Khamis, 4 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Bashah Tidur Jadi Viral, Dicabar Tunjukkan Sijil SPM

Posted: 04 Feb 2016 12:16 AM PST

'Harap Ahmad Bashah tidak lena sewaktu angkat sumpah'

ALOR SETAR – Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah secara sinis dinasihati tidak terlena ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini.

Pesanan itu disampaikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sewaktu pengumuman melepaskan jawatannya, hari ini.


"Saya harap Ahmad Bashah sewaktu angkat sumpah nanti tidak terlena," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan Umno Bahagian Jerlun yang hadir pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kenyataan dibuat dipercayai ekoran rakaman Ahmad Bashah tertidur ketika Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah sedang bertitah yang mula tersebar di media sosial.

Respons kepada kenyataan itu, Ahmad Bashah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

Sementara itu, Mukhriz berkata, walaupun desakan peletakan jawatan itu lebih kepada cubaan untuk menutup mulutnya, namun beliau menegaskan tidak akan berdiam.

"Saya tidak akan berdiam. Saya akan terus berkhidmat selagi rakyat mahu saya. Saya akan setia bersama Umno, pada masa sama saya juga harap Umno boleh melalui satu transformasi yang drastik dan dramatik.

"Ini perlu dilakukan segera sekiranya kita berhasrat untuk menang PRU14. Kalau tidak dilakukan, saya bimbang masa depan Umno sebagai sebuah parti yang memerintah," katanya.

Adun Ayer Hitam itu turut mengakui ditawarkan jawatan dalam kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya bagi meredakan konflik politik Umno Kedah.

"Ya, Perdana Menteri menawarkan jawatan timbalan menteri. Tapi sudah tentu saya tidak menerimanya.

"Kalau ada sebarang tuduhan saya gagal mentadbir kerajaan negeri, itu boleh saya terima. Tapi pada waktu sama, ahli exco juga berperanan dan harus memikul sebahagian daripada tanggungjawab tersebut," katanya.

Sebelum ini, gambar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dikatakan terlelap ketika istiadat penganugerahan pingat di Istana Anak Bukit diviralkan di media sosial. Perkara itu turut menjadi perbualan hangat masyarakat dan pengguna laman sosial, khususnya ketika berlaku pergolakan dalaman Umno Kedah yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai MB Kedah.

Di dalam perkembangan berasinga, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mencabar Bashah untuk menunjukkan sijil SPM bagi membiktikan beliau bukan sekadar hanya berkelulusan SRP.

Kit Siang menegaskan Bashah sendiri patut segera perjelaskan samasa beliau berkelulusan SRP atau SPM.

Lokman Noor Adam sebelum ini mempertahankan menteri besar Kedah yang baru dilantik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dengan menyangkal dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai kelayakan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

"Sebenarnya Ahmad Bashah, bukan hanya ada SRP tetapi beliau (adalah) lepasan SPM. Fitnah jentera siber Mukriz (Mahathir) hanya sekadar untuk membunuh karakter Ahmad Bashah," kata di laman Facebook.

Tetapi Lokman akhirnya terjerat dengan kenyataannya sendiri dan seolah-olah mengakui Bashah hanya berkelulusan SRP.

"Apa tidaknya, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah lebih yakin dengan seorang yang berkelulusan SRP berbanding Mukriz yang belajar sampai ke Jepun dan Amerika.

Seterusnya Kita Siang juga bersikap jujur dan telus mengenai video beliau terlena seweaktu mendengar titah di raja di Istana Kedah yang menjadi viral di laman sosial.

Bashah sebelum ini menafikan kandungan video itu dengan menyatakan ia diedit namun apa yang nyata menunjukkan video yang berdurasi 1:03 minit itu tiada kesan edit.

Ramai warga siber terutama warga Kedah sendiri mencemuh perlantikan Bashah sebagai MB Kedah yang baru dengan menyakan bahawa Najib sengaja melantik yang bodoh-bodoh supaya mereka mudah diperbodohkan.
,br> Malah dari kalangan penganalisis politik pun mmeragui kemampuan Basha.

Pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, menteri besarnya yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat perlu 'melawan' aura yang ditinggalkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Mukhriz seorang menteri besar yang popular dalam kalangan rakyat Kedah khususnya dalam kalangan generasi muda dan sudah pasti krisis itu tidak akan berakhir begitu sahaja dengan berlakunya pertukaran baton kepimpinan.

"Cabaran besar untuk mereka iaitu sejauh mana mampu untuk menggunakan tempoh masa yang singkat ini untuk memulihkan bukan sahaja perpaduan dalam parti tetapi juga persepsi dalam kalangan rakyat Kedah," lapor Sinar Harian.

FMT pula melaporkan rata-rata akar umbi UMNO menyifatkan Ahmad Bashah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kemampuannya untuk mentadbir negeri 'Jelapang Padi' itu diragui.

Ketua Umno Cawangan Bandar Laguna, Zahran Abdullah berkata Ahmad Bashah tidak sesuai menjadi Menteri Besar kerana tidak menepati citarasa anak muda sekarang.

Katanya, Ahmad Bashah yang juga ADUN Bakar Bata tidak mampu menjadi idola untuk orang muda kerana sudah 'lapuk'. "Kita tidak nafikan beliau orang lama dalam politik di Kedah, tapi beliau (Bashah) sebenarnya sudah lapuk. "Beliau lebih kepada seorang pengikut yang setia dan bukan seorang pemimpin.



Najib & Basha DIkutuk Hebat Oleh Warga Siber

Posted: 03 Feb 2016 05:20 PM PST

Selepas Mukhriz undur pengguna media sosial persoal bila giliran Najib

Rata-rata pengguna media sosial terutama juga rakyat Malaysia terkilan dengan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah susulan kemelut politik Kedah dan mempersoalkan bilakah nasib yang sama bakal menimpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 3 Februari, 2016.


Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah hari ini mendorong pengguna media sosial bertanya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula akan meletak jawatan.

Ketika frasa "MB Kedah" mula trending di ruang maya Twitter, rakyat Malaysia menggunakan laman mikro-blog itu menyatakan kekecewaan mereka ke atas nasib yang menimpa Mukhriz.

Mereka mendakwa, rakyat sudah hilang sokongan terhadap Najib, namun beliau masih berkuasa tetapi seorang pemimpin seperti Mukhriz, yang menurut mereka masih mendapat sokongan orang ramai, dipecat.

"Rakyat nak tukar PM, Kedah MB kena tukar pulak. Yet another disappointment," tulis Wee Su Lin di akaun Twitternya @sulinwee.

Sementara huzairieyahyaa (@HuzairieYahya96) menulis: "We need new PM, not new Kedah MB (Kami perlukan PM baru, bukan MB baru)."

Seorang pengguna Twitter dengan nama @ajijudinnn turut menulis sajak pendek berbunyi: "Pergi kedai cari teh kundur, Ternampak Mukhriz membeli tauhu, Ku harapkan Najib undur, Tup tup dapat MB baru".

Sementara itu, pengguna lain mengejek menteri besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, memetik pengakuan beliau sendiri yang beliau tidak sama taraf dengan Mukhriz, yang memiliki ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Sophia University, Tokyo, Jepun dan ijazah dalam bidang pengurusan dari Universiti Boston, Massachusetts.

"Tahniah Ahmad Bashah untuk jawatan MB Kedah yang baharu. This goes to say education means nothing when it comes to politics (Ini bermaksud, pendidikan tidak ada maknanya dalam bidang politik)," kata hilmy yakap (@hilmyyakap).

Mark Adam (@matkhadam) pula berkata, pelantikan Bashah membuatkan beliau teringin memohon jawatan sebagai menteri besar Perlis, berbekalkan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dimilikinya.

"Serius la Kedah mb baru ngaji takat srp ja? Aku pun nak apply jadi mb perlis guna spm ja la nanti," tulisnya.

"Motivasi hari ini. Jangan berhenti bermimpi. Think big (Berfikiran jauh). SRP can be a Menteri Besar (boleh jadi menteri besar). Kuikuikui Kedah MB," kata MHS @_secism.

Pengguna Twitter juga meramalkan pelantikan Bashah itu akan membawa kepada berakhirnya pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kedah.

"Mukhriz diganti sebagai MB Kedah, BN boleh ucap selamat tinggal kepada Kedah dalam PRU14, jadi bergembiralah sementara masih ada," kata Muhammad Irfan @muhd_irfaaan.

Pada 20 Januari, Bashah mengetuai sidang media yang terdiri daripada pemimpin bahagian dan sayap Umno di Kedah, mengisytiharkan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dan mahu Najib campur tangan menukar beliau.

Kemelut kepimpinan negeri itu tiba ke penghujungnya apabila Mukhriz mengumumkan peletakan jawatannya pagi ini, mengakui beliau tidak lagi memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri. -TMI


Najib hancurkan keyakinan rakyat, pemimpin Umno Kedah dipuncak naif

Keputusan memilih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah sebagai Menteri Besar yang baru, memperlihatkan kenaifan pemimpin dan kehancuran Umno Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-14 kelak, kata Presideni Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman.

Beliau menegaskan, Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri dan 15 Adun Umno-BN di negeri itu tidak melihat krisis kepimpinan berlaku itu untuk memastikan kelangsungan pemerintahan Umno-BN di Kedah.

"Bila isu demi isu menghujani Presiden beliau sedar bahawa beliau perlu mempunyai pasukan yang setia tanpa sebarang persoalan kepadanya oleh mana-mana pihak.Sebaliknya beliau menghancurkan keyakinan rakyat negeri itu.

"Adakah presiden seorang ahli politik yang sayang kepada partinya? Kami tidak menganggap beliau sama sekali memikirkan kelangsungan parti berbanding lebih memikiraan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

"Tindak tanduknya langsung tidak mencerminkan bahawa beliau pentingkan parti, jadi apa sebenarnya muslihat seorang Presiden ?

"Hanya dikalangan mereka yang berfikiran waras tahu kenapa percaturan politik itu berlaku dan Mukhriz akhirnya kecundang," ujar beliau ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Tambah Kamarulazman lagi sebagai pemimpin utama parti dan negara, Najib perlu melihat suatu isu yang berlaku dalam politik negeri dalam skop politik negeri itu.

"Presiden perlu melihat dari kanta politiknya bukan melihat dari kata amarah dan mahu menjaga kedudukan politik dan menutup kelemahan kepimpinannya sendiri di peringkat pusat dan negara.

"Kalau terbukti Mukhriz yang diingini oleh rakyat Kedah itulah sepatutnya dilakukan Presiden untuk mengekalkan beliau (Mukhriz).

"Apa guna meletakkan seorang yang digemari oleh Presiden tetapi membawa kekalahan kepada parti kelak, siapa punya strategi ini?," soalnya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden GKCM, Ruhsdan Mohamad pula bertanyakan kepada semua 3 juta ahli Umno terhadap krisis kepimpinan di negeri itu.

"Adakah anda di dalam Umno pada hari ini bangga melihat parti keramat ini ditolak, dicemuh, dihina dicerca dan dikeji?

"Ikon dan aset penting kepada parti dan sebuaah negeri yang semakin membangun itu sudah tidak ada tempat lagi bagi mereka selagi aset tersebut tidak seia senada bersama mereka.

"Sayang seribu kali sayang, Umno bukan lagi milik rakyat tapi milik individu-individu tertentu," tegasnya.

Hari ini rakyat Kedah akhirnya terpaksa akur dengan keputusan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah perkenan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang juga Adun Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru berkuatkuasa esok, 4 Januari 2016.

Berikutan peletakkan jawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini, melalui surat rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.
-Malaysia Dateline



Tiada ulasan: