Rabu, 9 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ahmad Said Dakwa Simpan Rahsia Besar Najib

Posted: 09 Mar 2016 12:43 AM PST

Saya simpan rahsia besar Najib – Ahmad Said

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa beliau menyimpan satu rahsia besar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian lapor FreeMalaysiaToday.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, jika rahsia itu didedahkan, ia boleh memalukan Najib dan rakyat.

"Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri (Najib Razak).


"Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu 'terhutang," katanya kepada FMT.

Ahmad berkata, disebabkan rahsia besar itu beliau berjuang habis-habisan dan sanggup mengorbankan dirinya, semata-mata untuk menyelamatkan rakyat di Terengganu.

Diminta menjelaskan lebih lanjut rahsia besar itu, Ahmad berkata, beliau hanya akan mendedahkan rahsia itu selepas melihat reaksi dan komen-komen pemimpin UMNO terhadap dirinya termasuk daripada Najib sendiri.

"Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor).

"Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina," katanya.

Semalam, Ahmad mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif kerana berkata usul itu dibuat tanpa notis sekaligus melanggar peraturan DUN.

Portal bicara.news melaporkan bahawa pada sesi petang, kelibat Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan di dalam Dewan.

"Ketiadaan Hadi telah mengambarkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara yang dibuat oleh Adun Kijal tersebut dan beliau tidak menghadirkan diri dalam dewan," lapor portal berkenaan.

Pembangkang (PAS) mempunyai 14 kerusi dun dan PKR satu kerusi tidak mungkin jika undian dibuat akan berpihak kepada pembangkang kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 kerusi dun, tambahnya.

Jika ianya ditolak dengan kerusi dun Kijal maka BN mempunyai 16 kerusi dan 14 kerusi di pihak pembangkang dimana satu kerusi dimiliki Abdul Hadi Awang dari Rendang.

PAS kononnya tidak sabar untuk mentadbir negeri Terengganu dengan menyebarkan kepada ahlinya bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.

ULASAN GB

Tetapi Presiden PAS sendiri tak datang untuk mengundi sokong tidak usul Ahmad Said berkenaan, bagaimana kata ahli-ahli PAS bahawa PAS akan mengambil alih Terengganu hari ini dengan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif?

[VIDEO] Mukhriz: Najib Akui Belanja RM1.5 Bilion Untuk PRU13

Posted: 08 Mar 2016 08:10 PM PST

Najib akui BN belanja RM1.5 bilion untuk kempen PRU13, dedah Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan satu perjumpaan Pengerusi-Pengerusi Umno Negeri dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mengakui telah membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu daripada derma RM2.6 bilion yang diterimanya.

Dalam majlis tersebut Mukhriz telah bertanya mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebaliknya Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyampuk.


"Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan pengerusi- pengerusi Umno negeri dengan presiden parti. Saya hadir sama dan semua pengerusi perhubungan pun ada sama.

"Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agung Ku Nan pula yang menyampuk (bila) presiden tak jawab.

"Dia (Ku Nan) kata sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

"Tiba-tiba presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya (Najib) pada PRU13, kita telah belanja RM1.5 bilion!

"RM1.5 bilion! Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu, sebab saya kata 1.5 bilion dan kita kalah tujuh kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12 banding zaman Pak Lah dulu," ujar Mukhriz menjawab balas jawaban Perdana Menteri.

Menurut Mukhriz lagi Ku Nan pernah berkata kepadanya, "dia orang muda".

"You tahu apa, you orang muda lagi. Dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah.

"Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah," balas Mukhriz kepada Ku Nan dalam pertemuan tersebut.

Justeru kata Mukhriz lagi beliau mula mempersoalkan ke mana jumlah RM1.5 bilion itu digunakan.

"Saya duk fikir balik 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan.

"Dulu kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

"Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan RM2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik kat Arab tu?" soal Mukhriz.

Malah kata Mukhriz lagi, "daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka ni semua tak betul.

"Bohong punya bohong dah jadi bertimbun-timbun, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100% tak betul," kata Mukhriz.

Ucapan Mukhriz ini dipetik dalam satu blog pro-Mukriz hari ini ketika beliau berucap dalam satu majlis bersama Ketua-ketua Cawangan dan ahli Umno sekitar Kota Bahru semalam.

Blog itu menyebut selama ini rakyat didedahkan dengan derma RM2.6 bilion kononnya telah dipulangkan RM2.03 bilion kepada penderma yang membawa maksud Najib hanya berbelanja RM600 juta sahaja.


Dengan pendedahan Mukhriz itu menunjukkan Umno-BN telah membelanjakan RM1. 5bilion untuk PRU13.

Angka ini membawa kemungkinan Perdana Menteri menerima derma lebih daripada RM2.6 bilion seperti apa yang didedahkan Mukhriz.

Jumlah RM1.5 bilion itu seolah-olah selari dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa jumlah dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib telah meningkat daripada angka asal USD681 juta kepada USD1 bilion. -Malaysia Dateline

Tiada ulasan: