Sabtu, 6 Februari 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PAS menentang TPPA hanya berlandaskan pendapat cetek dan pelik Hj Hadi, bahawa DAP menyokongnya TPPA

Posted: 06 Feb 2016 05:06 AM PST

Hj Hadi berkempen dengan  poster suruh orang
 berdemo tapi dia sendiri tidak turut bersama!
  Memang benar Hj Hadi Awang telah bertindak menentang TPPA tetapi bukannya atas dasar sebenar analisis mengapa rakyat Malaysia perlu menentang perjanjian itu. 


  Hj Hadi menentang TPPA bukan kerana ia mempunyai implikasi politik, ekonomi dan sosial yang berbahaya, tetapi kerana beliau berpendapat, bahawa parti Cina DAP menyokongnya!

Menurut Hadi, DAP menyokong TPPA untuk mengekalkan perniagaan komuniti Cina. Dan kerana TPPA pada pandangan beliau hanya memberi manfaat kepada ahli perniagaan Cina, tidak ada sebab untuk PAS untuk menyokong perjanjian perdagangan ini. Beliau berpendapat bahawa orang Melayu akan terjejas dengan perjanjian perdagangan itu.

 DAP telah banyak kali menyatakan dengan jelas bahawa ia akan menentang TPPA kerana implikasi negatif kepada rakyat.

 Dengan mengatakan bahawa DAP menikmat perjanjian perdagangan itu, Hj Hadi mempamerkan kejahilan dan kekurangan pemahaman sendiri tentang implikasi yang luas mengenai pakatan perdagangan di Malaysia dan negara-negara membangun yang lain.

 Umno, rakan baru Hj Hadi, adalah arkitek utama memeluk TPPA, tetapi Hj Hadi senyap mengenai perkara ini. Adakah dia takut bahawa PAS mungkin dilucutkan sebagai rakan kongsi perkauman jika dia mengkritik Umno? 

Tetapi mengapa Hj Hadi memilih DAP sebagai sasaran serangannya  dalam menentang TPPA?

  Dengan menyerang DAP, kita boleh membuat kesimpulan bahawa PAS di bawah Hj Hadi menentang perjanjian perdagangan utama itu adalah semata-mata atas alasan  perkauman dan agama yang sempit! 

  Mungkin juga kerana mengaitkan demo bantah TPPA ini dengan sentimen perkauman, penyertaan orang Cina amat berkurangan berbanding dengan demo 'Bersih' di masa-masa sebelumnya. Manakala Orang India pula sibuk menyambut perayaan agama mereka pada hari tersebut. Tetapi walauta PAS tetap berbangga kerana mereka ramai, katanya....


  Jelas sekali selepas ketiadaan Mursyidul Am Nik Aziz, Parti itu telah semakin jauh dari sikap bertoleransi dan persefahaman berbilang kaum. PAS telah menjadi seperti Umno, satu lagi parti perkauman dan taksub.


Di bawah kepimpinan Hj Hadi, ramai yang seolah-olah tidak mempunyai akal untuk membezakan yang baik dan buruk.PAS telah kehilangan mandat untuk bercakap mengenai apa yang baik atau buruk bagi negara ini.

 PAS Tidak boleh berbangga dengan bilangan penyertaan ahlinya yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan membantah TPPA tempohari itu kerana Pas telah kehilangan mandat untuk mewakili rakyat di negara ini .

  Ini adalah kerana penentangannya PAS terhadap TPPA hanya berlandaskan pendapat cetek dan pelik Hj Hadi, bahawa DAP  menyokongnya TPPA.

Hasan Malik masih mencuit hati kita semua.

Posted: 06 Feb 2016 12:52 AM PST

Lama dah tak keluar kisah Hasan Malik yang suatu masa tidak berapa lama dulu sering muncul dengan telatah yang mencuit hati orang ramai.

 Kali ini dia muncul kerana kain rentang yang dipasang sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini menjadi perhatian.

 Ucapan pada kain rentang tersebut yang dipasang dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Cina.
 
Tulisan sebenar Gong Xi Fa Cai
Tetapi ia menjadi perhatian kerana ucapan dalam bahasa Cina ditulis terbalik, berbunyi 'Cai Fa Xi Gong'

 Teks ruminya bagi perkataan 'cai' (nasib) juga silap dieja.

 Kain rentang tu memaparkan gambar Hasan dengan ucapan 'Selamat Tahun Baru Cina 2016'.

 Bukan salaj dia....kita pun sama bukan ngheti tulisan Cina ... tapi tiada maaf bagi mu sebab tulisan 'cai' tu salah eja! Hasan Malik  masih mencuit hati kita semua...Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat-sahabat Cina semua...

RM2.6 bilion untuk pelaburan, bukan sumbangan politik : Menteri Luar Arab Saudi

Posted: 05 Feb 2016 08:42 PM PST

Dalam laporan New York Times (NYT), Menteri Luar Arab Saudi
 Adel al-Jubeir menafikan wang AS$681 juta yg dimasukkan 
ke akaun bank PM Najib adalah dari kerajaan negara itu.
– Gambar fail Reuters , 6 Februari, 2016. 
 Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menafikan wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank PM Najib adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).

 Beliau percaya dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia oleh warga Saudi. 

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam . – 6 Februari, 2016. ~  SUMBER

Gambar Badut PM Najib tujuan mengancam dan memfitnah?

Posted: 05 Feb 2016 06:03 PM PST

Mengulas mengenai kartun yang menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut yg telah tersebar di media sosial baru-baru ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka yang menyebarkan gambar pemimpin negara yg diedit akan menghadapi tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pengguna media sosial adalah dilarang menyalahgunakan kemudahan itu untuk tujuan memfitnah beberapa Individu.

"Saya memberi amaran kepada pengguna media sosial untuk tidak menggunakan platform komunikasi untuk tujuan mengancam dan memfitnah orang lain, terutamanya pemimpin negara," katanya di sini

Komen al-Husseyn :

  Sampai begitu sekali tukang ampu nak jaga hati seorang boss! Gambar Najib yang dibadutkan pun dianggap sebagai satu ancaman dan fitnah hingga mahu diambil tindakan kepada mereka yang menyebarkannya.Tidakkah ini keterlaluan?


Gambar Presiden Amerika, Obama pernah digambarkan sebagai "Joker" satu watak dalam filem Batman. Malah gambar Joker Obama tersebut tersiar melalui depan muka majalah The Time. 

Tidaklah pula polis Amerika nak bertindak mengada-ngada macam yang ada di Malaysia kita nih!

Joker merupakan watak yang sangat jahat dan merupakan musuh tradisi Batman yang dianggap hero rakyat.

 Gambar Badut Najib itu hanyalah merupakan karikatur bagi mewakili perwatakan Najib menurut sudut pandangan atau persepsi orang yang melakarnya.

 Melihat kepada reaksi nettizen kebelakangan ini, ramai yang melihat PM Najib ini selayaknya umpama badut yang melucukan terutamanya berhubung skandal dana RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. 

 Umum tidak dapat menerima keputusan Peguam Negara yang telah membersihkan Najib dari sebarang kesalahan. Lalu mereka menganggap episod tersebut sebagai lelocon.

  • Najib mengaku terima RM2.6 bilion sebagai derma untuk parti tetapi masuk ke dalam akaun peribadinya sendiri. Masuk akalkah?

  • Derma itu konon datangnya dari seorang Pak Arab. Kemudian katanya dari beberapa sumber lagi... Kemudian Zahid Komidi kata dia dah jumpa dan dapat pengesahan dari Pak Arab tersebut...Kluklik kluklik rupa-rupanya Pak Arab tersebut adalah Raja Arab Saudi yang sudah meninggal .... Ada masuk akalkah? 

  • Alasan bahawa PM Najib telah memulangkan kembali sejumlah besar "derma" yang diterimanya itu tidak masuk akal. 

  • Najib tidak tahu menahu sebanyak RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya adalah tidak masuk akal.
  •  Tidakkah ini semua satu kelucuan apabila Peguam Negara membersihkan PM Najib tetapi Pengarah Operasi Khas SPRM, Dato' Bahri Mohd Zin dipetik sebagai berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula memandangkan ia satu kes yang jelas ("straight forward")

    Tiada ulasan: