Selasa, 1 Mac 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Hadi Amat Pelik - Abang Mat

Posted: 01 Mar 2016 12:27 AM PST

Mat Sabu: Kenyataan Hadi tak hadir himpunan anti-Najib 'pelik'

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan hadir pada perhimpunan anti-Najib sebagai 'pelik'.

Menurut Mohamad, kenyataan presiden PAS itu yang didakwa hanya 'anti-Umno' dan bukan individu dalam parti itu, sebagai 'paling pelik dalam dunia'.


"Tak guna kita buat makan malam, buat kutipan derma, bertanding pilihan raya tapi tak mahu kuasa.

"Ini ucapan yang paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan dalam sebuah majlis makan malam di Kuala Lumpur malam tadi.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Tian Chua serta Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok.

Malah, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga berkata, beliau bersama rakannya dalam HARAPAN turut berhasrat untuk 'merampas' kuasa daripada kerajaan melalui pilihan raya.

Berbanding bekas partinya iaitu PAS, Mohamad berkata pihaknya bukan sahaja menolak parti Umno tetapi turut menolak calon dari parti itu dalam pilihan raya akan datang.

"Kawan-kawan Pakatan (HARAPAN) akan bertanding (pilihan raya) dan ambil alih kuasa sebab presiden parti lama kata mereka tak bertujuan merebut kuasa. Kami nak rebut kuasa.

"Kita tolak Umno, dan tolak orang yang menjadi calon Umno yang nak melawan dengan kita," katanya lagi.

Sinar Harian Ahad lalu melaporkan Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.

"Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan). (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu," katanya.

ULASAN GB

Kenyataan Presiden PAS itu memang pelik. Bagaimana hanya boleh anti-UMNO tetapi tidak anti kepada orang UMNO? Kalau begitu PAS tidak perlu bertanding di dalam pilihanraya lagi kerana yang akan bertanding nanti ialah orang-orang UMNO yang bertanding di atas nama parti UMNO!

Apakah kerana hendak mengambil hati Najib maka Presiden PAS itu berkata demikian? Apakah PAS mengakui dan menerima semua tindakan dan perbuatan Najib selama ini yang mengebas wang rakyat dan menyebabkan rakyat hidup menderita dan sengsara?

Justeru itu tidak hairan bahawa suara-suara "penentangan" terhadap tindakan-tindakan Najib oleh pimpinan-pimpinan PAS yang lain terutama yang dikeluarkan oleh TITM hanyalah sandiwara kerana ianya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden PAS sendiri.

PENUTUP


Mahathir Keluar UMNO, Sedia Bekerjasama Dengan Pakatan Harapan Singkir Najib

Posted: 29 Feb 2016 05:24 PM PST

Dr Mahathir rancang tubuh gerakan bersama Pakatan Harapan singkir Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad merancang menubuhkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Matlamat utama gerakan itu ialah untuk menyingkirkan Najib, kata Dr Mahathir tetapi beliau tidak berhasrat menubuhkan sebuah parti politik baharu.


"Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

"Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib," kata beliau pada sidang media di Putrajaya merujuk kepada parti pembangkang jika mereka bersetuju untuk bersama-sama dalam gerakan tersebut.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Terdahulu, Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya.

Antara yang hadir ialah pemimpin Amanah, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Selain itu turut hadir ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar.

Dr Mahathir juga baru-baru ini mengesahkan menjadi penaung kepada kumpulan penentang Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam usaha mendesak peletakan jawatannya.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti utama kaum Melayu itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar. -TheMalaysianOutsider

ULASAN GB

Di dalam strategi perang Sun Tzu: "The enemy of my enemy is my frined".

Keterangan lanjut mengenainya rujuk Strategi Perang Sun Tzu.

Tiada ulasan: