Jumaat, 25 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mahkamah Arah Defenden & KPN Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Keluarga Aminulrasyid

Posted: 25 Mar 2016 01:04 AM PDT

Mahkamah arah defendan, termasuk IGP bayar RM414k

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan defendan, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu.

"Hakim memutuskan bahawa plaintif (ibu dan kakak Aminulrasyid) berjaya membuktikan bahawa defendan bertanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid.


"Dalam erti kata lain, plaintif berjaya memenangi kes terhadap kerajaan berhubung tembakan polis yang membunuh Aminulrasyid enam tahun lalu," kata peguam N Surendran kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan oleh Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Ganti rugi RM414,800 termasuk RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos RM50,000.

Saman berkenaan difailkan pada 17 April 2013 oleh kakak remaja itu, Nor Azura, 46, atas kapasiti sebagai pentadbir harta Aminulrasyid, bersama ibunya, Norsiah Mohamad, 67, masing-masing sebagai plaintif pertama dan kedua untuk menuntut ganti rugi atas alasan kecuaian Koperal Jenain Subi, 54, dan tiga yang lain.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata pihak plaintif berjaya membuktikan bahawa Jenain merupakan anggota polis yang melepaskan tembakan ke arah kereta dinaiki Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di Shah Alam pada pagi 26 April 2010.

"Kita sedia maklum bahawa memang anggota polis diberi kuasa untuk ambil tindakan cegah jenayah dan sebab itu mereka dibekalkan dengan senjata. Kita tidak mempertikai perkara itu tetapi semua kuasa ada hadnya, bagaimana ia (senjata) digunakan.

"Jadi dalam kes ini, tindakan polis adalah terikat dengan IGPSO (Perintah Tetap Ketua Polis Negara) dalam keadaan manakah mereka dibenarkan untuk lepaskan tembakan.

"Dalam keterangannya, defendan pertama (Jenain) memberitahu tujuan beliau lepaskan tembakan adalah untuk berhentikan kereta BET 5023 (yang dinaiki Aminulrasyid) kerana cara pemanduan yang berbahaya. Dalam kes ini adakah semasa di Jalan Tarian mewajarkan defendan pertama untuk tembak?

"Dalam keadaan jalan yang lengang antara 1 dan 2 pagi, di kawasan perumahan, dalam keadaan Aminulrasyid cuba lari dari polis dan tiada tembakan balas. Dalam keadaan ini, saya berpendapat defendan pertama bertindak berlebihan, cuai dan melulu serta melanggar IGPSO apabila melepaskan tembakan," katanya.

Mengenai tuntutan terhadap defendan ketiga (Khalid), Ahmad Zaidi berkata pihak plaintif telah memanggil wartawan yang melaporkan sidang akhbar oleh defendan ketiga untuk memberi keterangan dan pihak plaintif juga telah memberi notis kepada Khalid, namun pihak defendan memilih untuk tidak memanggil bekas Ketua Polis Selangor itu memberi keterangan.

Menurutnya dalam keadaan itu, beliau mendapati keterangan wartawan berhubung sidang akhbar berkenaan juga dapat dibuktikan.

"Mahkamah dapati plaintif berjaya buktikan tindakan defendan ketiga dalam memberikan sidang akhbar adalah bertujuan untuk cuba menutup kesalahan dilakukan oleh defendan pertama. Defendan ketiga cuba cakap bahawa anggotanya mempunyai alasan kuat untuk menembak Aminulrasyid sebab dia seorang yang dikaitkan dengan jenayah berikutan penemuan parang dalam kereta dinaiki Aminulrasyid.

"Bagaimanapun, tidak dibuktikan bagaimana parang itu ada, apa tujuan dikatakan ada senjata, kalau ia (parang) tiada? Justeru, plaintif telah buktikan wujudnya salah laku kepada masyarakat umum," katanya.

Keluarga Aminulrasyid diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala peguam Zulkifly Omar mewakili Jenain dan Peguam Persekutuan Norhasmanita Abdul Manap mewakili defendan-defendan lain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepaskan dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.

Sementara itu, Norsiah yang ditemani Nor Azura ketika ditemui pemberita berkata keputusan mahkamah hari ini telah membersihkan nama Aminulrasyid sepenuhnya.

"Nama anak saya telah dibersihkan... tiada lagi cacian, umpat dan keji. Saya bersyukur doa saya dimakbulkan Allah," katanya sebak -mk

ULASAN GB

Banyak kali dah GB berpesan, takutlah Allah, takutlah dengan hukum kebenaran dan keadilan dariNya.... bahawa yang benar itu tetap benar yang batil itu tetap batil. Yang benar akan tetap menerima ganjaranNya manakala yang bersalah akan tetap menerima hukumanNya, lambat laun pasti tiba.

GB terbaca status dari Tamrin Abd Ghafar:


PENGAMPU NAJIB JANGAN SOMBONG

Sekuat2 pemimpin tidak sekuat kuasa ALLAH Maha Pencipta .Bermula dengan kebongkakan Firaun sehingga kezaman ini. Kita lihat apa jadi kpd Shah Iran (Raja segala Raja) , Soeharto, Marcos, Saddam , Ghadaffi , Mubarak , Taksin dan ramai lagi. Mereka semua kaya raya dengan harta rompakan tapi bila sampai masa nya ALLAH SWT tarik semuanya. Mereka tersungkor dng seaib2nya.

Masa Najib akan sampai walaupun hari ini dia "Cash Is King".

Sebahagian besar pemimpin2 UMNO yg selalu kelaparan ditaburkan dedak seperti ayam dibelakang rumah. Kita tunggu dan lihat kemana akan perginya anak2 ayam nanti apabila dedak tidak diberi lagi apabila penabur dedak disangkarkan pula.

Nasihat saya kepada pengampu2 Najib janganlah terlalu bongkak dan sombong dan bermegah2 dng kekayan dari hasil rompakan itu

MASANYA PASTI TIBA

Tamrin Tun Ghafar
Khamis 24/03




Lebih Ramai Bangkit Tempelak Hadi Yang Hidup Seakan Bawah Tempurung...

Posted: 24 Mar 2016 06:36 PM PDT

Hadi seakan bawah tempurung, mengelamun dalam dunia sendiri

PETALING JAYA: Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik pengetahuannya.

Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.


"Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO yang diambang karam," kata Sheikh, yang menambah; "mungkin bagi Hadi inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang Cina-kafir DAP!"

"Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat sebaliknya melawan DAP," kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat mereka memerintah negara.

Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.

Namun, tindakan Hadi itu dikatakan telah mencalar imej partinya dan memperlihatkan Islam sebagai agama yang menyeru kearah prejudis. Bagi DAP,

Hadi sebagai ulama gagal menyeru umat Islam agar menjadi agen kerukunan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan tidak mengenal warna kulit.

Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya sebagai selaku pemimpin kanan parti Islam berbanding Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ibarat 'jauh panggang dari api'.

"Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.

"Hudud bukanlah isu baru yang dibangkitkan untuk memecahkan pakatan pembangkang," kata Sheikh, malah implikasi permainan isu hudud mudah dijangkakan namun PAS masih terjerumus; "pakatan pembangkang bergolak sebaliknya UMNO dapat terus menyambung hayatnya memerintah negara." -TMI


Anina turut tempelak Presiden Pas takut berkata benar

'Wanita besi', Anina Saadudin yang dikenali secara terbuka menyerang Perdana Menteri Mohd Najib Razak ekoran kontroversi derma RM2.6 bilion secara langsung turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas ahli wanita Umno Langkawi itu menerusi status Facebook beliau petang ini menyelar golongan agamawan sama ada berada di dalam mahu pun diluar kerajaan yang takut memperjuangkan kebenaran.

"Simpan sahaja jubah, serban, tudung beribu ringgit mahupun janggut jika anda mendustai tanahair sendiri.

"Jika anda berada dalam kerajaan, parti pemerintah atau menjadi Presiden Parti Islam tetapi anda takut berkata benar demi pangkat, kuasa, kemasyhuran, maka sia-sialah nikmat Allah kepada anda," bidasnya.

Sambil menegaskan tidak perlu mereka terbabit mengemukakan alasan kepada beliau sebaliknya jawablah di hadapan Allah, Ainina turut mengecam golongan berpendidikan dan berpangkat tinggi yang mengambil sikap berdiam diri dengan krisis kepimpinan pada masa ini.

"Simpan sahaja sijil dari Mesir, Madinah, Morocco, Harvard, Oxford atau dari bulan sekalipun. Simpan sahaja pengalaman dalam parlimen walau berpuluh tahun anda mereput di dalamnya.

"Simpan sahaja pangkat Tan Sri, Dato Seri, Dato, Puan Sri, Datin Seri, jangan bangga di hadapan saya jika anda pendusta dan pengecut untuk tanahair sendiri," tegasnya.

Menurut wanita berusia 40 tahun ini, tiada apa yang beliau takutkan dalam perjuangan bahkan tidak akan berundur walau setapak kerana jihadnya hanya pada Allah demi bangsa, agama dan negara.

"Jangan bimbangi saya. Allah tidak lahirkan saya oleh ibu saya di benua Afrika atau benua Eropah atau di tempat-tempat lain. Allah takdirkan saya lahir di negara ini, MALAYSIA.

"Terlalu banyak nikmat-Nya untuk saya termasuk pancaindera, anak-anak, keluarga, kawan-kawan yang sayangi saya serta wang ringgit yang mencukupkan kehidupan.

"Jika Allah takdirkan untuk saya pada saat ini, dalam perjalanan hidup saya untuk sampai masanya memenuhi tuntutan sebab kenapa saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, maka saya akan korbankan jiwa dan raga untuk bangsa, agama dan negara saya," jelasnya.

Anina serta dua plaintif lain termasuk Tun Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan semalam menfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi salah laku (tort misfeasance) dalam jawatan awam dan kemungkiran kewajipan fidusiari dalam menjalankan tanggungjawabnya.

"Bukan salah parti Umno yang memerdekakan negara, membangunkan negara fizikal dan ekonomi serta memelihara kesepakatan kaum, tetapi salah Najib Razak dan konco-konconya yang menderhakai parti Melayu," tambahnya lagi.

Tinjauan Malaysia Dateline pagi ini mendapati status Facebook tersebut kemudiannya dikongsi lebih 71 netizen selain menerima lebih 1.7k 'likes' sejak dimuat naik semalam.
-MD


ULASAN GB

GB dan banyak kali ulas tentang pendekatan Presiden PAS yang lebih banyak "menhalau" pengundi daripada menarik mereka. tetapi ahli-ahli PAS masih taksub. Ramai yang tidak faham perbezaan wala dan taksub. Akhirnya Haji Hadi semakin jauh dari kebenaran.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal dipinggirkan rakyat dan bakal pupus, digantikan dengan parti Islam yang lain yang amanah, progresif dan peduli.... Parti Amanah Negara namanya!.

Tiada ulasan: