Jumaat, 4 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Bertanding Nak Lawan Siapa Dalam Pilihanraya?

Posted: 05 Mar 2016 12:30 AM PST

PAS tak sertai Dr Mahathir tumbangkan Najib, mahu jadi 'blok ketiga'

PAS tidak akan menyertai majlis menandatangani perisytiharan bagi menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri, yang dijangka berlangsung esok atas inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu lebih selesa menjadi "blok politik ketiga" dalam mengubah kepimpinan negara.




"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan dan gerakan tersendiri khususnya melalui blok politik ketiga, ke arah mengubah kepimpinan negara melalui saluran demokrasi dan berperlembagaan," kata Takiyuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS memilih jalan menyembah cadangan kepada Majlis Raja-raja agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dana politik RM2.6 bilion dan isu semasa yang lain.

"PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara."

PAS juga mencadangkan agar Parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan bagi membentuk kerajaan baharu.

Siang tadi, Pakatan Rakyat juga menjarakkan diri daripada majlis perisytiharan menuntut penyingkiran Najib esok kerana gabungan pembangkang itu mahukan reformasi menyeluruh sistem politik tanah air dan bukan sekadar menggantikan seorang perdana menteri semata-mata. -TMO


Kenapa PAS mahu satu liang lahad dengan UMNO? – Khairuddin

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diselar kerana mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO yang sudah ditolak rakyat dan hampir karam.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, tindakan Hadi itu tidak cerdik kerana mahu bekerjasama dengan UMNO di saat parti Melayu itu berada di tahap paling teruk.

"Saya agak hairan sikit dengan pembacaan serta pendirian politik Presiden PAS di dalam menzahirkan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

"Dulu Hadi Awang tolak mentah-mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO!! Tapi kini di saat imej UMNO berada pada tahap yang paling teruk ditolak oleh rakyat jelata, Hadi tunjuk sikap intim pula dengan UMNO.

"Saya rasa Presiden PAS tidak sedar bahawa beliau juga berkemungkinan sedang nak menurunkan keranda PAS bersama keranda UMNO ke dalam satu liang lahad," katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam masa sama, bekas ahli UMNO itu berkata, tindakan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS kecewa.

Katanya, PAS akan menjadi lebih kuat dan imejnya bertambah baik sekiranya parti Islam itu berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana parti politik dalam negara.

"Bagi saya Hadi telah memilih jangka waktu yang salah untuk PAS menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

"Silap langkah keranda PAS bakal diturunkan secara bersama dengan keranda UMNO ke dalam liang lahad yang sama," katanya lagi.
-FMT



PAS di mana, di sini atau di sana?

Saya merujuk kenyataan dikeluarkan presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.3) di Terengganu 27 Februari lalu yang menggambarkan bahawa beliau hanya anti kepada parti Umno, bukannya orang Umno.

Bahkan atas niat apa sekalipun, sebuah akhbar telah memetik sedutan ucapan Hadi dan memberikan gambaran bahawa PAS bersedia menjadi pendukung kuat kepada BN sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Pada pandangan saya, kebijaksanaan rakyat hari ini tidak boleh sama-sekali dipandang enteng oleh mana-mana pihak, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada pada zaman 'langit terbuka'.

Maklumat boleh diperoleh di mana-mana dan daripada pelbagai sumber.

Rakyat mampu menilai dan membuat analisis terhadap apa sahaja kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin.

Sekalipun presiden PAS menyatakan bahawa beliau tidak menolak orang Umno sebaliknya hanyalah menolak parti Umno, ia tidak akan sama sekali dapat 'mengelabukan' kebijaksanaan rakyat dalam menilai pelbagai maksud dan niat yang mungkin di sebalik kenyataan seperti ini.

Persoalan dan keresahan kita pada hari ini adalah terhadap ketidaktentuan politik yang dipacu oleh kerajaan semasa pimpinan Datuk Seri Najib Razak akibat pelbagai skandal yang akhirnya menekan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Hanya dua pilihan

Saya berpandangan, apa yang penting bagi rakyat pada hari ini adalah kezaliman serta ketidakadilan sistem ekonomi dan sosial yang menghimpit hidup rakyat mestilah ditamatkan segera.

Dengan apa juga hujah sekalipun yang diguna pakai oleh PAS dalam menanggapi kemelut politik yang diterajui Najib - tidak kira sama ada menolak Umno atau Najib sendiri - hanya ada dua sahaja jalur pilihan jelas menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu sama ada berkompromi dengan kerajaan hari ini yang telah meranapkan keseluruhan sistem bernegara sehingga memangsakan rakyat atau bersama menggembleng tenaga dalam gelombang rakyat melawan pemimpin korup serta salahguna kuasa yang menyebabkan negara berada dalam bahaya.

Kenyataan presiden PAS jelas sekali berpunca dari persoalan adakah beliau akan turut serta dalam himpunan 'anti-Najib'?

Jawapan beliau adalah "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik".

Namun soalnya, orang Umno sendiri pada hari ini telah jelas terbahagi kepada dua kelompok.

Kelompok pertama ialah yang menyokong Najib, kelompok kedua adalah yang mahukan agar Najib turun dari tampuk kuasa.

Umno yang mana satu?

Jika saya boleh melontarkan soalan kepada presiden PAS, beliau mahu berbaik dengan anggota Umno dari kelompok yang mana satu?

Respon diberikan oleh presiden PAS pada saya menggambarkan kekaburan PAS dalam menempatkan diri di saat kemarahan rakyat terhadap perdana menteri kian memuncak.

Ini termasuklah daripada kalangan orang Umno sendiri. PRU ke-14 bakal tiba kurang lebih dua tahun sahaja dari sekarang.

Saat keadaan kian meruncing, ditambah dengan beberapa langkah drastik diambil oleh tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan disusuli beberapa tokoh lain, dinamika politik Malaysia bakal mengalami perubahan yang besar.

Justeru, saya katakan bahawa kenyataan dikeluarkan oleh presiden PAS hanyalah akan memudahkan lagi rakyat untuk menilai PAS serta membuat perhitungan tuntas dalam PRU akan datang bagi memastikan negara ini kembali bergerak mengikut arah tuju yang betul.
-Sheikh Omar Ali.


ULASAN GB

Sebenarnya PAS ini semasa pilihanray dia sebelah mana dan nak lawan siapa?

Perjuangan di dalam pilihanraya yang akan datang akan bertuumpu kepada Pakatan harapan melawan Barisan Nasional. Tiba-tiba terselit pula PAS, sebagai "blok ketiga". Blok ketiga ini untuk menangkan siapa dan nak tumbangkan siapa?

Jika ia berkata nak lawan kedua-duanya, PH dan BN, itu kata-kata orang gila. Kerana jika demikian PAS wajib bvertanding semua kerusi di dalam pilihanraya. Logikkah itu. Jika tak logik maka itulah sebab mengapa dikatakan blok ketiga adalah blok orang gila. Jika logik maka, mampukah PAS untuk bertanding semua kerusi jika taK ada funding dari luar partinya?

Sekalipun ada dana, berkemampuankah PAS untuk menang kecuali untuk menjadi parti pengacau dan pemecah-belah yang kelak hanya akan memenangkan BN?

Oh lupa, PAS tak anti orang UMNO, cuma anti-UMNO. Tapi yang bertanding mewakili UMNO ialah "orang UMNO". Jadi PAS takkan lawan orang UMNO. Mana-mana UMNO bertanding maka PAS tak akan bertanding. Maknanya PAS dan orang UMNO akan bersatu melawan PH.

Dan lagi, PAS bertanding bukan untuk menang dan bukan untuk rampas kuasa. Tapi untuk menjadi Penasihat kepada UMNO BN. Jika demikian, nampaknya lebih elok PAS isytiharkan saja bergabung dengan UMNO. Jadi rakyat tidak lagi terkeliru dengan stail politik PAS yang sudah jauh kesasar. Sekarang pun sudah boleh jadi Penasihat, tak perlu tunggu pilihanraya. Tak gitu? \

Tiada ulasan: