Sabtu, 27 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pecat Muhyiddin, Paku Akhir Keranda UMNO

Posted: 27 Feb 2016 12:48 AM PST

Singkir Muhyiddin ibarat paku akhir keranda Umno

ALOR SETAR - Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno bakal menjadi 'paku terakhir buat keranda' parti itu.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada kemungkinan, juga desas-desus, bahawa penyingkiran Muhyiddin itu disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti dan rakyat.



Adun Ayer Hitam itu berkata, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini.

"Apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menggugurkan Muhyiddin, ia menghampakan sebilangan besar rakyat. Johor contohnya, tidak hanya kehilangan seorang anak Johor sebagai timbalan perdana menteri, tetapi juga potensi untuk anak Johor itu dinaikkan ke pangkat perdana menteri," katanya.

Mukhriz berkata, apa jua alasannya, seseorang pemimpin yang menang jawatan parti melalui pemilihan tidak boleh digugurkan daripada jawatan itu dengan sewenang-wenangnya.

"Dakwaan timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden dan ini cukup sebagai alasan untuk diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.

"Perlembagaan Umno tidak menghalang ahli atau pemimpin mempersoalkan isu-isu dibangkitkan oleh rakyat," katanya.

Mukhriz turut menempelak sebilangan pemimpin Umno, tanpa menyuluh diri sendiri dan tanpa segan silu acap kali memperlekehkan teguran pemimpin akar umbi.

"Hakikatnya, pemimpin kaki ampu inilah sebenarnya merupakan pengemudi yang sedang membawa haluan Umno tersasar daripada perjuangan asal dalam membela dan mempertahankan kepentingan rakyat," katanya.

Jelasnya, ia kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa ahli Majlis Tertinggi kebelakangan ini lebih bersifat mengampu presiden dan menghalalkan kebatilan.

"Saya percaya sebilangan mereka bakal menjadi 'pendakwa-pendakwa' yang juga ingin membuktikan jasa dan peranan dalam mempertahankan presiden.

"Sedarkah kita bahawa rata-rata orang muda meluahkan perasaan meluat dan menyampah dengan Umno akibat angkara pemimpin tertinggi parti?" katanya.

Mukhriz berkata, sekiranya Muhyiddin dianiaya, beliau percaya ramai ahli dan orang Umno akan meninggalkan parti, apatah lagi yang berada di atas pagar, tetapi tetap menyokong Umno selama ini.

"Inilah amaran yang disampaikan oleh begitu ramai orang Melayu kepada saya," katanya. -SH


MT Umno terdesak, kes Muhyiddin patut dibawa ke jawatankuasa disiplin

Kes disiplin membabit Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya dibawa ke jawatankuasa disiplin parti sebelum diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT Umno), kata Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Bagaimanapun Abdul Aziz mengakui MT Umno mempunyai bidang kuasa yang luas dan penggantungan Muhyiddin dibuat kerana ianya 'perkara mendesak' dan perlu disegerakan.

Beliau berkata, jika tindak-tanduk Muhyiddin disifatkan bercanggah dengan struktur perlembagaan dan displin ahli terhadap parti, perkara itu boleh diperdebatkan kedua pihak.

"Perlu ada laporan untuk dibawa ke peringkat jawatan kuasa disiplin terlebih dahulu sebelum dibawa kepada ahli MT.

"Dalam hal ini mungkin MT terdesak dan nak buat cepat kerana melihat kepada tindak tanduk Muhyiddin kebelakangan ini menyerang Presiden," ujarnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin boleh merayu untuk membela diri bagi mempertahankan jawatannya.

"Kena lihat juga apa peraturan yang ada dalam perlembagaan parti itu yang boleh memihak kepada isu membabitkan Muhyiddin," ujarnya lagi.

Beliau yakin keputusan menggantung jawatan Muhyiddin tidak dibuat dengan mudah oleh MT Umno.

MT Umno, katanya mungkin berada dalam keadaan 'terdesak' untuk membuat keputusan drastik tanpa perlu Muhyiddin diberikan ruang mempertahankan diri.

Usul untuk memecat Muhyiddin sebelum ini telah dicadangkan secara terbuka oleh Datuk Seri Nazri Aziz dengan sokongan beberapa ahli MT.

Ia kemudian dibawa ke mesyuarat MT Umno semalam.

Nazri dalam kenyataan yang dipetik media mengusulkan Muhyiddin dipecat daripada parti berikutan tindakannya mempertikaikan pelbagai perkara berkaitan presiden parti dan kerajaan secara terbuka. -MD


Kes Muhyiddin Dipecat: MT Dari Johor Jaga Kepentingan Diri

Posted: 26 Feb 2016 07:09 PM PST

Umno Pagoh: Tahniah 'orang' Johor pecat Muhyiddin

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed membidas naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pemimpin Johor lain kerana menyokong keputusan Majlis Tertinggi yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden.

"Saya sedih orang Johor disuruh mempengerusikan mesyuarat untuk pecat orang Johor.


"Tahniah Datuk Hisham dan MT orang-orang Johor... kerana terus membiarkan diri menjadi kambing hitam," katanya kepada Malaysiakini melalui pesanan teks.

Mesyuarat MT Umno hari ini dipengerusikan oleh Hishammuddin, selepas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan mesyuarat untuk mengelakkan konflik kepentingan.

Mesyuarat kemudian sebulat suara memutuskan untuk menggantung Muhyiddin berkuatkuasa serta-merta berikutan kritikan terbuka terhadap Najib dan melantik Zahid memangku jawatannya.

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor dari1986 hingga 1995 dan adalah juga Ahli Parlimen Pagoh serta Ketua Umno Pagoh.

Akibat lantang mengkritik Najib berhubung dana RM42 juta daripada firma milik negara, SRC International dan 'derma' AS$ 681 juta yang disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Najib pada Julai tahun lalu.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Aziz Kaprawi, keputusan itu bukan soal Johor tetapi adalah soal mengenai ahli-ahli Umno di seluruh negara.

"MB Johor pun dalam mesyuarat sebelum ini ada menegaskan kita hormati keputusan AG.

"Ini bukan soal Johor. Ini soal ahli-ahli seluruh negara. Muhyiddin masih ahli Umno dan Ketua Umno Pagoh," katanya.

Beliau berkata perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana ahli yang melanggar disiplin mesti bertanggungjawab.

"Tugas timbalan presiden mengikut perlembagaan adalah untuk membantu presiden. Kalau timbalan presiden tidak ikut perlembagaan, parti akan rosak.

"Keputusan sebulat suara telah dibuat tadi. Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Hishammuddin kerana kedua-dua presiden dan timbalan presiden adalah orang yang berkepentingan dalam isu ini," katanya. -mk

ULASAN GB

Demikianlah episod yang berlaku di dalam UMNO.

Masing-masing ada kepentingan sendiri. Orang Johor yang menjadi ahli Majlis Tertinggi sokong Muhyiiddin digtantung dari jawatan Timbalan Presiden. Kalau tak sokong khuatir mereka pun dipecat sama.

Langkah tersebut sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai gelagat politkus-politkus di dalam UMNO.

Najib mungkin boleh tersenyum lebar. Namun hukum kebanaran dan keadilan akan terus berjalan.

Orang-orang yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan sentiasa yakin bahawa Najib akan pasti terhukum sepertimana Tun Dr Mahathir yang kini sedang menjalani "hukumannya" akibat perbuatan lampaunya sebagai Presiden UMNO dan PM.

Tiada ulasan: