Rabu, 24 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Yang Gila Talak Sekarang Ni?

Posted: 24 Feb 2016 01:01 AM PST

Mahfuz: Cadangan k'jaan teknokrat patut mula di Kelantan

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar secara sinis mencadangkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS supaya merintis jalan membentuk kerajaan teknokrat selepas timbalan presiden parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan gabungan politik baru yang akan membolehkan teknokrat untuk memimpin negara ini.



Mahfuz juga secara halus menyindir kepimpinan PAS yang kini dikuasai oleh kumpulan konservatif agama selepas mereka menyingkirkan golongan profesional daripada parti itu tahun lalu.

"Cadangan pembentukan sebuah kerajaan teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

"Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam.

"Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan PAS kepada golongan teknokrat profesional.

"Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar," kata Mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata cadangan teknokrat itu sukar diterima oleh kerajaan BN kerana mereka melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas.

Oleh itu, katanya, PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan perlu meneroka pelaksanaannnya dengan meminda perlembagaan negeri supaya menteri besar dan barisan exco kerajaan negeri dilantik daripada kalangan profesional yang bukan terdiri daripada ADUN.

"Cadangan yang baik daripada Presiden PAS tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang.

"Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja," katanya.

Semalam, Tuan Ibrahim mencadangkan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai penyelesaian kepada krisis kepimpinan dalam parti pemerintah.

Idea itu pertama kali dilontarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi diangkat semula oleh Tuan Ibrahim melaui surat terbukanya semalam

PAS saran pembangkang bersatu, wujud kerajaan teknokrat

SHAH ALAM: PAS menyarankan penubuhan kerajaan teknokrat sebagai jalan untuk menyatukan parti pembangkang setelah Barisan Nasional (BN) gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam satu surat terbuka kepada parti pembangkang, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno-BN bukan lagi penyelamat negara tetapi punca masalahnya.

"Kerajaan teknokrat merupakan langkah ke hadapan bagi memberi peluang kepada tokoh dan cendekiawan menerajui hala tuju baru dan pentadbiran negara, manakala parti dan ahli politik sebagai wadah perubahan tersebut.

"Maksud kerajaan teknorat ialah sebuah sistem pemerintahan, kuasa parti politik terhadap negara hanya terhad untuk melantik kalangan profesional sebagai eksekutif pentadbir negara bermula daripada perdana menteri hingga ke peringkat bawahan," katanya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan sebuah kerajaan dipimpin oleh teknokrat, tambahnya.

Katanya, sebelum ini, pemimpin parti politik yang biasa menjawat jawatan perdana menteri dan menteri, namun berbeza dengan konsep kerajaan teknokrat.

"Kuasa politik yang didapati melalui pilihan raya hanyalah sekadar kuasa untuk melantik siapa yang sesuai di kalangan professional untuk mentadbir negara.

"Dengan kerajaan teknorat, polemik sempit berdasarkan persepsi semata-mata, persaingan dan penindasan atas nama perbezaan parti politik, salah guna kuasa oleh ahli politik, kediktatoran seseorang ahli politik dan cara berpolitik fitnah dan durjana dapat dikurangkan," katanya.


ULASAN GB

PAS yang bersendirian semacam dah gila talak apabila menyaran pembangkang supaya bersatu. Kita ingin nyatakan pembangkang sudah pun bersatu dengan kewujudan Pakatan Harapan. PAS yang tiada di dalamnya.

Sebelum ini "Dewa Kekayaan" dari Paya Jaras menuduh AMANAH sebagai gila talak. Sekarang jawapan dari Hukum Kebenaran dan Keadilan menjelaskan bahawa PAS yang gila talak. Gila talak dengan pakatan pembangkang. Tak pasal-pasal suruh pembangkang bersatu, sedangkan yang menimbulkan perpecahan di kalangan pembangkang tidak lain dari PAS sendiri...

Kedua mengenai kerajaan tenokrat, benarlah apa yang dikatakan oleh Mahfuz iaitu sepatutnya PAS laksanakan kerajaan tenokrat di Kelantan terlebih dahulu.

Golongan tenokrat dalam PAS kini sudah tiada. Majoritinya telah menapak keluar dari AMANAH (setelah dihalau) dan yang tinggal dalam PAS kini cuma yang bangang-bangang dan gila kuasa.

Apa yang berlaku kini ialah kerajaan yang ada di kelantan tidak lebih dari duplikasi dari kerajaan UMNO BN. Kita lihat bagaimana kerajaan Kelantan "menekan" rakyat yang tidak menyokongnya.


Ketiga mengenai kenyataan Tuan Ibrahim, GB nasihatkan agar Tuan Ibrahim menilai semula apa juga kenyataan yang ingin disampaikan kerana ia jelas meludah ke muka sendiri.

[VIDEO] Jangan Sebut Nama Rosmah....

Posted: 23 Feb 2016 04:40 PM PST

Najib, Rosmah dipersenda lagi

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak terus dijadikan bahan lawak jenaka di media sosial.

Menerusi video terbaru yang menjadi viral, dua lelaki yang berlakon seperti pasangan kekasih di dalam kereta menyebut nama Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Berdasarkan perbualan, kedua-dua lelaki terbabit cuba mengaitkan nama Najib dan Rosmah sebagai satu perkara yang sangat sensitif untuk disebut pada masa ini.

Visual berkenaan telah dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Emee Zainal.

"Kalau I jadi pokok you jadi apa?

I jadi monyetlah, balas lelaki tersebut.

"Kalau I jadi t**i, you jadi apa. I jadi lalatlah…haha sweet lagi.

"Kalau I jadi Rosmah?

Balas lelaki itu; kau ingat aku nak jadi Najib.

Diakhir video tersebut ditulis, Emee mengalami kecederaan berat dan dikejarkan ke hospital.

"Berhati-hatilah bergurau kerana "Najib" adalah isu yang sangat sensitif..Takde siapa nak jadi seperti Najib," menurut tulisan pada video berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 622,000 kali dan mendapat lebih 10,843 perkongsian dengan 5,644 menyukainya. -FMT

Tiada ulasan: