Khamis, 3 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Himpunan 27 Mac Bukan Sekadar Undurkan Najib

Posted: 03 Mar 2016 12:32 AM PST

Jangan hanya lawan Najib, laksanakan reformasi - Dr Mujahid

Amanah tidak mahu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menentang perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebaliknya menyokong usaha mereformasi sistem pentadbiran negara.

Naib presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, bukan sesuatu yang baharu apabila Dr Mahathir menentang Najib kerana Pakatan Harapan (PH) dan sebelum itu Pakatan Rakyat (PR) sudah lama berbuat demikian.


"Apakah ini hanya tentang Najib? Tiada yang baharu kerana PR dan PH selama ini telah pun menyebut demikian tapi tidak berlaku apa-apa malah kami mahu perubahan struktural, tuntutan Bersih contohnya dan lain-lain," kata Mujahid kepada Dr Mahathir seperti yang ditulisnya dalam catatan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Perdana Isnin lalu.

Dalam sidang media di Wisma Amanah semalam, Mujahid berkata tiada sebarang perbincangan serius antara Amanah dan Dr Mahathir sebaliknya hanya bersetuju dengan Dr Mahathir yang ingin bersama-sama membaiki sistem pemerintahan negara ini.

"Sebagai wakil rakyat, ahli Parlimen legislatif, kami merasakan ia suatu yang perlu diambil perhatian. Itu sahaja, tidak ada yang lebih daripada itu," jelasnya.

Menulis dalam catatannya, Mujahid berkata, Dr Mahathir menyatakan kekesalan terhadap Najib.

"Saya ingat dia oghang baik, tapi la ni dah jadi teghuk sangat dahhh... menyesai saya sokong dia dulu," kata Dr Mahathir dalam loghat Kedah.

Mujahid berkata, beliau berasa terpanggil untuk bertemu Dr Mahathir kerana seruan bekas perdana menteri ke-4 itu agar melupakan kepentingan parti demi menyelamatkan negara belum pernah disuarakan sebelum ini.

"Hari ini Tun M menjadi penentang tegar Najib kerana menganggap PM 1Malaysia telah menjadi terlalu berkuasa dan telah membahayakan masa depan negara.

"Saya terpanggil bertemu dengan Tun M apabila seruan beliau melupakan kepentingan parti dan bersatu selamatkan Malaysia belum pernah diucapkan sebelumnya ketika dia menentang Pak Lah. Isu Pak Lah adalah masalah dalaman Umno tapi nuansa penentangannya terhadap Najib adalah soal negara," katanya yang juga ahli parlimen Parit Buntar.

Justeru kata Mujahid, beliau menunggu gelombang baharu Dr Mahathir yang dimulakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

"Pertemuan hampir dua jam itu takkan saya lupa kerana sejurus pertemuan dengan kami, Tun M mengisytihar dirinya dan Tun Asmah keluar meninggalkan Umno.

"Saya menanti-nanti gelombang baru yang Anwar Ibrahim telah mulakan, apakah Tun M menyambung usaha reformasi DS Anwar sebagai menebus 'dosanya' yang lampau? Kita menanti penuh debar perhimpunan 27 Mac nanti," katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud selain naib presiden PKR, Tian Chua dan bekas ahli parlimen Batu Berendam Tamrin Ghafar. - Malaysia Dateline

Ketua Penerangan PAS Kena Belasah Kaw-Kaw Dengan Netizen

Posted: 02 Mar 2016 09:40 PM PST

'PAS tak hadir demo anti-Najib kerana politik matang'

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini membela Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memutuskan untuk tidak hadir dalam perhimpunan anti-Najib 27 Mac depan.

Nasrudin berkata, tindakan Abdul Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang kini sedang diterajui PAS.

Katanya, PAS kini menjalankan politik berteraskan orientasi yang berasaskan prinsip dan dakwah yang menolak politik kebencian dan emosi.

Malah, beliau menjelaskan, PAS juga memilih kaedah demokrasi untuk menaikkan atau menjatuhkan seseorang pemimpin.


"PAS menolak budaya anarki. Perlu disedari semua bahawa politik PAS adalah untuk menyelamatkan ummah dengan Islam yang dijulang dan syariat yang diperjuangkan.

"Justeru itu, PAS tidak memusuhi individu sebaliknya apa yang dimusuhi PAS ialah ideologi, dasar dan sistem yang bertentangan dengan syariat Islam," kata Nasrudin dalam kenyataannya hari ini.

Sambil memberikan contoh bahawa parti Islam itu umpama doktor yang menerima dan merawat pesakit kronik, Nasrudin berkata seorang doktor hanya memerangi penyakit dan bukan pesakit.

Anggota parlimen Temerloh itu juga turut memberi contoh syarikat dan pemandu bas bagi menjelaskan tentang sistem penukaran pemimpin.

Katanya, jika kenderaan rosak, pertukaran pemandu tidak akan memulihkan bas tersebut namun dengan memilih kenderaan serta pemandu yang bagus ia dapat memastikan destinasi yang ingin dituju tiba dengan selamat.

"PAS sejak awal telah menawarkan kenderaan yang baik dan pemandu yang berhemah kepada publik untuk menuju destinasi yang masih jauh. Marilah sertai PAS dengan kenderaan dan pemandunya yang baik.

"Usah terpedaya dengan piket yang dianjurkan kononnya mereka memerlukan pemandu yang baru, walhal kenderaan itu mengalami kerosakan enjin yang teruk.

"PAS tidak mahu mengambil risiko menyeret negara ke arah anarki yang hanya merosakkan kestabilan politik, menjahanamkan ekonomi serta menyengsarakan rakyat yang sedia susah," katanya lagi.

Hadi semalam dilaporkan berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan perhimpunan tertutup 1,000 orang bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac depan. -mk

klik imej untuk bacaan yang lebih jelas




ULASAN GB

Hmmm, nampaknya GB tak payah ulas panjang. Rata-rata ralyat tolak kenyataan Ketua Penerangan PAS tersebut.

PAS sebenarnya tidak layak lansung untuk bersama rakyat kini. Politik matang? Bila Presiden kata tak sertai demo itu politik matang. Habis apa pasal sertai demo masa bantah TPPA dahulu? Dan ketidak-matangan PAS malah sifat kebinatangan PAS terselah di hari tersebut. Ia digunakan untuk memaki hamun AMANAH. Orang suruh berdemo anti-TPPA, PAS berdemo untuk anti-AMANAH. Boleh baca di: Demo Anti-TPPA Dicemari Dengan Maki-hamun PAS Terhadap AMANAH

Cukup-cukuplah..... PAS yang sudah tidak layak untuk perjuangkan hak dan nasib rakyat. PAS yang sebenarnya tidak matang dan insyaAllah, bak kata Datuk Khairuddin Hassan, PAS sedang menggali kuburnya untuk bersemadi bersama UMNO didalamnya.

Tiada ulasan: