Jumaat, 19 Februari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Kian Menderita, Undurkan Najib Segera!

Posted: 19 Feb 2016 12:53 AM PST

'Mahathir mahu semua parti ketepi perbezaan singkir Najib'

Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.

Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.


"Kedua-dua kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.

"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.

Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.

"Idea kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.

"Jangan fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada kepentingan politik masing-masing," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.

Menurutnya, pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang.

"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.

"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.

Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.

"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.

"Pemikiran itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka pelan tindakan," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan mengenai pelan tindakan berkenaan.

"Dia (Dr Mahathir) ambil maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.

"Bagi saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi. -mk


Zaid saran perhimpunan 27 Mac bagi desak Najib undur

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sudah terlalu lama, katanya, rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.

Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya 'pak turut' menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Menteri dan pegawai tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari bahawa ini amat merosakkan negara.

"Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.

Menurut Zaid, alasan berhubung skandal 1MDB adalah bahawa Mahathir kehilangan lebih daripada RM42 bilion kerana salah urus kewangan semasa menjadi perdana menteri dan oleh itu beliau tidak mempunyai hak mengkritik Najib.

Selain itu, beliau berkata, penyokong perdana menteri juga menuduh Mahathir berat sebelah dan hanya membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi.

Perbezaan Najib - Mahathir

Mendakwa bahawa Najib melakukan perkara sama, Zaid berhujah bahawa perbezaan antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri sekarang terlalu jauh.

"Mahathir tidak pernah curi wang kerajaan, sama ada menerusi syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen pun.

"Malah beliau juga mencabar Najib untuk menyiasatnya.

"Najib, sebaliknya terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan 'derma' yang diterimanya sebagai perdana menteri.

"Najib dan isterinya amat kaya dan gaya hidup mereka seperti raja dan permaisuri. Sebaliknya, Mahathir dan (isterinya) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup secara sederhana.

"Walaupun Mahathir menyuruh Najib dan polis untuk menyiasatnya, Najib pula sibuk mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup. Nampak perbezaannya? " katanya.
-mk


[VIDEO] Syabas Kadir Jasin, Beri Peringatan Untuk Para Pengampu & Pembodek Itu...

Posted: 18 Feb 2016 11:20 PM PST

'Kamu akan terheret ke dalam kubur bersama Najib'

Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin memberi amaran bahawa mereka yang bersubahat, bersekongkol dan makan dedak akan diseret bersama Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.

"Bagi yang berasa mereka berkuasa, kuat dan terlindung, ingatlah kuasa tidak akan kekal selama-lamanya.


"Bukan perdana menteri seorang saja akan dipertanggungjawabkan apabila 'the chips are down'," katanya dalam blog hari ini.

Kadir yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press mengulas pelbagai skandal yang melanda Najib, termasuk 'derma' RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Najib menafikan sebarang salah laku dan telah dibersihkan oleh Peguam Negara.

Kadir berkata pembangkang dengan mudah boleh duduk dan melihat Najib dan para pesekongkol dalam Umno-BN serta pentadbiran awam terus dengan skandal, kesilapan, pembohongan dan penafian menggali kubur mereka yang sedalam-dalamnya.

Namun, katanya, apa yang perhatikan adalah tidak seperti itu.

"Mereka mahu menyelamatkan Malaysia dan rakyat jelatanya sebelum terlambat.

"Mereka berpendapat menunggu sehingga pilihan raya umum (akan datang) mungkin terlalu lama dan Malaysia tidak dapat diselamatkan lagi selepas itu walaupun mereka menang,"
katanya.

Kadir berkata, harapan terbaik bergantung kepada beberapa kerat wakil rakyat Umno dan BN yang masih ada harga diri, berhati kecil dan punyai rasa bersalah (conscience).

"Mereka tahu bahawa mereka tidak lagi mewakili rakyat jelata.

"Malah mereka tidak pun mewakili ahli Umno-BN lagi. Mereka hanya mewakili Najib dan kelompok eksklusif beliau,"
katanya.

Kadir juga menggesa agar satu gerakan massa untuk yang merentasi sempadan politik, ideologi, agama, bangsa dan wilayah bagi menyelamatkan Malaysia yang dikhabarkan dipelopori oleh pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan undi tidak percaya terhadap Najib.

"Kita pun sudah tahu yang majoriti Raja-raja Melayu tidak lagi berdiam diri melihat kehidupan rakyat jelata semakin hari semakin terdesak dan imej negara menjadi bahan persendaan dunia.
"Yang kita perlukan sekarang adalah bagi setiap orang yang peduli dan sayangkan negara bangun secara aman dan sivil menyatakan bahawa perubahan wajib berlaku dan berlaku segera," katanya.

Sehubungan itu, Kadir mengajak setiap rakyat yang berwajah, dikenali dan dihormati tanpa mengira usia dan jantina, kerjaya dan kepakaran, bangsa dan agama supaya wajib memberanikan diri berdiri dalam satu barisan penyelamatan negara. -mk



ULASAN GB

SYABAS A.Kadir Jasin kerana mengingatkan para pemimpin UMNO itu tentang MATI.

Ramai di kalangan mereka yang alpa mengenainya, lantas melakukan perlakuan keji seperti mengampu dan membodek sewaktu Najib masih berkuasa.

Mereka terlupa bahawa Allah itu WUJUD dan MAHA MELIHAT.

Mereka juga terlupa menegenai PAHALA dan DOSA.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan lansung tidak diambil pelajaran darinya seperti Najib dan Rosmah yang pernah kemalangan yang hampir membawa maut di Raub, helikopter yang membawa menteri temhempas, pemenjaraan Khir Toyo, Tabung Haji yang menghadapi kerugian pelaburan dalam FGV akibat meletakkan pengurusan yang tidak berkelayakan disitu, IMDB yang membawa malapetaka bagi rakyat Malaysia akibat kerakusan dan lain-lain.


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]

Malangnya pembodek dan pengampu itu tak membaca Al-Quran... maka itu sebab mereka tenggelam dalam gelombang kejahilan dan kepalsuan.

Lantaran kesombongan (mereka) di muka bumi dan kerana rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (seperti berlakunya) sunnatullah kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapati perubahan bagi sunatullah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnatullah itu. (Fatir: 43)

Tidak mengapa. Yang mereka tunggu hanyalah "satu teriakan" dari langit.

وَمَا يَنظُرُ هَؤُلَاء إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً مَّا لَهَا مِن فَوَاقٍ
Tiada lain yang mereka nantikan, hanya satu teriakan yang berkepanjangan yang tiada ulangannya lagi.(QS. Sad: 27)

Tiada ulasan: