi berkenaan dan hanya tertumpu kepada isu penggantungan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Menurut Haris, operasi pemeriksaan secara bersepadu yang berakhir kira-kira 12.30 tengah hari semalam dilakukan oleh JAIS bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
 
Tambahnya, arahan penurunan papan hiasan ayat Al-Quran yang mengandungi kesalahan cetakan berkenaan dibuat oleh KDN mengikut Seksyen 17 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Kesalahan Mencetak Ayat Al-Quran).
 
Isu mengenai status halal Restoran Hakim di Seksyen 7 tersebar di laman sosial hari ini berikutan operasi bersepadu berkenaan.
 
 

‘Undi BN untuk pastikan umat Islam jadi KM Sarawak’

Posted: 21 Apr 2016 03:51 AM PDT

Kow Gah Chie    




Penyandang ADUN Nangka, Dr Annuar Rapaee mahu umat Islam di Sarawak mengundi BN pada pilihan raya negeri 7 Mei ini agar pemimpin Islam terus menerajui kerajaan negeri.

"Saya menyeru masyarakat Islam, khususnya di Sibu untuk menyedari (hakikat) ini, bahawa kita diberi peluang untuk menerajui negeri ini walaupun kita bukan kumpulan majoriti (di negeri ini)," katanya.

"Jangan bazirkan peluang ini," katanya di sebuah majlis di Sibu hari ini.

Annuar yang juga adalah pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu, berucap kepada kira-kira 400 hadirin orang yang menghadiri forum, bertajuk 'Keluarga dan Kepimpinan Islam'.

"Kita perlu terus mempertahankan kepimpinan ini," katanya sambil menambah bahawa kepimpinan sekarang mendapat sokongan meluas kerana melayan masyarakat Islam dan penganut agama lain dengan adil.

Ketika diminta mengulas lanjut kemudiannya, Annuar menafikan beliau cuba meniupkan sentimen kaum dan agama dengan gesaan memelihara kepimpinan Islam.

"Tidak, ini bukan perkauman. Saya katakan tadi bahawa kita berlaku adil kepada semua.

"Tidak ada apa yang rasis, sila jangan bermain dengan isu perkauman," katanya.

Ketua menteri pertama Sarawak, Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan ketua menteri kedua, Datuk Penghulu Tawi Sli beragama Kristian.

Tan Sri Adenan Satem, ketua menteri kelima dan dua ketua menteri sebelumnya - Tun Abdul Rahman Ya'kub dan Tun Abdul Taib Mahmud - pula beragama Islam.

Menurut Banci Negara 2010, seramai 42.6 peratus rakyat Sarawak beragama Kristian, manakala yang beragama Islam dan Buddha masing-masing terdiri daripada 32.2 peratus dan 13.5 peratus.

NGO kesal jualan bir di pawagam Pulau Pinang

Posted: 21 Apr 2016 03:49 AM PDT

Susan Loone

 


Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) mahu pihak berkuasa mengharamkan penjualan bir di ruang legar pawagam di negeri itu.

Timbalan presidennya P Murugiah berkata penjualan arak itu menggalakkan penonton pawagam daripada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak meminum minuman keras di pawagam.

Bersama-sama dengan kenyataan medianya, Murugiah melampirkan resit menunjukkan bir yang dijual pada harga RM14.90 bersama cukai GST sebanyak 6 peratus (RM 0.84) yang dibeli di luar pawagam itu.

"Kami telah menulis aduan rasmi Jabatan Kastam yang di bawah Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa lain yang di bawah Kementerian Kesihatan, kerajaan negeri dan majlis bandaraya Pulau Pinang untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan bir di pawagam," kata Murugiah.

Semakan dengan sebuah daripada pawagam di Pulau Pinang menunjukkan bahawa bir hanya dijual kepada penonton teater kelas premier.

Ketika dihubungi, Jabatan Khidmat Pelanggan, GSC di Kuala Lumpur tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Seorang pegawainya berkata beliau akan merujuk perkara berkenaan dengan pihak pengurusan pawagam berkenaan sebelum mengeluarkan komen.

MCA, jangan ulang Operasi Lalang 1987 - PERKASA

Posted: 21 Apr 2016 03:45 AM PDT

Alyaa Azhar

 


Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA hari ini membidas kenyataan oleh ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyalahkan perlembagaan persekutuan dalam menyemai rasisme di negara ini.

Menyifatkan kenyataan Ti itu sebagai tidak bertanggungjawab dan anti-nasional, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tertanya-tanya bagaimana kenyataan itu boleh terpacul dari mulut orang 'terpelajar' seperti Ti.

"Apakah kerana agama Islam agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu, termasuk hak keistimewaan org Melayu?," katanya semasa sidang akhbarnya, hari ini.

Justeru, Ibrahim mahu tahu apa yang dimaksudkan oleh Ti apabila beliau berkata sedemikian.

Ibrahim percaya Ti merujuk kepada Artikel 153 perlembagaan yang memberi kuasa dan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa kepada Bumiputera.

"Satu lagi, mengenai kerakyatan, Ti sepatutnya memberi perincian dgn hujah-hujah yang mempunyai fakta yg jelas, di mana perlembagaan ni menyerlah perkauman, dan yg mana melahirkan pihak pelampau.

"Kenyataan ni amat merbahaya, seolah-olah menyalahkan letak agama Islam sebagai agama rasmi," tambah beliau.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu terus membidas Ti, sambil menyatakan Perlembagaan itu adalah suatu perjanjian – kontrak sosial yang tidak boleh dipinda oleh sesiapa jua.

"Ini perkara yang merupakan suatu perjanjian sejarah yg dinamakan social contract yang tidak boleh dipinda, usik mana-mana pihak.

"Hatta parlimen pun tidak boleh pinda social contract ini.

"Asas perlembagaan negara di bina atas asas dasar persetujuan, jadi apabila Ti sebut perlembagaan ni menyerlah perkauman dan ekstremism, apa yang dimaksudkan

Perkasa pandang serius, nak ingatkan Ti, jangan ulangi peristiwa 1987 - operasi lalang," tambah beliau

Berang isteri dirogol, belasah lelaki sampai mati

Posted: 21 Apr 2016 03:28 AM PDT


Suami berang isteri kena rogol
Suspek dipercayai menumbuk dan memukul mangsa di lorong tepi sebuah stesen minyak di Sungai Besar.
 
 
SABAK BERNAM – Seorang suami yang berang selepas mendapat tahu isterinya dirogol bertindak nekad bertemu dengan lelaki berusia 27 tahun itu sebelum memukul hingga menyebabkannya mati.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu, suspek dan anaknya bertemu mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Besar sebelum bertindak menumbuk dan memukul mangsa menggunakan getah paip.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai masuk ke rumah suspek dan merogol wanita terbabit sebanyak dua kali di sebuah bilik tingkat bawah rumah itu kira-kira jam 3 hingga 5.30 pagi, 15 April lalu.

"Kejadian itu menyebabkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa di stesen minyak berkenaan.

"Tak cukup itu, suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Parit 4 Sungai besar," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dikurung dan dibelasah suspek sambil disaksikan isteri dan keluarganya.

"Semasa mangsa berada dalam bilik, kaki mangsa diikat dengan tali getah dan turut diterajang serta dipukul menggunakan getah paip," katanya.

Nor Azmi berkata, seorang anak suspek kemudian menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian rogol melibatkan ibu tirinya yang berusia 25 tahun.

"Mangsa kemudiannya dibawa Unit Peronda Polis (MPV) ke Balai Polis Sungai Besar. Semasa anggota MPV membawanya ke balai polis, mangsa masih hidup.

"Bagaimanapun, ketika polis mengambil keterangan mangsa kira-kira jam 3.45 pagi hari sama, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala iaitu melecet di bahagian dahi, lebam pada mata dan luka di bibir.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam mendapati punca kematian mangsa disebabkan pendarahan dalaman.

"Sehubungan itu, empat lelaki melibatkan suspek utama dan dua anaknya serta seorang anak angkat berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376.


Murid tahun 2 pula dipatuk ular

Posted: 21 Apr 2016 03:23 AM PDT

ular
- Gambar Hiasan
 
 
REMBAU – Seorang murid perempuan tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong kini ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban selepas dipercayai dipatuk ular berwarna hitam, di padang sekolah berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa, dipercayai terkena patukan ular semasa sedang berlari mengelilingi padang bagi sesi memanaskan badan semasa pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Insiden yang menimpa murid berkenaan kini tersebar luas melalui mesej dalam aplikasi grup WhatsApp yang turut meminta guru-guru untuk peka dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali.

Turut tersebar dalam mesej berkenaan ialah kemungkinan insiden berkenaan berlaku ialah keadaan cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari kawasan lembab.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Rusni Ab Jalil ketika dihubungi berkata, Pegawai Pendidikan Daerah Rembau, Rodiah Mohd Jan telah melaporkan insiden berkenaan kepadanya sejurus selepas mendapat maklumat dari sekolah berkenaan.

Menurutnya, pegawai berkenaan turut menziarahi murid berkenaan di HTJ serta mendapati murid berkenaan berada dalam keadaan stabil.

"Kita kini sedang menunggu laporan penuh dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung insiden berkenaan. Berdasarkan laporan awal, murid berkenaan telah terjatuh di padang dan rakan-rakannya ternampak seekor ular berwarna hitam berhampiran murid berkenaan.

"Guru bagaimanapun tidak ternampak ular hitam berkenaan dan segera bertanyakan kepada murid sama ada berasa sakit atau tidak.  Namun murid berkenaan menyatakan tidak sakit dan turut tidak sedar terdapat ular berhampiran dengannya ketika terjatuh.

Rusni berkata, guru berkenaan segera membawa mangsa ke bilik guru dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan (KK) Rembau selepas guru menyedari terdapat perubahan pada wajah murid.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan guru berkenaan memaklumkan kepada keluarga murid dan sebaik tiba di KK Rembau serta dimaklumkan kemungkinan murid berkenaan terkena patukan ular, murid berkenaan dikejarkan ke HTJ menggunakan ambulans.

"Pihak hospital mengesahkan terdapat kesan gigitan dipercayai patukan ular di bawah lutut kanan murid berkenaan.  Bagaimanapun, murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.

Untuk rekod, Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan tahun 1, maut dipercayai dipatuk ular ketika waktu rehat di taman hadapan kelasnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Hashim 1.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa Nuriey Nadhirah Roslan,7, meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan PengKalan Chepa.

Mayat mangsa‎ kemudiannya dibawa ke wad kecemasan sebelum dirujuk ke unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Difahamkan mangsa terkena gigitan di betis kiri‎nya.


Dakwaan 300,000 ahli Syiah di Malaysia tidak benar

Posted: 21 Apr 2016 03:11 AM PDT

Mohd Aizam
Mohd Aizam


KUALA LUMPUR - Dakwaan yang mengatakan ahli Syiah di negara ini mencecah sehingga 300,000 orang adalah tidak benar dan hanyalah khayalan semata-mata.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim), Ustaz Mohd Aizam Mas'od berkata, mengikut perangkaan Jakim dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ahli Syiah di negara ini dianggarkan tidak melebihi 3,000 orang.

"Golongan ini mendakwa ahli mereka sekitar 300,000 orang memandangkan mereka mengambil kira ahli syiah dari beberapa negara yang menetap di sini buat sementara waktu.

"Jadi dakwaan berkenaan hanyalah khayalan mereka dan di sebaliknya, mereka hanya ingin membuat tuntutan atas nama hak asasi manusia untuk bergerak bebas dan menggelakkan dari halangan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas  Majlis Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) hari ini.

Menurut Mohd Aizam, jabatan agama Islam di seluruh negara ini sentiasa melakukan pemantauan dan penyelarasan terhadap isu-isu agama dan akidah yang mengancam negara.

Buat masa ini, Aizam memaklumkan bahawa penularan ajaran Syiah di Malaysia masih terkawal malah kerajaan juga telah membuat keputusan ajaran berkenaan tidak dibenar untuk diamalkan serta disebarkan di negara ini.

"Mereka bergerak dengan cara profesional pada hari ini termasuk cuba menggunakan ruang-ruang perundangan yang ada termasuk dengan menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan  Agong.

"Mereka juga membuat perakuan sumpah menyatakan mereka berfahaman Syiah dan memohon ruang kepada kerajaan untuk tidak menghalang amalan mereka,"katanya.

Dalam pada itu, Aizam berkata, ajaran Syiah perlu diberi perhatian serius memandangkan sekiranya isu tersebut dibiarkan, ia dibimbangi akan menimbulkan konflik sehingga menyebabkan pertumpahan darah seperti yang berlaku di Yaman, Bahrain dan Syria.

Tambahnya, oleh sebab demikian, semua pihak di setiap peringkat perlu memainkan peranan bagi memastikan ajaran Syiah dapat dikekang dan tidak menular dalam negara ini.

Ahmad Shabery: El Nino sebabkan ayam ‘stress’

Posted: 21 Apr 2016 03:10 AM PDT

SINAR HARIAN


cuaca panas
Cuaca panas. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Bukan hanya manusia, malah ayam juga turut terkesan dengan cuaca panas El Nino, demikian menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Ahmad Shabery berkata cuaca panas yang melanda negara kini menyebabkan ayam mengalami 'stress' yang menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

"Ini boleh berlaku apabila ada penternak ayam yang masih menggunakan kaedah lama iaitu kaedah reban terbuka. Apabila suhu tinggi, kadar stress ayam akan meningkat contohnya daripada 38 hari menjadi 40 hari untuk mencapai berat tertentu," katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Engku Naimah Engku Taib sama ada bekalan ayam dan daging terjejas akibat cuaca panas terutama menjelang bulan Ramadan.

Menurut Ahmad Shabery, keadaan cuaca panas akan menyebabkan pengeluaran ayam berkurangan antara lima hingga 10 peratus.

"Apabila bekalan ayam berkurangan, kita bimbang rakyat pula akan stress," katanya.

Bagi menangani keadaan itu, beliau berkata penternak ayam kini lebih banyak menggunakan kaedah reban tertutup yang membolehkan suhu di dalam reban dikawal.

"Untuk menghadapi bulan puasa, semua keperluan telah diatur, bermula sekarang kadar penetasan ayam telah ditambah. Jika bekalan masih belum mencukupi, kementerian bersedia mengimport ayam bagi memastikan harganya stabil," katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam laporan media sebelum ini memaklumkan Fenomena El Nino, yang menyebabkan Malaysia kini mengalami panas terik dan kemarau, dijangka berakhir pada Jun ini. –Bernama


Pengarah jabatan kerajaan disiasat SPRM

Posted: 21 Apr 2016 03:08 AM PDT

Pengarah jabatan kerajaan disiasat SPRM
Pengarah itu menutup mukanya dengan beg setelah menyedari kehadiran petugas media di pekarangan pejabat SPRM, hari ini. - Foto Sinar Harian


ALOR SETAR - Seorang pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, hari ini.

Pegawai itu yang ditahan sejak petang semalam tiba di pekarangan pejabat kira-kira jam 9.45 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Menyedari kehadiran petugas media, beliau menutup mukanya dengan sebuah beg bagi mengelak wajahnya dirakamkan, sebelum dibawa masuk ke sebuah bilik untuk disoal siasat.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan kehadiran lelaki itu di pejabat SPRM untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan isu pemberian tender di jabatan berkenaan bagi tahun 2014 hingga 2016.

Lelaki itu disyaki terlibat rasuah dalam pemberian beberapa tender projek di jabatan itu dengan anggaran kos berjumlah jutaan ringgit.

Sebelum ini, seorang individu dari jabatan berkaitan yang enggan dikenali mendakwa, kebanyakan tender projek dipercayai diluluskan pengarah berkenaan secara 'dalam selimut' dan tidak dibuat melalui tender terbuka atau sebutan harga.

Insiden itu dipercayai berlarutan sejak lebih lima tahun lalu dengan hanya memberi projek kepada beberapa kontraktor tertentu.

Suspek diarah bertukar ke agensi lain, namun dikatakan membuat rayuan untuk kekal sebagai pengarah di jabatan berkenaan hingga hari ini.

Keengganannya bertukar ke agensi lain menimbulkan pelbagai persoalan kalangan kakitangan jabatan seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan.


Tiada ulasan: