Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[GAMBAR] Ribuan Hadir Ceramah Husam Bersama Mat Sabu Di Kubang Kerian

Posted: 11 Mar 2016 06:28 PM PST

Desak Najib undur suruhan agama kata Husam

Bekas naib presiden Pas Dato' Husam Musa berkata
 usaha mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
 Razak meletak jawatan adalah bertepatan dengan
 ajaran agama Islam.

Menurut beliau perkara ini dinisbahkan kepada tindakan
 nabi SAW yang menyertai peristiwa "Hilful Fudhul" 
semasa baginda masih remaja lagi.

"Dalam peristiwa ini nabi SAW menyertai 
sekumpulan penduduk Mekah yang membuat
 perjanjian untuk membela peniaga yang dianiaya seorang pembesar yang enggan membayar
 hutang," kata beliau di majlis ceramah perdana mantan ahli parlimen Kubang kerian 10 Mac lalu.



Ceramah anjuran sebuah NGO itu diadakan di bandar setelit Pasir Tumboh dan dipengerusikan
 Ahli Parlimen Kubang Kerian Ustaz Baihaki Atiqullah.

Menurut Husam walaupun kumpulan yang membuat perjanjian tersebut adalah terdiri daripada
 penyembah-penyembah berhala baginda nabi tidak teragak-agak untuk menyertainya kerana ia
 melibatkan soal maruah dan integriti.

Beliau yang turut menandatangani deklarasi rakyat yang mendesak Najib berundur menyeru
 orang ramai menyertai kempen ini kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara dan
bertepatan dengan ajaran Islam.

"Dalam kisah hilful fudhul pembesar Mekah itu hanya khianat kepada seorang peniaga sedang
 dalam kes Najib pengkhianatan dilakukan kepada sejumlah rakyat yang begitu ramai," jelasnya.

Beliau mengambil contoh kes Tabung Haji (TH) bagaimana badan yang dimiliki umat Islam itu diperalat
 untuk membeli sebidang tanah dengan harga berganda yang tidak masuk akal semata-mata
 untuk melindungi skandal 1MDB. 

"Berapa ramai pendeposit TH yang dianiayai dan dikhianati dalam kes ini sahaja," soal beliau.

Beliau melahirkan rasa terkejut kerana ada pihak yang mendakwa mendesak PM meletak
 jawatan akan membawa huru-hara dan keadaan anarki.

"Dalam perlembagaan negara kita seorang perdana menteri boleh meletakkan jawatan sebagai 

salah satu kaedah peralihan kuasa yang dibenarkan,"

"Ini telah berlaku kepada Tun Husein Onn, Tun Abdullah Badawi dan Kepada Tun Mahathir sendiri.

 kata beliau.

"Masa mereka ni undur dengan meletakkan jawatan mana ada masalah," kata beliau.

Turut berceramah dimajlis tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)
 Haji Mohd Sabu dan timbalannya, Haji Salahuddin Ayub.- Malaysia Dateline

Peristiwa Hilful Fudhul


Beliau Shallallahu'alaihi Wasallam pernah bersabda: "Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya" (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Seorang pedagang dari Yaman yang berasal dari kabilah Zabid datang ke kota Mekkah membawa barang dagangan. Lalu ada seorang lelaki dari suku Quraisy yang membeli barang darinya. Lelaki ini terkenal akan kekejaman, kejahatan dan kezalimannya. Ia adalah Al 'Ash bin Wa'il As Sahmi, yang merupakan ayah dari sahabat Nabi Amr bin Al 'Ash dan Hisyam bin Al 'Ash radhiallahu'anhuma. Ketika Al 'Ash mendapatkan barangnya dan sudah diletakkan di tempatnya, ia tidak mau membayar kepada si pedagang.

Si pedagang tersebut berusaha minta tolong kepada para penduduk dan pembesar Quraisy untuk membantunya namun usahanya sia-sia. Setelah putus asa, ia pergi ke tengah-tengah Masjidil Haram di samping Ka'bah lalu bersyair:

ياآل فهر لمظلوم بضاعتـه.. ببطن مكة نائي الدار والنفر
ومحرم أشعث لم يقض عمرته .. يا للرجال وبين الحِجر والحَجر
البيت هذا لمن تمت مروءته .. وليس للفاجر المأفـون والغدر

Wahai keturunan Fihr! Tolonglah orang yang perdagangannya dizhalimi
Di tengah kota Mekkah, sementara ia jauh dari rumah dan sanak keluarga
Dalam kondisi berihram, rambut kusut, dan belum menyelesaikan umrahnya
Wahai para pembesar di antara dua batu (hajar Ismail dan hajar Aswad)
Sesungguhnya Baitullah ini hanya pantas untuk orang yang sempurna kehormatannya
Bukan untuk orang yang jahat dan suka berkhianat

Bangkitlah salah seorang pemuka Bani Abdil Muthallib pun datang, namanya adalah Az Zubair. Ia berkata kepada si pedagang: "Aku penuhi panggilanmu dengan membawa solusi. Sungguh kezaliman ini sudah tidak bisa ditahan lagi dan tidak bisa dibiarkan lagi". Lalu Az Zubair bergegas saat itu juga pergi ke rumah salah seorang pembesar Quraisy yang bernama Abdullah bin Jud'an, yang masih ada hubungan kerabat dengan Abu Bakar Ash Shiddiq radhiallahu'anhu. Abdullah bin Jud'an dikenal kemuliaannya dan kedermawanannya. Abdullah bin Jud'an pun bersedia untuk bangkit dan bertindak. Ia pun memanggil penduduk Quraisy dan sekitarnya: "Ayolah para pemuka kota Mekkah, datanglah ke rumahku, kita buat perjanjian yang dapat menolong orang yang terzhalimi dan menghentikan perbuatan orang zhalim".

Panggilan ini diamini oleh banyak orang termasuk para pemuka dari Bani Hisyam, Bani Abdil Muthallib, Bani Asad, Bani Zahrah, Bani Tamim. Juga dihadiri oleh Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam yang ketika itu belum diutus menjadi Nabi dan Rasul namun beliau sudah memiliki reputasi sebagai orang yang digelari Al Amin. Beliau Shallallahu'alaihi Wasallam pernah bersabda:

لَقَدْ شَهِدْتُ فِي دَارِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُدْعَانَ حِلْفًا مَا أُحِبُّ أَنَّ لِيَ بِهِ حُمْرَ النَّعَمِ ، وَلَوْ أُدْعَى بِهِ فِي الإِسْلامِ لأَجَبْتُ

"Aku menghadiri sebuah perjanjian di rumah Abdullah bin Jud'an. Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku pada unta merah kecuali perjanjian ini. Andai aku diajak untuk menyepakati perjanjian ini di masa Islam, aku pun akan mendatanginya" (HR. Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)

Lalu mereka membuat satu perjanjian yang isinya: di Mekkah tidak boleh ada orang yang dizhalimi baik penduduk Mekkah sendiri maupun pendatang kecuali pasti akan dibantu dan kembalikan haknya dari pihak yang menzhalimi. Lalu orang-orang Quraisy menamai perjanjian itu dengan nama Hilful Fudhul, karena disepakati orang para afadhil (orang-orang yang memiliki keutamaan).

Saat itu juga, orang-orang yang menyepakati perjanjian tersebut mendatangi rumah Al 'Ash lalu memintanya memenuhi hak si pedagang dari Yaman. Sejak itu orang-orang yang berada di Mekkah di jamin keamanannya oleh penduduk Mekkah dari segala bentuk kezhaliman. -muslim.or.id







DESAK PM NAJIB LETAK JAWATAN BERTEPATAN TUNTUTAN ISLAM – HUSAM

Posted: 11 Mar 2016 06:12 PM PST

TAMRIN TUMPANG TANYA, ADAKAH KU NAN KAUM KERABAT SULTAN MELAKA?

Posted: 11 Mar 2016 06:08 PM PST


Di sebalik Khairuddin Abu Hassan yang kerap mempertikaikan awalan nama  "Tengku" yang digunakan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar pula melahirkan rasa hairannya dengan gelaran yang dipakai pemimpin UMNO itu.

"Saya berasal dari Melaka, setahu saya tidak ada orang Melaka yang bergelar "Raja"  atau "Tengku"  kerana Kesultanan Melaka sudah berakhir sejak kira-kira 500 tahun dulu lagi," katanya.

Lantaran itu, katanya, beliau benar-benar hairan bagaimana Tengku Adnan yang keluarganya dikatakan berasal dari Tengkera, Melaka ada gelaran "Tengku" tersebut.

"Adakah beliau sebenarnya merupakan keturunan atau ada hubungan darah dengan Sultan Melaka yang sekarang heboh diperkatakan mahu menuntut takhta di negeri itu?" soal Tamrin lagi.

Semalam Khairuddin membidas Tengku Adnan dengan mengatakan Setiausaha Agung UMNO itu tidak layak mempertikaikan kehadiran pemimpin-pemimpin UMNO yang menandatangani Deklarasi Rakyat berikutan gelaran "Tengku" yang digunakannya sendiri adalah palsu.

"Dengan rakyat pun dia menipu dengan menggunakan gelaran palsu, siapa dia untuk mengatakan tokoh-tokoh UMNO yang menandatangani deklarasi itu sebagai kebudak-budakan," kata bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu.
Menurut Tamrin, sebagai pemimpin kanan UMNO dan kerajaan, rakyat berhak mengetahui asal usul dan salasilah sebenar Tengku Adnan kerana ia mencerminkan intergriti dirinya di mata khalayak umum.

Katanya, beliau juga ada mendengar cakap-cakap bahawa Tengku Adnan menambah  gelaran "Tengku" pada awalan namanya dan nama bapanya hanya selepas berkahwin dengan kerabat Diraja Pahang.

"Saya tidak mengetahui dengan pasti perkara itu, tetapi jika ianya benar, adakah nama datuk dan moyangnya juga ditambah dengan gelaran "Tengku" sama?" tanya Tamrin lagi.

Apa pun, menurut Tamrin, untuk mengelakkan perkara itu terus menjadi bualan rakyat, ada baiknya Tengku Adnan sendiri tampil menjelaskannya kepada umum.

Bagi Tamrin, jika asal usul dan keturunan sendiri pun sentiasa diragui, bagaimana Tengku Adnan sebagai pemimpin dapat meyakinkan orangramai tentang setiap butir kata-kata dan tindakannya? (SH 11/03/2016).

Malaysia perlu alternatif baru ekonomi, jangan terlalu bergantung dengan minyak

Posted: 11 Mar 2016 06:05 PM PST


yeo bee yin is
PETALING JAYA, 12 MAC: Sudah tiba masanya kerajaan mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap sumber minyak mentah dan mencari sumber alternatif baru untuk menampung keperluan negara, selain langkah berjimat-cermat dalam setiap perbelanjaannya.
"Malaysia harus bingkas daripada kemelut ekonomi yang melanda sebelum ia memusnahkan negara kita," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin.
Menurutnya, tempoh kejatuhan harga minyak mentah pada masa ini sewajarnya menjadi waktu yang tepat untuk menyedarkan Putrajaya bagi menggerakkan ekonomi negara lebih daripada sekadar penghasilan minyak.
Lebih membimbangkan, ujar beliau, dengan jangkaan harga minyak rendah secara berpanjangan, Petronas mungkin terpaksa menggunakan simpanannya untuk membayar dividen kepada Putrajaya bagi menampung keperluan kerajaan.
"Pada tahun 2008, kejatuhan ekonomi turut diikuti lonjakan harga minyak, yang memberi faedah dan keuntungan kepada Petronas. Justeru, ia mampu membantu ekonomi negara di tengah-tengah kejutan ekonomi itu. Tapi sekarang ini keadaan sudah berbeza," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada laporan media 29 Februari 2016 tentang Petronas mengalami penyusutan keuntungan sebanyak 56 peratus, iaitu RM21 bilion pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 dengan penguncupan harga minyak mentah sehingga 75 peratus sepanjang 18 bulan lalu daripada USD110 setong kepada USD35 setong saat ini.
"Paling mustahak, berapakah jumlah yang mampu ditampung Petronas sebelum ia sendiri tidak dapat menampung kedudukannya?" soalnya.
Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Sosialis Muda DAP (DAPSY) berkata, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengambil alih pentadbiran kerajaan bermula 2009, sebanyak RM426 bilion telah dipungut sejak 2009 sehingga 2014 daripada Petronas dalam bentuk dividen, cukai, tunai dan duti eksport.
Katanya, kerajaan telah mengutip sekitar 50 peratus atau RM426 bilion daripada jumlah terkumpul sumbangan Petronas kepada Putrajaya sejak ia ditubuhkan pada 1974 sehingga 2014 iaitu sebanyak RM881 bilion.
"Namun, bagaimanakah sumbangan minyak ini diterjemahkan kepada faedah-faedah nyata kepada orang awam? Apa yang dapat kita lihat sekarang ialah belanjawan buncit Putrajaya sedangkan rakyat Malaysia sedang sengsara akibat cukai tambahan dan pemotongan subsidi melampau dalam semua segi," ujar beliau.
Katanya, Laporan Tahunan Petronas menyatakan RM74 bilion telah dipungut pada tahun 2009, RM57.6 bilion bagi tahun 2010, RM65.7 bilion pada 2011, RM80 bilion pada 2012, RM73.4 bilion pada 2013 dan RM75.3 bilion pada tahun 2014. – Roketkini.com
 jadual story bee yin

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT