WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- NAJIB SALAH GUNA PROSES HUKUM – DR MAHATHIR
- 5 KESAN SAMAN MAHATHIR KE ATAS NAJIB – A KADIR JASIN
- ‘DEDAHKAN BUKTI PENYELEWENGAN DI P PINANG, KAMI TIDAK TAKUT’
- ‘ORANG JUAL RUMAH TAMPIL, ARAB DERMA RM2.6 BILION TIDAK KELIHATAN’
- JIHAD LAWAN DAP: ‘PAS HILANG ARAH TUJU PERJUANGAN’
- Setahun Anwar dipenjara
- Ekonomi tidak menentu: Najib takut bubar Parlimen?
NAJIB SALAH GUNA PROSES HUKUM – DR MAHATHIR Posted: 24 Mar 2016 07:43 PM PDT Najib salah guna proses hukum – Dr MahathirTun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa beliau secara peribadi terjejas dengan dakwaan proses hukum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Dalam penyata tuntutan 37 muka surat itu, beliau dan dua lagi pihak lain yang memfailkan saman ke atas perdana menteri. Mahathir berkata siasatan polis terhadapnya dan penyingkirannya sebagai penasihat Petronas adalah contoh penyalahgunaan itu. Mahathir berkata, beliau secara terbuka mengisytiharkan penarikan balik sokongannya kepada Najib dan membidas perdana menteri kerana "penyalahgunaan proses hukum" semasa perhimpunan BERSIH 4, tahun lalu. "Berikutan itu, saya telah disoal-siasat oleh polis pada 6 November, di mana polis turut mengesahkan bahawa saya pada ketika itu sememangnya disiasat atas tuduhan kononnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat fitnah ketika kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 4.0. "Saya juga sering dan berterusan menulis di weblognya di www.chedet.cc di mana saya menyuarakan teguran dan bidasan terhadap salah laku Najib dalam isu 1MDB dan skandal-skandal berkaitan, termasuklah pemberhentian mengejut dan mendadak Peguam Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail dan perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai penggantinya. "Dalam satu tulisan, saya menyatakan bahawa Apandi tiada kredibiliti bagi melepaskan Najib daripada sebarang tuduhan jenayah dan salah laku yang timbul daripada siasatan terhadap salah laku jenayah berkaitan RM2.6 bilion dan jumlah-jumlah lain daripada SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi bank Najib Razak," katanya. Semenjak itu, Mahathir berkata, beliau sekali lagi dituduh memfitnah Apandi dan diambil keterangan oleh polis pada 24 Februari lalu. Mengenai Petronas, beliau memetik keputusan kabinet untuk menyingkirkannya dari jawatan itu. "Pada 11 Mac lalu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan suatu kenyataan bahawa memandangkan saya kini tidak lagi menyokong pentadbiran kerajaan yang memerintah kini, maka kabinet sebulat suara memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai penasihat Petronas," katanya. Mahathir bersama bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta kerana kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam. |
5 KESAN SAMAN MAHATHIR KE ATAS NAJIB – A KADIR JASIN Posted: 24 Mar 2016 07:41 PM PDT 5 kesan saman Mahathir ke atas Najib – A Kadir JasinTokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin menimbulkan pelbagai implikasi berikutan kes yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Antara lain, Kadir dalam tulisan di blog semalam, berkata kes itu akan menguji sejauh mana rakyat biasa boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penjawat awam politik. Menurutnya, kes ini juga akan menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman negara dan sejauh mana tindak tanduk seorang perdana menteri "kebal" daripada tindakan undang-undang serta membuka perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi. "Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Najib," katanya. Peguam yang mewakili plaintif, Mohd Khatri Abdullah, memberitahu Malaysiakini, semalam bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor boleh disapina sebagai saksi berhubung dengan tindakan undang-undang. Mohd Khatri berkata selain Rosmah, beliau bercadang untuk mendapatkan sepina ke atas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Mengulas lanjut, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu berkata, beliau tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Najib berupaya memutarbelitkan kes ini. Ia kerana, katanya, mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada Najib dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam. "Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Najib disingkirkan sebagai perdana menteri. "Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu," kata Kadir. Mahathir dan dua yang lain semalam memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam. Plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu. Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri. Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya. Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta. |
‘DEDAHKAN BUKTI PENYELEWENGAN DI P PINANG, KAMI TIDAK TAKUT’ Posted: 24 Mar 2016 07:38 PM PDT 'Dedahkan bukti penyelewengan di P Pinang, kami tidak takut'Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mencabar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengemukakan bukti berhubung isu penjualan sebidang tanah di Taman Manggis dengan harga RM20 juta. Guang Eng berkata demikian apabila Abdul Rahman mendakwa mempunyai bukti dokumen Perjanjian Jual Beli dan akan menyerahkan dokumen berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. "Saya tidak mahu tanya mana beliau (Abdul Rahman) dapat surat perjanjian, tapi saya hanya sebut di sini beliau boleh berikan apa-apa dokumen kepada SPRM, kami tidak takut kerana kami benar. "Perjanjian ini jelas menunjukkan dia masih dalam nama syarikat asal. Tidak pernah pergi ke mana-mana syarikat ketiga," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini. Semalam, Guan Eng dan Abdul Rahman dilaporkan berselisih faham berhubung isu penetapan harga RM400,000 bagi rumah mampu milik ditentukan oleh kerajaan persekutuan pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong. Berikutan itu, Abdul Rahman memaklumkan beliau mempunyai bukti penjualan tanah berkenaan dengan harga RM11 juta berbanding harga pasaran RM20 juta yang ditawarkan kepada Kuala Lumpur International Dental Care (KLIDC). Menurut Guan Eng lagi, syarikat tersebut tidak pernah membuat permohonan untuk menjual tanah kepada pihak ketiga dan masih mengekalkan permohonan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk projek pembangunan. Ahli Parlimen Bagan itu turut menjelaskan berdasarkan Pelan Jabatan Perumahan Negara membuktikan bahawa KLIDC masih memiliki tanah berkenaan dan pihak terbabit telah merancang untuk menubuhkan sebuah hospital. Meskipun syarikat tersebut berniat untuk menjual tanah itu, proses penjualan itu akan memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, namun sehingga kini menurut Guan Eng lagi, beliau tidak pernah menerima permohonan tersebut. "Abdul Rahman sebut syarikat yang dapat tanah itu jual kepada pihak ketiga, pemilik tanah itu masih di bawah KLIDC. "Syarikat ini tidak pernah buat permohonan jual kepada pihak ketiga sekiranya mahu jual mesti buat permohonan dan dapat kelulusan daripada kerajaan negeri," katanya. |
‘ORANG JUAL RUMAH TAMPIL, ARAB DERMA RM2.6 BILION TIDAK KELIHATAN’ Posted: 24 Mar 2016 07:35 PM PDT 'Orang jual rumah tampil, Arab derma RM2.6 bilion tidak kelihatan'Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mengecam pihak yang cuba mengaitkan dakwaan rasuah ke atasnya berhubung pembelian sebuah banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran. Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, berkata beliau tidak mempunyai apa-apa yang mahu disorokkannya begitu juga dengan wanita yang menjualnya rumah itu kepadanya pada harga RM2.8 juta. Beliau sebaliknya menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran dan menyoal bila penyumbang derma politik RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi seperti yang didakwa itu akan tampil. "Orang yang menjual rumah tersebut kepada saya telah tampil ke hadapan. Orang yang derma RM2.6 bilion itu masih tidak kelihatan. "Saya mengamalkan semua peringkat akauntabiliti yang tidak dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin BN," katanya pada sidang media di lobi parlimen. Bekas pemilik rumah Lim, seorang ahli perniagaan Phang Li Koon sebelum ini membuat akuan bersumpah (SD) bahawa penjualan rumahnya kepada ketua menteri itu adalah secara rela dan dan menafikan sebarang kaitan dengansebuah syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan negeri. SD beliau dibacakan oleh exco kerajaan Pualu Pinang, Phee Boon Poh yang juga mempunyai pertalian darah dengan ahli perniagaan itu. Lim berkata Phang tidak membaca SD itu sendiri kerana beliau tidak mahu berjumpa dengan media. |
JIHAD LAWAN DAP: ‘PAS HILANG ARAH TUJU PERJUANGAN’ Posted: 24 Mar 2016 07:30 PM PDT Jihad lawan DAP: 'Pas hilang arah tuju perjuangan'DAP menganggap seruan agar umat Islam sepakat menolak parti itu dengan menggunapakai hujah bersifat perkauman amat memalukan dan terlalu naif bagi seorang pemimpin ulama seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Penolong Setiausaha DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, Abdul Hadi gagal memahami keutamaan apabila negara yang kini berhadapan dengan rasuah melibatkan pemimpin nombor satu negara, sebaliknya beliau menyeru orang Melayu melawan orang Cina dalam DAP. "Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri. "Apa yang diserukan oleh Hadi agar umat Islam sepakat menolak DAP dengan meggunapakai hujah bersifat perkauman pada saya amat memalukan dan terlalu naif. " Ini seolah-olah membawa makna, Pas kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP. "Nada seruan Hadi ini mirip sekali nada yang dilaung-laungkan selama ini oleh Umno dan NGO ultra rasis seperti Perkasa. "Mereka telah lama menjadikan perkara ini sebagai senjata. Anehnya, dahulu (sewaktu bukan Hadi menjadi Presiden Pas) Pas bersama membantu menangkis serangan ini. sekarang berbeza, Pas turut serta memetik picu menembak DAP. ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Sheikh Omar merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada Selasa lalu yang berkata, umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan mengagalkan rancangan DAP yang dikategorikan sebagai parti sekular daripada memerintah negara ini. Abdul Hadi dilaporkan berkata, majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di negara ini Sheikh Omar menganggap Najib dan angkatannya sudah kehilangan perisai untuk berselindung dari dihujani persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat. Ditambah dengan serangan bertubi-tubi Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepimpinan akar umbi serta ahli Umno sendiri, langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera Umno yang diambang karam. "Barangkali, jika pembangkang merasakan inilah masa paling ranum untuk membina 'grand coalition' dikalangan rakyat menolak Najib dan memperbetulkan semula sistem bernegara Malaysia, mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP," ujarnya. Tambah Sheikh Omar lagi, di pihak Umno pula peluang mensensasikan penampilan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan pemimpin senior DAP Lim Kit Siang yang telah sama-sama menandatangani Deklarasi Rakyat pada 4 Mac 2016 lalu juga merupakan usaha untuk membantutkan gelombang kemarahan rakyat terhadap dirinya. "Mendapatkan Hadi dan menjadikan Pas sebagai rakan sekutu (walaupun tidak sekapal) dapat mengukuhkan lagi skrip untuk menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara dan 'parti kafir' yang wajib ditentang oleh umat Islam seluruh dunia! "Najib tahu, menguasai Pas menerusi Hadi tidaklah sesukar berhadapan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Jika tidak, masakan di era kepimpinan Hadi dalam Pas terbitnya 'seruan jihad' kepada umat Islam agar menolak DAP. "Namun pada saya seruan Hadi adalah suatu kesilapan besar yang mencalarkan imej beliau sendiri dan parti Islam. Ia seolah-olah memperlihatkan Islam sebagai suatu agama yang menyeru kearah prejudis dan menyemarakkan api perkauman sempit antara rakyat. "Lebih malang lagi, beliau sebagai seorang individu yang berstatus ulama gagal menyeru rakyat khususnya umat Islam agar menjadi agen kepada kerukunan negara yang sebenar berteraskan roh kebenaran, keadilan dan silaturrahim tanpa mengenal warna kulit sepertimana yang digagaskan oleh Islam. "Tidak perlulah kita ungkapkan kembali dosa dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Umno terhadap tokoh-tokoh pejuang tanah air, termasuklah ahli-ahli parti Hadi sendiri yang pernah dipenjara, ditembak mati dan sebagainya. "Semoga kita dapat melihat sesuatu yang benar itu sebagai kebenaran dan diberi kekuatan untuk mengikutinya. Dan melihat sesuatu yang batil itu sebagai kebatilan dan dikurniakan kemampuan untuk menjauhinya." jelasnya. |
Posted: 24 Mar 2016 12:47 AM PDT Di tengah sepi malam Penjara Sungai Buloh itu seperti tertegun Seolah-olah bertanya Apa sebenarnya yang telah berlaku Tembok batu dan besi itu tidak mengerti apa-apa Bahawa di dalamnya ada Anwaar Ibrahim. Kini genap setahun, 10 Februari lalu DS Anwar Ibrahim mendekam Dalam penjara Sungai Buloh Maka penjara itu menjadi masyhur Kerana Anwar di dalamnya Demikian hebatnya. . Di sinilah aku teringat kata-kata Mahatma Ghandi "You can arrest me, you can jail me But you cannot defeat me." Demikianlah Anwar boleh dipenjarakan Tetapi tidak mungkin dapat dikalahkan Sebab perjuangan itu sendiri adalah kemenangan. Di luar penjara itu bersama angin malam Ribuan berikrar meneruskan perjuangannya Dan Anwar tidak keseorangan Pejuang besar ini simbol sebuah ketabahan Yang tidak akan terpadamkan Bahawa perjuangan itu tidak pernah sia-sia. Kepada DS Wan Azizah Dan anak cucu tersayang Kamu menjadi keluarga mulia Mungkin satu dalam sejuta Kerana telah membayar dengan mahal Harga perjuangan itu. Ketabahanmu dan anak cucumu Sangat luar biasa, tiada tandingan Bagai gunung yang demikian teguh Kerana engkau telah membina kekuatan ini Sejak lama dulu Menyebabkan tidak akan terkalahkan. Kini ketika negara dalam kemelut tiada hujungnya Ketika yang benar dikatakan salah Yang salah dikatakan benar Rakyat seperti terdengar kembali bisikanmu, Anwar Bahawa kezaliman itu akan berakhir juga Tunggulah saatnya. Abdul Shukur Harun Subang Jaya 10 Februari 2016 |
Ekonomi tidak menentu: Najib takut bubar Parlimen? Posted: 24 Mar 2016 12:34 AM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat tidak akan mempunyai keberanian membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini ekoran situasi ekonomi negara yang tidak menentu, kata Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata, Najib perlu berfikir banyak kali untuk tujuan tersebut bagi menyelamatkan diri, parti serta barisan kepimpinan yang diketuainya. "Seorang perdana menteri tidak akan melakukan kejutan dengan menamatkan pemerintahannya melalui pilihanraya mengejut atau 'snap election' ketika keadaan ekonomi melembap dan negara dalam pelbagai keberantakan. "Tambahan jika semua angkara itu ada hubungkait dengan diri perdana menteri," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Mengimbas Belanjawan Pakatan Harapan 2016 dengan tema 'Mengelak Krisis' atau 'Averting A Crisis' yang meramalkan kegawatan ekonomi akan bermula suku ketiga tahun ini, beliau berkata, jangkaan tersebut menyamai Laporan Unjuran Ekonomi oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam. "Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang selalu optimis atau bullish, kali ini mengakui akan hakikat senario suram yang mungkin menjadi lebih gawat lagi ke hujung tahun ini. "Laporan Unjuran (Outlook) Bank Negara semalam meramalkan pertumbuhan akan 'perlahan' ke paras 4.0 hingga 4.5 peratus untuk tahun 2016," jelasnya. Mengulas pertumbuhan tahun 2105 ialah 5.0 peratus yang dipacu oleh permintaan domestik dan merupakan tahun kedua penurunan pertumbuhan berturut-turut, beliau berpendapat implikasi tersebut pastinya besar buat sebuah negara. "Faktor-faktor utama penyebab ini dikaitkan dengan kelemahan harga LNG - Liquefied Natural Gas (Malaysia adalah negara kedua terbesar pengekspot LNG), nilai ringgit yang lemah, penurunan pertumbuhan perbelanjaan isi rumah dan pengurangan pertumbuhan pelaburan swasta serta risiko akibat hutang 1MDB," ujarnya. Selain itu, ujarnya, cabaran ekonomi negara juga dapat dilihat pada jangkaan lonjakan inflasi antara 2.5 peratus ke 3.5 peratus berbanding inflasi 2.1 peratus pada 2015 serta kadar pengangguran pada paras 3.3 peratus pada Disember tahun lalu. "Semua cabaran ini perlu didepani disamping gangguan atau lebih tepat lagi gugatan dari skandal 1MDB, melibatkan dana melebihi AS$11 bilion dan perihal 'derma' AS$700 ke dalam akaun Najib, yang belum terungkai, mengikut laporan Reuters itu Berani Najib membubar Parlimen terdekat ini?" soal Dr Dzulkefly lagi. Dalam hal berkaitan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebelum ini dilaporkan berharap siasatan berhubung 1MDB dapat dilengkapkan sebelum beliau mengakhiri perkhidmatannya April ini. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan