WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA
- PAS BERBAIK DENGAN NAJIB: TUAN IBRAHIM SINDIR HADI?
- ‘ANWAR MAAFKAN SEMUA MUSUH POLITIK’
- ‘PEMIMPIN PAS JUMPA NAJIB LAGI ..PERJUANGAN SIKU LUTUT DAN BERSIMPUH
MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA Posted: 23 Mar 2016 02:39 AM PDT Majalah TIME lapor Malaysia 'Top 5' rasuah di duniaMalaysia sekali lagi terus dikenali di pentas antarabangsa tetapi dalam konteks negatif apabila tersenarai menduduki tempat kedua negara di dunia yang bergelut dengan rasuah. Berada di bawah Brazil dalam senarai yang dikeluarkan majalah TIME versi 'online' itu, rekod tersebut dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditubuhkan Najib Razak pada tahun 2009. Penulis, Ian Bremmer melalui artikel bertajuk, "These 5 Facts Explain the State of Global Corruption" antara lain berkata, hutang 1MDB sebanyak USD11 bilion pada tahun 2015 manakala USD681,000 telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib. Menurut majalah berita mingguan Amerika Syarikat itu, Najib mendakwa dana berkenaan adalah "hadiah" daripada keluarga diraja Arab Saudi dan kira-kira USD620,000,000 telah dikembalikan. "Dua minggu lalu, siasatan 1MDB menemui bahawa jumlah yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib sebenarnya kira-kira USD1 bilion," lapor TIME. Artikel yang meletakkan Afrika Selatan di tangga ketiga diikuti China dan diakhiri Rusia itu turut menyebut Najib telah menyingkirkan Peguam Negara yang telah mengetuai siasatan 1MDB. Tinjauan di laman web TIME hari ini mendapati artikel yang dimuat naik pada 17 Mac lalu itu berada di tempat teratas daripada lima berita dalam senarai "Most Popular Stories". |
PAS BERBAIK DENGAN NAJIB: TUAN IBRAHIM SINDIR HADI? Posted: 23 Mar 2016 02:34 AM PDT Pas berbaik dengan Najib: Tuan Ibrahim sindir Hadi?Penganalisis politik semasa menyifatkan kenyataan terbaharu Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menyindir orang nombor satu parti pembangkang Melayu terbesar itu. Penulis Mohd Sayuti Omar berkata, perlambangan yang digunakan Tuan Ibrahim berhubung desas-desus gabungan dengan Umno itu menunjukkan kecenderungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mutakhir ini berbaik-baik dengan Najib Razak tidak dipersetujui. "Apakah analogi Tuan Ibrahim itu hendak menyindirkan presidennya yang semakin jinak dan galak dengan Najib dan Umno? "Kalau ia berunsur sindir, maka jelas Tuan Ibrahim semacam kurang setuju untuk ikut pakai baju 'sekalor' (sama warna) dengan Najib," ujarnya dalam status Facebook beliau semalam. Terdahulu, Tuan Ibrahim beranalogi lebih baik Pas bubar daripada bergabung dengan Umno. Mengulas lanjut, Sayuti berkata pendapat Tuan Ibrahim itu dilihat agak sama tetapi berbeza dengan pendirian Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. "Tok Guru kata, kalau Umno sedia mengambil Quran dan Hadith sebagai teras perjuangannya, dia sedia bubarkan Pas. "Orang-orang mengaji Arab ini selalu bercakap menggunakan tamsil ibarat dan mantik yang tinggi mutunya," tambah Sayuti lagi yang juga bekas pemilik akhbar politik mingguan Siasah. Foto beberapa pemimpin Pas Pusat yang menghadiri Himpunan 20K Huffaz anjuran Gabungan Huffaz di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini menjadi viral di media sosial. Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz dalam gambar yang tersebar itu dilihat riang ketawa duduk bersimpuh bersama Najib Razak yang berjubah putih. Kehadiran pemimpin Pas yang dikatakan atas jemputan untuk Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) itu menguatkan lagi andaian banyak pihak tentang gabungan Pas dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 nanti. |
‘ANWAR MAAFKAN SEMUA MUSUH POLITIK’ Posted: 23 Mar 2016 02:32 AM PDT 'Anwar maafkan semua musuh politik'Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak menyimpan 'dendam peribadi' terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mahupun dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Saya sudah maafkan semua orang lama dahulu. "Pertarungan saya bukan bersifat peribadi; ia adalah mengenai pembaharuan institusi Saya tidak mempunyai dendam peribadi dengan Mahathir mahupun Najib," kata Anwar kepada Channel News Asia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam ketika beliau muncul sebagai peguam sendiri dalam kes saman fitnah . Februari lalu, Anwar telah disabitkan dengan apa yang didakwanya sebagai rekaan tuduhan meliwat dan dihumban ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman lima tahun. Pada tahun 1998, ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri, Anwar dipecat dan dipenjarakan selepas 'bergeseran' dengan Dr Mahathir yang adalah perdana menteri ketika itu. Walau bagaimanapun, pada awal bulan ini, Anwar menyatakan sokongannya terhadap Dr Mahathir dan menggesa parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan untuk bersama menjayakan Deklarasi Rakyat yang dipelopori oleh seteru politiknya. Beberapa pemimpin utama, dari kedua-dua belah politik dan juga masyarakat awam memeterai deklarasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing yang antara lain menuntut penyingkiran Najib sebagai perdana menteri dan pembaharuan institusi. Najib terpalit dengan skandal kewangan sejak tahun lalu apabila syarikat pelaburan negara, 1MDB yang diilhamkannya sarat dengan hutang sedangkan dana M2.6 bilion didapati berada dalam akaun bank peribadinya. Beliau secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang berkenaan adalah sumbangan politik. Awal tahun ini, Peguam Negara mengumumkan bahawa beliau tidak akan meneruskan tuduhan terhadap Najib selepas mengkaji kertas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung siasatan ke atas perkara itu. |
‘PEMIMPIN PAS JUMPA NAJIB LAGI ..PERJUANGAN SIKU LUTUT DAN BERSIMPUH Posted: 23 Mar 2016 02:29 AM PDT 'Pemimpin Pas jumpa Najib lagi …By: PentadbirParti Islam Se-Malaysia (Pas) memberitahu rakan-rakannya agar jangan bimbang dengan pertemuan pemimpin mereka dengan Datuk Seri Najib Razak di majlis Himpunan 20K Huffaz malam tadi kerana mereka pergi ke sana untuk mengaplikasikan politik dakwah. "Jangan bimbang sahabat sekelian. Kami pergi ke majlis Himpunan 20K Huffaz adalah untuk memberi sokongan padu kepada pembentukan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Kebangsaan (Pinta) yang di dalamnya lebih 300 buah Maahad Tahfiz bergabung bagi memperjuangkan pusat pengajian tahfiz dan juga kami hadir atas undangan rasmi dari Pinta," tulis Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan melalui facebooknya. Katanya, mereka tidak mengelak dari bertemu Perdana Menteri dalam majlis itu yang juga dijemput untuk merasmikan Himpunan 20K Huffaz tersebut. "Kita akan teguh berprinsip bagi memperjuangkan Islam dan menentang kemungkaran. Kami akan perangi penyakit (ideologi yang salah dan bertentangan dengan Islam), kami tidak memusuhi pesakitnya. Sebaliknya kami akan terus berjuang untuk menegur, mengkritik dan mendidik mereka agar kembali ke jalan Allah SWT," kata Nasrudin. Hubungan PAS dan Umno semakin erat malam tadi apabila pemimpin pertengahannya pula duduk bertemu lutut dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Masjid Wilayah Persekutuan dalam Himpunan 20K Huffaz itu. Ini adalah majlis kedua selepas Najib bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakaian sedondon di Multaqa Alumni Al Azhar sebelum ini. Dalam majlis malam tadi, Najib dilihat bersama Ketua Pemuda Pas Nik Mohd Abduh Nik Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan At Tantawi bergembira di majlis itu. Turut kelihatan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Jamil Khir Baharom. Gambar mereka kini menjadi viral dalam laman-laman media sosial khasnya Facebook dan Whatsapp. Pertemuan ini disambut baik oleh sesetengah para pemimpin bawahan Pas disamping membuat ulasan sinis. Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim pula tidak mengulas panjang tetapi hanya memaparkan gambar itu dengan tulisan ringkas, "Biar gambar yang berbicara…….." Namun begitu, pemimpin Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, pergi lebih jauh dengan menulis, "Ambo cukup gembira melihat pemimpin-pemim parti Pas dan Umno yang dulunya tak leh melitas bayang, kini boleh suka hilai dan bergembira dalam suasana yang penuh Islamik dan ukhuwah tanpa mengira pangkat dan jawatan bersama PM tersayang." Beliau melahirkan rasa kesal kerana, ketika rakyat sedang menderita akibat kebobrokan pemerintah, ketika rakyat sedang meraung-raung menuntut PM Najib turun dari jawatannya kerana pelbagai tohmohan dan salahlaku yang meragukan, mereka bertemu. "Masih ada pemimpin yang tampil dengan imej suci berbalut rupa keulamakan ketawa hilai bersamanya dengan wajah Islam, sedangkan di luar pentas mereka bijak melakonkan dengan menggunakan copong menentang kezaliman dan kerakusan pemerintah. "Hancurnya hati rakyat marhain yang melihat bagaimana ulama masih boleh bergelak ketawa dan bersuka hilai atas rumah Allah di sisi pemimpin yang sedang bergelut dengan berbagai skandal dan tuduhan salahlaku," tulis beliau dalam facebooknya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan