Khamis, 24 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MUNGKINKAH KU LI PULA BAKAL DILANTIK GABENOR PULAU PINANG ATAU PENGERUSI PNB?

Posted: 24 Mar 2016 04:25 AM PDT

 shahbudindotcom

 

 
 
Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya menandatangani deklarasi menyokong kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau dilaporkan menandatangani deklarasi itu dalam satu pertemuan antara pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan dengan Najib, hari ini. 

Ketua Penerangan UMNO, Annuar Musa turut memuatkan laporan dan gambar-gambar mengenai perkara itu di laman Facebooknya.
 
 
 
 
Yang menjadi perbualan ramai, ke mana Tengku Razaleigh selepas ini?

Penasihat Petronas? 

Pengerusi PNB?

Atau Gabenor Pulau Pinang?

Yang pasti, dengan Najib sendiri dilaporkan menawarkan jawatan Pengerusi PNB atau Gabenor Pulau Pinang kepada Muhyiddin Yassin sebelum ini, kedua-dua penyandang jawatan itu boleh dikira "tidak selamat" lagi kedudukannya di sisi Perdana Menteri. 


Rayani Air Jamin Tiada Lagi Pas Penerbangan Tulisan Tangan

Posted: 24 Mar 2016 04:09 AM PDT


Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 





PETALING JAYA: Rayani Air memberi jaminan bahawa syarikat penerbangan itu tidak lagi mengeluarkan pas penerbangan tulisan tangan, berkuat kuasa serta-merta.

Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Anisah Azharuddin berkata, pihaknya telah menemui jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu.

"Syarikat (Rayani Air) tidak akan lagi mengeluarkan pas penerbangan tulisan tangan secara manual berkuat kuasa serta-merta.

"Oleh itu, para penumpang hanya akan menerima pas penerbangan bercetak bagi penerbangan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pas penerbangan tulisan tangan yang dikeluarkan Rayani Air kepada penumpang, sehingga menjadi viral di media sosial.

Portal berita, mStar Online sebelum ini melaporkan insiden berkenaan berpunca daripada masalah sistem berkaitan dengan perubahan tarikh selepas penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching yang dijadualkan pada 18 Mac lalu ditunda kepada 19 Mac.

Penggunaan pas penerbangan tulisan tangan (gambar bawah) disebabkan terdapat penumpang yang mendaftar masuk selepas tengah malam iaitu 19 Mac dan sistem tidak dapat mencetak pas berkenaan kerana di dalam sistem, penerbangan itu dijadualkan pada 18 Mac.




Mengulas lanjut, Anisah berkata, pas penerbangan dikeluarkan secara manual bagi memadankan bilangan penumpang bagi penerbangan itu, RN154.

"Pendekatan itu dilakukan bagi menentukan jumlah sebenar penumpang memandangkan terdapat penumpang yang membatalkan penerbangan mereka dengan RN154.

"Kesemua 127 penumpang bagi penerbangan RN154 memasuki pintu pelepasan di KLIA2 (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dengan kelulusan," katanya.

Tambah Anisah, pesawat berkenaan yang sepatutnya dijadualkan berlepas pada pukul 11.30 malam 18 Mac ditunda kepada pukul 5 pagi 19 Mac dan selamat mendarat di Kuching pada pukul 6.45 pagi.

Mengenai punca kelewatan, Anisah berkata, berlaku kebocoran hidraulik pada pesawat berkenaan yang perlu diperbaiki demi keselamatan penumpang.

"Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas disebabkan kelewatan dan kekeliruan yang berlaku," katanya.

Pengganti Saya Perlu Ada Kepakaran, Pengalaman Luas- Zeti

Posted: 24 Mar 2016 04:05 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
 
 
KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata bakal penggantinya perlu memiliki kepakaran serta berpengetahuan luas dalam aspek bank dan persekitaran semasa.

"Sesiapa sahaja yang menyandang tugas itu perlu ada kepakaran.

"Kita berharap satu keputusan yang tepat (mengenainya) akan dibuat dan individu itu memiliki kelayakan tinggi serta mampu menggalas tugas dengan segera tanpa memerlukan tempoh lama mempelajari selok belok berkaitan.

"Keputusan itu dalam masa beberapa hari...ada lagi 38 hari, jadi anda perlulah bersabar," katanya pada sidang media sempena pengumuman mengenai  Laporan Tahunan BNM 2015 di sini, Rabu.

Beliau yang juga gabenor wanita pertama negara, menerajui BNM selama 16 tahun sebelum bersara pada April ini.

Zeti turut menyuarakan keyakinannya bahawa bank pusat itu akan terus berfungsi dengan baik selepas ketiadaannya kelak.

"Saya rasa, keseluruhan sistem serta aspek membuat dasar masih berfungsi. Malah, saya amat yakin ia akan berterusan berdasarkan apa yang menjadi kekuatan  BNM selama ini.

"Tiada alasan pun untuk meraguinya. Prospek masa depan juga menarik dan banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu membuat persiapan bagi cabaran masa depan," tegasnya.

Menurut Zeti, jawatankuasa tadbir urus BNM juga telah melaksanakan penilaian terperinci terhadap calon sesuai serta mengemukakan saranan kepada pihak kerajaan.

"Kita tidak menyatakan apa yang kami inginkan atau boleh mengulas apa yang dinilai jawatankuasa itu kerana ia adalah rahsia," katanya ketika ditanya sama ada bakal penggantinya itu adalah kalangan 'orang dalam' BNM sendiri.

"Semua persiapan sudahpun dibuat. Saya sendiri sudah merancang untuk menulis buku," katanya.

Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan jika beliau ada membuat pertimbangan untuk terus menyambung khidmatnya bagi tempoh separuh penggal lagi.

DAP Adakan Mesyuarat Tergempar Esok

Posted: 24 Mar 2016 04:00 AM PDT

Oleh: JOCELINE TAN
 
 
Lim Guan Eng dijangka akan memberi taklimat dalam mesyuarat tergempar malam ini berhubung kontroversi pembelian banglonya.
 
 
 
PETALING JAYA: DAP Pulau Pinang akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada Jumaat berhubung krisis pembelian banglo melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.


Semua ahli Parlimen dan wakil rakyat DAP serta ahli jawatankuasa parti negeri telah dimaklumkan untuk menghadiri mesyuarat itu di mana mereka akan diberi taklimat mengenai bagaimana untuk menangani isu ini oleh Guan Eng serta ketua penasihat undang-undang parti, Gobind Singh Deo.

Sumber berkata, kedua-dua mereka mungkin akan meletakkan garis panduan mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dikatakan dalam isu banglo yang telah mendominasi tajuk berita pada masa kini.

Mesyuarat pada esok pada asalnya dijadualkan diadakan pada malam ini.

Pemimpin parti ragu-ragu dan tidak pasti bagaimana untuk bertindak balas atau mempertahankan setiausaha agung mereka sejak isu itu meletus pada Khamis lepas di Parlimen.

Guan Eng dan partinya telah mempertahankan diri atas dakwaan bahawa beliau telah membeli banglo dengan harga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn daripada ahli perniagaan Phang Li Koon di bawah nilai pasaran.

Beliau telah menafikan semua dakwaan itu dan telah membawa pemberita melawat ke rumahnya, Ahad lepas.

Beliau mendakwa bahawa transaksi itu telah dilakukan secara rela hati antara dirinya dan pembeli dan beliau tidak mengetahui tentang nilai hartanah itu.

Phang juga telah mengeluarkan surat sumpah menafikan sebarang salah laku dan mendakwa bahawa dia juga tidak memeriksa nilai hartanah pada masa transaksi.

Guan Eng, yang juga ahli Parlimen Bagan, berada di Parlimen pada Rabu, selepas memendekkan lawatan rasmi ke Hainan dan Guangzhou.

Beliau sepatutnya dijangka pulang pada Jumaat dan seluruh delegasi dikatakan masih berada di China.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah pergi ke kompleks kerajaan negeri di Komtar dua hari lepas di mana pegawai-pegawainya dipercayai telah menemuramah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Difahamkan, mesyuarat malam ini diputuskan lewat malam tadi selepas berlaku pertelingkahan di Parlimen antara ahli-ahli Parlimen DAP dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyaksikan Guang Eng dan seorang lagi ahli Parlimen diarah keluar Dewan.

Ketika mereka di luar dewan, Rahman mendedahkan satu lagi tuduhan baru rasuah mengenai kontroversi tanah di Taman Manggis, Georgetown.

Gobind kemudian mencadangkan bahawa mesyuarat perlu diadakan untuk memberi panduan kepada pemimpin DAP Pulau Pinang tentang bagaimana untuk menangani krisis itu.
 
 

Berani Najib bubar parlimen ketika kesuraman ekonomi?

Posted: 24 Mar 2016 03:55 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad  





Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhasrat untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini bagi menyelamatkan dirinya dan parti serta barisan yang dipimpinnya, beliau perlu berfikir banyak kali lagi.

Seorang perdana menteri tidak akan melakukan kejutan dengan menamatkan pemerintahannya melalui pilihanraya mengejut atau snap election ketika keadaan ekonomi melembap dan negara dalam pelbagai keberantakan.

Tambahan jika semua angkara itu ada hubungkait dengan diri perdana menteri.

Untuk ingatan, Belanjawan Pakatan Harapan 2016 dengan mengangkat tema 'Mengelak Krisis' atau 'Averting A Crisis', meramalkan kegawatan ekonomi akan bermula suku ketiga tahun ini.

Kenyataan yang diterbitkan oleh Laporan Unjuran Ekonomi oleh Bank Negara Malaysia semalam persis seperti ramalan pembangkang.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang selalu optimis atau bullish, kali ini mengakui akan hakikat senario suram yang mungkin menjadi lebih gawat lagi ke hujung tahun ini.




Laporan Unjuran (Outlook) Bank Negara semalam meramalkan pertumbuhan akan 'perlahan' ke paras 4.0 hingga 4.5 peratus untuk tahun 2016.

Implikasi ini pastinya besar buat sebuah negara. Pertumbuhan tahun 2105 ialah 5.0 peratus yang dipacu oleh permintaan domestik. Ia adalah tahun kedua penurunan pertumbuhan berturut-turut.

Faktor-faktor utama penyebab ini dikaitkan dengan kelemahan harga LNG - Liquefied Natural Gas (Malaysia adalah negara kedua terbesar pengekspot LNG), nilai ringgit yang lemah, penurunan pertumbuhan perbelanjaan isi-rumah dan pengurangan pertumbuhan pelaburan swasta serta risiko akibat hutang 1MDB.

Ramalan inflasi melonjak antara 2.5 peratus ke 3.5 peratus berbanding inflasi 2.1 peratus pada tahun 2015.
Rakyat lebih tahu keperitan impak inflasi sebenar yang ditanggung mereka melebihi angka CPI barangan dan perkhidmatan dalam bakul CPI atau Indeks Harga Pengguna.

Statistik pengangguran pula berada pada paras 3.3 peratus pada Disember 2015.

Jumlah penganggur melebihi 454,900 dan 35 peratus daipda mereka terdiri dari graduan. Pastinya pekerja yang diberhentikan secara skim 'VSS' mutakhir ini menambah sengsara rakyat.




Dengan kadar peningkatan impot melebihi ekspot, lebihan dagangan bakal menurun ke paras RM79.5 bilion berbanding RM94.6 bilion tahun lalu, mengikut unjuran Bank Negara. Lebihan akaun semasa juga menguncup ke paras RM19.1 bilion berbanding RM34 bilion.

Semua cabaran ini perlu didepani disamping gangguan atau lebih tepat lagi gugatan dari skandal 1MDB, melibatkan dana melebihi AS$11 bilion dan perihal 'derma' AS$700 ke dalam akaun Najib, yang belum terungkai, mengikut laporan Reuters itu.

Berani Najib membubar Parlimen terdekat ini?

Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Strategi, Parti Amanah Negara


PLUS perlu fikirkan pelanggan, bukan keuntungan

Posted: 24 Mar 2016 03:49 AM PDT

Oleh Asohan B


Jika anda membuat tuntutan kerosakan kenderaan disebabkan kecuaian PLUS (contohnya, akibat terlanggar objek di lebuh raya), PLUS dikatakan hanya membayar 50% daripada nilai tuntutan.
 
 
 
plus-highway 



Pengendali Lebuhraya Utara-Selatan dan beberapa lebuh raya lain di bawah seliaan PLUS sedang mempertimbangkan kenaikan kadar tol seterusnya kerana ia adalah sesuatu yang dibolehkan oleh kerajaan setiap tiga tahun. Sekiranya saya seorang CEO, Ahli Lembaga Pengarah atau pegawai pengurusan kanan di syarikat PLUS Malaysia Berhad, saya akan berasa malu untuk bercakap mengenai kenaikan tol.

Ada beberapa sebab saya berkata demikian. Pertamanya, perkhidmatan yang diberikan adalah jauh daripada memuaskan. Jauh, saya ulangi, jauh daripada memuaskan. Pengguna lebuhraya PLUS mesti tahu betapa azabnya menggunakan lebuhraya ini pada setiap musim perayaan atau pada cuti panjang yang bersambung dengan hujung minggu.

Ramai di antara kita pasti pernah memandu dalam keadaan seolah-olah 'merangkak-rangkak' di lebuhraya terutamanya pada musim perayaan. Saya sendiri pernah membatalkan hasrat balik ke Kuala Lumpur kerana ia mengambil masa lima jam untuk sampai ke Ipoh daripada Bukit Merah. Akhirnya, saya tewas dalam kepenatan dan tekanan perasaan, lalu saya mencari hotel dan tidur di Ipoh sebelum menyambung perjalanan ke Kuala Lumpur esok paginya. Banyak kali juga, perjalanan yang sepatutnya mengambil masa empat atau lima jam ke destinasi saya di utara, bertukar menjadi mimpi ngeri antara lapan hingga 10 jam.

Pernah alami kesukaran nak ke tandas semasa lebuh raya sesak? Mungkin berhenti di tepi jalan dan mencari semak adalah idea yang lebih munasabah. Begitu juga mencari tempat duduk untuk mengisi perut; beruntunglah mereka yang mendapat meja untuk duduk dan makan. Walau bagaimana sesak dan lewat pun, tol tetap pengguna bayar. Tidak kurang satu sen pun.

Ini belum cerita soal keselamatan. Betapa kerap kita lihat pengguna mengalami tayar pancit dan sebagainya. Kadang-kadang, beberapa kereta pancit sepanjang perjalanan. Kita semua tahu selalunya ini adalah kerja orang-orang yang tidak berhati perut yang membuang paku, tetapi persoalannya kenapa perkara ini berlaku? Jawabnya, pihak PLUS menutup sebelah mata dengan kehadiran tow-truck haram dan servis membaiki kereta haram di lebuh raya. Jika PLUS betul-betul bekerjasama dengan polis, pastilah mereka ini tidak berani beroperasi dan menjadi penyamun di siang hari. Lebih teruk, mereka ini setaraf dengan pembunuh.

Ingat baru-baru ini kes papan signboard yang terjatuh dan menghempap maut pemandu dan penumpang sebuah kereta? Ingat lagi kes tanah runtuh di Gua Tempurung dan beberapa tempat lain? Jangan salahkan alam, salahkan kejuruteraan PLUS sendiri. Belajarlah mengambil responsibility. Kalau di Jepun, mungkin CEOnya sudah hara-kiri kerana menjaga maruah.

Ada lagi. Ingat kes ibu yang menjemput anaknya pulang dari luar negara maut dalam perjalanan ke rumah setelah terlanggar seekor lembu dalam perjalanan dari KLIA ke Melaka? Bukankah ini kecuaian pihak PLUS? Baiknya masyarakat kita, tiada pihak yang menyaman PLUS. Apa gunanya papan tanda lembu di sepanjang lebuh raya itu? Supaya pemandu berhati-hati dengan kehadiran lembu? Adakah ia bermaksud kurangkan kelajuan disebabkan ada lembu di tepi lebuhraya? Bukankah had kelajuan biasanya 110km sejam? Jika kurangkan kelajuan ialah apa yang PLUS harapkan daripada pengguna, kenapa tidak turunkan sahaja hadlaju disebabkan ancaman daripada lembu. Kenapa mesti letak gambar lembu untuk mengelirukan pengguna? Sebenarnya penyelesaiannya ada – PLUS boleh menggunakan pagar yang lebih sesuai, dan bukan yang mudah dipotong dan tidak selamat hanya kerana mahu menjimatkan kos.

Pokok jati juga ditanam di kiri kanan lebuhraya yang sepatutnya dibiarkan kosong. Tahukah PLUS bahaya kehadiran pokok jati itu boleh meragut nyawa sekiranya pemandu terbabas? Apakah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) tidak pernah menasihati PLUS mengenai perkara ini? Adakah wajar PLUS memikirkan pulangan kewangan maksima tanpa mengambil kira ancaman nyawa pengguna lebuhraya?

Walaupun sudah mengutip tol mencecah beratus billion ringgit sejak mula beroperasi, PLUS masih berdolak-dalih dalam menjamin keselamatan pengguna. Masih ingat pada tahun 2010 berhampiran persimpangan Pedas, Negeri Sembilan, di mana sebuah bas tersasar masuk laluan bertentangan dan mengakibatkan pelanggaran yang dahsyat dan membunuh 14 orang, mencederakan berpuluh-puluh orang yang lain? Kenapa kemalangan seteruk itu berlaku?

Jawapannya ialah kerana penghadang jalan yang digunakan itu tidak mampu menghalang kenderaan berat daripada terbabas.  Kejadian seperti itu bukanlah yang pertama atau terakhir, malah berlaku dari masa ke semasa.

Banyak lagi contoh kecuaian pengendali lebuhraya ini boleh diketengah apabila mereka gagal menjamin keselamatan pengguna. Bayangkan, sampai sekarang pun lebuhraya yang 'termahal' di dunia ini masih tidak berlampu pada waktu malam. Mahal sangatkah kos memasang lampu berbanding dengan kos kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat daripada kemalangan yang berlaku kerana gelap.

Mungkin PLUS boleh meminta MIROS atau pihak universiti membuat kajian mengenai 'kos-faedah' memasang lampu. Saya yakin, banyak nyawa dan harta benda dapat dielakkan kerana banyak kemalangan berlaku pada waktu malam ialah kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas.

Paling menyedihkan, memandu di malam yang gelap menjadi lebih merbahaya apabila cat pembahagi lorong pun begitu samar-samar pudar kerana sudah lama tidak dicat semula. Kalau hujan, boleh dikatakan hampir tidak kelihatan, dan ini amat membahayakan.

Sebenarnya terlalu banyak isu mengenai kualiti perkhidmatan dan keselamatan lebuh raya yang boleh dibangkitkan. Seorang sahabat memberitahu, jika anda membuat tuntutan kerosakan kenderaan disebabkan kecuaian PLUS (contohnya, akibat terlanggar objek di lebuh raya), PLUS dikatakan hanya membayar 50% daripada nilai tuntutan. Kenapa begitu? Jika Lebuhraya Damansara – Puchong dan SPRINT membayar 100%, kenapa tidak PLUS? Sudahlah tuntutan mengambil masa yang lama sehingga bertahun lamanya.

Saya harap tulisan ini dapat membuka mata semua pengguna lebuh raya PLUS. Menentang kenaikan tol dengan menjerit-jerit di tepi jalan sahaja tidak membantu. Mereka akan tetap menaikkan tol kerana bagi mereka, wang adalah segalanya. Biarlah semua orang tahu inilah sebenarnya nasib pengguna apabila orang koperat mengendalikan kemudahan awam. Bagi mereka, wang adalah segalanya. Di manakah integriti? Mungkin 'integriti' yang perkataan yang sesuai dipinjam dalam program 'CSR' untuk menaikkan nama syarikat. Malulah!

*  Asohan B adalah pembaca FMT

Vida mahu lamar Teong Kim untuk Akademi DSV

Posted: 24 Mar 2016 03:39 AM PDT

Jurulatih merupakan asas kepada sebuah pasukan yang mantap dan akan mengasah bakat pemain untuk digilap menjadi bintang. 


vida_Lim-Teong-Kim_kelantan_600


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berhasrat mahu mendapatkan khidmat Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim untuk mengemudi Akademi Bola Sepak DSV (Datuk Seri Vida) yang ingin ditubuhkannya.

Beliau yang merupakan penaja utama pasukan bola sepak Kelantan dan lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, hasrat untuk menjadikan Teong Kim sebagai peneraju akademi tersebut adalah disebabkan latar belakangnya yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.

"Pokok pangkalnya, jurulatih itu merupakan asas kepada sebuah pasukan yang mantap. Jurulatih itu sebenarnya yang akan mengasah bakat pemain untuk digilap menjadi pemain bintang.

"Oleh itu saya fikir Teong Kim merupakan jurulatih yang berkelayakan untuk mengemudi akademi saya nanti. Saya percaya beliau mampu membawa perubahan terhadap bola sepak negara," katanya yang dipetik dari laman portal mStar Online.

Sebelum ini, Teong Kim pernah melatih Akademi Remaja Bayern Munich pada tahun 2001 hingga 2011 dan bertanggungjawab melahirkan pemain terkemuka dunia seperti Thomas Muller bagi pasukan Jerman.

Beliau kembali ke Malaysia pada 2013 dan mengikat kontrak selama lima tahun dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai Pengarah Teknikal PPBN.

Pada Jun tahun lalu, skuad bola sepak Bawah 13 (B-13) PPBN kendalian beliau melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara Kejohanan Bola Sepak Remaja Piala Iber Costa del Sol 2015 di Sepanyol dengan membenam kelab Portugal, Sporting Lisbon 2-1.

Susulan itu, Vida berharap agar Teong Kim sedia mempertimbangkan tawaran tersebut sebaik sahaja akademi bola sepak miliknya ditubuhkan nanti.

Pada Sabtu lalu, Vida berhasrat menubuhkan Akademi Bola Sepak DSV yang akan memberi tumpuan kepada pemain berusia 13 hingga 18 tahun di Kelantan.

Untuk permulaan, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, akademi tersebut akan mengambil kemasukan seramai 30 pemain berbakat setiap tahun.

Bekas pegawai Mara Inc, seorang pengarah direman

Posted: 24 Mar 2016 03:32 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Perintah reman itu dikeluarkan majistret terhadap mereka bagi siasatan pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Melbourne, Australia.


mara,pegawai,reman


PUTRAJAYA: Dua bekas pegawai kanan Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) bergelar Datuk dan seorang pengarah syarikat direman tujuh hari sehingga 30 Mac ini bagi membantu siasatan berhubung pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) di Melbourne, Australia.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman mengeluarkan perintah reman itu hari ini terhadap bekas pengerusi Mara Inc, bekas ketua pegawai eksekutif dan seorang pengarah sebuah syarikat dagangan.

Ketiga-tiga lelaki itu, yang berumur dalam lingkungan 40-an dan 50-an, ditahan kira-kira jam 10 pagi semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Tahun lepas, sayap pelaburan MARA itu terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Akhbar itu mendakwa `sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandar raya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.-BERNAMA

Lagi pegawai ditahan isu seleweng RM100 juta

Posted: 24 Mar 2016 03:28 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY


Pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran acara antara yang ditahan SPRM.


sprm,kbs,moa


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai hari ini itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di sini hari ini.

Sementara itu, SPRM turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran acara selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Bagaimanapun dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan reman selama tujuh hari sebelum ini, dibebaskan hari ini dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.

Jumaat lepas, SPRM menahan pegawai KBS itu dan lapan lagi individu, termasuk seorang wanita yang disyaki mendalangi satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM107 juta.

Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 syarikat kononnya bagi tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan.
-BERNAMA

Peguam syarie perlu beriman pada Allah, undang-undangNya

Posted: 24 Mar 2016 03:26 AM PDT

 
Ciri penting seorang peguam syarie adalah akidah, kepastian dalam jiwa raga pada Allah dan undang-undangnya.





PUTRAJAYA: Seorang peguam undang-undang Islam harus melaksanakan tugas menegakkan undang-undang agama itu mengikut Islam, menurut Mahkamah Persekutuan.

"Tugas itu berdasarkan kepada konsep kepercayaan Islam kepada Allah," menurut Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif dalam alasan penghakimannya;

"Maka ciri-ciri penting yang menjadikan seorang peguam syarie itu jujur dan berakhlak mulia adalah akidah (kepercayaan), kepastian dalam jiwa raga kepada Allah dan undang-undangNya."

Dengan keputusan itu, usaha seorang peguam beragama Kristian, Victoria Jayaseele Martin memohon menjadi peguam syarie telah digagalkan.

Hakim Raus bersama-sama Hakim Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Azahar Mohamed membentuk majoriti, manakala Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim bertentang pendapat.

Terdahulu mahkamah mendapati mendapati Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Peguam Syarie 1993 yang menetapkan hanya seorang muslim boleh menghadap Mahkamah Syariah tidak melanggar Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, yang menetapkan bahawa mana-mana orang dengan pengetahuan undang-undang syariah secukupnya boleh mengamalkan undang-undang itu.

Hakim Raus menekankan bahawa peguam syarie perlu dipilih dalam kalangan orang Islam supaya kerja-kerja litigasi dijalankan dengan sepenuh keyakinan dan kepercayaan.

"Selanjutnya, seorang peguam syarie yang beragama Islam penting dalam mencapai matlamat Akta itu," katanya, merujuk kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Justeru, beliau meragui samada pemohon iaitu Victoria boleh menegakkan undang-undang mengikut undang-undang syariah.

"Anutannya pasti bertentangan dengan akidah muslim. Maka, bagaimana boleh dia melaksanakan tanggungjawab membantu mahkamah syariah menegakkan undang-undang syariah?" soal beliau.

Tambahan pula, mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa keatas muslim.

"Mahkamah Islamik harus boleh menguatkuasakan undang-undang dan peraturannya keatas pengamal syariah, sekiranya berlaku perlanggaran atau penghinaan."

"Namun bagi Victoria, dia tidak boleh dikenakan undang-undang dan peraturan itu dan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa keatasnya," jelas Hakim Raus.

Ahmad Shabery tidak sedar penyelewengan dalam KBS

Posted: 24 Mar 2016 03:24 AM PDT

 
Tidak semestinya semua perkara diketahui menteri dan ketua setiausaha kementerian.


Datuk-Seri-Ahmad-Shabery-Cheek-,kbs


KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui tidak menyedari berlaku kegiatan penyelewengan dana RM107 juta dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika menerajui kementerian itu pada 2010.

Katanya, selaku menteri, beliau tidak berhubung terus dengan peringkat setiausaha bahagian yang merupakan lapisan pertengahan dalam kementerian, sebaliknya selalu berurusan langsung dengan Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan ketua-ketua pengarah.

"Selalunya menteri akan menyentuh mengenai dasar dan bagaimana untuk melaksanakannya dan Ketua Setiausaha akan berhubung dengan semua pihak.

"Dalam soal ini, tidak semestinya semua perkara akan diketahui menteri termasuk ketua setiausaha kementerian," katanya lapor Bernama.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sembilan orang, termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian, berkaitan sindiket penyelewangan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Sindrom tidak tahu dan budaya tidak mengapa

Posted: 24 Mar 2016 03:18 AM PDT


 


SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN


Seiring dengan ungkapan 'tidak tahu' Khairy Jamaluddin berhubung tindakan pegawai kanan bawah kementeriannya yang disiasat SPRM ekoran dakwaan menggelapkan wang berjumlah RM100 juta, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menggunakan perkataan yang sama ketika ditanya sama ada jam tangan dibenarkan atau tidak untuk dibawa masuk ke dewan peperiksaan

Keadaan pelik ini hakikatnya tidaklah terlalu pelik apabila Datuk Seri Najib Razak awal-awal lagi telah mempelopori tagline ini apabila ditanya sama ada beliau tahu atau tidak tahu kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Budaya 'tidak tahu' ini jika ditinjau mempunyai maksud yang pelbagai dengan kesedaran niat yang rencam:

1) Benar-benar tidak tahu - menunjukkan gagalnya keupayaan kepimpinan atau kemampuan menguasai sistem urustadbir satu-satu organisasi secara menyeluruh. Keadaan ini jika benar, amatlah malang bagi sebuah negara yang mempunyai kementerian yang banyak dan saiz kabinet yang amat besar.

Bila-bila masa boleh diambil kesempatan oleh sesiapa pun dek kebodohan atau kecuaian menteri yang dilantik.

2) Tahu, tapi belum bersedia untuk menjawab - menunjukkan si pemain politik masih tahu apa yang berlaku namun belum dapat merumuskan jawapan yang sesuai kepada masyarakat awam. Boleh jadi otaknya masih ligat berpusing mencari jawapan-jawapan lanjutan yang boleh diterima (baca: dikelentong) pengundi-pengundinya.

3) Tahu dan memang berniat untuk menyembunyikan - menunjukkan si pemain politik benar-benar nekad untuk menyeleweng dan telah siap skrip-skrip yang perlu dipaparkan ketika disoal masyarakat awam. Kebiasaannya pada kemungkinan ini, pemain politik benar-benar bersedia dan telah menyediakan pilihan-pilihan langkah lanjutan sekiranya perlu untuk dikambinghitamkan.

Bertelur dari masyarakat

Mudahnya, apa pun niat dan tujuan jawapan 'tidak tahu' ini, konotasinya semestinya buruk dan langsung tiada kesan positif sama ada kepada penutur mahupun amanah yang dijaga oleh si penutur.

Sindrom 'tidak tahu' ini sama ada sedar atau tidak jauh lebih buruk daripada 'denial syndrome' kerana sekurang-kurangnya orang ramai tidak terlalu sukar untuk menebak maksud si pengamal budaya penafian. Sama ada benar sebagaimana yang dinafi atau sebaliknya.

Lantas apa yang boleh diharapkan daripada budaya tidak tahu ini? Pertama sekali budaya ini lahir kerana masyarakat membenarkannya untuk 'membiak'. Budaya ini tidak akan bertelur jika masyarakat awal-awal lagi menolak mana-mana pemimpin yang serba tidak tahu.

Budaya mengangkat pemimpin yang bodoh atau pemimpin yang hanya cerdik untuk menipu berakar daripada masyarakat yang tidak betul-betul serius memilih pemimpin.

Kedua, kerosakan pandang alam (worldview) terhadap pentadbiran negara menyebabkan budaya ini berjangkit dengan cepat. Seseorang yang berada di atas sering dilihat sebagai bos dan masyarakat bawahan dianggap sebagai kuli.

Hasilnya selama bertahun-tahun kita menyemai budaya bahawa segalanya dari atas betul sehinggalah sampai ke suatu peringkat mereka yang di atas gagal memberikan jawapan yang baik dan hanya mampu berkata tidak tahu dan kita di bawah hanya boleh terpinga-pinga, kalau pun tidak terlalu bodoh untuk mempercayainya seratus peratus.

Ketiga, gagalnya masyarakat untuk menebas budaya ini lebih awal sebaik sahaja kita sedari. Kita cukup yakin dan percaya, sepanjang 58 tahun Barisan Nasional memerintah, pasti ada pemimpin-pemimpin yang alang-alang dungu dan tidak tahu apa pun yang berlaku di bawah kementerian atau jabatan di bawah kementeriannya.

Maka sepatutnya daripada awal lagi kita sudah mendesak untuk mana-mana parti pemerintah yang mahu berkuasa, menyediakan bakat-bakat kepimpinan negara yang cocok dengan jabatan-jabatan kerajaan. Kalau pun tidak lebih awal, setidak-tidaknya kita sudah boleh merencana tindakan tuntas ketika Najib Razak mengungkapkan jawapan celaka ini dalam isu aliran kewangan ke dalam akaun peribadi beliau.

Malapetaka merosakkan

Rakyat Malaysia yang amat baik dan santun telah menjadikan budaya 'tidak tahu' ini sebagai suatu malapetaka yang merosakkan. Kita 'ok' dengan orang-orang tua yang dilantik jadi Pengerusi Surau atau Pengerusi Masjid tetapi batang hidung mereka langsung tidak pernah nampak di surau atau masjid.

Munculnya hanya di mesyuarat agung tahunan yang akan memilihnya sekali lagi sebagai kepala organisasi.

Kita 'ok' dengan memilih seorang wakil rakyat yang kaya dengan hasil pendapatan ragu sekalipun kita tahu otak serongnya langsung tidak cocok untuk menyumbang dalam DUN atau Parlimen semata-mata berfikir esok lusa wakil rakyat ini boleh di'pow' untuk turap jalan atau baiki jambatan yang senget.

Jika budaya ini gagal dibendung dalam gerakan rakyat yang benar-benar bersifat rakyat (bukan mengatasnamakan 'rakyat' semata-mata), ia hampir pasti membiakkan satu budaya baru di masa depan - TIDAK MENGAPA.

"Tidak mengapa, masalah RM2.6 billion ini kecil sahaja". "Tidak mengapa, apalah sangat RM100 juta yang hilang jika mahu dibanding dengan pendapatan negara yang beratus billion".

"Tidak mengapa, hutang negara masih rendah walaupun telah melepasi 55 peratus KDNK negara". Tidak mengapa itu, tidak mengapa ini. Ketika sampai ke peringkat ini, negara benar-benar telah rosak teruk.

Kita hanya ada satu negara

Mungkin anak muda pada fasa ini perlu fokus untuk merubah negara secara berperingkat dan tahu di mana harus dikerahkan usaha. Membawa kembali anak-anak muda berpesta ke jalan raya merubah budaya tatakelola yang korup memerlukan usaha di atas seratus peratus.

Makhluk-makhluk serba 'tidak tahu' ini adalah perlambangan kepimpinan yang culas dan cuai. Dengan sistem pentadbiran yang rosak, ditambah kepimpinan sebegini, Malaysia seakan-akan memilih untuk ke lembah gelap.

Pilihan yang kita ada ketika ini mungkin tidak banyak. Berjuang dan susah sekarang. Atau selesa dan jahanam di kemudian hari. Generasi akan datang menuntut generasi sekarang menentukan sikap dan tindakan.

Sejauh mana keberanian generasi hari ini bertindak, bakal menentukan bentuk yang bagaimana negara ini diwariskan. Kita hanya ada satu negara. Negara inilah tempat untuk kita lahir, berjuang dan mati.

*  SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Bahaya strok haba

Posted: 24 Mar 2016 03:15 AM PDT




     

 

Oleh NURSYAMIMI SAIDI


Malaysia kini berdepan dengan fenomena El Nino yang menyebabkan ancaman gelombang haba apabila beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia dikenal pasti telah mencapai paras ambang gelombang haba melebihi 35 darjah Celsius.

Fenomena tersebut dijangka berlarutan sehingga hujung bulan ini yang boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem badan manusia jika terdedah kepada sinaran matahari pada suatu tempoh terutamanya kepada kanak-kanak yang sering terdedah dengan cuaca panas

Dalam tempoh tersebut, aktiviti luar yang sering dilakukan pelajar sekolah seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, bersukan, berkawad, dan beriadah perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba yang jarang sekali berlaku namun berpotensi untuk berlaku berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara kini.

Pegawai Perubatan Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr. T Devarajan Theyventheran berkata, strok haba berlaku apabila seseorang mencapai paras suhu badan yang meningkat melebihi 40 darjah Celsius berbanding suhu badan normal iaitu kira-kira 37 darjah Celsius.

"Proses berpeluh adalah normal tetapi apabila peluh keluar secara berlebihan akan menyebabkan kandungan air di dalam badan berkurangan. Perlu diingatkan bahawa air yang terkandung di dalam badan adalah penting bagi organ-organ seperti jantung, buah pinggang, dan otak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

"Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan tubuh mengalami dehidrasi ditambah pula dengan tabiat kurangnya minum air menjadi punca anda boleh menghidap strok haba.

"Jika lewat mendapatkan rawatan, boleh menyebabkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian," katanya ketika ditemui di Klinik Waqaf An-Nur(KPJ), Ampang, baru-baru ini.

Menurutnya, dalam keadaan cuaca yang begitu terik, individu disarankan berwaspada dengan serangan tersebut dan mengetahui tanda-tanda awal strok haba bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku kerana strok haba boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal usia.

Kumpulan yang berisiko adalah kanak-kanak, warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dan penghidap penyakit kronik di mana mereka perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih baik.

"Mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu berjaga-jaga dengan pengambilan ubat mereka yang boleh menyingkirkan air di dalam badan.

"Apabila perlu mengambil ubat secara rutin, mereka juga perlu memastikan mereka minum air kosong dalam jumlah yang lebih tinggi dan elakkan berada di kawasan panas," katanya.

Katanya, tanda-tanda awal strok haba boleh dikesan dengan paras suhu badan yang tinggi melebihi 40 darjah Celsius selain simptom-simptom seperti loya dan muntah, sakit kepala, denyutan nadi menjadi pantas, kulit menjadi kering serta kemerahan dan kekejangan otot.

"Individu juga boleh terkena sawan, pitam dan mengalami kekeliruan sebagai petanda awal mereka menghidap strok haba. Jika ini berlaku, rawatan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada tubuh badan mereka," ujarnya.

Rawatan awal kepada mangsa

Jelas Dr. T Devarajan Theyventheran, jika seseorang itu disyaki menghidap strok haba, rawatan awal perlu dilakukan oleh orang di sekelilingnya bagi menurunkan suhu badan mangsa dengan membawanya ke tempat teduh atau sejuk serta membasahkan badan mangsa dengan mengelap menggunakan tuala basah terutamanya di bahagian leher, kepala, dan ketiak.

Jika suhu badan masih tidak turun, mangsa boleh direndamkan di dalam kolam air atau memandikan mangsa bagi menurunkan tekanan haba sebelum membawanya ke klinik.

Tambahnya, langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari dan segera mendapat perlindungan jika badan mula berpeluh.

"Individu juga perlu mengelakkan memakai pakaian yang tebal dan hanya mengenakan pakaian nipis bagi menghindarkan badan cepat berpeluh.

"Pengambilan minuman manis dan beralkohol juga perlu dikawal dalam tempoh cuaca kering dan panas kerana mudah menyebabkan badan menjadi dehidrasi dan amalkan pengambilan air putih yang mencukupi iaitu melebihi lapan gelas sehari," katanya.

Beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya tidak meninggalkan anak mereka di dalam kereta jika berada di luar kerana haba yang terlalu tinggi di dalam kereta tanpa pendingin hawa boleh menyebabkan strok haba berlaku secara tiba-tiba.

Nasihat juga diberikan kepada guru dan majikan supaya mengurangkan aktiviti di luar seperti bersukan atau latihan kawad dalam tempoh cuaca sebegini kerana hanya memburukkan kesihatan diri terutamanya bagi kumpulan yang berisiko
 
 

NAJIB SEHARUSNYA DIBERI SEMANGAT, SAMAN MAHATHIR PELUANG TERBAIK BERSIHKAN DIRI

Posted: 24 Mar 2016 01:26 AM PDT

shahbudindotcom
 

 
 
Apabila Tun Mahathir Mohamad bersama dua individu yang lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini  sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya.

Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International, mereka sepatutnya memberi galakan dan semangat lagi kepada Perdana Menteri agar sedia tampil berani di mahkamah.

Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi dengan kebanyakannya membangkitkan soal "locus standi", menganggapnya tindakan terdesak oleh Tun Mahathir dan awal-awal mengatakan saman itu akan gagal, seolah-olah pemimpin UMNO tadi sedang berkongsi ketakutan dengan Najib untuk tampil di mahkamah.

Soal "lucus standi", terdesak dan  sama ada saman itu akan berjaya atau sebaliknya, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Terus menyerang serta membelasah bekas Perdana Menteri itu yang jelas menggunakan haknya sebagai warganegara yang masih dalam lingkungan undang-undang, hanya akan memberi kelebihan kepada Tun Mahathir di "mahkamah pendapat umum".

Ini kerana Najib juga harus sedar bahawa pertarungan beliau dengan Tun Mahathir ini mungkin berlarutan sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang.

Dengan takut berdepan di mahkamah dan tewas lebih awal pula di "mahkamah pendapat umum", apa lagi yang tinggal pada Najib ketika berdepan dengan penentuan rakyat? 


Serpihan Mozambique 'hampir pasti dari MH370' - Australia

Posted: 24 Mar 2016 01:13 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SYDNEY: Dua serpihan yang ditemui di Mozambique 'hampir pasti dari MH370', kata Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester.
 
Dalam satu kenyataan, beliau berkata perkara itu hasil analisis kumpulan pakar teknikal terhadap dua serpihan yang ditemui baru-baru ini. 
 
"Analisis itu menyimpulkan bahawa serpihan itu hampir pasti dari pesawat MH370 yang hilang," katanya. 
 
"Serpihan berkenaan telah dijumpai di perairan timur Afrika yang konsisten dengan model contoh yang dikeluarkan CSIRO dan usaha pencarian yang dijalankan di selatan Lautan Hindi," katanya. - AFP
 
 
 

Ahmad Bashah hulur 'salam damai' dengan penyokong bola sepak

Posted: 24 Mar 2016 01:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berhasrat untuk 'berdamai' dengan penyokong bola sepak negeri itu selepas dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
 
Langkah itu susulan sambutan 'dingin' penyokong skuad Helang Merah terhadap Menteri Besar yang baharu dilantik itu khususnya ketika beliau hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Aman baru-baru ini.
 
Menurut sumber di Alor Star, Ahmad Bashah mahu KFA menjalinkan hubungan baik dengan semua kelab penyokong yang aktif di negeri itu termasuk Kelab Penyokong Kedah (Kepak) serta Ultras Kedah.
 
"Menteri Besar bersedia untuk memberi sokongan padu dan berhasrat untuk bekerjasama dengan semua kelab penyokong di Kedah.
 
"Tapi beliau meletakkan syarat supaya mereka mendaftar sebagai satu kelab yang sah," kata sumber itu kepada mStar Online di sini, Rabu.
 
Difahamkan Ahmad Bashah sedia mengeluarkan peruntukan kewangan melalui KFA supaya kelab penyokong Helang Merah itu bergerak dengan lebih sistematik dan terkawal.
 
Menurut sumber itu lagi, selain bantuan kewangan, KFA juga sedang mempertimbang untuk untuk menyediakan bas bagi kegunaan kelab penyokong ketika pasukan Kedah beraksi di luar Stadium Darul Aman.
 
KFA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada Khamis di Wisma Darul Aman bagi melantik Ahmad Bashah sebagai presiden.
 
Pada 1 Mac lalu, Ahmad Bashah dimalukan apabila segelintir penyokong Kedah bertindak menyorak 'boo' ketika namanya disebut sewaktu hadir menyaksikan perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan.
 
 

Akhbar arus perdana 'tak hirau' Mahathir saman Najib

Posted: 24 Mar 2016 01:02 AM PDT

MALAYSIAKINI




Sebahagian besar akhbar arus perdana hari ini memilih untuk tidak memberi liputan berhubung saman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, mereka memilih untuk memberi tumpuan kepada jawapan daripada pemimpin parti pemerintah berhubung tuntutan mahkamah itu.

Antara akhbar itu termasuk New Straits Times (NST), Berita Harian, dan agensi berita nasional Bernama.

Mereka memilih menerbitkan kenyataan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Berita Harian mengabungkan reaksi daripada tiga pemimpin itu dalam satu artikel dan hanya di penghujung berita mereka menyelitkan tuntutan saman berkenaan.

Bernama pula melaporkan Salleh menyifatkan saman Dr Mahathir itu sebagai tindakan terdesak dan Annuar berkata ia bukti bekas perdana menteri itu telah gagal untuk menjatuhkan Najib melalui saluran politik.

NST, bagaimanapun, memberi tumpuan kepada Nur Jazlan, yang berkata Mahathir tidak mempunyai locus standi untuk menyaman perdana menteri.

Sebahagian besar akhbar lain, termasuk yang berbahasa Cina menyiarkan berita ringkas mengenai saman Mahathir terhadap Najib itu.

Malah, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga mempunyai artikel kecil berhubung tuntutan mahkamah itu.

Mahathir dan dua yang lain, semalam memfailkan saman terhadap Najib bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.

Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.


Kerajaan tiada rancangan laksana hukuman tahanan kediaman

Posted: 24 Mar 2016 12:44 AM PDT

SINAR HARIAN


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mempertimbangkan untuk melaksanakan hukuman tahanan kediaman (home detention) kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabit dalam kes liwat.
 
Menurut kementerian yang diterajui Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, cadangan itu tidak boleh dilaksanakan kerana Malaysia tiada peruntukan undang-undang berkenaan.
 
"Berhubung cadangan untuk tempat penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh ke rumah kediamannya di Bukit Segambut, cadangan ini tidak boleh dilaksanakan keranaa negara kita belum mempunyai undang-undang untuk pelaksanaan tahanan di rumah," katanya kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
 
Cadangan itu dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat bagi menyatakan sama ada kerajaan mahu menggunakan pertimbangan kemanusiaan dengan membenarkan Anwar mendapatkan rawatan kesihatan di luar negara atau diberikan tahanan kediaman.
 
Kementerian Dalan Negeri dalam pada itu berkata, aspek pengurusan termasuk kesihatan seseorang banduan adalah termaktub kepada Akta Penjara 1995 dimana mereka hanya boleh mendapatkan rawatan di negara ini dan bukannya di luar negara.
 
Pembangkang terutamanya PKR sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Ketua Umumnya itu untuk mendapatkan rawatan ke luar negara berdasarkan tahap kesihatan Anwar yang semakin merosot sejak dipenjarakan sejak 10 Februari tahun lalu.
 
Sebelum ini Anwar mendakwa mengalami kecederaan bahu yang kronik.
 
Setakat 13 Mac 2016 Anwar dibenarkan menerima 360 perjumpaan sepanjang berada di penjara dimana 152 kali melibatkan pemeriksaan kesihatan di Penjara Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.
 
"Setiap aspek pengurusan banduan termasuklah rawatan banduan adalah termaktub kepada ketetapan Akta Penjara 1995 dan Peraturan-peratuan Penjara 2000.
 
Jabatan Penjara terikat dengan ketetapan Seksyen 37 (1) Akta Penjara 1995 yang secara jelas menetapkan bahawa rawatan kesihatan untuk seseorang banduan adalah di hospital kerajaan dan bukannya hospital swasta mahupun di luar negara.
 
Zahid sebelum ini berkata, setiap banduan perlu mendapatkan rawatan di hospital tempatan sahaja dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana alatan hospital di Malaysia setanding seperti di hospital antarabangsa.
 
"Hospital kerajaan juga mempunyai pakar-pakar yang mahir dna peralatan yang cukup serta setaraf dengan rawatan di peringkat antarabangsa," katanya.
 
 

18 bintang dangdut mahu ubah sepi 15 tahun

Posted: 24 Mar 2016 12:42 AM PDT

Nadia Azam  




Berazam mengukuhkan kembali irama dangdut Malaysia, penyanyi Ifa Raziah memasang matlamat untuk mewarnai semula industri itu yang semakin sepi.

Baru saja menubuhkan Persatuan Bintang Dangdut Malaysia, selalu presiden, Ifa mahu menjadikan NGO itu sebagai platform bersama artis lain.

"Saya menubuhkan persatuan ini kerana selepas 15 tahun irama dangdut dikatakan menyepi. Kami mahu bangkit dan buktikan kepada umum rentak ini masih boleh diketengahkan.

"Segalanya bermula selepas lagu 'Sakitnya Tuh Di Sini' menjadi viral. Ia membuatkan kami berfikir mengapa tidak kalau irama dangdut kembali mekar," katanya.

Beliau ditemui selepas pengumuman lima calon teratas bagi 13 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 di Kuala Lumpur semalam.

Ifa tercalon dalam kategori Artis Versatil Popular di samping Awie, Didie Alias, Abam dan Ajak Shiro.
'Semangat macam 18 juta orang'

"Sakitnya Tuh Di Sini" dipopularkan pada 2014 oleh artis Indonesia Cita Rahayu atau lebih dikenali sebagai Cita Citata.

Akibat penangan lagu berkenaan, Ifa berhasrat populariti irama dangdut sebaris dengan genre lain.

Bukan itu saja, Ifa juga berharap irama berkenaan diiktiraf dan mendapat pencalonan dalam carta muzik atau anugerah berprestij industri tanah air.

Persatuan Bintang Dangdut Malaysia dianggotai 18 artis, antaranya Amelina, Ani Mayuni, Haiza dan Sheeda.

Ifa, penyanyi "Ser Ser Ser" itu berkata, walaupun anggota persatuan berkenaan tidak ramai, mereka memiliki semangat tinggi.

"Walaupun bilangan anggota kami sedikit, semangat kami besar macam 18 juta orang," katanya.


Saman mungkir kewajipan fidusiari Ke Atas Mohd Najib

Posted: 24 Mar 2016 12:29 AM PDT



TIGA orang awam hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mereka menuduh beliau mungkir kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasans (tort misfeasance) dalam kedudukan beliau sebagai penjawat awam.

Mereka adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan (Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Najib ialah defendan tunggal dalam tuntutan itu. (Lanjut di sini).

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Mohd Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Dalam bahasa yang mudah, fidusiari (bahasa Inggeris fiduciary) adalah amanah, khususnya yang melibatkan perhubungan di antara pemegang amanah dengan benefisiari (pihak yang mendapat faedah).

Dalam konteks ini, Mohd Najib adalah pemegang amanah manakala plaintif adalah benefisiari. Dalam kaitan yang lebih luas mereka bertiga mewakili semua pihak yang sepatutnya mendapat faedah daripada kedudukan Mohd Najib sebagai penjawat awam nombor satu negara.

Tort adalah salah laku yang boleh dikenakan tindakan sivil seperti ganti rugi.

Fakta saman:

1. Mohd Najib, sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran US$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadinya.

2. Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Mohd Najib menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.

3. Mereka juga menuntut RM2.6 bilion ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Dua jumlah ini bersamaan dengan amaun yang masuk ke dalam akaun peribadi Mohd Najib di AmBank dan amaun yang disyaki dialihkan dari SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan, ke akaun peribadi beliau.

Implikasi kes ini:

i. Menguji sejauh mana rakyat jelata boleh mengambil tindakan undang-undang/mahkamah ke atas seorang penjawat awam politik.

ii. Menguji kebebasan dan sikap sama rata sistem kehakiman Negara.

iii. Menguji sejauh mana tindak-tanduk seorang Perdana Menteri  "kebal" daripada tindakan undang-undang.

iv. Membuka Perlembagaan dan tatacara pentadbiran awam kepada analisis dan interpretasi.

v. Jikalau mahkamah bersetuju mendengar kes ini, plaintif boleh mencuba memanggil seramai mungkin saksi, termasuk wartawan asing yang mendakwa penyelewengan oleh Mohd Najib.

Saman awam ini juga boleh dilihat dalam konteks Deklarasi Rakyat yang mahu Mohd Najib disingkirkan sebagai Perdana Menteri. Ketiga-tiga plaintif adalah penandatangan deklarasi tersebut 4 Mac lalu.

Saya tidak menjangkakan jentera propaganda dan perang saraf Mohd Najib berupaya memutarbelitkan kes ini kerana mereka sendiri sedang bergaduh semasa sendiri mengenai siapa yang lebih setia dan berjasa kepada beliau dan siapa yang menjadi musang berbulu ayam.

Wallahuaklam.

Kereta kerajaan dikecualikan saman had laju

Posted: 24 Mar 2016 12:19 AM PDT

Zulaikha Zulkifli  




Kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau menjelaskan, ia kerana kebanyakan kereta yang dinaiki menteri adalah untuk urusan rasmi kerajaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi.

"Kereta kerajaan, (jika) kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis.

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu.

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung soalan yang dibangkitkan Teo Kok Seong (DAP-Rasah) dalam Dewan Rakyat kepada kementerian dalam negeri mengenai kadar saman kesalahan jalan raya dan jumlah saman yang dikeluarkan oleh kementerian berkenaan.


Saman kenderaan menteri jika lebih had laju

Posted: 24 Mar 2016 12:10 AM PDT

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat
Masir Kujat 
 
 
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa boleh mengenakan saman ke atas kenderaan rasmi menteri yang dibawa melebihi had laju yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata, saman tersebut akan dikeluarkan oleh pegawai polis trafik ke atas pemandu yang memandu kenderaan rasmi menteri.

"Kalau ikut peraturan, kalau pemandu yang membawa kenderaan rasmi menteri, dia boleh disaman dan bukannya menteri itu disaman," katanya ketika bersidang di Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Teo Kok Seong (DAP-Rasah).

Kok Seong dalam Dewan hari ini melemparkan persoalan sama ada kenderaan rasmi timbalan menteri atau menteri akan turut disaman sekiranya gagal mematuhi had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Ia berikutan tindakan kerajaan yang mengkaji untuk menaikkan kadar kompaun saman ke atas pengguna jalan raya di negara ini.


Gaya hidup tidak sihat penyumbang komplikasi jantung 23 Mac 2016 0 Sakit jantung - Gambar Hiasan KUALA LUMPUR - Masalah pembentukan jantung bayi yang tidak sempurna semasa dalam kandungan berpotensi untuk mengakibatkan pelbagai komplikasi jantung kepada individu berkenaan, kata Ketua Jabatan Kardiologi Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN), Dr.Hasri Samion. "Pelbagai faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat serta tabiat merokok adalah penyumbang utama bagi komplikasi ini. "Pihak kami menyediakan rawatan dan perkhidmatan bagi mengatasi masalah seperti itu," katanya. Sebanyak 1,800 hingga 2,000 kes melibatkan sakit jantung dilaporkan diterima setiap bulan oleh IJN sejak lima tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 60 peratus terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 12 tahun. Dr.Hasri berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan MyPrihatin dengan Yayasan IJN di sini, hari ini. Kolaborasi itu bertujuan membantu pesakit jantung yang berumur satu hari hingga 17 tahun dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dan pembedahan di IJN. Yayasan MyPrihatin merupakan organisasi bukan berorientasikan untung ditubuhkan pada 4 April 2015. Ia menggunakan sistem pungutan derma secara dalam talian untuk membantu golongan kurang mampu. Sementara itu, Nur Shazwin Mohd Noor, 9 bulan, dari Kedah yang menderita komplikasi Saluran Ventrikal Jantung merupakan antara penerima bantuan dana Yayasan MyPrihatin. Ibu bayi itu, Sukriah Abdullah, 45, berkata anaknya itu akan melalui proses Angiogram dalam tempoh terdekat dan beliau berterima kasih kepada yayasan itu "Saya bekerja sebagai kerani dan memikul tanggungjawab berat membesarkan tiga anak yang lain setelah kematian suami Januari lalu," katanya. - Bernama

Posted: 24 Mar 2016 12:08 AM PDT

SINAR HARIAN


Sakit jantung
- Gambar Hiasan
 
 
KUALA LUMPUR - Masalah pembentukan jantung bayi yang tidak sempurna semasa dalam kandungan berpotensi untuk mengakibatkan pelbagai komplikasi jantung kepada individu berkenaan, kata Ketua Jabatan Kardiologi Pediatrik Institut Jantung Negara (IJN), Dr.Hasri Samion.

"Pelbagai faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat serta tabiat merokok adalah penyumbang utama bagi komplikasi ini.

"Pihak kami menyediakan rawatan dan perkhidmatan bagi mengatasi masalah seperti itu," katanya.

Sebanyak 1,800 hingga 2,000 kes melibatkan sakit jantung dilaporkan diterima setiap bulan oleh IJN sejak lima tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, 60 peratus terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 12 tahun.

Dr.Hasri berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Yayasan MyPrihatin dengan Yayasan IJN di sini, hari ini.

Kolaborasi itu bertujuan membantu pesakit jantung yang berumur satu hari hingga 17 tahun dari keluarga yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan dan pembedahan di IJN.

Yayasan MyPrihatin merupakan organisasi bukan berorientasikan untung ditubuhkan pada 4 April 2015.

Ia menggunakan sistem pungutan derma secara dalam talian untuk membantu golongan kurang mampu.

Sementara itu, Nur Shazwin Mohd Noor, 9 bulan, dari Kedah yang menderita komplikasi Saluran Ventrikal Jantung merupakan antara penerima bantuan dana Yayasan MyPrihatin.

Ibu bayi itu, Sukriah Abdullah, 45, berkata anaknya itu akan melalui proses Angiogram dalam tempoh terdekat dan beliau berterima kasih kepada yayasan itu

"Saya bekerja sebagai kerani dan memikul tanggungjawab berat membesarkan tiga anak yang lain setelah kematian suami Januari lalu," katanya. - Bernama


MB Kelantan ucap tahniah kerana tutup aurat

Posted: 24 Mar 2016 12:05 AM PDT

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob


KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengucapkan tahniah kepada anak muda yang menjaga aurat semasa berlangsungnya Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 di sini, malam kelmarin.

"Tahniah kepada anak muda yang dapat mengekalkan status menjaga batasan aurat semasa Kejohanan Muay Kebangsaan 2016 yang berlangsung di Stadium Muhammad IV yang bermula semalam.

"Solat berjemaah sebelum bermula kejohanan seumpama yang berlangsung semalam mestilah dijadikan amalan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti sukan di Negeri Serambi Mekah ini," katanya menerusi Facebook beliau.

Seramai 20 petinju dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan julung kali diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2016 itu.

Kesemua peninju yang beraksi malam kelmarin menutup aurat mereka sebagaimana antara tujuh syarat digariskan kerajaan negeri.

Syarat lain, peserta perlu menjalani ujian air kencing.

Program tersebut merupakan anjuran Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan kerjasama Persatuan Muay Kelantan

Kereta jadi rumah, mana LPM?

Posted: 24 Mar 2016 12:04 AM PDT

Kereta jadi rumah, mana LPM?
Siti Hajar bersama lima anaknya dekat kereta yang menjadi rumah sementara.
 


MELAKA - Seorang wanita bersama lima anaknya terpaksa tinggal di dalam kereta sejak empat bulan lalu apabila usahanya memohon rumah kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan.

Siti Hajar Saadon, 46, berkata, sebelum ini, terpaksa tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di beberapa lokasi di sekitar Tanjung Kling termasuk pernah menduduki rumah yang disediakan kerajaan negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK).

Menurutnya, impiannya untuk mendapat sebuah rumah yang selesa tidak pernah padam, malah beberapa kali berusaha pergi ke agensi perumahan terbabit untuk bertemu dengan pegawai berkaitan tetapi sehingga kini hasrat itu masih samar.

"Jadi terpaksalah saya menjadikan kereta ini sebagai rumah. Kereta inilah menjadi tempat simpanan pakaian, makanan, ada dapur serta ubat-ubatan bila saat diperlukan.

"Setiap kali bila hendak mandi, buang air atau menyalin pakaian kami terpaksa mencari tandas awam atau menumpang mana-mana surau. Kami tidur di merata tempat," katanya ketika ditemui di Tanjung Minyak di sini, semalam.

Sementara itu, masalah wanita berkenaan dirujuk Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, semalam.

Pengarahnya, Amir Hamzah Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada LPM bagi mengetahui status permohonnya.

"Kami sedia memberikan sokongan permohonan wanita terbabit untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi LPM.

"Bagaimanapun, sekiranya dia inginkan rumah segera, kita sedia mengusahakan bantuan bayaran deposit bagi mendapatkan sebuah rumah sewa untuknya," katanya.


Tiada ulasan: