Selasa, 23 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pelakon Irfan Roslan Sertai Amanah

Posted: 23 Feb 2016 12:23 AM PST

Selepas penyanyi tersohor, Aishah Janji Manismu atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin dan Pengarah Filem Dia Ibuku, Sdra Yassin Salleh menyertai Amanah Batu, kini seorang lagi artis bertindak mengisi borang Amanah dan menyerahkannya kpd Timbalan Ketua Amanah Batu, Dato Tarmizi Mohd Jam.

2. Artis yg dimaksudkan itu ialah Sdra Irfan Roslan yg berlakon dlm banyak telemovie tv dan filem. Antara lakonannya yg menarik ialah dalam Tentang Dhia, AdaMaya, Sutera Maya, BFF, Laila Asyikin, Juvana, dan Samson Delaila.


3. Antara rakan-rakan artis yg berganding bahu dgn beliau sebelum ini, Fasha Sandha, Nora Danish, Fathia Latiff, Adi Putra, Ako Mustapha, Fahrin Ahmad, Nur Khariah, Lisa Surihani, Elli Suriati, Dato Rahim Razali, Maria Farida, Jasmine Hamid, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

4. Irfan bergiat dlm dunia lakonan antara tahun 2007 sehingga 2012 dan kini aktif dlm kerja2 dakwah, ikuti jemaah tabligh dan sangat berminat dgn keterbukaan Amanah dlm membawa Islam sbg Rahmatan Lil Alamin.

5. Irfan menyerahkan borang menyertai Amanah di Wisma Harapan Baru, Amanah Kws Batu pd malam 21 Februari 2016 setelah berfikir panjang mengenainya dan mahu berbakti dengan Amanah Kawasan Batu yg aktif, progresif dan peduli.

ULASAN GB

Berita di atas adalah berita yang benar. Ada gambar lagi serahkan borang.

Kebetulan minggu lepas, GB sempat untuk bertemu sdra Irfan yang datang ke Graha AMANAH Melaka. Memang sah beliau telah menyertai AMANAH.

Tak macam kisah di aprti sejarah tu yang mewarwarkan ada artis sertai partinya tiba-tiba dinafikan oleh artis-artis berkenaan...



Bekas Ketua Muslimat PAS, Jamilah Ibrahim Yakin Dengan Perjuangan AMANAH

Posted: 22 Feb 2016 10:23 PM PST

Namanya: Hajjah Jamilah bte Ibrahim, yang mesra dipanggil Mak Lah. Dilahirkan pada tahun 1947 di Derga, Alor Setar, Kedah dan merupakan adik ipar Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ayahnya seorang guru pondok iaitu Allahyarham Haji Ibrahim Haji Abdullah dan ibunya Allahyarhamah Hajah Hawa Abdul Rahman. Suaminya Abdul Aziz Hassan bekas pensyarah ITM

Pada tahun 1984, Ustazah Jamilah diberi kepercayaan menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Ketika itu ketuanya adalah Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir.



Beliau memangku jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada tahun 1992 apabila ketuanya, Wan Asma' tidak sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai ketua.

Pada tahun 1993, beliau menang tanpa bertanding untuk mengisi jawatan Ketua Dewan Muslimat.

Pada tahun 1997, beliau dipilih menjadi seorang senator (ahli Dewan Negara ) dengan cadangan dari TG Nik Abdul Azizi Nik Mat di DUN kelantan ketika itu.

Di bawah kepimpinannya sebagai Ketua Dewan Muslimat, banyak perubahan yang telah dilakukan iaitu dari masyarakat tidak mengenali apa itu 'Dewan Muslimat' nama itu menjadi seiring dengan 'wanita Umno' malah pergerakannya lebih aktif lagi.

Wajah dan nada suara yang lembut tidak menggambarkan bahawa beliau seorang muslimat yang lemah dan mudah dirayu dengan kemewahan. Sebaliknya beliau seorang muslimat yang tegas, berani dan mempunyai wawasan untuk memartabatkan hak dan nilai wanita yang selama ini telah diperalatkan oleh parti BN.

Pada hari pelancaran Parti AMANAH Negara pada 16 September 2015 lalu di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam Ustazah Jamilah telah menyerahkan borang untuk menyertai AMANAH kepada Presiden AMANAH, Tn Hj Mohammad Sabu.

Beliau menyatakan dengan kemunculan krisis yang berlaku di dalam PAS pada 2014/15, krisis yang melanda itu telah menyebabkan beliau merasakan beliau tidak nampak kepimpinan PAS yang ada sekarang boleh membawa vision yang lebih jauh untuk menekan kezaliman kepimpinan UMNO.

Tatkala beliau sedang mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya, tiba-tiba parti baharu, AMANAH muncul dan setelah melihat begitu ramai aktivis yang telah lama duduk di dalam PAS menyertainya sednagkan mereka inilah yang dahulunya mengangkat martabat PAS sebelum ini, maka Ustazah Jamilah yakin AMANAH, beliau yakin dengan parti AMANAH.

Beliau menyatakan beliau amat berpuashati dapat melibatkan diri di dalam AMANAH. Beliau kini aktif sebagai ahli jawatan kuasa Angkatan Wanita AMANAH (AWAN).

Sila ikuti wawancara Unit Media Baru AMANAH bersama Ustazah Jamilah yang diadakan baru-baru ini.




Tiada ulasan: