Selasa, 5 Januari 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Checkmate" - Tun M Akui Simpan Banyak Rahsia Zahid Hamidi

Posted: 05 Jan 2016 01:46 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.


"Saya tidak suka hendak cungkil 'benda-benda kotor' yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah," katanya.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.

"Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah," ujarnya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.

Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.

"Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi," kata Ahmad Zahid. -FMT

ULASAN GB

Akhirnya Ahmad Zahid Hamidi kena "checkmate", dalam istilah lain... "mati kutu".

Banyak rahsia Ahmad Zahid Hamidi di tangan TDM. Ahmad Zahid Hamidi tidak akan berupaya untuk menyerang TDM lagi.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sebelum anda menyerang orang lain, pastikan orang yang anda serang itu tidak mempunyai rahsia anda dan tidak berupaya menyerang anda semula.


AMANAH Tetap Akan Diberi Kerusi PBT - MB Selangor

Posted: 04 Jan 2016 10:14 PM PST

Nanti saya umumkan kerusi Amanah, kata Azmin Ali

KAJANG - "Saya akan umumkan...," itu jawapan ringkas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya pemberita sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), akan diberi ruang dalam pembahagian pelantikan kerusi ahli majlis, di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Azmin sebelum itu berkata, adalah adil pihaknya memberi ruang kepada Amanah untuk bersama-sama menyumbang khidmat di peringkat PBT.

Beliau berkata, perbincangan juga berjalan dengan baik dan lancar di peringkat parti serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.


"Tak habis-habis lagi ke isu ahli majlis ni...tiada masalah yang timbul, ketika mesyuarat baru-baru ini, cuma kita tetapkan tidak ada penangguhan, pada 16 Januari kita akan umumkan ahli majlis baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Bas Smart Selangor dan Aplikasi i-Kajang, di Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, hari ini.

Ketika ditanya reaksi berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad yang menyatakan Pas tidak mahu memberi laluan kepada Amanah untuk kerusi ahli majlis PBT, Mohamed Azmin menjawab itu hanya andaian pihak media.

"Tidak ada masalah, saya cukup gembira kerana proses perbincangan sebelum ini berjalan baik dan lancar. Sudah pastinya kita mengalu-alukan kehadiran sahabat baru kita Amanah dalam gerakan reformasi ini," katanya.


Pas tak akan beri laluan kepada Amanah

SHAH ALAM - Pas Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.

"Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon Pas yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih.

"Jika Pas diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan Pas yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah.

"Pas tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah.

"Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.

Katanya, terpulang pada PKR dan DAP untuk menyerahkan kuota masing-masing kepada parti baru berkenaan.

"Amanah bukan sebahagian daripada kerajaan negeri dan mereka tidak mewakili suara rakyat," katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Pas dan DAP memberi laluan kepada Amanah dalam isu pengagihan dan pelantikan ahli majlis PBT.

Beliau berkata, hal tersebut sudah dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri baru-baru ini yang turut diwakili oleh PKR, DAP dan Pas.
-SH


ULASAN GB

Teruk betul perangai dan busuk betul hati orang-orang PAS Selangor ni...

Sampaikan kerusi PBT pun tak mahu diberikan peluang lansung kepada AMANAH.

Walhal sepatutnya PAS sudah disingkirkan dari kerajaan negeri Selangor kerana PAS tidak menyertai Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Rakyat telah pun dibunuhnya.

Yang anehnya mereka mendakwa Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor. Oleh itu mereka berhak menyertai kerajaan Selangor.

Setelah dikutuknya DAP, dikutuknya PKR... kini mereka masih terhegeh-hegeh mahu kekalkan jawatan di dalam kerajaan Selangor.

Kasar sedikit bunyi ulasan GB kali ini. Tetapi tidaklah sekasar kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor di atas.

Bagaimanapun kita berharap Menteri Besar Selangor akan teguh dengan pendiriannya untuk memperuntukkan kerusi kepada AMANAH agar rakyat secara keseluruhannya akan memperolehi perkhidmatan terbaik dari PBT di negeri Selangor.

Tiada ulasan: