Rabu, 2 Mac 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SELEPAS BN DITERBALIKKAN, UMNO SEPARUH TIANG PULA MUNCUL DI JOHOR

Posted: 02 Mar 2016 04:27 AM PST

shahbudindotcom



Jika sebelum ini, sebagai tanda protes atas apa yang dipercayai sebagai ketidakadilan terhadap Muhyiddin Yassin, banyak lambang BN diterbalikkan di beberapa kawasan di Johor, kini penyokong-penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu mula mengibarkan bendera UMNO separuh tiang pula.



Ia bukan saja sebagai tanda sokongan berterusan kepada Muhyiddin Yassin, malah juga membayangkan seolah-olah UMNO "sudah mati" di hati mereka.


Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina

Posted: 02 Mar 2016 04:20 AM PST



Oleh Faiz Zainudin


PETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Anina Saadudin berkata,
tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

"UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.

"Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.

"Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti," katanya kepada FMT.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini.

Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar.

"Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu," katanya yang dipecat UMNO.~FMT

Minta Najib buka mulutnya luas-luas ...

Posted: 02 Mar 2016 04:17 AM PST



Oleh Aspan Alias
 
 
Mungkin kah Tun Mahathir akan sama keadaannya dengan Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn? Maksud saya Tun Mahathir jika ditakdirkan meninggal dunia beliau tidak berada dalam UMNO seperti kedua-dua bekas Perdana Menteri itu. Kalau begitu hanya Abdullah Badawi sahaja yang akan meninggal berada dalam UMNO, dan Tun Razak meninggal semasa beliau masih dalam UMNO dan masih dalam jawatan Perdana Menteri.

Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn tidak mati dalam UMNO kerana mereka tidak bersetuju dengan penubuhan UMNO Baru ini. Kepada Tunku dan Hussein penubuhan UMNO baru sememangnya dirancang dengan membunuh UMNO lama itu. Tun Mahathir pula meninggalkan UMNO kerana tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Najib Razak kerana beliau berpendapat UMNO itu sekarang bukan lagi UMNO dan ianya hanyalah parti 'Najib' dan segala identiti UMNO itu sudah hilang dipandang mata. Sifat dan rupa bentuk UMNO itu sudah hilang samasekali dan tidak berguna lagi untuk berada dalam parti itu.
UMNO sekarang terlalu sarat dengan penyalahgunaan kuasa oleh pucuk pimpinannya dan juga setiap peringkat kepimpinannya. Malah pemimpin UMNO sekarang sedang ketagih dengan rasuah dan salah guna kuasa. Jika tidak makan rasuah seolah-olah nya ia bukan lagi pemimpin UMNO. Pendeknya UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang tanpa UMNO dan UMNO tidak akan berjaya tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
UMNO itu merupakan parti yang rendah moral pemimpinnya. Tidak seperti dahulu kala. Pelajaran tinggi tidak berjaya menjadikan seseorang pemimpin UMNO itu berfikir secara baik dan sentiasa memilih kerja 'cari duit luar' yang banyak sebagai perjuangan utama mereka. Kos untuk menanggung pemimpin hari ini amat tinggi dan yang menjadi mangsa adalah perbendaharaan negara. Dulu kita  menganggapkan apabila seseorang itu mempunyai pelajaran yang tinggi mereka akan tahu untuk membuat penilaian kepada diri masing-masing. Tetapi sebaliknya mereka yang belajar tinggi pun akan menjadi bodoh bila menyertai UMNO.
Satu lagi 'attribute' yang buruk dalam UMNO itu ialah sifat kurang ajar pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu sombong bila bercakap. Bila berbahas kerana perbezaan kuasa pemimpinnya bercakap tanpa 'decorum' yang baik.Bukan sedikit di antara pemimpin yang seperti Nazri Aziz dan pemimpin inilah yang diharapkan untuk menyelamatkan bangsa dan agama kita.
Jika benar niat Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib yang paling 'controversial' dalam dunia sekarang ini ia patut disokong ramai. Najib pun bukan lagi melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri, di sebaliknya beliau berpusing merata-rata dunia untuk menyelesaikan masalah yang beliau tidak dapat sorokkan lagi. Najib telah berbohong hingga ke Parlimen dan satu pun percakapan beliau tidak dapat dipercayai. Tiada apa lagi yang kita boleh harap dan minta dari Najib sekarang ini. Jika ada pun permintaan ramai sekarang ialah untuk Najib membuka mulutnya luas-luas kerana orang ramai nak tengok apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut beliau itu.
Semoga Tun Mahathir berjaya dalam usaha membersihkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Pertembungan Melaka United, N.Sembilan dicemari insiden pergaduhan

Posted: 02 Mar 2016 04:13 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MELAKA: Perlawanan Liga Perdana antara Melaka United dan Negeri Sembilan yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam Selasa dicemari insiden pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan.
 
Ketegangan bermula pada separuh masa kedua akibat penyokong mengejek antara satu sama lain sebelum berlaku balingan objek antara penyokong tersebut.
 
Ketegangan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Melaka United enggan bersurai selepas tamat perlawanan dan tidak membenarkan penyokong Negeri Sembilan keluar meninggalkan stadium.
 
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata penyokong Melaka United mula bersurai 12.15 tengah malam tadi selepas rundingan kira-kira 45 minit dilakukan pihak polis dengan mereka.
 
"Semua penyokong bersurai dengan aman dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya kepada pemberita.
 
Seramai kira-kira 15,000 penyokong Melaka United dan kira-kira 2,000 penyokong Negeri Sembilan menyaksikan perlawanan dilabel #NaningDerby oleh pengguna media sosial.
 

Najib akan musnahkan negara, kata pemimpin belia

Posted: 02 Mar 2016 04:09 AM PST

MALAYSIAKINI




Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memusnahkan negara ini untuk generasi akan datang, kata sekumpulan pemimpin belia.

Kumpulan itu yang memperkenalkan diri sebagai Challenger - singkatan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "perubahaan yang diterajui generasi muda" menggariskan beberapa alasan berhubung pendirian mereka tersebut.

"Kami, para pemimpin belia Malaysia, telah hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutu-sekutunya, kerana tindakan mereka telah menjejaskan negara dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.
"Cinta kami kepada Malaysia tidak berbelah bahagi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk bersuara terhadap mereka yang menghancurkan negara tercinta ini...

"Kami tidak akan menutup mulut sedangkan masa depan kami sedang dirompak," kata seorang jurucakap Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saddiq adalah seorang pendebat pada peringkat antarabangsa.

Kenyataannya itu disokong oleh bekas pemimpin pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Abdul Hannaan Khairy; bekas pemimpin pelajar Universiti Malaysia Pahang, Abdul Naem Suhaimi dan Qamarudin Mohd Fauzi serta Naib Presiden Majlis Debat Australasia Amshar Aziz.

Turut menandatangani kenyataan itu adalah bekas pemimpin pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu, Helmi Muktar; Muhammad Khairudden Sulaiman dari Universiti Malaysia Perlis; Affendy Mohd Saleh, Universiti Teknikal Malaysia Melaka; Muhammad Zulfiqar Mustapar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan bekas presiden persatuan undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Fadhli Umar.

Juga menyokong kenyataan itu adalah pengerusi Majlis Asia BP, Ameera Natasha Moore, aktivis pelajar, Azzan Aznan Abdul Rahim; penasihat Majlis Penasihat Belia, Hafidzi Razali, pengasas Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman dan pengasas bersama Rakyat Malaysia Progresif di UK (MPUK) James Chai dan Mukhzani Ali.

Antara alasan hilang kepercayaan mereka terhadap Najib adalah terpalit dengan dakwaan salah urus 1MDB, pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas ) (Sosma) terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

Turut dijadikan alasan adalah pemecatan pengkritik Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan dalam kerajaan, serta sekatan media di The Edge, Sarawak Report, Medium.com dan The Malaysian Insider.

Mi berkaca: Kementerian Pendidikan gantung syarikat pembekal

Posted: 02 Mar 2016 04:03 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Syarikat yang membekal mi yang didapati terdapat serpihan kaca sehingga menyebabkan murid terpaksa dirawat di hospital telah digantung perkhidmatannya.
 
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan sebaik pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu.
 
"Kementerian berkenaan sedang menunggu laporan daripada pihak sekolah sebelum tindakan diambil terhadap syarikat berkenaan," katanya dalam laman blognya hari ini.
 
Dilaporkan pada Ahad lalu, tujuh murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Nigel Gardner, Hulu Selangor dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada Jumaat lalu akibat termakan serpihan kaca dalam mi yang disediakan di bawah Program Makanan Tambahan.
 
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut berkongsi rasa marah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang.
 
"Kementerian akan turut memastikan terdapat pembekal makanan yang berkelayakan agar tidak mengganggu program makanan tambahan," kata Kamalanathan.
 
Beliau berkata, beliau telah mengarahkan pihak berkuasa sekolah dan guru yang bertanggungjawab dalam program makanan tambahan untuk memeriksa makanan dan kualitinya sebelum membenarkan murid mengambil makanan tersebut.
 
"Saya telah melawat murid-murid berkenaan semalam dan sangat lega apabila doktor memaklumkan tidak terdapat sebarang kes kekal ke atas murid-murid itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor.
 
Beliau turut mengarahkan 54 orang murid sekolah berkenaan yang memakan mi tersebut supaya di x-ray bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang jangkitan ekoran pemakanan beracun. 


Kenyataan Hadi mudahkan rakyat buat pilihan PRU14

Posted: 02 Mar 2016 03:34 AM PST



Oleh Sheikh Omar Ali


Saya merujuk kenyataan dikeluarkan presiden PAS semasa program Himpunan Harapan Semua (Harap 3.3) di Terengganu pada 27 Februari lalu yang menggambarkan beliau hanya anti kepada parti Umno, bukannya orang Umno.

Bahkan atas niat apa sekalipun, Utusan Malaysia memetik sedutan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan memberikan gambaran PAS bersedia menjadi pendukung kuat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.

Pada pandangan saya, kebijaksanaan rakyat hari ini tidak boleh sama-sekali dipandang enteng mana-mana pihak, lebih-lebih lagi sekarang ini kita berada pada zaman "langit terbuka".

Maklumat boleh diperoleh di mana-mana dan daripada pelbagai sumber.

Rakyat mampu menilai dan membuat analisis terhadap apa sahaja kenyataan yang dilontarkan pemimpin. Sekalipun presiden PAS menyatakan beliau tidak menolak orang Umno sebaliknya hanyalah menolak parti itu, ia tidak akan sama sekali dapat "mengkelabukan" kebijaksanaan rakyat dalam menilai pelbagai maksud dan niat yang mungkin di sebalik kenyataan seperti ini.

Persoalan dan keresahan kita pada hari ini adalah terhadap ketidaktentuan politik yang dipacu govenment of the day pimpinan Datuk Seri Najib Razak akibat pelbagai skandal yang akhirnya menekan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Saya berpandangan , apa yang penting bagi rakyat pada hari ini adalah kezaliman serta ketidakadilan sistem ekonomi dan sosial yang menghimpit hidup rakyat mestilah ditamatkan segera.

Dengan apa juga hujah sekalipun yang diguna pakai PAS dalam menanggapi kemelut politik yang diterajui Najib – tidak kira sama ada menolak Umno atau individu bernama Najib itu sendiri.

Hanya ada 2 sahaja jalur pilihan jelas menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang; berkompromi dengan kerajaan hari ini yang meranapkan keseluruhan sistem bernegara sehingga memangsakan rakyat atau bersama menggembleng tenaga dalam gelombang rakyat melawan pemimpin korup serta salah guna kuasa yang  menyebabkan negara berada dalam bahaya.

Kenyataan presiden PAS jelas sekali berpunca daripada persoalan adakah beliau akan turut serta dalam himpunan "anti-Najib"?

Jawapan beliau adalah "Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik".

Namun soalnya, orang Umno sendiri pada hari ini jelas terbahagi kepada 2 kelompok iaitu penyokong Najib, dan yang mahu agar Najib turun daripada tampuk kuasa.

Jika saya boleh melontarkan soalan kepada presiden PAS, beliau mahu berbaik dengan ahli Umno daripada kelompok mana satu?

Respons diberikan presiden PAS pada saya menggambarkan kekaburan PAS dalam menempatkan diri di saat kemarahan rakyat terhadap perdana menteri kian memuncak. Termasuklah daripada kalangan orang Umno itu sendiri.

PRU ke-14 bakal tiba kurang lebih 2 tahun sahaja lagi dari sekarang. Saat keadaan kian meruncing, ditambah dengan beberapa langkah drastik diambil tokoh-tokoh besar seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkemungkinan disusuli beberapa tokoh lain, dinamika politik Malaysia bakal mengalami perubahan yang besar.

Justeru, saya katakan kenyataan dikeluarkan presiden PAS hanyalah akan memudahkan lagi rakyat untuk menilai PAS serta membuat perhitungan tuntas dalam PRU akan datang bagi memastikan negara ini kembali bergerak mengikut arah tuju yang betul.

* Penulis adalah penolong setiausaha publisiti DAP Johor.

Maut dipenuhi cat kuning

Posted: 02 Mar 2016 03:30 AM PST

Maut dipenuhi cat kuning
Mayat mangsa dipenuhi cat kuning di lokasi kejadian


SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 106.6 Lebuhraya Utara Selatan kira-kira jam 6.40 petang, semalam.

Mangsa,  Hanizar Abd Hamid,44, dari Kampung Masjid Teluk Kumbar, Bayan Lepas bersama isteri, Zaiton Awang,40-an dikatakan terpelanting sehingga terperosok ke bawah lori treler dengan kesan cat kuning tertumpah di atas lebuh raya.

Kedua-duanya kemungkinan baru selesai melakukan tugas mengecat berikutan penemuan alatan mengecat dan cat kuning yang tertumpah dan terkena mangsa.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa ingin mengelak dari lori treler yang berada di laluan kecemasan.

Bagaimanapun, sebuah kereta dari arah belakang yang juga melalui laluan sama arah Sungai Petani - Butterworth gagal mengawal kenderaan lalu melanggar mangsa.

Akibat rempuhan berkenaan, Zaiton terperosok ke bawah tayar treler manakala suaminya yang turut terpelanting dipenuhi cat kuning.

Kedua-duanya maut di lokasi kejadian namun pemandu kereta hanya cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.


'Kami undur jika rundingan ke atas Sabah dimulakan'

Posted: 02 Mar 2016 03:28 AM PST

SINAR HARIAN


'Kami undur jika rundingan ke atas Sabah dimulakan'


KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu penceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu akan berundur dari kampung itu jika kerajaan membuat perjanjian secara bertulis untuk memulakan rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah.

Seorang tertuduh dalam kes itu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, berkata perunding bagi kerajaan Malaysia, yang dikenalinya sebagai Datuk Hamid Bador, memberitahu ketua pencerobohan itu Datu Agbimuddin Kiram, bahawa rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah akan bermula sebaik sahaja Datu Agbimuddin dan pasukannya meninggalkan Kampung Tanduo dan pulang ke Filipina.

"Bapa saudara saya Datu Agbimuddin setuju untuk berundur, tetapi katanya dengan satu syarat iaitu Datuk Hamid Bador memberitahu perdana menteri supaya membuat perjanjian (rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah) secara bertulis," katanya.

Datu Amir Bahar, yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, membela diri atas dua pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, memilih untuk memberi keterangan dari tempat duduk saksi.  

Tertuduh berkata Datu Agbimuddin memberitahu pasukan perunding bahawa dia (Datu Agbimuddin) dan saudara kandungnya serta bapa mereka Sultan Punjungan Kiram, datang ke Sabah pada awal 1970-an atas jemputan Ketua Menteri ketika itu, Tun Mustapha Datu Harun. Mereka berbincang tentang tuntutan ke atas Sabah dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Katanya Datu Agbimuddin turut mengimbas kenangan semasa dia tinggal di negeri ini bagi tempoh yang panjang, malah dilantik sebagai penolong pegawai daerah Kudat, namun tiada penyelesaian dibuat berhubung tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Selepas mendengar penjelasan Datu Agbimuddin itu, Datu Amir Bahar berkata Datuk Hamid Bador menjawab dengan berkata permintaan Datu Agbimuddin itu akan disampaikan kepada perdana menteri sekarang.

Selesai rundingan itu, tertuduh berkata bapa saudaranya memanggilnya ke sebuah bilik di rumah itu, tempat rundingan diadakan.

"Selepas pertemuan (rundingan) itu ditangguhkan, saya dipanggil oleh bapa saudara saya Datu Agbimuddin masuk ke bilik dan dia menasihati saya supaya meyakinkan orang kami agar menimbulkan masalah di Semporna.

"Saya memberitahunya saya menghormati beliau sebagai bapa saudara saya, tetapi saya mesti menghormati keputusan bapa supaya saya tidak melibatkan diri dalam perkara yang membabitkan pihak berkuasa Malaysia," katanya.

Datu Amir Bahar berkata ini membangkitkan kemarahan Datu Agbimuddin yang memberitahunya: "Tiada siapa pun yang boleh mengarah saya, walaupun bapa kamu (Sultan Esmail Kiram) dan abang sulung saya Sultan Jamalul Kiram III".

Menjawab soalan peguam Majnah Abdillah, tertuduh berkata sepupu bapanya, Datu Naufal, yang turut menyertai pasukan rundingan bersama Datu Amir Bahar ke Kampung Tanduo, berada di dalam bilik bersama-sama orang Datu Agbimuddin yang dikenali sebagai Haji Musa.

Beliau berkata Datuk Hamid Bador dan seorang lagi pegawai polis yang dikenali tertuduh sebagai ACP Zulkifli, duduk di sebuah bilik terbuka di rumah berkenaan.

Datu Amir Bahar berkata semasa mereka berada di Felda Sahabat 16 selepas meninggalkan Kampung Tanduo, beliau berjabat tangan dengan ACP Zulkifli yang memintanya supaya meninggalkan Sabah bersama isterinya dan pulang ke Filipina atau berdepan risiko ditangkap polis.

"Saya berasa terkejut cara dia bercakap dengan saya. Dia sangat marah," kata tertuduh.

Tertuduh berkata sebaik tiba di tempat tinggalnya di Semporna, dia cuba mengatur urusan mencari sebuah bot untuk membawanya dan isteri ke Filipina, tetapi gagal apabila orang ramai mendapat tahu dia seorang putera sultan.

Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah bahawa hubungan antara bapanya dan Datu Agbimuddin menjadi dingin ekoran perbezaan dalam cara mereka untuk menuntut Sabah, dengan Sultan Esmail menyukai pendekatan secara damai manakala Datu Agbimuddin pula memilih cara agresif.

"Bapa saya selalu nasihatkan beliau bahawa kita mesti sabar untuk berunding dengan kerajaan Malaysia. Jika kita mengambil pendekatan agresif dengan melancarkan perang ke atas Malaysia, apabila ia berlaku, mangsanya adalah orang awam," katanya.

Ketika Majnah bertanya kenapa Datu Amir Bahar terbabit dalam membantu polis berunding dengan Datu Agbimuddin, tertuduh berkata polis sebenarnya meminta bantuan bapanya, yang bersedia melakukan perjalanan dari Filipina, tetapi dihalang oleh Sultan Jamalul Kiram III yang menegaskan bahawa beliau adalah Sultan Sulu sah dan merupakan orang yang sepatutnya pergi.

"Bapa saya tidak pergi kerana untuk ke Malaysia, perlu ada wakil dari pejabat presiden Filipina sebagai pencelah dalam rundingan yang akan diadakan.

"Tetapi nampaknya Sultan Jamalul menegaskan beliaulah yang sepatutnya pergi, bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia tidak suka berurusan dengannya," kata tertuduh dan menambah, bapanya sebaliknya menyerahkan tanggungjawab rundingan itu kepadanya.

Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah dia datang ke Sabah secara sah pada September 2012 untuk mengatur perjalanan bapanya ke negeri ini memandangkan dia mahu berjumpa ACP Zulkifli di Kota Kinabalu untuk membincangkan tuntutan ke atas Sabah.

Tiga belas warga Filipina dan seorang lelaki tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah terhadap beberapa kesalahan yang didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013.  

Ada antara tertuduh yang berdepan satu hingga beberapa pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa orang daripada mereka didakwa secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas, atau merekrut anggota atau memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas.   

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Tun M keluar, Umno terus agenda perjuangan

Posted: 02 Mar 2016 03:21 AM PST

SINAR HARIAN


Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab pertanyaan media tempatan selepas menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Ekonomi Jeddah semalam sempena lawatan kerja ke Arab Saudi. - Foto Bernama


JEDDAH - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno bukan mengejutkan dan ia tidak seharusnya mengalihkan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang diperjuangkan parti itu.

"Bagi Umno, kita akan teruskan agenda kita sebab banyak tugas yang perlu kita sempurnakan.

"Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya Umno lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang," kata Perdana Menteri.

Najib yang juga Presiden Umno menjawab soalan pemberita mengenai perkara berkenaan di Jeddah pada Selasa malam. Beliau kini melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Dr Mahathir pada 29 Februari lepas mengumumkan beliau sekali lagi keluar daripada Umno kerana dilaporkan tidak puas hati dengan parti.

Bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno itu sebelum ini keluar daripada parti berkenaan pada 19 Mei 2008 selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.

Dr Mahathir menyertai semula Umno pada 4 April 2009 apabila Najib mengambil alih kepimpinan negara dan parti.

Ditanya sama ada tindakan Dr Mahathir itu memberi kesan kepada Umno, Najib berkata: "Mungkin tidak, kerana biasanya kalau kita nak keluar daripada parti, kesannya (bila ia dilakukan) kali pertama.

"Tapi bila dah buat dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan Umno."

Beliau turut ditanya sama ada Umno bimbang akan ada pemimpin lain yang mengikut langkah Dr Mahathir.

"Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan Umno ini akan kita pastikan.

Maknanya pemimpin yang komited kepada Umno dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan Umno," tegasnya.

Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

"Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah Umno.

"Iaitu 160,000 perwakilan Umno memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

"Tapi pada pemilihan Umno (yang lepas) ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan Umno yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi."

Najib berkata, beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota Umno.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah Umno dan kerajaan mesti dipertahankan.

"Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita," katanya.

Najib seterusnya berkata, dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai. - Bernama


STPM 2015: Pelajar cemerlang dari SMK Sam Tet Ipoh

Posted: 02 Mar 2016 03:19 AM PST

stpm


IPOH - Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sam Tet Ipoh terpilih menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2015 Negara.

Choong Wai Kean mendapat 5 prinsipal A dengan PNGK 4 bagi semua mata pelajaran (Pengajian am, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia).

Sementara itu, SMK Hua Lian, Taiping terpilih sebagai Sekolah Terbaik Negara 2015 dengan pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 3.35.

Sekolah itu juga berjaya mengekalkan rekod lulus penuh 100 peratus dua tahun, berturut-turut

Lahad Datu: Tian Chua kekal bebas tuduhan

Posted: 02 Mar 2016 03:17 AM PST

Tian Chua
Tian Chua


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan keputusan mahkamah sesyen yang membebaskan Naib Presiden PKR, Tian Chua daripada tuduhan menghasut berhubung kenyataannya mengenai insiden Lahad Datu, tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan semalam sekali gus menolak rayuan pendakwaan.

Nordin dalam penfhakimannya berkata, mahkamah mendapati pendakwaan gagal mengemukakan bukti bahawa Ahli Parlimen Batu itu mengeluarkan perkataan menghasut di portal berita.

"Tiada bukti kukuh menunjukkan artikel yang ditulis oleh wartawan Nooraoshah Geoffery dalam portal berita Keadilan Daily .com mempunyai kaitan dengan Tian Chua," katanya.

Menurutnya, dalam keterangan wartawan tersebut, mahkamah mendapati, ia menyatakan Tian Chua tiada menyebut secara spesifik perkataan menakut-nakutkan rakyat dan serangan tembak menembak sebaliknya diolah oleh sub editor.

"Dia juga menyatakan ayat yang terkandung dalam artikel tersebut adalah hasil perbualan telefonnya dengan Tian Chua.

"Dengan itu rayuan ditolak dan keputusan hakim mahkamah sesyen dikekalkan," katanya.

Pada 14 November 2014, Hakim Norsharidah Awang melepas dan membebaskan Tian Chua tanpa perlu dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac 2013 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Tian Chua yang hadir dan diwakili peguam N. Surendran dan Latheefa Koya manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim.


AG beri jaminan tak akan sasar wartawan

Posted: 02 Mar 2016 03:15 AM PST

MALAYSIAKINI




Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi jaminan tidak akan menyasarkan wartawan dengan cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam pertemuan dengan exco Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) hari ini, Apandi berkata cadangan itu hanya tertakluk kepada kesalahan pembocor rahsia kerajaan yang dibimbangi menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.

"Semua orang boleh bagi pandangan termasuk saya tetapi pandangan itu terserahlah kepada kerajaan sama ada untuk terima atau tidak. Jabatan kami tidak membuat sebarang polisi.

"Saya juga ingin menjelaskan tidak menyekat kebebasan wartawan menulis laporan mengikut fakta yang sahih serta etika kewartawanan.

"Sehubungan itu, semua wartawan tidak perlu bimbang mengenai cadangan pindaan ini kerana ia tidak menjejaskan profesyen wartawan dalam menyampaikan maklumat kepada kerajaan dan rakyat," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan NUJM.

Dalam pertemuan selama lebih satu jam itu, NUJM turut menyampaikan memorandum yang menyenaraikan 10 perkara bagi melindungi hak wartawan menulis laporan tanpa rasa takut dikenakan tindakan OSA.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina memetik Apandi sebagai berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaan.

Peguam negara berkata beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.

Beliau juga dilapor berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan.

Apandi turut mengingatkan wartawan supaya mengetahui sesuatu maklumat yang disampaikan sumber samada dari dokumen sulit kerajaan atau tidak bagi mengelakkan mereka disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 8 OSA.


Najib dan 1MDB: Soalan untuk Raja-Raja Melayu

Posted: 02 Mar 2016 03:10 AM PST

MALAYSIAKINI




Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini menyembah beberapa soalan kepada Raja-Raja Melayu berhubung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB yang diilhamkannya tetapi terpalit dengan pelbagai isu.

Beliau merujuk kepada gesaan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizziddin Shah yang mahu kerajaan menyokong usaha anti-rasuah bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah Transparency International (TI) yang dikatakan sebagai membimbangkan.

Antara lain, Kadir menyoal sama ada Raja-Raja berpuas hati dengan reaksi pentadbiran Najib terhadap titah perintah baginda mengenai 1MDB?

Katanya, pada Oktober lalu, Raja-Raja bertitah menuntut siasatan 1MDB disegerakan dan tindakan sewajarnya diambil ke atas semua yang terbabit jika terdapat salah laku.

"Hampir lima bulan sudah berlalu. Dalam tempoh itu, Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan atas alasan beliau sakit dan tidak boleh menjalankan tugas.

"Tidak ada "medical board" dipanggil. Tetapi Abdul Gani cukup sihat sehingga boleh membuka syarikat guaman sendiri. Pengganti beliau, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, dilantik dalam suasana yang mencurigakan," katanya dalam satu tulisan di blog.

Kadir seterusnya menyoal adakah Raja-Raja berpuas hati bahawa Yang di-Pertuan Agong telah diberikan maklumat yang sah mengenai kesihatan Abdul Gani apabila Seri Paduka bersetuju dengan kerajaan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan peguam negara itu.

Sehati sejiwa selamatkan Malaysia

Kadir yang juga adalah bekas ketua pengarang Kumpulan News Straits Times juga membangkitkan jika Raja-Raja bersetuju dengan penyiasatan ke atas 1MDB.

"Adakah para duli tuanku bersetuju dengan apa yang telah terjadi kepada penyiasatan ke atas 1MDB sehingga kini, khususnya tindak-tanduk Apandi membatalkan, melambatkan dan menolak hasil siasatan ke atas 1MDB?" soalnya.

Selain itu, Kadir turut menyentuh mengenai kebimbangan Raja-Raja Melayu mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara sehingga menyebabkan baginda menitahkan peguam negara supaya melakukan penapisan ke atasnya.

"Pakar-pakar perlembagaan dan perundangan berkata akta itu memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri dan agensi-agensi pelaksana (polis dan tentera) mengisytiharkan kawasan darurat dan memberikan kekebalan kepada mereka dalam menguatkuasakan akta itu," katanya.

Berkenaan 1MDB, akaun peribadi Najib dan dakwaan pemesongan RM42 juta wang SRC International, Kadir memohon penjelasan sama ada Raja-Raja akan menitahkan agar sebuah Suruhanjaya Penyiasat di-Raja ditubuhkan bagi mengambil alih semua tugas menyiasat tiga isu itu.

"Akhir sekali, adakah Raja-Raja Melayu sehati sejiwa bersama rakyat jelata menyelamatkan Malaysia?

"Masanya sudah sampai bagi setiap warganegara Malaysia - daripada Raja kepada rakyat totok, tanpa mengira agama dan bangsa, parti dan ideologi – bersatu hati menyelamatkan Malaysia secara sah, aman dan bertamadun," katanya.

Najib telah berulang kali menafikan dakwaan terhadapnya dan mengaitkan semua dakwaan itu sebagai komplot untuk menggulingkannya sebagai perdana menteri.

Begitu juga, 1MDB menuduh pengkritik mengkitar semula dakwaan untuk tujuan politik.



Jurulatih: Pasukan 'dirosakkan' seseorang di tengah padang

Posted: 02 Mar 2016 03:04 AM PST

SINAR HARIAN


Shahrul Mohd Saad
Pemain Perak, Shahrul Mohd Saad (jersi kuning) cuba merembat bola dikejar seorang pemain Pulau Pinang dalam perlawanan Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, semalam. - Foto Bernama
 

KECEWA dengan mutu pengadilan, ketua jurulatih Perak, Syamsul Mohd Saad meminta pengendali Liga Malaysia mengkaji semula prestasi pengadil agar tidak mengganggu kelancaran permainan.

Baginya hanya pengadil yang benar-benar layak dibenarkan mengendalikan perlawanan dan jika perlu, Syamsul mencadangkan pengadil import diambil.

"Saya minta maaf dan mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk liga kita... kena mula fikir, setiap pasukan belanja puluhan juta untuk bentuk satu pasukan.  

"Tapi 'dirosakkan' seseorang di tengah padang (pengadil), kualiti orang tengah padang cukup mengecewakan, tolong kaji balik apa yang Perak alami kerana malam ini sekali lagi kita ditolak peluang untuk penalti," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan Liga Super antara Perak dan Pulau Pinang.

Syamsul jelas kecewa apabila pasukannya hanya mampu membawa pulang satu mata setelah terikat 1-1 dengan pasukan Harimau Kumbang, di Stadium Bandaraya di Georgetown, ‎malam tadi.

Selain itu katanya, pengadil, Ku Alauddin Ku Muhammad juga gagal menggunakan 'peraturan kelebihan' kepada pasukannya untuk meneruskan permainan walaupun berada dalam posisi menyerang setelah lawan melakukan kekasaran.

Dalam perlawanan malam tadi, gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan pemain import, Osas Marvellous Ikpefua pada minit ke-20 sebelum Perak menyamakan kedudukan sejurus sebelum rehat menerusi gol Shahrul Mohd Saad.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Jacksen Ferreira Tiago berkata walaupun kecewa kerana tidak dapat mengutip tiga mata di halaman sendiri, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Sebagai jurulatih saya tidak ada masa untuk fokus kepada pengadil kerana saya sudah cukup sibuk dengan 11 pemain saya dan 11 pemain lawan...lagipun tidak adil untuk saya beri komen terhadap pengadil," katanya.

Tiago turut berkata beliau masih perlu mempertajamkan barisan serangannya serta memantapkan penjaga gol untuk perlawanan seterusnya.

"Kita perlu selalu berusaha memperbaiki pasukan dan bermain lebih baik, harus kerja keras, moga perlawanan akan datang tiada kesilapan yang sama," katanya. - Bernama


Gerakan baharu: Pas tunggu Majlis Syura

Posted: 02 Mar 2016 03:02 AM PST

Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM – Pas akan memutuskan sama ada mahu menyertai atau berkecuali dalam gerakan baharu untuk menyelamatkan Malaysia selepas Majlis Syura Ulama (MSU) bermesyuarat dalam masa terdekat.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, pada masa ini Pas masih belum menyatakan pendirian berhubung penubuhan gerakan baharu yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita (Pas) belum buat keputusan lagi, perkara ini (bidang kuasa) Majlis Syura, (akan mesyuarat) bulan Mac ini, dalam masa terdekat, Pas akan maklum (gerakan baharu) dalam mesyuarat kami nanti," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas pendirian Pakatan Harapan semalam menyambut baik hasrat Mahathir untuk menubuhkan gerakan baharu bersama parti pembangkang dan semua pihak berkepentingan dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Amanah dan PKR di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Ahad lalu.

Antara yang hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Tamrin Ghafar.

Ditanya mengenai keperluan Pas untuk menemui Mahathir selepas pimpinan Amanah dan PKR mengintai peluang bagi menjalinkan kerjasama, Nik Muhammad Zawawi bagaimanapun berkata pihaknya belum ada keperluan untuk berbuat demikian.

"Kita tak jumpa lagi (Mahathir), tak apalah, PKR pun belum berbincang dengan Pas lagi hal ini," katanya lagi.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pimpinan Pakatan Harapan, parti politik lain, badan bukan kerajaan (NGO) serta beberapa individu bagi membincangkan konsensus tersebut

JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan

Posted: 02 Mar 2016 02:58 AM PST

JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencari ibu atau waris tiga kanak-kanak ini.


SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang mengesan ibu bapa kandung atau waris tiga kanak-kanak yang ditinggalkan di sekitar Masjid Zaid Harithsah, Kampung Sungai Mulia, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak tersebut dikenali Muhammad Azwie Abdullah, 12, Nurfazila Natasha Abdullah, 9, dan Nurdawina Abdullah, 7.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamed Sabri Aris berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diletakkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras di bawah perintah jagaan sementara mulai 5 Oktober 2015 hingga 10 Disember 2015.

Menurutnya, bagaimanapun, atas persetujuan ibu saudara kanak-kanak ini telah diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai bernama Jamaluddin  Wahab beralamat di  Kampung Paya Jaras Dalam Sungai Buloh , Selangor melalui Perintah Mahkamah  mulai 10 Disember 2015 hingga 6 April 2016.

"Demi masa depan kanak-kanak tersebut, JKM berharap ibu kandung bernama Dewi Pusitasari hadir ke JKM Wilayah Persekutuan di tingkat 9, Grand Seasons Avenue, No 72, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, untuk perancangan dan penempatan kanak-kanak tersebut seterusnya.

"Ibu kandung atau waris kanak-kanak boleh menghubungi Azizul Rahaman Zabidin di talian 03-26124000 atau 03-26124140," katanya.


Dr Mahathir benar, ini kalilah!

Posted: 02 Mar 2016 02:53 AM PST



Oleh Jimmy Shibari


Saya adalah seorang pengkagum Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berani. Di masa-masa krisis seperti sekarang ini, kita sebenarnya memerlukan lebih ramai orang yang berani.

Walaupun sudah berumur 90 tahun tetapi Dr Mahathir menyatakan kesanggupan beliau untuk didakwa dan dipenjarakan di dalam penentangan beliau terhadap rejim Datuk Seri Najib Razak (dan Datin Seri Rosmah Mansor).

Keberanian Dr Mahathir mengalahkan kita yang muda. 

Sebagai seorang politisi berpengalaman, Dr Mahathir adalah seorang yang pintar, licik dan strategis di dalam menggunakan kedudukan dan kuasanya serta alat-alat negara untuk menundukkan musuh-musuh beliau khususnya ketika beliau menjawat jawatan perdana menteri.

Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang pemimpin yang punya wawasan jelas untuk negara dan bangsa Malaysia yang dipimpinnya. Sama ada kita setuju atau tidak dengan wawasan dan jalan dipilih Dr Mahathir untuk merealisasikannya itu satu perkara yang lain.

Namun begitu rekod keterampilan Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang hebat dan dikagumi dunia dirosakkan khususnya di mata ramai orang Melayu dengan tindakan beliau memecat Datuk Ser Anwar Ibrahim melalui tuduhan yang sampai sekarang diragui kesahihannya.

Walaupun kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir khususnya dalam soal-soal kehakiman, kebebasan media, hak asasi manusia dan demokrasi mendahului tindakannya memecat Anwar Ibrahim, namun di mata ramai orang Melayu kesalahan terbesar beliau adalah kerana memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Apa pun satu hal yang kita perlu akui Dr Mahathir adalah seorang nasionalis. Malahan buat saya tindakan beliau memecat Anwar pada waktu itu salah satu daripada faktornya adalah kerana dorongan sentimen nasionalisme beliau.

Konteksnya adalah krisis kewangan 1997/1998 yang meranapkan ekonomi banyak negara di Asia Tenggara.

Anwar dilihat lebih cenderung menyebelahi kapitalis global dan internasional yang diwakili IMF, World Bank dan Amerika Syarikat manakala Dr Mahathir cenderung mengambil sikap menyebelahi kapitalis nasional dalam krisis kewangan tersebut. Dr Mahathir adalah nasionalis yang mendukung sistem kapitalis dan pasar tetapi ia mestilah menguntungkan Malaysia (baca: kapitalis nasional).

Konflik yang bermula daripada 2 pandangan ekonomi yang berbeza itu akhirnya berlarutan kepada konflik politik dan kuasa yang seterusnya melahirkan Gerakan Reformasi 1998. Dr Mahathir adalah ikon kebencian Gerakan Reformasi. Kerana itu Dr Mahathir dijuluki sebagai Mahafiraun, simbol makhluk terkutuk.

Tapi kebencian kepada Dr Mahathir pada waktu itu rata-ratanya hanya dikongsi orang Melayu. Orang bukan Melayu terutamanya Cina tidak berkongsi rasa yang sama. Mereka (bukan Melayu) masih melihat Gerakan Reformasi yang lahir daripada pemecatan Anwar sebagai konflik dalaman Melayu.

Kebencian terhadap Dr Mahathir juga lebih tertumpu di Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak kebencian terhadap Dr Mahathir tidaklah begitu meluas.

Dengan kata lain kebencian terhadap Dr Mahathir tidak menyeluruh mencakupi majoriti rakyat Malaysia dan tidak sepenuhnya merentasi batas etnik dan tidak melangkaui hingga ke negeri-negeri Borneo.

Oleh itu, pada pilihan raya umum 1999, walau pun Barisan Nasional (BN) kalah undi Melayu, tetapi dengan sokongan besar undi bukan Melayu dan undi dari Sabah serta Sarawak, BNyang dipimpin Dr Mahathir masih berjaya mengekalkan 2/3 kerusi Parlimen dan menang di semua negeri kecuali Kelantan.

Kisah seterusnya kita sudah sedia maklum. Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri yang dipegangnya pada 2003 selepas beliau merasakan krisis ekonomi 1997/1998 yang melanda negara sudah pun sebahagian besarnya diselesaikan dan visi Malaysia menjadi negara maju pada 2020 kembali semula ke trek asalnya.

Namun seorang Dr Mahathir yang nasionalis tidak mampu berdiam diri walau pun sudah melepaskan jawatan kekuasaan yang formal. Campur tangan Dr Mahathir di era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah diketahui umum. Motifnya berbagai tapi salah satunya adalah kerana jiwa nasionalis Dr Mahathir itu sendiri.

Dan kini pada era pemerintahan Najib, Dr Mahathir sekali lagi campur tangan. Dan sekali lagi juga salah satu daripada motifnya adalah nasionalisme, iaitu keinginan untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa tidak menuju kehancuran khususnya dari sudut perkembangan ekonominya.

Dan Najib dilihat Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab membawa Malaysia menuju kepada kehancuran, baik dari sudut ekonomi mahu pun maruah serta nama baik Malaysia di mata dunia.

Daripada tuduhan skandal korupsi yang melibatkan kes pemindahan wang bernilai RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau, kegagalan dan hutang berbilion ringgit yang ditanggung 1MDB sehinggalah kepada misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang hingga sekarang masih menjadi tanda tanya.

Skandal-skandal Najib (dan juga isterinya Rosmah) adalah skandal yang sudah menjadi bicara umum dan menimbulkan kebencian yang amat sangat di kalangan rakyat terhadap 2 sosok ini.

Berbeza dengan kebencian ditunjukkan rakyat kepada Dr Mahathir pada tahun-tahun reformasi 1998 yang lebih tertumpu kepada orang Melayu, kebencian (dan juga kemarahan) rakyat terhadap Najib kelihatannya hampir menyeluruh. Najib (dan Rosmah) nampaknya dibenci semua orang, tidak kira orang Melayu, Cina, India, Sabah dan juga Sarawak.

Mungkin yang masih menyukai Najib hanyalah orang Umno. Itu pun tidak semua. Sebahagian orang Umno yang terdiri daripada beberapa pemimpin di peringkat cawangan sudah pun menuntut supaya Najib berundur.

Sebuah institut kajian bebas, Merdeka Centre baru-baru ini melaporkan  populariti Najib di kalangan orang Melayu sendiri sudah pun jatuh di bawah 50%. Tahap kepuasan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib hanyalah mencapai 31% sahaja menurut kajian tersebut. Maknanya 69% orang Melayu tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Dr Mahathir juga pada 1998/1999 dibenci ramai orang Melayu tapi beliau masih mendapat dukungan daripada bukan Melayu khususnya pada pilihan raya 1999. Tetapi situasi kali ini jauh berbeza di mana Najib dibenci majoriti rakyat Malaysia.

Memandangkan kebencian (dan kemarahan) rakyat terhadap Najib hampir merangkumi seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dan juga merentasi negeri dari Perlis hingga ke Sabah, maka seruan Dr Mahathir untuk semua pihak yang menentang kepimpinan Najib (dan Rosmah) bergabung dan bersatu dalam satu gerakan adalah yang paling munasabah, wajar dan strategis.

Cadangan Dr Mahathir untuk membangunkan sebuah barisan bersatu rakyat Malaysia yang menggabungkan parti pembangkang, NGO, kelompok masyarakat dan juga orang-orang persendirian yang berpengaruh untuk menjatuhkan Najib (dan Rosmah) adalah suatu cadangan yang wajib disokong mereka yang mahukan perubahan.

Dr Mahathir benar! Ini kalilah!

Krisis yang melanda Malaysia ini sebenarnya membawa satu peluang yang sangat besar. Di dalam sejarah mana-mana bangsa, peluang yang sebegini tidak selalunya wujud. Kondisi yang terjadi sekarang ini sangat jarang sekali tiba.

Malahan dalam sejarah Malaysia moden, peluang seperti ini tidak pernah datang. Inilah kali pertama kondisi yang melahirkan peluang ini hadir dan menunggu masa untuk digunakan. Kondisi di mana terdapatnya 2 sosok iaitu Najib dan isterinya Rosmah yang menjadi ikon paling dibenci hampir semua rakyat Malaysia.

Dr Mahathir sendiri tidak mencapai tahap sebegini. Dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali isteri Dr Mahathir pula dengan segala sifat kerendahan hati dan keibuannya gagal menjadi ikon kebencian rakyat pada era reformasi 1998.

Memilih untuk menunggu 2 tahun lagi bagi menjatuhkan Najib pada pilihan raya umum ke-14 adalah terlambat. Dalam tempoh 2 tahun berbagai perkara boleh terjadi. Melihat kepada cara Najib (dan Rosmah) memimpin Malaysia sekarang ini, tidak mustahil dikatakan sebelum tempoh itu tiba, Malaysia sudah pun menjadi negara gagal.

Sebelum 2 tahun sampai, ekonomi Malaysia berkemungkinan besar akan jatuh merudum, nilai tukaran mata wangnya menjadi semakin rendah, pengangguran meningkat tinggi, kemiskinan bertambah dan jenayah semakin berleluasa. 

Masanya untuk bergabung di bawah satu barisan adalah sekarang. Ini kalilah!

Tapi pertanyaan yang mungkin bermain di fikiran setiap orang ialah apa selepas Najib? Siapa yang akan mengganti Najib?

Ini adalah pertanyaan yang wajar. Dengan kekuatan barisan bersatu yang merangkumi berbagai elemen dalam masyarakat, tuntutan pertama yang perlu direalisasikan selepas Najib (dan Rosmah) dijatuhkan ialah pembubaran Parlimen dan pilihan raya umum ke-14 diadakan untuk memilih kepimpinan Malaysia baharu.

Tetapi sebelum ia diadakan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlulah direformasikan secara total dengan memastikan ia dijalankan dengan bebas, bersih dan adil.

Dengan pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, kepimpinan baru yang terpilih itu nanti wajib dituntut untuk memansuhkan segala undang-undang yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia.

Ini adalah 3 tuntutan jangka pendek yang wajar dan munasabah untuk dilaksanakan selepas Najib (dan Rosmah) dijatuhkan. Dan tiada kompromi terhadap 3 tuntutan yang paling mendasar ini.

Sekarang peluang sudah di depan mata. Memberi pelbagai alasan adalah cara untuk menyembunyikan kebaculan kita. Mengajukan bermacam halangan hanya akan melambatkan perubahan untuk Malaysia yang kita cinta.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air. Berkayuhkah kita atau membiar lama sehingga perahu hanyut dibawa arus dan dayung reput dimamah masa.

Khilaf Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah

Posted: 02 Mar 2016 02:48 AM PST



Oleh SUBKY LATIF


ADALAH satu penghormatan kepada Datuk Dr. Haron Din dan PAS apabila beliau dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi untuk menjadi ketua kluster dakwah dalam satu jaringan yang dibentuk kerajaan bagi menasihatkan kerajaan.
   
Tentunya ia tepat dengan wawasan Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang betapa PAS boleh sesuai memainkan peranan untuk menasihatkan kerajaan dan pemimpin-pemimpin kerajaan daripada bergabung sebagai sekutu kepada parti yang memerintah sekarang.

Sekalipun pelantikan itu menunjukkan adanya kelonggaran baru bagi Umno untuk menerima secara langsung peranan yang PAS sebagai pembangkang boleh sumbangkan kepada kerajaan tetapi pelantikan itu adalah justeru ketokohan dan kemahiran Dr. Haron Din sebagai seorang ahli ilmu.
  
Saya percaya beliau boleh memberikan sumbangan positif yang diharapkan.
  
Bagaimanapun ada khilaf dalam kalangan penyokong PAS terhadap penerimaan Dr. Haron atas pelantikan itu. Tidak disangsikan ada kebaikannya orang PAS dilantik dan orang PAS menerimanya secara terbuka, dan Dr. Haron boleh memenuhi tanggungjawabnya, tetapi ada pandangan supaya Dr. Haron tidak menerimanya.
   
Saya cenderung menerima pandangan itu, bukan kerana tidak setuju PAS sedikit persefahaman dengan kerajaan tetapi adalah disebabkan Dr. Haron adalah Mursyidul Am PAS. Jika beliau bukan Mursyidul Am, beliau adalah orang terbaik untuk mengetuai kluster dakwah itu.
  
Tanpa meremehkan pandangan baik dan penghormatan kerajaan kepada beliau dan kepada PAS, jika kerajaan merasakan pemimpin PAS wajar diberi penghormatan, maka perlantikan itu boleh dibuat terhadap orang lain yang bukan Mursyidul Am dan bukan Presiden.
  
Mursyidul Am adalah satu jawatan dan kedudukan yang paling berprestij pada jamaah Islam itu dan tidak sesuai dan tidak bebas duduk dalam mana-mana badan lain.
  
Sekalipun pemerintahan kita memakai sistem khalifah, maka Mursyidul Am tidak dikira patut duduk dalam apa-apa kedudukan di bawah khalifah.
  
Mursyidul Am mesti bebas daripada sebarang ikatan dan apa jua komitmen dengan pihak lain.
  
Tidaklah Mursyidul Am mesti terpisah dengan masyarakat, tetapi mungkin kedudukan itu dapat diibaratkan dengan seorang raja bertakhta. Raja bertakhta itu adalah tinggi kedudukannya dalam institusi masyarakat beraja. Maka tidak kena Raja mengetuai pertubuhan sukan atau badan-badan amal. Mengetuai pertubuhan seperti ini mendedahkan raja kepada kelemahan dan kekuatan. Ia tertakluk kepada teguran dan  cabaran.
   
Jika Raja hendak dilibatkan dengan mana-mana badan yang terbaiknya ialah sebagai penaung.
   
Saya suka mengambil kejadian yang dilalui Ustaz Zamihan yang dijadualkan berdebat dengan Dr. Maza, Mufti Perlis. Ustaz Zamihan adalah ketua pertubuhan Ahlis Sunnah wal-Jamaah. Berapa besar dan ramai mana anggotanya tidak penting. Tetapi Ahlis Sunah wal-Jamaah adalah institusi yang terangkum semua mazhab Islam selain Syiah. Nama jamaah yang diwakilinya adalah besar.
  
Kerana dia kerja dengan kerajaan. Jabatannya tidak memberi permit kepadanya, dia tidak dapat menyertai debat itu. Bagi memimpin badan seperti itu Ustaz Zamihan mesti membebaskan diri daripada sebarang ikatan yang menghalangnya bergerak bebas.
   
Mursyidul Am adalah satu institusi penting dalam PAS. Ia adalah kerja penuh masa dan perlukan tumpuan. Rakyat dan negara sendiri pun melihat ia institusi yang tinggi dari yang lain. Mungkin menerimanya adalah keputusan yang baik. Tetapi yang terbaik beri ia pada orang lain.

Tiada ulasan: