Sabtu, 20 Februari 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Shahidan dakwa telefon, akaun media sosial digodam

Posted: 20 Feb 2016 05:27 AM PST

Shahidan Kassim


SHAH ALAM –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim hari ini mendakwa telefon bimbit dan akaun media sosialnya termasuk Facebook telah digodam.

Perkara itu dimaklumkan melalui akaun Facebook rasminya sebentar tadi.

"Saya tahu semua telefon, Facebook dan lain-lain (akaun) kepunyaan saya telah diceroboh.

"Alasannya kerana saya tegas dalam tugas-tugas saya mempertahankan sempadan dan perairan negara daripada pencerobohan," tulisnya.

Shahidan memegang portfolio sebagai menteri yang bertanggungjawab berhubung Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim).

Dalam status ringkas itu, beliau tidak menyatakan sebarang tindakan yang bakal diambil sebaliknya beliau berserah kepada ALLAH SWT dan memohon perlindungan dariNYA.

Beku pekerja asing hanya untuk tenangkan rakyat – Dhaka Tribune

Posted: 20 Feb 2016 03:36 AM PST

Dhaka Tribune mendakwa kerajaan Malaysia masih akan mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam MoU yang ditandatangani pada 18 Februari lalu. 


dhaka

 
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia membuat pengumuman membekukan pengambilan pekerja asing hanya untuk memenangkan rakyatnya yang menentang pengambilan pekerja asing, lapor sebuah media Bangladesh.

Dhaka Tribune melaporkan, kerajaan Malaysia masih akan mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani pada 18 Februari lalu.

Laporan itu memetik kenyataan Pemangku Setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Begum Shamsun Nahar.

Dhaka Tribune juga menganggap pengumuman kerajaan itu sebagai 'mengarut'.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh.

Pengumuman itu sehari selepas kerajaan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh.

Dhaka Tribune juga melaporkan, Kerajaan Bangladesh masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembekuan oleh kerajaan Malaysia.

Kerajaan telah menjelaskan jumlah 1.5 juta rakyat Bangladesh itu adalah mereka yang mendaftar dengan pihak berkuasa negara berkenaan untuk bekerja di 139 negara termasuk Malaysia.

Palanivel wakil rakyat yang gagal

Posted: 20 Feb 2016 03:32 AM PST

 
Walaupun beliau merupakan calon payung terjun dari Kuala Lumpur, asing kepada masyarakat tempatan dan tidak mempunyai sokongan kuat, kami masih turun padang memujuk pengundi tempatan supaya mengundi Palanivel.


Parlimen-Cameron-Highlands


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato Seri G.Palanivel dilabel seorang wakil rakyat yang gagal.

Dakwaan itu dibuat oleh wakil Penggiat Belia Cemaron Highland,S. Parthiban ekoran Palanivel mengabaikan nasib masyarakat yang mengundi beliau pada pilihanraya lalu.

"Pada pilihanraya 2013 yang lepas, kami berusaha bersungguh sungguh dalam memastikan kemenangan kepada Palanivel sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

"Walaupun kami tahu beliau merupakan calon payung terjun dari Kuala Lumpur, seorang yang asing kepada masyarakat tempatan dan tidak mempunyai sokongan kuat di sini, kami masih turun padang memujuk pengundi tempatan supaya mengundi Palanivel.

"Namun sebaliknya berlaku apabila kami mendapat tahu bahawa beliau hanya hadir sebanyak lima kali ke Parlimen pada tahun 2013 dan 2014," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, kegagalan bekas Presiden MIC itu membela nasib masyarakat di sana menyebabkan mereka rasa tertipu selepas terlalu memberi kepercayaan kepada Palanivel untuk memenangi kerusi Parlimen tersebut.

"Masyarakat India di sini adalah penyokong tegar Barisan Nasional dan MIC. Oleh itu, kami tidak lagi percaya atau menaruh harapan terhadap beliau untuk membela nasib kami," katanya.

Zamihan terima ugutan bunuh

Posted: 20 Feb 2016 03:30 AM PST

 
Ugutan itu diterimanya di Facebook kerana lantang mengkritik Syiah, Wahabi dan kumpulan ekstremis.


zamihan-ugutan-bunuh


BANGI: Kesungguhan penceramah bebas, Zamihan Mat Zin menentang fahaman Syiah, Wahabi dan menolak ideologi ekstremis menyebabkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada pihak yang tidak berpuas hati.

Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) itu berkata, beliau pernah menerima ugutan bunuh sebanyak dua kali sepanjang kariernya sebagai seorang penceramah dan juga penulis buku.

"Saya sudah dua kali diancam bunuh. Saya sudah buat laporan polis untuk ancaman kali pertama, dan saya bercadang untuk buat laporan polis kali kedua," katanya dalam sidang media di pejabat Aswaja, hari ini.

"Ugutan bunuh ini baru lagi dan saya tidak pernah kenal orang ini. Orang ini menyatakan bahawa Zamihan sepatutnya dibunuh," katanya yang bercadang membuat laporan polis kali kedua, esok.

Zamihan yang sering terlibat memulihkan fahaman ideologi pengganas menyatakan kedua-dua ugutan bunuh yang diterimanya adalah melalui laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, penceramah itu turut meluahkan rasa kecewanya apabila laporan polis yang dibuatnya pada kali pertama tidak mendapat perhatian dan tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.

"Bila kita buat laporan polis, sehingga kini masih tiada tindakan," kata beliau lagi.

Zamihan memberitahu ugutan bunuh kali pertama dibuat oleh seorang guru yang dipercayai menetap di Lahad Datu, Sabah. Manakala, ugutan kali kedua dibuat oleh seorang individu yang dipercayai menetap di Pulau Pinang.

Muhyiddin beri amaran kepada Ku Nan

Posted: 20 Feb 2016 03:22 AM PST


Jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti kukuh beliau telah melanggar peraturan parti.


muhyidin-kunan


PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Majlis Tertinggi (MT) agar jangan sesekali berani mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.

Katanya, beliau tidak takut dikenakan tindakan tindakan kerana menyuarakan kebenaran tetapi mestilah dibuktikan beliau telah melakukan kesalahan dan melanggar Perlembagaan parti.

"Saya nak cakap terus terang dia (Setiausaha Agung ) dah ugut saya macam-macam dengan bukti-bukti mahu singkirkan saya, untuk buang saya. Saya tak takut.

"Saya nak ingatkan Setiausaha Agung dan semua yang berada di atas, jangan berani-berani mahu ambil tindakan ke atas saya melainkan cukup bukti menyatakan apa saja yang saya lakukan salah dari segi pandangan dan Perlembagaan," kata Timbalan Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau dan Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulazman Habibur Rahman bersuara kerana ingin mencari kebenaran.

"Saya bersetuju dengan Kamarulazman yang mana kita perlu mencari kebenaran dan kita tidak takut berdepan dengan apa saja ancaman baik kedudukan dan jawatan.

"Kita nak cari kebenaran dan dari kebenaran itu rakyat akan kembali yakin dan percaya kepada kita serta parti kita akan mendapat manfaatnya untuk terus bertahan dalam pilihan raya akan datang.

"Tetapi jika keadaannya terus begini, (sokongan terhadap UMNO) merosot dan terus merosot untuk tempoh yang akan datang apa lagi harapan untuk kita?," soalnya.

Presiden GKCM lagi sekali cabar Ku Nan berdebat

Posted: 20 Feb 2016 03:18 AM PST

 
Kamarulzaman Habbibur Rahman mendakwa sudah beberapa kali mencabar Ku Nan berdebat tetapi tiada respon.


gkcm


PORT DICKSON : Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarulzaman Habbibur Rahman, hari ini sekali lagi mencabar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdebat.

Beliau membuat cabaran itu kerana Tengku Adnan atau Ku Nan masih belum memecatnya sebagai ahli UMNO, walaupun pernah diugut untuk dipecat.

"Sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan UMNO.

"Dan Tengku Adnan, kalau kamu membaca berita ini, sekali lagi saya cabar kamu berdebat dengan saya," katanya pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan.

Dalam perkembangan lain, Kamarulzaman mendedahkan ada pihak-pihak tertentu cuba menggagalkan program itu dengan mengarahkan beliau membatalkan program berkenaan pada saat-saat akhir.

"Saya tanya kepada orang yang ingin batalkan program ini. Adakah anda sedar bahawa Tan Sri Muhyiddin yang bagi sumbangan," tegasnya

Wakil Sarawak serba salah jika jadi calon langsung BN, kata sumber

Posted: 20 Feb 2016 03:11 AM PST



Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Seri Wong Soon Koh (tengah) tidak boleh menyertai semula parti asal beliau jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti. – Gambar fail The Malaysian Insider , 20 Februari, 2016.Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Datuk Seri Wong Soon Koh (tengah) tidak boleh menyertai semula parti asal beliau jika dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti. – Gambar fail The Malaysian Insider . 
 
 
Penyandang daripada kedua-dua parti pro Barisan Nasional (BN) di Sarawak akan berada dalam keadaan serba salah jika dipilih sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi mereka dalam pilihan raya negeri akan datang, menurut sumber dalaman parti.

Sumber berkata, jika penyandang daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dipilih sebagai calon BN, salah satu syaratnya ialah mereka perlu meletak jawatan daripada parti mereka.

UPP dan Teras adalah serpihan daripada parti BN, masing-masing dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

"Dan jika mereka menang, mereka hanya mempunyai pilihan untuk menyertai mana-mana satu daripada 4 parti yang membentuk kerajaan BN - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan SPDP.  
 
"Mereka tidak boleh menyertai semula parti asal mereka," kata sumber itu yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

"Untuk bertanding sebagai calon langsung BN, tidak logik dan tidak betul daripada segi politik, sekiranya mereka ahli parti selain BN," kata sumber itu.

Dalam senario seperti itu, Presiden UPP yang juga Menteri Kewangan Kedua negeri Datuk Seri Wong Soon Koh dan Presiden Teras Tan Sri William Mawan, mungkin akan terperangkap dalam keadaan serba salah jika mereka dipilih mempertahankan kerusi mereka.

Wong, yang menubuhkan UPP selepas tewas dalam pemilihan SUPP pada 2011 dan Adun Bawang Assan, yang diwakilinya sejak 1991, mungkin terpaksa melakukan sesuatu yang tidak terfikir – melepaskan jawatan presidennya.

Mawan, menteri pembangunan sosial negeri dan Adun Pakan, kerusi dipegangnya sejak 1991, juga mungkin terpaksa melalui keadaan sama.

Ketika Wong berpisah daripada SUPP, semua Adunnya – Ranum Mina (Opar), Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Johnicol Rayong (Engkilili) dan Datuk Lee Kim Shin (Senadin) – mengikutinya. Bagaimanapun, Harden dan Lee kemudiannya kembali kepada SUPP.

Dalam situasi hampir sama, 5 Adun SPDP keluar parti itu pada Februari tahun lalu untuk menyertai Mawan di Teras.

Mawan keluar daripada SPDP kerana dilaporkan berdepan celaan kerana menerima kembali ahli yang dibuang tanpa persetujuan majlis tertinggi.

Enam Adun Teras itu ialah timbalan presiden Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Wong Judat (Meluan), Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus(Bekenu), Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) dan Pertanian (Pertubuhan Peladang) Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Mawan di Pakan.

Judat meletak jawatan dalam parti pada 2013 untuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU). Beliau kemudian menyertai parti kecil Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini berkata beliau mempertimbangkan idea meletakkan calon langsung BN di kerusi yang jadi rebutan SUPP, SPDP dan parti serpihan UPP dan Teras. BN meletakkan "calon langsung" bukan perkara baharu.

Pada PRU 1990, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk James Dawos Mamit bertanding sebagai calon langsung di Mambong dan menang.

Ahli Parlimen 5 penggal Datuk Billy Abit Joo melakukan perkara serupa di Hulu Rajang pada PRU yang sama, dan beliau turut menang.

Dawos kemudian memilih untuk menyertai PBB, sementara Abit pilih PRS


Peneroka tidak menyesal beri tanah pada pengusaha bauksit

Posted: 20 Feb 2016 03:04 AM PST





Pemilik tanah di Kuantan tidak menyesal memberi laluan kepada pengusaha bauksit menyewa tanah mereka kerana menerima tawaran lumayan, lebih menguntungkan berbanding kelapa sawit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Februari, 2016.Pemilik tanah di Kuantan tidak menyesal memberi laluan kepada pengusaha bauksit menyewa tanah mereka kerana menerima tawaran lumayan, lebihmenguntungkan berbanding kelapa sawit. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Meskipun hampir separuh pokok kelapa sawit milik Mohamed Fadzil Yusoff, 47, ditebang kerana memberi laluan kepada pengusaha bauksit dan pendapatan diraih kini hanya sebanyak RM250 sebulan namun peneroka tersebut mengakui tidak menyesali dengan keputusannya itu.
 
Peneroka generasi kedua Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang itu berkata tawaran lumayan yang diberikan sememangnya sukar ditolak memandangkan dengan keadaan pasaran komoditi kelapa sawit tidak menentu.

"Memang bauksit memberi pendapatan lumayan buat peneroka, kalau kita tak nak buat pun, tapi kiri kanan kita semua buat, jadi kita pun terpaksalah buat.

"Kami tidak rasa menyesal (beri tanah)," katanya kepada The Malaysian Insider. 
 
Fadzil, antara 248 peneroka Felda yang terlibat dengan aktiviti bauksit, berkata, hasil "sewaan" sebanyak 3 suku ekar tanah ladangnya kepada pengusaha menyaksikannya menerima sejumlah RM100,000 sebagai wang pendahuluan.

"Sebelum moratorium dilaksanakan, sudah ada perjanjian dengan pengusaha bauksit, di mana daripada 10 ekar tanah saya, 3/4 daripadanya digunakan untuk bauksit.

"Saya menerima RM100,000 dan ia dibahagi kepada 5 lagi waris tanah. Namun sekarang, memang tidak ada pergerakan, sebab pokok kepala sawit sudah ditebang. Jadi, sudah tentu hasil berkurangan," katanya.

Pendapat yang sama juga dikongsi seorang lagi peneroka Razak Abdullah, 52, yang menyifatkan dirinya bernasib baik.

Beliau sudah menandatangani persetujuan dengan pengusaha bauksit tetapi tanahnya masih belum disentuh ekoran daripada pelaksanaan moratorium 3 bulan yang berkuatkuasa 15 Januari lalu.

"Saya kira bernasib baik. Walaupun saya sudah tandatangan kontrak, 3 minggu selepas itu, morotarium dikuatkuasa.

"Maksudnya, pokok saya masih ada, tanah masih belum terusik dan saya juga menerima wang deposit RM100,000," katanya.

Ditanya adakah peneroka tersebut merasa rugi kerana membenarkan tanahnya terlibat dengan aktiviti bauksit, Razak berkata ia sebenarnya bergantung kepada individu.

"Saya rasa tidak rugi. Sebab, duit bauksit ini lebih kepada keuntungan jangka masa pendek. Kalau ladang (kelapa sawit), keuntungannya pula dalam jangka masa panjang.

"Dan, saya rasa sekarang ini, lebih baik peneroka terlibat dengan bauksit daripada tanam kelapa sawit," katanya.

Perlombongan bauksit di daerah Kuantan dimulakan pada awal 2013 dan pengeluarannya meningkat secara mendadak mulai pertengahan 2014.

Bagaimanapun ia mendapat bantahan segelintir penduduk, termasuk aktivis alam sekitar yang menyifatkan aktiviti bauksit secara berleluasa menyebabkan pencemaran dan memberi kesan kepada kesihatan.

Kemuncak isu bauksit, apabila negara digemparkan dengan insiden pesisiran pantai di Kuantan bertukar menjadi kemerahan Disember tahun lalu, dipercayai berpunca daripada pencemaran bauksit.

Susulan itu, 6 Januari lalu Putrajaya bertindak mengumumkan pelaksanaan moratorium sehingga masalah pencemaran dapat diatasi.

Arahan moratorium itu meresahkan sebahagian peneroka Felda Bukit Goh yang terlibat dengan aktiviti bauksit memandangkan ia menjejaskan pendapatan mereka.

Malah menurut laporan News Straits Times, memetik sumber daripada kerajaan negeri, semua pengusaha bauksit di kawasan Felda itu berstatus haram dan secara tidak langsung kesalahan diletakkan kepada peneroka kerana menyalah guna peraturan tanpa kebenaran.

Menurut laporan tersebut, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian kini berusaha menggunakan Kanun Tanah Negara untuk mengenakan tindakan ke atas peneroka, ia berkemungkinan menyaksikan tanah mereka dirampas.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Bukit Goh Shahrudin Mohd berkata, pihaknya pernah menghantar memorandum kepada kerajaan negeri tahun lalu meminta dikeluarkan lesen yang sah.

Malah beliau berkata, kerajaan negeri tidak boleh menyalahkan peneroka sekiranya kelemahan pengurusan bauksit datangnya daripada pentadbiran negeri.

"Untuk Felda Bukit Goh, satu lesen (bauksit) tidak pernah dikeluarkan kerajaan negeri. Jadi, pengusaha, peneroka tidak tahu apa yang betul atau tidak, kalau panduan pun tidak ada.

"Kerana itu, kita minta kerajaan negeri buat peraturan, standard prosedur yang betul, yang boleh diikuti. Kena ada pemantauan dan penguatkuasaan betul," katanya.

Tambahnya, situasi peneroka di Felda Bukit Goh kini diibaratkan seperti menunggu buah yang tidak gugur di mana nasib mereka masih menjadi tanda tanya.

Manakala, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, dakwaan menyatakan peneroka menyalah gunakan tanah mereka adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, peneroka mempunyai hak berbuat demikian kerana status tanah itu merupakan hak milik mereka.

Mazlan berkata, peneroka Felda Bukit Goh juga pernah membuat permohonan kepada Felda berhubung isu tersebut meskipun mereka tidak perlu berbuat demikian.

"Tidak ada alasan untuk kerajaan negeri merampas tanah peneroka kerana itu hak milik mereka.

"Isu kononnya nak ambil tindakan dan memberi ugutan serta ancaman saya lihat bukannya langkah bijak kerana perbincangan sepatutnya diadakan terlebih dahulu," katanya.

Katanya sebagai perbandingan, Felda Bukit Goh tidak menjadi satu-satunya kawasan yang menjadi rebutan pengusaha garam mineral kerana aktiviti perlombongan bijih timah juga berlaku di Felda Chiku, Gua Musang.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan perlu lebih bertanggungjawab dengan keadaan peneroka dan memikirkan alternatif apabila pokok kelapa sawit tersebut kini berusia dan tidak produktif.

Pendapat itu turut disokong Shahrudin apabila berkata, penanaman kelapa sawit sudah tidak sesuai lagi dan mencadangkan kegiatan pembangunan dijalankan di atas tanah bauksit.


Muhyiddin dakwa dihalang Najib laksana tugas timbalan presiden Umno

Posted: 20 Feb 2016 02:57 AM PST



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menerima tindakan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri yang mempunyai prerogatif untuk menggugurkannya daripada jawatan timbalan perdana menteri tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menerima tindakan Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri yang mempunyai prerogatif untuk menggugurkannya daripada jawatan timbalan perdana menteri tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendakwa beliau kini dihalang Datuk Seri Najib Razak daripada menjalankan tugas-tugasnya sebagai timbalan presiden Umno selepas dihalang bercakap pada Perhimpunan Agung Umno 2015. 
 
Timbalan presiden Umno itu berkata, beliau menerima tindakan Najib selaku perdana menteri yang mempunyai prerogatif untuk menggugurkannya daripada jawatan timbalan perdana menteri tahun lalu.

Namun kata Muhyiddin, sebagai timbalan presiden parti, beliau masih perlu menjalankan amanah menasihati presiden Umno itu berdasarkan perlembagaan parti.

"Sampai ke hari ini pun, dia tak benarkan saya jalankan tugas, sudahlah dipecat sebagai timbalan perdana menteri. 
 
"Baiklah, itu prerogatif dia. Walaupun prerogatif untuk tidak melantik sebagai menteri itu tidaklah mutlak, terutamanya saya sebagai timbalan presiden Umno," katanya pada majlis anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Taman Intan Duyung, Port Dickson petang ini.

Mengulang kembali teguran Najib dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu yang menyentuh tugas timbalan presiden, Muhyiddin berkata, beliau memberikan pandangan dan nasihat selaku timbalan presiden parti.

"Presiden parti tanya masa perhimpunan, tahu tak tugas-tugas timbalan presiden? Eh, saya pengerusi jawatankuasa perlembagaan. Tak payahlah tanya saya. Memang pun saya tahu.

"Dua sahaja (tugas timbalan presiden). Pertama, membantu presiden. Kedua, mempengerusikan mesyuarat sewaktu ketiadaan presiden," katanya.

Tugas membantu presiden, katanya, walaupun bunyinya mudah, tetapi boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud.

"Menjalankan urusan-urusan parti, mengepalai jentera pilihan raya, pergi lihat daftar pemilih, pergi menangani masalah-masalah bahagian yang ada.

"Itu tanggungjawab saya yang saya jalankan sejak saya jadi timbalan presiden Umno, sejak 6 tahun lalu, tiada masalah," katanya.

Kata Muhyiddin lagi, ahli-ahli parti mengenali perwatakan beliau sebagai seorang yang kuat bekerja dalam melaksanakan amanah selaku timbalan presiden.

"Orang tahu saya ini 'workaholic'. Ada tanggungjawab saya. Saya tak pernah abaikan tanggungjawab saya.

"Tetapi, tanggungjawab membantu presiden itu, dia kata antara lain, ikut tafsirannya, adalah memberi pandangan, memberi nasihat, bukan hendak menunjuk ajar," katanya.

Namun katanya, beliau khuatir kerana Umno kini akan terus merosot sokongannya di bawah kepimpinan Najib yang tidak menukar haluan parti walaupun berdepan ancaman nyata.

"Dia (Najib) mengemudi bahtera Umno, kalau di depan itu saya tengok ada batu salju yang besar, ada 'iceberg', jangan jadi Titanic, dilanggarnya sahaja.

"Kalau langgar sahaja, apa jadi? Semua tenggelamlah, semua mati.

"Jadi, saya sebagai orang nombor 2 memberi nasihat, 'this is not right, please do something to correct it' (ini tak betul, tolong buat sesuatu untuk betulkannya).

"Itu tanggungjawab saya, kerana itu amanah yang tuan-tuan berikan pada saya," katanya.


Bila lagi mahu saman WSJ, tanya Muhyiddin

Posted: 20 Feb 2016 02:54 AM PST



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal.
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak Putrajaya agar segera menyaman The Wall Street Journal (WSJ) susulan kenyataan terbaru pengarang akhbar itu yang menafikan sumber wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi.  
 
Timbalan presiden Umno itu berkata, sikap kerajaan untuk tidak menyaman penerbitan itu selepas mengumumkan akan berbuat demikian menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai.

Ini kerana katanya, peguam negara sebelum ini mengumumkan yang wang dalam akaun Datuk Seri Najib Razak datang dari Saudi dan tidak melibatkan unsur rasuah.

"Baru-baru ini, seorang daripada editor utama WSJ menyatakan dia ada banyak bukti menunjukkan RM2.6 bilion itu datang daripada pelbagai sumber, dan ada kaitannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
"Soalannya sekarang, siapa yang betul dan siapa yang salah? Kita hendak cari kebenaran. Tolong jawab.

"Dulu sudah kata hendak saman, tak saman. Apabila keluar berita tak betul, tak saman. Orang sana (WSJ) menunggu. Dia kata, bila awak mahu saman saya?

"Sekarang ini, kalau tak betul apa yang disebut Ken Brown, saman dia dan saman WSJ. Kenapa takut?" kata Muhyiddin merujuk kepada pengarang kewangan WSJ.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada program anjuran Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Kredibiliti Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipertikai beberapa pihak apabila WSJ menyangkal kenyataannya yang mendapati tiada bukti menyokong dakwaan Najib terlibat dalam salah laku berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Brown dalam wawancara bersama ABC News Australia berkata, wang itu bukan daripada keluarga diraja Arab Saudi seperti diumumkan Apandi sebelum ini, sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan dengan 1MDB.

"Dan seperti anda sedia maklum, laporan kami belum pernah dipertikaikan lagi dan kami ada banyak bukti sokongan," katanya dalam wawancara pada 12 Februari lalu.

WSJ adalah penerbitan yang pertama sekali menyiarkan berita tentang kehadiran wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib pada awal Julai tahun lalu.


Muhyiddin cabar Ku Nan dakwa jika beliau langgar perlembagaan Umno

Posted: 20 Feb 2016 02:50 AM PST



Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno supaya jangan berani mengambil tindakan ke atasnya melainkan ada bukti beliau bersalah melanggar perlembagaan parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 20 Februari, 2016.Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno supaya jangan berani mengambil tindakan ke atasnya melainkan ada bukti beliau bersalah melanggar perlembagaan parti itu. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal. 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar kepimpinan tertinggi Umno bertindak terhadapnya jika beliau melanggar mana-mana peruntukan dalam perlembagaan parti sejak mula dilihat kritikal terhadap pentadbiran negara.

Katanya, beliau tahu Umno sudah meneliti ucapannya sejak Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan akan menyiasat ucapannya dahulu.

"Saya hendak ingatkan setiausaha agung dan semua yang berada di atas, melainkan anda ada bukti yang tindakan saya benar-benar salah daripada segi perlembagaan, kamu jangan sama sekali berani ambil tindakan pada saya," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada program anjuran kumpulan pemberontak dalam parti, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tengku Adnan pada Disember lalu berkata, ucapan Muhyiddin pada 7 Disember 2015 di Kampung Baru akan disiasat parti.

Ucapan itu disampaikan Muhyiddin selepas beliau dihalang daripada berucap pada Perhimpunan Agung Umno tahun lalu.

Tengku Adnan, juga dikenali sebagai Ku Nan, sebelum ini berkata hasil siasatan itu akan dibawa ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya harus menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

"Dia (Muhyiddin) bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah," kata Ku Nan sebelum ini.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai 2015 selepas menyuarakan pandangan kritikal terhadap operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur Rahman turut mencabar Ku Nan mengambil tindakan terhadapnya serta anggota jawatankuasa GKCM yang sebelum ini mendesak Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

"Sebelum ini pun saya hendak dipecat dari Umno, tetapi surat belum sampai. Saya tunggu, dan sahabat baik saya Tengku Adnan belum lagi berikan.

"Jadi, sebenarnya saya dah beberapa kali mencabar Tengku Adnan untuk berdebat dengan saya secara terbuka berkenaan dengan Umno.

"Dan Tengku Adnan, kalau anda menonton berita ini sekali lagi, saya cabar anda debat dengan saya," katanya dalam ucapannya.


Bangla Pun Tak Percaya Putrajaya & Zahid Hamidi...

Posted: 20 Feb 2016 12:22 AM PST

KELAN GREENBOC


Pembekuan pekerja Putrajaya karut, pegawai Bangladesh beritahu Dhaka Tribune

Langkah Putrajaya membekukan pengambilan pekerja asing, termasuk 1.5 juta dari Bangladesh, diragui pegawai negara itu, lapor Dhaka Tribune. Memetik pemangku setiausaha Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Begum Shamsun Nahar, beliau percaya, kerajaan Malaysia masih akan mengambil pekerja dari Bangladesh seperti dipersetujui dalam memorandum persefahaman yang ditandatangani 18 Februari lalu.

Memorandum itu dimeterai hanya sehari sebelum Putrajaya mengumumkan ia menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber.

"Kerajaan Malaysia membuat pengumuman itu untuk menenangkan kumpulan pendesak tempatan yang menentang pengambilan pekerja asing," Begum Shamsun dipetik berkata.

Dhaka Tribune juga berkata, beliau menyifatkan pengumuman Putrajaya itu "mengarut".

Menurut laporan itu, Bangladesh masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan pembekuan Putrajaya itu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Putrajaya menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber, termasuk Bangladesh.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas kerajaan Malaysia dan Bangladesh menandatangani memorandum persefahaman membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara Asia Selatan itu dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, penggantungan itu dibuat supaya Putrajaya boleh menilai semula status pekerja asing sedia ada di negara ini.

Beliau berkata perjanjian yang ditandatangani dengan Dhaka akan tamat tempoh dalam masa 3 tahun dan Malaysia tidak perlu melaksanakannya dengan segera.

Pertubuhan tempatan mengkritik rancangan membawa masuk lebih ramai pekerja asing sedangkan sebilangan besar di negara ini adalah pekerja tanpa izin, manakala majikan bimbang kesan pembekuan ke atas perniagaan mereka.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia N Gopal Kishnam menyambut baik langkah menangguhkan pengambilan pekerja asing, tetapi masih mahu sebuah suruhanjaya diraja dibentuk bagi mengenai keperluan pekerja asing di negara ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia Datuk Shamsuddin Bardan bagaimanapun berkata, beliau berharap pembekuan itu tidak akan menjejaskan pengambilan pekerja asing yang berjalan ketika ini. -TMI

Zahid bidas kritikan bekas pemimpin terhadap usaha kerajaan

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat.

Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Katanya ada juga mereka yang semasa memegang jawatan dan kuasa dalam kerajaan, tidak melakukan apa-apa perubahan, tetapi apabila sudah tiada lagi jawatan, mereka terus membidas segala usaha gigih kerajaan.

"Orang ini adalah orang 'gila talak', apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul... padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan sokongan pegawai dan kakitangan akar umbi," katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di Kuching.

"Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu. Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan sekarang, pegawai yang ada sekarang," katanya, dan menambah kenyataan itu tidak merujuk kepada individu tertentu.

Sementara itu, Zahid berkata dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kini menyebabkan perdana menteri dihujani dengan "peluru-peluru" kritikan yang pelbagai.

Beliau berkata zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu; dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang memuji media 'konvensional' yang melaporkan setiap fakta yang tepat atas platform yang jelas, turut membidas "wartawan" yang tiada platform sebenar, yang menulis mengikut 'suka hati' di media sosial.

Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi.

"Mereka mahu gambarkan setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil," katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja.

Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai.
– Bernama

ULASAN GB

Bangla pun kurang yakin dan kurang percaya dengan pengumuman Putrajaya pembekuan pengambilan pekerja dari negara itu yang dilaporkan sebelum ini.

Pegawai bangladesh itu menyifatkan pengumuman Putrajaya itu "mengarut".

Apakah benar kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja Bangladesh sehari selepas menandatangani perjanjian persafahaman membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara itu?

Atau ia hanya sandiwara untuk meredakan penentangan rakyat terhadap langkah kerajaan tersebut?

Pengumuman itu meragukan kerana tidak mungkin ia dilakukan sehari selepas perjanjian dimeterai dan apatahlagi dimaklum bahawa pihak kerajaan Bangladesh lansung tidak tahu menahu mengenai pembekuan itu.

Nampaknya Putrajaya sudah kantoi. Sekarang menteri itu membidas pula mereka yang mempertikaikan langkah kerajaan yang tidak tetap itu.

Beliau menyatakan beliau mendengar suara rakyat. Benarkah? Jika benar, sekarang rakyat mahu Najib dan konco-konconya berundur. Boleh dengar tak?

Jika enggan letak jawatan tunggu hukum kebenaran dan keadilan sampai. Ia tetap tiba dan yang "bersalah" tetap menerima hukuman. 
 
 

Amanah tak mampu tanding PRU14

Posted: 20 Feb 2016 12:13 AM PST

Hanafiah Mat
Hanafiah


KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas negeri yakin Amanah Terengganu tidak mampu bertanding pada pilihan raya umum akan datang khususnya di negeri ini.

Penolong Setiausahanya, Hanafiah Mat berkata, ini kerana Amanah Terengganu tidak mempunyai ahli di peringkat akar umbi dan jentera bagi menggerakkan kerja-kerja menghadapi persiapan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurutnya, persiapan menghadapi pilihan raya bukan sesuatu yang mudah sekiranya sesebuah parti tidak mempunyai ahli di peringkat bawah kerana mereka inilah yang akan turut berkempen meraih undi rakyat.

"Amanah tidak ada ahli di peringkat akar umbi. Kalau mereka mahu lawan jentera Pas, siapa yang akan pasang poster, raih undi. Tiada orang.

"Kita juga tidak yakin ada tiga penjuru di Terengganu khususnya dengan Amanah. Bagi kita Amanah ini angan-angan Mat Jenin. Parti itu bukan hanya tidak diterima tapi tidak mampu tubuh pasukan untuk pilihan raya apatah lagi di Terengganu.

"Kita harap Amanah jangan letak angan-angan yang tinggi," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Sehubungan itu, Hanafiah yang merupakan Adun Chukai turut menyarankan ahli-ahli Amanah khususnya bekas pemimpin Pas supaya kembali kepada parti itu.

Jelasnya, penyertaan bekas-bekas ahli Pas dalam Amanah sebelum ini bukan sahaja dilihat tidak memberi kesan kepada Pas, malah tidak menjejaskan sokongan serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Kita saran kepada Amanah supaya balik ke pangkal jalan. Baliklah kepada Pas. Tiada apa pun boleh buat (untuk lawan Pas)," katanya.


Al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam satu bahasa

Posted: 20 Feb 2016 12:09 AM PST

Al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam satu bahasa
Peserta kempen mengalunkan ayat al-Quran menggunakan bahasa-bahasa yang lebih mudah difahami.


KUALA LUMPUR - ‎Kitab suci al-Quran bukan hanya boleh dibaca dalam Bahasa Arab sahaja, malah ia juga boleh dihayati dengan bahasa yang lebih mudah difahami.

Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Anas Zubedy berkata, dengan cara itu, lebih mudah bagi semua pihak untuk mengaplikasikan mesej-mesej kitab tersebut dalam kehidupan mereka.

"Kempen ini bertujuan menggalakan orang ramai membaca al-Quran dalam bahasa yang difahami.Ia bukan terhad kepada ‎orang Islam sahaja, malah ia juga terbuka kepada sesiapa sahaja.

"Pada tahun ini kami ingin meluaskan lagi kempen ini. Kami telah menyenaraikan pelbagai aktiviti untuk menarik minat orang ramai untuk membaca al-Quran.

"Walaupun ia berpusat di negara ini, kami rancang untuk luaskan kempen ini sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya dalam Majlis Pelancaran KempenLet's Read The Quran, di sini, hari ini.

Majlis bermula dengan pembentangan pembacaan 12 ayat al-Quran oleh enam individu berlainan banga.

Antara bahasa yang digunakan dalam bacaan Quran hari ini termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Arab dan Kadazan.

Kata Anas, antara aktiviti yang akan dijalankan ketika kempen termasuk perkongsian artikel menerusi blog, memuatnaik maksud ayat al-Quran di Facebook, perkongsian indeks al-Quran bersama keluarga dan rakan-rakan, perbincangan dan sebagainya.

"Menerusi media sosial, orang ramai digalakkan berkongsi pendapat mengenai al-Quran dan bagaimana cara untuk mengaplikasikan mesej-mesej al-Quran dalam hidup mereka.

"Hashtag #LRTQ2016 akan digunakan di Facebook, Twitter dan Instagram ketika kempen berjalan," katanya lagi.

Kempen ini akan bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac depan dan bertujuan menggalakkan orang ramai untuk membaca al-Quran di dalam bahasa yang difahami.

Kempen dirasmikan hari ini oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara penyumbang kempen ini termasuk  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Asyraf Wajdi Dusuki, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacob, dan Pengarah Zubedy, Azree Mohamed Anis.

Turut hadir pada pelancaran majlis hari ini termasuk ‎bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.


Beku pekerja asing: Kerajaan digesa umum jawatan kosong

Posted: 20 Feb 2016 12:08 AM PST

Azih Muda
Azih Muda


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik keputusan kerajaan yang membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari 1.5 juta dari Bangladesh.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan itu perlu disusuli dengan inisiatif kerajaan untuk menguar-uarkan kekosongan tenaga kerja yang diperlukan pihak industri kepada rakyat tempatan berikutan banyak peluang pekerjaan hanya dimaklumkan terus kepada ejen pekerja asing.

"Kami amat mengalu-alukan dan bersetuju dengan langkah kerajaan itu. Dalam masa sama, kerajaan perlu memaklumkan kekosongan yang diperlukan industri mengikut bidang tertentu, selama ini tak pernah diberitahu (kepada rakyat tempatan).

"Apa salahnya industri ini beritahu kerajaan, iklan berapa ramai nak pakai, saya yakin mereka akan datang, tetapi perkara ini sebenarnya tidak berlaku," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang membuat keputusan untuk menangguh pengambilan pekerja asing ke negara ini termasuk 1.5 juta dari Bangladesh, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau berkata, majikan kini digalakkan lebih mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Mengulas lanjut, Azih juga mendakwa keengganan pemain industri mengiklankan jawatan kosong dalam tiga bidang iaitu bahaya, kotor dan sukar secara terbuka menjadi punca sebenar rakyat tempatan dipinggirkan dan dimonopoli orang asing.

"Kalau nak ambil pekerja tempatan, dia kena buat iklan, kena buat tapisan, kena temubual, jadi semua ini remeh kepada mereka, ini punca sebenarnya, bukan sebab orang tempatan tak nak bekerja, industri sendiri tak ambil orang tempatan.

"Kita minta supaya kerajaan di bawah program melatih orang tempatan ini untuk memasuki bidang yang diperlukan (industri)," ujarnya.

Dalam pada itu, Azih berkata lagi, pemain industri didakwa lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding rakyat tempatan supaya mereka boleh mengaut keuntungan tinggi dari segi mengekalkan bayaran upah yang minimum setiap tahun.

"Bila kerajaan melaksanakan penswastaan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamed melibatkan Alam Flora dan syarikat perkhidmatan kutipan sisa pepejal lain di seluruh negara, yang bekerja dalam sektor ini telah berubah dari 100 peratus orang kita kepada pekerja asing.

"Kita nampak (industri) nak untung lebih banyak, sebab orang asing gajinya kecil, dia boleh bayar kecil,  habis setahun, dia tukar orang baru, gaji asal balik, ini nak mengekalkan keuntungan.

''Kemudian dia tahu sifat-sifat orang tempatan susah sikit (tindas) berbanding orang asing ini," katanya lagi.

Penggantungan pengambilan pekerja asing itu berkuatkuasa sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pekerja asing tanpa izin yang sedia ada di negara ini akan ditahan dan dihantar pulang.

Kelmarin, Bangladesh dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.


Akhirnya kerajaan dengar suara rakyat

Posted: 19 Feb 2016 11:58 PM PST

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan


SHAH ALAM – Setelah berdepan kritikan daripada masyarakat serta aktivis kumpulan sivil, kerajaan akhirnya mendengar suara rakyat apabila mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan perjanjian persefahaman (MOU) bagi membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh ke negara ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, dalam isu ini, kerajaan telah memperlihatkan ketidakcekapan mereka serta kegagalan pihak kementerian terlibat dalam menyediakan dasar pekerja asing yang mapan dan bersesuaian dengan aspirasi rakyat.

 "Namun begitu, hakikatnya dasar yang telah dibuat ini sukar dipertahan dan dijelaskan apabila berdepan kritikan rakyat dan aktivis kumpulan sivil.

"Ini kerana polisi yang dirangka dilihat lebih bersandarkan kepada keuntungan kutipan levi semata-mata dan gagal mengambil kira kesannya secara holistik," katanya dalam satu kenyataan.

 Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kemasukan pekerja warga asing ke negara ini dari semua negara sumber termasuk Bangladesh akan ditangguhkan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Sementara itu, Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh menambah, sejak awal lagi Pas telah mengambil langkah untuk menasihati,  menegur dan membantah kebergantungan negara kepada pekerja asing

Menurut beliau, lambakan warga asing bukan sahaja menjadi malapetaka terhadap sosio ekonomi, bahkan turut mengancam tahap keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

"Walaupun kemasukan pekerja warga asing ditangguhkan pelaksanaannya, namun rakyat masih perlu berwaspada apakah penangguhan ini sekadar bermaksud meredakan kemarahan masyarakat atau kerajaan benar-benar mula menyedari kesan negatif dengan tahap kebergantungan yang keterlaluan terhadap warga asing," katanya.

Tambah Nasrudin, Pas bagaimanapun akan terus komited untuk menasihati dan menegur kerajaan agar tidak memperjudikan masa depan rakyat dan negara hanya kerana mengharap keuntungan sementara.

"Komitmen Pas dalam mewujudkan check and balance adalah melibatkan segala isu termasuklah isu membawa masuk warga asing dengan kadar jumlah yang begitu besar.

"Selayaknya keutamaan diberikan kepada rakyat dan negara ke arah melahirkan negara Malaysia yang sejahtera," katanya.


Adik maut dalam perjalanan ke majlis akad nikah abang

Posted: 19 Feb 2016 11:55 PM PST

MALAYSIAKINI




Seorang pemuda yang mahu menghadiri majlis pernikahan abangnya maut selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 126.6, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kemasik di Kemaman petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang yang menyebabkan Che Wan Fadhlul Wafi Che Wan Razali, 20, terbunuh di lokasi kejadian.

Abang mangsa, Che Wan Zulfahmi, 26, berkata adiknya bersama abang sulong mereka yang menaiki kereta jenis Proton Satria dalam perjalanan untuk ke majlis akad nikah seorang lagi abang mereka di Kampung Kemasik.

Bagaimanapun sebaik tiba dilokasi kejadian, kereta yang dipandu Che Wan Mohd Farhan, 30, dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki pasangan suami isteri yang datang dari arah bertentangan.

Che Wan Zulfahmi berkata sebelum bertolak ke majlis itu kira-kira pukul 3 petang, beliau turut mempelawa adiknya untuk menaiki keretanya, namun adiknya menumpang abang mereka yang memandu berseorangan.

"Saya yang mengekori di belakang kemudian melihat satu kemalangan dan setelah saya mengamati nombor pendaftaran kereta berkenaan, saya terkejut kerana itu adalah kereta abang saya. Saya bergegas keluar dari kereta saya dan mendapati adik saya telah berbungkus dengan plastik hitam.

"Saya terus menghubungi ahli keluarga yang lain bagi memaklumkan kejadian itu," katanya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, majlis akad nikah berkenaan dibatalkan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya mayat mangsa yang berasal dari Kampung Titian Berayun dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman.

3 maut nahas di Jasin

Sementara itu, tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan termasuk satu treler di Kilometer 176.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Jasin petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira 4.45 petang apabila treler dari arah Johor Baru ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata treler tanpa muatan itu kemudian memasuki jalan bertentangan dan bertembung dengan tiga kenderaan lain iaitu Toyota Camry, Perodua Myvi dan satu lori kontena.

Mereka yang maut di tempat kejadian ialah pemandu treler, Muhammad Saiful Om, 31, dari Beranang, Selangor dan dua orang yang berada dalam kereta Toyota Camry iaitu Mohd Nizan Abdul Rahim, 48, dari Kota Tinggi, Johor dan Halid Haron, 48, dari Kangkar Pulai, Johor.

"Seorang lagi penumpang Toyota Camry cedera parah manakala tujuh lagi cedera iaitu empat yang berada dalam Myvi dan tiga yang menaiki lori kontena," katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, menurutnya nama mereka yang cedera masih belum diketahui dan mereka sedang dirawat di Hospital Jasin.- Bernama


Anggota RELA rempuh kereta SPRM ketika cuba lari dari ditahan

Posted: 19 Feb 2016 11:53 PM PST

MALAYSIAKINI




Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota RELA yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabot berusia 37 tahun.

"Rasuah itu untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja pengadu warga Pakistan yang dikatakan menyalahgunakan permit kerja," katanya kepada Bernama semalam.

Katanya, suspek dipercayai telah menerima rasuah sebanyak RM500 semalam dan hari ini sebanyak RM300.

Beliau berkata kes mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
- Bernama


Aspek gaji pekerja perlu diberi perhatian

Posted: 19 Feb 2016 11:50 PM PST

Pekerja
Gambar Hiasan.


SHAH ALAM - Faktor gaji yang lebih rendah ditawarkan oleh majikan menyebabkan rakyat tempatan khususnya golongan belia tidak berminat dalam sektor kotor, sukar dan berbahaya atau 3D.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, pelaksanaan kadar gaji minimum kepada golongan belia perlu dilaksanakan segera untuk memastikan ia setimpal dengan bidang kerja di sektor separa mahir itu.

"Faktor gaji yang murah ditawarkan oleh majikan-majikan tempatan juga menyebabkan kebanjiran pekerja asing. Oleh itu, pelaksanaan gaji minimum adalah merupakan satu keperluan yang perlu dilaksanakan segera," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menurut Marthada, kerajaan juga perlu menghentikan pengambilan pekerja asing bagi sektor perladangan, perkhidmatan serta binaan bagi membolehkan ia diisi oleh warga tempatan.

Katanya, amalan mengutamakan warga tempatan ketika negara sedang berdepan dengan krisis kegawatan ekonomi adalah amalan biasa yang dilakukan oleh banyak negara luar.

"Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Britain turut prihatin kepada warga tempatan mereka dulu dalam mencipta peluang pekerjaan.

"Bagi saya, tindakan membawa masuk pekerja asing pada ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi adalah kurang sesuai memandangkan ramai rakyat pada hari ini terpaksa diberhentikan kerja kesan daripada kegawatan ekonomi ini manakala berpuluh ribu graduan kita yang masih menganggur," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, isu berkaitan gaji minimum perlu berasaskan kepada daya saing setipa syarikat dan keuntungan yang diperoleh.

Shukri berkata, majikan tidak boleh dipaksa untuk memberikan gaji yang tinggi berikutan akan mengakibatkan penurunan kepada daya saing produk serta harga di pasaran akan ditanggung pengguna.
"Kos meningkat akan menyebabkan harga produk juga ditingkatkan di pasaran.

"Kita perlu latih rakyat kita supaya lasak dan bersedia dari awal persekolahan dengan mendedahkan mereka kepada kerja-kerja perladangan dan pembinaan serta industri supaya mereka boleh menerima kehidupan sebagai buruh.

"Apa yang penting adalah gaji yang diperolehi oleh setiap pekerja mampu menampung kehidupan mereka," katanya.

Tambahnya, antara pendekatan yang boleh diambil bagi menarik minat pekerja tempatan ialah dengan memberikan insentif perumahan atau kenderaan supaya mereka dapat melihat manfaat hasil pekerjaan ini dan akan mengikat mereka dalam industri berkaitan

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kerajaan perlu menangani persepsi rakyat terhadap cadangan bagi kemasukan pekerja warga asing ke negara ini memandangkan jumlah berkenaan adalah terlalu ramai pada pandangan mereka.

"Cuma beberapa isu yang timbul ialah mengenai kandungan Perjanjian Persefahaman (MOU) itu. Adakah wajib kerajaan mengambil 1.5 juta itu dalam masa 3 tahun? Kalau tiada permintaan lagi setelah 2 tahun , adakah kerajaan boleh menghentikan MOU tersebut?" soalnya.


Polis Johor belum terima laporan anak pemimpin hina PDRM

Posted: 19 Feb 2016 11:48 PM PST

instagram


JOHOR BAHRU - Masih tiada sebarang laporan diterima oleh Polis Johor berhubung tindakan seorang anak pemimpin parti politik yang  disifatkan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM)  melalui gambar yang dimuat naik di akaun Instagram milik lelaki itu.

Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana individu yang menghina pihak berkuasa termasuk PDRM.

"Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit 'task force' akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.

"Kita akan memaklumkan pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini," katanya.

Bagaimanapun, Sinar Harian mendapati posting mengenai dakwaan gambar yang dimuat naik oleh anak pemimpin politik itu telah tiada di akaun Instagram miliknya dan kemungkinan sudah dipadam.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Johor, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 1, di sini, pagi tadi.


Ustaz Kazim stabil, otot di bahagian jantung luka

Posted: 19 Feb 2016 11:47 PM PST

Ustaz Kazim stabil, otot di bahagian jantung luka
Mohd Kazim kini mendapat rawatan di HUSM. - Foto Sinar Harian oleh ROSALWANI CHE SOH‎


KOTA BHARU - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias kini ditempatkan di wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pegawai Khas Mohd. Kazim, Rafi Rahman berkata,  setakat ini doktor mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka.

"Pihak hospital masih menjalankan diagnosis lanjut bagi mengetahui punca sebenar.

"Beliau (Ustaz Kazim) sudah sedar pagi tadi dan boleh bercakap dengan jelas berbanding dengan keadaannya malam tadi namun masih dalam keadaan keletihan dan memerlukan banyak rehat" katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian malam tadi, Ustaz Kazim yang hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira tujuh minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok sebelum dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Ustaz Kazim dikejarkan ke hospital kerana serangan jantung]

Mohd Kazim yang menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kira-kira jam 9.30 malam itu mengadu penat dan sakit dada.

Beliau di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke wad kecemasan HUSM.


PAS S'gor akan lancar program raih sokongan bukan Islam

Posted: 19 Feb 2016 11:40 PM PST

MALAYSIAKINI




PAS Selangor sedang cuba meraih lebih banyak sokongan masyarakat bukan Islam kepada parti itu di Selangor melalui satu program yang diberi nama 'Green Silk'.

Program yang bertujuan memberi maklumat serta kefahaman mengenai perjuangan PAS itu dijangka akan dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Klang Selasa depan.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Selangor, Dr Halimah Ali berkata ia disasarkan kepada masyarakat Cina dan India kerana kedua-dua kaum itu penting kepad PAS untuk menguatkan pengaruhnya di Selangor.

"Program ini selaras dengan slogan PAS sebagai parti untuk semua," katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri Selat Klang itu berkata usaha meraih sokongan golongan bukan Islam merupakan antara persiapan awal PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.- Bernama


PDRM, Interpol kerjasama sekat kepulangan 132 militan Daesh

Posted: 19 Feb 2016 11:38 PM PST

MALAYSIAKINI




Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan Interpol untuk memastikan 132 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq, tidak kembali ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama ini bertujuan memastikan keharmonian hubungan agama dan kaum serta perpaduan dan kestabilan negara, tidak terancam.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Kuching hari ini.

Selama ini, kata beliau, rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni, walaupun berbeza kaum dan agama.

"Sebagai rakyat Malaysia, mereka sama-sama menyertai dan bergembira menyambut perayaan satu sama lain, yang mengukuhkan lagi hubungan sesama mereka.

"Inilah budaya sebenar rakyat Malaysia yang ingin kita pertahan dan perkukuhkan," katanya.

Beliau berkata, Islam adalah agama keamanan dan tidak mengajar supaya membunuh orang lain, terutama bukan Islam, seperti yang dianjurkan Daesh.

Menurut Ahmad Zahid, sebagai menteri dalam negeri, beliau akan bertindak tegas dalam menterjemahkan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi keutamaan terhadap keamanan dan keharmonian negara.

"Saya akan bersikap tegas, tetapi adil. Kita perlu mempunyai keamanan dan kestabilan di seluruh negara untuk membolehkan ekonomi berkembang," katanya.

Ahmad Zahid juga menggesa rakyat supaya tidak menyerahkan kepada polis semata-mata untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman negara.

"Itulah sebabnya kita ada kepolisan masyarakat. Ia untuk membantu rakyat," katanya.- Bernama


Dr Mahathir ulangi saran Najib ikut cara ayahnya

Posted: 19 Feb 2016 11:35 PM PST

Anne Muhammad

 


Semperna 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam arena politik, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengulangi saranannya supaya beliau mengikut jejak bapanya yang banyak membangunkan negara.

Katanya, Tun Abdul Razak Hussein banyak berjasa kepada negara ini dan berharap agar Najib kembali mengikut jejak bapanya.

"Saya mempunyai harapan yang amat tinggi kepada perdana menteri kerana dia adalah anak kepada seorang perdana menteri yang sangat berjasa.

"Tapi saya dapati prestasinya sekarang ini sangat berbeza. Saya harap dia kembali kepada cara-cara ayahnya kerana ayahnya menyumbang banyak kepada pembangunan negara kita," katanya.

Tun Mahathir berkata demikian kepada pemberita di Program Lets Read Quran di Damansara hari ini.

Mahkamah kekalkan pembebasan suami eksekutif TV9 daripada tuduhan bunuh isteri

Posted: 19 Feb 2016 11:24 PM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan untuk mengekalkan pembebasan suami kepada eksekutif pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, daripada tuduhan membunuh wanita itu empat tahun lalu. 
 
Tiga panel yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, Datuk Seri Zakaria Sam dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamardin Hashim sebulat suara memutuskan keputusan itu. 
 
Mahkamah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pendakwa yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan dan melepaskan bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, pada 28 Mei tahun lalu.
 
Mahkamah Tinggi membebaskan Norazman Bashah selepas mendapati kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada Nur Syaleza dijerut sampai mati atau menggantung dirinya.
 
Norazman Bashah dituduh membunuh Nur Syaleza, 31, di kediaman mereka di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya, antara 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012. 
 
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
 
 

Tiada ulasan: